ads

Rabu, 24 April 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


teganuku: Hajat Kuswadinata Bercuti <b>Di Pulau Kapas</b> Bersama <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2013 11:42 AM PST


Percutian bersama keluarga ke Pulau Kapas, Terengganu adalah hajat terakhir Kuswadinata, namun ia tidak kesampaian apabila pelakon veteran itu meninggal dunia semalam.
 
Isteri Allahyarham, Kamariah Mohd Said, 57, berkata Kuswadinata sering menyuarakan hajatnya itu semasa beliau terlantar di hospital sejak tahun lepas.

"Beliau sering berkata ingin ke sana selepas pulih daripada penyakitnya, namun hajatnya tidak kesampaian," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya malam semalam.

Kamariah berkata Allahyarham tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun kerap menasihati beliau agar tidak meninggalkan solat serta menjaga anak-anak.

Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang pada 5.07 petang susulan beberapa penyakit yang dihadapi termasuk kanser usus dan buah pinggang.

Antara rakan artis yang menziarahi jenazah ialah Rosyam Nor, Aznah Hamid dan Aziz Singah.

Allahyarham, yang meninggalkan dua isteri, sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit, akan dikebumikan semalam.

 Dilahirkan di Singapura, Kuswadinata memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris.

Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved