Sabtu, 12 Mei 2012

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


Loji Petronas <b>Di Paka</b> Meletup ! | wootmedia.MY

Posted: 10 May 2012 12:16 PM PDT

Rahsia Pendapatan Dengan Facebook Apps !  Free  jer  kalau nak tahu !

kilang petronas meletup

Loji Petronas Di Paka Meletup – Seramai 10 orang cedera setelah Loji Pemprosesan Gas 3 milik Petronas di Paka,Terengganu meletup pada pukul 3 petang semalam. Empat daripada 10 mangsa tersebut mengalami kebakaran peringkat 4

Bomba berjaya memadamkan kebakaran selama 20 minit.Mangsa mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Dungun.Punca letupan masih belum dikenal pasti  -wootmedia

Tagged , ,

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


3 lot tanah <b>di Batu Rakit</b>,Mengabang Lekor,Terengganu | Azmiral.com

Posted: 07 Feb 2012 09:07 PM PST

Lokasi tapak area Batu Rakit, kg Mengabang Lekor hanya 800m ke jln besar.
Berhampiran dgn Giat mara lebih kurang 400m.
Lebih kurang 1km lebih ke Sek.Men.Keb Batu Rakit,Mengabang Lekor.
Lebih kurang 5.6km ke MRSM.
Harga Bungalow dari RM275,000.00 keatas…..
Harga mengikut keluasan rumah yang diminta.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Pelancaran Album dan Konsert Rabbani | AmeenTv News

Posted: 25 Apr 2012 08:23 PM PDT

PELANCARAN ALBUM DAN KONSERT RABBANI

http://fenomenasyid.blogspot.com/2010/01/pelancaran-album-dan-konsert-rabbani.html

Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah & Pelancaran Album Terbaru Rabbani,'Mahabbah'

Selasa lalu, bertempat di Restoran Seri Melayu, telah diadakan sidang media Rabbani Production Sdn. Bhd. yang bertujuan mengumumkan Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah serta pelancaran album terbaru Rabbani, 'Mahabbah'.

Kumpulan nasyid paling popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Rabbani telah berjaya mencetuskan satu fenomena baru dalam industri hiburan tempatan apabila menganjurkan konsert bercirikan Islamik secara besar-besaran. Kali pertamanya ketika menyambut Malam Sinar Maulidur Rasul pada 1427 Hijrah dan diteruskan untuk kali keduanya pada tahun 1430 Hijrah.

Jika sebelum ini, konsert berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, untuk edisi ketiga, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di Terengganu menjadi pilihan. Konsert akan diadakan pada 19 Februari depan. Dan sekali lagi, pihak Telekom Malaysia Bhd tampil sebagai penaja utama.

Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul merupakan satu persembahan berkonsepkan 'edutainment', iaitu konsert yang menggabungkan unsur-unsur pendidikan dan mesej yang positif dalam hiburan melalui alunan nasyid, qasidah, pantomen dan anekdot tazkirah. Konsert itu juga akan dijalankan dengan konsep 'story-telling', iaitu persembahan melalui penceritaan daripada artis yang terlibat.
Selain Rabbani, mereka yang terlibat termasuk Datuk Sharifah Aini, Jamal Abdillah, Aishah, Yassin dan Joe Flizzow, manakala penceramah tersohor Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah menjadi pelengkap kepada konsert tersebut.
Dalam majlis yang sama, Rabbani turut melancarkan album terbaru mereka, 'Mahabbah'. 'Mahabbah' bermaksud kasih sayang dan telah berada di pasaran sejak 18 Disember lalu.Album berkonsepkan cinta dan kasih sayang ini memuatkan lapan lagu baru yang menampilkan Zulkiflee Hj. Azman sebagai vokalis utama. Lagu-lagu hit yang terdapat dalam album ini ialah "Mahabbah", "Kejora Sinar Zaman", "Syahadah", "Nurul Iman", "Bicara Hijrah", "Ya Man Satufariq" (lagu Arab), "Tanpa Agama" dan "Inikah Petanda".Lagu "Kejora Sinar Zaman" merupakan lagu yang dicipta khas untuk mengenang perjuangan Allahyarham Ustaz Mohamad Asri Hj. Ibrahim semasa hayatnya bersama Rabbani.

"Walaupun tanpa kehadiran al-marhum di sisi, namun semangatnya masih utuh bersama kami dan kami akan meneruskan apa yang telah kami perjuangkan bersama," kata Rabbani.

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


dhiah ss501: Sarapan pagi <b>di Kemaman</b> Terengganu .

Posted: 27 Apr 2012 11:03 PM PDT

Makan roti canai,,kedai yang lain banyak yang tutup,kedai ni pun bukak lambat 7.30 lebih baru bukak .

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


GARAMLADA: Mengapa kos lebuhraya <b>Jabor</b> jadi RM5bilion?

Posted: 11 Nov 2011 02:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menjelaskan isu berhubung bagaimana kos pembinaan lebuhraya Jabor di Kemaman menelan kos tinggi sehingga melebihi RM2bilion daripada kos asal. Ketua pembangkang, Dato'Seri Anwar Ibrahim berkata, kos asal pembinaan lebuhraya yang termasuk dalam projek Lebuh raya Pantai Timur (LPT) itu hanya bernilai RM3bilion, tetapi kini menjadi RM5 bilion. Anwar berkata demikian semasa berbahas di Parlimen pada 2 November lalu.

Lebih malang lagi, projek gagal disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu pada tahun lalu walaupun pembinaannya bermula tahun 2007, katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Kegagalan menyiapkan lebuh raya tersebut dibebankan lagi dengan masalah yang bakal dihadapi dengan persoalan siapa yang akan mengutip tol dan syarikat pemegang konsesi. Beliau mahu kerajaan mendedahkan pihak mana yang bertanggungjawab menyebabkan kelewatan dan peningkatan kos tersebut.

Selain itu beliau mendakwa semua masalah membabitkan kos dan kelewatan penyiapan LPT di Jabor adalah kerana kelemahan Jabatan Kerja Raya dan kementerian terbabit.

Selain itu beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek membina jambatan di atas daratan di Kemaman, Trengganu dengan kos RM174 juta yang melebihi RM70 juta dari harga sebenar.

Kata Anwar, ia merupakan satu projek elit Umno/BN yang membina jambatan di daratan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar.

Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikan elaun wakil—wakil rakyat.

Sehingga kini, katanya kemiskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.

Sumber berita: Harakah

Komen aku: Umno memang lebih naga daripada naga! Kalau tak buat begitu Umno tak akan kaya- pasti miskin papa! Serang PAS pun boleh diguna duit zakat, inikan pula duit buat lebuhraya!

ads