ads

Isnin, 26 Ogos 2013

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Haiwan Pelik Ditemui <b>Di Marang</b> | ZerousVortex[dot]Com

Posted: 23 Jul 2013 05:05 PM PDT

Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.
Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.
"Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking," katanya kepada Sinar Harian.
Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.
Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.
"Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu," katanya.
Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai 'ngoang' di Sarawak manakala dipanggil 'jabot' di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus.
" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Kejutan Luarbiasa <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> | Kickdefella

Posted: 10 Jul 2013 09:42 PM PDT

Teka teki nama calon kedua dua parti bertanding terjawab sudah, dimana PAS mempertaruhkan Endot@Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che long dikalangan penduduk tempatan disini, manakala Barisan Nasional meletakkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman , kedua duanya muka baru dihidangkan kepada rakyat Kuala Besut untuk dipilih mewakili mereka. Yang pasti kedua duanya bukan pengedar PIL KUDA atau pendokong fahaman STALIN.

Che Long

Apa yang menarik disini adalah PAS telah melantik Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut untuk mengepalai kempen mereka dan seperti biasa banyak pengumuman terkejut yang 'LUARBIASA' bakal diberikan oleh Datuk Husam seperti mana semasa beliau menjawat jawatan Exco dalam kerajaan Kelantan dulu dan semasa beliau bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Putrajaya semasa PRU 13 lalu. Ramai pemerhati melihat ia tidak lebih dari mengubati hati Husam yang telah disisihkan dari jawatan exco negeri setelah PAS mengekalkan pemerintahan di Kelantan, manakala secara peribadi saya beranggapan ia bakal menambahkan lagi senarai kegagalan kepada 'track rekod' Husam selepas membuat berbagai 'KEJUTAN LUARBIASA PADA RAKYAT KELANTAN'.

Pergau0206Kelantan

Apakah nanti akan ada pengumuman luar biasa seperti 'STADIUM BARU TERAPUNG ' di Kuala Besut bakal dijanjikan? Sama sama kita tunggu, kerana di dalam suasana Pilihanraya Kecil begini isu isu setempat lebih dominan dalam menentukan pola pengundi di sini. Para pengundi tidak akan terkesan sangat dengan cerita cerita diluar seperti isu BLACKOUT, mereka juga agak sukar melihat BANGLA berkeliaran di Kuala Besut untuk termakan dengan isu pengundi Hantu. Jadi jalan yang perlu dipilih oleh PAS adalah dengan menjanjikan sesuatu yang agak luarbiasa untuk memikat hati rakyat Kuala Besut.

floatings

Idea kerusi dun 16:16 juga , diperingkat ini bukanlah suatu yang boleh memikat hati rakyat Kuala Besut kerana ia seolah olah ' cuba memperjudikan nasib' mereka kepada sesuatu yang belum pasti apabila Dun 'tergantung', ramai dari penduduk Kuala Besut tidak mahu mereka dijadikan bahan ujian untuk sebuah masa depan yang belum pasti. Dengan majoriti 2434 amat sukar untuk PAS memenangi isu dan inilah yang membuatkan tidak nampak kesungguhan di pihak PAS untuk memenangi Dun Kuala Besut, hanya sekadar untuk 'cukup syarat' bertanding.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


seorang wanita kena ragut ketika sedang bersolat <b>di</b> <b>...</b> - Omak Kau!!!!

Posted: 13 Aug 2013 06:37 PM PDT


Apa nak jadi di negara kita ini?.... ketika bersolat dalam masjid pun boleh kena ragut...perlukah terus bersyukur negara kita masih aman?

KUALA TERENGGANU - Sebelum ini, kita hanya mendengar duit tabung masjid dicuri, beg tangan dan barang berharga milik jemaah dilarikan ketika sedang solat, tetapi kejadian berbeza dialami seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Chendering, di sini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 8.40 malam, ibu empat anak itu nyaris menjadi mangsa ragut oleh penjenayah yang menutup muka dengan tuala ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan.

Menurutnya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ani, 52, ketika kejadian, dia bersama tujuh lagi jemaah wanita sedang bersolat di ruang solat tingkat bawah, manakala jemaah lelaki di ruang solat tingkat atas masjid.

"Disebabkan jemaah tidak ramai, jadi kami hanya membuat satu saf sahaja dan saya mengambil tempat di kedudukan paling tengah.

"Semasa kejadian, imam sedang membaca surah al-Fatihah untuk rakaat kedua. Ketika sedang khusyuk itu, tiba-tiba bahu saya sebelah kiri dicengkam dengan kuat sebelum leher diraba oleh penjenayah yang muncul dari arah belakang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, semalam.

Kak Ani berkata, terkejut dengan situasi itu, dia terus memalingkan muka dan mendapati seorang lelaki bertubuh sasa yang menutup muka dengan sehelai tuala berdiri di belakangnya.

"Saya menjerit sekuat hati kerana terkejut dan disebabkan jeritan saya itu, semua jemaah wanita terpaksa memberhentikan solat untuk membantu.

"Malah dua daripada mereka bertindak berani cuba mengejar penjenayah terbabit  tetapi gagal," katanya.

Jelasnya lagi, penjenayah yang mengenakan baju T dan berseluar jeans itu mungkin bukan sahaja berhasrat hendak meragut rantai leher dipakainya, tetapi turut mempunyai niat mengambil kesempatan untuk mencabul.

"Ini kerana, ketika dia mencengkam bahu, perbuatan awalnya lebih kepada meraba dada sebelum bertindak menarik rantai di leher.

"Tetapi apa yang saya musykilkan, bagaimana penjenayah itu tahu saya memakai rantai sedangkan semasa pergi ke masjid, saya terus memakai telekung sembahyang dan sememangnya tidak akan nampak barang kemas dipakai," katanya.

Menurutnya lagi, walaupun insiden itu sudah berlalu beberapa hari, namun dia masih trauma.

"Setiap kali hendak solat, saya merasakan seperti ada orang di belakang walaupun hanya solat di rumah.

"Selepas kejadian, saya masih tidak berani  ke masjid dan insyaALLAH, selepas semangat saya pulih dalam beberapa hari nanti, saya pasti akan menjadi salah seorang jemaah di masjid itu lagi," katanya.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Kenangan belayar # 10: Tiba <b>di Pulau Kapas</b> ~ Warta Shubhi

Posted: 03 Jul 2013 06:00 PM PDT

Singgahan akhir kami belayar adalah di Pulau Kapas. Sehari sebelum menuju ke Pulau Kapas laut bergelora sampai tak mampu berdiri atau berjalan walaupun 5 minit. Gagah berdiri membuatkan aku senak perut meloya dan pening nak muntah. Rasa nak keluarkan semua isi perut walaupun tak ada apa dalam perut sebab tak lalu nak makan.

Macam mana nak makan?, baru bayangkan makanan sahaja dah rasa nak muntah. Itu namanya mabuk laut. Seksa rasanya mabuk laut ini membuatkan aku hanya habiskan masa tidur dan tidur. Bangun dengan lemah hanya untuk tunaikan solat. Kena tunaikan cepat-cepat sebab terasa meloya nak muntah bila berdiri lama sikit.

Peluang untuk ke Pulau Kapas membuatkan aku seronok sebab tak pernah ke sana selama ini. Bila kapten kata kita singgah menyorok dari gelombang laut sebentar di Pulau Kapas, lega rasanya. Bila sampai, bot kecil yang sentiasa tersangkut atas kapal diturunkan.

Kapal tak boleh singgah dekap ke jeti di Pulau Kapas, jadi kena guna bot kecil tersebut. Kami turunkan ramai-ramai bot itu dan kemudiannya terus naik beramai-ramai untuk ke sana. Pulau kapas tak besar sangat keluasannya. Tak ada perkampungan di situ, hanyalah pusat peranginan yang dipenuhi oleh beberapa resort persendirian.

Apa yang aku rindu sangat adalah minum teh tarik di daratan. Jadi sebaik saja sampai ke darat, terus singgah di sebuah resort dan restoran kepunyaan seorang rakan kepada Kapten Kapal. Kami relaks makan kacang goreng dan minum teh tarik...wah sedap dan lega melepaskan rindu minum teyh tarik.

Oklah jugak walaupun tak sepuas rasa minum teh tarik di kedai mamak. Tak ada kedai mamak di Pulau Kapas, kalau ada mamakpun pergi ke sana, mereka tak akan buka restoran di situ sebab bukannya satu kawasan yang ada ramai orang.


Mamak hanya akan buka restoran di kawasan yang penuh sesak dengan orang ramai. Mereka sanggup sewa kedai yang mahal harga sewanya kerana yakin pulangannya lumayan.

Berbeza pula dengan orang Melayu, mereka akan buka restoran di kawasan tersorok dan tak ada orang. Alasannya adalah kerana harga sewa murah. Selepas buka 6 atau 7 bulan, tutup kedai sebab tak ada orang pergi....

Ini aku lampirkan beberapa keping gambar yang dirakam di Pulau Kapas. Ada banyak lagi gambar pemandangan di pulau tersebut yang akan aku paparkan selepas ini.

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved