ads

Sabtu, 22 Disember 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Nelayan <b>Seberang Takir</b> terima bantuan

Posted: 15 Dec 2012 07:14 PM PST

Oleh: Noraini Jusoh

Seramai 450 nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menerima bantuan melalui Program Bantuan Nelayan Ihsan Samudera Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Dato' Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, melalui program tersebut sejumlah RM157,500 diperuntukkan pihak kerajaan untuk meringankan beban nelayan di kawasan terbabit.

"Sudah menjadi tradisi kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno membantu golongan nelayan di sini terutamanya apabila tiba musim tengkujuh.

"Dengan pemberian wang tunai RM200 dan barangan keperluan dapur diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan nelayan dalam menyediakan keperluan harian keluarga mereka," ujarnya.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas menyerahkan sumbangan kepada golongan nelayan bersempena Karnival Kekeluargaan 1Malaysia DUN Seberang Takir 2012 bertempat di Bangunan Penyelaras Umno DUN tersebut, baru-baru ini.

Katanya, dengan pemberian bantuan tersebut ditambah dengan elaun sara hidup bulanan nelayan sebanyak RM200 dapat digunakan sebaiknya kerana kebanyakan penduduk di DUN Seberang Takir bergantung hidup kepada hasil laut.

Dato' Haji Ahmad Razif merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri turut mengharapkan golongan nelayan di kawasan terbabit menyokong kerajaan sedia ada kerana telah terbukti nasib mereka sentiasa terbela dibawah pimpinan BN dan Umno.

 

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Anwar Cabar Najib Bertanding <b>Di Marang</b>

Posted: 06 Nov 2012 12:41 AM PST

ANWAR: Jika Najib yakin, beliau perlu nyatakan kesediaan untuk bertanding Abdul Hadi di Parlimen Marang. Pix: SM AminANWAR: Jika Najib yakin, beliau perlu nyatakan kesediaan untuk bertanding Abdul Hadi di Parlimen Marang. Pix: SM AminKUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengikut langkah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menyatakan kesediaannya bertanding di Marang, yang kini disandang Abdul Hadi.

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) belum memutuskan untuk meletakkan Presiden PAS itu untuk bertanding di Pekan.

"Kami belum membincangkan perkara itu... Hadi kata beliau akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi kita tunggu keputusan parti.

"Tetapi kita ada kekuatan di sana (Pekan), pada tahun 1999, Najib pernah hampir tewas... jika benar beliau yakin, beliau perlu nyatakan kesediaan untuk bertanding di Parlimen Marang," katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi yang diwakili Najib ketika ini dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menyuarakan sokongan terhadap kenyataan Abdul Hadi yang untuk menentang Najib di Pekan.

Najib mewakili kerusi Parlimen Pekan sejak tahun 1976 selepas kemangkatan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada tahun yang sama.

Beliau sebelum ini pernah menerima kemenangan dengan majoriti kecil di Pekan sewaktu PRU ke-10 pada tahun 1999.

Berbanding dengan Najib yang tidak pernah tewas di Pekan, Hadi pernah beberapa kali kalah di Marang, sekaligus menunjukkan tidak ada kawasan yang betul-betul selamat untuk Abdul Hadi.

Tindakan Abdul Hadi itu umpama "membunuh karier politiknya" kerana ia dijangka sekiranya perkara itu berlaku, Abdul Hadi akan mengalami kekalahan yang memalukan.

- mD

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Monster Anarki: DEMONSTRASI BANTAH KEZALIMAN ZIONIS <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 30 Nov 2012 05:57 AM PST










Demonstrasi membantah kezaliman Zionis ini bertempat di Kampung Baru Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu dan ia bermula selepas solat jumaat..
Aku sampai agak lewat sedikit.. keadaan demonstrasi sangat aman, polis pon tidak kelihatan.. aku salute kepada mereka termasuk kanak kanak yang begitu bersemangat.. mereka hadir tanpa paksaan.. hanya dengan senjata rasa cinta bersama..
Dalam masa yang sama aku hairan dengan Ahli Majlis Syura Ulama Muda Umno yang memberi fatwa bahawa "tiada jihad di Palestin", boikot produk Israel adalah kebodohan".. apa pun dia adalah Ulama, aku pula "orang biasa" (cap ayam)yang mahukan keamanan dunia sejagat..

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


serius : penemuan terowong misteri bawah tanah <b>di</b> <b>...</b> - Kurakura.My

Posted: 30 Nov 2012 09:36 AM PST

SERIUS : PENEMUAN TEROWONG MISTERI BAWAH TANAH DI PALEKBANG, KELANTAN | Anda semua sudah pasti tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku di sini kerana ia masih lagi belum mendapat perhatian media setakat ini. Ada juga sumber menambah bahawa terowong ini dikatakan sepanjang 100 kilometer. Persoalannya di sini, bagaimana terowong ini boleh ditemui dan apakah misteri disebaliknya? Kesahihannya masih belum dipastikan lagi. Ikuti ulasan di bawah ini.

terowong misteri

Melalui perkhabaran yang diterima, terowong ini pada mulanya dijumpai oleh beberapa pekerja kontraktor ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan disana..Dikatakan terowong Palekbang Tumpat yang dijumpai ini mungkin mengubah landskap sejarah yang tidak pernah terungkai selama ini dan masih menjadi misteri.

Masyarakat sekitar kawasan Palekbang Tumpat dan Kelantan khususnya yang mengetahui tentang terowong bawah tanah ini dikatakan mula menjenguk tempat penemuan terowong yang mungkin dibina telah lama dahulu tapi tidak diketahui sebelum ini..

Pihak berkuasa tempatan, polis, tentera mula mengawal rapi tempat penemuan terowong purba misteri yang ditemui di sana buat masa ini..

Melalui info yang diterima terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini dikatakan:

Merentasi Sungai Kelantan (panjangnya dikatakan hampir 100km)
Sebagai kubu bawah tanah yang pernah digunakan oleh tentera Jepun dahulu
Kota purba Raja Siam yang mengandungi harta karun
Tempat simpanan emas yang digunakan oleh kerajaan melayu purba


Dikatakan pihak bomba Malaysia masih lagi menjalankan kerja-kerja menyedut air untuk dikeluarkan dari terowong tersebut bagi memudahkan kerja-kerja dijalankan oleh pihak bertanggungjawab ketika ini..

Pihak dari Jabatan Arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian sahaja dalam terowong tersebut kerana laluan terowong ini di penuhi air..

Dijangkakan juga kepanjangan terowong ini boleh mencecah hingga ke Tak Bai, Siam..

 Sumber daripada : FB Kelab Pencinta Sejarah Kelantan

1. Terowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai oleh kontraktor ini adalah kawasan "pat dahat"..dimana terowong ini digunakan oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan keseluruhan melalui kawasan "pat dahat" itu..pada masa ini kawasan dan persekitaran terowong seluas "pintu rumah" dan keadaan geografi pada tahun 1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan "pat dahat" daripada sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan.

2. Sebab ambo pernah kato di KPSK bahawa suatu ketika dahulu Kelantan ni pernah berlaku satu peristiwa di mana "ghaibnya" kerajaan Chermin, "ghaibya" kerajaan Cik Siti Wan Kembang, "ghaibnya" kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar ( sejajar dengan Palekbang hari ini, lokasi sudah jadi Sungai Kelantan separuhnya ) adalah kesinambungan gapo berlaku hari ini..Palekbang hari ini adalah asalnya separuh Kerajaan Kelantan Purba..Kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar dan segala harta jepun di bawa dari markas utama dan sementara Siam ke Tanah Melayu xkan bawok naik kapal laut..mesti melalui darat..ko guana..??? tepuk amai amai belalang kupu kupu..tepuk ramai ramai nanti antara kita dapat tahu.

3. Jadi xhairanlah kalu Palekbang ni ada kontraktor napok lubang dale air..dan dalam lubang tuh penuh dengan air..dan bomba pun sedup nak suruh kering air, nak masuk dale lubang nak cari "pade bola", logik ko akal dale terowong ada pade bola..semuanya bare mistik belako..lagumana kalu lube ni ada arus sapa ko Kuala Takbai..????xkan nak suruh kering air dale tuh, amik masa belako tuh..kemungkinan kebangkitan kerajaan 2 raja bersaudara akan timbul dale masa terdekat..

Sumber daripada: FB This is Kota Bharu

Kawasan larangan di Palekbang dimana tempat dikatakan terdapat penemuan sesuatu yang misteri di tapak bersejarah bekas pelabuhan Palekbang. Kelihatan kerja-kerja membersih giat dijalankan oleh beberapa orang petugas . Sementara di kawasan lapang berhampiran pam pasir Hj. Manaf kelihatan lebih sepuluh orang berkhemah dan mungkin sedang merancang sesuatu.

terdapat sebuah lubang yang kelihatan agak dalam seperti sebuah telaga lama atau terowong yang sebelum ini mungkin tertimbus .

Apapun tempat tu dapat dilihat dengan mata sendiri petang ni. Yang perlu dikorek bukan sekadar terowong tetapi juga sejarah masa silam Palekbang yang suatu ketika dulu dikhabarkan pernah menjadi sebuah bandar pelabuhan.


Mungkin jawapan tepat boleh diberikan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut atau tunggu sehingga penemuan terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini diumumkan secara rasmi oleh pihak bertanggungjawab..Apapun kita tunggu dan lihat.

Versi Tambahan

Berikut adalah sedikit sebanyak komen atau update yang aku dapat dari beberapa buat forum dan facebook serta kenalan-kenalan. Update akan aku lakukan dari masa kesemasa. :

# Pihak tentera dan polis sedang mengepung satu kawasan di dalam hutan dekat Palekbang, Tumpat, Kelantan.

# Kawasan telah dikepung sejak 2 hari lepas.

# Bomba sedang menyedut air.

# Satelit kaji bumi untuk membuat imbasan x-tray ke kawasan terbabit dijangka akan melalui kawasan itu pada hari ini.

# "menurut org2 kt situ, bnda ni kena dirahsiakan dulu wat smentara waktu.
sementara pihak2 berkuasa yg berkenaan sdg menyiasat.
alah.. ala2 pyramid melayu style lah. bukak sikit2 je.
yang pasti, pihak arkeologi, muzeum n antikuiti, sejarah, kerajaan negeri dan tntunya pihak keselamatan sdg berkampung dikawasan tsbt saat ini.
namun tiada pihak media.

yg telibat sedang dipagar pihak berkuasa bg mengelak pencerobohan. lokasinya bukanlah dlm hutan rimba or pedalaman krn tiada hutan di tumpat. ia terletak di tebing sungai, strategically located close to KB city. Terdapat rangkaian terowong bawah tanah yang kompleks sehingga berKM2 ke….. …
dan ada…..menunggu keputusan imbasan satellite yg sah."

# "Dgr cerita penemuan emas yamashita kat sana… Admin blog shahpaskal jgk yg buat pengesahan"

# "cerita yg ambo dengar…. katanya la… seorang cina duk tanam cerucuk buat jambatan… tetiba muncul seekor buaya putih,,, then buaya putih ghoyat ko dia…
"cukup2 la duk tanam cerucuk kat sini…. berenti lah… pasal kat bawah ada "kubu" … lama…."
itulah berita yang hamba dengar… dan tidak dapat dipastikan kesahihan cerita tersebut…."

# "merekA TERJUMPA PIRAMId xde laaa harta bilion punnn"

# "Pihak kerajaan telah menjumpai terowong panjang di Palekbang, Tumpat, Kelantan yang berisi emas dan peralatan perang milik Jepun. Ini merupakan tinggalan terbesar selepas Perang Dunia Kedua di Malaysia yang diumum terus kepada awam."

# "Ambo gi kelih ptg td mmg rmai situ..bomba dok sedut air x abih2 lg,polis,jabatan miniral & geosains (betul ko ejo nih) pn ado.x kurang jgk rmai ore kg dok tgk. Terowong tu sbenarnyo menghala ko sempadan thailand.dulu puok2 ni wt seludup brg dll..loni musm boh,hujan xbrenti jd terowong tu penuh dgn air..sebelum ni ore x jupo lg terowong tu sapa la kontraktor jupo..nnti ambo update lg…"

# "so,emangnyer confirmla terowong..so mmg xder la pyramid? xde la peninggalan srivijaya? xde la emas yamashita? cuma terowong seludup beras jew?frust…"

# "so..versi rasminya, itu terowong seludup beras? bila nak kluar teori konspirashit, kerajaan malaysia menyembunyikan fakta sebenar berkenaan penemuan terowong tersebut? bahwa mmg ada dijumpai sesuatu di dalam itu tapi terpaksa di"gelap"kan beritanya demi KESELAMATAN negara?"

# "Ini mungkin penemuan terhebat dalam sejarah tetapi unit propaganda akan cover up. …. mungkin akan declare 'hanya sebuah terowong kosong'sedangkan isinya dah ghaib kena angkut dek. …… (aku tak berani tulis nanti masuk ISA)"

# "sebenarnya sejak last week ada orang tetiba sangat berminat mengenai topik ISTANA PURBA RAJA SIAM DI TUMPAT, KELANTAN. …..kita anggap cuma isu terpencil dan tak ambil berat. …….. sehinggalah kita dapat info bahawa tentera dah sampai ke Palekbang, Tumpat. ……"

# "Bomba sedut air tak habis2 lagi sejak 2 hari lepas. – Boleh bayangkan besar mana tempat bawah tanah itu???

# "lokasi terowong ini ialah di seberang Bandar Kota Bharu sahaja. Facing area between Kg Cina-Hotel River View"

# "kalau betul mungkin terowong zaman jepun dan polis dan tentera yg menutup kawasan tuh utk keselamatan mungkin takut ada bom2 peninggalan zaman jepun……"

# "saya bagi clue:
Jepun hantar spy ke Kelantan sebelum Perang Dunia II.
Jepun dapat tahu bahawa dahulukala di tengah2 Sungai Kelantan ada sebuah pulau yang merupakan pusat pentadbiran.
Kawasan itu juga merupakan kota purba. ………..
Pernah didengar cerita orang mati lemas ditelan pusar air. …… tapi mayat jumpa di tempat lain yang jaraknya 100km. …. seperti ada terowong. ……
Askar Jepun terdesak, mereka sanggup cari kota purba/terowong rahsia tinggalan kerajaan purba untuk dijadikan bunker/markas bawah tanah.
KONTRAKTOR JAMBATAN SULTAN YAHYA PETRA DEPAN TESCO mengadu sukar untuk piling beberapa batang tiang sehingga menyebabkan tiang di seberang Pasir Pekan tidak siappppppp. ……..
Tidak jauh daripadanya, kontraktor mengorek pasir pula menjumpai sesuatu. …."

# "anda takkan percaya bahawa apa yang dijumpai di Kelantan ini akan menyebabkan chapter tambahan Perang Dunia ke 2 akan terbongkar dan mat salleh dari selluruh dunia akan datang ke Kelantan. ….. CNN pon akan ke Kelantan. tapi saya takkan tulis banyak. kalau nak tahu, pergi sendiri ke Kelantan"

# "Ceritanya jadi amat panjang apabila penjajah British tahu berkenaan terowong yang amat panjang dibina oleh tamadun purba, dan tahu pasal Piramid di sempadan Kelantan-Pahang tetapi mereka merahsiakannya. ….. Askar Jepun pula menggunakan terowong ini semasa Perang Dunia II dan menyorok emas dan senjata mereka di dalam terowong ini. ……."

# "abang ipar aku ada pergi td….bukan piramid melayu la….penemuan kubu dan terowong jepun masa diorang serang tanah melayu…..ditutup sebab dah jd tempat arkeologi…..tempat tu dijumpai sebab berdasarkan peta yg dibawa dari jepun…..dan satu lagi penemuan penting adalah lapangan terbang zaman jepun pun dah dijumpai di wilayah gua musang.
peta dari jepun? peta asal? benarkah ini?"

# "dgr cerita diorg ada jumpa terowong rahsia Jepun heading towards Thailand. A very long tunnel. Waiting for satellite imaging confirmation."

# "berita terbaru..unit cawangan khas telah menagkap ejen pihak negara luar kerana cuba mengorek rahsia ini…"

# "palekbang sebahagian kelantan purba..raja masa tu x silap raja kumar.."

# "Setakat loni (7.56pm)..kawase tuh dikawal ketat puok2 tentera & polis..org kg xleh masuk lgsung doh kawase tuh…napok banyok jgk 'sb' dok bkeliarn tgh2 ore ramai..ambo x raso demo nih jupo stakat terowong emas & kota lamo..mungkin jupo benda lain lg slain tu hok lg misteri…sbb tghari td napok tigo empat butir land rover cermin gelap masuk situ siap dgn escort lg..pahtu napok skuad pkaian putih dgn topeng gas (chemical clothing) masuk situ…ambo update smula.."

# "menurut kata saing ambo… kawasan palekbang tu merupakan kwsn kubu tentera jepon mase mula2 dtg tanah melayu dulu selepas mereka mendarat d pantai sabak n then baru pwgi palekbang… masih ade saki baki tinggalan tentera jepon yg ade… antarany perigi lame dan bubu pthanan… yg keadaan menjadi kecohnya sbb ade pihak muzium dtg utk mengkaji tmpt tu… mereka telah menemui terowong didalam perigi yg mane sblom ini tidak dketahui umum.. pnduduk kg pon xtau dalam perigi tu ade trowong… dalam trowong tu mereka mjumpai tinggalan perang seperti senjata dan peluru… mgkn sbb tu la askar n polis dpanggil…"

# "rasanya dah takde ape kot..kalau ada bom ngan peluru pun rasanya askar dan polis dah setelkan..dah takde askar yang jaga tempat tu hari ni..yang ada pun ahli arkeologi yang nak kaji kesan peninggalan sejarah tempat tu..yang kata jumpa emas bagai tu tak kot.."

# "terowong ni panjangnye 100km menghubungkan kg takbai thailand."

# "Perkara ini tersebar, ekoran Kontraktor yang sedang menjalankan pembinaan telah menemui satu struktur bawah tanah yang meragukan hingga mereka telah memangil Bomba untuk menyedut air dari satu tempat pembinaan mereka. Dari sini, Bomba telah memaklumkan kepada pihak tentera dan polis kerana apa yang mereka temui adalah diluar bidang kuasa mereka."

# "Sumber kami di Palekbang menyatakan bahawa, struktur dalam tanah tersebut mengandungi bahan letupan (belerang) dalam kuantiti yang banyak dan ianya didakwa adalah tinggalan Perang Dunia ke-2. Sumber kami yang lain pula menyatakan bahawa mereka yang mempunyai "pas keselamatan" sahaja boleh memasuki kawasan ini."

# "Apa yang ditemui dikawasan tersebut memang kami tidak ketahui lagi. Hingga saat ini ianya masih dibawah kawalan pihak ATM."

Sumber : Buat Best

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


teganuku: Bandar Baru Bakal &#39;Hidupkan&#39; Semula Ekonomi <b>Di Ajil</b>

Posted: 17 Oct 2012 10:14 AM PDT

Bandar Baharu Ajil yang sedang dalam pembinaan dijangka mampu 'menghidupkan' semula aktiviti ekonomi di pekan itu yang dikatakan suram sejak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mula beroperasi akhir tahun lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid berkata ada peniaga mengadu perniagaan mereka merosot hingga 40 peratus apabila jalan alternatif Jerangau-Jabor tidak lagi menjadi pilihan utama pengguna yang lebih selesa menggunakan LPT.

"Bandar Baharu Ajil yang menelan belanja RM4 juta akan menjadi pusat sehenti yang menempatkan 70 lot kedai dua tingkat, medan selera, stesen bas dan teksi dijangka siap awal 2014," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Amanah Masyarakat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Kampung Landas di Hulu Terengganu, semalam.

Bandar Baharu Ajil itu kelak dijangka mampu menarik pelabur ke pekan ini, katanya.

Mengenai penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Ara, Rosol berkata ia adalah penempatan tersusun yang mampu menampung 100 keluarga.

Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah memperuntukkan sebanyak RM800,000 kepada 3,416 penduduk wilayah itu yang layak menerima bantuan pada tahun ini.

"Tahun ini menyaksikan peningkatan sumbangan ke dalam tabung berkenaan sebanyak RM100,000 berbanding RM700,000 yang kita serahkan kepada orang miskin pada tahun lalu.

"Sumbangan ini adalah hasil keuntungan anak-anak syarikat Ketengah dengan sumbangan terbesar adalah dari syarikat perladangan milik kami," katanya.

 Pada majlis itu, seramai 81 penduduk miskin menerima RM300 setiap orang manakala 245 anak yatim dan pelajar miskin pula menerima RM100 atau RM200 seorang.

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


hotel citra kuala berang: Hotel Baru <b>di Kuala Berang</b>

Posted: 12 Nov 2012 10:52 PM PST

 Lokasi Hotel Citra Kuala Berang

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


Kompleks Tekstil <b>Kijal</b> Tarik Pelabur China | Terengganu Today

Posted: 11 Dec 2012 06:06 PM PST

KOMPLEKS Tekstil Kijal yang dijangka dibuka April tahun depan berjaya menarik pelaburan baru dari syarikat tekstil Guangzhou, China, sekali gus menjadikan Bandar Baru Kijal sebagai hab tekstil di Asia Tenggara.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, syarikat berkenaan bukan sahaja akan beroperasi di kompleks tekstil yang telah siap, malah syarikat itu juga akan membina sebuah lagi bangunan reka bentuk sama dengan kompleks tekstil tersebut.

Menurutnya, bangunan reka bentuk sama itu akan dibina bersebelahan Kompleks Tekstil Kijal yang sedia ada.

"Pelabur dari China ini akan membawa masuk pelbagai produk termasuk kain, zip dan sebagainya yang dikeluarkan mereka dan akan memasarkannya di Bandar Baru Kijal, seterusnya menjadikan kawasan ini sebagai hab tekstil negara.

"Syarikat ini akan memindahkan operasinya di Singapura ke Bandar Baru Kijal," katanya selepas menyempurnakan perasmian penutup dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Kemaman 2012, anjuran Pejabat Daerah Kemaman di Padang Bola Sepak Binjai, dekat sini, semalam.

Mengulas lanjut, kata Ahmad Said, bangunan baru berkenaan dijangka mula dibina tahun depan, sekali gus membantu merancakkan lagi pembangunan di kawasan berkenaan.

Katanya, syarikat tersebut adalah pengilang tekstil terbesar dan untuk sebuah kilang sahaja, mereka mempunyai seramai 10,000 pekerja.

Ditanya mengenai sambutan peniaga tempatan terhadap lot kedai yang disediakan di kompleks tekstil itu, beliau berkata, setakat ini tidak sampai 10 peniaga Bumiputera yang berminat untuk menyewa lot kedai.

"Jadi yang selebihnya diberikan kepada syarikat dari China ini. Kita telah buka peluang kepada orang tempatan untuk menyewa tetapi nampaknya tak ramai yang berminat," katanya. – teganukita.blogspot.com

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved