ads

Rabu, 7 November 2012

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Manjung Mari: Anwar cabar Najib bertanding <b>di Marang</b>, sedangkan <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2012 11:34 PM PST

Kalau dari segi ketahanan mental dan perasaan, apa yang ada pada diri batang tubuh bakal Perdana Menteri Malaysia ke 7 ,  tidak aku nafikan, bagaimana beliau mampu dapat menahan dari segala macam fitnah yang tak perlu aku paparkan semula, sabar menempuhi kehidupan dalam penjara di Sungai Buluh,, semuanya itu belum tentu ada pada semua pemimpin lain.
Namun dari segi keberanian lain Anwar sebenarnya penakut...  


Anwar hanya berani mencabar Najib untuk bertanding di Marang, namun apakah ia berani menawarkan diri bertanding di Pekan sama seperti TG Haji Hadi Presiden PAS.. 


Anwar mula menceburi politik tahun 1982, waktu itu aku baru sahaja habis dari rekrut TLDM, memenangi kerusi Permatang Pauh mengalahkan calon PAS Allahyarham Zabidi Ali. 

Sepatutnya Anwar ditawarkan bertanding dalam parti PAS, tetapi kononnya ia nak mengislamkan UMNO waktu itu,, jadi masuklah UMNO,, namun apa yang ia dapat,, apa yang aku nampak dia hanya dapatnya  perangai UMNO yang masih belum boleh dibuang,, sama-sama penakut macam Najib juga... begitu juga dengan kroni dan banyak lagi samanya seperti UMNO.

Tak perlu aku nak korek kisah lama 1982 tu banyak-banyak, ,, OK Kita ambik kisah tahun 2008 selepas Anwar dibebaskan dari penjara dah boleh bertanding semula,,, ada dua kerusi PKR yang aku dengar Anwar nak bertanding iaitu Bandar Tun Razak dan Kulim Bandar Baru,,, apakah Anwar tak berani di dua kerusi tersebut dan Anwar hanya berani di kerusi Permatang Pauh., wallahhuaklam..

Jadi tak payahlah nak cabar Najib,, renungi diri sendiri dahulu,, lebih kurang juga,,, janganla terlebih sangat sembang politik,,, 

Tahniah kepada Naib Presiden PAS, YB Salehudin Ayub, yang betui-betui anak jantan,, berani balik ke negeri sendiri walaupun nak harap kemenangan masih belum tentu lagi, kerana Johor masih lagi lubuk UMNO,, 

Kesimpulannya, buat pemimpin-pemimpin kanan parti PAS atau pun juga pemimpin melayu PKR  janganlah duk nak cari kerusi yang boleh beri kemenangan sahaja,,, belum bertanding belum tentu anda akan merasa kemenangan, anda hanya boleh merancang,, pengundi akan menilai nak undi siapa namun keputusan nya Allah sahaja menentukannya,

Buktikan dahulu keiklasan anda nak jadi pemimpin, Insyaallah, kemenangan akan berada di pihak anda...yakinlah..,  , 

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


My Rainbow...: Kuantan ke Kelantan Menyulam Kasih

Posted: 07 Nov 2012 04:30 PM PST

Assalamualaikum.....

Bukan maksudnya kasih tak pernah tersulam, tapi sebagai manusia biasa, kadang2 kita lupa untuk menyiram dan membaja.

So, pada suatu weekend yang mana Adam tak dapat kami ambil kerana bersekolah, maka kami honeymoonlah 2 orang. Kita ke Kuantan dan kami decide untuk travel lagi. Pada mulanya, sekadar ke Terengganu. Sebab nak release tension sikit dan hubby nak cari port memancing.

Jumaat lepas kerja, terus gerak dari KL. Tiba di Kuantan dah tengah malam sebab hujan lebat sepanjang jalan. So, trafik sangat perlahan dan kenderaan pun banyak. Hubby dah tunggu di kedai nasi lemak di Sg Soi dan dah order siap2 untuk kita. Kita sampai di kedai, terus ngap jer. Giler menggigil tahan lapar sampai tengah malam. Bila balik rumah, dah letih. So, ingat nak rehat and gerak early morning esoknya. Tapi rasa macam buang masa. So, gerak juga malam tu. Entah macam mana, hubby boleh pula bertahan drive masa tu. Ingat nak overnite di Dungun. Call sana sini, ada yang penuh, ada yg tak angkat call. Yerlah, dah pukul 3.00 pagi pun masa tu. So, teruskan perjalanan dan hubby dah tak tahan sangat mengantuk dan akhirnya terdaya drive hingga ke Rantau Abang jer. Kita memang dah hanyutlah kan... Syukurlah masih ada chalet yang kosong tepi laut tu. Seadanya saja. Janji dapat tidur dan mandi.

Esoknya, lepas Subuh lagi kami dah usha2 pantai. Hubby try balik pancing, tapi ombak besar sangat, so tak ada ikan yang mencakup langsung pun. Last2, kami keluar cari breakfast dan terus ke KT.

Singgah di satu warung tepi masjid sebab tengok ramai yang singgah. Roti tempayan menu nyer. Kami pun berhenti nak try....

Wah, memang best lah. Terbaek.. Sarapan dengan roti tempayan cicah kuah kari. Ada Kari ayam, kari daging dan kari kambing. Menu lain pun banyak. Tapi, nantilah kita buat entry khas untuk makan2 nie yer.

Lepas breakfast, hubby menyuarakan pendapat. Dah alang2 awal, tak ada apa nak kejar, apa kata teruskan ke Kelantan. Dia nak shopping lagi di Rantau Panjang. Kalau ada peluang, dia nak menyeludupkan diri kami ke Mundok lagi. Hehehehhehe.

Lepas timbang kilo, kati, gram dan sebagainya, ok lah. Maka terus ke Rantau Panjang. Try ikut Machang dan terus ke Tanah Merah. Jalan ikut sebelah border, hingga ke Rantau Panjang. Hubby terus menghala ke port naik sampan nak ke Mundok. Syukur beroperasi seperti biasa. Bukan main ramai lagi orang sampai penuh parking. Tentera yang berkawal pun ramai juga, so rasa selamatlah sikit.

 Kena naik sampan nie. Nampak jer sungai nie luas dan menakutkan, tapi sebenarnya cetek jer. Bila musim kemarau, boleh timbul dasar sungai. Kira nak jalan kaki menyeberang pun bolehlah.  Tapi, nak meniti atas titi nie kita seram sikit. Maklumlah, kita kan 'ringan'. Buatnya patah ke, nayaaaa jer. Pelantar tu pulak terapung tu..so gayat sikitlah..
 Berlatarbelakangkan Malaysia, hehhehehe.
 Dah nak sampai Thailand. Duduk dalam sampan pun, main tenggek2 jer..
 Nampak Malaysia dari Thailand. Sawadikaapp...
Kedai2nya buruk2 macam nie jer kat situ. Cuma adalah barang2 yang murah2 sikit.

Kita dengan hubby konon nak cari periuk belanga jenama Zebra tu. Tapi, tak jumpa pula apa yang kami nak. Setakat periuk melamin tu, rasanya better lagi beli kat Pengkalan Kubor kot. So, hanya beli 2-3 kilo beras pulut dan berpasang2 kain telekong. Hehehehhehe. Malas nak ke Pasar Siti Khadijah. Beli kat sini jer. Dapat murahh.

Dah 3 jam di sini, kami bergegas ke Pengkalan Kubor pula. Beli mangkuk dan periuk tingkat untuk Mommy. Ngam2 satu jam sebelum di tutup. Siapp jer beli, terus gerak semula ke Rantau Abang. Singgah makan di Pasir Mas dan tiba di Rantau Abang ngam2 sebelum 12.00 tengah malam.

Esoknya, check-out dan terus pulang semula ke Kuantan.

Tapi kami sampai awal dan boleh rehat awal lah kan. Esoknya kerja macam biasa. So, rasa puas hatilah juga dengan short trip nie. Dapatlah juga release tension sikit... Alhamdulillah...

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


SETIU HARI INI: SEHARI KAKITANGAN IBU PEJABAT <b>DI SETIU</b>

Posted: 18 Sep 2012 10:40 PM PDT

DSC06533

BATU RAKIT – Seramai 7 orang kakitangan Ibu Pejabat, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), telah turun ke parlimen Setiu pada 17 September 2012 baru-baru ini. Penolong Pengarah APMT, Fauzi Muda telah mengetuai rombongan mewakili pengarah. Program ini telah dirancang oleh pihak Pengarah APMT, Haji Roshali Taha sebagai tanggungjawab ibu pejabat sambil beramah mesra dengan semua anggota di bawahnya di setiap parlimen (8 parlimen). Perancangan awal bagi parlimen Setiu ialah pada 8 Ogos yang lalu, tetapi terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana pertembungan tugas yang tidak dapat dielakkan.



SETIU HARI INI

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Universiti Jordan Buka Cawangan <b>Di Besut</b> | Terengganu Today

Posted: 29 Oct 2012 10:23 PM PDT

Kompleks Imtiaz Besut akan dijadikan Kampus Cawangan Universiti Sains dan Teknologi Jordan

Universiti Sains dan Teknologi Jordan (JUST) sebuah universiti terbesar di Jordan dengan lebih 22,000 penuntut akan membuka kampus cawangannya di Bukit Keluang, Besut pada September tahun depan.

Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said berkata, universiti tersebut menyatakan persetujuan untuk membuka cawangannya bagi pengajian dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.

Katanya dengan penubuhan JUST itu, ia akan membuka peluang pembelajaran bukan sahaja kepada rakyat negara ini malah penduduk di rantau Asia Tenggara.

"Untuk tujuan itu, kerajaan negeri telah meluluskan penggunaan bangunan Kolej Imtiiaz di Bukit Keluang yang sebelum ini dicadang untuk pelajar Imtiaz sebagai kampus universiti berkenaan," katanya selepas merasmikan program Korban Perdana 21 ekor lembu anjuran Pegerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut di kawasan Perindustrian Gong Medang dekat Kampung Raja kelmarin.

Beliau berkata pelajar dari Jordan akan belajar di universiti itu untuk tempoh dua semester, manakala pelajar dari Asia Tenggara termasuk Malaysia pula akan meneruskan pembelajaran hingga ke peringkat ijazah pertama.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Jingga 13: Desak Umno BN hentikan hasrat roboh perkampungan <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2012 07:18 PM PST

Jingga 13 Terengganu mendesak agar Umno Bn Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Haji Ahmad Said menghentikan hasrat untuk merobohkan perkampungan warisan Melayu terutamanya di kawasan Bandar Kuala Terengganu yang melibatkan Kampung Ladang, Kampung Tanjung dan Kampung Lorong Haji Jamil bagi kononnya bagi tujuan pembangunan.

Setakat ini, Kampung Ladang sudah hilang sebahagiannya akibat diratah oleh kerakusan pemimpin Umno Bn yang begitu dahagakan pembangunan menurut acuan pemikiran mereka sendiri.

Penduduk Kampung Ladang yang telah terbiasa hidup di rumah papan tradisional warisan turun-temurun telah berjaya diusir oleh Umno Bn untuk tinggal di Flat Ladang Gemilang yang binaannya tersergam indah bak sarang burung merpati dengan sewa tidak kurang dari RM300.00.

Akhirnya wang pampasan yang diterima habis digunakan bagi tujuan membayar sewa tanpa ada sebarang perjanjian untuk sewa beli.

Demi mengejar pembangunan mengikut acuan Umno Bn, rakyat terpaksa berkorban dan telah diperbodohkan. Rakyat dikatakan hidup selesa tinggal di rumah flat, terpaksa berdepan kadar sewa yang tinggi, malah sehingga sekarang kerana tidak kemampuan untuk membayar sewa ada yang terpaksa berpindah membawa haluan masing-masing, sedangkan pemimpin Umno B hidup bersenang-lenang tinggal di banglo-banglo mewah.

Pada masa ini, Umno Bn sedang dalam persiapan bagi merobohkan Kampung Tanjung dan Kampung Lorong Haji Jamil dan juga sedang dalam proses rundingan akhir bagi membayar sejumlah wang pampasan kepada penduduk kampung yang terlibat.

Jingga 13 Terengganu percaya, kesemua kampung warisan melayu di Terengganu terutamanya di kawasan Bandar Kuala Terengganu termasuk di Kampung Chabang Tiga, Kampung Losong, Kampung Bukit Besar, Kampung Pantai Pandak Chendering dan lain-lain kawasan akan lenyap dari peta negeri Terengganu dalam sedikit masa lagi jika sekiranya kerajaan yang ada sekarang ini masih lagi dikekalkan.

Kesan daripada pembangunan mengikut acuan Umno Bn ini akan menyaksikan orang-orang melayu Terengganu akan hanya dapat menyaksikan projek-projek pembangunan dijalankan tanpa mereka dapat turut serta di dalam pembangunan tersebut.

Amatlah malang bagi etnik melayu Terengganu yang tidak menyedari mengenai perkara ini akibat dibuai mimpi setelah diberikan pampasan beratus-ratus ribu ringgit malahan ada yang mencecah jutaan ringgit daripada Umno dan Barisan Nasional.

Adakah setimpal dengan bayaran yang diterima sedangkan pada masa yang sama penduduk kampung yang terlibat ini akan semakin menjauhi kawasan Bandar bagi membina penempatan di kawasan luar Bandar akibat tidak serasi dengan suasana rumah flat.

Acuan pembangunan menurut Umno Bn ini secara tidak langsung seolah-olah mengembalikan semula pemerintahan era kolonial British yang mengamalkan dasar pecah perintah (divide and rule).
Orang-orang melayu di Kuala Terengganu akan kembali tinggal di kampung manakala Bandar Kuala Terengganu hanyalah menjadi tempat persinggahan semata-mata.

Jingga 13 sepakat menyokong memorandum yang diserahkan oleh Institut Peduli Rakyat baru-baru ini di Parlimen kepada ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan kampung warisan Melayu di Kuala Terengganu.

Jingga 13 sekali lagi mengulangi bahawa projek pembangunan Umno Bn benar-benar telah meminggir dan menghalau orang-orang Melayu secara halus dan menghapuskan perkampungan Melayu di Kuala Terengganu.

Selamat tinggal Kampung Warisan Melayu Kuala Terengganu!

Muafakat, Prihatin, Berani
Wan Mohd Izziadi
Koordinator Jingga 13 Terengganu

7 November 2012

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39036

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


PAS DUN <b>BATU RAKIT</b>: Boom!!!! Calon baru YB <b>Batu Rakit</b> <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2012 11:34 PM PST

5 November 2011 - Wan Khairul yang merupakan Pengerusi JKKK Panchur Kuin Batu Rakit adalah orang yang paling layak lawan YB Khazan dalam pencalonan YB DUN Batu Rakit PRU 13 nanti. Ya memang betul. Wan Khairul ni orang Mat Jidin Ketua Bahagian umno Setiu. Atas alasan ini Wan Khairul dan berangan-angan jadi YB Batu Rakit. Apa tidaknya bendera BN dah jadi macam pagar lembu kat rumah dia. Lagi pun Wan Khairul rasa memang patut dia jadi calon sebab dia juga Pengerusi PIBG SK Bukit Cempaka. Tengok dalam gambar di atas nampak baik semua(program sk Bukit Chempaka). Hakikatnya kalau Wan Khairul anjur program sebulu roma pun dia tak ajak YB Khazan hadir. Yang hadir tu siapa lagi kalau tidak Mat Jidin. Inilah umngok selalu berebut dunia. Nampak dua-dua  tu alim tapi satu alim hentam tanah rakyat. Satu alim hutang projek bertempek-tempek. Calon baru tu nampaknya dah mula main kotor.Benarlah umno itu tong najis dan setan yang dikenali. Siapa masuk mesti makan najis bersama-sama umno.  Dan paling teruk dengan calon baru ni dia pernah berkata ayahandanya(bekas YB Batu Rakit) pernah bertitah sokong umno itu satu dosa. So calon baru tu tengah tempah dosa-dosa dalam umno. Dan lagi Yb Khazan adalah penentang kuat Mat Jidin so bye-bye untuk Khazan(adik angkat natang DERIS JUSOH) yang bermusuh jua dengan Mat Said MB ZOO Kijal tu.
Inilah berita yang hangat jadi bualan orang kampung. kami persembahkan satu analisis untuk memudahkan pengundi cari alasan tolah UMNGOK sokong Pakatan Rakyat.

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Kurakura.My » Tertekan Diganggu Hantu Kak Limah!!

Posted: 25 Dec 2011 10:10 PM PST

MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.

Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

"Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

"Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong," katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.

Diganggu selepas bawa balik papan

"Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan," katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

"Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini," katanya.
Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.

Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.

Sinar

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


50,000 rumah PBR siap sepenuhnya bulan depan | Malaysia Zoom

Posted: 06 Nov 2012 03:02 PM PST

DUNGUN 5 Nov. – Sebanyak 50,000 unit rumah yang dibina di seluruh negara di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) yang digerakkan oleh kerajaan menelan kos RM1.2 bilion akan siap sepenuhnya bulan depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, setakat Oktober lalu, kira-kira 49,000 unit kediaman jenis itu telah siap dibina dalam usaha kerajaan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

"Kita yakin bakinya yang masih dalam pembinaan akan siap hujung Disember ini," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah PBR di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Ketengah Jaya dekat sini hari ini.

Seramai 70 pemilik rumah menerima kunci kediaman yang disampaikan oleh Shafie dan mereka yang ditemui mengucapkan rasa syukur serta berterima kasih dengan bantuan bagi menyempurnakan keperluan asas kehidupan keluarga mereka.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad; Exco Kerajaan negeri, Datuk Mohamed Awang Tera; Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Datuk Din Adam dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Wan Mat Amin Wan Daud.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd. Shafie berkata, rumah PBR itu yang dibina kerajaan adalah untuk membantu rakyat kurang berkemampuan agar mereka berpeluang menikmati suasana kehidupan lebih selesa dan sempurna.

Malah jelasnya, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu menyediakan kediaman untuk begitu ramai rakyat dan ia tidak dilakukan di negara-negara lain.

"Kita bina rumah ini bukan sedikit tetapi mencecah 50,000 unit melibatkan kos bilion ringgit. Tiada negara di dunia ini yang memberikan bantuan rumah seperti ini," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat membuat penilaian yang bijak terhadap jasa serta peranan kerajaan yang ternyata begitu bersungguh-sungguh membela nasib rakyat melalui pelbagai bentuk program pembangunan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


a Slice of &#39;Bledho&#39;: Kemalangan maut <b>di Kemaman</b> 10 Oktober 2012

Posted: 10 Oct 2012 06:04 PM PDT

Semalam Ma dan adik Neeza datang dari Kemaman naik bas. Mereka naik bas tengahari. Sampai sini dalam pukul 7 malam. Masa kami makan malam, Neeza terdengar berita di tv tentang berita kat bawah ni. Terkejut jugak. Tapi tak lah risau sebab Ma dan adik dah ada di rumah. Alhamdulillah.
Rupanya ada orang risau. Mak Lang Neeza (kakak Ma) yang risau. Bila dia dengar berita tu, dia ingat bas tu bas yang Ma naik. Lagi pulak bila nama Kemaman di sebut. Tempat kemalangan tu pulak memang dekar dengan rumah kami. Pada sape nak tahu berita tu, boleh baca di bawah (copy dari BERNAMA). Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka. Aameen...
=============================================================
KEMAMAN: Seorang ibu bersama tiga anaknya adalah antara enam yang maut dalam kemalangan yang membabitkan kereta mereka dan sebuah bas ekspres di KM129.65 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, berhampiran Meraga Beris di sini, awal pagi tadi.

Ibu berkenaan ialah Noran Ali, 39, dan anak-anak perempuannya Nursyazleen Norizan, 12, Nur Syardiena, 9, dan Nurkhairatul Najiha, 4.

Dua lagi yang maut dalam tragedi kira-kira 4.30 pagi itu ialah saudara mara mereka iaitu Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta berkenaan.

Dua lagi anak Noran iaitu Nursakinah, 17, dan adiknya Nursyafura, 13, cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dinaiki mangsa hilang kawalan akibat muatan berlebihan sebelum terbabas dan merempuh bas ekspres berkenaan.

Beliau yang berada di Hospital Kemaman di mana mayat mangsa ditempatkan berkata rempuhan secara berhadapan itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Semua mangsa berasal dari Kampung Gong Pauh kecuali Wan Aspisar dari Kampung Bukit Mentok.
"Siasatan awal mendapati kereta itu memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku pertembungan dengan bas ekspres berkenaan," kata Abdul Marlik.

Beliau berkata pemandu bas ekspres tersebut bersama 23 penumpang yang sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuantan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan kemalangan terletak di laluan yang lurus berhadapan Sekolah Kebangsaan Meraga Beris dan menurut beberapa penduduk, di kawasan berkenaan memang sering berlaku kemalangan maut.

Sementara itu, suami kepada Noran, Norizan Othman, 49, berkata beliau reda dengan ketentuan Illahi dan menambah jenazah ahli keluarganya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Gong Pauh selepas solat asar.

Beliau juga berkata pihak hospital memberitahu keda-dua anaknya yang sedang dirawat mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan namun berada dalam keadaan stabil.

"Saya hanya akan menziarahi mereka selepas menguruskan urusan pengkebumian adik-adiknya di sini," katanya. - BERNAMA

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Cebisan otak bertaburan

Posted: 06 Nov 2012 07:44 PM PST


Mayat Mohd Nordin yang terbaring di atas jalan ditutup sebelum dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kemaman.

KEMAMAN – Dua lelaki maut, sementara seorang lagi cedera dalam dua kemalangan berasingan melibatkan kereta, van dan motosikal di Geliga, Chukai dan Perasing Jaya, Air
Putih, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam di Kilometer 157.8 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berdekatan Taman Intan Geliga Besar, Mohd Nordin Mustaffa, 62, maut serta-merta di tempat kejadian setelah kepalanya pecah menyebabkan sedikit cebisan otak bertaburan atas jalan.

Sementara seorang penunggang motosikal, Suhaimi Ibrahim, 22, mengalami kecederaan.

Lebih memilukan, kemalangan itu berlaku hanya beberapa meter di hadapan rumah mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori ketika mangsa berjalan kaki mahu menyeberang jalan sebelum dirempuh sebuah Proton Wira.

Mangsa tercampak ke kiri jalan dan diseret sejauh 11 meter oleh sebuah van yang tidak sempat mengelak.

Suhaimi yang ditemui di tempat kejadian berkata, ketika nahas, dia yang dalam perjalanan dari arah Chukai ke Gebeng, Kuantan dan berada di belakang Proton Wira cuba mengelak selepas kereta terbabit membrek mengejut namun tetap terkena mangsa.

"Apabila saya cuba elak kereta, motosikal saya pula bergesel dengan sebuah van di belakang menyebabkan saya terjatuh atas jalan dan mengalami luka di tangan dan kaki," katanya yang menetap di Bandar Seri Bandi, Kijal dan bekerja sebagai buruh.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kemaman untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga kira-kira jam 10 malam.

"Setakat ini pemandu van tampil membuat laporan namun pemandu kereta masih lagi belum berbuat demikian.

"Kita minta pemandu berkenaan membuat laporan. Saksi kejadian juga diharap dapat menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik menerusi talian 0199517344 untuk membantu siasatan kes," katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan, seorang buruh binaan di projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) warga Bangladesh, Masum, 35, meninggal dunia di tempat kejadian di Kilometer 175.3 Jalan Jerangau-Jabor, dekat simpang tiga Perasing Jaya.

Difahamkan mangsa menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar untuk ke kedai membeli makanan sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Honda Accord ketika mahu menyeberang jalan selepas keluar dari simpang Kuari Bukit Ketam.

Che Suza berkata, kereta terbabit dinaiki tiga beranak yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan ketika tiba di lokasi kejadian, tidak sempat mengelak kerana motosikal keluar dari simpang secara tiba-tiba.

Menurutnya, mangsa bersama motosikal tercampak atas jalan, manakala kereta terbabit nyaris masuk ke laluan bertentangan dan tiga beranak berkenaan tidak cedera.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...buran-1.101611

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


AidilAdha <b>di Kuala Berang</b> | Cheritera Hikayati

Posted: 01 Nov 2012 06:39 PM PDT

This year we went back to Kuala Berang, Terengganu for celebrating AidilAdha there. Plus, my FIL sponsored aqiqah for Ayser Zarif.

We went back on Friday (the 1st day of Raya), around noon. haha.

Ayser Zarif in action before our journey.
We dropped by at hubby's aunt's house for lunch and straight to Kuala Berang after that. It took us about 6hours++ to Kuala Berang. Hubby drove slowly coz we didn't want to rush. Chillax. Haha. Then, we directly to Kenyir Lake Resort where we stayed there! It took another 40minutes to reach there. 

Then, we went to hubby's uncle's house at Kuala Berang for dinner and chit chatting. After that, we off back to Kenyir to get doze off! Too tired plus the next morning have to go there early by 7 am!
Around 7am, we went to another uncle's house for Qurban & Aqiqah session. The villagers were busy cooking there. We had our breakfast and chit chatting again. Around 11am we went around Kuala Berang town.
Then, by Zohor we had solat jemaah and solat hajat session. While waiting for the session, we lepaking in FIL's car cos the weather is super hot! Knowing Ayser Zarif....baby sejuk so have to stay in the car to get the aircond.

I was too tired and slept beside Ayser Zarif while he camwhoring alone! haha. Hubby became the paparazzi..hihi.
Then, we went back to the hotel for some rest and late afternoon we went to Kuala Terengganu for jalan-jalan. Before went back to Kenyir, we dropped by at my fren, Bibi's house for a while for quick chit chatting then we off back to Kenyir. It was quite scary driving in the middle of nowhere. haha..

Once reached the hotel room, we quickly packing for tomorrow journey back to KL. U know laa....the super duper massive traffic jam were waiting ahead.


We had our breakfast at the hotel then we dropped by at uncle's house to say goodbye. It took 10hours!!!! to reach KL...the worst jam everrrrrrrr....start from Lanchang all the way to Gombak.....Luckily we went back early around 9.30am...we reached hime around 7pm...fuhhhh...what a journey.....nak balik lagi ke??? Oh no!! hahaha....tunggu laa klo we ols sanggup nk meredah jam lagi ekkk....:D

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - 6 Maut Kemalangan <b>Di Kijal</b>

Posted: 09 Oct 2012 08:18 PM PDT

10/10/2012 11:18:00

Enam maut selepas sebuah kereta bertembung dengan bas ekspress di Kijal dekat Kemaman.

Dalam kejadian jam 3:50 pagi tadi, dua orang lagi parah.

Kereta Perodua Viva yang dinaiki lapan individu itu dipercayai menghala ke Kuantan.

Ketika tiba di di hadapan Sekolah Meraga, Beris, kereta berkenaan bertembung dengan bas ekspress yang tidak berpenumpang.

Enam mangsa maut di tempat kejadian

Pemandu bas terbabit tak mengalami kecederaan.

Setakat ini, identiti mangsa belum dikenalpasti.

Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved