ads

Sabtu, 21 April 2012

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Surau Kg Jaya: DEMO <b>DI PAKA</b>

Posted: 11 Feb 2012 11:21 PM PST








Mereka baru mengetahui pada akhir januari 2012 bahawa tanah sekolah mereka telah dirampas oleh 5 penama JKKK kampung Limbong & kg cacar. Ketua JKKK, setiusaha, naib dan ajk JKKK sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan individu mereka sendiri.
Menyedari hal itu Jawatan Kuasa Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah mereka dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat Tanah Daerah, Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu. Mereka menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana alasannya ini kerja orng politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu diserahkan kepada setiusaha MB.
Beberapa minggu berlalu tanpa respon akhirnya pihak Jawatan Kuasa menggerakkan demo bantahan secara aman agar pihak berkuasa memberi maklum balas segera. Hari ini, Ahad hampir 3 ribu orang peserta termmasuk masyrakat setempat, ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar berdemontrasi ditapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di jalan Santong, Pekan Paka bermula jam 12.30 tengahari. Mereka juga turut berarak ke Pejabat Adun Paka kerana pihak Adun & Ahli Parlimenlah yang terlibat secara langsung menandatangani kelulusan rampasan tanah tersebut.
Walaupun pejabat tersebut dibuka pada pagi tadi tetapi menyedari bahawa peserta demo berarak ke pejabat mereka lalu dengan segera pejabat tersebut ditutup. Bahkan YB Zakaria selaku Adun Paka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Resident Resort, iaitu sebuah resort yang berhampiran. Amat malang apabila beliau takut untuk berhadapan dengan peserta demo tersebut untuk menerima memorandum bantahan. Apabila peserta telah bersurai barulah pada petang ini mereka kembali berkumpul. Mungkin sedang bermesyuarat tergempar kot!
Apa yang kita dapat maklumat, tindakan ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said. Semua maklum bahawa Adun Paka dan Ahli Parlimen Dungun iaitu "Datuk" Matulidi adalah team Idris Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB. Dengan isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan orang-ramai. Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan MB sendiri.
Pihak rakyat menunggu respon pihak berkuasa khususnya Datuk Mat Said dalam memberi jawapan yang munasabah sebagai sebuah parti yang mewar-warkan sebagai Parti pembela rakyat, bangsa melayu & agama Islam. Apakah tindakan rampasan tanah Sekolah Agama ini mengambarkan tanda sebagai rakyat yang didahulukan ?
Sampai bila pihak berkuasa nak membisu???



13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Kenangan Mencandat Sotong <b>Di Pulau Kapas</b> - nornazifah&#39;s <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2005 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kenangan Mencandat Sotong Di Pulau Kapas - nornazifah's FotoPage. Photo blogging made easy - fotopages.com.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


MAJLIS BELIA DAERAH <b>HULU TERENGGANU</b>: SIDANG MEDIA <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2012 06:40 PM PDT

Kuala Lumpur 2 April 2012 - Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa golongan belia merupakan kuasa besar dalam sistem ekonomi negara dalam menjelaskan terjemahan
kementerian terhadap keberkesanan Program Himpunan Jutaan Belia 2011 yang lalu untuk golongan belia secara keseluruhannya. Beliau menjelaskan perkara berkenaan dalam menjawab pertanyaan Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh YB Batang Sadong, Puan Hajah Nancy Haji Shukri.
Jelas beliau, kajian impak ekonomi oleh pihak MITI (Ministry of International Trade and Industry) menyatakan bahawa program himpunan tersebut telah memberi kesan pengganda ekonomi sebanyak RM 110 juta melalui jumlah perbelanjaan pengunjung, sektor kerajaan, sektor swasta dan NGO sekaligus menyumbang kepada nilai ditambah ekonomi sebanyak 0.014% daripada nilai KDNK tahun 2010.
Dianggarkan seramai 1.1 juta pengunjung hadir di Putrajaya sepanjang 3 hari himpunan tersebut diadakan dengan purata perbelanjaan sebanyak RM100 seorang.
Sejurus selesai menjawab pertanyaan Dewan Rakyat, satu sidang media diadakan di lobi Dewan Rakyat bagi mempromosikan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya 2012 yang akan diadakan pada 23-27 Mei 2012. Dato' Sri Shabery Cheek menyatakan bahawa pada tahun ini, lebih 500 program dan aktiviti diadakan daripada 38 segmen.
Himpunan 5 hari ini akan melibatkan 6 KM sekitar kawasan Putrajaya, 1000 orang artis dan penghibur, 22 buah pentas dan sasaran penyertaan seramai 2 juta belia. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Borhan Dolah.
Selain itu juga, beliau berhasrat untuk menjadikan himpunan ini salah satu 10 himpunan terbesar di dunia.
Disediakan oleh : (Sekretariat HBN 2012)
http://www.hbn.gov.my/index.php/berita-hbn-2012/37-berita-hbn-2012/155-gegaran-hbn-2012-menemui-belia-di-sgwang-plaza-kl.html

MAJLIS BELIA DAERAH <b>HULU TERENGGANU</b>: Belia Hulu <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 07:53 PM PDT


BELIA SABAH CENDERUNG SERTAI SKUAD MUDA RELA
Oleh : Sempini Langiton ( Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah)

KOTA KINABALU, 26 Mac 2012 - Peningkatan golongan belia menyertai Skuad Muda Rela  di Sabah kini semakin menggalakkan dengan penambahan jumlah  kursus kepada golongan muda di negeri ini.

Timbalan Ketua  Setiausaha (Pengurusan ), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Bin Salleh berkata, "daripada jumlah keseluruhan 8776 anggota Skuad Muda Rela Malaysia, sebanyak 25 peratus atau 2275 orang adalah berasal dari negeri Sabah".

Berikutan itu, jumlah siri kursus di negeri ini ditambah daripada empat kali setahun kepada enam kali setahun sementara jumlah penyertaan anggota baru di penganjuran kali ini telah melebihi sasaran yang ditetapkan seramai 191 orang daripada 180 kuota.

"Sasaran untuk meningkatkan jumlah ahli Skuad Muda Rela di Sabah sudah berjaya dicapai dengan cemerlang, malah sasaran di peringkat nasional juga berjalan dengan baik apabila lebih 5,000 ahli skuad itu berjaya dikumpulkan pada tahun lalu,"  katanya.

Datuk Jamil berkata demikian sempena Majlis Penutupan Latihan Asas Skuad Muda Rela peringkat Negeri Sabah di Pusat Latihan Rela Sabah yang melibatkan 191 anggota terdiri daripada 140 relawan dan 51 orang relawati.

Mengulas lanjut, selain mendaftar sebagai ahli RELA dan menyumbang tenaga untuk Negara dalam aktiviti kesukarelaan dan membantu mengurangkan kadar jenayah jalanan, penglibatan Skuad Muda Rela adalah penting bagi menjaga ketenteraman awam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Hj Mohd Dahali Bin Hj  Matsin dan Timbalan Pengarah Rela Sabah, Kolonel (RELA) Najib Bin Gutak.

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


Polis Tembak Mati 2 Anggota Geng Buyung

Posted: 18 Apr 2012 01:17 AM PDT

KOTA BHARU – Dua penjenayah yang sangat dikehendaki, ditembak mati sepasukan anggota polis dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata dalam kejadian pada jam 8 malam itu, suspek, anggota "Geng Buyung" dikenali sebagai Elezulhelmie Ilias, 24, atau lebih dikenali sebagai 'Emi Lias', dari Bekelam, Bachok, dan rakannya, Ahmad Izzuddin Che Deraman, 24, atau 'Din Billion' dari Jalan Marican, di sini, mati di tempat kejadian.

"Polis membuat serbuan di sebuah bilik hotel di tingkat satu hotel bajet berkenaan selepas mendapat maklumat daripada orang awam dan apabila pintu dibuka dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis, dua lelaki Melayu terjun melalui tingkap bilik bahagian belakang hotel berkenaan.

"Polis cuba untuk menahan suspek, namun seorang daripada mereka berjaya melepaskan tembakan," katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Bagi tujuan mempertahankan diri, Jalaluddin berkata, polis membalas tembakan dan menyebabkan kedua-dua suspek mati di tempat kejadian.

"Polis juga berjaya merampas sepucuk senjata api jenis pistol semi-automatik warna 'chrome' dan sebuah kereta jenis Proton Waja warna 'silver' yang digunakan oleh suspek.

"Semakan ke atas kenderaan ini didapati dilaporkan hilang pada 27 Mac lalu di Ajil, Hulu Terengganu," katanya.
Selain itu, Jalaluddin berkata, polis turut merampas sepucuk pistol tiruan Revolver warna 'chrome' buatan China, dua bilah parang, empat keping kad bank, lima keping lesen memandu, satu kad pengenalan dan dua cukai jalan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan laporan kematian mengejut.

Siasatan juga mendapati kedua-dua suspek terbabit dengan lapan kes jenayah yang berlaku sejak awal tahun ini di mana membabitkan tiga kes di Kota Bharu, dua kes di Pasir Mas dan tiga kes di Bachok.

Jalaluddin berkata, pihaknya masih memburu saki-baki geng berkenaan yang dipercayai dianggotai kira-kira 10 orang dan dipercayai bergiat aktif dalam melakukan jenayah samun bersenjata dan bersenjata api di sekitar daerah Kota Baharu, Pasir Mas dan Bachok.

Sehubungan itu, Jalaluddin berkata pihaknya memohon orang ramai menyalurkan sebarang maklumat kepada mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPK Kelantan di talian 09-7450999. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA: GALERI

Posted: 15 Apr 2012 02:37 AM PDT

Taman Tamadun Islam (TTI) yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu merupakan satu-satunya taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia dari segi reka bentuk dan kebudayaannya.
Taman Tamadun Islam - Pulau Wan Man, Kuala Terengganu
Masjid Kristal di (Crystal mosque in) Kuala Terengganu 
Asia Barat ke Afrika (West Asia to Africa) : Replika di (Replicas at) Taman Tamadun Islam 
Taman Monumen, sebahagian daripada kompleks pembangunan besar di atas Pulau Wan Man di tengah Sungai Terengganu yang diberi nama Taman Tamadun Islam. Untuk pengetahuan, Taman Monumen yang mengandungi sejumlah replika monumen-monumen menarik Islam seluruh dunia.
Dari Russia ke Pakistan (from Russia to Pakistan) : Replika di (Replicas at) Taman Tamadun Islam 
Ke Mekah dan Madinah (To Mecca and Madinah) : Replika di (replicas at) Taman Tamadun Islam 
Turki dan Tunisia (Turkey and Tunisia) : Replika di (Replicas at) Taman Tamadun Islam
Alhambra dan seterusnya (Alhambra and so on) : Replika di (Replicas at) Taman Tamadun Islam.
Renaissance di Itali dipengaruhi oleh tamadun Islam di Sepanyol 
Jabal Qal'ah, sejarah telah menyaksikan kelahiran tamadun Islam di sini.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


W Tungsten » Blog Archive » Tuning the Electronic and Spin <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2012 04:40 AM PDT

Thumbnail image of graphical abstract

Caught by the cage: New vanadium phosphonate cages with a fluoride template inside and charge-compensating transition-metal cations outside were prepared in a simple way. The charge and ligand sphere of the cation govern its interaction with the cage and can be used to modify the magnetic and redox properties of the cage, which also depend on the anionic template (see figure).

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


alasan untuk kemalasan: kisahku <b>di kemaman</b>

Posted: 10 Apr 2012 11:47 PM PDT

housmet aku yang pertama setelah mendapat kerja menjarah kederat dengan gaji minima ini ialah seorang asasin androjinus anonimus yang tidak berkemaluan. kelangkangnya hanyalah satu permukaan rata seperti kelangkang manekin. bagaimana aku boleh tahu? entah kenapa dia memang tidak pernah berseluar ketika di rumah. 2 minggu pertama aku macam 'isk' juga, risau kalau pemandangan itu boleh membawa ke tidur dan perut. tapi lama kelamaan mimpi ngeri dan muntah hijau tak juga muncul-muncul, maka aku malas dah nak kisah. bagaimana dia kencing? entah, tidak pernah pula aku ikut dia masuk jamban.

housmet aku itu, dia terlalu kacak untuk jadi perempuan tapi terlalu lawa untuk jadi lelaki. pergerakannya ialah satu flow yang berterusan tanpa ujud sekelumit pun istilah kekok - serius macam penari balet - walaupun ketika terkena air panas mahupun terjatuh kerana tersepak bucu tangga. gesturnya seolah-olah telah diantisipet dan dikoreograf sedari lahir. aku berani jamin kalau dia diupah menamatkan riwayat kau, kau tidak akan sedar apa pun. tahu-tahu saja kau sudah disoal perihal identiti tuhan kau.

aku betul-betul harap dalam egrimen seorang asasin ada menyebut housmet tidak boleh dibunuh sebab aku yakin kalau dia mahu atau sudah dibayar oleh bekas teman lelaki teman tapi mesra aku, dengan seutas megi pun nyawa aku boleh melayang. ke aku sudah pun mati?

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


PPDC Group: Orang Melayu Islam Tidak Boleh Memerintah Secara <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2012 01:03 PM PDT

MARANG – Allah menjadikan manusia dengan pelbagai bangsa yang tidak boleh hidup secara sendiri tanpa mendapat kerjasama dari bangsa-bangsa lain kerana setiap bangsa yang dijadikanNya mempunyai kemahiran dan tugas masing-masing.

PAS mahu membetulkan fahaman salah parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) yang  berteraskan bangsa, umpamannya Umno hanya mementingkan orang Melayu sahaja dan tidak mempedulikan bangsa-bangsa lain.
Oleh itu, PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (PAS) yang membuka ruang kepada orang bukan Islam bukan Melayu untuk bersama-sama dengan PAS.
"Islam bukan sahaja satu agama, ia berbeza dengan agama lain kerana dalam Islam ada ajaran politik dan ada ajaran ekonomi,
"PAS mahu membawa politik cara Islam yang menyatakan bahawa manusia diatas dunia tidak boleh hidup satu bangsa sahaja,
"Umno ialah satu parti untuk orang Melayu sahaja, tidak peduli kepada orang-orang (Cina dan India) kalau pun peduli hanyalah sambil lewa sahaja, "ujar Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Begitu juga negara kita Malaysia, beliau berkata, tidak boleh diperintah oleh satu bangsa dan satu agama sahaja kerana ia adalah Negara yang didiami oleh pelbagai bangsa dan agama.
Kerana itu, katanya, PAS mengadakan kerjasama dalam amalan politik dengan DAP dan PKR kerana terdapat bangsa-bangsa lain dalam parti-parti tersebut, yang boleh menyelesaikan masalah pemerintahan Negara.
"Malaysia tidak boleh diperintah oleh orang Melayu sahaja kerana ada orang Cina dan orang India, orang (Cina dan India di negara ini) kena terima hakikat  bahawa majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu Islam,
"tetapi orang Melayu Islam yang memerintah mestilah mengambil kira hal-hal orang Cina dan orang India,"jelassnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parlimen Marang di Wakaf Tapai dekat sini pada Jumaat 6 April.
Sehubungan itu, Ustaz Hadi mengimbas kembali, keadilan PAS tanpa mengira bangsa dan latarbelakang ekonomi sewaktu memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.
Katanya, penghapusan cukai pintu rumah kediaman di kawasan majlis-majlis perbandaran oleh kerajaan PAS membantu golongan miskin walaupun ia memberi kelebihan kepada ramai orang-orang Cina yang tinggal dibandar-bandar.
Pada masa yang sama, menurutnya, PAS meningkatkan cukai kepada golongan kaya dengan meningkatkan cukai kawasan-kawasan industri walaupun ramai dikalangan mereka juga adalah dikalangan orang-orang Cina.
Katanya, PAS meletakkan kebersamaan dengan memberikan tanah tapak kepada semua kaum dan semua pihak tidak kira orang Melayu Cina dan India kerana ia merupakan hak kepada seluruh rakyat.
"Hak hidup kita kena sedar, tiap-tiap orang kena ada tanah untuk rumah, kena ada tanah untuk orang berniaga, kena ada tanah untuk bertanam, kena ada tanah untuk ditanam dalam kubur, 
"kena ada semua, ini hak dia, maka kita laksanakan (pemberian tanah) ini semasa kita memerintah,"katanya
Malangnya, menurut beliau, Umno dan Barisan Nasional yang mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu dengan 'penipuan' bermula tahun 2004 telah merampas kembali tanah-tanah tersebut.
Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Setiausaha Agong PAS Dato' Haji Mustafa Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali, Pengerusi DHPP Dr. Balachandran dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing dan Pengerusi MTD Pengkalan Berangan Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria.

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: 3 Maut Dalam Kemalangan Ngeri <b>Di Dungun</b>

Posted: 03 Feb 2012 12:00 AM PST

Dungun – Hajat enam sekeluarga untuk menghadiri kenduri perkahwinan saudara tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 21.5, Jalan Dungun-Bukit Besi, Kampung Paya Kemudi di sini semalam.

Gambar: ORANG RAMAI melihat keadaan kereta mangsa kemalangan yang mengorbankan tiga sekeluarga di Kampung Paya Kemudi, Dungun semalam.

Dalam kejadian pukul 11.40 pagi itu, pemandu kereta Proton Wira, Tengku Shafuddin Tengku A. Rahman, 46, dan isterinya, Salwiah Abdul Rahman, 42, maut di tempat kejadian sementara anak mereka, Tengku Muhammad Aqil Tengku Shafudin, 9, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ibu kepada Tengku Shafuddin, Tengku Nik Asiah Tengku Embong, 70, berada dalam kritikal manakala dua lagi anak pasangan itu, Tengku Amir Haziz, 10, patah paha kanan dan Tengku Nor Azira 18, cedera ringan. Kesemua mereka menerima rawatan di Hospital Dungun.

Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari arah Kampung Syukur, Pasir Raja untuk menghadiri kenduri perkahwinan di Kampung Gong Pasir. -kosmo

Tiga Beranak Maut Kereta Dinaiki Bertembung Lori Barang

DUNGUN: Tiga beranak maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung sebuah lori barang di kilometer 21.5 Jalan Dungun-Bukit Besi berdekatan Kampung Paya Kemudi di sini, Sabtu.

Kejadian itu berlaku kira-kira 11.40 pagi ketika Tengku Shafudin Tengku A Rahman bersama lima anggota keluarganya dalam perjalanan menghadiri kenduri kahwin saudara mereka.

Dalam insiden itu, Tengku Shafuddin, 46, dan isterinya, Salwiah Abdul Rahman, 42, mati di tempat kejadian manakala anak mereka Tengku Muhammad Aqil, 9, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Dungun.

Sementara itu, Ibu Tengku Shafuddin, Tengku Nik Asiah Tengku Embong, 70, yang parah di kepala dan patah kaki kanan, kini dilaporkan kritikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Dua lagi anaknya, Tengku Amir Haziz, 10, patah peha kanan dan dirawat di HSNZ manakala Tengku Nor Azira, 18, yang cedera ringan, menerima rawatan di Hospital Dungun.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu Tengku Shafuddin dari arah Bukit Besi ke Dungun dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah lori dari arah sama.

Dalam kejadian itu, sebuah kereta jenis sama yang berada di belakang lori tersebut dikatakan cuba mengelak daripada melanggar kenderaan mangsa dan ini menyebabkan ia berpusing serta terbabas ke bahu jalan, sebelum merempuh tiang elektrik.

Pemandu kereta Mohd Adli Rashid Abdullah, 36, bersama isterinya, Haslinda Mohamad, 35, serta dua anak mereka yang berusia empat dan sembilan tahun, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian, Mohd Adli yang juga kakitangan Jabatan Alam Sekitar Kuantan, berkata mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Kuala Berang.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berhubung kemalangan tersebut.

Pemandu lori terbabit, Mohamad Abdullah, 58, dari Kampung Gong Pasir, Dungun pula cedera di bahagian lutut dan dirawat sebagai pesakit luar. - BERNAMA

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


55000 PENGUNJUNG HADIR <b>DI</b> KPM <b>NEGERI TERENGGANU</b> <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2012 09:05 PM PDT

YB Dato' Seri Idris Jusoh, Pengerusi ketika lawatan tapak pameran Karnival Pendidikan MARA Peringkat Negeri Terengganu.

Siri jelajah KPM negeri pantai timur diteruskan lagi di Negeri Terengganu pada 4 hingga 5 April di Terengganu Trade Centre. Disempurnakan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Pengerusi MARA pada hari pertama karnival telah menyarankan para ibu bapa dan lepasan pelajar untuk merebut peluang melanjutkan pelajaran yang ditawarkan oleh insitusi pendidikan samada IPTA, IPTS mahupun institusi pendidikan MARA supaya dapat melahirkan golongan terpelajar dan berkemahiran di luar bandar. Sebanyak lebih 160 buah ruang pameran dengan penyertaan 150 IPTA, IPTS dan institusi pendidikan MARA dibuka. Hampir 55,000 para pengunjung mendapat manfaat daripada karnival ini. 

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved