Rabu, 7 November 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


50,000 rumah PBR siap sepenuhnya bulan depan | Malaysia Zoom

Posted: 06 Nov 2012 03:02 PM PST

DUNGUN 5 Nov. – Sebanyak 50,000 unit rumah yang dibina di seluruh negara di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) yang digerakkan oleh kerajaan menelan kos RM1.2 bilion akan siap sepenuhnya bulan depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, setakat Oktober lalu, kira-kira 49,000 unit kediaman jenis itu telah siap dibina dalam usaha kerajaan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

"Kita yakin bakinya yang masih dalam pembinaan akan siap hujung Disember ini," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah PBR di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Ketengah Jaya dekat sini hari ini.

Seramai 70 pemilik rumah menerima kunci kediaman yang disampaikan oleh Shafie dan mereka yang ditemui mengucapkan rasa syukur serta berterima kasih dengan bantuan bagi menyempurnakan keperluan asas kehidupan keluarga mereka.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad; Exco Kerajaan negeri, Datuk Mohamed Awang Tera; Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Datuk Din Adam dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Wan Mat Amin Wan Daud.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd. Shafie berkata, rumah PBR itu yang dibina kerajaan adalah untuk membantu rakyat kurang berkemampuan agar mereka berpeluang menikmati suasana kehidupan lebih selesa dan sempurna.

Malah jelasnya, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu menyediakan kediaman untuk begitu ramai rakyat dan ia tidak dilakukan di negara-negara lain.

"Kita bina rumah ini bukan sedikit tetapi mencecah 50,000 unit melibatkan kos bilion ringgit. Tiada negara di dunia ini yang memberikan bantuan rumah seperti ini," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat membuat penilaian yang bijak terhadap jasa serta peranan kerajaan yang ternyata begitu bersungguh-sungguh membela nasib rakyat melalui pelbagai bentuk program pembangunan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads