ads

Isnin, 3 Februari 2014

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di rantau abang</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2014 11:46 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Banjir: Jom Derma mangsa banjir <b>di</b> DUN <b>RANTAU ABANG</b>

Posted: 21 Dec 2013 12:00 AM PST

Dalam persiapan agihan kepada mangsa banjir yang pulang ke rumah masing-masing.Petugas pemuda sedang menyiapkan bungkusan untuk lebih kurang 200 keluarga.Sumbangan daripada orang ramai bagi membantu mangsa banjir di DUN RANTAU ABANG amatlah
diharapkan.Kepada para penyumbang boleh memberi sumbangan melalui...

1. MAYBANK - 163091056151 ( AHMAD FAUZI BIN ALI )
Ketua Lajnah Kebajikan PAS DUN Rantau Abang Dungun

2. BIMB -MTD PAS RANTAU ABANG
Pemegang Amanah :-
130440-100-24711
JAMALUDDIN ISMAIL : 019-9836202
HJ ANUAR ABU BAKAR : 019-9562190


Sila nyatakan jumlah kepada penama diatas untuk sebarang sumbangan."BERKAT UNTUK SEMUA" "INFIRU"

 sumber fb Penerangan R Abng

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Kronologi Pembunuhan Budak 2 Tahun <b>Di Paka</b>, Dungun <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2014 06:15 PM PST

Berikut merupakan kronologi awal siasatan pembunuhan kejam kanak-kanak 2 tahun di Paka, Terengganu:

Pengadu:
Nama:Mohd Faizal
Pekerjaan: Pengawal keselamatan

Klasifikasi kes: Sek 302KK (Membawa hukuman mati)

Tempat kejadian:- Lot 8428 Taman Permint Sri Paka, Fasa 2, Paka, Dungun, Terengganu.

Suspek:
1) Ahmad Faizal Bin Abd Wahid (Faizal Bongkok) (B1)
2) Rabaitul Adawiyyah Binti Mamat (Beah) (ibu simati) (B2)
3) Zamari Bin Ahmad (Zamri Gomeng) (B3)
4) Sofian Hadie Bin Mohd Nor (Pian) (B4)

Suspek utama kes pembunuhan.

Simati: Nursyafiqah Adawiyyah Binti Abdullah
Umur: 2 tahun
Jantina: Perempuan

Fakta kes:

Pada 21/1/14 jam 1520hrs semasa pengadu membuat rondaan di kawasan perumahan Taman Permint, Sri Paka, Fasa 2, Dungun telah tercium bau busuk. Pemeriksaan dalam bilik air rumah dapati ada 1 mayat kanak-kanak dalam keadaan terlentang. Pengadu kemudian telah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan awal:

Hasil siasatan awal dapati simati adalah seorang kanak-kanak perempuan yang mana sebelum ini pernah hilang berkait Paka Repot:119/14, KEP:01/14. Dalam kejadian tersebut ibu kepada simati telah membuat laporan pada 18/01/14 mengatakan pada 17/01/14 jam 1930hrs anaknya telah hilang semasa beliau tinggalkan anaknya di dalam kereta untuk berjumpa dengan kawannya di hadapan Restoran Ikan Bakar, Kuala Paka, Paka.

Laporan polis palsu yang dibuat oleh ibu mangsa.

Dalam kejadian ini bapa saudara kepada simati telah mengesahkan bahawa simati adalah anak saudaranya dan juga berdasarkan baju gaun yang dipakai simati semasa dijumpai.

Hasil soal siasat awal suspek:

Zamri Gomeng telah menyewa Kereta myvi putih No TBJ 6264 pada 16/01/14 jam 1500 hrs, atas permintaan Pian. Setelah menyewa Zamri serahkan kepada Pian.

Pada 17/01/13 jam 1100 hrs Pian telah membawa simati keluar dr rumah, atas kebenaran Beah. Sehingga 1500 hrs, Pian tidak pulang rumah. Beah telah berusaha utk mencari. Waktu petang Beah minta bantuan Faizal Bongkok utk cari Pian tetapi tidak jumpa.

Pada jam 1030 hrs, Beah nampak Pian ditepi jalan. Pian beritahu simati ada. Beah, Faizal (naik motosikal) pulang ke rumah diekori Pian.

Sampai di rumah Pian parking Kereta jauh sikit dan berjalan kaki pulang ke rumah. Pian panggil Faizal keluar dr rumah dan beritahu simati dah hilang. Faizal beritahu Beah. Selepas itu ketiga mereka pergi mencari Simati tetapi tidak jumpa dan ada jumpa bomoh. Lepas balik tidur.

18/01/14 jam 0800 hrs, Pian dan Faizal keluar cari dadah. Sampai sebelum tengahari, Beah cari mereka dan jumpa dekat jambatan. Selepas itu buat repot di balai polis Paka. Pian suruh buat repot palsu. Selepas itu pergi Dungun, Kerteh dan balik Paka.

Pada 21/01/14 waktu pagi, Pian tinggalkan Beah dlm rumah dan mengunci rumah. Jam 2000 hrs, Beah terima panggilan telefon dr kakak menyatakan anaknya telah mati. Beah terjun dr tingkap dan pergi ke rumah adik. Setelah itu, polis telah sampai.

Pada 21/01/14 jam 1000 hrs, penyewa Kereta (Bob) mendapati Kereta myvi parking dlm keadaan tidak berkunci dan seat belt dipotong. Bob terus jumpa Zamri dan Zamri bawa Bob dan kawannya pergi ke rumah nenek Pian. Bob jumpa Pian. Pian telah dipukul dan dibawa ke Kuala Paka dan diserahkan kepada polis.

Kereta Myvi telah dirampas. (mohon bantuan unit forensik utk pemeriksaan)

Pian masih belum stabil. Byk maklumat yg boleh diperolehi drpd Pian. (Terdapat juga keraguan samada Arif terlibat atau tidak)

Hasil siasatan pasukan forensik ditempat kejadian

-Tempat kejadian merupakan rumah banglo corner lot yang mempunyai 5 bilik dan 2 bilik air.
-Rumah tersebut tidak berpenghuni dan masih dalam proses penyerahan kunci kepada pemilik.
- Simati berada dalam keadaan terlentang dimana kedua-dua kaki berada dalam keadaan terkangkang.
- Simati memakai baju gaun warna biru dan keadaan baju terselak menutup muka serta menampakkan kemaluan.
- Simati tiada memakai seluar dalam mahupun pampers.
- Pemeriksaan fizikal mangsa dapati tiada sebarang kecederaan cuma kemaluan dapati dipenuhi dengan darah.

- Antara exhibit yang diperolehi ditempat kejadian adalah spt berikut:-

  1. Swab darah atas lantai dalam bilik air.
  2. Keratan wayar warna putih
  3. Swab peluh pada pemegang pintu dapur
  4. 3 swab peluh pada pemegang tingkap ruang tamu
  5. Serpihan kayu pintu dapur yang diumpil
  6. 3 cap jari

Simati telah dihantar ke hospital Kuala Terengganu untuk tujuan post mortem yang akan dijalankan pada 22/1/14 jam 0900hrs. Perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

Gambar mayat adik Nursyafiqah, 2 tahun.

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Suspek kes samun kedai telefon bimbit <b>di Besut</b> ditahan <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2014 11:08 PM PST

Mohd Azroy dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam atas tuduhan merompak sebuah kedai telefon bimbit menggunakan sepucuk pistol.

Polis menahan seorang daripada dua suspek yang menyamun sebuah kedai telefon bimbit dengan menggunakan sepucuk pistol Revolver di Kampung Seberang Kastam, Kuala Besut, Besut, 28 Disember tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan polis di tempat letak kereta Kota Putera, Besut, kira-kira jam 1.45 pagi16 Januari lalu.

"Dalam kejadian itu, kedua-dua suspek ini melarikan hampir 100 telefon bimbit dan tablet pelbagai jenama  dianggarkan bernilai RM40,000. Malah, suspek turut melepaskan tembakan ke arah seorang peniaga kedai makan yang cuba untuk membantu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, semalam.

Manoharan berkata, susulan penahanan seorang suspek, polis menemui semula 12 telefon bimbit termasuk satu yang digunakan suspek  dan enam yang dijual kepada orang awam, manakala selebihnya dipercayai disimpan suspek yang masih bebas.

"Hasil siasatan, suspek turut mengaku melepaskan tembakan ketika rompakan berkenaan, bagaimanapun polis masih mengesan pistol digunakan yang dipercayai disimpan suspek yang masih bebas. Usaha memburu seorang lagi suspek giat dijalankan. Kita sudah kenal pasti identitinya, malah yakin suspek dapat ditahan dalam masa terdekat," katanya.

Sementara itu di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, tertuduh (suspek yang berjaya ditahan), Mohd Azroy Zawawi didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

Mohd Azroy bersama seorang yang masih bebas didakwa melakukan rompakan menggunakan senjata iaitu sepucuk pistol terhadap harta milik Chong Aik Leong , 50, iaitu pelbagai jenis telefon bimbit.

Dia didakwa melakukan kesalahan di sebuah kedai telefon bimbit di Kampung Seberang Kastam, kira-kira jam 2.55 petang 28 Disember 2013.

Bagi kesalahan itu, Mohd Azroy berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menetapkan 27 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.-sh

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Air Terjun Sekayu Dan Sejarah <b>Hulu Terengganu</b> | kujie2.com

Posted: 21 Jan 2014 05:10 PM PST

sekayu comel, zaman berzaman
sekayu comel, zaman berzaman
na na na na na terengganu kita

Kerana lirik lagu Iklim itulah saya teringin nak menjejak kaki ke Air Terjun Sekayu. Selepas pusing Pantai Batu Buruk, Pantai Tok Jembal dan balik ke Hulu Terengganu melalui Kampung Iman Lapar dan Kampung Nasi Dingin, kami ke Hutan Lipur Sekayu.

Alang-alang suami bekerja di Terengganu, kena ambil peluang menerokai setiap ceruk negeri.  Rujukan dari laman web Pejabat  Daerah dan Tanah Hulu Terengganu, Hulu Terengganu dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah Cina bernama 'Ling Wai- Tai Ta' karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178.  Ahli-ahli sejarah berpendapat Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang.

Negeri itu (Foloan) berjiran dengan 'Peng-Heng' (Pahang), 'Teng-yanu' (Terengganu) dan 'Ci-lan-tan' (Kelantan)

Macam tu lah sejarah Hulu Terengganu.

Hutan Lipur Sekayu atau Air Terjun Sekayu adalah salah satu tempat menarik di Terengganu terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Lokasi Hutan Lipur Sekalu – GPS 4.966098,102.954666.   Jaraknya lebih kurang 16 KM dari Pekan Kuala Berang atau 56 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu.  Memandu lebih kurang 30 minit bukanlah lama sangat.

Tempat menarik di Terengganutiket masuk hutan lipur sekayu

Tiket masuk ke Hutan Lipur Sekayu:

  • Dewasa – RM 2.00
  • Kanak-kanak – RM 1.00
  • Sewa Troli – RM 3.00

Waktu Kutipan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Kalau datang ramai dan bawa peralatan untuk berkelah, berkhemah boleh sewa troli supermarket tu. Ada juga beberapa chalet untuk disewa.

Tempat menarik di Terengganuair terjun sekayu

Selepas pintu masuk ada laluan bertar disepanjang jeram sungai.

Hutan Lipur Sekayu telah dirasmikan pada tahun 1985 dan kunjungan saya bulan November 2013 , kebanyakkan bangunan seperti dewan terbuka, wakaf , jambatan agak uzur dan kerja-kerja membaiki sedang dilakukan.

Tempat menarik di Terengganuhutan lipur sekayu terengganu

Air Terjun Sekayu dilengkapi dengan Sistem Siren Amaran Awal Aliran Air Deras atau kita panggil kepala air. Kalau tengah mandi  dan  kedengaran bunyi siren, cepatlah keluar dari sungai dan naik ke tebing yang tinggi.  Jangan nak degil sangat kerana tempat ini kerap meragut nyawa dengan kejadian mati lemas.

Tempat menarik di Terengganuair terjun sekayu terengganu

Jambatan ini tidak boleh dilalui lagi, sedang dalam proses dibaiki dan menaiktaraf.   Kami tak masuk jauh  ke dalam , hanya duduk-duduk di bawah redupan pokok yang tinggi menjulang di kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu.

Tempat menarik di Terengganuhutan lipur sekayu

Saya tak tahu apa nama binatang ni. Comel je dengan kepala warna merah.

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


jamuan akhir tahun sk <b>ajil di</b> ri-yaz heritage pada 12.11.2013 (selasa)

Posted: 12 Nov 2013 05:42 PM PST

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENAFIAN
Sekolah Kebangsaan Ajil tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan maklumat dan
aplikasi dalam laman ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Ajil
21800, Ajil, Hulu Terengganu
Tel: 09-6861154 Fax: 09-6861159
Email : tba5053@yahoo.com

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Kerana BN Kalah <b>Di</b> Dun Chukai Kepada Pembangkang, <b>Kemaman</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 08:51 PM PST

Robin Hood apa macam neh? Main sebarangan aje keluarkan kenyataan. Tak fikir ka kenyataan ini menguris perasaan rakyat yang menetap di Kemaman? Dan tak fikir ke bahawa sekarang neh bukan setakat tempat yang BN kalah aje banjir, tempat yang bn menang pun ada yang banjir juga.

Apa citer?

Aduh.

Ahmad Said. Aku setuju dengan kenyataan dari YB PAS, Adun Chukai, Hanafiah. Ucapan MB Terengganu terlalu angkuh dan ego. Meninggi diri. Banjir neh musibah. Tak dapat dinafikan punca kepada musibah neh ada berbagai2 sebab. 

Samada sistem perparitan yang tidak tersusun ke, tidak kemas ke, ataupun ban sungai yang tidak tinggi ke, apa ke. Namun dalam masa yang sama juga kadang2 kita tak boleh melawan ujian Allah. Mungkin selama neh kedalaman longkang2 yang kita bina mampu menampung air tetapi sejak air2 neh ia tak mampu nak tampung lagi disebabkan air hujan yang turun adalah lebih banyak dari luar biasa. So ini hukum Allah yang kita tak boleh predict. Kita bukan tuhan. Bila kita dah tahu kelemahan kita, kita repair la. Lagipun, selama neh, banjir memang berlaku tiap2 tahun di negara neh. 

Pengalaman sudah ada. Pengajaran sudah jelas terbentang. Kenapa tidak kaji bagaimana nak mengurangkan kesan kerugian akibat dari  banjir tersebut? Baik fikir bab tue. Dari sibuk menyalahkan pembangkang dalam hal neh. Lagipun. Apa kaitan nya pula samada PEMBANGKANG menang atau KALAH, samada BN menang atau kalah, dengan BANJIR? Takde kaitan kot. 

Ia soal bagaimana kita mampu tanggani musibah banjir dengan lebih effisen je. Kalau cekap, cekap la. Kalau tak cekap, tak cekap la. Kalau nak aniaya orang sebab kawasan tue PR, aniaya la, kalau sengaja lambat bagi bantuan sebab tue kawasan PR, lambat bagi bantuan la.. atau kalau sebab itu kawasan PR sengaja taknak naik taraf kemudahan2 tertentu untuk mengurangkan risiko banjir teruk, ia maksudknya sengaja taknak naikkan tarafkan la. Untuk balas dendam. Tak gitu ke Ahmad Said?

Tarik balik la Robin Hood. Kenyataan angkuh tue tak sesuai la dengan ciri2 Robin Hood. Ke Robin Hood Malaysia memang jenis angkuh?

HAHAHA..

Baca ;


BTW, kepada sesiapa yang ada rakaman asal ucapan MB Terengganu itu, mohon disalurkan kepada aku. Best gak dapat dengar sendiri. 

Oke bai.
IKLAN TEXT DISINI


Nak Angpow? Cuba la !!!


[VIDEO] A funny, dramatic remake of a typical Malaysian scenario!

Kedahkini: BANJIR <b>DI KEMAMAN</b> BAGAI TSUNAMI

Posted: 29 Dec 2013 04:26 PM PST

Kemaman dilanda banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun
Keadaan banjir di Kemaman beberapa minggu lalu.Kemaman menjadi lumpuh apabila dilanda bencana banjir baru-baru ini yang kesannya masih terasa sehingga kini.

Bekalan elektrik dan air bersih terputus, pencawang dan loji terjejas sementara perhubungan telefon turut terganggu. Balai polis, balai bomba dan penyelamat, sekolah serta pusat kesihatan dinaiki air sehingga mencecah 1.5 meter.

Pergerakan pengangkutan banyak yang terhalang sehingga menyukarkan pihak berkuasa untuk memasuki kawasan yang terputus hubungan bagi memindah atau menghantar bekalan keperluan terutama makanan kepada mangsa.

Bencana bah di Kemaman kali ini disifatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh 50 tahun dan ada yang menganggapnya ibarat dilanda tsunami kecil.

Kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini turut tenggelam seperti Felda Neram Satu, Cheneh, Binjai dan Geliga.

Apabila banjir mula melanda pada 2 Disember, ia hanya membabitkan 133 mangsa, namun jumlah itu meningkat secara mendadak dan melepasi angka 1,000 orang pada keesokan harinya dan melebihi 8,000 orang pada hari ketiga.

Kemuncaknya ialah pada 7 Disember, apabila lebih 19,000 mangsa terpaksa berpindah.

Seorang mangsa Rohana Bakar, 52, dari Kampung Air Putih masih dapat mengingati bagaimana beberapa buah rumah malah kedai makan miliknya sendiri dihanyutkan air.

Beliau sekeluarga terpaksa meredah air banjir di tengah malam akibat air naik secara mendadak.

"Air yang mengalir deras melanda kampung saya tidak ubah seperti tsunami yang pernah melanda negara ini satu masa dahulu," katanya.

Keadaan banjir luar biasa turut melahirkan semangat pengorbanan luar biasa dalam kalangan pasukan keselamatan dan penjawat awam.

Pada satu ketika, enam petugas termasuk seorang doktor dan jururawat serta kakitangan pejabat daerah terpaksa menyabung nyawa apabila bot yang mereka naiki terbalik dalam perjalanan ke sebuah kampung.

Mereka berpaut pada bot berkenaan sehingga mereka diselamatkan sebuah lagi bot pasukan keselamatan.

Anggota polis dan bomba serta kakitangan kesihatan masih sanggup bertugas walaupun keluarga dan rumah mereka sendiri terjejas akibat banjir. 




13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kemasik</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2013 11:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Bendahari UMNO Pekan Kemasik Lawan Calon BN, PAS <b>di Kemasik</b>

Posted: 21 Apr 2013 01:42 PM PDT

Kerusi Dun Kemasik yang dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kemaman menjadi tumpuan kerana menyaksikan perebutan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ia berikutan Bendahari Umno Pekan Kemasik, Zulkiflee Salleh, 58, mencalonkan diri sebagai calon Bebas menggunakan lambang ikan, sekaligus menentang penyandang kerusi Dun Kemasik, Ir Rosli Othman dan calon Pas, Che Alias Hamid.

Zulkiflee berkata, keputusannya bertanding bukan dirancang sebaliknya dilakukan spontan berikutan tidak berpuas hati dengan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi itu yang diumumkan pucuk pimpinan BN negeri.

"Tiada niat untuk saya lawan parti atau pun nak kejar pangkat tetapi saya dah lama sabar dan saya anggap ini keputusan terbaik yang saya ambil.

"Saya ibarat lilin yang membakar diri, demi rakyat di Kemasik saya ambil keputusan nekad ini kerana ramai sebenarnya yang tidak setuju (dengan calon) tapi tak berani tampil," katanya selepas mengisi dan menyerahkan borang penamaan calon di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Chukai, kelmarin.

Zulkiflee memilih simbol ikan kerana dia seorang penjual ikan dan berniaga ikan sejak berusia 18 tahun.

"Saya yakin mampu menang di Dun Kemasik dengan sokongan rakyat Kemasik yang mahu isi hati mereka didengari," katanya.

Sementara itu, Ir Rosli berkata, walaupun undi berpecah dengan persaingan tiga penjuru tetapi ia tidak akan mengganggu majoriti kemenangan yang akan diperoleh BN.

"Dengan adanya calon Bebas, kita akan lakukan sedikit perubahan dari segi strategi untuk memancing undi. Kita akan lebarkan lagi strategi," katanya.

Pada penamaan calon itu, Zulkiflee menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi, diikuti Ir Rosli pada jam 9.16 pagi. Penyerahan borang itu disusuli calon Pas, Che Alias pada jam 9.21 pagi yang dicadangkan Mohamad Mahadi Nawi dan disokong Mohd Rusman Rani.

Terdahulu, bagi Parlimen Kemaman, calon BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi dan calon PKR, Kamarudin Chik pada jam 9.11 pagi.

Calon BN Dun Kijal yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Said juga menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi diikuti calon Pas, Hazri Jusoh pada jam 9.10 pagi, sementara bagi Dun Chukai, calon BN, Datuk Wan Ahmad Nizam menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi manakala calon Pas, Hanafiah Mat pada 9.14 pagi.

Untuk Dun Air Putih, penyerahan borang penamaan dilakukan calon BN, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar pada 9.02 pagi dan calon Pas yang juga pesara guru, Ab Razak Ibrahim pada jam 9.15 pagi.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


LPT Beri Diskaun 20% Sempena Tahun Baru Cina - MyNewsHub <b>...</b>

Posted: 28 Jan 2014 04:55 AM PST


KUALA LUMPUR – Pengguna Touch 'n Go dan SmartTag di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah pemegang konsesi LPT, ANIH Berhad Ir Wan Razali Wan Muda berkata pemberian diskaun itu akan berkuat kuasa dari 12 tengah malam Jumaat ini (31 Jan) hingga 11.59 malam pada keesokannya (1 Feb).

"Diskaun tol itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengguna LPT bersempena musim perayaan," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu.

Sementara itu, Pengurus Besar (Operasi) Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Ong Chee Keong berkata diskaun tol sebanyak 10 peratus akan diberi kepada pengguna semua kelas kenderaan sama ada secara bayaran tunai mahupun elektronik (ETC) di Lebuhraya DUKE.

Katanya diskaun itu akan dilaksana mulai 12.01 pagi pada hari Jumaat hingga 12 malam pada hari yang sama.

"Diskaun kadar tol yang diberikan ini adalah sebagai satu tanggungjawab khidmat korporat syarikat konsesi kepada semua pengguna Lebuhraya DUKE, di samping diskaun yang telah diberikan kepada semua pengguna pada musim perayaan yang terdahulu," katanya.

Dalam pada itu, Ong berkata pihak Lebuhraya DUKE juga kini turut giat mempertingkat kemudahan lorong di Plaza Tol Sentul Pasar dan antara kerja
naik taraf dalam proses akhir adalah kemudahan lorong tambah nilai dan juga lorong mod campuran berlapis di plaza tol berkenaan.

Di samping itu, Ong berkata pengguna kerap lebuh raya itu juga berpeluang memiliki kad Touch 'n Go edisi terhad Doraemon pada kadar RM10 dengan tambah nilai RM4 untuk setiap kad selagi stok masih ada. – BERNAMA

LPT Beri Diskaun 20% Sempena Tahun Baru Cinahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Lebuhraya-Pantai-Timur.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Lebuhraya-Pantai-Timur-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

KUALA LUMPUR - Pengguna Touch 'n Go dan SmartTag di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina. Pengarah pemegang konsesi LPT, ANIH Berhad Ir Wan Razali Wan Muda berkata pemberian diskaun itu akan berkuat kuasa dari 12 tengah malam Jumaat...

KUALA LUMPUR - Pengguna Touch 'n Go dan SmartTag di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina. Pengarah pemegang konsesi LPT, ANIH Berhad Ir Wan Razali Wan Muda berkata pemberian diskaun itu akan berkuat kuasa dari 12 tengah malam Jumaat ini (31 Jan) hingga 11.59 malam pada keesokannya (1 Feb). "Diskaun tol itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengguna LPT bersempena musim perayaan," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini. LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu. Sementara itu, Pengurus Besar (Operasi) Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Ong Chee Keong berkata diskaun tol sebanyak 10 peratus akan diberi kepada pengguna semua kelas kenderaan sama ada secara bayaran tunai mahupun elektronik (ETC) di Lebuhraya DUKE. Katanya diskaun itu akan dilaksana mulai 12.01 pagi pada hari Jumaat hingga 12 malam pada hari yang sama. "Diskaun kadar tol yang diberikan ini adalah sebagai satu tanggungjawab khidmat korporat syarikat konsesi kepada semua pengguna Lebuhraya DUKE, di samping diskaun yang telah diberikan kepada semua pengguna pada musim perayaan yang terdahulu," katanya. Dalam pada itu, Ong berkata pihak Lebuhraya DUKE juga kini turut giat mempertingkat kemudahan lorong di Plaza Tol Sentul Pasar dan antara kerja naik taraf dalam proses akhir adalah kemudahan lorong tambah nilai dan juga lorong mod campuran berlapis di plaza tol berkenaan. Di samping itu, Ong berkata pengguna kerap lebuh raya itu juga berpeluang memiliki kad Touch 'n Go edisi terhad Doraemon pada kadar RM10 dengan tambah nilai RM4 untuk setiap kad selagi stok masih ada. - BERNAMA

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved