ads

Rabu, 24 April 2013

13 di batu rakit - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2013 03:47 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Older Post - teganuku

Posted: 01 Apr 2013 10:19 PM PDT


Polis memburu seorang lelaki yang bertindak agresif merempuh kereta peronda ketika anggota polis terbabit menjalankan Ops Lejang dan kegiatan mencuri motor di Kampung Batu Rakit, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan berkata, dalam kejadian pada kira-kira 3.50 pagi itu, kenderaan polis yang sedang meronda di sekitar kawasan berkenaan berjaya mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekorinya.

Beliau berkata, kereta itu berhenti di sebuah chalet di tepi pantai sebelum seorang lelaki dan seorang wanita keluar menuju ke rumah penginapan berkenaan.

"Curiga dengan tindak-tanduk pasangan itu, pihak polis menghampiri kereta berkenaan dan memperkenalkan diri sebelum pemandu kereta berkenaan mengundurkan kenderaan dan merempuh kereta polis.

"Akibat rempuhan itu, kereta pasukan polis kemek di bahagian kiri penumpang sebelum lelaki itu bertindak memecut kereta dan melanggar pintu hadapan chalet tersebut," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.

Manoharan berkata suspek kemudian terus melarikan diri menghala Kuala Terengganu dan pihaknya menghubungi balai berhampiran meminta bantuan untuk mengesan suspek.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam chalet itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 21 tahun yang berasal dari Kelantan bagi membantu siasatan.

"Kita percaya suspek yang berusia 20-an itu melarikan diri kerana terlibat dalam kes jenayah dan pengedaran dadah, ini kerana dua rakan suspek itu positif dadah jenis Methamphetamine," katanya.

Manoharan berkata setakat ini, pihaknya memperoleh maklumat lanjut berhubung suspek dan masih mengesan lelaki itu untuk tangkapan.

 Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau individu yang mencurigakan menghubungi balai polis berdekatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved