ads

Rabu, 3 Ogos 2011

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


aizamia3: Disebalik percutian <b>di Marang</b>, Terengganu (part 1)

Posted: 14 Jun 2011 07:03 PM PDT

Kali ni biarlah gambar berbicara..

09 Jun 2011 (Khamis)


Berhenti rehat di Kuantan..

10 Jun 2011 (Jumaat)


Tema geng PTT hubby kali ni - BIRU (psstt: kenapa mesti color biru)


Penginapan di Kuantan.. bersebelahan Hotel Seri Malaysia, Marang


Celebrate birthday 'boss' geng Samurai PTT


Sesi suai-kenal..

psstt: Ada lagi.. tunggu..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Hartanah Untuk Dijual: Bangunan Kedai 2 Tingkat <b>di Paka</b> Dungun

Posted: 07 Jun 2011 07:15 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Wednesday, June 8, 2011. Bangunan Kedai 2 Tingkat di Paka Dungun. RM360,000.00. Harga Boleh Dirunding. Bumi Lot. at Wednesday, June 08, 2011 · Newer Post Older Post Home. Carian. Loading... YM admin bazar (mohara75) ...

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


ZAKRI ALI RANGKUTI: Pasca Bersih : Ceramah DS Anwar Ibrahim <b>Di Besut</b>.

Posted: 15 Jul 2011 07:51 PM PDT

I N G A T ! !


"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu",

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Beladau Seri: <b>Pulau Redang</b> Dalam Kenangan 2011 ( Part II <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2011 09:54 AM PDT


Kali ini saya  ingin berkongsi dengan Anda tentang landscape yang terdapat di Pulau Redang ini.  Foto ini diambil pada waktu tengahari di tepi pantai dan ianya langsung tidak di edit  kerana saya ingin mengekalkan keadaan semulajadi pada waktu tersebut. Lihatlah betapa cantiknya dan landainya  pantai yang ada di Pulau Redang ini . Terasa bangga jugak bila negara kita mempunyai pantai secantik ini. Tidak hairanlah ramai pelancong dari luar negara suka datang ke Pulau- pulau yang terdapat di negara kita. Kadang saya pernah bertanya kepada pelancong dari negara luar khususnya Eropah . Mereka sanggup tinggal hampir berbulan - bulan di pulau - pulau kat sini kerana sukakan keindahan yang ada di sekeliling pulau . Bagi yang sukakan kedamaian dan ketenangan kat sini adalah tempat yang sesuai untuk Anda dan keluarga berehat. Bagi photographer persendirian, kat sini pun banyak gambar - gambar menarik yang boleh di ambil. Yang paling best adalah semasa shoot mentari terbit dari ufuk timur..Kalau tak percaya ...Jom kita tengok gambar - gambar yang saya snap semasa beberapa hari bersantai di sini ...Jom..Jomm..

 
Foto ni di ambil dari sudut tepi pantai . Chalet yang ada dalam gambar ini adalah kepunyaan Laguna Redang 
Wah..begitu landai sekali pantai yang terdapat di sini . Ianya  adalah selamat untuk kanak - kanak bermandi manda di sini.

Kelihatan Nabihah dengan gaya machonya baru lepas mandi di tepi pantai
  Yezzar...sayalah  juara Prince of the Night bagi tahun 2011. Tak sia - sia saya pakai baju kungfu naga nie...ada aura ...
Foto ni di ambil ketika sebelum matahari terbit. Bihah pun telah bagun awal untuk melihat fenomena matahari terbit yang menunjukkan bermulanya siang..
 Itu dia faiq pun telah bangun dari tidur serta telah sama - sama menunggu saat kemunculan mentari di ufuk timur..Saat - saat sebegini bukan senang untuk kita lihat secara " live " . Ianya memerlukan kesabaran dan pengorbanan untuk bangun seawal pagi ..Jom kita tengok... ( foto ekslusif dari Zuhal Nakhoda - copyright reserved 2011 )
Itu dia mentari telah mula menunjukkan wajahnya dari ufuk timur..
Mentari beransur - ansur menampakkan wajahnya yang sebenar ..
kelihatan mentari mula mengintai di sebalik awan

Dan akhirnya mentari memberi sinar kepada semua makhluk Allah di muka bumi ini atas arahanNYA. Ianya menjadi petanda bagi Ahli - ahli Fikir...Bersyukurlah bumi ini masih lagi diterangi mentari dan esok masih ada ..
sekali sekala bersantai di sini sambil mengadap laut biru  mendamaikan jiwa .
 Antara yang turut serta dalam aktiviti snorkeling ke Taman Laut Pulau Redang ..

Zuhal Nakhoda sempat bersama - sama dengan keluarga  kakitangan firma Khairul Sofian Anuar & Co
( cawangan Dungun ) ..KSA Bagus ! Satu Malaysia satu KSA ..
Penulis merakamkan kenangan bersama keluarga kakitangan KSA ( Terengganu )
Sebagai kenangan , Penulis sempat berfoto bersama keluarga besar Khairul Sofian Anuar & Co di Pulau Redang bagi tahun 2011. Yezzzaarr..KSA ...Best. ! Bos- bos pun semua sporting ..jumpa lagi di tahun hadapan 2012..
Myspace text generator Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Sekolah Kebangsaan <b>Ketengah Jaya</b> II: Perkhemahan 2011

Posted: 11 May 2011 02:13 AM PDT

Disertai seramai 91 orang pelajar tahap 2, perkhemahan bermula pada 5 Mei 2011 hingga 7 Mei 2011 di tapak perkhemahan SK Ketengah Jaya II. Badan unit beruniform yang terlibat Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Pandu Puteri Islam Malaysia.
 Bacaan doa sebelum aktiviti jungle tracking bermula
 Mendaki bukit yang sederhana tinggi
 Gotong royong menyediakan makanan
 Pertandingan kawad kaki
 Acara tarik tali antara rumah sukan
Selesai aktiviti sukaneka
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


PAS Pekan <b>Kemasik</b>: CERAMAH PERDANA PASCA BERSIH 2.0 <b>DI</b> DUN <b>KEMASIK</b>

Posted: 24 Jul 2011 09:46 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]CERAMAH PERDANA PASCA BERSIH 2.0 DI DUN KEMASIK. Posted by PAS Pekan Kemasik. Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz. Labels: bersih ...

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Dua pasangan suami isteri antara 6 ditahan edar dadah

Posted: 02 Aug 2011 04:04 PM PDT

You are here: Home / Wilayah / Dua pasangan suami isteri antara 6 ditahan edar dadah

KUANTAN 2 Ogos – Empat lelaki dan dua wanita termasuk dua pasang suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah melalui Ops Tapis Bersepadu sejak 29 Julai lalu hingga semalam.

Dalam operasi tersebut polis merampas 753 gram dadah jenis heroin bernilai RM69,150.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Yap Toon Khuan berkata, tangkapan terbaru dibuat pukul 7.45 pagi semalam di tandas awam Plaza Tol Jabor dekat Kemaman di sini, melibatkan sepasang suami isteri berusia 33 dan 27 tahun.

Menurutnya, ketika ditahan suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau itu bertindak agresif dengan merempuh dua buah kereta polis untuk melarikan diri.

"Kita terpaksa pecahkan cermin tingkap sebelah pemandu bagi menghalang suspek merempuh lagi kenderaan pasukan lain yang membuat halangan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan polis menemui ketulan bewarna putih seberat 237 gram disyaki heroin di atas tempat duduk bahagian penumpang belakang.

Toon Khuan berkata, dalam kes kedua, seorang penunggang motosikal lelaki berusia 36 tahun ditahan pada pukul 4.15 petang ketika dalam perjalanan dari Jalan Krau ke Mempaga 3, dekat Karak.

Katanya, ketika ditahan suspek mencampakkan beg sandang dipakainya sebelum polis menemui dadah jenis heroin seberat 44.30 gram yang bernilai RM8,100.

Sementara itu, sepasang lagi suami isteri ditahan dalam sekatan jalan raya di Kilometer 23 Jalan Jerangau-Jabor di sini pada pukul 6 petang, Jumaat lalu.

"Pasangan yang masing-masing berusia 40 dan 37 tahun itu dilihat menggigil ketakutan ketika sekatan jalan raya dibuat. Hasil pemeriksaan menemui beberapa plastik lutsinar dipercayai dadah jenis heroin seberat 453 gram bernilai RM36,000," katanya.

Dalam kes keempat, seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas bergelut dengan polis untuk melarikan diri menyebabkan suspek cedera di muka, bahu, dada dan jari.

"Kejadian itu berlaku di Kampung Ria Semantan, Cheroh dekat Raub pada 29 Julai lalu kira-kira pukul 2 pagi. Hasil siasatan awal, kita menemui tujuh peket plastik berwarna cerah dan lima tiub straw dipercayai dadah jenis heroin seberat 18.7 gram yang bernilai RM4,050," ujarnya.

Kata beliau, kesemua yang ditahan kini ditahan reman seminggu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


PENA KLASIK: Kerajaan laksana pembangunan berorientasikan rakyat

Posted: 26 Jul 2011 07:40 AM PDT

Kerajaan negeri melaksanakan pembangunan di seluruh Terengganu dengan menggunakan pendekatan yang berorientasikan kepentingan rakyat serta tidak menabur janji kosong demi meraih sokongan mereka.


Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan negeri serta Kerajaan Pusat sentiasa komited membantu rakyat dalam pelbagai aspek bagi meningkatkan taraf hidup mereka tanpa mengira ideologi politik.



Beliau berkata, antara penekanan utama kerajaan adalah dalam aspek pendidikan apabila pelajar yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi disediakan bantuan persediaan melanjutkan pelajaran RM1,000 seorang bagi pengajian peringkat ijazah, RM750 (diploma) dan RM500 untuk sijil. Selain bantuan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.


"Kerajaan negeri juga memberi tajaan kepada rakyat Terengganu yang berkelayakan dan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara di universiti-universiti terkemuka seluruh dunia.


"Oleh itu, masyarakat Terengganu harus faham,usaha ini sudah tentu akan berterusan jika Menteri Besar Terengganu adalah diwakili oleh Barisan Nasional," katanya di Majlis Program Temu Mesra Bersama Masyarakat Tionghua Parlimen Marang, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa, Wakaf Tapai, Marang, malam tadi.


Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Dato' Yahya Khatib Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri dan Adun Alur Limbat, YB Haji Alias Abdullah.


Di majlis itu, Menteri Besar meluluskan permohonan masyarakat setempat bagi membina jalan di Taman Perumahan Cina Wakaf Tapai dan bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat, serta membina bangunan tiga tingkat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa, Wakaf Tapai tahun depan.


Sementara itu, Dato' Yahya berharap dengan kehadiran Menteri Besar mampu meraih lebih banyak sokongan golongan Tionghua terhadap Barisan Nasional.


Katanya, golongan itu yang layak mengundi di Parlimen Marang berjumlah 1,834 pengundi melibatkan 801 (Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat), 61 (DUN Bukit Payong), 104 (DUN Rhu Rendang) dan 868 orang di DUN Pengkalan Berangan.


Manakala wakil masyarakat Tionghua Parlimen Marang, Encik Ng Soo Che mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar yang sanggup hadir ke program itu sekaligus mendengar dan menyelesaikan masalah masyarakat Tionghua di parlimen berkenaan.

Beliau turut mengutarakan masalah pembinaan longkang yang perlu dilaksanakan segera bagi mengelak kejadian banjir kilat di kawasan perumahan cina di Wakaf Tapai.




Pada masa yang sama, beliau juga teruja dengan pendekatan dilaksanakan Kerajaan Terengganu dalam bidang pendidikan sehingga mampu menaikkan nama negeri di persada negara apabila menghasilkan keputusan cemerlang dalam kesemua peperiksaan awam negara.


Katanya, inisiatif memperkenalkan e-book kepada pelajar juga membuktikan kerajaan negeri memandang ke depan dalam usaha meningkatkan daya pemikiran yang kreatif di kalangan rakyat negeri ini khususnya golongan muda. Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Arkib Rakam Dan Dokumentasi <b>Pulau Bidong</b> | Darul Iman

Posted: 02 Aug 2011 05:08 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 2 Ogos (Bernama) — Arkib Negara Cawangan Terengganu menyiapkan rakaman dan dokumentasi Pulau Bidong, di Laut China Selatan untuk simpanan dan rujukan generasi akan datang.

Pengarah Arkib Negara Cawangan Terengganu Mohd Nasir Ismail berkata penggambaran yang mengambil masa dua hari mulai 29 Jun lepas sangat mencabar kerana pulau yang penuh dengan sejarah itu berbukit serta dipenuhi semak samun.

"Gugusan Pulau Bidong mengandungi enam pulau dan rakaman dibuat meliputi dari arah laut dan daratan yang curam serta semak dengan tumbuhan meliar.

"Apa yang menarik tentang pulau itu ialah mengenai peninggalan sejarah silam kepada negara khususnya Terengganu apabila ia dijadikan penempatan pelarian Vietnam selama lebih 15 tahun bermula 1975 hingga 1991," katanya ketika ditemui Bernama di sini Selasa.

Mohd Nasir berkata pulau milik kerajaan Terengganu itu pernah dipinjamkan kepada kerajaan persekutuan pada Ogos 1978 dan diwartakan sebagai penempatan kem pelarian di bawah kawalselia serta pengurusan Pesuruhjaya Tinggi Bagi Orang Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Mohd Nasir berkata apabila kumpulan terakhir pelarian Vietnam keluar dari pulau itu pada 1991, Pulau Bidong diserah kembali kepada kerajaan negeri tetapi terus ditutup kepada orang ramai sehingga tahun 1999.

Beliau berkata sejarah pulau yang tidak berpenghuni itu hampir dua dekad berlalu dan kini hanya kelihatan sisa-sisa runtuhan binaan seperti rumah panjang, sekolah, kedai, klinik dan bengkel.

Bangunan usang lain yang masih kelihatan ialah tokong, gereja, kubur di mana sebahagian binaan konkrit seperti ukuran dan replika patung kelihatan masih utuh, namun kurang jelas kerana diseliputi semak samun yang meliar.

Mohd Nasir berkata pendokumentasian pulau itu melibatkan empat krew dari Arkib sendiri yang diketuai Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan dan Pengembangan Wan Hussin Wan Mohd dengan kerjasama jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

Beliau berkata Arkib juga bercadang meneruskan kerja mendokumentasikan pulau-pulau lain di sekitar perairan negeri itu seperti Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Tenggol, Pulau Lang Tengah, Pulau Gemia dan tempat-tempat strategik di sepanjang jajaran pantai Terengganu.

Rakaman yang akan dibuat dari semasa ke semasa itu sebagai satu langkah mengumpul koleksi bahan arkib sebelum aktiviti pembangunan menjarah ke kawasan berkenaan, katanya.

– BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Pesta <b>Negeri Terengganu di</b> Menara Kuala Lumpur | Sensasi Selebriti

Posted: 15 Jul 2011 07:50 PM PDT

PESTA NEGERI TERENGGANU @ MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan Pesta Negeri Terengganu @ Menara Kuala Lumpur di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur dari 18 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011.

Ianya akan dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Pesta Negeri Terengganu ini diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan tradisonal dan pelbagai produk keluaran tempatan.

"Di samping memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni dan budaya negeri Terengganu, ianya secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan warisan dan destinasi pelancongan di Malaysia khususnya di Terenganu" kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

"Marilah kita bersama-sama memartabatkan produk tempatan dan saya mengambil kesempatan ini menjemput semua rakyat Malaysia ke Menara Kuala Lumpur bagi bersama-sama memeriahkan lagi Pesta negeri Terengganu ini", tambah beliau lagi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-2020 5454 / 03-2020 5448 dan layari laman sesawang di www.menarakl.com.my

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur
  • Pesta Negeri Perak Di Menara Kuala Lumpur
  • Pesta Durian di Menara KL
  • Kempen Kurang Gula Kurang Belanja
  • Promosi Cuti Sekolah Menara Kuala Lumpur
  • MUSIC AGAINST RACISM CONCERT MENARA KL
  • Explorasi Warisan Menara Alor Setar 2009
  • The Fabulous Cats ABP Berita Harian Road Tour Kuala Terengganu
  • 09.09.09 Lucky Number Wedding at Kuala Lumpur Tower
  • Gambar Jamal Abdillah di Sidang Media Minggu Setiausaha Menara KL
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    13 di chukai - Google Blog Search

    0 ulasan
    URL Sumber Asal :-

    13 di chukai - Google Blog Search


    PPDC Group: Gotong Royong ganti atap <b>di</b> Kg Tuan, <b>Chukai</b>

    Posted: 01 Jul 2011 12:00 AM PDT


    1/7/2011 Kg Tuan- Gotong royong ganti atap zink rumah fakir miskin di kg tuan Chukai.Seramai 30 orang sukarelawan atau skuad khidmat DUN yang hadir pada hari itu. Alhamdulillah kerja-kerja dapat diselesaikan setengah hari sahaja.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    13 di bukit besi - Google Blog Search

    0 ulasan
    URL Sumber Asal :-

    13 di bukit besi - Google Blog Search


    ctkay&#39;s: KES CURI BIJIH <b>DI BUKIT BESI</b>

    Posted: 03 May 2011 08:11 AM PDT

    Mana pegawai yg tidak terlepas ? mana? Mat Said Cakap besar dalam kawasan Din Adam boleh lah....last last PTG siasat orang kiri kanan beliau yang buat kerja tu......Si Pencuri bijih kaya raya, pengarah PTG turun pangkat....ini kerja apa? ayuh pegawai pegawai kerajaan negeri jangan biarkan kezaliman Mat Said berleluasa. Ini kes nak tunjuk hebat di kawasan Din Adam, rupa rupa projek sendiri, nak buat gempak . Ini kes politik dalaman lah nak tempelak Din Adam lah kononya tak jaga kawasan....rupanya si kiri dan sikanan yg sapu bijih....ada berani ke? Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
     

    BLOG TERENGGANU

    Copyright 2010 All Rights Reserved