Rabu, 8 Januari 2014

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


adun <b>paka</b> sembunyi fakta tentang guru kafa kontrak tidak disambung

Posted: 03 Jan 2014 02:33 AM PST

gambar2

JAWAPAN KEPADA PESURUHJAYA PAS TERENGGANU Proses pemutihan dalam jabatan kerajaan adalah perkara biasa yang dilakukan setiap tahun. Ia dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri. PAS semasa memerintah Terengganu (1999-2004) melakukan proses yang sama, antaranya:

1. Menamatkan kontrak lebih 100 kakitangan Unit Perpaduan Ummah (UPU).

2. Memecat dan menamatkan kontrak lebih 200 imam dan bilal.

3. Memecat ketua-ketua kampung, JKKK dan tubuh JSR dikalangan penyokong PAS.

4. Hentikan bantuan 1,500 keluarga fakir dan miskin.

5. Memecat pegawai tinggi kerajaan seperti Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Ketua Pegawai Eksekutif TATI. Itu sebahagian contoh. Masihkah kau ingat? Wahai Saiful Bahri, yang ketika itu ADUN Paka.

Pembohongan pertama Saiful Bahri, guru KAFA dipecat. Mereka bukan dipecat, tetapi 'tidak disambung kontrak'. Ia memberi makna yang berbeza. Kenapa guru KAFA tidak disambung kontrak? Sudah tentu ada banyak jawapan yang tidak disebut Saiful Bahri. Jawapan yang diberi Saiful Bahri ialah UMNO JAHAT. Itu sahaja jawapan yang mampu dihasut oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu. Malah, ada dikalangan guru KAFA yang tidak disambung kontrak melibatkan ahli dan penyokong UMNO. Kenapa? Antaranya: 1. Tidak menunjukkan akhlak yang baik seperti menabur fitnah. Ada guru Kafa menyebar cerita kononnya MB Terengganu ditangkap khalwat di Hotel Hilton, KL. 2. Ada guru Kafa berbalah dengan anak murid apabila bertegas dengan kenyataan bahawa Perdana Menteri membunuh Altantuya. 3. Guru Kafa tidak menjalankan tugas dengan jujur apabila menghasut orang ramai membenci kepimpinan Menteri Besar Terengganu. 4. Ada guru Kafa menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur. 5. Malah, ada kes guru Kafa ponteng tugas dengan menghadiri perhimpunan haram di Kuala Lumpur. 6. Ada guru Kafa yang bertumbuk dengan Ahli Jawatankuasa JKKK di sebuah kampung di Dungun. 7. Ada guru Kafa menunjukkan perangai yang boleh merosakkan imej pendidikan di Terengganu seperti memberi kefahaman yang salah. Contohnya isu kalimah Allah dan Kerajaan Kafir. 8. Ada guru Kafa yang tinggalkan tanggungjawab dan menyertai program parti politik Pakatan Rakyat selama 3 minggu di luar Terengganu. 9. Ada guru Kafa yang menerima elaun daripada Kerajaan tetapi menjalankan tugas di Pejabat PAS Kawasan. Kes ini berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang dan Dungun. 10. Ada guru Kafa menunjukkan akhlak yang buruk kepada masyarakat. Contoh kes, mencuri sejadah masjid dan membuat kutipan derma di masjid tanpa pengetahuan Jawatankuasa Masjid. Derma itu digunakan untuk membiayai program penerangan PAS. 11. Ada guru Kafa menjadi 'agen' parti PAS apabila secara terang mengedar risalah kempen PAS, manifesto PAS Terengganu PRU 13 dan CD ceramah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng pada PRU 13. 12. Ada guru Kafa tidak memberi komitmen yang baik terhadap tugas apabila tidak hadir ke majlis atau perjumpaan anjuran YIT dan Kerajaan Negeri. 13. Ada guru Kafa sudah hilang komitmen dengan tugas apabila sibuk dengan perniagaan dan aktiviti pertanian. 14. Ada guru Kafa berlakuan tidak sopan apabila ugut untuk buang kakitangan kontrak YIT yang menegur masakah disiplin apabila PAS memerintah Terengganu selepas PRU 13. 15. Ada guru Kafa yang rela dipecat, asalkan dapat 'berjuang' bersama PAS. (SMS guru Kafa kepada kakitangan YIT). Ini hanyalah sebahagian sahaja. Ia bukan untuk memburukkan guru Kafa tetapi menolak tuduhan jahat Pesuruhjaya PAS Terengganu. Profil individu berkenaan Admin tidak akan dedahkan kerana mahu menjaga air muka dan aib keluarga bekas guru Kafa terbabit.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads