Rabu, 20 Mac 2013

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


Gadis Penyu <b>Di Rantau Abang</b>, Terangganu. Angpa tau?

Posted: 16 Sep 2012 01:02 PM PDT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
1st time abg long jejak kaki kat pantai Rantau Abang ni. Sebelum ni duk dengaq ja tentang kebestan kawasan peranginan tumpuan pelancong ni ha. Alhamdulillah, dapat gak la mencemar duli kat sini. Negeri Terengganu ni kaya dengan keindahan alam semulajadinya, lanscape dia pun memang cun abis. 
Lepas ni boleh la abg long pasang angan2 utk menjelajah serata inci tanah dia.....Jelajah sampai poket lebam...Ha Ha Ha.....Gila ang, nak mengembara or melancong sekurang2nya pulus mau ada. Tak sikit, banyak dah tentu perlu sedia. Tapi, sesekali sesekala pi tempat lagu ni best apa. Langsung dak rugi la. Pendek kata (panjang tak kata apa2) boleh release tensen dan hanyutkan segala masalah kat laut cina selatan tu ha.
Masa kat Rantau Abang tempohari abg long menetap kat De Awang Beach Resort. Makanan kat sini memang tahap bintang2 bertaburan. Sedap maha lazat.....Peeehhhhhhh!! boleh bikin leleh ayaq liuq abg long ni bila ingat masakan dia. Tapi, kalau ang nak lepak kat De Awang Resort ni abg long sarankan ang amik chalet yg berhawa dingin. Tak mahai pun dalam RM90 semalaman. Kalau yang fan bagi abg long teramat la tak cool. Sarung bantal dengan kain cadar pun stay guna yang zaman arwah to nenek abg long pakai masa muda2. Adoiiiiiiiiiii....klasik betui dia punya deco dalam bilik. Ha Ha Ha!! Harga semalaman bagi bilik klasik ni RM50 aje. 
Kalau datang Rantau Abang ni bersepah chalet untuk ang lepak. Pilih ja mana yang ang berkenan, tak semestinya De Awang Beach Resort. Ang tepuk poket, tanya dompet....Hi Hi Hi....InsyaAllah, masalah utk menginap dan mententeramkan perut akan settle....Kih Kih Kih!!
Bestnye Rantau Abang ni bagi abg long sebab dia ada perkataan 'ABANG', sama sebijik macam  ABANG long gak....Ha Ha Ha....bengong kan, langsung takdak perkaitan....Adoiiiiiiiiilalalala...Tapi kan, seriusly abg long cakap, datang sini memang tak mengalami defisit fiskal pada ketebalan dompet ang. Tempat memang best gila tahap dewa. Kat Rantau Abang ni nanti ang boleh tengok matahari naik dan matahari jatuh. Tapi masa kat sini abg long sedikit mengalami kerugian coz tak sempat nak shoot panorama masa matahari sedang hadir memberi salam.....fuhhhhhhh, jiwang sudaaaaaaaaaaaaaaa.....ahaks3...Tak sempat amik sebab berperang dengan selimut, sedar2dah dekat nak subuh bapak gajah dah.
Kalau haribulan silap (*baca kalau tak silap haribulan) ang boleh terserempak dengan ibu penyu naik ke pantai untuk menzakatkan telur2nya kepada umat manusia. Abg long dengan cite (tak pasti dongeng atau sahih) bahawa telur penyu ni boleh menguatkan tenaga batin. Pendek kata (lagi2 pendek ja duk berkata) sapa yang makan telur penyu tak akan layan dah tongkat ali power root, super power dan kopi jantan....Wowwwwwwwwwww!!! ang tak terasa ka nak cuba? 
Lagi best ialah bukan sahaja dapat skodeng penyu bertelur, silap2 ang boleh terberjumpa dengan gadis penyu. Gadis penyu ni punya la comel dan sweet like honey dew. Bila ang terberjumpa je dengan gadis penyu ni ibarat ang dah menang lucky draw...

Kat bawah ni ada la sedikit cenderamata untuk habuan ang punya mata. Tengok sikit ja, jangan gelojoh sangat, terutama tang gambar gadis penyu tu ha. 


----pemandangan waktu senja di perkampung nelayan, Rantau Abang, Terengganu----
----Sebuah perahu nelayan yang terdampar diribaan pepasir-----
----Sauh yang digunakan untuk menghentikan perjalanan dilautan kehidupan----
----Peperahu yang keletihan mengolek jasa dan budi----
----Kala pekat malam ditepian pantai nan kesepian----


----Gadis penyu bersama penyu kepunyaan majikannya----
Opppssssssss.....belum abis lagi la wei. Well, itulah antara gambar yang berkesempatan untuk abg long edit. Jika lawa sila puji, jika tak lawa sila jangan kutuk. Duduk diam-diam sudah. Mohon maaf, sebab abg long tidak sifu lagi dalam bab2 edit mengedit ini. Jadi, kalau ang nak jumpa gadis penyu ni elok la ang pi Muzium Penyu, Rantau Abang, Terengganu.
Terjah jangan tak terjah....terjah jangan tak terjah......terjah je la weiiiiiii!! sekeh kang!!
___________________________________________________________
"Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku."
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Terima kasih kerana sudi singgah baca | LIKE dan SHARE jika suka

pusat santuari penyu <b>rantau abang</b>,terengganu - alam realiti...

Posted: 11 Nov 2012 05:54 AM PST


Pusat Santuari Penyu ini terletak di Rantau Abang, Dungun. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur. Majlis Penasihat Santuari Penyu Negeri Terengganu bertanggungjawab bagi segala bentuk perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan penyu di Negeri Terengganu Darul Iman.


Mengikut statistik, Pusat Penerangan Penyu telah dikunjungi seramai 8,116 orang pada tahun 2008. Manakala pada tahun lepas seramai 9,979 pelancong melawat pusat penerangan itu iaitu 8,959 pelawat tempatan dan 1,020 pelawat luar negara.


Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, jumlah pendaratan Penyu Belimbing di Pantai Rantau Abang semakin menurun dari tahun ke tahun di mana pada tahun 2003, sebanyak 14 pendaratan dilakukan manakala pada 2004 (5), 2005 (1), 2006 (5) dan tiada pendaratan pada 2007.

Namun sehingga Jun 2008, terdapat dua pendaratan dilakukan Penyu Belimbing di pantai tersebut. Manakala bagi Penyu Agar pula, jumlah pendaratan pada 2003 adalah 1,479, 2004 (2,118), 2005 (1,037), 2006 (2,371) dan 2007 (2,047).

Jumlah pendaratan Penyu Karah juga semakin berkurangan iaitu 2003 (6), 2004 (9), 2005 (8), 2006 (4) dan 2007 (18), manakala tiada langsung pendaratan Penyu Lipas dari tahun 2003 hingga 2007. Melihat kepada rekod jabatan itu mengenai jumlah pendaratan penyu di negeri itu sahaja sudah mampu mencetuskan perasaan resah bahawa haiwan itu sedang mengalami ancaman kepupusan yang kritikal.


Bagaimana Untuk Ke Rantau Abang....

Sekiranya anda ingin ke Rantau Abang dari Kuala Terengganu, anda boleh menaiki bas ke Dungun dari Hentian Bas MBKT. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dari Bandar Kuala Terengganu. Sekiranya anda dari Bandar Dungun, anda boleh menaiki bas ke Kuala Terengganu dari Hentian Bas di Dungun. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Bandar Dungun.

Anda juga boleh datang ke Rantau Abang dengan teksi. Sila rujuk senarai Perhentian Teksi di Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke Rantau Abang ialah 62km.

Dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan. Cari arah perjalanan ke Kuala Terengganu atau Kemaman. Selepas tiba di Kemaman, cari arah papan tanda untuk ke Dungun. Jarak perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Rantau Abang ialah lebih kurang 420 km.

Sekiranya anda dari Pulau Pinang, anda boleh menggunakan Lebuhraya Timur-Barat menghala ke Kota Bharu. Dari Kota Bharu, anda perlu mencari arah perjalanan ke Besut dan seterusnya ke Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Pulau Pinang ke Rantau Abang ialah lebih kurang 892km.

Dari Johor, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Plaza Tol Yong Peng. Dari Yong Peng, ambil lebuh raya ke Labis dan Segamat. Dari Segamat, anda boleh menuju ke Kuantan, Kemaman dan seterusnya Dungun.


Info Penyu

Pengenalan

Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai sezaman dengan zaman dinasour. Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik, bernafas melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran, bertelur dan adalah haiwan marin.

Walaupun ia boleh menyelam dan berada dalam air untuk sekian lama, tetapi ia mestilah timbul kepermukaan air untuk bernafas. Penyu merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies. Kini ke empat-empat spesies penyu ini sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan.


Kitaran Hidup

Penyu pada amnya mempunyai satu kitaran hayat yang sama. Penyu Betina akan mengawan dengan Penyu Jantan di laut sebelum naik bertelur ke pantai. Penyu Betina akan mendarat di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempoh masa bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaanya adalah 1–3 jam. Selepas musim bertelur, penyu itu akan berhijrah ke kawasan makan asalnya yang jauh. Seekor Penyu Betina boleh bertelur di antara 4-6 kali di sepanjang musim bertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa peneluran dengan yang lain ialah 8–15 hari bergantung kepada jenis penyu. Kemudian selepas 2-8 tahun, penyu-penyu tadi akan berhijrah semula untuk bertelur di pantai yang sama tempat ia bertelur. Kebanyakan Penyu Betina tidak bertelur dua tahun berturut-turut. Telur yang dihasil akan ditinggalkan dan tidak dijaga.


Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu adalah dipengaruhi oleh suhu pasir di mana suhu yang panas (30°C ke atas) akan menghasilkan anak Penyu Betina dan suhu sejuk (26–278°C) menghasilkan anak Penyu Jantan. Telur penyu akan menetas dalam tempoh 2 bulan dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman. Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Pada peringkat ini, anak-anak penyu dikatakan mengalami proses "imprinting" yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa kelak.


Ada ahli saintis meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor Penyu Betina atau seekor Penyu Jantan dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun.

Jenis-Jenis Penyu

Penyu Belimbing

Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin pupus. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya (cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600 kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400 m hingga 1,200 m.


Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60–120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia, tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga di Paka dan di Pahang. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembut dengan ukuran garis pusat 5–6.5 sm.

Penyu Agar

Penyu Agar juga dikenali sebagai "penyu hijau" mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135–270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April–September dan menghasilkan 100–140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembut dengan ukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm.

Penyu Karah / Sisik

Penyu ini juga dikenali sebagai Penyu Sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat, bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70–90 sm dengan berat badannya di antara 35–75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan Terumbu Karang.

Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan Terumbu Karang. Musim bertelurnya adalah Mac–Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembut dan berukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm.

Penyu Lipas

Penyu Lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0–6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35–50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang, obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac–Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih, berkulit lembut dan bergaris pusat lebih kurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


teganuku: Banjir - SK Kampung La <b>Di</b> Hulu <b>Besut</b> Ditutup, 3 <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2013 10:57 PM PST



Siti Zalmi Mat Ghani, 30, memangku anaknya, Mohd Ajwad Nafail, berusia 17 hari ketika menaiki sampan untuk pulang ke rumahnya sambil dibantu Hasbullah Awang, 58 (kanan) berikutan banjir melanda Kampung Desa Jaya, Setiu, hari ini.
Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung La di Hulu Besut di sini terpaksa ditutup hari ini berikutan ramai pelajar dan gurunya tidak dapat hadir ke sekolah ekoran beberapa jalan ke sekolah itu dinaiki air antara 0.6 meter hingga 1.3 meter.

Laluan terbabit ialah di Km27, Jalan Jerteh-Keruak dekat Sungai Patong dan di Km13 dekat Kampung Gertak Jerbun.


Pegawai Pelajaran Daerah Besut Ab Halim Hassan  berkata, sekolah itu diberikan kebenaran cuti berganti.

Katanya, beliau juga dimaklumkan ramai guru yang mengajar di Sekolah Menengah Bukit Payong, SK Tenang, SK Panchor dan SK Keruak di daerah itu juga tidak dapat pergi ke sekolah masing-masing dan terpaksa melapor diri di sekolah berdekatan yang tidak terjejas dengan banjir.

Ini berikutan jalan ke Hulu Besut dari Jerteh dinaiki air di beberapa tempat seperti di Kampung Gertak Jerbun, Pasir Akar dan Lepang Kejor di Darau, katanya.

"Sekiranya keadaan banjir didapati bertambah buruk, pihak sekolah perlu mengambil langkah segera bagi mengisytiharkan cuti bagi sekolah mereka," katanya.

Sementara itu tinjauan Bernama ke beberapa lokasi di Kampung Pasir Akar mendapati paras air yang naik akibat limpahan Sungai Besut sejak petang semalam masih tidak berubah. Penduduk dilihat memantau keadaan paras air sungai sebelum bertindak untuk berpindah di pusat-pusat pemindahan yang disediakan.

Di Setiu, pula, tiga keluarga dari Kampung Chalok Barat di Setiu dipindahkan akibat banjir setelah hujan tanpa henti sejak awal pagi semalam.

Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Terengganu Mohd Rozairi Abdul Rahim berkata kesemua mangsa dipindah ke Balai Raya Sungai Lerek, setelah kediaman mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter.

Mangsa yang terdiri daripada empat wanita, dua lelaki tiga kanak-kanak itu dipindahkan 5 petang tadi, katanya.

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


<b>Pulau</b> Menarik <b>di</b> Terengganu

Posted: 08 Jan 2013 08:27 AM PST

As salam semuo...

Pulau menarik di Terengganu...

Terengganu sememangnya terkenal dengan keindahan alam semulajadinya...antara tarikan utama pelancong luar negara mahupun dalam negara ialah keindahan pulau-pulau yang terletak di jajahan Terengganu...

Pulau Redang






Pulau Redang terletak 45km diluar pantai Kuala Terengganu...Pulau Redang ialah pulau terbesar antara 9 pulau yang dilindungi sepanjang Laut China Selatan di luar pantai Terengganu...pulau ini menawarkan air jernih kristal dan pelbagai tempat menyelam bagi mereka yang berminat...antara tempat snorkeling utama di Pulau Redang ialah di Taman Laut Pulau Redang, perairan di sana kaya dengan hidupan laut yang pasti mempersonakan...

Bagaimana ke Pulau Redang...?? Dari lapangan terbang Kuala Terengganu, pihak resort tempat dimana korang menginap akan menghantar korang ke Jeti Merang...dari sana, korang akan dibawa ke Pulau Redang dengan menaiki bot yang disediakan oleh pihak resort terbabit...perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Redang mengambil masa lebih kurang 1 jam...

Pulau Perhentian






Pulau Perhentian terletak 21km diluar pantai Terengganu...Pulau Perhentian terbahagi kepada 2 pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil...selain daripada melakukan aktiviti snorkeling dan scuba-diving, terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan antaranya berkanu, berlayar, memancing ikan laut dalam dan mencandat sotong...

Bagaimana ke Pulau Perhentian...?? Dari lapangan terbang Kota Bharu, sila dapatkan perkhidmatan teksi untuk pergi ke Jeti Kuala Besut...dari jeti, dapatkan pula perkhidmatan bot untuk membawa korang ke Pulau Perhentian...perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 30 minit...

Waktu yang paling sesuai untuk bercuti ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian ialah antara bulan Mac hingga Oktober...kebanyakan resort atau chalet akan tutup pada bulan November hingga Febuari kerana ketika itu ialah musim tengkujuh ataupun North-east Monsoon...

Inilah 2 pulau menarik di Terengganu yang telah PM lawati...terdapat beberapa lagi pulau menarik di Terengganu yang boleh dilawati antaranya Pulau Kapas, Pulau Lang Tengah, Pulau Tenggol, Pulau Duyung dan Pulau Gemia...

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


BENDERA PAS KOYAK <b>DI KUALA TERENGGANU</b>??? - Angin Laut <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 09:00 PM PST

Salam buat semua...

Parlimen Kuala Terengganu biasa menjadi perhatian pemerhati politik setiap kali datangnya pilihanraya. Dikatakan kawasan ini sering bertukar tangan sejak beberapa pilihanraya sebelum ini.

Kali terakhir ialah apabila pilihanraya kecil P036 diadakan pada Mac 2009 setelah penyandangnya Dato Razali Ismail dari Parti Barisan Nasional meninggal dunia.

 

Pilihanraya Kecil itu dimenangi pula oleh PAS melalui wakilnya Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.

Semasa menerima keputusan itu, ada pengundi begitu bergembira. Mereka solah-olah berpuashati kerana dapat menjatuhkan Barisan Nasional disini. Mereka bertakbir, pasukan bermotor dengan berbaju hijau meraikannya  mengelilingi bandar Kuala Terengganu. Tidak kurang yang sengaja melakukan provokasi, melalui jalan dihadapan rumah calon Barisan Nasional Dato' Wan Ahmad Farid dengan deruman kuat bunyi motosikal masing-masing.

Namun kegembiraan itu rupanya hanya sementara. Selepas 6 bulan, pengundi mula sedar mereka tersilap memilih parti. Ada diantara mereka yang ditemui menyatakan kekesalan kerana memilih PAS. Bagi mereka ternyata PAS tidak mampu memberi apa-apa bantuan kepada rakyat yang memilih parti itu.

Memang betul dari pengamatan penulis, wakil rakyat Kuala Terengganu yang juga ADUN Wakaf Mempelam, langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai YB. Malah dikatakan tidak turun menjenguk rakyat.

Pernah berlaku kejadian kebakaran di Kg Wakaf Mempelam, Wakil Rakyat ini langsung tidak datang bertanya khabar. Begitu juga jika ada kematian beliau langsung tak nampak batang hidung.

Sebenarnya keadaan ini bukan saja berlaku di Wakaf Mempelam tetapi juga berlaku di 2 DUN lagi yang dimenangi PAS iaitu Batu Buruk dan Ladang.

Kini pilihanraya datang lagi, barulah mereka yang bergelar wakil rakyat dari PAS muncul entah dari gua mana, menunjukkan diri. Mereka mula memberi senyum kepada rakyat. Wahid endut dilihat berada di suatu tempat untuk berbincang tentang Pangsapuri Ladang Gemilang. Dia juga dilihat hadir berceramah di Kg Wakaf Mempelam.


Namun rakyat sudah muak melihat perilaku mereka yang hanya berlakon sempurna ketika musim pilihanraya. Rakyat tak ingin ditipu lagi. Buktinya kini berkibaran bendera Barisan Nasional diseluruh Kuala Terengganu. Mengalahkan bendera PAS. Anak muda telah mula keluar dengan bersemangat memasang bendera Barisan. Ada dikalangan mereka pada tahun 2009 membantu PAS memasang bendera bulan tapi kali ini mereka bersama Barisan Nasional.

Begitu juga program-program Salam Sayang anjuran wanita, ramai muslimah PAS (Boleh dikatakan bekas muslimah) hadir disetiap program di seluruh parlimen ini.
Angin yakin sepenuh hati dengan komitment pemimpin Barisan Nasional selama bertahun membantu rakyat tanpa jemu, rakyat akan membalas jasa mereka dengan mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya kali ini.    

Apalagi bila Angin terbaca komen penulis di dalam Sinar Harian yang mengatakan bahawa gelombang biru melanda dun ladang iaitu salah satu dun dalam parlimen Kuala Terengganu. Bagi Angin bukan sahaja Ladang tetapi seluruh PARLIMEN KUALA TERENGGANU AKAN DIMENANGI BARISAN NASIONAL dalam PRU13 nanti. 

Insyaallah...  

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 12:00 AM PDT


FRIENDLY MATCH : SERI BERANG (1) , <b>FELDA</b> <b>...</b> - SK Seri Berang

Posted: 10 Sep 2012 06:39 PM PDT

DUNGUN (10 September 2012) : Pasukan Tunas Kluster Bola Sepak SK Seri Berang mencatat kemenangan 2-1 ke atas SK Felda Jerangau, di sini semalam dalam siri Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Sekolah Rendah. Manakala Pasukan Pelapis tewas 1-5 kepada pasukan tuan rumah.Kedua-dua perlawanan dilangsungkan di Padang Bola Sepak SK Felda Jerangau.

Mengulas keputusan perlawanan berkenaan, Cg. Shahidan Kasim yang bertindak sebagai pengurus pasukan berkata, benteng pertahanan Pasukan Tunas SK Seri Berang  dilihat tidak berfungsi dengan sebaik mungkin  ketika di separuh masa yang pertama. Namun mereka bangkit pada separuh masa kedua dengan meledakkan dua gol selain menggandakan pertahanan daripada diasak oleh jentera lawan. Di perlawanan yang membabitkan Pasukan Pelapis pula, Shahidan tidak menolak faktor kekuatan pasukan tuan rumah khususnya para pemain pertahanan mereka yang dilihat berjaya mematahkan serangan dan percubaan menarik Pasukan Pelapis Bola Sepak SK Seri Berang. 

Pada minggu lepas, kedua-dua pasukan bola sepak Tunas dan Pelapis SK Seri Berang mencatatkan kemenangan bergaya ke atas SK Felda Jerangau Barat dengan keputusan 6-1 (Tunas) dan 3-0 (Pelapis).

Pasukan Bola Sepak Kluster SK Seri Berang sedang melengkapkan takwim program kluster bola sepak sekolah rendah dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan terpilih dalam dan luar daerah ini.

Semoga pasukan SK Seri Berang meningkat dalam pencapaian dari masa ke semasa.

ujang kutik: lebuh raya <b>jerangau</b>-jabur

Posted: 01 Feb 2013 06:49 PM PST



Tika alam merengek,
getar ghairahnya tertampan
malu,
pada jajar-jajar batu yang setia,
dan pepohon hakiki yang meneman.

Lalu,
angin lembah menyingkap,
busana alam yang lerai,
  bak perawan memperaga diri-sunti ,
bernama aku berteleku,
terpegun dan kagum.

Alam,
aku ingin bersama mu,
sekalipun pada kerlingan fatamorgana,
seperti ini.

Saya sangat teruja apabila berurusan dengan alam semula jadi. Pada saya bukit-bukau, gunung-ganang, kampung, lembah, tasik ,  sungai, sawah padi dan mergastua ada aura yang menakjubkan. Saya boleh jadi asyik apabila berkesempatan mengakrab diri dengan elemen-elemen itu. Agak menghairankan,  aura laut kurang menarik minat saya.  
Sepanjang perjalanan Kuala Terenggau – Kuantan ke Kuala Lumpur, saya merintas Lebuh Raya Jerangau-Jabur yang jaraknya lebih kurang 200 km. Kepada pembaca yang belum pernah melalui lebuh raya yang memiliki nama klasik atau purba ( Jerangau-Jabur) ini mungkin menggambarkan bahawa laluan ini sarat dengan pemandangan alam semula jadi yang boleh melekakan.     
Jangkaan anda jauh tersasar. Hampir semua elemen alam semula jadi di kawasan ini telah menjadi sejarah masa lampau!
Kecuali masih tersisa beberapa buah tasik sebelum sampai ke Bukit Besi, laluan sepanjang Lebuh Raya Jerangau-Jabur tidak ada bezanya dengan tempat-tempat lain yang terpaksa mengalah kepada 'sebuah pembangunan'. Boleh dikatakan sebahagian besar kawasan di sini telah dan sedang ditanam dengan tanaman kelapa sawit.
Saya mengalamun betapa indahnya alam semula jadi di kawasan itu sebelum 'diperkosa' oleh 'sebuah pembangunan'.
 
Sebuah mutiara kata berbunyi, " Saya lebih suka lamunan bagi masa yang akan datang daripada lamunan sejarah masa lalu." Sungguhpun demikian, naluri saya masih tidak dapat menerima sepenuhnya mutiara kata itu.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Pakej <b>Pulau Tioman</b>

Posted: 06 Feb 2013 11:44 PM PST

As salam semuo...

Sebelum ini PM pernah kongsikan berkenaan pakej Pulau Perhentian dan pakej Pulau Redang...kali ini PM hendak kongsikan berkenaan pakej Pulau Tioman pula...

Pemergian PM dan wife ke Pulau Tioman pada bulan Febuari 2012 selepas menyaksikan beberapa kawan kami ke sana...apabila melihat gambar-gambar mereka, hati mula tertawan dengan keindahan semulajadinya...

Setelah mendapat beberapa info berkenaan Pulau Tioman dari kawan-kawan PM, pakej dari Damai Tioman Resort menjadi pilihan kami...Damai Tioman Resort terletak di Kampung Genting...


Terdapat beberapa buah kampung di Pulau Tioman antaranya Kampung Salang, Kampung Panuba, Kampung Ayer Batang, Kampung Tekek, Kampung Paya, Kampung Genting, Kampung Nipah, Kampung Minang Cove, Kampung Mukut dan Kampung Juara...jika kawan-kawan inginkan kemeriahan boleh pergi ke Kampung Salang sebaliknya jika hendakkan ketenangan dan kedamaian boleh pergi ke Kampung Genting...
Ketika menginap di Damai Tioman Resort, PM mengambil pakej 3 hari 2 malam bernilai RM 288.00 seorang...yup pakej bajet...pakej termasuk makan dan minum, snorkeling dan tambang feri pergi dan balik...keadaan bilik selesa dan bersih...makanan yang dihidangkan juga tidak menghampakan...servis dan layanan dari pihak resort juga sangat memuaskan...

Namun begitu, pada mereka yang mungkin ada bajet lebih dan inginkan lebih keselesaan mungkin boleh pilih resort lain yang lebih baik...di sana terdapat banyak resort mahupun chalet...setiap kampung mungkin terdapat 3-4 resort untuk dipilih berdasarkan bajet masing-masing...selera kawan-kawan mungkin berbeza dengan PM...PM hanya kongsikan apa yang telah PM lalui...

Ruang makan yang agak selesa...terletak beberapa langkah jer dari bilik kami menginap...untuk pengetahuan semua, ketika di sana pada hari kejadian, hanya PM dan wife menjadi tetamu di sana...oleh itu kami mendapat layanan yang sangat istimewa dari pihak resort...hehe

PM dan wife memang gemar bercuti pada hari weekday...tak ramai orang...bercuti pada hari weekday bukanlah masalah pada kami kerana kami sudah biasa kerja pada hari weekend...hehe jika bercuti pada hari weekend ataupun cuti sekolah ke, memang ramai pengunjung di sini...bila sudah terlalu ramai orang tak syok sangat kan..??


Menikmati minum petang sambil menunggu matahari terbenam...fuhh memang indah...kagum dengan ciptaan Allah SWT...

Bergambar kenangan di sekitar kawasan resort...tidak kelihatan orang lain kan..?? Yup pantai itu seperti private beach PM yang punya...ituh yang tangkap gambar takdo segan silu tuh...hehe

Damai Tioman Resort nih bukanlah yang terbaik...resortnya tidak sehebat resort INI ketika PM bercuti di Pulau Redang...resortnya biasa-biasa ajer...namun PM dan wife masih menikmati saat-saat indah di sana...masih lena tidur kami...

Pada kawan-kawan yang mungkin ingin mengetahui harga pakej Pulau Tioman yang terbaru dari Damai Tioman Resort boleh klik SINI

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Feb 2013 01:31 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Calon PAS DUN Paka Rembat Duit Peneroka Felda RM1.4 Juta <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 05:59 PM PST

Duit peneroka Felda RM1.4 juta lesap! Geran tanah entah ke mana dan Pengerusi JSR pun hilangkan diri – Itu yang berlaku setelah kejatuhan Kerajaan PAS Terengganu pada Mac 2004.

Bekas ADUN PAS Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang merancang kewujudan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Bandar Ketengah Jaya, Rasau, Dungun pada tahun 2002 senyap seribu bahasa.

Paling tidak pun, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu boleh berkata, "Itu Semua Salah UMNO Kerana UMNO Zalim".

Dalam laporan polis yang dibuat oleh salah seorang mangsa, Mohamad Rosdi Fauzi pada 22 Februari 2013 di Balai Polis Ketengah Jaya mencatatkan, majlis undi lot peserta RTB Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya.

Entah prosedur dari mana yang digunakan Kerajaan PAS ketika itu, setiap peserta telah diminta untuk membayar sebanyak RM1,300 kepada akaun Tetuan Azman Wan Helmi & Associate melalui Bank Bumiputera Commerce Berhad di nombor akaun 13020017601056 sebelum 1 Mac 2004.

Kenapa peserta perlu membayar RM1,300 untuk dapatkan lot RTB? Penduduk mendakwa, bayaran itu diminta Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan Pejabat ADUN Paka.

Menurut Seksyen 67 dan 68 Kanun Tanah Negara, bayaran Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk RTB hanya RM10 setahun dan RM5 untuk pendaftaran. Boleh pemimpin PAS atau Satiful Bahri jelaskan kenapa pemohon perlu membayar sehingga RM1,300.

Mana Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman dalam isu ini?

Bukan seorang atau dua orang yang tertipu, jumlahnya 1,080 peserta. PAS dengan duit sukar untuk dipisahkan, kira-kira RM1.4 juta lesap. Selepas pilihanraya umum pada 2004, Pengerusi JSR juga tidak dapat dikesan.

Tuntut mereka, "Kembalikan Duit Kami". Calon PAS DUN Paka, Satiful Bahri yang diumumkan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut, bertanggungjawab lah kamu dalam penipuan ini!

Turut menjadi mangsa penipuan Kerajaan PAS ketika itu, peserta RTB Kawasan Beril, Mukim Kuala Paka dimana temuduga untuk peserta RTB berkenaan diadakan di Pejabat ADUN Paka, Satiful Bahri pada 1 Julai 2002.

Majlis penyampaian surat kelulusan dan undi lot RTB itu diadakan pada 11 Mac 2004 di Tebing Tembah, Paka. Mangsa memberitahu, nombor lot tanah ada tetapi lot tanah tidak ada! Hairan bin Ajaib cara pemerintahan PAS di Terengganu.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Kerajaan Negeri Bantu Promosikan TMT 2013 | Terengganu Today

Posted: 23 Jan 2013 07:35 PM PST

Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM20 juta bagi melaksanakan aktiviti, galakan dan promosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) menerusi Sekretariat TMT 2013.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM8 juta dibelanjakan bagi mempromosi pelancongan di Tasik Kenyir.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata sebanyak RM44.4 juta pula diperuntukkan bagi projek infra seperti membangunkan dan menambahbaik kemudahan awam di pulau-pulau peranginan termasuk Pulau Bebas Cukai Tasik Kenyir.

"Menerusi peruntukan tambahan itu, selain melaksanakan projek infra dan penambahbaikan di Pulau Bebas Cukai Tasik kenyir, kita juga membelanjakan bagi tujuan perlindungan dan pemuliharaan sungai, penyelenggaraan dan perkhidmatan pengurusan sampah-sarap di pulau peranginan yang terdapat di seluruh negeri.

"Banyak jeti yang mengalami kerosakan akibat kesesakan bot yang berlabuh pada musim tengkujuh lalu. Antara jeti berkenaan adalah Pulau Redang yang sedang diselanggara oleh Jabatan Kerja raya dan jeti Pulau Bidong akan diperbaiki tidak lama lagi," katanya baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Datuk Abdul Rahin berkata dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Pulau Bidong yang dipengerusikan oleh beliau bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah minggu lalu memutuskan supaya penjagaan dan pemuliharaan pulau itu diketuai Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu dan Coral Malaysia.

Katanya, pihaknya juga mahu pulau yang pernah menjadi kem pelarian Vietnam itu hanya dibuka kepada pengunjung secara lawatan harian bagi mengekal dan memulihara alam semula jadi dan artifak sejarah di kawasan berkenaan daripada pencemaran serta dan kemusnahan.

"Selain meluluskan kerja pembersihan yang sedang berjalan sekarang, jawatankuasa juga bersetuju unutk membangunkan pusat maklumat pelancong di pulau itu pada tahun ini.

"Kita akan memastikan Pulau Bidong terjaga dari segi alam semula jadinya dan dibangunkan mengikut kriteria yang telah ditetapkan," katanya.

Menurut beliau, perbelanjaan bagi membangunkan pulau itu tidak termasuk dalam peruntukan RM10 juta bagi membangun dan menguruskan pulau-pulau peranginan seperti Redang, Perhentian dan Lang Tengah menerusi Wilayah Ekonomi Wilayah Timur (ECER).

Katanya, Pulau Bidong diurus dan dibangunkan menggunaan sumber kewangan dalaman kerajan negeri.

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Rumah Hangus Terbakar <b>Di Kuala Berang</b> | Terengganu Today

Posted: 08 Jan 2013 11:38 PM PST

"Sebelum ini, dia sering bertindak luar kawalan kerana masalah mental dihadapinya tetapi sungguh tak disangka rumah mak cik pula hangus gara-gara dia 'bermain' bakar baju di dalam bilik. Namun, mak cik redha atas segalanya."

Demikian luahan Salariah Musa, 67, yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah didiaminya hampir 30 tahun musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.15 petang kelmarin, dipercayai berpunca daripada tindakan anak lelakinya berusia 28 tahun itu yang mengalami masalah mental.

Menurut warga emas yang mencari rezeki dengan mengusahakan lemang ini, ketika kejadian, dia berada dalam perjalanan pulang daripada rumah salah seorang anaknya di Manir dan setibanya di rumah, hancur luluh hatinya apabila melihat rumahnya hangus terbakar.

"Mak cik mempunyai lima anak dan tinggal di sini bersama anak ketiga yang mengalami masalah mental sejak berusia awal 20-an kerana sering kali terjatuh motosikal termasuk akibat kemalangan dan jatuh daripada tebing.

"Pagi semalam (kelmarin), sebelum mak cik pergi ke rumah anak di Manir, anak lelaki mak cik ini ada pergi ke rumah kakaknya terletak di kampung ini juga. Bagaimanapun, sekitar tengahari, dia pulang bersendirian," katanya.

Menurut Salariah, anak lelakinya itu sudah beberapa kali bertindak di luar kawalan tetapi tidak menyangka tindakannya kali ini menyebabkan mereka sekeluarga hilang tempat tinggal.

"Berdasarkan cerita kakaknya itu, adiknya dikatakan 'bermain' bakar baju dalam bilik dan mungkin ia telah merebak hingga menyebabkan kebakaran berlaku. Sebelum ini, dia sudah beberapa kali bertindak di luar kawalan tetapi kali ini tidak sangka rumah kami yang terbakar.

"Sebaik sampai di rumah, makcik lihat hampir keseluruhan rumah telah pun terbakar dan dipenuhi orang ramai. Makcik tidak dapat berbuat apa-apa selain hanya mengalir air mata kesedihan. Malah, makcik seolah-olah lembik dan tidak berdaya," katanya.

Kesedihan dilalui warga emas ini dikongsi bersama Sinar Harian, di sini semalam yang turut menerima kunjungan daripada Adun Telemong, Rozi Mamat serta Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Terengganu, Mohd Fadzli Ismail.

Tambahnya, walaupun masih sedih namun dia akan kembali mengusahakan perniagaan lemang seperti biasa kerana ia merupakan sumber rezekinya selain mendapat bantuan JKM sebanyak RM 300 sebulan.

Sementara itu, PBK II Mahyudin Muhammad yang mengetuai operasi memadam kebakaran daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.19 petang kelmarin dan bergegas ke lokasi menaiki sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota.

Menurutnya, api dapat dikawal jam 5.40 petang dan operasi tamat jam 6.54 petang, manakala punca sebenar serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, menurut jiran mangsa, Minah Ali, 86, berkata, dia sedang menonton televisyen di rumahnya yang terletak tidak berapa jauh daripada rumah Salariah, sebelum dikejutkan dengan beberapa bunyi letupan.

"Mulanya, makcik tidak endahkan kerana menyangka ada kerja-kerja pertukangan atau membina rumah dilakukan di kawasan sekitar. Namun, apabila mengamati bunyi letupan itu agak berlainan, makcik mengambil keputusan keluar melihat keadaan.

"Makcik benar-benar terkejut melihat api begitu marak di bahagian tengah rumah. Malah, terdapat juga beberapa orang kampung tidak jauh daripada rumah ini melihat kejadian kerana tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang keselamatan," ujarnya.

Dalam pada itu, kehibaan Salariah sedikit terubat apabila menerima kunjungan daripada Rozi yang turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan dapur sebagai bantuan awal meringankan beban dan JKM Hulu Terengganu turut turun padang, kelmarin.

Kunjungan Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri itu turut membawa sinar kegembiraan kepada Salariah apabila dimaklumkan pihak kerajaan akan membina sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuknya dalam tempoh terdekat ini.

"Kita akan mengenal pasti kontraktor terlebih dahulu dengan seberapa segera dan dijangka pembinaan rumah ini akan dibina secepat mungkin d ibawah seliaan JKM. Difahamkan, buat masa ini dia menumpang di rumah anak-anaknya terlebih dahulu.

"Bantuan awal serta peruntukkan pembinaan rumah baru ini diharapkan sedikit-sebanyak mampu mengubati kesedihannya. Seterusnya, dapat mengusahakan lemang sebagai punca rezeki sebagaimana biasa," katanya.

-sinar

ads