ads

Khamis, 26 Disember 2013

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Menuju SEJUTA Impian: Part 1 | Percutian <b>di Pulau Redang</b>

Posted: 03 Sep 2013 10:36 PM PDT

**Entry tertunggak setelah 11 hari dari tarikh balik bercuti**

Kitorang baru je balik dari bercuti di Pulau Redang...
Entry percutian ke Redang ini saya akan
ceritakan secara journal sahaja tp padat ya. 
Lagi mudah utk di baca dan tidak meleret.   
Percutian selama 3 hari 2 malam di Redang Lagoon
dgn menaiki Air Asia tiket promo pergi-balik.
Percutian secara group yg terdiri daripada
mak orang-dhenu , isteri2 org  - sy + zah dan 2 org masih single – finas + priya
Segala perancangan  dan pembahagian tugasan telah di buat awl.
Dhenu- logistic dan checklist, saya – cari pakej percutian ,  zah  - urus tiket flight,  Finas – urus transport dan check-in flight.
Jadi, dengan cara macam ni perancangan percutian kitorg boleh berjalan dengan lancar. Kalo ada terkurang tu normal la kan
Sebelum gi bercuti ada juga tanya dpt nasihat dari Sue kawan yg dah biasa gi Redang sebelum ini.

Bajet dalam tangan  RM600

  • Tiket Flight Promo Pergi - Balik = RM167
  • Pakej Redang Lagoon = RM280
  • Tambang bas dari KL Sentral - LCCT = RM10
  • Tambang bas dari LCCT -  KL Sentral = RM8
  • Day 1 : Breakfast di McD KL Sentral = RM7
  • Air mineral 500ml di LCCT = RM1.80
  • Maggie Cup = RM3
  • Day 1 : Makan tengahari di Pasar Payang = RM7
  • Sewa mask + life jacket utk snorkeling = RM20
  • Souvenior FM beli di Redang = RM13.80
  • Ole2 buah tangan beli di Pasar Payang = RM37.50
  • Tambang shuttle dari Jeti Shahbandar - Airport KT = RM10
  • Day 3 : Minum2 di airport seblm naik flight = RM3
  •  Rest & Go Osim di aiport = RM2

    Jumlah perbelanjaan = RM570.10                              Baki = RM29.90 (duit spare jika berlaku emergency)


Day 1 | 23/8/13 (Jumaat)

  • Bangun pagi kul 5.30 pagi seawal  macam nak pergi kerja .
  • Hubby hantar ke KL Sentral. Tungga Zah dan Finas. Dhenu, husband dia hantar terus ke LCCT. Sementara tgg Zah & Finas sampai baca blog2 mereka yg dah gi Redang supaya dapat menggambarkan Redang tu mcm mane,
  • Kitorg siap2 beli breakfast di McD KL Sentral makan dlm bas.  
  • Ambik bas express menuju ke LCCT dgn tambang RM10 . Bas bertolak kul 8.45pagi. Perjalanan selama sejam lebih sebab otw tu ada accident.Sampai kat LCCT dalam kul 10.00pagi.
  • Flight  berlepas  tepat kul 12 tengahari , Bau menu dlm flight telah menggamit hidung kitorg. Bersungguh2 nak order nasi lemak yg korg canang dlm blog sgt sedap tu kan.Frust bile pilot annouce ''sila pasang tali pinggan anda, pesawat akan mendarat tidak lama lagi'' terasa sekejap sgt, nak order nasi lemak pOn tak sempat.
  • Touchdown di KT jam 12.45tengahari.
  • Mula2 plan nak ambik jer teksi terus ke jeti Shahbandar tp abg ipar Zah yg kerja kat KT ni dgn baik hatinya jemput kitorg semua. Lima2 sumbat dlm Saga BLM utk 1 trip. Lowed sih!
  • Sampai di Jeti Shahbandar jam 1.15petang.terus ke kaunter sejahtera. Macam mana tahu? Sbb admin Redang Lagoon dah kabar siap2 masa kat KL lg time berhubung dgn diorg melalui emel. Time kitorg dtg tu waktu rehat diorg.Kaunter akan di buka semula jam 2petang. Perut pon dh berdangdut, cari makan kat foodcourt pasar payang. Malas nak pikir makan apa,terus order nasi ayam dan fresh orange. Belanja lunch RM7.
  • Menuju ke kaunter siap2 ambik tiket feri pergi-balik. Tiket balik tu simpan la elok2 sampai hari ke3.
  •  Tepat jam 3 petang baru feri berlepas. Feri yg kitorg naik dari Jeti Shahbandar ni berair-cond. Best!
  • Perjalanan ambil masa 1 jam menuju ke Jeti **nama tak sure** Di Jeti ini kitorg kena tukar feri lain utk sampai ke Redang Lagoon. Feri ni open air ya…Splashing ok air ombak. Seronok! Perjalanan ambil masa 30 minit.
  • Tepat jam 5.00 petang - Sampai di pesisiran pantai, ada wakil dari Redang Lagoon yg jemput. Chalet kitorg dekat sgt. Kedudukan berada ditengah2. So, jalan kaki aje ler…mcm chalet n resort lain yg jauh2 diorg naik shuttle.
  • Urus check-in bilik atas nama saya….bayar full payment balance RM1,320 . Grand total – RM1,420 tolak deposit RM100 untuk 3 Hari 2 Malam. Pastu terus hi-tea. Hi-tea yg disediakan hari pertama cucur jagung dan bubur kacang hijau.
  • Actually, kitorg kira burn la mkn lunch n snorkeling pertama disebabkan tak follow jadual yg diberikan. Lepas check-in bersiap2 tukar pakaian mandi sbb hati dah tak sabar nak terjun laut. Sejak dari atas bot lagi kot hati ni nak terjun mandi laut. Sbb geram n excited tgk kejernihan air laut  Redang.
  • Sebelum mandi bergambar2 dulu dgn keadaan baju masih tak basah, kang dah basah tak cun! Mandi manda sampai tak ingat dunia…Terjun laut Redang!~ Heaven nya rasa…Cuma Zah jer yg tak mandi laut sbb dia tak teringin lagi kot. That'why kitorg berempat yg lain ada gambar mandi laut sambil bermain ombak , tukang tangkap gambar time ni Zah.
  • Sebelum jam 7.00petang dah balik bilik. Bersiap2 nak gi makan malam. Kebetulan malam pertama tu, kitorg dapat makan BBQ. Kebiasaannya, di Redang Lagoon akan buat BBQ 2 hari sekali. BBQ yg disediakan biasa2 jer…jgn la high expectation kay BBQ korg tu mcm BBQ kat Seoul Garden. Pastu, jgn pulak buat muka terkejut beruk sbb korg sendiri yg akan masak. Baru la feel!~ Panas kot duk bawah bangsal, mcm sauna tau. Time BBQ ada pekerja yg memantau dan membantu kita nanti. Kalo tak da mereka, pasti rentong ataupOn  overcooked atau kurang masak. Sy tahu, korg pOn x pro buat BBQ kannn….
  • Aktiviti malam kitorg, jalan2 tepi pantai…melawat2 chalet dan resort2 sekitar Redang beli cenderamata.Wajib beli fridge magnet..sy sambar 2 fm.. harga range RM5.90 – 7.90. Tak sah kalo tak bergambar2 dgn 4 segal2 ku ini di malam hari.
  • Menurut tokei redang Lagoon, aktiviti malam di Redang adalah finding blue sand. Dengar mcm teruja kan!~ Blue Sand atau kalo diterjemahkan Pasir Biru?? Dah terbayang2  pasir biru tatkala berada di tangan. Lokasi pencarian blue sand berada di hujung kanan pantai yg terletak di Reef Redang. Actually ada cara nak cari blue sand . Menurut abg BayWatch kat situ cakap, kalo nak gi dtglah sebelum bulan muncul. Pastu kuis2 pasir, plz jgn korek mcm sy buat. Sampai bile pOn blue sand tu tetap jadi white sand. LOL!
  • Lepas putus asa dan hampa x dpt cari blue sand, kitorg balik. Sy, zah , finas jer balik bilik. Dhenu n priya layan pub kat tepi pantai Redang. Pub kat Redang tu ada open hari Jumaat. Dhenu kata waktu operasi sampai 12 tengah malam.
  • Sebelum lelap mata, borak2 dengan zah sampai kul 11.10 malam. Tidak lupa pada huBee, call dulu Tanya kabar.  Finas dah selamat tidor. Mata pon dah ngantok. Badan pOn dah letih perjalanan yg panjang. Dah le sambil memikul bag baju yg berat. Malam yg indah…Pagi yg indah di Redang bakal menjelang keesokan hari nya. Sgt tak sabar! 
Bersambung....

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Hospital Pakar Salam akan dibuka <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 21 Dec 2013 10:02 AM PST

TELOK KEMANG 21 Dis. - Syarikat Hatimuda Sdn. Bhd. yang memiliki Hospital Pakar Salam (Salam) melabur sebanyak RM85 juta untuk membuka sebuah lagi rangkaian hospital itu di Kuala Terengganu pada Februari tahun hadapan.

Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Zainal Bachik berkata, pembukaan premis di Kuala Terengganu nanti merupakan hospital yang ketiga selepas di Shah Alam, Selangor dan Senawang, Negeri Sembilan.

''Hospital Pakar Salam Kuala Terengganu nanti mempunyai enam tingkat dan dilengkapi sehingga 200 katil selain kemudahan perubatan canggih termasuk peralatan pemeriksaan MRI (Magnetic Resonance Imaging)," katanya.

Zainal ditemui pemberita selepas meraikan media dalam majlis anjuran Salam di sebuah hotel dekat sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan Hospital Salam, Datin Maslina Ibrahim serta beberapa doktor pakar hospital berkenaan.

Katanya, Salam juga akan membina dua lagi hospital iaitu di Bangi, Selangor dan Alor Setar, Kedah pada tahun hadapan bagi menampung keperluan orang ramai terhadap perkhidmatan hospital swasta itu.

Sementara itu, Maslina memberitahu, Hospital Pakar Salam Kuala Terengganu meletakkan sasaran dalam kalangan pesakitnya dari golongan berpendapatan rendah dan pertengahan dengan pada tahun pertama operasinya sebanyak 60 katil disediakan.

''Kita akan mengawal caj yang dikenakan oleh doktor pakar supaya khidmat perubatan ini turut dapat dinikmati golongan tersebut," ujarnya.

Mengulas prestasi Hospital Pakar Salam Shah Alam dan Senawang, Maslina memberitahu, nisbah keuntungan yang dicapai kedua-duanya sehingga kini pada kadar 10 peratus biarpun sasarannya adalah 15 peratus berikutan komitmen yang tinggi dalam pengurusan dan pelaksanaannya.

''Purata perolehan bulanan adalah pada kadar RM3.4 juta di Senawang manakala RM3 juta di Shah Alam dengan purata jumlah pesakit luar sebulan di Senawang ialah 3,000 hingga 4,000 orang dan mereka yang keluar masuk wad sebulan di hospital sama pada angka 1,000 orang sebulan," katanya.

Bagi tujuan itu, katanya, Hospital Pakar Salam Senawang akan dikembangkan dengan penambahan sehingga 200 katil berbanding sekarang 103 katil untuk kemudahan rawatan selepas bangunan tambahan diubah suai.

''Perkhidmatan doktor pakar juga akan ditambah di semua hospital Salam. Kami berusaha memberikan keselesaan dengan amalan mesra pesakit selain meningkatkan perkhidmatan kepada orang ramai dalam semua peringkat kehidupan," katanya.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


MyNewsHub.My - Sertai Komuniti Berita Online Terhangat <b>di</b> Malaysia.

Posted: 21 Dec 2013 08:54 PM PST


HULU TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengalami kerugian kira-kira RM2 juta akibat banjir baru-baru ini apabila buah sawit dari beberapa ladangnya tidak dapat dipungut untuk diproses.

Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah mempunyai tiga ladang besar di wilayahnya di Kemaman iaitu Ladang Ketengah Perwira, Ketengah Jaya dan Ladang Rakyat yang kesemuanya ditenggelami banjir bermula 2 Dis lepas.

"Semasa banjir, 80 peratus wilayah di daerah Dungun dan Kemaman terjejas teruk melibatkan kawasan beribu-ribu hektar. Selain buah sawit, ada anak pokok sawit yang baru ditanam turut musnah ditenggelami air.

"Selain itu, tiga rumah orang kampung dalam wilayah Ketengah di Air Puteh, Kemaman turut dihanyut banjir, bagaimanapun kerugian keseluruhan belum dapat dipastikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan memancing Jelajah Tasik Kenyir di sini.

Beliau berkata Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersetuju menggantikan rumah yang dihanyutkan banjir itu dengan segera melalui Program Bantuan Rumah di bawah kementerian berkenaan.

Wan Mat Amin berkata Ketengah mengeluarkan bantuan segera bagi membantu penduduk kampung yang dilanda banjir dengan menghantar bekalan makanan melibatkan kos RM50,000 ke pusat pemindahan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, agensi berkenaan Ketengah turut mengadakan gotong-royong selepas banjir membantu membersih rumah penduduk.

Beliau berkata Ketengah mempunyai bilik gerakan banjirnya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah dengan skuad banjirnya sendiri melibatkan 100 kakitangan dan pertubuhan sukarela untuk membantu mangsa yang terlibat. – BERNAMA

Ketengah Alami Kerugian RM2 Juta Akibat Banjirhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Sawit1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Sawit1-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

HULU TERENGGANU - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengalami kerugian kira-kira RM2 juta akibat banjir baru-baru ini apabila buah sawit dari beberapa ladangnya tidak dapat dipungut untuk diproses. Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah mempunyai tiga ladang besar di wilayahnya di Kemaman iaitu Ladang Ketengah Perwira,...

<p style="text-align: left;">HULU TERENGGANU - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengalami kerugian kira-kira RM2 juta akibat banjir baru-baru ini apabila buah sawit dari beberapa ladangnya tidak dapat dipungut untuk diproses.</p> Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah mempunyai tiga ladang besar di wilayahnya di Kemaman iaitu Ladang Ketengah Perwira, Ketengah Jaya dan Ladang Rakyat yang kesemuanya ditenggelami banjir bermula 2 Dis lepas. <p style="text-align: left;">"Semasa banjir, 80 peratus wilayah di daerah Dungun dan Kemaman terjejas teruk melibatkan kawasan beribu-ribu hektar. Selain buah sawit, ada anak pokok sawit yang baru ditanam turut musnah ditenggelami air.</p> <p style="text-align: left;">"Selain itu, tiga rumah orang kampung dalam wilayah Ketengah di Air Puteh, Kemaman turut dihanyut banjir, bagaimanapun kerugian keseluruhan belum dapat dipastikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan memancing Jelajah Tasik Kenyir di sini.</p> <p style="text-align: left;">Beliau berkata Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersetuju menggantikan rumah yang dihanyutkan banjir itu dengan segera melalui Program Bantuan Rumah di bawah kementerian berkenaan.</p> Wan Mat Amin berkata Ketengah mengeluarkan bantuan segera bagi membantu penduduk kampung yang dilanda banjir dengan menghantar bekalan makanan melibatkan kos RM50,000 ke pusat pemindahan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. <p style="text-align: left;">Selain itu, agensi berkenaan Ketengah turut mengadakan gotong-royong selepas banjir membantu membersih rumah penduduk.</p> <p style="text-align: left;">Beliau berkata Ketengah mempunyai bilik gerakan banjirnya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah dengan skuad banjirnya sendiri melibatkan 100 kakitangan dan pertubuhan sukarela untuk membantu mangsa yang terlibat. - BERNAMA</p>

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved