ads

Khamis, 22 Ogos 2013

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Raya Ketiga <b>di Marang</b> & Manir, Terengganu - Lya Colours

Posted: 19 Aug 2013 06:46 PM PDT

Sambung entry beraya kat kampung hari tu
Masa raya ketiga, yang paginya pergi nikah cousin kat Marang tu, ni petangnya pergi beraya. Beraya rumah cu, adik mama dekat Rhu Rendang, Marang
Ingat lagi last year beraya rumah cu, aku tak dapat makan sebab sakit perut,akibat minum ayaq gas. So masa sampai tu, tahan bau je. wuhuhuhuhu
Tapi balik kali ni, harus makan ! woih tak tahan cu dah la pandai masak
tuan dan puan besar tak kasi can duduk kat meja makan terus
cu masak kari ayam kampung, sayur goreng, ikan kerisi kot goreng, dengan ayam kampung goreng. cu kata ayam kampung tu ayam dara. woih sedap max !
mak lang, nonot, mak andak and adik bongshu
Then malamnya, lepas Maghrib tu, gerak pergi Manir, rumah cik enom, mama punya sepupu

woih tembun kau dah kenapa??

masa on the way nak p Manir, lalu depan Desa Murni ni. Baru bukak ke apa ni. Sebab tak pernah nampak pun. Ekeleh ko balik setahun sekali mana nak nampaknya. kahhhhhhhhhh. Esoknya singgah Desa Murni haha. Nanti aku up entry jugak



adik bujang and handphone cannot be separated

kuih raya sedap-sedap. pastu ada blueberry muffin. licin hoih. naga btol hahaha
baba dan cik ali. ni kalau dah sembang, apa pon tak bleh. tak habis sembang politik letteww

kat rumah sepupu mama, dia jamu nasi kuning, gulai ikan aye sedap sangat, kari ayam, rendang daging, karipap panas-panas
apehal adik aku dah macam aserehe dapat makan tu
mak aih selambak minah ni kat hujung meja

ni adalah ketupat palas yang di goreng. sedap max ! tak berminyak langsung. elok je garing. nyam !!

grup menyembang. baba, mama, cik enom dan cik ali. yang anak2 dan lain2 grup makan hahaha

adik aku ni datangkan la perangai pelik tu kang. behave ok rumah orang ni

yang behave sket dok main henponnnn manjang

amik gambar kenangan. jumpa pun setahun sekali harus la ada kenangan kan

to be cont. dengan lain-lain entry


lets klik !!

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 06 Aug 2013 12:00 AM PDT

Pusat Sumber SK Felda Jerangau Barat , Hulu Terengganu telah tercalon ke peringkat kebangsaan Pertandingan Pusat Sumber. Penilaian PSS Peringkat Kebangsaan telah dilakukan pada hari semalam 19 Jun 2013 oleh dua orang Hakim yang begitu berpengalaman dan berwibawa  iaitu En Zakaria Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi b Mohamad ( Peg Perpustakan IPG Kampus Kota Bharu )

Alhamdulilah, semua urusan penghakiman telah berjalan lancar dan dipermudahkan segala olehNya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua panel hakim En Zakaria bin Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi B Mohamad ( Peg Perpustakaan IPG KKB ) di atas penilaian yang dibuat dengan penuh komitmen dan benar-benar ikhlas dalam menilai dan memberi kata nasihat serta secara tidak langsung mengajar banyak perkara khususnya berkaitan menjadikan PSS sebagai yang terbaik.

Semua pihak memberi kerjasama yang jitu sepanjang penghakiman berjalan samada di pihak panel dan juga guru, pekerja serta murid-murid skfjb. Semuanya memberi sumbangan yang amat bermakna dan membantu dalam memastikan PSS muncul sebagai juara bak kata Tuan Guru Besar " Kita berhasrat dan mempunyai impian yang tinggi untuk membawa balik gelaran JUARA PSS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN INI DI BUMI FELDA JERANGAU BARAT ".InsyaAllah ia akan menjadi kenyataan.

Usaha telah dibuat dengan penuh semangat dan kesungguhan telah dijelmakan oleh semua pihak termasuk JPN, BTPN, PPD, PKG, GPM, PIBG, NGO,  Warga Masyarakat, Guru-guru, Pekerja, dan tidak ketinggalan murid-murid yang tidak kurang sumbangannya dalam memikat hati para hakim.

Sememangnya para hakim memuji dan mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan dan GPM khususnya kerana berjaya menghasilkan PSS yang berjaya dan berkualiti. Segala aspek penilaian yang dikehendaki dapat dibuktikan hampir 100%. Mereka akui sukar mencari kelemahan dan hampir semua mendapat markah penuh dalam aspek-aspek yang di nilai.

Selain dari itu kekuatan yang kita ada adalah konsep warna warni yang ditonjolkan memukau dan memberi aura yang tersendiri kepada panel hakim dengan menyatakan pertama kali masuk ke pintu pagar sekolah aura itu telah dirasai dan apabila menuju jauh kedalam kawasan sekolah aura itu semakin menebal dan telah seolah-olah memahat kuatdiri  mereka sehinggakan terasa amat sukar untuk meninggalkan sekolah ini.

Tahniah, dan terima kasih sekali lagi. Kita tunggu keputusan dengan penuh harapan dan segala keputusan yang bakal diumumkan kita terima dengan redha dan berserah kepadaNya.


Kepada Semua yang terlibat dalam mendorong kejayaan ini daripada JPNT. BTPNT, PPD, PKG Hulu, GPM Daerah Hulu, Pengurus Felda. Pengurus Kilang, PIBG, Masyarakat Setempat, Guru-guru dan semua warga SKFJB  kami mengucapkan jutaan terima kasih atas dorongan anda semua.

majlis perkahwinan myra dan afif <b>di jerangau</b> - honey soft ice cream

Posted: 13 Feb 2013 05:33 AM PST

 ketibaan Honey Soft Ice Cream di majlis perkahwinan Myra dan Afif di Jerangau
adik dan kakak makan ice cream.

chocolate fountain untuk tetamu. 


pengantin ketika makan beradab
masa mendera pengantin. kita suruh pengantin pam ice cream.
pandai pengantin lelaki pam ice cream. cayalah
lain dari yang lain. pangantin ni pose dalam lori kami. tempat lain tak dapat dik oiiiii.
untung tetamu ni dapat ice cream yang di pam khas oleh pengantin.
kesian pengantin tak pasal-pasal kena pam ice cream.
memang best pengantin ni. tengah panas pun sanggup kena dera. kalau kamilah. memang tak sanggup. thank you pengantin.
memang best anda berdua ni.
ha...ni pulak x-staff kami. rindu juga dengan dia. papepun tq sbb sudi datang kerja dengan kami untuk majlis ini.( lepas gian lama tak pam ice cream ke?)
hehehe.... tersalah cerita pulak. oklah terima kasih kepada pengantin kerana sudi menempah ice cream kami untuk meraikan tetamu anda berdua. diharap servis kami memuaskan. 

buat xstaff,  doa kami semoga kamu dimurahkan rezeki, bahagia bersama family n jangan lupa kami disini. rasa-rasa rindu nak pam ice cream. carilah kami. huhhuhuhu.... miss u mr cool.
www.tips-fb.com

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


UMNO Online - Kemenangan <b>Di Kuala</b> Besut Cukup Signifikan <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2013 04:08 AM PDT

Kategori Timbalan Presiden UMNO

Kemenangan Di Kuala Besut Cukup Signifikan Perkukuh BN Di Terengganu

BESUT, 9 Julai  - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Tengku Zahrin Che Ku Abd Rahman, seorang jurutera awam, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan Perdana Menteri berkata Tengku Zahrin, 37, merupakan calon terbaik kerana selain anak jati Kuala Besut, pemilihan beliau mendapat sokongan anggota parti di semua peringkat.

"Bagi kita calon muda ini diterima ahli parti dan tidak ada masalah sebagai "orang pantai" kerana beliau dekat dihati rakyat," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN dan pengumuman calon di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh mengundi untuk PRK Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarikh penamaan calon.

Kekosongan DUN Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata kemenangan pada pilihan raya kecil ini cukup signifikan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan BN di Terengganu.

Beliau yang juga Pengarah PRK Kuala Besut berkata oleh itu pengundi di Kuala Besut yang bakal menjadi penentu kepada nasib BN di Terengganu perlu memastikan agenda transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut dinikmati rakyat di negeri ini.

"Kemenangan di Kuala Besut jadi penentu untuk memastikan Terengganu kekal dapat bergerak seiring dengan kerajaan di peringkat pusat dan sebab itu kedudukan BN perlu dikukuhkan lagi dan kemenangan ini cukup signifikan," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu, BN Terengganu memenangi 17 kerusi DUN manakala pembangkang meraih 15 kerusi DUN untuk BN membentuk kerajaan negeri.

Muhyiddin berkata selain untuk mencatat kemenangan, jentera pilihan raya BN perlu memastikan jumlah majoriti meningkat berbanding majoriti 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

Menurutnya kempen pada bulan Ramadan tidak akan menjadi penghalang jentera BN untuk mendekati rakyat selain menggunakan peluang tersebut untuk berkhidmat mengikut tuntutan agama Islam.

"Kita ambil ini sebagai cabaran sebab jatuh pada bulan puasa dan kita akur kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tarikh PRK," katanya.

Berita Bertarikh Pada 9 July 2013 7:08 PM

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


PANASSSS... Calon PKR DUN <b>Bukit Besi</b> PRU13 <b>...</b> - gerakan timur

Posted: 22 Jul 2013 01:37 AM PDT

Ekoran telah terlalu lama menahan sabar dan memendam rasa, calon PKR, bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, 27 ketika pilihanraya umum yang lalu, tampil membuat kenyataan bagi menyelar Presiden Pas, Haji Abdul Hadi Awang. Ia ekoran dari kenyataan bekas menteri besar Terengganu itu ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat, Marang yang mengatakan "ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis'.
Semasa kempen PRU-13 yang lalu, Presiden Pas itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah mengatakan dia mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja 'haram' iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.
Dia turut menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang. Ia bagi menjelaskan isu kenapa Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan sesama sendiri.
Menurut Shamsul disebabkan kenyataan itu juga, dia sering diejek dan diaibkan oleh masyarakat di kampungnya. Malah nama baiknya dan keluarga turut terjejas, mengalami masalah kemurungan di samping menjejaskan perniagaannya. Beliau yang tidak dapat menahan sebak, terpaksa berhenti beberapa kali ketika membacakan kenyataannya.
"Disebabkan kenyataan tersebut, ia telah menjatuhkan maruah saya, malah masyarakat (di kampung) mengangap saya adalah pengedar pil kuda. Tuduhan tersebut sangat berat…. (terpaksa berhenti seketika kerana sebak) dan serius.
"Saya perlu membersihkan nama nama baik saya dari angkara fitnah ini. Justeru itu, saya akan failkan kes fitnah ini ke mahkamah dalam waktu terdekat dan tindakan saman malu saya ini wajar diambil kerana ia adalah fitnah dan menjurus kepada usaha merendahkan reputasi saya sebagai seorang pemimpin politik" katanya ketika sidang media tergempar, pagi tadi.
Shamsul yang ditemani oleh bapanya  dan Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Negeri Terengganu, Yahya Zakaria turut menjelaskannya tindakan itu langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia semata-mata dilakukan bertujuan untuk membersihkan nama baik keluarganya.
Menurut Shamsul yang juga merupakan seorang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) selain beliau dua lagi bekas calon dari PKR Terengganu akan turut mengambil tindakan yang sama dalam masa yang terdekat.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved