ads

Ahad, 16 Mac 2014

13 di chukai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


TIARANITA TERENGGANU: Kunjungan Presiden Tiaranita Nasional <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2013 12:30 AM PST

Presiden Tiaranita Terengganu Bersama SGM menerima kunjungan Presiden Tiaranita Nasional sempena lawatan mangsa banjir di Chukai, Kemaman
                       
YBhg Puan Sri Sharifah Aamenah Al Junid, Presiden Tiaranita Nasional telah melakukan lawatan mesra bagi meninjau dan melihat sendiri suasana banjir yang telah melanda daerah Kemaman dan telah melibatkan anggota TM dan perkhidmatan TM di Kawasan berkenaan. Pada 12 Disember 2013, Pengurus Besar Negeri, Tuan Haji Hamidun Ismail dan  Presiden Tiaranita Terengganu, Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad telah mengiringi aktiviti lawatan YBhg Puan Sri ke Ibusawat Chukai, rumah ahli tiaranita mangsa banjir dan penyampaian sumbangan kepada 7 orang ahli tiaranita  terlibat. Yang turut hadir ialah, Setiausaha Tiaranita Nasional, Puan Zaleena Abd Ghani, Bendahari Tiaranita Nasional, Puan Indriati Maisarah Indera Putra, Ketua Biro Kebajikan Tiaranita Nasional, Datin Dalillah Hashim, Ahli Tiaranita Terengganu dan Rouvers Terengganu.
Rasa prihatin dan tanggungjawab yang mendalam telah mendorong YBhg Puan Sri untuk berkunjung ke rumah ahli tiaranita mangsa banjir  dan menyampaikan sumbangan kepada ahli yang terlibat.  Puan Sri telah melawat dan menyampaikan sumbangan kewangan kepada Puan Fatimah Ismail (ZBT CKI), Puan Siti Meriam Tahar (ZFT), Puan Zunaini Mamat (TMPoint), Cik Tg Nur Fadzliana Tg Muda (TMPoint), Puan Haslinda Husein (TMPoint), Puan Rahana Ismail (TMPoint) dan Puan Fuziah Alias (ZFT). Presiden Tiaranita Terengganu juga telah  menyampaikan sumbangan "High Pressure Water Jet",  kain batik, makanan kepada keluarga dan anggota TM Ibusawat Chukai yang menjadi mangsa banjir. Sumbangan Tuala dari Bakit Terengganu juga disampaikan oleh Tuan Haji Hamidun Ismail kepada mangsa banjir di Ibusawat Chukai, Kemaman.
Kunjungan Puan Sri  ini telah memberi dorongan semangat bagi semua ahli  yang terlibat supaya sentiasa sabar dan gigih menghadapi apa jua cabaran. Ucapan Terima Kasih dan Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutama anggota yang bertugas semasa banjir melanda di Ibusawat Chukai.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved