ads

Sabtu, 27 Julai 2013

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Panglima Alam: Kayu <b>Jerangau</b> merah

Posted: 24 Jul 2013 09:18 PM PDT




Kayu jerangau merah
Khasiat sila cek kat GOOGLE
Mahar rm.77

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


My family memories: 1D1N at <b>Batu Rakit</b> Terengganu

Posted: 09 Jun 2013 08:33 PM PDT

Assalamualaikum semua..

Hari ni ahkak dah kerja & anak2 dah mula bersekolah setelah cuti 2 minggu, cukup la tu kan.. dok rumah pun lagi pening kepala mak abah dibuatnya. Walaupun dah besar2 tapi sebenarnya dah besarlah lagi susah kita nak menjaganya. nak suruh buat kerja-kerja rumah skit, mesti nak kena mentioned nama, klau idak tak bergerak la kerja yang disuruh tu, itu ler perangai anak2 perempuan ku semua. Setiap hari nak disuruh..huhuhuhu....okeylah ahkak nak citer pasal percutian ahkak selama 4 hari, itu pun dah last  minit, minggu terakhir persekolahan. Bukan x nak ambil cuti minggu pertama cuti sekolah, tapi sebenarnya percutian kali ni bak kata orang sambil menyelam minum air. Ahkak ke Kuala Terengganu cuti kali ini. Itu pun ada kenduri kahwain anak sepupu side my hubby. Nak sangat menghadiri kenduri kali ni sebab weols pun dah lama tak ke Terengganu tapi yang sebenarnya weols suka perkampongan kat sana, dulu pernah pergi, itu pun dah 5 tahun dulu, teringat-ingat masa pergi dulu, weols kesejukan tidur malam dengan angin ribut tepi pantai.. best sgt2 weols rasa masa tu. Tu yang cakap ngan En. hubby, jom la kita g sana, boleh kite jalan2 sekali. Kunjungan weols ke sana bukanlah weols sefamily jer, tapi disertai dengan 2 SIL family beserta MIL ahkak sekali.

Kat sana weols duduk di Batu Rakit View, terletak dekat sangat dengan rumah sepupu yang buat kerja kawin tu. Best sangat2 chalet kat sini. Nanti ahkak uplioad gambar yer..Ok jom intai-intai



pemandangan waktu pagi di Batu Rakit View


Pantai yang cantik untuk mandi manda




Chalet yg weols booking, boleh 3 family muat


Check-out sudah, terus g rumah kenduri pulak, tu yang memasing berbaju Muslimah..hehehe



13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


[PANAS] PAS dakwa 7000 pengundinya undi BN <b>di Kemaman</b>

Posted: 27 May 2013 09:48 AM PDT

"Majoriti yang diperolehi oleh Shabery Cheek sebanyak 12000 tidak konsisten dengan jumlah majoriti seluruh DUN yang kalau dicongak sepatutnya majoriti Shabery Cheek hanya sekitar 5000 sahaja. Tetapi ini tidak berlaku di Parlimen Kemaman di mana ada pengundi tempatan yang mengundi PAS di DUN tetapi mengundi BN di Parlimen dan jumlahnya dianggarkan sekitar 7000 orang"
-------------------------------------------
Azmin Ali sudah mengaku kesilapannya mengenai pertindihan kerusi di Selangor tetapi di Terengganu masih belum ada pemimpin PKR yang tampil membuat pengakuan walaupun sudah ada dakwaan pertindihan kerusi di Terengganu disebabkan adanya kem kem tertentu dalam PKR. 
Ada dalang yang disebut tetapi orang yang bertanggungjawab masih bersembunyi. PRK harus segera menyelesaikan masalah mereka di Terengganu demi kebaikan PR seluruhnya. 
Walaupun ketuanya Azan Ismail diterima dengan baik di DUN Bandar Kuala Terengganu tetapi secara keseluhannya PKR gagal di Terengganu. Keputusan Parlimen P40, Kemaman menceritakan segalanya. 
Mengikut perkiraan matematik biasa, seorang pengundi layak mengundi di DUN dan Parlimen, dan setiap pengundi yang mengundi calon PAS di DUN juga akan mengundi PKR di Parlimen, tetapi keadaan ini tidak berlaku di Kemaman, mengambil kira keputusan akhir PRU. 
Majoriti yang diperolehi oleh Sabri Chik sebanyak 12k tidak konsistan dengan jumlah majoriti seluruh DUN yang kalau dicongak sepatutnya majoriti Sabri Chik hanya sekitar 5k sahaja dan mengambil kira pengundi hantu yang berkeliaran di DUN Kijal dan Air Putih, sepatutnya majoriti 5K tersebut merupakan majoriti hantu. 
Tetapi ini tidak berlaku di Parlimen Kemaman di mana ada pengundi tempatan yang mengundi PAS di DUN tetapi mengundi BN di Parlimen dan jumlahnya dianggarkan sekitar 7K. Kenapa keadaan ini berlaku? Feedback menunjukkan masih ramai pengundi yang tidak yakin dengan PKR kerana kemelut yang dihadapi mereka di Kemaman. 
Pemilihan calon bukan rahsia lagi tidak mengikut apa yang dikehnedaki sebilangan pengundi. Penulis tidak mahu memperincikan masalah di Kemaman yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu tetapi penulis merasakan masalah dalaman ini perlu diatasi segera kerana sekarang sudah ada suara suara meminta PAS mengambil alih Parlimen Kemamam kedengaran. 
Masalah PKR bukan sahaja di Kemaman tetapi di lain lain daerah juga. Terdapat perebutan calon yang serius sehingga ada ahli jawatan kuasa bertanding sebagai calon bebas dan menyebabkan pertindihan calon yang tidak sepatutnya berlaku. 
Individu yang bertanggungjawab harus tampil membuat pengakuan dan menyerahkan semua urusan pentabdiran PKR kepada ketua baru mereka, YB Azan Ismai yang nampaknya disenangi ramai. 
PKR harus Terengganu harus mencontohi PKR Selangor tampil mengaku kesilapan mereka di Terengganu.
Sumber: Laman Pro PAS Terengganu - http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=print&sid=6617

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


<b>Pulau Bidong</b> bakal jadi warisan Terengganu | Terengganu Today

Posted: 01 Jul 2013 12:00 AM PDT

Pulau Bidong

Pulau Bidong

Kerajaan Negeri Terengganu bercadang menjadikan Pulau Bidong, yang kaya dengan peninggalan sejarah selain keindahan alam semulajadi dan terumbu karang, sebagai pulau warisan negeri, sekali gus menjadi tarikan pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafie berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat untuk mengkomersilkan pulau itu yang pernah menjadi tempat pelindungan pelarian Vietnam.

Bagi merealisasikan impian itu, beberapa infrastruktur akan ditambah selain kerja-kerja pembersihan selain memelihara khazanah yang terdapat di pulau itu, katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan ke pulau-pulau di kawasan Pulau Bidong baru-baru ini.

"Kita akan menjadikannya sebagai pulau pusat rekreasi sejarah selain membolehkan penggiat sejarah meneruskan kajian mereka terhadap peninggalan masyarakat terdahulu," katanya.

Mohd Jidin berkata walaupun pulau berkenaan dibuka untuk kunjungan pelancong namun pihaknya akan memastikan ia dilakukan secara terkawal bagi memastikan warisan peninggalan sejarah terus terpelihara.

Katanya pulau seluas 203 hektar itu mempuyai nilai sejarah yang tinggi dan kerajaan negeri akan melakukan beberapa program pemuliharaan untuk mengekalkan keindahan alam semulajadi di pulau itu.

Selain itu, katanya beberapa kemudahan juga akan ditambah di pulau-pulau untuk nelayan kecil berlindung daripada ombak besar, angin kencang dan ribut. – Bernama

13 di kuala besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


Petrol Percuma <b>Di Kuala Besut</b> Bukan Rasuah? | .::Pisau.Net::.

Posted: 23 Jul 2013 04:29 PM PDT

"Demi Allah kita buat semua ini demi perjuangan untuk memenangkan calon kita"  itulah kata kata teman Pisau yang menjadi penganut PAS. Katanya ini bukan rasuah sebaliknya hanya untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan kerana harga petrol mahal dibawah kerajaan BN.

Rasuah ini menurut sumber PAS adalah kaedah kempen cara paling murah untuk menarik sokongan pengundi kerana tidak memerlukan tenaga yang banyak cepat dan amat berkesan untuk reach out para pengundi..

Kita tidak tahu ayat quran atau surah mana yang bakal diguna pakai oleh PAS untuk menghalalkan tindakan mereka.


Suasana ini cukup mengambarkan betapa PAS cukup terdesak hingga sanggup melakukan rasuah secara terbuka apatah lagi pada bulan Ramadhan. Ini boleh dijadikan sebagai bukti bahawa selama ini PAS memang menghalalkan rasuah pilihanraya seperti mana yang pernah dilakukan oleh Nik Aziz pada PRK Galas tidak lama dulu.

Pisau kata " Nik Aziz dah lama buat kerja ni.."

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved