ads

Isnin, 20 Jun 2011

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


Perbandingan kekuatan Pesawat RSAF dengan TUDM yang perlu diketahui

Posted: 06 Jul 2006 12:00 AM PDT

Buat masa ini TUDM mempunyai 14 pesawat pejuang MiG-29N, 2 pesawat pejuang MiG29NUB, 8 pesawat pejuang nothing-18D Hornet, 7 pesawat pejuang Aermacchi MB-339A, 16 pesawat pejuang Hawk 208, 6 pesawat pejuang Hawk 108, 2 pesawat pejuang RF-5E Tigereye, 3 pesawat pejuang F-5F dan 10 pesawat pejuang F5E Tiger II.


TUDM juga mempunyai 17 pesawat pejuang MB-339C yang dibeli daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003 tapi masih tidak lagi beroperasi. TUDM juga akan menerima 18 pesawat pejuang Sukhoi SU 30MKM dalam masa terdekat ini secara berperingkat.
Sementara itu TUDM dalam kategori pesawat pengangkut pula mempunyai 8 pesawat Hercules C-130-30 , 2 pesawat Hercules C-130, 4 pesawat pengangkut minyak Hercules KC-130130H, 8 pesawat komunikasi Cessna 402B, 8 pesawat CN235-220M, 2 pesawat VIP CN235-220M, 1 pesawat VIP Boeing 737-700 BBJ, 1 pesawat VIP Bombardier Global Express, 1 pesawat VIP Bombardier CRJ-700 Regional Jet, 1 pesawat VIP Dassault Falcon 900B dan 1 pesawat VIP F28-100.

Sementara itu TUDM telah menempah 4 pesawat pengangkut Airbus Military 400M.


Dalam bidang maritim pula TUDM memiliki 4 pesawat Beechcraft Super Kingair B200T MPA dan 2 pesawat Lockheed Hercules PC-130H. Untuk kategori helikopter pula TUDM mempunyai 28 buah helikopter serbaguna Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter komunikasi Nuri Sikorsky S61A-4, 2 buah helikopter VIP Agusta Sikorsky A56-N1, 1 buah helikopter VIP Agusta A-109C dan 2 buah helikopter VIP Sikorsky S-70 Black Hawk.
TUDM juga akan menerima 10 buah helikopter buatan Rusia Mi-171SH untuk tujuan mencari dan menyelamat.

Dalam kategori pesawat pelatih pula TUDM mempunyai 36 pesawat Pilatus PC-7, 8 pesawat Pilatus PC-7MkII, 20 pesawat MD3-160 Aerotiga dan 3 pesawat CTRM Eagle ARV.

Pesawat-pesawat TUDM ini ditempatkan di 8 buah pengkalan udara iaitu di Gong Kedak, Alor Setar, Butterworth, Kuantan, Subang, Sungai Besi, Kuching dan Labuan.

Dibandingkan pula dengan keupayaan Tentera Udara Singapura (RSAF), negara kecil itu mempunyai pesawat pejuang 26 F-16C Falcon, 36 pesawat pejuang F-16D Falcon, 36 pesawat pejuang F-5S Tiger 2, 9 pesawat pejuang F-5T Tiger 2 dan 8 pesawat pejuang RF-5S Tiger 2.


Sementara itu RSAF menjangkakan telah menerima sebanyak 12 ke 20 buah pesawat pejuang tercanggih di dunia iaitu Boeing F-15SG pada tahun 2008 atau 2009.

Dalam kategori helikopter pula RSAF mempunyai 18 buah helikopter pengangkut berat Chinook CH-47SD, 22 buah helikopter pengangkut Super Puma AS 332M, 6 buah helikopter pengangkut Eurocopter AS 532UL Cougar, 20 helikopter tempur dan anti kereta kebal Apache Longbow AH-64D dan 6 helikopter anti kapal dan anti kapal selam Sikorsky ASW S-70B.

RSAF juga mempunyai 6 buah pesawat pengangkut berat Lockheed C-130H serta 4 buah pesawat VIP F50 UTL. Di samping itu RSAF memiliki 4 buah pesawat mengisi minyak di udara dari jenis Boeing KC-135R dan memiliki 4 buah pesawat mengisi minyak di udara dari jenis Lockheed KC-130B.

Menariknya RSAF mempunyai pesawat pengawasan amaran AWACS (Airborne Early Warning) sebanyak 4 buah dari jenis Grumman E-2C Hawkeye. Serta 5 buah pesawat maritim dari jenis Fokker F50 ME2 yang dilengkapi dengan persenjataan Harpoon.

Dalam kategori pesawat pelatih pula RSAF menggunakan 27 pesawat pejuang Marchetti S.211, 4 pesawat pejuang Super Skyhawk A-4SU, 4 pesawat pejuang Super Skyhawk TA-4SU dan sekurang-kurangnya 5 buah helikopter Eurocopter EC120 dan AS 550U.


RSAF juga mempunyai beberapa pesawat pengintip tanpa juruterbang iaitu sebanyak 40 buah dari jenis IAI Searcher Mk2 dan beberapa buah lagi dari jenis IAI Malat Scout, satu Blue Horizon dan satu Firefly.

Pesawat-pesawat RSAF ini beroperasi di 6 buah pengkalan udara dalam negara Singapura iaitu di Changi (Barat), Changi (Timur), Paya Lebar, Sembawang, Tengah dan Kem Murai.

RSAF turut mempunyai beberapa pengkalan udara di luar Singapura iaitu Pengkalan Udara Pearce dan Oakey di Australia, Pengkalan Udara Cazaux di Perancis, Pengkalan Udara Luke, Cannon, Grand Prairie dan Silverbell di Amerika Syarikat.

Pengkalan udara RSAF di luar negara ini menempatkan pesawat-pesawat dan anggota-anggota RSAF bagi tujuan latihan. RSAF juga telah menghadiahkan beberapa pesawat pejuang F-16 kepada Royal Thai Air Force sebagai pertukaran, RSAF akan menggunakan Pengakalan Udara Udon Thani di Thailand selama beberapa hari setiap tahun untuk tujuan latihan.

Pada tahun 2003 Singapura telah menyertai program pembangunan pesawat pejuang tercanggih F-35 Joint Strike Fighter (JSF) yang dijangkakan akan mula beroperasi pada tahun 2015. Dalam masa akan datang RSAF dijangkakan akan beroperasi dengan menggunakan dua jenis pesawat pejuang iaitu F-35 dan F-15.
Di atas kertas keupayaan RSAF jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan TUDM. Walaupun negara Singapura begitu kerdil tetapi kekuatan tentera udaranya membayangkan bahawa negara tersebut adalah gergasi pertahanan udara di rantau ini.

Statistik di atas menunjukkan bahawa RSAF lebih tertumpu kepada operasi pesawat dari jenis yang sama dengan ini akan memudahkan kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat tersebut.

Sementara TUDM pula yang mempelbagaikan jenis pesawatnya dengan Sukhoi dan MIG dari Rusia, Hawk dari Britain, F-18 dari Amerika Syarikat, MB339 daripada Itali menyebabkan lebih banyak sumber diperlukan dari sudut kerja penyenggaraan, mendapatkan alat ganti serta melatih anggota-anggota yang mengendali dan menyenggara pesawat.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah mengapa TUDM mempunyai begitu banyak pesawat VIP iaitu 7 kapal terbang VIP dan 5 helikopter VIP, sedangkan RSAF hanya menggunakan 4 kapalterbang VIP dari jenis Fokker F50.

Adakah kerana Malaysia mempunyai begitu ramai ahli politik, ahli parlimen, menteri dan jeneral maka TUDM perlu menyediakan banyak pesawat VIP?

Persoalan juga timbul akan nasib 17 buah pesawat pejuang MB-339C yang dibeli daripada Tentera Udara New Zealand pada tahun 2003 tapi masih tidak lagi beroperasi.

Begitu juga dengan bentuk mukabumi di Malaysia yang dikelilingi laut yang sudah pastinya memerlukan lebih banyak pesawat maritim, pesawat AWACS serta pesawat tanpa juruterbang serta helikopter TUDM hanya mempunyai jumlah pesawat yang kecil untuk tujuan ini jika dibandingkan dengan RSAF.

Ini baru dari sudut pertahanan udara, belum lagi di sentuh dari sudut pertahanan darat dan laut. Justeru itu Kementerian Pertahanan haruslah melaksanakan Dasar Pertahanan Negara yang dapat meyakinkan rakyat bahawa negara kita Malaysia mampu mempertahankan diri dari sebarang ancaman luar.

Di samping itu kecanggihan senjata juga mestilah diiringi dengan kecanggihan mental dan 'spiritual' anggota-anggota keselamatan. Anggota-anggota keselamatan yang beragama Islam haruslah diperkukuhkan iman dan amalan mereka agar mereka dapat mempertahankan negara ini dalam apa jua keadaan sekali pun.

Posted in:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Persatuan Belia Felda <b>Jerangau</b>: Final Piala FA

Posted: 15 Jun 2011 08:20 PM PDT

Sebahagian penyokong pasukan Terengganu meraikan kemenangan Piala FA


Pada 10 Jun yang lalu satu rombongan penyokong dari Felda Jerangau telah berangkat ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan bola sepak negeri Terengganu yang berhadapan dengan pasukan Kelantan. Rombongan seramai 43 orang ini turut disertai oleh Pegawai Khas YB Dato' Hj Din bin Adam yang turut memberi sumbangan duit poket. Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak kita di atas kemenangan sebagai Juara Piala FA buat kali kedua.

Galeri Gambar klik disini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Ini Cerita Tentang Kami: Trip to <b>Pulau Kapas</b>

Posted: 25 May 2011 10:33 PM PDT

Pada hari jumaat, kami bertolak ke Marang. Cuma 40 minit dari Kuala Terengganu. Survey-survey macam mana nak ke Pulau Kapas. Jadi kami buat keputusan bermalam di Hotel Sri Malaysia sahaja dan esok day trip ke Pulau Kapas. Kami dinner kat area hotel aja. Ada food court berhampiran dataran di muara nearby.
Esoknya hari Sabtu, ada market antara jeti dan hotel, so jalan short cut ditutup. Heaven nampak marketnya macam market Seberang Jaya yang ada banyak gerai2 jualan selain barang basah. Tak sempat nak p meninjau sebab keluar pun pkl 11am, boat 11.30. Hehe.. Siap tertinggal hp lagi so kena patah balik hotel. Jarah hotel dan jeti cuma 5 minit naik kereta.

Ok, parking keta rm7 untuk daytrip. Masa dah return baru dia collect. Return tiket ke Pulau Kapas, rm40, trip ke tempat snorkeling beserta savefy jacket dan google rm20. Jadi RM60. Penjalanan ke Pulau Kapas dalam 20 minit sahaja. Nazhan 3 tahun 4bulan dan Iris 1 tahun 3 bulan ok ja. Tak la melambung2 naik boat tu. Smooth aja, Alhamdulillah.

Di Pulau Kapas, ibu dan abah gilir p snorkeling. Anak- anak main di tepi pantai. Main pasir dan bermanja-manja dengan air laut. Makanan kami dah tapau dari market Marang. Bekalan air dan snack pun dah beli dari stesen minyak berdekatan. Orang lain, siap berperiuk la. Rajin masak..Bagus2x. Di area snorkeling tak ada jual-jualan makanan or sourvenier.

Pukul 2pm, boat datang ambil untuk ke area lain pula. Kononya ingat ada kemudahan la. Toilet belum siap or memang separuh jalan sahaja. Dekat sini banyak boat parking dan beberapa chalet dan restoran. Adik tidur so kami menumpang teduh disebuah restoran. Selamat tak kena halau. Sebab kami guna khidmat boat kenalan diorang. Nazhan masih lagi nak mandi walaupun matahari cacak di atas.


So, ibu pilih spot yang bawah jambatan. Fuuh..ikan kat sini lebih mesra rupanya. Compare dengan tempat snorkeling yg kena pergi ke tengah lautan(cewah). Best2..ibu sememangnya gayat nak ke tengah2 lautan so dapat tengok ikan kenit2 ja. Kali ni Nazhan pun dapat menikmati even tak bersnorkeling.

Pukul 5pm, kami pun bergerak pulang ke hotel. Nazhan dan abah terlelap dah di atas boat.
Lepas balik hotel, jamak takhir, keluar makan sotong goreng tepung dan tapau dinner. Risau budak2 pakat tidur tak sempat nak keluar dinner.

Pulau Kapas Best. Short and Cheap Gathaway on Beach!


Ahad, kami bertolak balik ke Kuala Terengganu dan check in di Primula Beach Resort pulak. Cik hubby ada lagi 3 hari kursus. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


manja-art01: majlis epu dan eda <b>di kemasik</b>

Posted: 19 Jun 2011 05:27 PM PDT

majlis di rumah pengantin perempuan diadakan pada 4 Jun 2011. mood bercerita takde..just layan gambar je la ye.


4 bersaudara
duit hantaran dan bracelet pengganti cincin
sebahagian duit hantaran
mohon persetujuan ayah pengantin perempuan
akad nikah
doa selamat lepas selesai akad nikah
upacara batalkan wudhu'
kucupan pertama
balas dr suami pula
wajah gembira
jamuan kecil selepas akad nikah
sedia utk bersanding
antara hantaran dari belah perempuan
bride n groom
di kamar beradu
meja makan beradap
makan -makan
next year..giliran kami pula huhuhu

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


<b>Pulau</b> Bidong lokasi skuba yang menarik

Posted: 19 Jun 2011 09:35 PM PDT

Eksplorasi Pulau Bidong yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, YB Datuk Haji Abdul Rahin Mohd Said di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) Kuala Lumpur telah membuka ruang kepada pecinta alam mendekati pulau itu.

Program anjuran bersama Tourism Malaysia itu disertai 60 wakil media dan penyelam skuba dalam usaha memperkenalkan pulau berkenaan sebagai lokasi skuba yang sangat berpotensi di negeri ini selain pulau lain yang sudah terkenal.

Pada program berkenaan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Tourism Malaysia telah memberi taklimat kepada peserta mengenai halatuju kawasan selam di sekitar Pulau Bidong dan pembangunan pakej hari selam yang diadakan.

Menurut YB Datuk Haji Abdul Rahin, Pulau Bidong merupakan sebuah destinasi warisan sejarah yang dahulunya digelar 'Little Saigon' penuh dengan kesan peninggalan penempatan ribuan pelarian Vietnam yang tinggal di situ.

"Pulau ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin melihat lebih dekat kesan sejarah pelarian Vietnam di samping keindahan yang terdapat di sekitar pulau berkenaan.

Kira-kira 250,000 pelarian berada di kem-kem di pulau berkenaan sebelum ia di tutup pada 1991di mana pelarian ini telah dipindahkan ke negara ketiga seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis dan ada yang balik ke negara asal Vietnam.

Di samping menjalankan kativiti di pulau peserta program turut di bawa melawat beberapa tempat menarik di negeri ini seperti Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


<b>Pulau Bidong</b> lokasi skuba yang menarik

Posted: 19 Jun 2011 09:35 PM PDT

Eksplorasi Pulau Bidong yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, YB Datuk Haji Abdul Rahin Mohd Said di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) Kuala Lumpur telah membuka ruang kepada pecinta alam mendekati pulau itu.

Program anjuran bersama Tourism Malaysia itu disertai 60 wakil media dan penyelam skuba dalam usaha memperkenalkan pulau berkenaan sebagai lokasi skuba yang sangat berpotensi di negeri ini selain pulau lain yang sudah terkenal.

Pada program berkenaan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Tourism Malaysia telah memberi taklimat kepada peserta mengenai halatuju kawasan selam di sekitar Pulau Bidong dan pembangunan pakej hari selam yang diadakan.

Menurut YB Datuk Haji Abdul Rahin, Pulau Bidong merupakan sebuah destinasi warisan sejarah yang dahulunya digelar 'Little Saigon' penuh dengan kesan peninggalan penempatan ribuan pelarian Vietnam yang tinggal di situ.

"Pulau ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin melihat lebih dekat kesan sejarah pelarian Vietnam di samping keindahan yang terdapat di sekitar pulau berkenaan.

Kira-kira 250,000 pelarian berada di kem-kem di pulau berkenaan sebelum ia di tutup pada 1991di mana pelarian ini telah dipindahkan ke negara ketiga seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis dan ada yang balik ke negara asal Vietnam.

Di samping menjalankan kativiti di pulau peserta program turut di bawa melawat beberapa tempat menarik di negeri ini seperti Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


SMK <b>Wakaf Tapai</b>: Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2011 09:12 PM PDT

Tanggal 16 Jun 2011 baru-baru ini, satu Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang telah diadakan di Dewan Besar Saidina Abu Bakar, SMK Wakaf Tapai. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Yahya Bin Khatib Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri (Adun Pengkalan Berangan). Pada majlis ini juga SMK Wakaf Tapai telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Sekolah, Pengurusan Tandas dan Anugerah Khas tahun 2011.



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Penduduk Kampung <b>Di Dungun</b> Gempar Terserempak Harimau | Darul Iman

Posted: 01 Jun 2011 04:17 PM PDT

DUNGUN, 1 Jun (Bernama) — Penduduk Kampung Jambu Bongkok di sini, yang gempar dan bimbang dengan penemuan seekor harimau bersama anaknya di belakang sebuah klinik desa di situ semalam, memohon pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Efendi Husin, 39, yang terserempak harimau betina itu pada 6 petang ketika mencari daun kayu untuk kambingnya, berkata beliau tidak berani lagi untuk ke situ.

Seorang lagi penduduk, Jusoh Awang, 45, berkata sejak penemuan itu, penduduk kampung sudah tidak berani menggunakan jalan di situ.

"Ini kerana sudah lebih 15 ekor lembu mati dibaham harimau. Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera," katanya.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said turut menyatakan kebimbangannya dan berharap Jabatan Perlindungan Kehidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan proaktif.

Pengarah Jabatan Perhilitan Terengganu Yusoff Shariff berkata mereka akan memasang perangkap haiwan itu petang ini.

– BERNAMA

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Pesta <b>Negeri Terengganu di</b> Menara Kuala Lumpur | Sensasi Selebriti

Posted: 20 Jun 2011 05:32 AM PDT

PESTA NEGERI TERENGGANU @ MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan Pesta Negeri Terengganu @ Menara Kuala Lumpur di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur dari 18 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011.

Ianya akan dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Pesta Negeri Terengganu ini diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan tradisonal dan pelbagai produk keluaran tempatan.

"Di samping memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni dan budaya negeri Terengganu, ianya secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan warisan dan destinasi pelancongan di Malaysia khususnya di Terenganu" kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

"Marilah kita bersama-sama memartabatkan produk tempatan dan saya mengambil kesempatan ini menjemput semua rakyat Malaysia ke Menara Kuala Lumpur bagi bersama-sama memeriahkan lagi Pesta negeri Terengganu ini", tambah beliau lagi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-2020 5454 / 03-2020 5448 dan layari laman sesawang di www.menarakl.com.my

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pesta Negeri Perak Di Menara Kuala Lumpur
  • Kempen Kurang Gula Kurang Belanja
  • Promosi Cuti Sekolah Menara Kuala Lumpur
  • MUSIC AGAINST RACISM CONCERT MENARA KL
  • Explorasi Warisan Menara Alor Setar 2009
  • 09.09.09 Lucky Number Wedding at Kuala Lumpur Tower
  • The Fabulous Cats ABP Berita Harian Road Tour Kuala Terengganu
  • Gambar Jamal Abdillah di Sidang Media Minggu Setiausaha Menara KL
  • Majlis Perasmian Tower Beach Soccer Langkawi 2009
  • PESTA JORAN TAHUN MELAWAT KEDAH 2008
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ucap utama Pengarah Pelajaran <b>Negeri Terengganu di</b> Majlis Taklimat <b>...</b>

    Posted: 13 Jun 2011 11:01 AM PDT

    KOTA  BHARU - Seramai 87 orang Guru Besar terpilih dari seluruh negeri Terengganu telah mengikuti Taklimat Profesional Guru Besar Terengganu di Perdana Resort ,Kota Bharu mulai 13 hingga 15 Jun 2011.Mereka ini terdiri daripada gabungan barisan Guru Besar yang baru dilantik dan juga kalangan yang telah lama memimpin sekolah. 

    Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu,En.Razali bin Daud semasa menyampaikan ucap utama  melahirkan rasa bersyukur kerana wujudnya kerjasama yang amat erat antara Majlis Guru Besar Terengganu dengan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sehingga program taklimat ini berjaya diadakan. 

    Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta kerana terpilih menyertai taklimat ini yang julung kali dirancang oleh MGB pada tahun ini. Seterusnya beliau berasa yakin bahawa semua Guru Besar yang terlibat mengikuti taklimat ini akan menunjukkan kesediaan dan kesanggupan untuk meneruskan kecemerlangan sekolah. 
    Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu mengajak para Guru Besar membuat pengakuan ikhlas bahawa kerja Guru Besar tidak terlepas daripada menerima kegagalan khususnya pada ketika mula-mula melaksanakan kerja dalam bidang pengurusan. Ini merupakan lumrah kerana tidak ada individu biasa yang dilahirkan lengkap dengan pakej diri sebagai pemimpin. Aspek kepimpinan perlu dipelajari dan dihayati. Konsep yang harus ada pada diri seorang pemimpin ialah 'attitud' yang tepat dan nilai yang positif dalam mencapai hasil produk yang tinggi.
    Beliau juga menegaskan bahawa dalam kepimpinan pendidikan di sekolah, pemikiran seorang Guru Besar harus berfokus kepada kepentingan pendidikan negara dan dasar-dasar kerajaan. Sebagaimana sasaran NKRA yang turut dipikul oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Program LINUS semestinya menjadi agenda utama di sekolah. Kedudukan data LINUS Tegar juga membimbangkan kepimpinan di jabatan. Oleh itu Guru Besar perlu memikul Program LINUS ini secara jujur dan bertanggungjawab. Aspek pengajaran guru-guru di dalam bilik darjah (kepimpinan instruksional) perlu dijadikan keutamaan pengurusan di sekolah.
    Pengarah Pelajaran juga menjelaskan bahawa  faktor kepimpinan Guru Besar merupakan nadi kecemerlangan sesebuah sekolah. Seorang Guru Besar bukan menjadi 'bos'. Sebaliknya menjadi 'leader' yang ada kuasa untuk mempengaruhi orang lain menuruti visinya dan disegani oleh orang bawahannya. Selain itu, seorang pemimpin juga perlu menjadi pakar rujuk dalam semua aspek kerja di sekolah. Tidak kurang penting ialah pemimpin perlu bijak menguruskan perubahan semasa. Oleh itu, seorang Guru Besar yang baru dilantik hendaklah mendalami aspek kepimpinan. Paling mudah dalam meletakkan asas kepimpinan yang berkesan, Guru Besar perlu mengutamakan tiga aspek berikut:-

    a)    Pengurusan sumber manusia – Guru Besar perlu bangunkan kumpulan proaktif. Tangani kumpulan 'alienated' secara berhikmah.

    b)    Pengurusan Kewangan – Guru Besar perlu belajar membina kemahiran mengurus kewangan dan akaun secara 'legal'. Contoh paling klasik ialah prosedur pembelian dan pembayaran menggunakan wang kerajaan. Buku Tatacara Pengurusan Kewangan perlu dijadikan rujukan.

    c)    Pengurusan Produk – Guru Besar perlu mempertingkatkan 'hasil' daripada kerja buat  tahunan. Contoh yang dikemukakan ialah jabatan mensasarkan Gred Purata Sekolah 2.0, maka sekolah perlu membetulkan sasaran GPS masing-masing agar seiring dengan sasaran jabatan.

    Lima Cabaran Tugas Guru Besar

    a)    Memperbaiki 'Delivery System' di sekolah bagi melahirkan bangsa Malaysia.

    b)    Melahirkan modal insan yang beriman dengan cara membangunkan ketenangan hati dan emosi para pelajar.

    c)     Menyediakan pendidikan berkualiti kepada anak-anak dengan menyesuaikan dengan era kecemerlangan. Cemerlang bermaksud melampaui sasaran.

    d)    Banyakkan perbincangan bersama Guru Penolong Kanan dan guru-guru kanan mata pelajaran dengan cara mempraktikkan QTT (quality thinking time) bersama mereka.

    e)    Usahakan inovasi dalam pemikiran dengan berfikir secara destruktif dan analitikal.

     

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
     

    BLOG TERENGGANU

    Copyright 2010 All Rights Reserved