ads

Khamis, 22 November 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


Firdaus Shope: <b>Seberang Takir</b>

Posted: 09 Oct 2012 05:26 PM PDT

Sudah tiga hari berada di Seberang Takir, Terengganu. Jika dilihat pada nama, mungkin tiada apa-apa. Sama sahaja dengan nama-nama tempat lain. Begitulah pandangan kita seandainya kita hanya melihat dengan mata fizikal sahaja. 
Bezanya tidak banyak barangkali. Namun, nikmat berada di tempat-tempat berbeza adalah di antara nikmat yang tidak mampu saya dustakan. Seolah-olah Tuhan mahu membuka mata fizikal saya untuk melihat tempat lain agar untuk disyukuri.
Sebahagian daripada kita, mungkin telah tiba di pelbagai tempat. Di dalam mahupun di luar negara. Pasti cerita-cerita menarik ada padanya. Di situ jugalah pengalaman-pengalaman baharu diperolehi. Benarlah kata pepatah, "Jauh berjalan, banyak pengalaman."
Berada di Seberang Takir dengan misi membangunkan potensi diri serta memandaikan ummah, bukan calang-calang misi. Visi dan misi yang amat dituntut oleh agama sendiri. Tidakkah Tuhan sentiasa menyuruh agar kita melakukan kebaikan dan perubahan? Kebaikan dan perubahan tidak mampu dicapai seandainya kita selesa dengan keadaan yang ada pada hari ini. Jika hari ini sudah satu kebaikan yang telah kita lakukan, kita tidak boleh berasa cukup dengan satu kebaikan tersebut. Kita digalakkan untuk menambah kebaikan tersebut kepada dua, tiga dan seterusnya. 
Analoginya mudah sahaja, kebaikan tersebut tidak mampu ditambah seandainya tidak disertai dengan perubahan. Perubahan sendiri membawa maksud tidak statik, anjal, sifatnya dinamik dan pelbagai lagi. Mudah kata ia perlu 'bergerak.'
Visi besar untuk memandaikan ummah tidak akan tercapai jika diri sendiri tidak mahu berubah dan bergerak. Ummah yang hebat ialah ummah yang lengkap dan dipenuhi dengan kebaikan. Kita tidak senang jika di sekeliling kita dipenuhi dengan keburukan serta kejahatan, bukan? 
Di Seberang Takir inilah titik tolak untuk melakukan perubahan. Perubahan perlu disertai dengan niat yang betul dan baik, disusuli dengan pelan bertindak yang bagus dan akhir sekali mulakan bertindak penuh komited. Sesekali jangan lupa untuk terus berdoa agar segala usaha yang dijalankan disertai dengan 'berkat' dan 'rahmat-Nya.'
Pengalaman berada di Seberang Takir pasti menjadi memori terindah dan ia pasti sukar dilupakan kerana selain pengalaman makan nasi dagang ikan 'tongkol' dan berada di Teluk Ketapang pada waktu petang, saya dianugerahkan pengalaman bertemu dengan insan-insan hebat yang mempunyai visi besar untuk memandaikan ummah.
Semoga visi serta misi tiga hari di Seberang Takir mampu mencipta kebaikan untuk diri dan ummah. Sesungguhnya nikmat berada di sini adalah nikmat untuk disyukuri, bukan untuk dipersiakan.
Seberang Takir, saya pasti kembali lagi!

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


pusat santuari penyu <b>rantau abang</b>,terengganu - blues anak kedah....

Posted: 11 Nov 2012 05:54 AM PST


Pusat Santuari Penyu ini terletak di Rantau Abang, Dungun. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur. Majlis Penasihat Santuari Penyu Negeri Terengganu bertanggungjawab bagi segala bentuk perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan penyu di Negeri Terengganu Darul Iman.


Mengikut statistik, Pusat Penerangan Penyu telah dikunjungi seramai 8,116 orang pada tahun 2008. Manakala pada tahun lepas seramai 9,979 pelancong melawat pusat penerangan itu iaitu 8,959 pelawat tempatan dan 1,020 pelawat luar negara.


Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, jumlah pendaratan Penyu Belimbing di Pantai Rantau Abang semakin menurun dari tahun ke tahun di mana pada tahun 2003, sebanyak 14 pendaratan dilakukan manakala pada 2004 (5), 2005 (1), 2006 (5) dan tiada pendaratan pada 2007.

Namun sehingga Jun 2008, terdapat dua pendaratan dilakukan Penyu Belimbing di pantai tersebut. Manakala bagi Penyu Agar pula, jumlah pendaratan pada 2003 adalah 1,479, 2004 (2,118), 2005 (1,037), 2006 (2,371) dan 2007 (2,047).

Jumlah pendaratan Penyu Karah juga semakin berkurangan iaitu 2003 (6), 2004 (9), 2005 (8), 2006 (4) dan 2007 (18), manakala tiada langsung pendaratan Penyu Lipas dari tahun 2003 hingga 2007. Melihat kepada rekod jabatan itu mengenai jumlah pendaratan penyu di negeri itu sahaja sudah mampu mencetuskan perasaan resah bahawa haiwan itu sedang mengalami ancaman kepupusan yang kritikal.


Bagaimana Untuk Ke Rantau Abang....

Sekiranya anda ingin ke Rantau Abang dari Kuala Terengganu, anda boleh menaiki bas ke Dungun dari Hentian Bas MBKT. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dari Bandar Kuala Terengganu. Sekiranya anda dari Bandar Dungun, anda boleh menaiki bas ke Kuala Terengganu dari Hentian Bas di Dungun. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Bandar Dungun.

Anda juga boleh datang ke Rantau Abang dengan teksi. Sila rujuk senarai Perhentian Teksi di Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke Rantau Abang ialah 62km.

Dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan. Cari arah perjalanan ke Kuala Terengganu atau Kemaman. Selepas tiba di Kemaman, cari arah papan tanda untuk ke Dungun. Jarak perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Rantau Abang ialah lebih kurang 420 km.

Sekiranya anda dari Pulau Pinang, anda boleh menggunakan Lebuhraya Timur-Barat menghala ke Kota Bharu. Dari Kota Bharu, anda perlu mencari arah perjalanan ke Besut dan seterusnya ke Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Pulau Pinang ke Rantau Abang ialah lebih kurang 892km.

Dari Johor, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Plaza Tol Yong Peng. Dari Yong Peng, ambil lebuh raya ke Labis dan Segamat. Dari Segamat, anda boleh menuju ke Kuantan, Kemaman dan seterusnya Dungun.


Info Penyu

Pengenalan

Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai sezaman dengan zaman dinasour. Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik, bernafas melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran, bertelur dan adalah haiwan marin.

Walaupun ia boleh menyelam dan berada dalam air untuk sekian lama, tetapi ia mestilah timbul kepermukaan air untuk bernafas. Penyu merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies. Kini ke empat-empat spesies penyu ini sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan.


Kitaran Hidup

Penyu pada amnya mempunyai satu kitaran hayat yang sama. Penyu Betina akan mengawan dengan Penyu Jantan di laut sebelum naik bertelur ke pantai. Penyu Betina akan mendarat di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempoh masa bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaanya adalah 1–3 jam. Selepas musim bertelur, penyu itu akan berhijrah ke kawasan makan asalnya yang jauh. Seekor Penyu Betina boleh bertelur di antara 4-6 kali di sepanjang musim bertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa peneluran dengan yang lain ialah 8–15 hari bergantung kepada jenis penyu. Kemudian selepas 2-8 tahun, penyu-penyu tadi akan berhijrah semula untuk bertelur di pantai yang sama tempat ia bertelur. Kebanyakan Penyu Betina tidak bertelur dua tahun berturut-turut. Telur yang dihasil akan ditinggalkan dan tidak dijaga.


Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu adalah dipengaruhi oleh suhu pasir di mana suhu yang panas (30°C ke atas) akan menghasilkan anak Penyu Betina dan suhu sejuk (26–278°C) menghasilkan anak Penyu Jantan. Telur penyu akan menetas dalam tempoh 2 bulan dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman. Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Pada peringkat ini, anak-anak penyu dikatakan mengalami proses "imprinting" yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa kelak.


Ada ahli saintis meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor Penyu Betina atau seekor Penyu Jantan dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun.

Jenis-Jenis Penyu

Penyu Belimbing

Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin pupus. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya (cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600 kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400 m hingga 1,200 m.


Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60–120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia, tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga di Paka dan di Pahang. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembut dengan ukuran garis pusat 5–6.5 sm.

Penyu Agar

Penyu Agar juga dikenali sebagai "penyu hijau" mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135–270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April–September dan menghasilkan 100–140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembut dengan ukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm.

Penyu Karah / Sisik

Penyu ini juga dikenali sebagai Penyu Sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat, bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70–90 sm dengan berat badannya di antara 35–75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan Terumbu Karang.

Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan Terumbu Karang. Musim bertelurnya adalah Mac–Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembut dan berukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm.

Penyu Lipas

Penyu Lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0–6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35–50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang, obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac–Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih, berkulit lembut dan bergaris pusat lebih kurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim <b>di Setiu</b>: Makna Hijrah <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 07:14 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Rakaman video Mahfuz Omar: Cubaan oleh syarikat kroni saman ekor untuk jerut leher Rakyat, mereka pula jalankan operasi saman ekor dengan kamera bergerak… » ...

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Cuti menghapus Kenangan lalu mencipta memori « Gadisku Blog

Posted: 15 Nov 2012 08:49 AM PST

Last week kita sudah melewati ke Cherating, pada minggu ini..kebetulan dengan cuti sekolah yang baru sahaja bermula beserta dgn cuti Depavali ,Awal Muharam dan Hari Keputeraan Sul tan Muhammad IV memang cuti sakan sapa yang tinggal di Kelantan.
Origin penulis kali ini bermula dari Jeli kebetulan pulang ada tugasan di kampung halaman kepada pelancong yang datang dari utara, sila ikuti siri cuti ini.. percutian menghapus kenangan. Sebelum panjang lebar, Terengganu adalah rumah kedua penulis, kerana penulis ada ibu angkat di sini.. umi Noriza Kassim dan abah Amiruddin. Mungkin kepada pembaca percutian ini biasa sahaja. Pada penulis percutian kali ini sangat bermakna. Sebelum ini penulis ke Terengganu bersama insan istimewa ..malang jodoh tiada dia pergi.. maka siri percutian kali ini dapat menghapus kenangan dan mencipta kenangan baru.. Insyallah.

pantai rhu sepuluh . Penarik

Kita mulakan.. seperti biasa, seawal pagi.. kemas-kemas capai mana yang penting baju untuk main air..untuk tidur , ubatan duit sikit … penulis sekeluarga memutuskan untuk menggunakan laluan pantai iaitu melalui PENARIK, melalui pantai RHU SEPULUH.. jam 11 pagi kami singgah branch di kedai makan HASNIK SERI MERANTI yang menawarkan menu utama seafood tempura yg lebih dikenali ikan celup tepung, ada ikan, sotong. Selain itu ada juga mee / bihun sup.. yang pasti minuman wajib air kelapa atau air nyiur. Ikan celup tepung di sini segar.

ikan celup tepung

Kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi yang di tuju ke Kuala Terengganu, semantara menunggu check in jam 3 petang kami singgah di Masjid Kristal di Pulau Wan Man. Satu jalan ke Muzium Kuala Terengganu. Selesai solat jamak, kami berjalan-jalan di sekitar masjid. Penulis teruja sangat dapat melihat keindahan seni bina Masjid Kristal ni..dgn latar awan yg sangat biru..secara lebih dekat, phe'rak sat! kata org utara.. dan di Terengganu sangat banyak masjid.. no excuess :)

cantikkan..masyaallah!

yang ni cantik tak…

ibu dan anak

Di sini juga terdapat Taman Tamandun yang menempatkan monument masjid hebat seluruh dunia.. kami berdiri di depan pintu masuk..meneliti harga tiket untuk seorang dewasa RM 20.00 seorang dan kanak-kanak RM 8.00 dan warga emas RM 12.00 bab ni penulis memang tak tahan gelak dengan ayah,, dia menyatakan kepada ayah ngah, "kita dtg 10 tahun lagi,,sbb aku nk harga tiket 12.oo tu dgn cucu aku free.." kami ambil keputusan untuk tidak masuk..sebab semua ahli keluarga dah lemau kepenatan.. pesanan penulis.jangan lupe bawak payung,,sememangnya panas..

Taraa..kami dh samapi resort.. lupa pulak nak ambik gambar signboard ..hmm tak sabar nk mandi laut..swiming kt pool n makan2.. Batu Burok Beach Resort ini terletak di persisiran laut China Selatan.. betul –betul bersebelahan dengan lokasi TAMAN AWAM BATU BUROK, macam aktiviti riadah boleh dilakukan dan juga pelbagai pilihan makanan..dr sotong bakar, jagung bakar, hati terbakar tak da la..sbb da petang..

remp rempp

owh mane tuan putera ni…naik kereta cinderella..

ehemmm….juz joking

di kala malam jika kelaparan jangan risau di Kuala Terengganu banyak menawarkan restoren dan warung.. pada malam itu penulis menghabiskan masa berberborak dan swiming ..


sebelum pulang meninggalkan tanah negeri Terengganu paling tidak lengkap jika tidak membawa pulang Keropok ataupun berkunjung ke Pasar Payang rasanya tidak perlu di ulas panjang lebar, pembaca sudah sedia maklum kan Pasar Payang.. layan gambar ni je la…

keropok seri tanjung batu rakit sememagnya best

sampai ketemu siri cuti baru..mana ye..

BATU BUROK BEACH RESORT
09-6221410 / 622 7297

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


teganuku: Konvesyen Pembangunan Besut <b>di Jerteh</b> Hari Ini

Posted: 16 Nov 2012 03:51 PM PST

Pembangunan di daerah Besut yang dikatakan masih ketinggalan berbanding daerah-daerah lain di Terengganu akan dibincangkan secara terperinci hari ini pada Konvesyen Pembangunan Daerah Besut di Dewan Gong Kemuntong di Jerteh.

Pegawai Daerah Besut A Rahim Jusoh berkata, enam tokoh pembangunan yang juga merupakan anak jati Besut akan membentangkan kertas kerja pada konvensyen sehari itu.

Antara tokoh berkenaan ialah bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor (kiri) , Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Usniza) Datuk Dr Alias Daud (kanan) dan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Mohd Nasir Hamzah.

Katanya konvensyen anjuran Pejabat Daerah Besut dan Umno Bahagian Besut itu akan memfokuskan perbincangan kepada persoalan tentang tanggapan benarkah daerah Besut ketinggalan daripada segi pembangunan berbanding daerah lain di negeri ini.

Beliau berkata konvensyen itu dijangka dihadiri 1,000 jemputan dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang juga Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh akan menyampaikan ucaptama.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


4 sekeluarga maut nahas <b>di</b> Jerangau-<b>Jabor</b>

Posted: 24 Oct 2009 03:51 PM PDT

CHUKAI: Lima sekeluarga maut, termasuk tiga daripadanya rentung dalam satu kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 123 Jalan Jerangau – Jabor dekat Kampung Padang Kubu, di sini kira-kira jam 7.20 malam tadi.

Mereka yang maut ialah pemandu Proton Iswara Aeroback, Baharuddin Taib, 45, isterinya, Maimun Ibrahim, 40, anak bongsu mereka, Mohamad Nor Firdaus ,2, serta ibu Baharuddin, Esah Salleh, 80.

Semua mereka dari Kampung Kesom, Manir, Kuala Terengganu.

Empat lagi anak Baharuddin yang duduk di tempat duduk belakang iaitu Aidil Shahidan 12; Aishah Nabila 10; Ekma Rizal, 8 dan Aishah Natasha, 4, bagaimanapun dapat dikeluarkan dari kereta yang terbakar.

Aidil Sahidan yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan selepas kejadian itu, bagaimanapun meninggal dunia jam 3 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, berkata Baharuddin yang tersepit di tempat duduk hadapan dan isterinya yang memangku Mohamad Nor Firdaus di tempat duduk hadapan, rentung.

Beliau berkata, Esah yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Baharuddin dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan melanggar belakang sebuah Proton Saga sebelum berpusing beberapa kali dan melanggar sebuah lagi kereta Proton Gen2.

"Akibat perlanggaran itu, kereta Baharuddin terbakar dan beberapa orang awam yang berhenti di tempat kejadian cuba mengeluarkan mangsa tetapi gagal," katanya.

13 di kerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


Protes Membantah Anwar Ibrahim Solat Jumaat <b>Di Kerteh</b>

Posted: 12 Nov 2012 02:18 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Anwar Ibrahim: Saya Kuat Sebab Nak Lawan UMNO BN, Bawa Perubahan Untuk Rakyat · Anwar Ibrahim: Apa Masalah Dalam Negara Kita? » Protes Membantah Anwar Ibrahim Solat Jumaat Di Kerteh. Nov 12th, 2012 by Admin | 0 ...

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


AQILAHAIQAL : OurPrideOurJoy: AAC <b>di Chukai</b> Kemaman

Posted: 08 Jul 2012 06:54 PM PDT

entry kali ni ibu nak citer pasal assessment yang ibu hadiri untuk post Juruaudit W41
kata ringkasnya AAC (Audit Assessment Centre)
ACC telah diadakan di INTAN Caw Wilayah Timur, Kemaman
ia telah diadakan pada 31.6.2012-1.7.2012
ibu , ayah & adik bertolak ke Telok Kalung pada 30.6.2012, jam 3.30 ptg..
saja nak bermalam di rumah ayah de supaya pagi tu x kalut nak mencari tempat..
ibu terpaksa tinggal along dengan makcik sebab Ahad tu along sekolah...
on the way to Teluk Kalong
muka yg x berapa nak comel
ada kat umah ayah de dah...adik riang bermain tanpa ingat kat along pun...

suka lah sangat adik nak mendukung sepupunya ni..mentang2lah si Syakila ni kecit jer & ringan..
konfem boleh angkat..

 
pagi, 30.6.2012
jam 9.30pagi bertolak dari umah ayah de..
berdebar2 dalam hati nih...
tapi maintain happy je la kan...

on the way to Chukai
jambatan baru yang ntah bape lama nak siap..
sampai dah di INTAN Caw Wilayah Timur
tempat cantik, tepi pantai
masuk2 je jumpa playground..
apalagi, anak dara ku ini excited nak main buai sebelum berpisah ngan ibu..
kebetulan jumpa pulak kak nora & the gang

dah berada dalam dewan untuk taklimat..
kena pakai bib tu sebagai pengenalan diri..
sama la gayanya mcm masa ibu hadiri assessment for post Penguasa Kastam
ini dia bilik penginapan kami
satu bilik 2 orang
ibu sebilik dgn calon dari Kelantan, Nor..
nama penuh x igt daaa...sempat bertukar no.phone
masuk2 jumpa bilik air dulu..
bilik agak besar, boleh la untuk menumpang 1 malam
view dari balkoni
siap ada jemuran
sibuk2 prepare presentation public speaking utk esok, sempat lagi bersnap2..huhu
 aikk, xde lak citer sal perjalanan program yek..
ok, actually lepas pendaftaran tu, terus ada taklimat & cek air kencing..
kemudian terus ke bilik yang ditentukan mengikut kumpulan..
dalam 1 kumpulan ada 7-10 orang..
Sesi 1 ialah penyelesaian masalah, dalam bahasa Melayu..
ibu rasa ok la sbb biasalah, kalu dalam BM ni boleh je ckp apa2 pun..
Sesi ke2 ialah perbincangan dalam English
mak aii, dahla berhabuk speaking, tajuk lak susah giler..
ada ke patut dia suruh bincang langkah2 yang perlu diambil oleh Kerajaan Somalia untuk membanteras masalah dalaman negara diorg termasuk la isu kebuluran..
aduihh, kalu citer sal Malaysia, boleh la kita tibai je kan..
tapi apa nak buat, mereka nak pilih yg betul2 terbaek...
ibu rasa down sikit lepas sesi ke 2 nih..dan kalu nak tau, ramai gak yg tarik diri lepas sesi 2 ni tau..
Sesi 3, perbincangan dalam kumpulan jugak, in BM
perlu reka bandar Impian..
ibu rasa ok la, konfiden diri naik la semula..
then, sesi 4 ialah public speaking
ni pun ibu x berapa nak konfiden..
tajuk yang ibu dapat ''transportation''
terlalu general, but ibu make it more specific iaitu ''public transport''
sesi kali ni macam x ok kot sbb ibu lupa satu word..
siap ngan note yg ibu pegang jatuh la..hadoii..malu sgt2..
lebih2 lagi penilai pada masa tu ibu kenal..
x-boss ibu dulu masa kat UAD KPM..
kesimpulannya, ibu x konfiden pun yang ibu akan lulus..
but, this is a good try & at least ibu ada experience for AAC
rasanya CAC (kastam) x lah sesusah ini..
tapi result kastam x dapat2 lagi sampai skrg..hopefully sangkutlah mana2...
tapi kalu x sangkut pun apa nak buat kan..
rezeki di tangan Allah belaka..
thats all for this entry....bai..

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


::SENYUM SEINDAH SURIA::: Dulunya <b>Bukit Besi</b>

Posted: 06 Aug 2012 05:52 AM PDT

Hye Sume (^_^)v Tiba-tiba terdetik rasa macam nak post mengenai SEJARAH BUKIT BESI.. yang dulunyer sgt terkenal dimata dunia... (^_-) dan untuk pengetahuan anda semua,.. perlombongan bijih besi nie masih lg berlaku tetapi agak kureng berbanding dahulu... Ape2pon.. Ayahku bekerja disini.. pencarian rezeki kami disini... Alhamdulillah.. berkat usaha dan doanya.. samapai jugak aku ke Universiti...
Sejarah Bukit Besi
 
Sejarah Bukit Besi bermula semenjak tahun 1930-an dan terkenalnya Bukit Besi di mata dunia adalah kerana tempat perlombongan bijih besi di Bukit Besi dimana sumber bijih-bijih besi asli terdapat di sekitar kawasan-kawasan Bukit Besi. Sejarah bermula apabila syarikat perlombongan bijih besi yang diusahakan oleh warganegara  Jepun telah memulakan aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi semasa Malaya dijajah Jepun.

Hari ini di Bukit Besi, aktiviti perlombongan bijih besi telah bermula semula walaupun tidak sehebat seperti dulu. Kehebatan Jepun menerokai seluruh pelusuk Bukit Besi dengan membina pelbagai kemudahan untuk aktiviti perlombongan masih kekal hingga ke hari ini.

Walaubagaimanapun, kesan-kesan jalan keretapi telah beransur hilang kerana Bukit Besi kini dibangunkan semula untuk penempatan baru serta dilindungi dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Kesan-kesan perlombongan serta bangunan-bangunan yang dibina oleh Jepun masih kekal hingga ke hari ini.
Tinggalan Sejarah Bukit Besi yang masih ada
Kronologi Sejarah Bukit Besi
1916 - Ahli Kajibumi Jepun, Mr Kuhara datang ke Dungun membuat Kajian di Chemuak, Hulu Dungun. Hasil kajian menunjukkan wujudnya bijih Besi dalam jumlah yang banyak di kawasan tersebut.
1925 - Syarikat Kuhara Mining Ltd membuka lombong di Machang Setahun
1929 - Kerajaan Terengganu secara rasminya telah mengeluarkan 'Mining Lease' kepada syarikat Kuhara Mining Ltd. Dengan keluasan 1080 ekar.
1930 - Pengurus lombong pertama R . Kunada memulakan tugas dalam bulan April. Jalan kereta api Dungun-Bukit Besi dapat disiapkan di stesen Che Lijah. Beberapa tahun kemudian, berlaku
pemberhentian pekerja kerana kurang permintaan.
1934 - Keadaan pulih semula dan permintaan semakin bertambah. Pekrja yang diberhentikan diambil semula dan pekerja baru ditambah.
1935 - Jumlah penduduk di Bukit Besi meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja).
1936 - sebuah terowong di Bukit Tebuk dapat disiapkan. Tempat memunggah bijih dipindahkan dari Che Lijah ke Nibong.
1938 - Pekerja Cina berhenti kerja beramai-ramai kerana wujudnya sentimen anti-Jepun akibat dari peperangan yang berlaku antara Jepun dan China, mengakibatkan syarikat perlombongan hampir lumpuh. Pekerja baru terpaksa dicari, kebanyakannya diambil terus dari India.
1945 - Berakhirnya perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC pada akhir tahun 1945.
1946-1948 - Tiada aktiviti perlombongan kerana tiada permintaan dan darurat.
1948 - Kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO) pada bulan Ogos.
1950 - Kegiatan perlombongan oleh EMMCO dijalankan secara besar-besaran, kesan daripada peperangan dan bertambahnya permintaan dari Jepun.
1.10.1970 - Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong bijih besi.


(^_^)v Kalo ade sape2 yang berminat untuk melhat tinggalan sejarah nie.. rase2 nyer,.. ada cara untuk melawat.. berhubung la dengn Ketengah BUKIT BESI... sbb kat bukit besi ade galeri sejarah bukit besi... (^_^) xrugi kan kalo kita ambik tahu sejarah.. 

"Sesiapa yang melupakan sejarah pasti mengulanginya" - George Santayana

update! tetiba jumpe plak...
Galeri Sejarah Bukit Besi,
Bandar Bukit Besi, Dungun,
Tel : 09-8337217 / 219 Fax : 09-8337217
Sabtu-Khamis : 9.00pg -4.00ptg
credit to BUKIT BESI BLOG, ALAMI TERENGGANU 
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved