ads

Selasa, 29 Januari 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


teganuku: Pusat Rehabilitasi 1Malaysia <b>Seberang Takir</b>

Posted: 21 Nov 2012 08:39 PM PST

Penubuhan Pusat Rehabilitasi 1 Malaysia di Seberang Takir yang membabitkan kos kira-kira RM350,000 dijadualkan beroperasi dalam masa terdekat ini sebaik peralatan di sini lengkap sepenuhnya nanti.

Pusat yang akan memberi fokus terhadap pesakit strok atau angin ahmar ini merupakan lokasi khusus pertama yang diwujudkan di negeri ini selepas mendapati ramai masyarakat di sini menderita penyakit itu.

Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat yang akan menempatkan pakar fisioterapi bertauliah itu akan membantu merawat dan mencegah penyakit tersebut.


"Pusat yang akan beroperasi secara percuma untuk masyarakat di Seberang Takir ini dalam proses persiapan terakhir dan akan mula menerima pesakit sebaik segala kelengkapan sedia sepenuhnya dan kita harap kewujudannya nanti mampu merawat penyakit yang menunjukkan peningkatan sejak belakangan ini.

"Idea mewujudkan pusat rehabilitasi bermula apabila saya dapati hampir sebahagian besar penduduk yang saya lawati mengalami penyakit ini (strok) dan lebih menyedihkan ada antara mereka yang masih baru dan boleh dirawat, namun akibat tidak tahu penjagaan yang betul ia menjadi bertambah parah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Lawat dan Ziarah Penduduk di Kubang Badak dan Tok Jembal, di sini. Ahmad Razif berkata, selain khidmat fisioterapi, pusat berkenaan turut menyediakan khidmat rawatan dan latihan kepada pesakit serta waris mengenai penjagaan yang betul bagi pesakit strok agar mampu pulih kembali.

"Kita harap dengan wujudnya pusat ini nanti mampu memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pesakit dan waris yang menjaga dengan harapan pesakit diberi rawa-tan menyeluruh," katanya.

Sementara itu, dalam program itu, beliau turut melawat seramai 12 penduduk yang menghidap pelbagai jenis penyakit bersama pegawai perubatan bagi membuat pemeriksaan awal sebelum dirujuk kepada hospital atau klinik terdekat.

Pesakit yang ditemui, Jusoh Muda, 76, mengakui terharu dan berterima kasih atas kunjungan yang diberikan kerana ia jelas mencerminkan pemimpin yang berjiwa rakyat.

"Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi melawat saya kerana s mampu mengurangkan bebanan yang saya tanggung," katanya yang telah tiga tahun menderita lelah yang agak kronik.

Berita Harian

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Bercuti <b>di Pulau Perhentian</b>.. Sep 18 - 21,2012 - S affuan S tudio

Posted: 11 Oct 2012 11:18 PM PDT

Memandangkan che terlalu sebok kebelakangan ni, so che embek kesempatan utk bercuti utk menenangkan fikiran..Bertolak dari selayang kol 4am tadi.. Jemput member che kat kepong.. Lepas tu terus ke bangsar umah member che lagi sorg.. Dari rumah dia terus ke kl central.. Naik train 5.30am pastu naik bas ke lcct.. Lepas check in kita org sarapan jap.. Lepas tu baru boarding.. Masuk2 flight, che mcm kenal jer pramugari tu.. Rupanya kastemer che dulu.. Che pun tegur lah dia masa dia nak bg makanan.. Dia terkejut tgk che dah lain.. Dgn rambut panjang segala bagai.. Dia offer che nak apa2 ke.. Masalahnya che dah makan nasik lemak tadi.. Kalau x, harus che mintak.. Dan air teh lagi.. Skrg ni che otw ke kota jeti besut.. Menikmati permandangan kota bharu.. Indah.. Terutama bila selisih dgn abey kelatey..

Kita org sampai kat  airport kota bahru dlm pukul 10 lebih.. lepas tu terus naik teksi ke jeti kuala besut.. lepas bayar cukai masuk ke taman coral kita org pun dibenarkan naik bot.. best giler masa tu.. terbentang luar lautan biru utk che perhatikan.. dengan angin pecutan bot tu.. x sabar sangat nak sampai ke pulau perhentian tu.. sampai jer kat sana kita org dijemput dgn gurauan budak2 pulau yg berlenggeng x berbaju.. eeeemmmmmm...

Lepas tu kita org terus ke reception.. x lama lepas tu kita org pun dibenarkan masuk bilik.. teruja betul sepanjang perjalanan nak ke bilik kita org tu.. kita org melewati kawasan yg penuh dgn pokok2.. rasa mcm duduk dlm hutan jer.. kita org pun apa lagi? cop ler tempat tido masing2.. lepas tu semua tido kejap utk berehat.. bangun ptg sikit kita org pegi ke pantai utk jalan2 dan makan..

Tulisan atas pasir tu kita org buat masa petang tu ler.. lepas makan kita org balik ke bilik balik.. malam tu kita org duduk bilik berborak2 cita segala benda.. terutama cita hantu.. lepas tu cita kelakar.. lepas tu berkekek2 tengah malam.. sampai mat saleh chelet depan kita org sound.. baru masuk dlm tido.. he..he..he..

Esoknya kita org pun buat lah aktiviti wajib ke pulau perhentian.. iaitu snorkeling.. ni pengalaman pertama che.. memang best!!! mula2 kita org ke tempat ikan yu dulu.. byk gak ikat kat situ.. tapi che x nampak pun ikan yu.. kawan che nampak.. lepas tu kita org ke tempat byk penyu lak.. kat situ che nampak.. byk penyunya.. tapi kawasan tu x der batu karang langsung.. tempat tu byk rumpai laut kat dasarnya.. tu yg penyu dtg meragut tu.. best.. besar lak tu penyu tu!!! lepas tu kita org ke tempat batu karang byk pulak.. memang best tempat ni!! dekt dengan rumah api tengah laut.. kecik jer.. jgn pulak bayangkan mcm rumah api atas bukit tu.. kat sini lagi best!!! byk ikan dan coral dia cantik2.. lepas tu kita org singgah ke pulau kecik area situ.. pakcik bot tu nak repair bot.. rosak sikit katanya.. lepas ok, kita org terus balik hotel.

Petang tu keluar balik makan.. malam tu kita org ke long beach.. jauh giler rasanya berjalan masa tu.. x tau sebba faktor kegemokan che ke? benci!! lepas sampai sana mengah!! kita org lepak2.. jer.. kat situ pantai dia lebih best.. sbb x der batu karang.. sesuhai utk aktviti pantai..

Esoknya kita org lepak2 bilik jer.. seharian.. sebab penatkan..lepas makan malam kita org ke loing beach lagi.. esoknya balik.. kita org check out awal sebab nak jejalan kat bandar kota bahru.. bersambung..  .




Dalam ERL.. menuju ke airport.





Sarapan kat airport..









Baru lending..





OTW ke Jeti Kuala Besut..






Dalam bot.. ke pulau kazambo..





Perjalanan ke bilik..




Bilik kita org..





 Permandangan dari restoran kita org lepak..









ratu sampai pantai katanya..




Bilik dilanggar todak..






Show kat long beach..








Kat pasar siti khatijah...



13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Laman Muhandis: Nasi Kukus Best <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 13 Jan 2013 01:33 AM PST

Sudah lama aku terliurkan nasi kukus di kedai simpang 3 traffic light itu. Tetapi apabila melihatkan berderet orang beratur untuk menunggu giliran, aku KIV kan dulu niat untuk santap di situ. Dahlah nak parking kereta payah kat situ, maklumlah simpang 3 traffic light!
Hari itu aku kira nasib aku baik. Semasa menunggu lampu isyarat, aku lihat hanya 2 orang sedang beratur di kedai nasi kukus itu. Apa lagi, aku terus cari parking dan zasss.....terus masuk queue.
Sampai je giliran pelanggan di di depan aku, brader tukang bubuh nasi dengan selamba kering suruh kami semua join queue baru yang baru dibuat di sebelah barisan yang kami sedang beratur. Katanya, dia nak bubuh nasik untuk orang 'order'.
Aku pandang belakang aku, seorang mak cik 50-an dan seorang brader kelihatan kecewa. Pelanggan lain kat belakang semua dah join queue baru.
Mak cik dan brader tersebut dengan senyum kecewa terpaksa join queue baru yang sudah terdapat ramai pelanggan beratur di hadapannya. Mak cik itu sempat menyuruh aku beratur di depannya.
"Takpalah mak cik, saya cari nasi kat kedai lain aje lah," jawab aku sambil tersenyum kelat.
Belum bersedia aku untuk beratur panjang-panjang demi sepinggan nasi di tanah tumpah darahku yang makmur ini. Kalau masa di asrama dulu lainlah. 

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Homestay Kuala Berang, Ajil, <b>Wakaf Tapai</b>, Marang

Posted: 22 Jan 2013 05:13 AM PST

HOMESTAY   WAKAF TAPAI / BUKIT PAYUNG , MARANG / AJIL / KUALA BERANG
(TAMAN TAPAI INDAH).

Hubungi  013-9953389 / 01119983281 ( mohd Azwan) atau  013-9255701  (Cik Som)

Untuk penginapan murah dan selesa di Terengganu - sekitar Ajil , Wakaf Tapai dan Bukit Payung
RM 110.00 untuk malam ke- 2 hingga  malam ke -5

RM 90.00   malam ke- 6 dan ke atas.

- 2 buah bilik kelamin (double bed) dan  1   bilik single.
- ada air-cond, televisyen, cerek elektrik, rice cooker, peti ais dll


1. 1KM - IKBN,  AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT (WAKAF TAPAI)

2. 8KM - KUALA BERANG
3. 16 KM - AIR TERJUN SEKAYU, PULAU KAPAS
4. 23 KM - KUALA TERENGGANU, TASIK KENYIR
5. 6 KM ke Kolej Islam Sains Terengganu (KIST) 

6. 8 KM ke Politeknik Hulu Terengganu 
7. 18 KM ke MRSM Kuala Berang
8. 18 KM Ke Sek. Men. Sains Hulu Terengganu
9.  Taman ini terletak di tengah pekan Wakaf Tapai- ada pasar malam, pasar tani, pasar raya Xiri, kedai runcit, kedai makan, sekolah rendah dan menengah


                       Plastik tilam tak sempat bukak lagi dah snap gambar. Plastik akan dibuka kemudian ye....









                                       













13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved