ads

Rabu, 8 Januari 2014

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


adun <b>paka</b> sembunyi fakta tentang guru kafa kontrak tidak disambung

Posted: 03 Jan 2014 02:33 AM PST

gambar2

JAWAPAN KEPADA PESURUHJAYA PAS TERENGGANU Proses pemutihan dalam jabatan kerajaan adalah perkara biasa yang dilakukan setiap tahun. Ia dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri. PAS semasa memerintah Terengganu (1999-2004) melakukan proses yang sama, antaranya:

1. Menamatkan kontrak lebih 100 kakitangan Unit Perpaduan Ummah (UPU).

2. Memecat dan menamatkan kontrak lebih 200 imam dan bilal.

3. Memecat ketua-ketua kampung, JKKK dan tubuh JSR dikalangan penyokong PAS.

4. Hentikan bantuan 1,500 keluarga fakir dan miskin.

5. Memecat pegawai tinggi kerajaan seperti Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Ketua Pegawai Eksekutif TATI. Itu sebahagian contoh. Masihkah kau ingat? Wahai Saiful Bahri, yang ketika itu ADUN Paka.

Pembohongan pertama Saiful Bahri, guru KAFA dipecat. Mereka bukan dipecat, tetapi 'tidak disambung kontrak'. Ia memberi makna yang berbeza. Kenapa guru KAFA tidak disambung kontrak? Sudah tentu ada banyak jawapan yang tidak disebut Saiful Bahri. Jawapan yang diberi Saiful Bahri ialah UMNO JAHAT. Itu sahaja jawapan yang mampu dihasut oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu. Malah, ada dikalangan guru KAFA yang tidak disambung kontrak melibatkan ahli dan penyokong UMNO. Kenapa? Antaranya: 1. Tidak menunjukkan akhlak yang baik seperti menabur fitnah. Ada guru Kafa menyebar cerita kononnya MB Terengganu ditangkap khalwat di Hotel Hilton, KL. 2. Ada guru Kafa berbalah dengan anak murid apabila bertegas dengan kenyataan bahawa Perdana Menteri membunuh Altantuya. 3. Guru Kafa tidak menjalankan tugas dengan jujur apabila menghasut orang ramai membenci kepimpinan Menteri Besar Terengganu. 4. Ada guru Kafa menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur. 5. Malah, ada kes guru Kafa ponteng tugas dengan menghadiri perhimpunan haram di Kuala Lumpur. 6. Ada guru Kafa yang bertumbuk dengan Ahli Jawatankuasa JKKK di sebuah kampung di Dungun. 7. Ada guru Kafa menunjukkan perangai yang boleh merosakkan imej pendidikan di Terengganu seperti memberi kefahaman yang salah. Contohnya isu kalimah Allah dan Kerajaan Kafir. 8. Ada guru Kafa yang tinggalkan tanggungjawab dan menyertai program parti politik Pakatan Rakyat selama 3 minggu di luar Terengganu. 9. Ada guru Kafa yang menerima elaun daripada Kerajaan tetapi menjalankan tugas di Pejabat PAS Kawasan. Kes ini berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang dan Dungun. 10. Ada guru Kafa menunjukkan akhlak yang buruk kepada masyarakat. Contoh kes, mencuri sejadah masjid dan membuat kutipan derma di masjid tanpa pengetahuan Jawatankuasa Masjid. Derma itu digunakan untuk membiayai program penerangan PAS. 11. Ada guru Kafa menjadi 'agen' parti PAS apabila secara terang mengedar risalah kempen PAS, manifesto PAS Terengganu PRU 13 dan CD ceramah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng pada PRU 13. 12. Ada guru Kafa tidak memberi komitmen yang baik terhadap tugas apabila tidak hadir ke majlis atau perjumpaan anjuran YIT dan Kerajaan Negeri. 13. Ada guru Kafa sudah hilang komitmen dengan tugas apabila sibuk dengan perniagaan dan aktiviti pertanian. 14. Ada guru Kafa berlakuan tidak sopan apabila ugut untuk buang kakitangan kontrak YIT yang menegur masakah disiplin apabila PAS memerintah Terengganu selepas PRU 13. 15. Ada guru Kafa yang rela dipecat, asalkan dapat 'berjuang' bersama PAS. (SMS guru Kafa kepada kakitangan YIT). Ini hanyalah sebahagian sahaja. Ia bukan untuk memburukkan guru Kafa tetapi menolak tuduhan jahat Pesuruhjaya PAS Terengganu. Profil individu berkenaan Admin tidak akan dedahkan kerana mahu menjaga air muka dan aib keluarga bekas guru Kafa terbabit.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


VIDEO: Rompakan Bersenjata <b>Di Besut</b> | Terengganu Today

Posted: 06 Jan 2014 04:09 PM PST

Dua lelaki merompak kedai telefon di Besut.

28 Disember lalu, seorang pemuda nyaris maut selepas ditembak salah seorang daripada dua perompak  di Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu.

Kejadian berlaku selepas Nor Hasmadi Mohd Noor, 29, yang berada di kedai makannya miliknya bergegas menuju ke kedai 'handphone' berhampiran bila melihat dua lelaki mencurigakan sedang berlari keluar menuju ke motosikal mereka dari kedai terbabit.

Pertanyaan Nor Hasmadi tentang apa sedang berlaku kemudiannya dibalas dengan tembakan daripada salah seorang lelaki berkenaan yang baru sudah merompak.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, kedua-dua suspek sedang diburu.

Mereka terdiri daripada lelaki mengacukan pistol yang berbadan kecil, kurus, berkulit gelap dan ketinggian dianggarkan 165 sentimeter selain memakai cermin mata hitam; serta seorang lagi suspek yang berperanan memasukkan telefon bimbit ke dalam plastik beg. Dia memakai baju T hitam dan berseluar jeans warna biru, kurus, berkulit gelap dan ketinggian dianggarkan 178 sentimeter.

Berikut adalah rakaman kejadian rompakan pada hari berkenaan.-mnh

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Dec 2013 03:19 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

SETIU HARI INI: JKKK PANTAI <b>BATU RAKIT</b> JOHAN ...

Posted: 03 Dec 2013 12:47 AM PST

YB Haji Bazlan bin Abd Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit telah berkenan menyumbang peruntukan sebanyak RM1,500.00 bagi setiap penyertaan JKKK. Pihak penyelaras program telah melantik beberapa orang wakil dari TATIUC dan Giat Mara Batu Rakit sebagai pemantau di setiap lokasi masakan. Program bermula dari seawal pagi hingga kepada tengahari dan petang pada hari berkenaan,
YB ADUN telah bersetuju menyampaikan hadiah kepada pengerusi JKKK Pantai Batu Rakit sesudah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. JKKK Wakaf Chator dan JKKK Mengabang Panjang telah diistihar tempat kedua dan ketiga. 




SETIU HARI INI

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau kapas</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Dec 2013 03:33 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Pulau Kapas</b> | Travel To Malaysia

Posted: 11 Oct 2013 12:06 AM PDT

Pulau Kapas

Travel to Pulau Kapas, Terengganu and get on a relaxed holiday near the shady palm trees and sandy white beaches. Pulau Kapas which consists of 2 islands – Kapas Island & Gem Island (Pulau Gemia) is easily reachable from Marang as its just 4miles away. Packed during the month of July, August and public holidays, this island is also famous for adventure spots such as snorkeling, boating, windsurfing, swimming, kayaking and fishing.

Pulau Kapas

Pulau Kapas

Pulau Kapas

Pulau Kapas

Pulau Kapas

Getting there

By Taxi, bus and boat – You can board a bus or taxi at Kuala Terengganu and head towards the fishing village of Marang. Pulau Kapas will be about 30 minutes from Marang by boat.

Location Map

Location: Kapas Island, Terengganu

View Larger Map

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Dec 2013 01:15 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di ketengah jaya - Google Blog Search

MyNewsHub.My - Sertai Komuniti Berita Online Terhangat <b>di</b> Malaysia.

Posted: 21 Dec 2013 08:54 PM PST


HULU TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengalami kerugian kira-kira RM2 juta akibat banjir baru-baru ini apabila buah sawit dari beberapa ladangnya tidak dapat dipungut untuk diproses.

Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah mempunyai tiga ladang besar di wilayahnya di Kemaman iaitu Ladang Ketengah Perwira, Ketengah Jaya dan Ladang Rakyat yang kesemuanya ditenggelami banjir bermula 2 Dis lepas.

"Semasa banjir, 80 peratus wilayah di daerah Dungun dan Kemaman terjejas teruk melibatkan kawasan beribu-ribu hektar. Selain buah sawit, ada anak pokok sawit yang baru ditanam turut musnah ditenggelami air.

"Selain itu, tiga rumah orang kampung dalam wilayah Ketengah di Air Puteh, Kemaman turut dihanyut banjir, bagaimanapun kerugian keseluruhan belum dapat dipastikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan memancing Jelajah Tasik Kenyir di sini.

Beliau berkata Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersetuju menggantikan rumah yang dihanyutkan banjir itu dengan segera melalui Program Bantuan Rumah di bawah kementerian berkenaan.

Wan Mat Amin berkata Ketengah mengeluarkan bantuan segera bagi membantu penduduk kampung yang dilanda banjir dengan menghantar bekalan makanan melibatkan kos RM50,000 ke pusat pemindahan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, agensi berkenaan Ketengah turut mengadakan gotong-royong selepas banjir membantu membersih rumah penduduk.

Beliau berkata Ketengah mempunyai bilik gerakan banjirnya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah dengan skuad banjirnya sendiri melibatkan 100 kakitangan dan pertubuhan sukarela untuk membantu mangsa yang terlibat. – BERNAMA

Ketengah Alami Kerugian RM2 Juta Akibat Banjirhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Sawit1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Sawit1-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

HULU TERENGGANU - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengalami kerugian kira-kira RM2 juta akibat banjir baru-baru ini apabila buah sawit dari beberapa ladangnya tidak dapat dipungut untuk diproses. Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah mempunyai tiga ladang besar di wilayahnya di Kemaman iaitu Ladang Ketengah Perwira,...

<p style="text-align: left;">HULU TERENGGANU - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengalami kerugian kira-kira RM2 juta akibat banjir baru-baru ini apabila buah sawit dari beberapa ladangnya tidak dapat dipungut untuk diproses.</p> Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah mempunyai tiga ladang besar di wilayahnya di Kemaman iaitu Ladang Ketengah Perwira, Ketengah Jaya dan Ladang Rakyat yang kesemuanya ditenggelami banjir bermula 2 Dis lepas. <p style="text-align: left;">"Semasa banjir, 80 peratus wilayah di daerah Dungun dan Kemaman terjejas teruk melibatkan kawasan beribu-ribu hektar. Selain buah sawit, ada anak pokok sawit yang baru ditanam turut musnah ditenggelami air.</p> <p style="text-align: left;">"Selain itu, tiga rumah orang kampung dalam wilayah Ketengah di Air Puteh, Kemaman turut dihanyut banjir, bagaimanapun kerugian keseluruhan belum dapat dipastikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan memancing Jelajah Tasik Kenyir di sini.</p> <p style="text-align: left;">Beliau berkata Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersetuju menggantikan rumah yang dihanyutkan banjir itu dengan segera melalui Program Bantuan Rumah di bawah kementerian berkenaan.</p> Wan Mat Amin berkata Ketengah mengeluarkan bantuan segera bagi membantu penduduk kampung yang dilanda banjir dengan menghantar bekalan makanan melibatkan kos RM50,000 ke pusat pemindahan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. <p style="text-align: left;">Selain itu, agensi berkenaan Ketengah turut mengadakan gotong-royong selepas banjir membantu membersih rumah penduduk.</p> <p style="text-align: left;">Beliau berkata Ketengah mempunyai bilik gerakan banjirnya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah dengan skuad banjirnya sendiri melibatkan 100 kakitangan dan pertubuhan sukarela untuk membantu mangsa yang terlibat. - BERNAMA</p>

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Dec 2013 11:18 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jul 2013 11:13 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Masjid Kristal <b>di Pulau Wan Man</b> | Keindahan Terengganu

Posted: 30 Aug 2010 09:29 AM PDT

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. Taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.
Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.
Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra  Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.


Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik.

Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.


13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Projek Bekalan Air Baharu Akan Dilaksanakan <b>Di Kemaman</b>

Posted: 04 Jan 2014 10:52 AM PST

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Projek Bekalan Air Baharu Akan Dilaksanakan Di Kemaman

KEMAMAN, 4 Jan – Satu sistem agihan baharu bekalan air akan dilaksanakan dengan menakung bekalan di daerah Kemaman bagi mengelakkan masalah air tidak mencukupi di daerah itu menjelang tahun 2020.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya mengambil langkah awal memandangkan pertumbuhan pesat industri di kawasan berkenaan.

ahmad-said-mb-menteri-besar-terengganu-umno-bn

"Untuk permulaan, kita akan sambung bekalan air dari kawasan Perindustrian Kerteh ke kawasan Perindustrian Teluk Kalong melibatkan bekalan dari loji petronas di Dungun dengan kos pemasangan paip sebanyak RM50 juta dan akan dilaksanakan pada tahun ini.

"Dari segi jangka masa panjang, bila beberapa lagi kilang besar akan dibina kita menjangkakan bekalan air di daerah ini tidak mencukupi sebab kita tahu bahawa pembangunan di Kemaman yang melibatkan kawasan industri dan perumahan bagaikan cendawan tumbuh.

"Untuk itu kita terpaksa mengadakan satu sistem agihan baru untuk menakung air dan ia melibatkan kos RM400 juta," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, seorang perunding telah dilantik untuk membuat kajian terperinci mengenai projek tersebut.

Sementara itu di Kemaman,Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbangkan set kelengkapan persekolahan kepada 1,300 murid daripada 78 sekolah di enam negeri membabitkan peruntukan RM300,000 sempena program 'Kembali ke Sekolah'.

Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata sumbangan yang merupakan wang agihan semula zakat perniagaan TNB itu diberikan kepada golongan asnaf yang layak berusia tujuh hingga 12 tahun bagi meringankan beban kewangan keluarga pelajar.

"Program ini merupakan satu daripada inisiatif tanggungjawab korporat TNB dalam bidang pendidikan bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh golongan kurang berkemampuan di dalam menyediakan persiapan persekolahan.

"Setiap pelajar menerima dua pasang pakaian sekolah, sepasang kasut dan stokin, sebuah beg sekolah dan peralatan alat tulis yang bernilai RM250 setiap seorang," katanya dalam sidang media sempena program itu di Dewan Sivik Kijal di sini.

Sebanyak 200 pelajar dari 14 sekolah di daerah Kemaman menerima sumbangan itu yang dirasmikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Mohd Aminuddin berkata program yang sama turut diadakan di lima negeri lain iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Kelantan melibatkan 1,100 penerima daripada 64 sekolah.-MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 5 January 2014 2:52 AM

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Polis Cari 5 Lelaki Samun dan Rogol Dua Wanita <b>di Dungun</b> – Titik <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2013 09:19 PM PST

[HM] Kuala Terengganu: Samun dan rogol. Itu kejadian malang menimpa dua wanita apabila bukan saja disamun malah dilarikan sebelum dirogol dalam kejadian di sebuah inap desa di Jalan Kenanga, Dungun, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika kedua-dua mangsa berusia 20-an bersama tiga rakan lelaki berusia 20-an dalam perjalanan pulang ke rumah.

Beliau berkata, sebaik tiba di kawasan Bukit Chantak, Dungun, kereta Proton Satria dinaiki mereka dihimpit dua kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 dan sebuah lagi yang tidak dapat dikesan nombor pendaftarannya sebelum suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kenderaan dengan memperkenalkan diri sebagai polis.

"Suspek kemudian mengarahkan mangsa mengikuti arahan mereka dengan seorang daripada mereka memandu kereta mangsa sebelum merampas lima telefon bimbit milik mangsa lalu beredar meninggalkan lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di Kampung Durian Mentagau, Dungun kira-kira jam 4.15 pagi, suspek yang memandu kereta Proton Satria milik mangsa melanggar pula sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama abang dan kakak iparnya.

"Sebaik melanggar kenderaan itu, suspek turut melarikan wanita di dalam Perodua Kancil itu sebelum meninggalkan wanita itu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian kedua. "Namun, suspek sempat menyamun sebuah telefon bimbit milik mangsa," katanya. dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Manoharan berkata, suspek sekali lagi memberhentikan kenderaan dan meninggalkan tiga lelaki bersama Proton Satria kira-kira empat kilometer dari lokasi mereka meninggalkan seorang wanita sebelum itu dan beredar bersama dua mangsa wanita yang dilarikan dalam kejadian pertama.

Katanya, kedua-dua wanita itu kemudiannya dirogol suspek utama berusia 31 tahun di sebuah inap desa sebelum mereka dirogol oleh dua lagi suspek yang tiba di inap desa beberapa jam kemudian.

"Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam), dua mangsa berjaya melarikan diri ketika suspek berada di kawasan Kampung Durian Mentagau dipercayai untuk menukar nombor pendaftaran kereta bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Susulan maklumat daripada dua mangsa masing-masing bekerja sebagai pelayan dan pekerja di sebuah kedai telefon bimbit, gerakan mengesan kesemua suspek dijalankan sekali gus membawa kepada penahanan dua suspek termasuk suspek utama dan seorang warga Indonesia berusia 30-an di sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi (semalam).

"Hasil siasatan awal mendapati dua suspek yang ditahan ini turut merogol kedua-dua mangsa. Siasatan mendapati suspek utama turut mempunyai rekod jenayah membabitkan samun bersenjata sebelum ini," katanya sambil memaklumkan polis turut menemui sebuah kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 di rumah berkenaan.

Manoharan berkata, kumpulan itu dikesan mula bertapak di Dungun dan Kemaman dengan menyasarkan lelaki dan wanita sebelum mangsa disamun dan dirogol. Katanya, selepas kejadian pertama dan kedua, suspek turut mengulangi jenayah sama apabila cuba melanggar sebuah kereta Honda Civic dinaiki pasangan suami isteri yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. di lampu isyarat Bukit Teruna, Kijal kira-kira jam 1.55 pagi semalam.

"Namun, mangsa yang curiga dengan keadaan itu tidak memberhentikan keretanya sebelum melarikan diri," katanya.

Menurut Manoharan, pihaknya kini sedang memburu lima lagi suspek dengan identiti empat daripadanya sudah pun dikenal pasti. dan percaya pihaknya dapat menahan kesemua suspek dalam masa terdekat. Sehubungan itu, katanya, polis mengesan tiga lelaki dikenali sebagai Wan Zazaliala Wan Hussin atau Zaza, 32, (bekas polis) dari Kampung Baru Pasir Akar, Jertih, Besut; Mohd Nuzul Mohamad atau Nuzul, 27, dari Kampung Baru Kiri, Kemasik, Kemaman dan Nazlie Ali atau Naza, 26, Kampung Padang Merchang, Kuala Terengganu. – 3/12/13

 

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Tempat Menarik <b>Di Kuala Terengganu</b> | Terbaek Network

Posted: 30 Dec 2013 10:38 AM PST

Tempat Menarik Di Kuala Terengganu – Ha kali ini admin nak cerita berkenaan tempat yang admin bercuti pada hari yang lepas,korang jangan jeles ok. Nanti ada masa korang pulak yang pergi hehe. Tempat Menarik Di kuala Terengganu yang admin nak cerita tu ada yang menarik untuk korang tengok nanti.

Ai macam tak sabar aje nak dengar cerita admin berkenaan Tempat Menarik Di Kuala Terengganu, jangan risau admin akan cerita detail yang mana admin pergi dengan 9 blogger yang lain dan admin sangat bertuah kerana dapat pergi negeri buah hati admin hahaa.

Negeri yang penuh dengan kecantikan alam dan suasana yang sangat indah dimata dan dihati gitu kan, nak cerita ni mesti korang ada yang belum pergi kan?? Ada masa nanti boleh bawak keluarga tau. Tak rugi pun pergi bercuti ni jangan sibuk nak bercuti kat luar negara ye..Yang kat malaysia tanah tumpah darah kita ni pun belum sepenuhnya pergi ada hati nak main salji haha.

Admin bukan apa cuma nak korang tahu bertapa cantiknya Tempat Menarik Di Kuala Terengganu ni, Tak salah pun nak pergi bercuti kat mana-mana pun. Korang kan banyak duit haha.

Bukit Panorama

Tempat Menarik Di kuala Terengganu

Sebelum jelajah satu kuala terengganu kami singgah di bukit panorama pemandangan dari atas bukit..betapa indahnya pemandangan cantik gitu. Suasana bandar kuala terengganu yang indah banget haha…

Jom Kita Jelajah satu kota kuala terengganu yang banyak kisah silam sejarah dan tempat yang menarik masjid kristal yang mempersonakan taman tamadun islam.

Tempat Menarik Di kuala Terengganu

Sebelum gerak ke tempat lain kami sempat bergambar untuk kenangan bersama bukit panorama dan juga orang kuat sumai hotel apartment. Habis cerita di bukit panorama kita nak bergerak ke Muzium Negeri Kuala Terengganu pula yang ada bermacam sejarah yang kita tak tahu haha.

Tempat Menarik Di kuala Terengganu

Tempat Menarik Di kuala Terengganu

Sampai sudah kami di Muzium Negeri Kuala Terengganu yang jaraknya tak jauh dengan Sumai Hotel Apartment dan juga Bukit panorama yang baru sahaja kami naik tadi, Bercuti Sakan kami ni :P

Ha lepas ni kami akan tunjuk aktiviti yang kami jalankan didalam Muzium Negeri Kuala Terengganu dan pameran yang dapat kami tangkap oleh lengsa kemeraman kami yang tak berapa nak macho haha :P

Tempat Menarik Di kuala Terengganu

Tempat Menarik Di kuala Terengganu

Wakil dari muzium negeri kuala terengganu yang bagi penerangan sedikit berkenaan dalam muzium dan juga beberapa pegawai yang lain. Jika Korang ingin bercuti di Kuala Terengganu Sumai hotel ada sediakan pakej percutian dan melawat Tempat Menarik Di kuala Terengganu yang buatkan korang jatuh cinta dengan hasil ciptaan orang terengganu ni hehe.

River Cruise at Taman Tamadun Islam

Setelah puas berjalan di muzium negeri kuala terengganu kami terus pergi River Cruise at Taman Tamadun Islam yang tak jauh juga dengan muzium dan juga sumai hotel apartment. Admin tak pernah naik bot sebenarnya ni kali pertama naik haha. Memang best syok hohoho.

River Cruise at Taman Tamadun Islam

River Cruise at Taman Tamadun Islam

River Cruise at Taman Tamadun Islam

River Cruise at Taman Tamadun Islam

Taman Monumen Taman Tamadun Islam

Habis sahaja naik bot pusing satu kuala terengganu kami semua terus ke Taman Monumen yang terciptanya replika Masjid di seluruh dunia yang terkenal dengan sejarah tersendiri dan senibina yang luarbiasa dan cantik.

Tempat Menarik Di kuala Terengganu

Tempat Menarik Di kuala Terengganu

Tempat Menarik Di kuala Terengganu

Tempat Menarik Di kuala Terengganu

Tak dapat pergi negara orang tengok masjid kat Kuala terengganu ni pun ada tau hehe cantik gitu, kalau korang teringin nak pergi tu jangan pula cepat-cepat tempah pakej percutian di sumai hotel apartment ye.

Habis taman tamadun islam kami terus pergi ke tampat buat batik yang mana kami semua akan buat seni ukir batik dan hasil kerja batik yang telah siap di buat oleh pekerja disana. Jom Tengok kami berjalan Tempat Menarik Di kuala Terengganu.

Tempat Menarik Di kuala Terengganu

Tempat Menarik Di kuala Terengganu

Hahaha…Siap juga hasil batik dari blogger sekali hehe,maaflah kami tak pandai ukir cantik-cantik ni tapi admin rasa ni pun dah cantik kan :)

Setelah penat berjalan Tempat Menarik Di kuala Terengganu kami pun balik ke sumai hotel apartment untuk aktiviti seterusnya. Seronok betul admin dapat merasa ukiran batik sendiri yang mana admin mewarna dan keringkan sekali hehe.

Sampai disini sahaja cerita Tempat Menarik Di Kuala Terengganu,ha cmne menarik tak? best kan? mesti korang ada niat nak bercuti kat kuala terengganu kan? haha..

Kalau macam tu bolehlah plan nti untuk keluarga sekali ye. :)

Sumai Hotel Apartment ada sediakan pakej harga manarik dan musim cuti sekolah dan hujung minggu, mereka juga akan membawa korang semua pergi tempat yang kami berjalan ni taw.

Harga pakej Sumai Hotel Apartment sangat berpatutan dan korang mampu bercuti dengan kos yang mampu milik dan sangat berbaloi. Bercutilah di kuala terengganu ye… :)

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved