ads

Selasa, 21 Februari 2012

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Kes Simbah Asid <b>Di Marang</b>: Janda 24 Thn Terkilan Jika Beliau Jadi <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 08:43 PM PST

Marang: "Saya kesal kalau benar saya yang menjadi punca mereka bergaduh," kata janda berusia 24 tahun yang enggan dikenali dari Kampung Serating, Merchang, di sini, yang terkilan kerana dikatakan penyebab kejadian simbah asid di kampung terbabit, pagi Ahad lalu.

Bagi mengelak prasangka buruk terhadapnya, ibu kepada dua anak itu menjelaskan salah seorang suspek dan mangsa adalah bekas teman lelakinya dari kampung sama.

Menurutnya, mereka bersengketa apabila mengetahui seorang daripada mangsa iaitu Sharul Zaman Salim, 38, cuba melamarnya beberapa minggu lalu.

"Memang dia (Sharul Zaman) melamar saya minggu lalu, tetapi saya menolak kerana beranggapan mereka hanya sebagai kawan saja.

"Kejadian itu juga menyebabkan penduduk kampung memandang serong kepada saya selain tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja sebagai pembantu kedai makan dan sangat terkilan seandainya betul kejadian itu ada kaitan dengan saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, susulan tangkapan terhadap dua lelaki berusia 39 dan 32 tahun yang dipercayai terbabit mencederakan dua mangsa dalam kejadian di Kampung Padang, Merchang, di sini, Ahad lalu, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 26 tahun bagi membantu siasatan.

"Lelaki terbabit seorang buruh binaan dari Kampung Padang, Merchang ditahan di premis mencuci kereta di kampung berkenaan kira-kira jam 4.30 petang semalam (kelmarin) dan penahanan terhadap lelaki terbabit dipercayai dapat membantu siasatan yang kini hampir selesai," katanya. -HM

Mangsa simbah asid dibedah esok

MOHD. FAZIL terlantar di wad mangsa kebakaran HSNZ, Kuala Terengganu semalam dan dijangka dibedah esok.

KUALA TERENGGANU - Dua lelaki yang menjadi mangsa kes simbah asid ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang, Marang dekat sini Ahad lalu dijadual menjalani pembedahan menampal kulit baharu esok.

Mohd. Fazil Idrus, 18, dan Shahrulzaman Salim, 38, kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Bapa Mohd. Fazil, Idrus Mat Nor, 54, berkata, anaknya itu bakal dibedah bagi membolehkan kulit paha lapisan pertamanya diambil untuk ditampal pada bahagian muka, tangan dan kaki yang melecur teruk.

"Kami harap pembedahan itu berjaya, sedih juga rasa apabila Mohd. Fazil masih enggan bercakap sejak ditimpa musibah itu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Idrus juga belum tergamak membenarkan Mohd. Fazil melihat cermin bagi mengelakkan anaknya itu terkejut.

"Saya tidak tahu bagaimana dia mahu hadapi semua ini kerana hampir separuh daripada mukanya telah melecur," tambahnya.

Kosmo! kelmarin melaporkan mengenai nasib malang dua sahabat itu yang cedera parah selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang. -kosmo

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


MAZHA 2010: Banjir <b>di Setiu</b>

Posted: 21 Nov 2011 08:34 PM PST

21 NOV. 2011: Sekumpulan kanak-kanak bermain perahu di hadapan rumah mereka yang ditenggelami air di Kampung Merbau Menyusup, Setiu, Terengganu. Banjir mula melanda negeri itu dengan 26 penduduk di daerah berkenaan mula berpindah. - Utusan/AZLAN BAHRUM


KUALA TERENGGANU 22 Nov. – Seramai 47 orang daripada 11 keluarga mangsa banjir dari Kampung Tasik Setiu yang dipindahkan pagi semalam masih berada di pusat pemindahan di balai raya kampung itu.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Bekas Juruterbang MAS Lemas <b>Di Pulau Perhentian</b>

Posted: 18 Feb 2012 06:28 PM PST

BESUT – Seorang pemilik sebuah studio rekacipta yang juga bekas juruterbang Malaysia Airlines (MAS) ditemui lemas di satu lokasi menyelam di perairan Pulau Perhentian Kecil, Besut, kira-kira pukul 2 petang semalam.

Mangsa, Mohd Nurul Husni Mahmud, 37 yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditemui oleh pelancong asing yang sedang melakukan aktiviti menyelam tidak jauh dari tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd Noor, ketika mengesahkan kejadian itu berkata mangsa yang ditemui terapung-apung dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian Kecil namun disahkan meninggal dunia ketika ditemui.

Katanya, jenazah Mohd Nurul Husni kemudian dibawa polis ke Hospital Daerah Besut untuk melakukan bedah siasat dan mengesahkan kematian mangsa adalah kerana lemas.

Noor Zainy berkata, mengikut laporan, mangsa ke ke Pulau Perhentian sejak 2 Februari lalu seorang diri dan tinggal di sebuah chalet di pulau itu serta dijangka pulang esok.

Sementara itu, seorang rakan mangsa yang juga pemandu bot pelancong di Pulau Perhentian, Mohd Asrul Che Rama, 25, berkata mangsa bersamanya minum pagi pada 10.35 pagi sebelum beliau kelihatan bersama dua rakan pelancong asing untuk bersiar-siar di kawasan kincir angin dekat situ.

Katanya, beliau mengenali Mohd Nurul Husni kerana mangsa selalu datang ke Pulau Perhentian dengan menggunakan perkhidmatan botnya untuk mengambil gambar sebelum diproses di studionya di Alor Setar.

"Mohd Nurul Husni adalah seorang periang dan suka berkawan dan sangat berminat mengambil gambar-gambar pemandangan di Pulau Perhentian yang kini dijadikan sebagaitugas utamanya sejak berhenti berkhidmat dengan MAS selaku juruterbang sejak Disember 2010," katanya.

Mohd Asrul berkata, tidak menyangka mangsa boleh lemas kerana tempat Mohd Nurul Husni ditemui lemas adalah lokasi biasa beliau mandi dan melakukan aktiviti menyelam.

Jenazah Mohd Nurul Husni dituntut oleh anggota keluarganya malam tadi untuk dibawa pulang ke Alor Setar dan dikebumikan hari ini. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Anwar persoal kos Lebuhraya <b>Jabor</b> RM5 bilion - KeadilanDaily <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2011 03:54 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pembinaan Lebuhraya Jabor di Kemaman, Terengganu yang menelan kos tinggi sehingga melebihi RM2 bilion daripada kos asal.

Anwar berkata, kos asal pembinaan lebuhraya yang termasuk dalam projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT) itu hanya bernilai RM3 bilion, tetapi kini  menjadi RM5 bilion.

Menurut beliau, perkara itu tidak sepatut berlaku kerana ia melibatkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan dengan cara yang betul.

"Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Kenapa kejadian ini berlaku? Ini merupakan kelemahan JKR dan kementerian terbabit perlu bertanggungjawab dalam hal ini," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, projek tersebut yang dibina sejak 2007  dan sepatutnya siap tahun lalu, sehingga kini masih gagal disiapkan.

Ia katanya, belum lagi mengambil kira persoalan tol dan syarikat pemegang konsesi.

"Sehingga sekarang, kita masih belum tahu siapakah yang akan mengendalikan tol dan siapakah yang akan memegang konsesinya," katanya yang juga Ketua Umum KEADILAN.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek membina jambatan di atas daratan di Kemaman, Terengganu dengan kos RM174 juta yang melebihi RM70 juta dari harga sebenar.

"Ini merupakan satu projek pelik Umno BN yang membina jambatan di daratan dan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar," katanya, lapor Harakah Daily

Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat.

Sehingga kini, katanya, kemiskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22541

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


dun hulu besut No4: Ceramah <b>Di Jerteh</b>, 7 Jan 2012.

Posted: 08 Feb 2012 09:49 PM PST

Entah mengapa...Ceramah Pakatan Rakyat di Dataran PAS belakang Masjid Hadhari tidak mendapat sambutan ramai. Aku tiba di tapak ceramah agak lewat kerana ada urusan dengan kawan. Masa itu YDP ustaz Wan Azahar tengah berucap. Aku agak terkejut dengan sambutan masyarakat di Besut pada malam itu. Aku bertanyakan seorang cikgu di sebelah aku, tentang kedinginan sambutan malam itu. Dia kata, orang kampung takut hadir ke ceramah PAS kerana bimbang nama akan dicatat oleh JKKK. Mereka bimbang kalau-kalau tidak dapat duit RM500 yg Najib janji nak bagi tu. Aduh....Aku boleh setuju dengan jawapan itu, tapi aku rasa ada faktor lain lagi yang menjadikan pengunjung tidak ramai pada malam tu.

Aku balik dalam keadaan banyak persoalan yang belum terjawab, walaupun YB Salahuddin banyak memberi imput terbaik buat penyokong PR. Bekas Puteri Umno dari Banggol Donas, Teluk Pasu juga sudah lancar berceramah. Aku kira PAS boleh terus menjemput dia ceramah di banyak tempat lagi.

Aku nampak cikgu Solah boleh kendalikan majlis dengan baik. Dia ada ketokohan tersendiri. Mengapa PAS tidak pilih dia jadi calon Parlimen? Aku sangat tidak setuju jika Dr Syamsuri yang sekarang jadi setiausaha DS Presiden akan diangkat sebagai calon Perlimen. Rakyat masih tidak lupa kepada bekas YB Parlimen Besut dalam PRU 1999, Sdr Hasan Muhammad yang banyak menjatuhkan prestasi PAS di kalangan rakyat Besut. Dia tidak bijak bermain politik. Aku rasa orang akan anggap perkara yang sama akan berlaku jika mengundi PAS kali ini. Sepatutnya YB ni kena amik orang dari akar umbi lagi. Jangan amik orang luar yang tak faham bahas orang Besut! Aku bukan nak perlekeh dia. Dia ada PhD! Tapi dari segi politik, aku rasa rakyat masih tidak kenal dia lagi. Dia patut lama lagi bergelumang dengan rakyat Besut. Aku bimbang, Hasrat nak tawan Terengganu akan tinggal impian saja, akibat tidak bijak kemuka calon kepada masyarakat. Orang PAs tak apa, letak Katak Puru pun akan sokong bulan! Kita nak menang ni bukan dengan sokongan orang PAS semata-mata. Inilah politik cerdik. Aku sokong kalau PAS ketengah kan Cikgu solah ke peringkat yang lebih tinggi.

Apabila aku suarakan hal yang sama kepada rakan-rakan masa berhenti minum lepas ceramah tu, ramai yang tidak setuju, sebab cikgu solah akan bertanding di Hulu Besut. Bagi aku, PAS patut buat penelitian dan  kajian menyeluruh pasal calon ni. Aku tidak nampak cikgu Solah boleh menang lagi di Hulu Besut. Mengikut cula BN, Dia masih boleh menang selesa di semua DUN dalam Parlimen Besut, termasuklah dalan Dun Hulu Besut! PAS pun mengakui hakikat itu. Dalam cula PAS masih tewas 3 ribu undi! Cikgu Solah cuma berharap dalam impian saja untuk menang, dengan perubahan pengundi di saat akhir! PAS lupa ke, pasal BN-Umno ni sentiasa ada strategi dia! Apa lagi dalam PRU ke 13 ni...

Aku nak bagitahu orang Pas, Cikgu Solah tidak boleh diangkat sebagai calon di Hulu Besut. PAS kena cari calon lain yang mampu berdepan dengan BN-Umno! Selepas PRU 12 lalu, Cikgu Solah amik alih Pengarah DUN Hulu Besut dari bekas YB Ust Abdullah Mata Adam. Semenjak dari itu, dia kuat bekerja siang dan malam. Aku tabik pasal dia kuat kerja tu. Tapi hasil kerja kuat dia itu, tidak banyak menambahkan jumlah pengundi PAS untuk mengurangi majoriti BN. Apa tah lagi nak menang! Ramai orang PAS tidak faham bahasa pilihanraya ni. Hari-hari nampak Cikgu Solah, itulah yang ditonjolkan sebagai calon. Dalam Pilih Raya, undi seorang Cina yang tidak pernah solat itu sama nilainya dengan undi seorang Melayu yang kuat PAS. Undi orang atas pagar sama nilainya dengan undi DS Tok Guru Presiden! Satu undi untuk setiap orang. Kalau Cikgu Solah tidak boleh menggunakan kreadibilitinya untuk mendapat sokongan dari masyarakat Hulu Besut, dia sepatutnya tidak layak lagi untuk diangkat sebagai calon dalam PRU ke 13 nanti untuk mewakili parti PAS! Pas akan kalah dengan mudah. BN-Umno akan tersenyum dengan lebar, selebar-lebarnya.

Sebab itu, PAS payah menang! Orang PAS tidak faham bahasa Pilihan Raya!

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


ZEALOUSSENPAI: KAMI BUDAK IKAN!!

Posted: 21 Feb 2012 07:59 AM PST

Bukan gambar budak ikan yang kami mksudkan di atas , tetapi jurusan yang kami ambil di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

iaitu DIPLOMA PERIKANAN!gempak x diploma ni,raseny ade 2 diploma perikanan je kat Malaysia ni di UMT dan UPM(Universiti Putra Malaysia).Kami adalah batch 2011/2012.Beruntong sangat belajar di sini.Universiti ni sebelah pntai je,iaitu Pantai Tok Jembal(tpi sekrg pntai ni dah terhakis sampai msuk paper.huhu)
then istimewanya UMT ni,setiap pelajar yang bru masuk di wajibkan menyertai Survival Laut di Pulau Bidong!Pulau Bidong tu Pulau UMT,pihak kerajaan Terengganu membenarkan UMT membina pusat penyelidikan di pulau ni untuk tujuan penyelidikan marin dll..
Malah UMT ade kapal sendiri..fuhhh,gempak wooo,moh tgk gambar-gmabr ni

ni time survival laut diploma perikanan 2011/2012.survival kt pulau bidong 3hari 2 malam.kalo dak ijazah , 2hari satu mlm,special lgi diploma ni.lgi satu diploma ni satu-satunya diploma yang ade kt UMT ni,yg lain ijazah,master ngan PhD.
















buktii

Tunggu post survival laut diploma perikanan 2011.Best sgt2

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Kenyataan Penuh Dewan Ulama PAS <b>Negeri Terengganu</b>

Posted: 17 Feb 2012 04:27 PM PST

- Ajaran Sesat Berdasarkan Acuan al-Quran
1.    Dewan Ulama memandang serius terhadap kenyataan YAB Menteri Besar Terengganu iaitu tuduhan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat, adalah isu lama yang pernah dibuat oleh pimpinan bilis UMNO dikampung iaitu tukang karut UMNO dan JKKK.


2.    Tetapi kali ini dikeluarkan oleh orang No 1 di Negeri Terengganu. Orang yang mencorakkan Parti di peringkat negeri, mencorakkan kerajaan dan rakyat. Maka  tidak seharusnya tuduhan ini dibuat.

3.    PAS sebuah pertubuhan politik yang berdaftar secara sah di sisi undang-undang Negara.

4.    Dasarnya ialah Islam, hukum tertingginya adalah Al Quran dan As Sunnah, Ijma' dan Qias.

5.    Matlamatnya ialah melaksanakan hukum Allah, hukum syariat, bertindak melalui kaedah Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar.

6.    PAS memerintah Kelantan lebih 20 tahun. Dimanakah ajaran sesat yang dilaksana dan dirancang oleh PAS.

7.    PAS pernah perintah Terengganu selama lebih 4 tahun. PAS telah meminda perlembagaan negeri dengan memperuntukkan Hukum yang tertinggi ialah Al Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias serta telah meluluskan enakman Hudud, Qisas dan Takzir.

8.    Ajaran sesat mengikut acuan Allah SWT ialah firman  Allah SWT dalam surah Al Ahzab : 36

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا مُّبِينًا
" Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - ( tidaklah harus mereka ) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan Yang jelas nyata."

Dan firman Allah SWT dalam surah  Shad : 26
يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الأَرْضِ فَاحْكُم بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ
" Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan ( hukum syariat ) yang benar ( yang diwahyukan kepadamu ); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan ( jalan Allah ) itu."

1.    Ajaran sesat ialah ajaran yang menderhakakan Allah dan Rasul, maka siapakah sebenarnya yang menderhaka?.

2.    Siapakah yang sebenarnya melaksanakan peraturan mengikut nafsu dan siapa pula yang melaksanakan peraturan al Quran?.

9.    Maka Dewan Ulama menganggap ucapan Menteri Besar itu adalah ucapan seorang yang terdesak dan tidak waras serta merupakan suatu provokasi. Ianya hendaklah ditarik balik dan memohon maaf kepada rakyat secara terbuka.

Dato' Haji Husain Awang.
Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu.
23 Rabi' Awal 1433 / 16 Februari 2012

Komen:

13 di kerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


Jawatan kosong <b>di</b> BP PETRONAS Terkini 2012

Posted: 13 Feb 2012 09:53 PM PST

Closing date 10 Mac 2012

BP PETRONAS Acetyls Sdn. Bhd. (BPPA)is a joint-venture between BP Holdings International B.V. (70%) and PETRONAS (30%) which owns and operates a 500 kte per annum acetic acid manufacturing facility in Kerteh, Terengganu. The plant commissioned in November 2000 and is part of the Kerteh Integrated Petrochemicals Complex (KIPC), Kerteh, Terengganu.

Applications are invited from suitably qualified candidates for the following position to be based at our Kerteh office:

1.Technician

MUAT TURUN JAWATAN

Incoming search terms:

  • jawatan kosong petronas kerteh 2012
  • jawatan kosong bp petronas
  • jawatan kosong di bp petronas
  • BP Holdings International B V
  • kerja kosong dekat kerteh 2012
  • kerja kat petronas kerteh
  • jawatan kosong petronas kerteh terkini
  • jawatan kosong petronas kerteh
  • jawatan kosong di petronas 2012 technicion
  • jawatan kosong di kerteh 2012

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Tahfiz Al-Mizan <b>Bukit Besi</b> (T&#39;ganu) AbuSyafiyyah

Posted: 29 Jan 2012 08:08 AM PST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

13 di kuala besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


shahzero: Lancer <b>di Kuala Besut</b>, Terengganu

Posted: 20 Feb 2012 06:18 PM PST

Baru-baru ini saya bersama family telah mengikuti robongan majlis perkahwinan sepupu saya di Kuala Besut, Terengganu. Punya la jauh perjalanan dari Sepang menuju Kuala Besut. Rase macam nak patah pinggang aje. Haha.. Terima kasih juga kepada model-model yang sudi menjadi model kepada kereta Mitsubishi Lancer 2.0 GT saya. Terbaik. Haha..





 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved