ads

Rabu, 5 Februari 2014

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


Melawat Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu <b>Rantau Abang</b> <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2014 08:53 AM PST

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah melawat Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang?
Sop pernah melawat Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini tetapi semasa rombongan sekolah semasa sekolah rendah iaitu 25 tahun yang lepas :)

Kami selalu melalui Rantau Abang ini tetapi tidak pernah singgah untuk melawat Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang. Baru-baru ini, ketika perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, kami telah singgah minum di restoran berhampiran dengan Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini.


Setelah minum pagi, kami sekeluarga terus singgah di Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini. Pengalaman berharga buat anak-anak melihat penyu dan mendapat maklumat berkaitan dengan penyu. Azfar dan Azwar agak teruja dengan lawatan ini.
Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang tidaklah besar tetapi cukup untuk memamparkan maklumat mengenai penyu. Di dalam Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ada diletakkan beberapa ekor penyu untuk tatapan pelawat. Jika dulu (semasa lawatan sekolah), memang ada kolam yang menempatkan penyu yang besar di dalam Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini. Sekarang ini, hanya anak penyu dengan kolam kecil sahaja di dalam Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini. Namun begitu, sekurang-kurangnya Azfar dan Azwar boleh melihat lebih dekat penyu hidup.
Selain itu, Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang menyediakan pelbagai maklumat tentang penyu seperti sejarah, aktiviti, laporan media dan sebagainya terutama berkaitan penyu di Rantau Abang.
Di luar bangunan Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini, terdapat 2 kolam yang mengandungi beberapa ekor Tuntung Laut.

Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ini dibuka pada hari Ahad hingga Khamis dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pada hari Khamis, Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang dibuka separuh hari sahaja iaitu sehingga jam 3.30 petang. Cuti am dan cuti umum Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang akan ditutup. Bayaran masuk ke Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang ialah PERCUMA.

Bagi yang melancong ke Terengganu, pastikan singgah untuk mendapat maklumat berkaitan dengan penyu terutama di Rantau Abang.

Galeri gambar:











13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


XPLORASI: X-PLORASI <b>PULAU REDANG</b>

Posted: 28 Jan 2014 06:32 PM PST

X-plorasi Pulau Redang Ini merupakan program kerjasama di antara RTM dan Taman-Taman Laut di bawah Kementerian Sumber Asli. X-plorasi ke sana bagi melihat dan menyokong usaha kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan (konservasi) yang dilakukan oleh Taman-Taman Laut. Selain itu, satu yang tidak diketahui ramai tentang kewujudan Reef Rangers yang dilakukan hasil kerjasama Taman Laut, Pengusaha Resort dan Orang tempatan. Reef Rangers ini adalah mata dan kepala kepada pihak penguassa dalam menjaga alam semulajadi di daratan mahupun di lautan Pulau Redang...seseuatu yang harus dijadikan contoh kepada semua. Macam biasa Azura Zainal hos X-plorasi telah menjelajah Pulau Redang.

X-plorasi Pulau Redang 2


Jadi ingat tag line X-plorasi : "Kita Tidak Mewarisi Alam Ini Dari Nenek Moyang Kita, Tetapi Kita Meminjamnya Dari Generasi Yang Akan Datang".

Layannnnn...

Tajaan daripada :




13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Review <b>Pulau Perhentian</b> | :.Suka Duka Hidup Saye.:

Posted: 24 Jan 2014 03:29 AM PST

Hari ni, pza terasa rajin pulak nak update blog tentang percutian ke pulau yang ketiga di Terengganu iaitu Pulau Perhentian. Untuk pengetahuan korang, Terengganu sebenarnya mempunyai banyak pualu-pulau menarik yang sesuai menjadi kunjungan pelancong sama ada bekeluarga atau bersama kawan-kawan.
Pza bg citer sikit la lokasi Pulau Perhentian ni, Jeti pulau terletak di Kuala Besut di mana jarak dari Kuala Terengganu mengambil masa dalam 40 minit hingga 1 jam pemanduan. Kalau korang datang naik bas, lebih eloklah untuk turun di Besut. Tetapi, ada juga agensi perlancongan yang menyediakan khidmat bas atau van yang akan mengambil anda dari Kuala Terengganu untuk ke jeti Kuala Besut.
Berdasarkan review daripada rakan-rakan terdekat,dan pengalaman sebelum-sebelum ni, pza memilih untuk menggunakan khidmat pakej. Bagi percutian yang sebelum-sebelum ni, pza guna pakej terus daripada resort. Sebaliknya,kali ni pza gunakan khidmat agensi perlancongan Perhentian Setia. Korang boleh tengok fb dia kat sini. Perhentian Setia
Ahaaa, korang tawu tak, benda pertama yang pza tanya bila survey2 ni yang pertama, sudah semestinya harga lah kan.....berapa harga untuk pakej yang mereka tawarkan. Perkara kedua pulak, "ADA CAMERA UNDERWATER TAK?" hihihi... maklumlah, masa kat Pulau Kapas hari tu,tak de punnn..yelaa, teringin jugak ulang kenagan kat Redang dulu2.. jawapannya positif.. "ADA" Hah!! memang la terus book jawabnye kan...hahahaha!! Masa ni dah terbayang2 nak ambil gambar dengan ikan-ikan nemo tuhh...weee~~
Kami ambil pakej 2h1m je,sebab Terengganu cuti jumaat dan sabtu, kalau masa pergi Redang dulu memang la ambil pakej 3h2m,tapi kena ponteng kelas sehari,serik lah ponteng2,susah wehhh... Ok, harga pakej untuk 2h1m adalah RM 200 SEORANG termasuk harga tambang bot, satu malam penginapan, 3 kali makan, 3-4 snorkling point. Harga tertakluk pada perubahan semasa ye, harga weekend adalah lebih mahal dari harga hari biasa. Kalau cuti sekolah pulak, harga lain. Baik korang telefon dulu dan tanya betul2 apa perkhidmatan yang akan dia bagi berdasarkan bajet masing-masing.
Oklah, jom tengok gambar-gambar sepanjang perjalanan kami..

Sampai di jeti, jam 8.30 pagi, bot akan bergerak jam 9.00 pagi, lepas buat full payment,kami terus bergerak ke jeti dan naik bot. Oh ya, terlupa pulak, korang juga akan dikenakan cas RM5.00 sebagai bayaran untuk melawat Taman Laut. Pulau Perhentian kan merupakan salah satu Taman Laut di dunia...
Berdasarkan pemerhatian pza, kebanyakkan bot-bot untuk ke Pulau Perhentian ni biasanya bot laju biasa je, berbeza dengan bot untuk ke Redang dan Kapas. Ada tu memang la,tapi mungkin untuk pakej yang mahal sikit kot. Perjalanan ke Pulau Perhentian mengambil masa dalam 25-35 minit bergantung kepada keadaan laut.
Dah sampai punnnn Perhentiannn, memandangkan bajet kurang, kami bermalam di Perhentian Besar, murah sikit, untuk mereka yang sukakan ketenangan, boleh la stay sini. Bagi mereka yang sukakan night life, dan ada bajet lebih, boleh stay Perhentian Kecil. kat sana malam-malam ada macam-macam aktiviti. Kami tinggal dekat Flora Bay Resort. Untuk keterangan lanjut, korang boleh tengok website ni.. Flora Bay Resort

Kami check in lebih kurang jam 11.00, dan sesi snorkling bermula selepas Zohor, wahhh,tengah hari tegak tu kannn...jadi, jangan lupa pakai la sunblock ye... Stail makan, macam biasa buffet dan bleh makan sebanyak mana yang anda mahu, tapi nanti kalau dah kenyang,macam mana nak snorkling kan..hihi..
Ok semua, dah sedia!! hahahaha! memandangkan pemandu bot tu sporting, boleh la posing-posing kejap amek gambar....


Sebenarnya, tak boleh pegang penyu tu, tapi sebab chomell sangat, habis badan penyu tu semua pza pegang, berat taw penyu ni sebenarnya, budak yang kat sebelah tu sangat la terer, dia boleh terjun dan panggil penyu tu untuk datang dekat kami,dan berenang seiring je, masa ni rasa macam jadik ikan duyung pulak~~~
Hah! lupa pulak gambar underwater kan, camera tu guide yang pegang dan dia akan snap gambar kita,bila balik nanti, kita akan dibekalkan dengan cd yang ada gambar2 tu..

Seronok kan??  memang sangat seronok!! dapat merasa sendiri ikan berenang2 dengan kita, dapat tengok coral-coral yang amat cantik...menikmati keindahan ciptaan Allah... Dalam pukul 5.30, bot pun hantar kami balik ke resort, apa lagi, sambung la aktiviti berenang-renang kat tepi pantai pulak sambil jalan-jalan.


Untuk aktiviti malam, kami buat la aktiviti sendiri. Hahahahah!! Suasana malam kat sini sangat tenang,aman, damai je rasa..sejukkk! Bagi makan malam, kami tak ambil pakej bbq, sebab nanti kena masak lagi,perut pun dah lapar, jadi kami makan buffet biasa je. Bagi mereka yang nak join bbq,peralatan semua ada disediakan, maklumkan di kaunter dan mereka akan uruskan semuanya.


Sampai tertidur atas pasir taw malam tu disebabkan angin yang membuai. Sedar2 terus lari masuk bilik. hahahah! Kalau datang secara berkumpulan, malam-malam ni aktiviti bebas, jadi boleh la nak main gitar ke apa ke..tv pun ada jugak. tapi.....line  MAXIS SANGAT MENYEDIHKAN. Sila sediakan line yang lain bagi memudahkan anda untuk terus berhubung.
Hari kedua, kami hanya memenuhkan aktiviti dengan berjalan di sekeliling pulau dan menikmati keindahan ikan di dalam laut. Sambung snorkling la, apa lagi...


Perkhidmatan teksi air juga ada disediakan mengikut kadar yang telah ditetapkan. Jika korang tak ikut pakej, boleh la sewa peralatan untuk snorkling kat sini. 
Kami check out dalam pukul 12 tengah hari macam tu, sementara tunggu bot datang ambil, jom snap gambar lagi, berangan-berangan kejap ala-ala ombak rindu ke..kannnnn~~~
Setelah panjang berjela pza bercerita,habis jugak kau!! jadik, camne? nak pergi pulau tak? korang dah boleh mula tempah dari sekarang kerana pulau akan dibuka kembali seawal bulan MAC nanti. Untuk yang nak berbulan madu ke,semua ada. Sekian sahaja rewiew Pulau Perhentian daripada gadiskaca. Jumpa lagi!

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


YunAc Diariess...: <b>Pulau Kapas</b>, Kuala Terengganu

Posted: 30 Oct 2013 12:40 AM PDT

Percutian Ke Pulau Kapas, Kuala Terengganu

Kali ini kami bercuti di Pulau Kapas, Kuala Terengganu. Kami bertolak 10.30 pagi pada  25 April 2013 (Khamis).  Kami sampai Jeti P.Kapas dalam pukul 7.00 ptg. Lebih kurang 8jam atau 9jam jugak untuk sampai ke Jeti Pulau Kapas. Tujuan kami ke sana adalah untuk melakukan aktiviti candat sotong. Aktiviti candat sotong ni bukan sepanjang tahun je ada. Ianya ikut musim jugak dan di lakukan pada waktu malam kerana sotong suka pada cahaya. Masa kami pergi memang tepat sangat pada musim sotong tengah banyak. Sebelum jauh saya cerita tentang Pulau Kapas, lebih baik saya tunjuk budget kami ke sana.
Budget Pulau Kapas (pergi & balik)( 7 orang)
1. Petrol( Kereta Proton Saga FLX 1.3)              =    RM 150
    Petrol( Kereta Perodua Myvi 1.3)                   =    RM 150
 
2. Tol   ( Kereta Proton Saga FLX 1.3)               =    RM 100
    Tol  ( Kereta Perodua Myvi 1.3)                     =    RM 100
3. Pakej Dengan Makcik Gemuk
    - Aktiviti candat sotong(utk 7 org) dan              
       transfer bot laju pergi & balik daripada
       Pulau Kapas - Jeti - Pulau Kapas                  =  RM 650
 
    - 2 bilik chalet aircond tanpa breakfast
        (3 hari 2 malam)
        (makcik gemuk resort)
        (RM 90 satu malam)                                  =   RM 360
 
4. Snorkeling (RM 25 * 7)                                 =   RM 175
 
5. Makan (RM50 seorang)                                 =   RM 350

                                                       JUMLAH    =   RM 2,035.00

Kami sampai di Jeti Pulau Kapas dalam pukul 7.00 petang dan kami memilih untuk terus pergi candat sotong.

Kami check in ke makcik gemuk resort dalam pukul 2.00 pagi setelah penat mencandat sotong. Petua sebelum mencandat sotong. Sila sediakan ubat pil mabuk laut kerana di tengah laut confirm mabuk lauk tak kira la terror ke tak pasti pening kepala.
 Betapa clearnya air laut sehingga boleh di lihat dengan mata kasar walaupun tidak memakai google. Tetapi kalau pergi ke Pulau Kapas pastikan bawa makanan sendiri kerana makanan di sini sangat mahal. Tambahan suasana di malam hari di Pulau Kapas memang sunyi. So agak bosan la kalau datang berdua. Kalau yang nk honeymoon tu ok la.

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


Sotong Celup Tepung <b>Di</b> Warung Pok Nong <b>Batu Rakit</b> | yusmanorain

Posted: 16 Jan 2014 03:37 AM PST

Laman Ping.Busuk dibangunkan dan diaturcara oleh pengaturcara kami tersendiri. Sebarang kesulitan, diharap anda dapat menghubungi kami melalui email busuk.org[at]gmail ataupun melalui laman fb kami.

Online user : 967
Widget Aktif : 3,456
Banner Aktif : 4,814

Domain Dibenarkan: 8,270
Jumlah Artikel : 518,806

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


KEMALANGAN NGERI <b>DI</b> JERANGAU <b>JABOR</b> | MERADONG TODAY

Posted: 07 Dec 2013 09:39 PM PST

Gambar gambar ini dihantar oleh seorang rakan yang mengatakan kejadian ini berlaku di jalan Jerangau Jabor dimana sebuah kenderaan merempuh gerai kerana mengelak sebuah kenderaan lain membuatpusinngan U. Kemalangan ini berlaku pada hari jumaat lepas dan dari apa yang kita lihat, ada ramai pemandu yang terlalu cuai hingga mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa orang yang tidak berdosa.

13 di kerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


Kemalangan maut kereta jatuh jambatan <b>di Kerteh</b> ( 8 Gambar <b>...</b>

Posted: 26 Nov 2013 11:22 PM PST

Satu kemalangan berlaku melibatkan kereta jatuh di jambatan Sungai Kerteh. Operasi mengangkat sedang berjalan. KIA FORTE WVM 7119 pemandu seorang lelaki bernama Mohd Yazid 27 tahun dari Kepala Batas telah meninggal dunia. Al-fatihah.

Kemalangan kereta terbabas dan terhumbang dlm sungai kerteh.

Waktu kemalangan sekitar jam 0600 petang

Status mangsa : meninggal

Status terkini sehingga jam 0835 malam...kereta telah berjaya dikeluarkan dari Sungai Kerteh






Sumber : 2ndchan.blogspot.com

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kijal</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jan 2014 03:29 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kijal</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jan 2014 03:29 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kijal</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2014 03:44 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kijal</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Dec 2013 03:08 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kijal</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Dec 2013 03:12 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Dia buat dah: Remaja dikhuatiri lemas <b>di</b> Padang Kubu, <b>Kijal</b>

Posted: 02 Dec 2013 07:32 PM PST

Remaja dikhuatiri lemas di Padang Kubu, KijalKampung Gong Limau di Chukai turut ditenggalami air.
KEMAMAN – Bencana banjir yang melanda Kemaman turut menyebabkan seorang remaja berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika pulang dari memukat ikan dalam kejadian di Kampung Banggol, Ladang Pelatoh,Padang Kubu, Kijal, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa, Mohd Asraf Mohd Nor bersama ayahnya dan seorang lagi ahli keluarga mereka pergi menjala dengan menaiki bot.

Namun ketika dalam perjalanan pulang, tiba-tiba bot mereka terbalik dan ketiga-tiga mereka jatuh ke dalam air banjir menyebabkan mangsa dihanyutkan arus deras.

Bapa mangsa yang panik melihat kejadian cuba menyelamatkan anaknya tetapi gagal, dan hanya sempat menyelamatkan adik perempuan mangsa yang berusia 8 tahun.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Cheneh Abdullah Embong berkata, operasi mencari dilakukan dengan bantuan penduduk dan pihak polis.

Bagaimanapun, sehingga jam 10 malam tadi mangsa masih belum dijumpai.

Sementara itu, sehingga jam 9 malam tadi, sebanyak lapan buah pusat pemindahan dibuka di daerah Kemaman bagi menempatkan 171 mangsa banjir di daerah itu. susulan hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu.

Beberapa kawasan terjejas teruk termasuk Kampung Teluk Kalong yang menjadi kampung paling awal berpindah ke pusat pemindahan.

Turut terjejas kawasan bandar Chukai dekat Kompeks Centre Point Kemaman yang turut digenangi air selain beberapa kawasan rendah lain di seluruh daerah ini juga ditenggelami air.

Mangsa dari Kampung Teluk Kalong, Norihan Mohamad, 49, berkata, air yang naik mendadak ke dalam rumah menyebabkan anak bongsunya, Muhammad Halif Izhan Mazlan, 10, yang berkhatan pada 16 November lalu terpaksa mengharung air ke pusat pemindahan walaupun luka masih belum sembuh.

"Selepas air mulai masuk ke dalam rumah, kami mulai berpindah tetapi jiran tetangga yang rumah mereka pada kedudukan rendah lebih awal berpindah jam 2 petang.

"Air yang naik bukanlah air dari limpahan sungai tetapi limpahan air dari Bukit Kuari yang terletak berdekatan kawasan perumahan kami ekoran hujan lebat sejak jam 8.30 pagi lagi," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong, Kijal, malam tadi.

Sehingga jam 9 malam, seramai 46 mangsa dari 20 keluarga di sekitar Teluk Kalong berpindah ke pusat pemindahan.

Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu turut memaklumkan Bilik Gerakan Daerah Kemaman di Pejabat Daerah Kemaman telah dibuka jam 10.38 pagi semalam.

2611 belia <b>di</b> Dun <b>Kijal</b> terima wang Dana Bakti Remaja

Posted: 02 Jan 2014 02:53 AM PST

Oleh: Noraini Jusoh

Lebih 2,000 belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal hari ini menerima manfaat daripada Program Dana Bakti Remaja yang diberi oleh kerajaan Terengganu kepada golongan bujang berusia 21 hingga 40 tahun.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, pemberian wang tunai sebanyak RM200 itu merupakan nikmat yang dikecapi golongan muda di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kalau kita bersyukur dengan nikmat yang Tuhan bagi, maka nikmat tersebut akan bertambah. "Dengan adanya kerajaan BN, anak-anak muda mendapat pelbagai nikmat seperti dana remaja ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Dana Bakti Remaja 2013 di Dewan Sivik Kijal, Kemaman, hari ini.

Beliau turut berharap penerima bantuan itu memanfaatkan sebaik-baiknya sumbangan berkenaan.

Sementara itu, sebanyak 2,611 belia dari 25 buah kampung menerima wang berkenaan di mana majlis penyerahan wang Dana Bakti Remaja bagi Dun Kijal diadakan selama dua hari bermula hari ini.


program maju diri tingkatan 2, 3 dan 5 smk <b>kijal</b> 2014

Posted: 30 Jan 2014 05:56 AM PST

Program Maju Diri adalah satu aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang pengurusan masa yang betul sebagai seorang pelajar di sekolah menengah.
Aktiviti lain ialah memberi tumpuan terhadap kemahiran belajar iaitu kemahiran membaca dan kemahiran mencatat nota. Ramai pelajar tidak tahu cara membaca yang betul dan juga bagaimana mengetahui isi penting untuk mencatat nota.
Program ini dapat memberi pendedahan tentang kemahiran belajar terutamanya yang akan diadakan dari semasa ke semasa seperti kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran menghadapi peperiksaan dan lain-lain lagi.
Program Maju Diri Tingkatan 3 telah berlangsung pada 13 Januari dan Tingkatan 2 pula telah diadakan pada  21 Januari. Pada 27 Februari pula, Program Maju Diri Tingkatan 5 telah dijalankan di Surau Asrama SMK Kijal di mana En. Mohd. Hafizan b. Hussain (Pembantu Promosi TesDEC) dari kolej TesDEC telah dijemput untuk memberi ceramah serta tips kerjaya kepada semua pelajar Tingkatan 5.

Semasa program berlangsung, ramai pelajar SMK Kijal tampil ke hadapan untuk bercakap melontarkan idea dan berkongsi pengalaman. SYABAS! Nampaknya semakin ramai pelajar sudah mempunyai keyakinan diri, keberanian dan kemahiran pengucapan umum, hasil aktiviti program ini yang sememangnya memajukan diri pelajar selangkah ke hadapan.

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved