ads

Jumaat, 23 Mac 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


rantau abang: Program "Turtle Care" UiTM Dungun <b>Di Rantau Abang</b>.

Posted: 20 Mar 2012 01:10 AM PDT

UiTM Dungun telah mengadakan program "Turtle Care" dengan kerjasama TUMEC FRI Rantau Abang pada 9 Februari 2012 di Rantau Abang.
PELEPASAN ANAK PENYU DI PANTAI RANTAU ABANG

Sultan Mizan Rasmi Masjid Kampung <b>Rantau Abang</b> | BERITA <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2012 02:15 AM PDT

DUNGUN: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar masyarakat Islam sentiasa menjaga adab kebersihan dan kesucian ketika berada di masjid mahupun surau.

Baginda bertitah pihak berwajib termasuk jawatankuasa masjid dan pengunjung perlu bersama-sama menjaga kebersihan agar dapat memberi keselesaan kepada pengunjung lain memandangkan masjid-masjid menjadi tempat persinggahan para musafir terutama masjid yang berada di tepi laluan jalan raya utama.

Sultan Mizan bertitah demikian ketika merasmikan Masjid Kampung Rantau Abang di sini dan menamakannya Masjid Al-Huda.

Baginda sebelum itu menunaikan solat Maghrib dan Isyak bersama lebih kurang 500 penduduk tempatan dan turut berkenan menyampaikan tauliah sijil kepada pendaftar, jurunikah serta imam masjid mukim bagi daerah Dungun.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Mohd Rozali Salleh.

Masjid Al-Huda Kampung Rantau Abang bernilai RM3.2 juta mampu menampung 1,000 jemaah. -BERNAMA


13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


Dunia Kecik Kami: Gara2 PS dalam semak <b>di Seberang Takir</b>

Posted: 17 Mar 2012 05:30 PM PDT

Selamat kembali bekerja ye kawan2 yang berada di pantai Barat + sape yang start keje ari Isnin.Hari ni me nak cter pasal tragedi yang berlaku disebalik kisah PS Wedding (outdoor) baru-baru ni.

Aritu kan me ade cter yang me ikut baba iqy buat PS kat dalam Rok atau semak. ANd keesokannya pon me join jugak PS opismate yang sorang lagi kat tempat yang sama. UNfortunately, tengah syok shoot, tetibe Iqy menjeritt....me nagn baba cepat2 gi kat rifqy.Actually, memang kami letak Rifqy dekat je ngan kami. Bile sampai kat die..pap ! auuwwwwwwww...sakit !!!! Rupenye ade PINGAT !! (oopssss...bukan pingat aka Piala tuhhh..) Me tak tau la dalam bahasa standard, binatang itu dipanggil ape?? hahahhaha....Dalam mase yang sama, me ngan babaIqy pon kene..Kene seekor sorang..Rifqy seekor, me ngan baba..Yang selamat adalah pengantin..Hadoiiii...

Menangis sakan la Rifqy.Tapi kejap je..Pastu ok..Huhuuu..kesian..Tuh la sape suruh bawak anak? Nak tinggal, rasa kesian..rase tak beshh..heheheheh....

** Korang pernah kena ke ? PINGAT !! Sakit kan ??hadoiii...bengkak jugak la tangan....
** Mase kecik me pernah kene tebuan ! Sakit yang amat !!

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Hari-hari rakyat susah 2.0: Demonstrasi <b>di Paka</b> Terengganu (gambar)

Posted: 12 Feb 2012 12:07 AM PST



Geng2 kerja projek pun ada turun berdemo. BN Paka perlu ditumbangkan. Sedih tengok rakyat Paka, barang mahal, hidup susah. Pic dari Akulani sabri



KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: 290 mangsa banjir <b>di Setiu</b> dipindahkan

Posted: 14 Jan 2012 06:03 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Sejumlah 290 orang daripada 72 keluarga di daerah Setiu dipindahkan selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air. Majlis Keselamatan Negara Terengganu setakat 9 pagi ini melaporkan, lima pusat pemindahan dibuka di Balairaya ...

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


ZilaKasim Quilt Blog » Kelas <b>di Besut</b> 24 Jan 2012

Posted: 19 Jan 2012 06:13 PM PST

Friday, January 20, 2012 10:13

Sesiapa nak belajar buat beg, quilt n patchwork dan tudung, boleh daftar kelas kat besut ekkkk
Harga
Quilt & patchwork RM150
Tudung RM120
Beg RM150
Harga dah termasuk bahan yaaaa.

Sesiapa yg ada mesin jahit…. baik bawa sbb boleh belajar guna mesin sendiri… jadi senang ekkk…. pastu bawa gunting jarum apa ekkkkk….. jgn lupa bawa iron sekali… kalu share2 takut kerja terbantut kejap

Both comments and pings are currently closed.

Projek <b>Besut</b> Barrage - KETARA

Posted: 17 Sep 2010 04:03 AM PDT

Latar Belakang Projek

Empangan Jajar Sg.Besut atau dikenali juga 'Besut Barrage' yang sedia ada terletak lebih kurang 26 km ke hulu muara Sg. Besut. Struktur ini dibina pada tahun 1975 dan masih digunakan sehingga hari ini dengan tujuan untuk mengalirkan air dari Sg.Besut ke taliair untuk pengairan tanaman padi di kawasan KETARA ketika itu.

'Besut Barrage' terdiri struktur konkrik bertulang dan dipasang dengan empat(4) pintu berkembar berukuran 12.2m lebar dan 6.1m tinggi dan beroperasi secara mekanikal dengan kawalan dari rumah yang terletak berhampiran dengan 'barrage'. Dataran banjir (floodplain) semulajadi di tebing kiri 'barrage' berfungsi secara alurlimph (auxillary spillway ) ketika musim banjir.

Kajian perunding yang dilaksanakan pada tahun 1988 telah mengesyorkan bagi mengurangkan masalah ini supaya kesannya dapat dikurangkan sehingga kepada sekali dalam 20 tahun ialah dengan membina semula 'Besut Barrage' yang baru.

Sistem mekanikal dan elekrikal termasuk pintu-pintu dan 'system hoist' di Besut Barrage telah beroperasi selama 30 tahun yang lalu dan kebanyakan komponen-komponen pintu air telah mencapai jangka hayat ekonomiknya. Acapkali berlakunya kejadaian kegagalan sebahagian komponen-komponen mekanikal dan elektrikal tidak berfungsi akibatnya banyak memberi masalah bekalan air semenjak beberapa tahun yang lepas.

Objektif Projek

> Pembinaan ini bertujuan untuk memberikan bekalan pengairan yang lebih efisyen serta mencukupi dalam mempertingkatkan pengeluaran padi ke arah 10 Tan untuk setiap musim pengairan bagi keluasan 4,000 ha disamping bertindak sebagai sokongan kepada tebatan banjir yang sempurna bagi seluruh kawasan KETARA.

>Melibatkan pembinaan struktur pintu air yang baru menggantikan Besut Barrage yang sedia ada, rosak, tidak ekonomik untuk diperbaiki.

Manafaat perlaksanaan

Terdapat dua (2) tujuan utama cadangan pembinaan Besut Barrage Baru ini ialah :

1) Bekalan Air – Bagi memenuhi keperluan air pengairan di IADA Besut
2) Mengurangkan risiko banjir

Disamping itu, dianggarkan lebih kurang 175,824 oranag penduduk di Besut dan di Setiu akan mendapat manafaat yang lebih besar dengan pembinaan Besut Barrage.

Impak Projek

Bekalan Air Mengurangkan Risiko Kemarau

KETARA mula melaksanakan projek padi 10mt mulai Musim 1/2002. Kekurangan bekalan air pengairan yang berlaku dimusim biasa menjadi meruncing di musim kemarau telah menjejaskan hasil padi di kawasan-kawasan terlibat. Kerugian daripada keadaan telah menjejaskan sebilangan besar pendapatan petani yang merupakan kumpulan sasaran yang perlu dimajukan.

Setiap kali tiba musim kemarau hanya 41.9% sahaja kuantiti air dapat dibekalkan ke sawah padi sehingga mengakibatkan 1875.5 hektar atau 36.2% daripada keseluruhan kawasan terjejas dan menjadi kering. Ini bermakna KETARA mengalami kerugian sebanyak 36.2% dari segi hasil yang sepatutnya diperolehi jika sawah padi tidak terjejas akibat kekurangan air. Keadaan ini melibatkan petani seramai lebih kurang 1000 orang. Dengan pembinaan Besut Barrage ini dapatlah dikurangkan kerugian terhadap kumpulan sasaran ini.

Mengurangkan Risiko Banjir

Dengan adanya Besut Barrage, lebihan curahan hujan di musim tengkujuh dapat ditakung dan disimpan secara berkesan. Apabaila keadaan ini berlaku, sudah tentu dapat membantu mengurangkan risiko banjir yang boleh membawa kepada kemusnahan kawasan pertanian.

Punca Air Minuman Domestik

Sungai Besut merupakan satu punca minuman bagi penduduk di daerah Besut. Dengan adanya pembinaan Barrage Baru ini, paras air di Sungai Besut dapat diaturkan. Apabila sungai ini mengalami kekeringan di musim kemarau, simpanan air yang terdapat di Besut Barrage Baru boleh dilepaskan secara teratur dan sistematik sehingga membantu menaikkan paras air di Sungai Besut. Ini adalah kerana pintu kawalan Besut Barrage lama tidak lagi dapat berfungsi dengan sempurna disebabkan acapkali berlakunya kejadian kegagalan sebahagian komponen-komponen mekanikal dan elektrikal. Sekiranya pembinaan Besut Barrage Baru dijalankan, penduduk-penduduk tempatan tidak lagi kerunsingan menjelang setiap kali tibanya musim kemarau.

Gambar-Gambar Besut Barrage

32 kali dilihat

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Beautiful Life...: <b>Pulau Kapas</b>, Terengganu

Posted: 09 Mar 2012 05:55 AM PST

Pulau Kapas merupakan tempat percutian pertama yang kami tuju selepas bergelar suami isteri..sepatutnya bulan madu kami di Sabah tapi berubah di saat akhir kerana kami terlepas penerbangan ke Kota Kinabalu. Jangan tanya punca kejadian, namun yang pasti that was the best lesson for us kalau nak naik Air Asia kena datang awal ke airport. Sebelum ni dok naik MAS jer, mana nak tau ada rules 45 minit sebelum berlepas kaunter check in dah tutup...haha..apa pun sebab tak mahu honeymoon terlepas begitu sahaja, hari tu jugak kami suami isteri pergi book pakej honeymoon ke Pulau Kapas.
Pulau Kapas sangat cantik dan lebih private..airnya sangat bersih dan jernih..maybe sebab tak banyak resort di situ maka environment lebih terjaga. Kalau ada rezeki lepas ni nak ke Pulau Perhentian dan Pulau Redang pula.


13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Buat Laporan Jumpa Bayi . Rupanya Bayi Wanita Ini Sendiri <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 05:15 AM PDT

tipu.jpg

KUALA TERENGGANU: "Ambillah budak ini, kalau tak nak jaga buang je, budak ini baik, tak menangis," kata seorang wanita warga emas kepada Wan Shahira Wan Nazri, 23, ketika meninggalkan bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu di pintu depan rumah keluarga angkatnya di Kampung Beladau Kepong, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, selepas berkata demikian, wanita berusia lingkungan 70-an itu meletakkan bayi malang yang dianggarkan seberat tiga kilogram dan masih bertali pusat itu di atas pengalas kaki di depan pintu sebelum bergegas meninggalkan rumah dalam kejadian jam 6 petang.

"Saya kemudian terus mengambil bayi yang lengkap berpakaian dan berstoking itu ke bilik tidur sebelum memberitahu ayah angkat yang pulang ke rumah selepas Maghrib," katanya ketika ditemui di rumah keluarga angkatnya, malam kelmarin.

Wan Shahira berkata, kejadian berlaku ketika dia menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di ruang tamu manakala ibu bapa angkat, Rashid Sulong, 56, dan Rokiah Mohamad, 36, tiada di rumah kerana berniaga di kedai makan yang diusahakan mereka di Kampung Sungai Rengas, tiga kilometer dari rumah.

"Pada mulanya, saya mencadangkan kepada wanita terbabit supaya menyerahkan bayi itu kepada ibu angkat yang berada di kedai makan di Kampung Sungai Rengas selepas dia mendakwa mengenali ibu yang mesra dengan panggilan Mak De.

"Wanita itu juga mendakwa tinggal di Jerangau, Hulu Terengganu, di tempat di mana ibu angkat saya berasal.

"Dia datang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Laser lama berwarna merah dipandu seorang lelaki yang kelihatan berusia hampir sebaya dengan wanita terbabit dan ketika kejadian, lelaki itu hanya menunggu di dalam kereta," katanya.

Sementara itu, Rashid berkata, selepas dimaklumkan Wan Shahira mengenai kejadian terbabit, dia terus ke rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Beladau Kepong untuk memaklumkan perkara itu sebelum menghubungi Balai Polis Chabang Tiga, di sini, jam 9 malam.

"Ketika kejadian, saya dan isteri berada di kedai makan yang kami usahakan, manakala Wan Shahira menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di rumah sementara seorang lagi anak, Fatin Nurshafikah, 9, tidur di bilik dan dua anak lagi keluar bermain.

"Saya tidak pasti siapa warga emas berkenaan walaupun mereka mendakwa berasal dari kampung isteri di Jerangau, Hulu Terengganu," katanya.

Bagi memastikan sejauh mana kebenaran dakwaan itu, Rashid berkata, dia memberitahu kejadian itu kepada isterinya yang kemudian menghubungi saudara-mara di Jerangau, namun dimaklumkan tiada saudara mereka di sana yang bersalin dan menasihati wanita itu membuat laporan polis.

"Saya percaya mereka yang melakukan perbuatan itu mengenali keluarga saya kerana dimaklumkan mereka terus menuju ke rumah ketika menghantar bayi ini," katanya.

Bayi terbabit kemudian dibawa anggota polis ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, dengan ditemani Wan Shahira dan seorang jiran pada jam 11.50 malam sebelum mereka membuat laporan di Pondok Polis HSNZ jam 12.30 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Ishak ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi lelaki terbabit dan berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. -hm 26/2

tipux.jpg

Tanda tanya bayi siapa yang ditinggalkan atas alas kaki di depan pintu sebuah rumah di Kampung Beladau, Kepong dekat sini pada Jumaat lalu terungkai apabila bayi itu sebenarnya anak kepada wanita yang membuat laporan polis mendakwa menemui bayi itu.

GADIS yang direman pada Jumaat lalu menunjukkan alas kaki tempat seorang bayi ditemui di Kampung Beladau, Kepong, Kuala Terengganu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, K. Manoharan berkata, tembelang pekerja sebuah kedai makan berusia 23 tahun itu terbongkar selepas polis menemui beberapa bukti mengaitkan kelahiran bayi berkenaan di salah sebuah bilik di rumah yang didiami wanita terbabit.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu baru melahirkan bayi berkenaan secara bersendirian sebelum suspek membuat laporan polis pada Jumaat lalu mendakwa bayi itu diserahkan oleh seorang warga emas.

"Siasatan mendapati sebaik bersalin, wanita itu terus menyerahkan bayinya kepada seorang kakak angkatnya untuk dijaga beberapa hari.

"Selepas itu, kakak angkat wanita terbabit memulangkan semula bayi itu kepada si ibu," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam. -kosmo

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


Batu Rakit Homestay: Alamat Pusat Pengajian <b>di Batu Rakit</b>

Posted: 22 Dec 2011 03:05 PM PST

Akademi Laut Malaysia (ALAM)
c/o Institut Teknologi Petroleum Petronas
Lot 9764 Mukim Batu Rakit, 21020 Kuala Terengganu
Terengganu, Malaysia

Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit
Kg Wakaf Tengah Batu Rakit
21300 Kuala Terengganu

IPG Kampus Dato' Razali Ismail,  
Batu Rakit, 21030 Kuala Terengganu.. 
Tel : 09-6696470, email : admin@ipgmkdri.edu.my

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA
Gong Badak Campus,
Gong Badak 21300 Kuala Terengganu, 
Terengganu Darul Iman 

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, MALAYSIA 

Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILPKT)
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu, Terengganu 

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


HELANG RECREATION CLUB: HRC <b>DI PULAU PERHENTIAN</b> FEB <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2012 10:52 PM PST

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,
Rakan HRC segak bergaya dengan baju rasmi HRC di pintu masuk jeti Pula Perhentian . Kami warga HRC mendoakan agar Abg Anis - 9W2 LER - S18 selamat pergi dan kembali ke pangkuan keluarga tercinta . amin
Webmaster

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - 3 Kampung <b>Di Hulu Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2011 08:39 PM PST

15/11/2011 12:39:00

Tiga kampung di daerah Hulu Terengganu, diisytihar sebagai kawasan wabak Hepatitis A susulan 42 penduduk dimasukkan ke hospital daerah itu sejak kelmarin.

Kampung terbabit, Kampung Basung, Pasir Dula dan Kampung Padang Setebu.

Menurut Exco Kesihatan, Perpaduan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr Abdul Rahman Mokhtar, langkah kawalan wabak itu sedang dilakukan.

Kakitangan Jabatan Kesihatan ditugaskan menjalankan saringan bagi mengenalpasti mangsa baru.

Bagaimanapun, kampung terbabit tidak dikuarantin dan boleh dimasuki sesiapa sahaja seperti biasa, namun orang ramai dinasihatkan memakan makanan dan minuman dari sumber yang bersih.

DR.ABDUL RAHMAN MOKHTAR / EXCO KESIHATAN, PERPADUAN & HAL EHWAL PENGGUNA TERENGGANU.
Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa wabak peringkat negeri yang akan beroperasi 24 hours dan kita menubuhkan bilik gerakan di pejabat kesihatan daerah pun 24 hours basis dan satu lagi bilik gerakan di hospital. Makna tiga hospital dan kita sudah alertkan pakar-pakar kita.
 

Punca wabak dikenalpasti akibat pencemaran air dan makanan di kawasan itu.

Setakat ini, 33 pesakit masih ditahan di Hospital Hulu Terengganu dan sembilan sudah dibenarkan keluar.

Sebelum ini, wabak Hepatitis A turut dikesan di daerah itu awal Oktober lalu apabila 24 penduduk perkampungan orang asli Sungai Berua dijangkiti virus itu.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Dua penjawat awam dicekup separuh bogel | Info Gallery

Posted: 27 Feb 2012 08:11 AM PST


DUNGUN – Dua penjawat awam yang juga rakan sekerja di sebuah agensi kerajaan di Dungun, didenda RM2,800 atau dua bulan penjara selepas masing-masing didapati bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah rumah, dekat sini, awal pagi, Disember lalu.

Khairul Mubin Abdullah, 26, dan pasangannya, Laily Norashikin Che Sukeri, 22, menerima pengajaran paling berharga apabila kedua-duanya dijatuhkan hukuman setimpal oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, apabila masing-masing membuat pengakuan bersalah atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan.

Mengikut fakta kes yang dibaca pendakwaraya, Khairul, seorang Pembantu Kebajikan Masyarakat bersama pasangannya, Laily, kakitangan kerajaan berstatus janda yang beralamat di Ketengah Jaya, Dungun ditahan sepasukan Pegawai penguat kuasa syariah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Sekolah Intan Zaharah Balai Besar, Dungun kira-kira jam 2.10 pagi, 7 Disember 2011.

Selepas pintu rumah dibuka, tertuduh lelaki didapati hanya memakai tuala mandi, dan pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui seorang perempuan tidur dalam keadaan berselimut dengan toto.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati perempuan tersebut hanya memakai seluar dalam.

Turut dirampas dalam serbuan itu sebagai barang kes, coli milik tertuduh perempuan.

Soal siasat mendapati keduanya tidak mempunyai hubungan muhrim dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum didakwa melakukan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Ketika mengemukakan rayuan kepada mahkamah, kedua-dua tertuduh merayu agar diringankan hukuman dengan alasan kedua-duanya kini sudah mengikat tali pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan Mac ini.

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah tetap berpendirian bahawa kesalahan dilakukan mereka amat serius, dan kedua-duanya berhak menerima hukuman setimpal atas perbuatan dilakukan.

Khairul yang berasal dari Sarawak bersama pasangannya menjelaskan denda yang dikenakan.

kredit : Sinarharian.com.my

Info Gallery - Memalukan diri sendiri dan keluarga,jika nak carilah yang halal,bernikah lah untuk mengawal nafsu

Sepasang Penjawat Awam Dicekup Separuh Bogel <b>Di</b> Dungun

Posted: 28 Feb 2012 02:01 AM PST

Dua penjawat awam dicekup separuh bogel

DUNGUN – Dua penjawat awam yang juga rakan sekerja di sebuah agensi kerajaan di Dungun, didenda RM2,800 atau dua bulan penjara selepas masing-masing didapati bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah rumah, dekat sini, awal pagi, Disember lalu.

Khairul Mubin Abdullah, 26, dan pasangannya, Laily Norashikin Che Sukeri, 22, menerima pengajaran paling berharga apabila kedua-duanya dijatuhkan hukuman setimpal oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, apabila masing-masing membuat pengakuan bersalah atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan.

Mengikut fakta kes yang dibaca pendakwaraya, Khairul, seorang Pembantu Kebajikan Masyarakat bersama pasangannya, Laily, kakitangan kerajaan berstatus janda yang beralamat di Ketengah Jaya, Dungun ditahan sepasukan Pegawai penguat kuasa syariah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Sekolah Intan Zaharah Balai Besar, Dungun kira-kira jam 2.10 pagi, 7 Disember 2011.

Selepas pintu rumah dibuka, tertuduh lelaki didapati hanya memakai tuala mandi, dan pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui seorang perempuan tidur dalam keadaan berselimut dengan toto.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati perempuan tersebut hanya memakai seluar dalam.

Turut dirampas dalam serbuan itu sebagai barang kes, coli milik tertuduh perempuan.

Soal siasat mendapati keduanya tidak mempunyai hubungan muhrim dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum didakwa melakukan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Ketika mengemukakan rayuan kepada mahkamah, kedua-dua tertuduh merayu agar diringankan hukuman dengan alasan kedua-duanya kini sudah mengikat tali pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan Mac ini.

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah tetap berpendirian bahawa kesalahan dilakukan mereka amat serius, dan kedua-duanya berhak menerima hukuman setimpal atas perbuatan dilakukan.

Khairul yang berasal dari Sarawak bersama pasangannya menjelaskan denda yang dikenakan. -SH

Ulasan GB

Tanpa hudud, semua tak takut melakukan dosa.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: 1913 unit rumah dibina <b>di Kemaman</b>

Posted: 16 Mar 2012 09:40 PM PDT

Oleh FAUZI MOHD dan NURUL AZIELLA SABERI

Sebanyak lima projek perumahan kos rendah membabitkan 1,913 unit rumah sedang dibina di Kemaman bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman berkata, daripada jumlah itu hanya tiga di bawah projek perumahan kos rendah melibatkan 466 unit rumah dibina di Gong Cengal, Kemasik, Perasing Jaya, Air Putih (485 unit) dan Padang Kubu (500 unit).

Katanya, baki selebihnya untuk Projek Rumah Mampu Milik melibatkan pembinaan sebanyak 362 buah rumah di Paya Berenjut, Chukai dan 100 unit rumah di Kerteh, Kemasik.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat pembangunan Daerah Kemaman kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena lawatan dua hari baginda ke Kemaman di Pejabat Daerah Kemaman Khamis lalu.

IQ CLASS MANAGEMENT: TOF <b>DI KEMAMAN</b>

Posted: 19 Mar 2012 08:50 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]15 Mac 2012, Kemaman - Bertempat di ITC-TATIUC Teluk Kalong, pasukan Facilitating And Development Team atau FaDelaT mewakili Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia atau YATIM sekali lagi menganjurkan Latihan Asas ...

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Refleksi keagungan monumen Islam | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 08:35 PM PDT

TAMAN Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Terengganu sememangnya memberikan aura luar biasa kepada pengunjungnya.

Ia ibarat membawa pengunjung menjelajah menyaksikan keindahan reka bentuk seni bina monumen penting Islam dari seluruh dunia.

Taman itu juga merupakan taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia dari segi kesenian reka bentuk serta kebudayaan yang menonjolkan keunggulan Islam.

Bagi menghidupkan aura taman itu, ia dibina hasil sentuhan daripada kontraktor dan tenaga mahir tempatan serta tidak ketinggalan mendapatkan juga kepakaran tenaga luar negara.

Secara keseluruhan, kira-kira 21 buah monumen dibangunkan di dalam taman tema itu mengikut skala nisbah 1:8 daripada saiz asalnya.

Antara monumen yang terdapat di sana ialah Masjid Abu Nasr Pasra dari Afganistan, Masjid an-Nabawi dari Arab Saudi, Masjidil Haram dari Arab Saudi, Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunei, Masjid Xian dari China, Taj Mahal dari India dan Masjid Kuddus Mina dari Indonesia.

DIBINA dalam nisbah 1:8 daripada saiz sebenar monumen, ia masih mengekalkan reka bentuk dan dekorasi luaran.


Momumen menarik lain ialah Masjid Sheikh Lutfalla dari Iran, Masjid Besar Samara dari Iraq, Masjid Negara dari Malaysia, Masjid Mohamed Ali dari Mesir, Masjid Besar Agadez dari Nigeria, Masjid Badashi dari Pakistan, Kubah As-Sakhrah dari Palestin dan Masjid Kul Sharif Tatarstan dari Rusia.

Bagi memudahkan pemahaman dalam kalangan pengunjung, sesetengah monumen yang dibina di sana turut dilengkapi dengan panggung khas untuk tayangan video. Ia sebagai menyahut kehendak orang ramai yang mahukan maklumat secara interaktif.

Untuk memasuki Taman Tamadun Islam itu, bayaran tiket sebanyak RM10 dikenakan bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak serta warga emas yang berusia lebih daripada 60 tahun.

Pelancong luar pula dikenakan bayaran sebanyak RM20.

Sebagai tanda kenangan, pengunjung juga diberikan sebuah buku kecil sebagai pasport yang mengandungi maklumat ringkas mengenai setiap monumen yang terdapat di dalam taman tema tersebut. Pengunjung boleh mendapatkan cap khas pada pasport berkenaan apabila singgah di monumen tersebut.

MASJID PATTANI dari negara jiran Thailand.


Lebih menarik lagi, mereka yang menyimpan pasport berkenaan untuk lawatan kali kedua dan seterusnya akan mendapat potongan harga yang disediakan oleh pihak taman tema.

Selain itu, sebagai kemudahan kepada para pengunjung, trem, basikal dan buggy disediakan untuk disewa bagi memudahkan perjalanan di dalam taman tema.

Sebuah kafe kedai cenderamata bagi membeli tanda kenangan turut terdapat di taman tema itu.

TERKINI <b>DI</b> TERENGGANU: 29/3/2012 (Khamis)

Posted: 22 Mar 2012 04:29 AM PDT

9.00 pagi : YAB. Menteri Besar Terengganu ke Majlis Perasmian Pelancaran Kempen Anti Pemerdagangan Orang Peringkat Negeri Terengganu 2012 bertempat di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

2.25 petang : YAB. Menteri Besar Terengganu ke Majlis Perasmian Mpower Kemaman Ecer Dc bertempat di TATI University College (TATiUC) , Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Sticky Post: GA Contest Teka Gambar Dengan Tepat | Kasih Salina

Posted: 13 Mar 2012 05:58 AM PDT



Salam, GA Contest Teka Gambar - Teka dengan tepat.
Kriteria:
- Jawab dengan tenang dan berhati-hati (hehe..)
- Sila klik gambar jika kurang jelas
- Siapa tepat dia dapat
- Seberapa ramai boleh jawab jawapan yang sama..tiada masalah, pilihan pemenang akan dibuat beserta penjelasan daripada saya.
- Sila promote di blog masing-masing (optional)
Jawab di ruang Komen di bawah yer..
Tarikh tutup 20 Mac 2012 sebelum 12.00 tengah malam.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved