ads

Ahad, 16 Mac 2014

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: MH370: Semua masjid <b>di Besut</b> adakan solat hajat

Posted: 12 Mar 2014 10:34 PM PDT

Oleh: Noraini Jusoh

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, YB Haji Muhammad Pehimi Yusof menyatakan, semua masjid di daerah Besut mengadakan solat hajat ekoran kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370.

"Semua 82 buah masjid disini telah mengadakan solat hajat disamping berdoa kepada Allah s.w.t supaya kemelut peristiwa kehilangan kapal terbang ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Ini adalah salah usaha yang dapat kita lakukan. Diharapkan mangsa yang terlibat dengan kehilangan pesawat MH370 dipanjangkan umur dan dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kehilangan pesawat MH370 pada sidang media sempena Majlis Perasmian Seminar Mukmin Profesional anjuran Persatuan Pembelajaran Pascasiswazah Perubatan (PGMES) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Hotel Permai, hari ini.
Turut hadir, Ketua Unit dan Pakar Neurosurgeri HSNZ, Dr. Nujaimin Udin.

Pesawat MH370 membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal dilaporkan hilang daripada radar, kira-kira dua jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing, China pada 12.41 pagi Sabtu lalu.

 Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Pehimi yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM4 juta untuk Tabung Penyakit Kronik bagi tahun 2014 sebagai bantuan membiayai pesakit kronik negeri ini.

 

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Temuduga Terbuka <b>di</b> Salam <b>Kuala Terengganu</b> Specialist Hospital <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2014 09:08 AM PDT

Sila kongsi jawatan kosong ini :

TEMUDUGA TERBUKA PENGAMBILAN KAKITANGAN HOSPITAL PAKAR BARU DI KUALA TERENGGANU.

SALAM KUALA TERENGGANU SPECIALIST HOSPITAL
(KUALA TERENGGANU MEDICAL CENTRE)
Lot 4075, Bangunan Perkaya,
Jalan Batas Baru, Off Jalan Engku Sar,
20200 Kuala Terengganu.

Jawatan yang ditawarkan :

1. JURURAWAT - Lepasan Diploma
2. KERANI - Lepasan Diploma / SPM
3. JAWATAN LAIN - Lepasan SPM

Tarikh Temuduga Terbuka : 12 - 14 Mac 2014 (Rabu - Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang

* Sila bawa salinan kad pengenalan, sijil-sijil asal dan salinan sijil akademik.

Sebarang pertanyaan : 09-6313166 / 03-55485161

Share this :

budak 5 tahun maut makan hidangan pasar malam <b>di kuala</b> <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2014 08:14 AM PST

Rasanya dalam musim yang tak menentu ini adalah lebih baik kalau kita kurangkan membeli makanan diluar. Kalau nak beli juga, pastikan kebersihan kedai dan gerai berkenaan. Ini kerana pelbagai kita akan mudah terdedah dengan pelbagai penyakit. Apatah lagi kalau nak beli makanan di gerai tepi jalan dan pasar malam.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Dalam laporan berita terbaru, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia semalam akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan lauk yang dibeli dari sebuah pasar malam pada Sabtu lepas. Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, meninggal dunia kira-kira 1 petang tadi ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

keracunan makanan

Ibunya Siti Zuriana Mohd Yusoff, 28, berkata anak tunggalnya itu ke pasar malam itu bersama-sama suaminya pada kira-kira 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng dan air keladi. Beliau berkata hanya suaminya Mohd Ilme Mat Adam, 31, dan anaknya yang menjamah makanan itu sebaik mereka tiba di rumah mereka di Bukit Payung Marang.

"Kira-kira 7 pagi semalam, mereka mengadu sakit perut dan cirit-birit sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Payong. Sehingga pagi tadi, keadaan anak dan suami masih serupa dan kami sekali lagi ke klinik kesihatan sama untuk rawatan," katanya dalam laporan tersebut.

Sebaik tiba di pusat kesihatan itu, keadaan anaknya semakin lemah dan terpaksa menerima bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut. Siti Zuriana berkata semasa dalam perjalanan ke HSNZ, beliau menyedari nadi anaknya tiada manakala suaminya yang bertugas sebagai tentera di Kem Padang Midin masih lemah. Katanya lagi, sebelum ini, Muhammad Iqbal cergas dan aktif serta tidak menghidapi sebarang penyakit. Bapa kanak-kanak berkenaan, Mohd Ilme pula berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap peniaga pasar malam itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Muhammad Pehimi Yusof berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak itu. Pihaknya masih menunggu laporan daripada doktor berhubung kes itu dan jika berpunca daripada keracunan makanan, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap peniaga terbabit.

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


MH370: Tokoh-tokoh Agama Adakan Solat Hajat <b>Di Pulau Perhentian</b>

Posted: 14 Mar 2014 12:40 AM PDT

- Friday: 2014-03-14 15:40:55'.

MH370-solat-hajat-pulau-perhentian

Beberapa tokoh agama berkumpul di Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu untuk mengadakan solat hajat berjemaah memohon kepada Allah memudahkan urusan mencari pesawat itu.

Antara yang menyertai solat itu ialah bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot, bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Firdaus Ismail dan Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia, KAGAT.

Mereka berlepas ke pulau berkenaan dari jeti APMM di Tok Bali, petang semalam.

Majlis membaca Al-Quran serta solat hajat diadakan selepas Maghrib, malam tadi.

Menurut Datuk Nooh, penganjuran solat hajat dan majlis membaca Al-Quran itu adalah tanggungjawab bersama semua umat Islam.

Sebelum bertolak, beliau membacakan doa agar dipermudahkan usaha yang dilakukan.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2014 11:46 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Oct 2013 11:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Oct 2013 11:28 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Sep 2013 11:32 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jul 2013 11:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jun 2013 11:23 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Feb 2013 11:38 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Suara Pemikir: Antara MASJID Tercantik <b>Di</b> MALAYSIA (5 Gambar)

Posted: 19 Feb 2013 05:52 AM PST

Masjid Kristal , Kuala Terengganu
Terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.
Dibuka pada 08 februari 2008 , dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Terletak di Bandar Kota Kinabalu dan dibuka dengan rasminya pada tanggal 2 Februari 2000 berikutan pengisytiharaan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya.
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 dan tahun 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta dan boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.
Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.
Masjid Ubudiah , Kuala Kangsar , perak.
Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia . Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun1917. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.
Gambar-gambar ni aku cari kat gugel dan sejarahnya dari wikipedia . Dalam 5 Masjid ni , Masjid Kristal dan Masjid Putra je yang aku dah pegi . Pemandangan di kedua Masjid ni sangat indah kalau waktu senja :) Indah sangat :) kan ..

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2013 11:56 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kristal Yang Indah <b>di Pulau Wan Man</b> - terengganu yang kukenali

Posted: 29 Sep 2010 06:53 AM PDT

Keunikan 76 – Kenali Masjid Kristal Terengganu (sambungan TTI)
Masjid yang terkenal di negeri Terengganu ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.  Mercu tanda yang menjadi ikon bagi Taman Tamadun Islam (TTI) ini diperbuat daripada kristal kaca dan keluli menjadikannya unit dan istimewa.
Ia dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.
Bandar Kuala Terengganu yang diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Januari sebelum itu diserikan lagi dengan perasmian Masjid ini.  Keindahannya telah menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke negeri Terengganu, Malaysia ini.
Masjid yang mempunyai keluasan 2,146 meter persegi boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.  Ia dilengkapi dengan kemudahan untuk mengakses internet dengan liputan WIFI bagi membolehkan pembacaan al Quran elektronik.
Masjid yang cantik di bahagian luar dan dalam ini mempunyai kombinasi warna yang harmoni iaitu putih dengan warna kristal keemasan disulami permaidani merah lembut menutupi bahagian lantainya.
Tidak dapat hendak digambarkan dengan jelas hanya dengan kata-kata dan tulisan, melainkan anda datang ke sini dan melihat sendiri apa yang penulis ingin gambarkan. 
Foto-foto yang sempat dirakamkan ini mungkin boleh menterjemahkan sedikit sebanyak apa yang penulis ingin katakan.  Mari kita lihat……………..
Pelajar SMAASZA (anak didik) bergambar di hadapan Masjid Kristal
Info Penting
Cara untuk datang ke sini
- Bas Cas Ligas (Bas Bandar) yang berlepas dari Taman Shahbandar
Kuala Terengganu setiap hari
seawal jam 6 pagi hingga 10 malam.
- Teksi bagi yang datang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau
Stesyen Teksi di Kuala Terengganu
- Bot Penambang yang bertolak dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
 Untuk Pertanyaan boleh hubungi
TTI Management Sdn. Bhd
Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia
Tel : 609 6278888    Fax : 609 6309020
Web : www.tti.com.my

CUTI-CUTI KE PULAU WAN MAN
BAWA KELUARGA MELIHAT KEINDAHAN SENIBINA
MASJID KRISTAL 

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Oct 2013 09:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Oct 2013 09:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2013 09:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

T E G A N U K I TA: TMT Merdekaraya Dive 2013 <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 26 Aug 2013 09:06 PM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Kerajaan negeri menerusi Sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 akan menganjurkan
program `TMT Merdekaraya Dive 2013' di Pulau Bidong, pada 30 Ogos hingga 1 September ini.

 Program julung kali dengan kerjasama Yayasan Coral Malaysia dilaksanakan sempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke-56 pada 31 Ogos ini dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Sekretariat TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani, berkata peserta program bakal menaik dan mengibarkan Jalur Gemilang serta merakam sambutan hari raya di daratan dan dasar laut Pulau Bidong.


"Program bertujuan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56 dengan menghargai dan memulihara khazanah laut dan darat negara.

"Pada masa yang sama acara itu akan mempromosikan TMT menerusi program konservasi, sekali gus dapat membersih kawasan pantai dan jeti Pulau Bidong yang tidak berpenghuni sejak sekian lama," katanya.

Encik Ahmad Fathil berkata, program ini juga dapat memerkukuh dan mempromosi nilai serta semangat konservasi di kalangan rakyat terutama golongan muda. Menurutnya, kesinambungan dari acara itu pihaknya juga mahu menyediakan forum untuk membincang dan mencambah minda bagi tujuan pembangunan pelancongan di pulau bersejarah itu.

Katanya, peserta dan media dari luar Terengganu dijangka akan bertolak dari Kuala Lumpur sejak 30 Ogos dan sebaik tiba keesokannya, mereka akan berkumpul di Jeti Merang, Setiu sebelum berlepas ke Pulau Bidong, kira-kira jam 11 pagi.

"Kesemua media dan peserta akan mengikuti aktiviti yang disediakan urusetia sebaik sampai di pulau itu seperti dialog, kerja membersih darat dan dasar laut, program mengibar Jalur Gemilang dan bendera TMT serta jamuan merdekaraya.

"Sementera majlis perasmian penutup dijangka akan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Haji Bazlan Abd Rahman yang mewaikili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, sebelum program tamat kira-kira lima jam kemudian dan semua peserta kembali ke jeti Merang," katanya


AWAS !!! Kencing Tikus <b>di Pulau Bidong</b> Terengganu

Posted: 14 Jun 2013 02:45 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kematian seorang kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 8 Jun lalu setelah menyertai aktiviti di Pulau Bidong di sini, disahkan akibat jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis). 

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu hari ini setelah hasil ujian lanjut yang dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia mendapati keputusan darah Ahmadi Abdul Ghawi, 47, positif virus itu. 

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Anwa Sulaiman, berkata sehubungan itu jabatan telah menjalankan ujian terhadap anggota keluarga lelaki itu dan mereka yang berhubungan dengannya. 

"Ujian dibuat ke atas 63 orang termasuk mereka yang telah bersama menyertai aktiviti di Pulau Bidong dan hasilnya mendapati mereka tidak dijangkiti penyakit itu dan berada dalam keadaan sihat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata berikutan pengesahan itu, jabatan mengambil langkah menutup sementara Pusat Penyelidikan UMT di Pulau Bidong untuk pembersihan dan semua aktiviti hendaklah diberhentikan sehingga keputusan sampel persekitaraan yang diambil diketahui. 

Dr Anwa berkata jabatan turut menasihatkan nelayan yang singgah di Pulau Bidong agar tidak menggunakan kemudahan yang ada di pulau itu. 

Jabatan juga telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan awal virus itu di Pulau Bidong termasuk melakukan penilaian risiko persekitaran yang meliputi tempat penyediaan makanan, stor makanan, pengurusan sisa makanan dan sampah yang boleh mengundang kehadiran tikus. 
"Di samping itu, penilaian juga dibuat atas kemudahan sanitasi yang disediakan seperti tandas dan bilik mandi serta pengurusan air di permukaan dan sisa air limbah. 

"Sebanyak 16 sampel persekitaran iaitu 11 sampel sumber air dan lima sampel tanah telah diambil dan keputusan persampelan dijangka diperoleh selepas dua minggu lagi," katanya. 

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang pekerjaan mereka terdedah kepada air atau tanah yang tercemar agar memakai pakaian perlindungan kalis air seperti but getah dan sarung tangan, menutup luka-luka kulit dengan balutan kalis air, mencuci dengan air bersih selepas pendedahan dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika mengalami gejala. 

Orang ramai juga dinasihat menjaga rumah dan premis mereka agar bebas daripada tikus dan pembawa-pembawa kuman yang lain, manakala bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, vaksin leptospirosis boleh diberikan, katanya. - BERNAMA

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Sep 2013 09:01 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 30 May 2013 07:36 PM PDT

 

Salam.

 

Kepada anda diluar sana yang belum baca lagi part satu entri ini sila baca dulu ok. Hari ke-2 kami di Pulau Bidong sangat ohsem. Ada aktiviti memancing di laut dalam dan aktiviti jungle trekking dan lawatan ke tapak penempatan warga Vietnam yang pernah menetap di situ beberapa tahun lalu. Seriously aku baru tahu Pulau Bidong mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pulau Bidong pernah menjadi penempatan warga Vietnam.Sampai sekarang ada lagi peninggalan mereka macam kubur, tapak bangunan dan patung.

 

kaki pancing

Aku nak tahu tak masa aktiviti memancing tu aku mabuk laut. haha gelakkan diri sendiri. Sah-sah la ikan pun tak dapat. Firstime aku join aktiviti macamnie beb. Mula-mula memang ilek-ilek lagi memancing dengan seronok sekali. Then mula la aku rasa pening dan loya. Nak muntah pun ada. Aku bagi pancing aku dekat orang lain. Aku baring terus atas kapal. kahkah. =p

 

Tengok gambar kat atas seronok Amir dapat ikan. Sekali dapat bukan seekor tapi dua ekor kau. Aku paling kagum dengan Aslina la sebab dia dapat ikan kemain banyak. Ada la dalam 5 ekor kalau tak salah kan Aslina ? Aku tak tahu la Aslina tu pakai umpan apa. Papepun, aktiviti memancing akan jadi lagi seronok kalau aku tak mabuk laut then dapat ikan 10 ekor. heh.

 

Lepas dapat ikan 15 ekor, masa memancing pun dah tamat. Kitorang dibawa ke melawat tapak peninggalan warga Vietnam yang pernah menetap di Pulau Bidong berpuluh-puluh tahun yang lepas. Masa tu aku belum lagi dilahirkan. Kau nak tahu cerita disebalik penempatan warga Vietnam nie kau tanya Amir. Story yang dia buat pasal Penempatan Vietnam masuk paper haritu. Kemain eksaited lagi dia.

 

Pulau Bidong

Hutan belakang kitorang itulah tapak penempatan warga Vietnam. Korang nampak tak mercu tanda tinggi belakang kitorang tu yang sebelah kanan ? Haa, itulah antara binaan diorang yang masih teguh sehingga sekarang. Aku ada bergambar dekat situ tapi Amir tak kasi pun gambar tu dekat aku. Biasalah aku pakai kamera ehsan orang je. Takde kamera sendiri. Kakak paling kanan dalam gambar diatas merupakan kakak angkat Aslina dan Amir. Cantik angat kakak angkat korang. aherher.

Pulau Bidong

 

Kalau korang nak tahu, pasir dekat gambar bawah nie halus gila. Semangat aku turun bawah semata-mata nak pergi sentuh pasir halus itu. Pantai dia pun sangat CANTIK. Air jernih bukan main lagi. ALLAHUAKHBAR !  Dapat snorkeling sini memang best nie. aha.

Pulau Bidong

Jungle trekking kat Pulau Bidong nie boleh tahan letih dia. Tempat kitorang berhenti masa jungle trekking yang ada pokok menjalar besar macam buai tu sangat unik. Aslina dengan Amir siap bergambar lagi situ. Tapi gambar tu takde. Sedeh kan. Semua gambar takde nak tunjuk dekat korang. Pasnie kalau nak pergi program wajib bawak kamera sendiri. =p

 

Pulau Bidong

Bersama geng media prima Kuala Lumpur dan Bernama Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang ke jeti Marang. Korang sangat sporting. Kenal 2 hari pun dah boleh bergurau macam kenal 2 tahun tau. Siap janji nak belanja aku lagi tu kalau aku pergi Kuala Lumpur kan Raffi. Harap Raffi baca blog aku lol. Biasalah sporting. Nama pun orang media kan. =p

 

Harap tahun depan boleh join lagi program nie. Dengar kata setiap tahun diadakan program camnie dekat Pulau Bidong sana. Terima kasih urusetia program yang cantik kacak bergaya tu sebab incharge kitorang sepanjang program.

 

Aslina suka sangat dengan abang urusetia yang pakai t-shirt 7 dalam gambar bawah ini. Kan Aslina ? Haha. Tahniah buat Nik yang dah habis praktikal di Bernama. Semoga cepat-cepat dapat kerja. Panjang umur kita jumpa lagi.

Pulau Bidong

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Kemalangan <b>di</b> Simpang Balai Polis <b>Kuala Berang</b> pada pagi 8 <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2014 09:03 PM PST

Kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta Perodua Myvi. Penunggang motosikal dikatakan cedera parah manakala pemandu kereta pula cedera ringan. Mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan.

20140108-125708.jpg

20140108-125801.jpg

20140108-125912.jpg

20140108-125956.jpg

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


TIARANITA TERENGGANU: Kunjungan Presiden Tiaranita Nasional <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2013 12:30 AM PST

Presiden Tiaranita Terengganu Bersama SGM menerima kunjungan Presiden Tiaranita Nasional sempena lawatan mangsa banjir di Chukai, Kemaman
                       
YBhg Puan Sri Sharifah Aamenah Al Junid, Presiden Tiaranita Nasional telah melakukan lawatan mesra bagi meninjau dan melihat sendiri suasana banjir yang telah melanda daerah Kemaman dan telah melibatkan anggota TM dan perkhidmatan TM di Kawasan berkenaan. Pada 12 Disember 2013, Pengurus Besar Negeri, Tuan Haji Hamidun Ismail dan  Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad telah mengiringi aktiviti lawatan YBhg Puan Sri ke Ibusawat Chukai, rumah ahli tiaranita mangsa banjir dan penyampaian sumbangan kepada 7 orang ahli tiaranita  terlibat. Yang turut hadir ialah, Setiausaha Tiaranita Nasional, Puan Zaleena Abd Ghani, Bendahari Tiaranita Nasional, Puan Indriati Maisarah Indera Putra, Ketua Biro Kebajikan Tiaranita Nasional, Datin Dalillah Hashim, Ahli Tiaranita Terengganu dan Rouvers Terengganu.
Rasa prihatin dan tanggungjawab yang mendalam telah mendorong YBhg Puan Sri untuk berkunjung ke rumah ahli tiaranita mangsa banjir  dan menyampaikan sumbangan kepada ahli yang terlibat.  Puan Sri telah melawat dan menyampaikan sumbangan kewangan kepada Puan Fatimah Ismail (ZBT CKI), Puan Siti Meriam Tahar (ZFT), Puan Zunaini Mamat (TMPoint), Cik Tg Nur Fadzliana Tg Muda (TMPoint), Puan Haslinda Husein (TMPoint), Puan Rahana Ismail (TMPoint) dan Puan Fuziah Alias (ZFT). Presiden Tiaranita Terengganu juga telah  menyampaikan sumbangan "High Pressure Water Jet",  kain batik, makanan kepada keluarga dan anggota TM Ibusawat Chukai yang menjadi mangsa banjir. Sumbangan Tuala dari Bakit Terengganu juga disampaikan oleh Tuan Haji Hamidun Ismail kepada mangsa banjir di Ibusawat Chukai, Kemaman.
Kunjungan Puan Sri  ini telah memberi dorongan semangat bagi semua ahli  yang terlibat supaya sentiasa sabar dan gigih menghadapi apa jua cabaran. Ucapan Terima Kasih dan Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutama anggota yang bertugas semasa banjir melanda di Ibusawat Chukai.






13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kijal</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Feb 2014 03:11 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kijal</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jan 2014 03:27 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

majlis watikah pelantikan pengawas sekolah dan <b>...</b> - sk <b>kijal</b> kemaman

Posted: 24 Jan 2014 03:05 AM PST

1. SKETSA DOKTOR MUDA DI SK PUTRAJAYA SETIU - TEMPAT KE-3

2. BICARA IRAMA B.MELAYU - NAIB JOHAN DAERAH KEMAMAN

3. BICARA BERIRAMA B.MELAYU - NAIB JOHAN PKG KEMASEK

4. KEJOHAN OLAHRAGA MSSD - JOHAN KESELURUHAN SEK.RENDAH

5. BOLA SEPAK - JOHAN PERINGKAT PKG KEMASEK

6. BOLA BALING P - JOHAN PERINGKAT PKG KEMASEK

7. BOLA BALING L - NAIB JOHAN PERINGKAT PKG KEMASEK

8. KOMPANG FORMASI - JOHAN PERINGKAT PKG KEMASEK

9. NASYID MTQ - NAIB JOHAN PERINGKAT PKG KEMASEK

10. HAFAZAN MTQ - NAIB JOHAN PERINGKAT PKG KEMASEK

11. PERARAKAN MAULIDUR RASUL DAERAH KMN - TEMPAT KE-3

12. BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH KMN - NAIB JOHAN

13. BOLA JARING PERINGKAT DAERAH KMN - TEMPAT KE-3

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


What I say?: <b>Bukit Besi</b>, I&#39;m BACK!!

Posted: 25 Feb 2014 12:00 AM PST

Good Day new semester! My new and last semester just started... And it started well :) Alhamdulillah, masih diberi peluang pulang ke Bukit Besi! :D Happy sangat sbb Bukit Besi banyak memori dan kenangan yang indah-indah belaka... Jadi, pulang buat kali ke-dua merupakan satu peluang keemasan yang mesti ikutlah!!! Hehehe... It all started when, Abg Jamil, my ex-President of my kelab, In-Smartive, mula mengajak untuk join.. Hhehehe, orang dah ajak... Kita ikut je, dan nasib kelas hari jumaat tak ada sem ni, jadi.. All aboard!

Day 1
Hehehee...
The day started kami naik kereta bersama Abg Haikal, ada Norma, Hajar dan Noni skali..
Selfie sket sebelum sampai Bukit Besi~


Jam 6 petang kami selamat sampai ke Bukit Besi..
 It just feels great to be back!
SK Bukit Besi pun banyak tak berubah begitu juga adik-adik, semuanya bersemangat tinggi..
Huh, rindu semangat dan tenaga adik2...
Group Photo! It feels great to meet everyone!
PKM Bukit Besi 2.0
That night, masing-masing balik rumah angkat masing-masing.. 
Kali ni tido rumah Abg Jamil, Thanks sebab tumpangkan :)
Kami sempat hantar Kak Fit pulang ke rumah Ma dye...
Simple but still wonderful~

Day 2
Hari terakhir program... Group Photo!!
Ada YM, Shamiera, Syud, Me, Norma, Aini, Dila,
Afza, Hajar, Azeemah, Maryam, Kak Diera, Eddy,
Arif Razak, Abg Bad, Abg Jamil, and Abg Wan Irwan
Ha.. yang ni kami buat project sket for Team Kewartawanan..
So much fun with the kids with the shooting...
Ok, di akhir program... 
Alhamdulillah everything berjalan lancar, tahniah Kak Feera :D
 Let it be there forever!
Lepas makan sempat bermanja-manja bersama kucing di Bukit Besi...
Selepas habis program, pulang ke rumah, tolong Mak masak, malam ada buat makan-makan kt rumah... Huh, potong bawang, sayur, ahhh, semualah! Then, petang sempat mandi kt Tasik Bukit Besi~
Huh, setelah apa yang terjadi tahun lepas, masih dalam trauma, tapi still brave nk kembali dan masuk dalam air dan menikmati suasana meriah di Bukit Besi :) Seronok dapat berenang kembali ke tasik walaupun dengan tragedi yang tak mampu dilupakan.. Jangan risau, banyak ubah suai dan sesuai untuk pelancong enjoy their moments there :) Berenag puas-puas!!!
Dan sempat menikmati pemandangan indah di Tasik KG BB :)
with my dear, Noni, Kak Fana, Kak Fit dan Kak Feera
with Hajar dan Abg Haikal :)
Pada sebelah malamnya pula, sibuk siapkan hidang makanan buat tetamu datang.... Hhehe.... Alhamdulillah sedap sangat masakkan Mak Abg Jamil, serious! Tambah banyak kali!!!! Semua happy..

Selfie lah pulak!!!
with Abg Fareed, Abg Acap, Abg Bayu,
Abg Jamil, Azeemah, Hajar,
Me and Aini :)

Last day, JOM bermasyarakat!
Gotong Royong di Masjid :)
 Nampak tak semangat.. Abg Zack sampai masuk dalam semak!
 Superman kita Abg Acap~
 Ini tolong jugak....
 Kak Fana turut beraksi!
 Huh, satu masjid kita cuci!
Sebelum Majlis Penutup, Fiqah ajak Abg Fareed dan Kak Fana teman fiqah gi rumah mak angkat Fiqah masa tahun lepas, Alhamdulillah, masih ingat jalan balik rumah... Sempat singgah skejap je... Singgah dua kali sebelum balik... Jumpa adik-adik semua... Hihi...
Huh, dan macam biasa, sebelum pulang... Bergambar dulu bersama keluarga angkat tahun ni.. Terima Kasih Mak, tumpangkan kami 3 hari 2 malam, Minta maaf kalau ada apa-apa yang kurang dari kami.. InsyaAllah, teringin nak datang lagi melawat  Bukit Besi!

Group Photo with keluarga angkat 2014,
Abg Jamil, Abg Fareed , Kak Fana, Mi Jazmi, Mak, Fiqah, Hajar dan Abg Acap...
Ada sorang terlepas, Abg Haikal, lambat sikit bersiap~

Kenangan di Bukit Besi memang RARE sangat! Tak boleh nak cerita semua, kena pergi dan rasai sendiri warga Bukit Besi bersama keluarga In-Smartive!
Thanks for the adventure! 
Wonderful adventure, great memories, and unforgettable moments :)
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved