Selasa, 21 Februari 2012

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


dun hulu besut No4: Ceramah <b>Di Jerteh</b>, 7 Jan 2012.

Posted: 08 Feb 2012 09:49 PM PST

Entah mengapa...Ceramah Pakatan Rakyat di Dataran PAS belakang Masjid Hadhari tidak mendapat sambutan ramai. Aku tiba di tapak ceramah agak lewat kerana ada urusan dengan kawan. Masa itu YDP ustaz Wan Azahar tengah berucap. Aku agak terkejut dengan sambutan masyarakat di Besut pada malam itu. Aku bertanyakan seorang cikgu di sebelah aku, tentang kedinginan sambutan malam itu. Dia kata, orang kampung takut hadir ke ceramah PAS kerana bimbang nama akan dicatat oleh JKKK. Mereka bimbang kalau-kalau tidak dapat duit RM500 yg Najib janji nak bagi tu. Aduh....Aku boleh setuju dengan jawapan itu, tapi aku rasa ada faktor lain lagi yang menjadikan pengunjung tidak ramai pada malam tu.

Aku balik dalam keadaan banyak persoalan yang belum terjawab, walaupun YB Salahuddin banyak memberi imput terbaik buat penyokong PR. Bekas Puteri Umno dari Banggol Donas, Teluk Pasu juga sudah lancar berceramah. Aku kira PAS boleh terus menjemput dia ceramah di banyak tempat lagi.

Aku nampak cikgu Solah boleh kendalikan majlis dengan baik. Dia ada ketokohan tersendiri. Mengapa PAS tidak pilih dia jadi calon Parlimen? Aku sangat tidak setuju jika Dr Syamsuri yang sekarang jadi setiausaha DS Presiden akan diangkat sebagai calon Perlimen. Rakyat masih tidak lupa kepada bekas YB Parlimen Besut dalam PRU 1999, Sdr Hasan Muhammad yang banyak menjatuhkan prestasi PAS di kalangan rakyat Besut. Dia tidak bijak bermain politik. Aku rasa orang akan anggap perkara yang sama akan berlaku jika mengundi PAS kali ini. Sepatutnya YB ni kena amik orang dari akar umbi lagi. Jangan amik orang luar yang tak faham bahas orang Besut! Aku bukan nak perlekeh dia. Dia ada PhD! Tapi dari segi politik, aku rasa rakyat masih tidak kenal dia lagi. Dia patut lama lagi bergelumang dengan rakyat Besut. Aku bimbang, Hasrat nak tawan Terengganu akan tinggal impian saja, akibat tidak bijak kemuka calon kepada masyarakat. Orang PAs tak apa, letak Katak Puru pun akan sokong bulan! Kita nak menang ni bukan dengan sokongan orang PAS semata-mata. Inilah politik cerdik. Aku sokong kalau PAS ketengah kan Cikgu solah ke peringkat yang lebih tinggi.

Apabila aku suarakan hal yang sama kepada rakan-rakan masa berhenti minum lepas ceramah tu, ramai yang tidak setuju, sebab cikgu solah akan bertanding di Hulu Besut. Bagi aku, PAS patut buat penelitian dan  kajian menyeluruh pasal calon ni. Aku tidak nampak cikgu Solah boleh menang lagi di Hulu Besut. Mengikut cula BN, Dia masih boleh menang selesa di semua DUN dalam Parlimen Besut, termasuklah dalan Dun Hulu Besut! PAS pun mengakui hakikat itu. Dalam cula PAS masih tewas 3 ribu undi! Cikgu Solah cuma berharap dalam impian saja untuk menang, dengan perubahan pengundi di saat akhir! PAS lupa ke, pasal BN-Umno ni sentiasa ada strategi dia! Apa lagi dalam PRU ke 13 ni...

Aku nak bagitahu orang Pas, Cikgu Solah tidak boleh diangkat sebagai calon di Hulu Besut. PAS kena cari calon lain yang mampu berdepan dengan BN-Umno! Selepas PRU 12 lalu, Cikgu Solah amik alih Pengarah DUN Hulu Besut dari bekas YB Ust Abdullah Mata Adam. Semenjak dari itu, dia kuat bekerja siang dan malam. Aku tabik pasal dia kuat kerja tu. Tapi hasil kerja kuat dia itu, tidak banyak menambahkan jumlah pengundi PAS untuk mengurangi majoriti BN. Apa tah lagi nak menang! Ramai orang PAS tidak faham bahasa pilihanraya ni. Hari-hari nampak Cikgu Solah, itulah yang ditonjolkan sebagai calon. Dalam Pilih Raya, undi seorang Cina yang tidak pernah solat itu sama nilainya dengan undi seorang Melayu yang kuat PAS. Undi orang atas pagar sama nilainya dengan undi DS Tok Guru Presiden! Satu undi untuk setiap orang. Kalau Cikgu Solah tidak boleh menggunakan kreadibilitinya untuk mendapat sokongan dari masyarakat Hulu Besut, dia sepatutnya tidak layak lagi untuk diangkat sebagai calon dalam PRU ke 13 nanti untuk mewakili parti PAS! Pas akan kalah dengan mudah. BN-Umno akan tersenyum dengan lebar, selebar-lebarnya.

Sebab itu, PAS payah menang! Orang PAS tidak faham bahasa Pilihan Raya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads