ads

Rabu, 24 April 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


ZAKARIA DAGANG NOK TANDING JUGA <b>DI SEBERANG TAKIR</b>

Posted: 18 Apr 2013 10:17 PM PDT

peluang BN Terengganu semakin cerah dengan pergaduhan PKR dan Pas ini...
 
Keghairahan Pas hendak bertanding sehingga sanggup merampas kerusi yang diperuntukkan kepada PKR...misalnya di Seberang Takir, Zakaria Dagang diumumkan oleh Pas untuk bertanding, sedangkan itu merupakan kerusi PKR.
Walau pun PKR telah diputuskan bertanding mewakili Pakatan di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen di Terengganu, tetapi Pas engkar dan tidak mematuhi ketetapan tersebut.
Kerusi-kerusi PKR yang bakal ditandingi PKR ialah Permaisuri, Kota Putera, Telemong, Seberang Takir, Bukit Besi dan Bandar, manakala Parlimen ialah Kemaman.
Namun begitu, malam tadi di Rusila Pas mengumumkan juga calon mereka di Kota Putera dan Seberang Takir.
Ini merupakan suatu pencabulan dan janji tidak ditepati.
 Timbalan Pengerusi PKR Terengganu, Abd.Rahman Yusof menyelar tindakan Pas yang tidak menghormati perjanjian.
"Pemimpin Pas perlu belajar menghormati keputusan kalau hendak rakyat menghormati mereka," tegas Abd Rahman
 Abdul Rahman yang juga Setpol Kanan Anwar Ibrahim telah membuat lapaoran rasmi kepada PKR Pusat (Dato' Seri Anwar) berhubung pencabulan hak PKR itu untuk tindakan selanjutnya.
Namun katanya, pertandingan tiga penjuru BN, PKR dan PAS akan berlaku di Dun Kota Putera dan Seberang Takir kerana "kami tak akan berundur dan tetap dengan keputusan dan perjanjian asal".
Pemimpin Pas perlu menghormati PKR dan penjanjian asal, barulah rakyat akan hormati .

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


teganuku: <b>Rantau Abang</b> Membangun <b>Di</b> Bawah Barisan Nasional _ <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2013 03:06 PM PDT


Rantau Abang pada satu ketika tersohor di seluruh dunia kerana menjadi lokasi pendaratan penyu belimbing yang kini dikategorikan sebagai haiwan yang diancam kepupusan.

Sekitar tahun 1960-an hingga lewat 1980-an, Rantau Abang bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong, malah turut menjana ekonomi penduduk setempat melalui sektor perniagaan dan pemajakan kawasan kutipan telur penyu.

Walaupun kini zaman kegemilangan Rantau Abang sebagai lokasi penyu bertelur sudah pun berakhir, usaha untuk terus memulihara haiwan itu tetap diteruskan melalui pelbagai program yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).


Penduduk tempatan ternyata lebih senang memilih calon BN di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang itu dan Parlimen Dungun untuk membawa suara mereka, sekali gus memastikan kebajikan mereka terus terbela.

Hanya pada tahun 1999, kawasan DUN itu dimenangi PAS, namun penduduk kemudiannya kembali ke pangkuan BN pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Pada PRU13 ini, calon BN Rantau Abang, Datuk Za'abar Mohd Adib ditentang oleh Alias Harun (PAS) dan Mazlan Harun (Bebas).

Mengulas mengenai persaingan tiga penjuru itu, Za'abar berkata ia tidak akan menjejaskan kemenangan BN memandangkan pengundi sendiri boleh menilai semua usaha yang dilakukan BN hasil transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Rantau Abang kini semakin berubah menerusi pemerintahan BN, dengan projek naik taraf kemudahan infrastruktur seperti jalan raya empat lorong, Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di Pulau Serai, yang memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 penduduk di Rantau Abang mendapatkan pelbagai keperluan harian pada harga berpatutan.

"Pada tahun 1986, DUN itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru, namun calon Bebas cuma dapat 100 lebih undi. Cuma, kali ini (cikgu) Mazlan anggota PKR, bertanding atas tiket Bebas.

"Bagaimanpun ia bukanlah ancaman besar yang boleh menjejaskan kemenangan BN kerana pada dasarnya, pengundi akan melihat kepada manifesto dan (akan) mengundi parti-parti politik arus perdana, berbanding calon Bebas yang tiada apa-apa untuk dijanjikan," katanya  di Dungun.

Di Terengganu, Dungun merupakan satu-satunya Parlimen yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru, satu di kerusi Parlimen manakala dua di kerusi DUN Rantau Abang dan DUN Bukit Besi. Za'abar yang tidak memandang remeh terhadap kemampuan lawan, berkata pengumuman manifesto tambahan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, pasti dapat menambat hati pengundi.

"Kita (BN) janji, kita buat...ini yang penting. Jika diberi mandat lagi selepas PRU ini, kita akan bina sebuah gelanggang futsal tertutup dengan kos RM350,000 dan satu gelanggang futsal terbuka bernilai RM150,000 di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM).

"Begitu juga dengan isu pemilikan rumah, di mana manifesto BN Terengganu akan memberi rakyat peluang untuk memiliki satu tapak rumah atau satu tapak pertanian kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan menyediakan keperluan asas kepada rakyat," katanya.

Sejak beberapa tahun lepas, kira-kira 100 rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dibina di kawasan seluas dua hektar di sekitar Gong Batil dan Gong Pasir.

Mengenai sokongan pengundi tegar PAS, Za'abar berkata penyokong PAS kini semakin keliru dengan pelbagai dasar parti itu yang dilihat semakin "berlembut" dengan PKR dan DAP.

"Dulu harapan sebahagian besar penyokong tegar ialah membangunkan negara Islam, tetapi hari ini ramai penyokong mereka merasakan PAS sudah tersasar jauh daripada perjuangan asalnya

"Paling penting ialah rakyat sudah merasakan banyak perubahan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini, sejak Datuk Seri Najib mengambil alih tampuk pemerintahan dengan rakyat sudah merasakan perubahan dan keselesaan di bawah BN," katanya.

 DUN Rantau Abang mempunyai 20,618 pengundi.

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di paka</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2013 09:45 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Dr Azman Ibrahim: Bangunkan Islam Dengan Segala <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2012 11:12 PM PST

|

Tuan Guru Mursyidul Am dalam ucapannya menegaskan bahawa himpunan besar seperti ini adalah usaha untuk naikkan semangat Islam. Sebagaimana menjadi amalan, setiap hari bila tiba waktu sembahyang, azan akan dilaungkan dengan kuat. AllahuAkbar! AllahuAkbar! Tujuannya adalah untuk nak gerakkan manusia dan naikkan semangat manusia supaya bersegera menyembah Allah.
Beliau menegaskan lagi, perjuangan atas nama bangsa tidak ada tempat di atas muka bumi ini. Kalau Umno tuduh PAS memperalatkan agama, habis nabi Muhammad s.a.w berjuang guna apa kalau tak guna agama. Lantaran bumi tempat tinggal kita ini milik Allah maka cara nak tarik manusia tak boleh dengan kebangsaan baik kebangsaan melayu, kebangsaan cina atau kebangsaan apa sekalipun kecuali dengan Islam agama Allah!
Tegas beliau lagi, kita mesti bangunkan Islam dengan segala kelengkapannya. Ibadatnya, ekonominya, pemerintahannya, sosialnya, politiknya, diplomatiknyasebab itulah perutusan Nabi Muhammad s.a.w memakan masa sehingga 23 tahun demi untuk menyempurnakan segala misi ini. Kalau setakat nak menyempurnakan solat dan puasa, 2,3 tahun sudah cukup!

Turut hadir memeriahkan program, Tuan Guru Dato' Seri Presiden Pas dan pimpinan Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu.

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Feb 2013 07:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Anak Merdeka: Bangunan Tinggi <b>di Gong Kedak</b>

Posted: 06 Nov 2011 11:48 PM PST

Assalamualaikum....


Cuba korang tengok bangunan kat atas tu...Bangunan tu still dalam pembinaan lagi... Ketinggiannya dalam 3 tingkat n kalo dilihat maybe akan lagi tinggi lepas siap nanti... Ape yang jadi persoalannya ialah ianya berhampiran dengan Pangkalan Udara Gong Kedak betul2 bersebelahan dengan pagar Pangkalan...
Ianya juga berhampiran dengan runway Pangkalan... Ape tujuan Bangunan ini dibina?? Sebagai Menara Pemerhati bagi sebarang aktiviti dalam pangkalan ke? Pangkalan Udara Gong Kedak merupakan salah satu Pangkalan STRATEGIK negara yang menempatkan 18 buah pesawat tercanggih milik TUDM... So dari bangunan yang akan dibina nie tak mustahil setiap aktiviti pergerakan udara Pangkalan akan dapat diperhatikan dari bangunan ini.....So TUDM rasanya perlu menyiasat pemilik bangunan ini agar ianya tidak dijadikan bangunan yang merekodkan semua aktiviti pergerakan udara dari pangkalan....

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Gambar Ceramah UMNO <b>Di Besut</b> Sambutan Orang <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2013 01:00 AM PDT

Hampir 5000 warga besut Di Padang Bas Jerteh bersama Ustaz Zainal Abidin, Pengerusi Minda Pondok mendedahkan 7 Dalil Haram Undi PAS Padat & penuh isi yang membuat ramai penyokong PAS yang turut serta sedar & memilih Barisan Nasional..

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2013 03:47 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Older Post - teganuku

Posted: 01 Apr 2013 10:19 PM PDT


Polis memburu seorang lelaki yang bertindak agresif merempuh kereta peronda ketika anggota polis terbabit menjalankan Ops Lejang dan kegiatan mencuri motor di Kampung Batu Rakit, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan berkata, dalam kejadian pada kira-kira 3.50 pagi itu, kenderaan polis yang sedang meronda di sekitar kawasan berkenaan berjaya mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekorinya.

Beliau berkata, kereta itu berhenti di sebuah chalet di tepi pantai sebelum seorang lelaki dan seorang wanita keluar menuju ke rumah penginapan berkenaan.

"Curiga dengan tindak-tanduk pasangan itu, pihak polis menghampiri kereta berkenaan dan memperkenalkan diri sebelum pemandu kereta berkenaan mengundurkan kenderaan dan merempuh kereta polis.

"Akibat rempuhan itu, kereta pasukan polis kemek di bahagian kiri penumpang sebelum lelaki itu bertindak memecut kereta dan melanggar pintu hadapan chalet tersebut," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.

Manoharan berkata suspek kemudian terus melarikan diri menghala Kuala Terengganu dan pihaknya menghubungi balai berhampiran meminta bantuan untuk mengesan suspek.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam chalet itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 21 tahun yang berasal dari Kelantan bagi membantu siasatan.

"Kita percaya suspek yang berusia 20-an itu melarikan diri kerana terlibat dalam kes jenayah dan pengedaran dadah, ini kerana dua rakan suspek itu positif dadah jenis Methamphetamine," katanya.

Manoharan berkata setakat ini, pihaknya memperoleh maklumat lanjut berhubung suspek dan masih mengesan lelaki itu untuk tangkapan.

 Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau individu yang mencurigakan menghubungi balai polis berdekatan.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Jingga 13: Desak Umno BN hentikan hasrat roboh perkampungan <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2012 07:18 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Jingga 13 Terengganu mendesak agar Umno Bn Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Haji Ahmad Said menghentikan hasrat untuk merobohkan perkampungan warisan Melayu terutamanya di kawasan Bandar Kuala ...

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


teganuku: Hajat Kuswadinata Bercuti <b>Di Pulau Kapas</b> Bersama <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2013 11:42 AM PST


Percutian bersama keluarga ke Pulau Kapas, Terengganu adalah hajat terakhir Kuswadinata, namun ia tidak kesampaian apabila pelakon veteran itu meninggal dunia semalam.
 
Isteri Allahyarham, Kamariah Mohd Said, 57, berkata Kuswadinata sering menyuarakan hajatnya itu semasa beliau terlantar di hospital sejak tahun lepas.

"Beliau sering berkata ingin ke sana selepas pulih daripada penyakitnya, namun hajatnya tidak kesampaian," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya malam semalam.

Kamariah berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kerap menasihati beliau agar tidak meninggalkan solat serta menjaga anak-anak.

Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 5.07 petang susulan beberapa penyakit yang dihadapi termasuk kanser usus dan buah pinggang.

Antara rakan artis yang menziarahi jenazah ialah Rosyam Nor, Aznah Hamid dan Aziz Singah.

Allahyarham, yang meninggalkan dua isteri, sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit, akan dikebumikan semalam.

 Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris.

Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Fitnah, PAS <b>di Kemaman</b> disaman 5 juta - Rakyat Tranung

Posted: 19 Apr 2013 10:25 AM PDT


Gara-gara mengedarkan risalah berunsur fitnah dan palsu berhubung Zoo Bukit Takal, Terengganu, Parti Islam Semalaysia (Pas) menghadapi tuntutan saman daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) untuk menuntut ganti rugi RM5 juta.
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 April bagi pengurusan kes itu untuk Pas memasukkan kehadiran.
Ini kerana ketika pengurusan kes tersebut hari ini, peguam Azwan Abdul Wahab yang mewakili MPK memberitahu pemberita, jika tiada sebarang respons sehingga tarikh tersebut, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan penghakiman ingkar daripada Pas.
Dalam penyataan tuntutan, pada 7 September 2012, Pas telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya di bandar Chukai, Terengganu dan dihadiri oleh ahli-ahli defendan.
Dalam majlis itu, Pas selaku pihak defendan telah mengedar dan menyerahkan kepada orang ramai termasuk kakitangan plaintif yang melalui kawasan itu, satu risalah dua muka surat bertajuk Adun Chukai Baham Tanah 5 Ekar dan Fakta Zoo Bukit Takal.
Menurut plaintif, setelah meneliti risalah itu, MPK Kemaman mendapati isi kandungannya yang bertajuk Fakta Zoo Bukit Takal yang berlatarbelakangkan gambar pintu masuk zoo tersebut dengan logo plaintif dengan dua gambar dalam zoo yang mengandungi pernyataan fakta falsu dan berunsur fitnah.
Perkataan itu antaranya membawa maksud pihak berkuasa tempatan itu telah menyalahgunakan wang rakyat, melakukan pembaziran dalam pengurusan kewangan, tidak amanah, tidak cekap dan membina zoo yang tidak memberi manfaat kepada penduduk tempatan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130419/ma_09/Majlis-Perbandaran-Kemaman-saman-Pas-tuntut-RM5-juta#ixzz2QvlcyYij
© Utusan Melayu (M) Bhd 

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


Dun <b>Kemasik</b> jadi tumpuan | :: cina islam | 2013 ::

Posted: 20 Apr 2013 06:48 PM PDT

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KEMAMAN – Kerusi Dun Kemasik yang dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kemaman menjadi tumpuan kerana menyaksikan perebutan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ia berikutan Bendahari Umno Pekan Kemasik, Zulkiflee Salleh, 58, mencalonkan diri sebagai calon Bebas menggunakan lambang ikan, sekaligus menentang penyandang kerusi Dun Kemasik, Ir Rosli Othman dan calon Pas, Che Alias Hamid.
Zulkiflee berkata, keputusannya bertanding bukan dirancang sebaliknya dilakukan spontan berikutan tidak berpuas hati dengan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi itu yang diumumkan pucuk pimpinan BN negeri.
"Tiada niat untuk saya lawan parti atau pun nak kejar pangkat tetapi saya dah lama sabar dan saya anggap ini keputusan terbaik yang saya ambil.
"Saya ibarat lilin yang membakar diri, demi rakyat di Kemasik saya ambil keputusan nekad ini kerana ramai sebenarnya yang tidak setuju (dengan calon) tapi tak berani tampil," katanya selepas mengisi dan menyerahkan borang penamaan calon di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Chukai, semalam.
Zulkiflee memilih simbol ikan kerana dia seorang penjual ikan dan berniaga ikan sejak berusia 18 tahun.
"Saya yakin mampu menang di Dun Kemasik dengan sokongan rakyat Kemasik yang mahu isi hati mereka didengari," katanya.
Sementara itu, Ir Rosli berkata, walaupun undi berpecah dengan persaingan tiga penjuru tetapi ia tidak akan mengganggu majoriti kemenangan yang akan diperoleh BN.
"Dengan adanya calon Bebas,  kita akan lakukan sedikit perubahan dari segi strategi untuk memancing undi. Kita akan lebarkan lagi strategi," katanya.
Pada penamaan calon itu, Zulkiflee menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi, diikuti Ir Rosli pada jam 9.16 pagi.
Penyerahan borang itu disusuli calon Pas, Che Alias pada jam 9.21 pagi yang dicadangkan Mohamad Mahadi Nawi dan disokong Mohd Rusman Rani.
Terdahulu, bagi Parlimen Kemaman, calon BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi dan calon PKR, Kamarudin Chik pada jam 9.11 pagi.
Calon BN Dun Kijal yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Said juga menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi diikuti calon Pas, Hazri Jusoh pada jam 9.10 pagi, sementara bagi Dun Chukai, calon BN, Datuk Wan Ahmad Nizam menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi manakala calon Pas, Hanafiah Mat pada 9.14 pagi.
Untuk Dun Air Putih, penyerahan borang penamaan dilakukan calon BN, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar pada 9.02 pagi dan calon Pas yang juga pesara guru, Ab Razak Ibrahim pada jam 9.15 pagi.


13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


1 MALAYSIA: PAS Ganas!!! membelasah penyokong UMNO <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2013 07:00 PM PDT


Pergaduhan 23/4/2013 11.00 PM - telah berlaku satu Insiden pergaduhan di lokasi persimpangan lampu isyarat pasar buah, jalan yahya ahmad, dungun. Insiden berpunca daripada tindakan penguatkuasa SPR yang ingin mengambil tindakan terhadap bendera yang dipasang di tiang lampu isyarat. Ketika melaksanakan tugas telah didatangi oleh sekempulan pemuda pas seramai lebih kurang 30 orang. Suasana menjadi semakin tegang apabila dipercayai pemuda pas telah memanggil penyokong pas utuk datang beramai-ramai dan dalam masa 20 minit penyokong pas telah bertambah kepada lebih kurang 200 orang.

Ekoran daripada kedatangan penyokong pas yang ramai pihak pemantau SPR telah mengambil tindakan meninggalkan lokasi tersebut. Pada ketika itu juga sekumpulan penyokong umno seramai lebih kurang15 orang datang ke lokasi untuk melihat kejadian yang berlaku. Semasa dalam proses perbincangan diantara polis dan penyokong pas.

Kembali berlaku kekecohan yang mana telah berlaku pertengkaran mulut antara seorang penyokong pas dengan penyokong umno sehingga menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang. Dengan tiba-tiba sekempulan penyokong pas diangarkan seramai lebih kurang 50 orang penyokong pas menyerbu dan membelasah penyokong umno tersebut. Ekoran daripada kejadian tersebut mangsa pengsan dan telah dileraikan oleh orang ramai yang berada di lokasi. Kejadian berlaku dalam masa 5 minit. Mangsa telah dibawa ke hospital dungun untuk rawatan.

Keadaan sekarang kedua-dua penyokong masih lagi berkumpul yang mana umno50 orang dan pas 100 orang. Pihak polis masih lagi sedang berkawal di lokasi.

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>

Posted: 14 Apr 2013 06:06 AM PDT



Menurut laporan,  petugas tersebut diserang oleh sekumpulan pemuda lelaki dari parti 'musuh' yang bersenjatakan parang, ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti.

Sehubungan itu, PAS menyifatkan insiden tersebut sebagai  'satu lagi  produk 1Malaysia' sebagai tanda-tanda awal kerja-kerja jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam cubaan mencipta 'huru hara' dalam pilihanraya umum ke-13 (PRU-13).

Menurut, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Haniafiah Mat, perkara tersebut telah diwar-warkan oleh pemimpin Umno-BN baru-baru ini.

"Ini satu lagi  produk 1Malaysia sebagai tanda kerja jahat Umno-BN menggunakan samseng-samseng dan pengganas-pengganas untuk menghuru-harakan pilihanraya umum ke-13 ini yang menjadi ibu kepada pilihanraya, 

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/tetak2.jpg"sepertimana yang diwar-warkan oleh pimpinan Umno-BN,"ujarnya ketika ditemui, selepas menziarahi mangsa, Asri bin Hasssan di rumahnya di Felda Neram dekat sini, pada hari ini Ahad, 14 April.

Justeru, Haji Hanafiah yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman mencabar mana-mana pemimpin Umno-BN untuk berdebat secara ilmiah berhubung siapakah pencetus huru-hara sebenarnya dalam kempen menjelang PRU-13.

Semalam, Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.

Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.

"Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/tetak1.jpgBerikutan itu, sepasang adik beradik merupakan antara empat suspek utama yang sedang diburu setelah dipercayai terbabit dalam kes tetak berhubung pemasangan bendera parti di Kemaman pada Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata kepada pihak media hari ini, pihaknya telah mengenal pasti keempat-empat mereka yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an yang merupakan penduduk tempatan.

"Kita juga masih mengesan seorang lagi individu yang juga dipercayai penduduk tempatan," katanya dipetik Bernama.

Menurutnya, pasangan adik beradik itu pernah ditahan dan didakwa Rabu lalu kerana mencetuskan pergaduhan dan pertengkaran dengan membuat
bising di markas parti politik.

13 di kerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


Mencari rumah sewa <b>di Kerteh</b> | Rumah Sewa

Posted: 03 Apr 2013 09:58 AM PDT

Publish date: April 3, 2013 5:09 pm
Contact Name: Razin
Region: Terengganu
Location: Kerteh
Phone: 0132974786
Tags:

kami ingin mencari rumah sewa yang berdekatan dgn Petronas penapisan kerteh @ berhampiran dengan tmpt tersebut..
harga boleh dirunding

Share: Twitter | Facebook | Email

Report bad use or Spam

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: MB hadapi satu lawan satu dengan Pas <b>di Kijal</b>

Posted: 20 Apr 2013 12:34 AM PDT

Oleh: Kamarudin Mat Akib Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, akan menghadapi tentangan satu lawan satu dengan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi DUN berkenaan di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), pada jam 9.03 pagi manakala calon Pas, Hazri Jusoh berbuat demikian jam 9.15 pagi.

Kerusi DUN Kemasik pula menyaksikan calon BN, Ir Rosli Othman yang merupakan penyandang menghadapi tentangan tiga penjuru melibatkan calon Pas (Che Alias Abdul Hamid) dan Bebas (Zulkiflee Salleh).

Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (dari kiri) Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, Datuk Wan Mohd Nizam Wan Abdul Hamid, Rosli Othman, Datuk Seri Ahmad Shabey Cheek, Datuk Seri Ahmad Said, Kamarudin Chik, Hazri Jusoh, Che Alias Hamid, Hanafiah Mat, Razak Ibrahim dan Zulkiflee Salleh bergambar selepas proses penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman di sini, pagi ini.


Bagi kerusi DUN Cukai, Setiausaha Politik Menteri Besar, Dato' Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid yang merupakan calon BN akan ditentang oleh Hanafiah Mat (Pas) manakala DUN Air Putih, penyandang yang juga calon BN, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar akan ditentang oleh Abdul Razak Ibrahim (Pas).

Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang juga calon BN dan penyandang kerusi Parlimen Kemaman akan ditentang oleh calon Pas, Kamarudin Chik.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kemaman, Haji Mohd Kamil Othman, mengumumkan kesemua nama calon yang akan bertanding pada PRU13 bagi parlimen berkenaan jam 9.20 pagi.

Terdahulu, Menteri Besar yang berbaju Melayu biru mengetuai perararakan lebih 5,000 penyokong BN dari pejabat Umno Bahagian Kemaman ke pejabat MPK, seawal jam 8.30 pagi.


Isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Norliza Mahmud dan bekas Adun Cukai, Dato' Mohamed Awang Tera dan pemimpin Umno serta parti komponen BN turut menyertai perarakan itu.

13 di kuala besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


Kerajaan akan bina rumah untuk mangsa ombak <b>di Kuala Besut</b>

Posted: 16 Dec 2012 08:46 PM PST


DR A Rahman Mokhtar melawat kawasan penempatan penghuni PPRT  dipulkul ombak besar kelmarin

Oleh: Mohammad Ishak 

Masalah kebimbangan penghuni di penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pengkalan Atap,Kuala Besut,dijangka dapat diselesaikan apabila kerajaan negeri membina rumah kediaman untuk mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri,YB Dr A Rahman Mokhtar berkata, projek perumahan berharga RM10 juta di Kampung Lay Out Tok Saboh dalam DUN Kuala Besut itu kini dalalam proses tawaran harga kepada kontraktor.

Katanya, pembinaan rumah kediaman itu bagi menempatkan 46 keluarga di PPRT terbabit yang hidup dalam ketakutan kerana kawasan itu sering berlaku ombak besar terutama musim tengkujuh.

Dr A Rahman yang juga ADUN Kuala Besut berkata demikian ketika melawat kawasan penempatan PPRT terbabit yang dilanda ombak besar malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu ombak kuat memukul pantai menyebabkan banteng dan jalan di situ pecah dan rosak teruk tetapi penghuninya terselamat.

Berikutan itu, Dr A Rahman mengarahkan jabatan dan agensi terbabit segera mengambil tindakan dan membantu memulihkan keadaan di kawasan penempatan berkenaan.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut terpaksa menggunakan 10 lori untuk memunggah batu konkrik dan dijadikan banteng penghadang ombak bagi mengelak hakisan pantai terus merebak di situ.

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


PAS vs PKR : BN yakin menang <b>di Bukit Besi</b> - Rakyat Tranung

Posted: 21 Apr 2013 02:38 AM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Encik Roslee Daud , 53, menyifatkan keputusan Pakatan Rakyat (PR) mempertaruhkan dua wakil dari Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di kerusi yang sama memberi kelebihan kepada BN untuk kekal mempertahan kerusi itu.

"Pecahan undi pembangkang kepada PR boleh menyebelahi kita disebabkan wujudnya ketidaksepakatan di kalangan mereka yang mahu menampilkan wakil masing-masing.

"Jadi faktor itu memberi kelebihan kepada BN disebabkan kemungkinan penyokong mereka akan berpecah sekaligus BN akan tetap memenangi DUN Bukit Besi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini," katanya.

Beliau berkata, tindakan Pas yang mengambil keputusan saat akhir untuk tetap meletakkan calonnya sedangkan PKR lebih dahulu mengumumkan calonnya di situ, membuktikan PR dari awal lagi tidak mampu menemui kata sepakat dalam aspek meletakkan calon, apatah lagi untuk mentadbir sebuah negeri dan negara sebagaimana hasrat kepimpinan pembangkang itu.

Encik Roslee yang juga Setiausaha Umno Bahagian Dungun sejak lima tahun lalu juga yakin dengan kekuatan jentera parti termasuk sokongan akar umbi serta penyandang kerusi itu sebelum ini, Dato' Din Adam yang akan tetap bersama membantu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"BN di DUN Bukit Besi sudah memiliki kekuatan tersendiri berikutan kita mempunyai keahlian Umno yang berdaftar lebih 6,000 orang, selain kekuatan padu jentera parti. Oleh itu, kita berasa yakin mengekalkan kemenangan walaupun berdepan tiga penjuru kali ini," katanya.

Beliau yang berkecimpung dalam kancah politik lebih 30 tahun lalu akan terus memberi tumpuan kepada usaha membangunkan Bukit Besi yang juga kawasan kelahirannya itu, sebagaimana kepimpinan BN sebelum ini, selain berusaha mengatasi masalah rakyat khususnya isu perumahan dan membuka peluang pekerjaan baru.

- Teganukita

UiTM <b>BUKIT BESI</b> AKAN DIBUKA JUN INI | Disket Hitam

Posted: 25 Mar 2013 12:00 AM PDT

Pengambilan pertama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bukit Besi yang dibina dengan peruntukan RM93 juta akan dimulakan Jun ini, kata Penolong Naib Canselor UiTM Prof Dr Suhaimi Abdul Talib.

Beliau berkata buat permulaan kampus UiTM ke-36 itu akan menempatkan 600 pelajar dengan memberi tumpuan kepada program sains dan teknologi selain kejuruteraan makanikal dan kimia.

"Kampus di Bukit Besi itu apabila siap keseluruhannya akan menempatkan seramai 3,000 pelajar, namun  ketika ini kita hanya mampu menempatkan antara 500 dan 600 pelajar kerana ketiadaan kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan UiTM Kampus Bukit Besi oleh Jabatan Kerja Raya di kampus itu di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah JKR Terengganu Shafii Mohamad.

Suhaimi berkata fasa pertama kampus UiTM Bukit Besi yang mula dibina pada 2009 itu merangkumi asrama, medan selera melibatkan peruntukan  RM20 juta; fasa kedua pembinaan perpustakaan, bangunan pentadbiran dan infrastruktur melibatkan peruntukan RM45 juta; dan fasa ketiga bagi  menyediakan blok akademik, dewan kuliah dan makmal melibatkan peruntukan RM28 juta.

Katanya kerajaan Terengganu menyediakan tapak untuk UiTM kampus Bukit Besi seluas 400 hektar dan daripada jumlah itu sebanyak 60 hektar telah dibangunkan.

"Kita telah memohon daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk projek fasa kedua bagi membina asrama untuk menampung 3,000 pelajar yang  dijangka siap pada 2016 nanti," katanya.

Suhaimi berkata dengan pembukaan kampus baharu itu, UiTM kini mempunyai kira-kira 170,000 pelajar di 36 kampus UiTM di seluruh negara.

Katanya beberapa kampus baharu UiTM sedang dalam pembinaan bagi mencapai sasaran 200,000 pelajar antaranya Kampus Dengkil, Selangor,  yang mampu menampung 5,000 pelajar, Rembau (Negeri Sembilan), Raub (Pahang) dan Balik Pulau (Pulau Pinang) yang masing-masing mampu  menempatkan 3,000 pelajar.

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved