ads

Sabtu, 22 Disember 2012

13 di marang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Anwar Cabar Najib Bertanding <b>Di Marang</b>

Posted: 06 Nov 2012 12:41 AM PST

ANWAR: Jika Najib yakin, beliau perlu nyatakan kesediaan untuk bertanding Abdul Hadi di Parlimen Marang. Pix: SM AminANWAR: Jika Najib yakin, beliau perlu nyatakan kesediaan untuk bertanding Abdul Hadi di Parlimen Marang. Pix: SM AminKUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengikut langkah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam menyatakan kesediaannya bertanding di Marang, yang kini disandang Abdul Hadi.

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) belum memutuskan untuk meletakkan Presiden PAS itu untuk bertanding di Pekan.

"Kami belum membincangkan perkara itu... Hadi kata beliau akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi kita tunggu keputusan parti.

"Tetapi kita ada kekuatan di sana (Pekan), pada tahun 1999, Najib pernah hampir tewas... jika benar beliau yakin, beliau perlu nyatakan kesediaan untuk bertanding di Parlimen Marang," katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bertanding di kerusi yang diwakili Najib ketika ini dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini menyuarakan sokongan terhadap kenyataan Abdul Hadi yang untuk menentang Najib di Pekan.

Najib mewakili kerusi Parlimen Pekan sejak tahun 1976 selepas kemangkatan bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada tahun yang sama.

Beliau sebelum ini pernah menerima kemenangan dengan majoriti kecil di Pekan sewaktu PRU ke-10 pada tahun 1999.

Berbanding dengan Najib yang tidak pernah tewas di Pekan, Hadi pernah beberapa kali kalah di Marang, sekaligus menunjukkan tidak ada kawasan yang betul-betul selamat untuk Abdul Hadi.

Tindakan Abdul Hadi itu umpama "membunuh karier politiknya" kerana ia dijangka sekiranya perkara itu berlaku, Abdul Hadi akan mengalami kekalahan yang memalukan.

- mD

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved