ads

Sabtu, 9 Mac 2013

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Live Stream Himpunan Kebangkitan Rakyat dan PGU <b>di Paka</b> <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2012 08:03 AM PST

Live Stream Himpunan Kebangkitan Rakyat dan PGU di Paka Terengganu ~ Gedung Rakyat

Boleh lihat di sini:-

Siri Jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat bergabung dengan Himpunan PAS Ganti UMNO di Terengganu. Selamat Menonton

Pogram PGU akan bermula malam ini pukul 9 Pm.
 
boleh lihat di sini:-
 
HKR dan PGU di Paka - Live Stream
 
 

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


sImpLe GurlZ: kenangan <b>di pulau redang</b> bersama BFF

Posted: 20 Dec 2012 11:00 PM PST

pda 14/6/2012 aq dan shbat karib ku menaiki bot di jeti merang untuk ke pulau redang....kesoronokkan kami xdpat di gambarkan...pda pkul 9.30 pg kami brtlak dri jeti dn smpai di kg.baru pulau redang pda pkul 11.00 pagi...kami brda d sna slm 3 hri 2 mlm...mcm2 xtvt kami lakukan....

ni lah sahabat baik ku...kmi brkwan sjak dri sklah mnengah lg pn...kwan ana ni namanye watie...
























































akhirnye...da hbis 1 plau kt org terokai...means ni hri last kami n da naik feri nk balik pn..

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Bantuan RM500 kepada mangsa banjir <b>di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 07:27 PM PST

Oleh: Noraini Jusoh

Bantuan RM500 kepada mangsa banjir di Kuala Terengganu telah selesai diagihkan kepada 1235 mangsa daripada 276 keluarga melalui Tabung Bantuan Bencana Negara yang dikendalikan Majlis Keselamatan Negara, minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Haji Muhammad Ramli Nuh berkata, kesemua mangsa yang ditempatkan di enam pusat pemindahan banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh telah menerima bantuan wang tunai bagi meringankan beban kewangan mereka.

"Semua mangsa banjir telah mendapat bantuan yang disalurkan kerajaan pusat, sekarang kita menunggu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat penilaian terhadap kerosakan rumah serta kerugian yang ditanggung mereka.

"Mungkin penilaian yang dibuat JKM akan mengambil masa yang agak lama, justeru diharap mangsa yang terlibat dengan bencana banjir kali ini dapat bersabar menunggu bantuan yang akan disalurkan selepas penilaian tersebut selesai," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas selesai majlis perasmian penutup minggu suaikenal pelatih baru Institut latihan Perindustrian (ILP) sesi Januari 2013 di Dewan Kuliah Utama, ILP Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, banyak faktor yang akan dinilai JKM, antaranya jenis kemusnahan, tahap kerosakan peralatan di rumah serta jumlah isi rumah yang terbabit dengan banjir.

Katanya, beliau juga berharap gelombang ketiga tidak akan melanda negeri ini supaya mangsa banjir dapat menjalani kehidupan seharian dengan lancar selepas dilanda bencana alam yang banyak memusnahkan harta benda mereka.

Katanya, dibawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno juga, rakyat Terengganu sangat bertuah kerana pelbagai bantuan diberikan kerajaan pusat dan kerajaan negeri kepada mereka yang memerlukan.

"Bermula 15 Januari, bantuan persekolahan dari kerajaan pusat sebanyak RM100 kepada setiap pelajar akan mula diagihkan dan diikuti Bantuan Rakyat 1Malaysia yang memperuntukkan RM500 kepada ketua keluarga dan RM250 kepada individu bujang," ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri juga telah mengagihkan bantuan persekolahan kepada 2807 pelajar daripada 1856 keluarga miskin di DUN Tepoh yang melibatkan peruntukan bernilai RM300,000.

Justeru, beliau mengharapkan rakyat negeri ini bersyukur dengan nikmat yang diperolehi dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN dan Umno.

 

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Pakej 3 Hari 2 Malam <b>Pulau Perhentian</b>: Pakej Murah Ke Pulau <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 10:31 PM PST

Masa untuk pergi bercuti 2013.


Nak Bercuti ke Pulau Perhentian kecil ? Nak Parti? Nak  Snorkeling? atau nak rileks2 rehatkan minda ?  Dapatkan Pakej Murah  3 hari 2 malam Pulau Perhentian Kecil 2013. Pakej seperti dibawah.










                                 

Pakej 3 hari 2 Malam Pulau Perhentian Kecil 2013  :
  • 2 Orang - 1 Bilik 2 orang  ( RM445 Per Pax ) 
  • 3 Orang - 1 Bilik 3 orang ( RM445 Per Pax ) 
  • 4 Orang - 1 Bilik 4 orang  ( RM440 Per Pax ) 
  • 5 Orang - 1 Bilik 5 orang ( RM 405 Per Pax


Pakej Termasuk ;


  • Tiket Speed Boat Pergi Balik
  • 5 Snorkerling Site ( Full day ) 
  • 2 Breakfast,1 Dinner dan 1 BBQ Dinner.
  • Elektrik 24 jam.
  • Water heater.
  • Bilik aircond atau kipas.



Pakej Tak Termasuk ;


  • Tiket Marine Park rm5.00 bayar dekat jeti besut 
  • Deposit untuk bilik rm200 ( Kalau barang dalam tak ada yang hilang tau rosak. Deposit bilik akan dipulangkan semasa time check out.) 


Deposit 50% untuk booking bilik.Kita tak akan book bilik selagi tidak menerima sebarang deposit 1st come 1serve basis.


  • Waktu Check in pukul 2 Petang 
  • Waktu Check out 11 pagi.




Apa boleh buat atau aktiviti di perhentian kecil?


  • Snorkeling.
  • Kayak 
  • Hiking ke de lagoon dan Kampung Nelayan
  • Scuba Diving Bersama Ombak Divers.
  • Sewa payung dekat long beach dan berjemur.

                                                              Kayak ke Romatic Beach 
                                    Pasir Panjang  Pulau Perhentian Kecil atau dikenali Long Beach Pulau Perhentian Kecil 2013


Aktiviti Malam di pulau perhentian kecil.

Resort ada tanyangan muvi screen besar dekat cafe  bersebelahan dengan pantai pada pukul 7.30 malam. So sila turun awal.Kalau tak tak ada tempat.


Selepas habis dinner dan muvi biasanya akan ke long beach. dekat sana ada parti dan band performance.so boleh lepak sampai pagi.

Kepada yang nak ke pulau perhentian kecil pada bulan May,Jun dan July 2013 Sila buat booking awal since bilik pun agak cepat penuh.Time Peak yang mana banyak foreigner dari europe akan penuh dalam island.


Nak Ke Perhentian Kecil Naik Bas.

Tiket Bas anda boleh beli online dan berhenti di Kuala Besut. 
Boleh Beli Tiket di  http://www.eticketing.my/ . 
Anda boleh naik bas perdana sebab seat lebih besar.
Boleh beli tiket awal sebab tiket selalu habis! 


Nak Ke Perhentian Kecil Naik Flight.

Yang nak ke perhentian menaiki flight.Anda boleh naik firefly atau air asia dan berhenti di Kota Bahru.Lepas tu naik cab ke jeti besut. 



Selamat Bercuti!

Hubungi enshahdi @ 016 900 1228 



Jom  ke Perhentian !

Photo hak milik : enshahdi.com

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2013 05:11 PM PST


FELDA KERTEH 5 – Seorang pemuda nyaris rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas merempuh sebatang pokok dekat sini.

Dalam nahas kira-kira jam 6.30 petang terbabit, Mohd Abaidillah Zainuddin, 25, turut terpaksa menahan kesakitan kerana tersepit di tempat duduk pemandu dengan bahagian belakang telinga kanan tertusuk besi stereng.

Bagaimanapun, tindakan pantas Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bandar Ketengah Jaya yang segera sampai ke tempat kejadian dan memadamkan kebakaran berjaya menyelamatkan mangsa.

Pengerusi PBS Bandar Ketengah Jaya, Ramli Mat berkata, pihaknya hanya mengambil masa selama tiga minit untuk memadamkan kebakaran di bahagian bonet kereta jenis Proton Saga yang dinaiki mangsa.

"Sejurus menerima laporan mengenai kemalangan itu, enam anggota PBS Bandar Ketengah Jaya segera bergegas ke tempat kejadian dan ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa mengerang kesakitan di tempat duduk pemandu dengan bahagian depan keretanya remuk teruk dan melekat pada pokok.

"Ketika itu bonet kereta turut terbakar dan kebakaran itu segera dipadamkan. Namun keadaan kereta yang remuk menyulitkan kami untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Menurutnya, masa selama 30 minit diambil bagi mengeluarkan mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan patah tangan dan paha selain mengalami kecederaan di kepala ekoran stereng pecah dan besi stereng menusuk kepala mangsa.

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Posted: 08 Mar 2013 11:10 PM PST

Tiz bahagia bersama Daniel

Posted: 08 Mar 2013 05:24 PM PST

TIZ ZAQYAH mengakui sudah tiga bulan dia menjalinkan hubungan cinta dengan Daniel Haziq.



AKTRES popular Tiz Zaqyah kini lebih bersikap terbuka bercerita tentang kekasih baharunya, Daniel Haziq berbanding ketika dia bercinta dengan aktor Remy Ishak dahulu.
Tidak hanya terbuka bercerita, Tiz juga seringkali memuat naik gambar dia bersama kekasihnya itu di laman sosial instagram miliknya untuk tatapan peminat-peminatnya.
Menurut Tiz, kematangannya berada dalam industri membuatkan dirinya memahami situasi berkongsi hal peribadi dengan peminat adalah lebih baik daripada berselindung.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Tiz selanjutnya mengenai kekasihnya itu dan juga pendedahan Tiz mengenai gandingannya bersama bekas kekasihnya, Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi ketika ditemui pada majlis pratonton drama arahan Khabir Bhatia itu di Panggung Cathay Cineplex Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Kosmo!: Kenapakah Tiz kini lebih bersikap terbuka bercerita dan berkongsi gambar mengenai kekasih berbanding percintaan dahulu?
TIZ: Kalau kita sorok mengenai perkara ini (percintaan bersama Daniel), lambat laun orang tetap tahu. Lebih baik saya kongsikan kepada peminat. Lagipun, saya lebih selesa berkongsi daripada menyorokkannya.
Ada khabar mengatakan anda bersikap begitu (bercerita dan muat naik gambar kekasih) kerana mahu membalas dendam kepada Remy? Benarkah begitu?
Tidaklah. Lebih baik kita hormat antara satu sama lain. Setelah berada lama dalam industri seni, saya lebih matang dan tahu perkara peribadi juga harus dikongsikan kepada peminat. Tetapi tidaklah berkongsi perkara yang terlalu peribadi.
Bagaimanakah penerimaan kekasih mengenai tindakan Tiz bercerita dan muat naik gambarnya?
Dia terkejut kerana instagramnya tiba-tiba ramai pengikut (ketawa).

TERBUKA. Foto-foto Tiz Zaqyah mesra di samping Daniel Haziq yang dimuat naik ke dalam instagram miliknya.



Berapa lamakah hubungan anda dan Daniel berlangsung?
Sudah masuk tiga bulan.
Bagaimanakah anda berdua boleh bertemu?
Dia (Daniel) adalah rakan sekolah menengah saya. Kami berjumpa semula ketika majlis reunion sekolah dan akhirnya rapat.
Apakah menyebabkan anda jatuh cinta padanya?
Dia seorang yang lemah lembut dan sangat penyabar.
Boleh ceritakan mengenai gandingan anda bersama Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi?
Saya dan Remy berbincang untuk cuba menampilkan kelainan daripada segi karakter berbanding ketika kami berlakon bersama dalam drama Nur Kasih. Drama ini sangat bagus dan saya yakin ia dapat menyentuh hati penonton.
Bagaimanakah perasaan anda berlakon bersama Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi? Khabarnya ketika itu anda berdua baru berpisah?
Memang saya akui sukar untuk kami berlakon bersama sebagai pasangan kekasih sedangkan ketika itu kami sudah berpisah. Tetapi saya cuba bersikap profesional. Akhirnya, saya okey dan tidak ada masalah berlakon bersamanya.
Bagaimanakah jika selepas ini anda dan Remy digandingkan lagi untuk filem dan drama lain?
Kalau ada tawaran berlakon bersama lagi saya tiada masalah, cuma kalau boleh tak nak selalu sangat, takut penonton bosan.

Nadiya Nisaa Tidak Tenggelamkan Lakonan Tiz Zaqyah

Posted: 08 Mar 2013 05:22 PM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon Nadiya Nisaa, 27, menganggap lakonannya sebagai Elina tidak menenggelamkan watak utama Lea Soraya yang dipegang oleh Tizz Zaqyah dalam drama Cinta Jangan Pergi arahan Kabir Bhatia.
Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2011 ini berkata, watak Elina berperanan menghidupkan suasana ceria dan menyokong watak utama dalam drama tersebut.
"Saya diberi karakter sebagai teman baik kepada Lea Soraya dan seorang yang gila-gila. Tidak timbul soal "overshadow" kerana masing-masing ada karakter tersendiri.
"Sebelum memulakan penggambaran pengarah telah menjelaskan gambaran apa yang perlu saya lakukan untuk watak itu," katanya.
Nadiya yang ditemui selepas pratonton drama Cinta Jangan Pergi yang bakal ditayangkan di TV9 pada 6 April.
Lakonannya kelihatan lebih menonjol berbanding pemegang watak utama.
Dia digandingkan sebagai pasangan kekasih dengan pelakon baru iaitu Bil Azali yang dilihat banyak menghidupkan suasana.
Drama 26 episod ini yang turut menampilkan gandingan pasangan popular Remy Ishak dan Tiz Zaqyah ini akan disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, pukul 8.30 malam.
Sementara itu, Tizz Zaqyah menganggap cabaran utama dalam drama ini adalah mengikis watak Nur Amina dalam drama Nur Kasih agar tidak dibandingkan dengan wataknya dalam drama ini.
"Saya akui memang ada yang akan membandingkan watak saya dengan drama Nur Kasih. Namun dalam drama ini, dari segi karakter saja sudah berbeza. Drama Nur Kasih berkonsepkan agama manakala drama ini berkonsepkan percintaan remaja di kolej," katanya.
Dalam pada itu, Pengurus Besar TV3 & TV9, Sharina Nordin berkata drama ini adalah ganjaran istimewa untuk penonton setia TV9 atas sokongan mereka selama ini.
"Cinta Jangan Pergi berlatar belakangkan tempat-tempat menarik sekitar Eropah dan Malaysia menjanjikan kelainan hasil gandingan pengarah Kabir Bhatiar dan isterinya, Amirah Mustaffa selaku penulis skrip.
"Selain itu, barisan pelakon yang dipilih adalah yang terbaik iaitu Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Nadiya Nissa sebagai teraju drama ini," katanya.
Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya.
Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris.
Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.

Remy, Maya semakin intim

Posted: 08 Mar 2013 05:22 PM PST

PROFESIONAL. Hubungan cinta mereka yang berakhir tidak menghalang Tiz dan Remy bergandingan dengan penuh serasi dalam drama Cinta Jangan Pergi.



AKTOR popular Remy Ishak mengakui hubungannya bersama aktres jelita Maya Karin kini semakin intim.
Semuanya gara-gara kekerapan mereka menghabiskan masa bersama seperti keluar makan dan juga melakukan aktiviti lasak.
Begitupun, akui Remy jujur, hubungannya dengan Maya sekadar teman rapat dan belum sampai ke peringkat bercinta.
"Saya akui rapat dengan Maya, tetapi kami tidak mempunyai hubungan istimewa. Walau bagaimanapun, untuk masa depan saya tidak tahu hubungan kami macam mana," ungkap Remy sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah mereka kini dalam proses sedang mengenali hati budi.
Merupakan satu-satunya sahabat wanita yang paling rapat, ujar Remy, dia menyukai Maya kerana mereka mempunyai minat yang sama iaitu melakukan aktiviti lasak.
Dedahnya mengenai peribadi Maya, pelakon wanita terbaik Filem Festival Malaysia ke-25 itu bukan sahaja seorang yang cantik tetapi juga bijak, aktif dan juga berpengetahuan.
"Dia (Maya) merupakan seorang wanita yang mempunyai sikap yang menyenangkan," luah Remy yang kini dilihat sedikit terbuka bercerita mengenai hubungannya bersama Maya.
Mengulas mengenai percutiannya bersama Maya ke Sabah baru-baru ini, ujar Remy, dia pergi atas jemputan daripada Maya sendiri dan juga pihak Yayasan Sabah.
Bercuti ke Imbak Canyon, Sabah selama empat hari, ujar Remy, dia ke sana bukan hanya ditemani Maya seorang sebaliknya pihak Yayasan Sabah turut bersama mereka.
"Maya menjemput saya ke Sabah bersama pihak Yayasan Sabah bukan semata-mata ingin bercuti sebaliknya mengkaji haiwan dan ekologi di hutan simpan.
"Saya setuju kerana sebelum ini saya hanya meredah hutan, tetapi kali ini aktiviti lasak yang saya lakukan dapat menambah pengetahuan saya tentang alam sekitar dan memupuk saya untuk lebih mencintai alam sekitar," ceritanya.
Doa buat Tiz
Ditebak kenapa sebelum ini dia sukar untuk membuka mulut bercerita mengenai hal peribadi, kata Remy, dia tidak pandai untuk menyuarakan hal peribadi kepada umum.
Remy juga berharap peminatnya terima dan menghormati pendiriannya yang lebih suka berahsia tentang peribadi.
"Saya tidak nafikan ramai yang salah tafsir tentang diri saya. Puncanya, sebab saya berdiam diri dan tidak suka bercerita tentang peribadi.
"Saya bukan garang tapi tidak tahulah sebab saya jenis orang yang tidak suka bercakap tentang hal peribadi," ujarnya menolak anggapan sesetengah pihak mengatakan dia seorang yang panas baran.

REMY mengakui Maya merupakan satu-satunya sahabat wanita yang kini rapat dengan dirinya.



Terlanjur berbicara tentang peribadi, Remy turut ditanya adakah dia tahu Tiz kini sudah mempunyai kekasih baharu.
Ujar Remy, dia tahu mengenai perkara itu (kekasih baharu Tiz) melalui teman-teman mereka dan mendoakan yang terbaik untuk bekas kekasihnya itu.
Remy yang ditemui pada majlis pratonton drama Cinta Jangan Pergi di Cineplex Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor kelmarin juga disoal mengenai gandingannya bersama bekas kekasih, Tiz Zaqyah, dalam naskhah arahan Khabir Bhatia itu.
Dedahnya, dia tidak sanggup menolak karya yang begitu bagus daripada Kabir Bhatia dan tidak mahu membuang masa melayan perasaan sebaliknya menjayakan drama tersebut dengan sempurna.
Ditebak adakah maksud dia tidak mahu melayan perasaan tersebut gara-gara gandingannya itu adalah Tiz Zaqyah, tutur Remy, dia gembira menjalani penggambaran untuk drama Cinta Jangan Pergi dan tidak berasa kekok berlakon sebagai pasangan kekasih dalam drama tersebut.
Begitupun, Remy mengakui berasa sedikit sebak mengenangkan hubungannya bersama Tiz tatkala mereka berlakon bersama untuk drama tersebut.
"Apabila saya baca jalan cerita dan karakter saya dalam drama ini, saya rasa teruja untuk menjayakannya.
"Sebabnya, cerita Cinta Jangan Pergi sangat bagus. Lagipun saya senang bekerjasama dengan Khabir Bhatia selepas drama Nur Kasih. Dia seorang pengarah yang menjaga keseluruhan aspek sama ada dari segi jalan cerita dan lakonan setiap pelakonnya.
"Jadi, saya tidak mahu ketinggalan berlakon di bawah arahannya. Saya tidak ada masalah berlakon bersama Tiz tetapi saya akui ada rasa sedikit sebak bila mengenangkan kembali.
"Namun, saya tidak mahu berfikir langsung mengenai hubungan saya bersama Tiz sebelum ini dan hanya enjoy berlakon dalam drama ini," jelasnya yang menjalani penggambaran drama Cinta Jangan Pergi selama empat bulan termasuk penggambaran di Paris dan London.
Selain Remy dan Tiz sebagai teraju utama, Cinta Jangan Pergi juga dilakonkan oleh Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob.
Cinta Jangan Pergi mengisahkan tentang dua kekasih Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) yang berjanji sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir merubah segalanya.
Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil dalam perjalanannya yang ingin menemui dan melamar Lea Soraya.
Drama bersiri 26 episod itu bakal disiarkan menerusi TV9 setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 8.30 malam bermula 6 April ini.

Suki Mohon Waran Tangkap Terhadap Bekas Syarikat Pengurusan

Posted: 08 Mar 2013 05:20 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Suki Low melalui peguamnya memohon perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd pada Jumaat.
Infi8 Dreams Sdn Bhd dalam kenyataan medianya kepada mStar Online pada Jumaat berkata, Suki bertindak sedemikian apabila pihak syarikat berkenaan tidak menghadirkan diri ke mahkamah sebanyak dua kali bagi menyelesaikan wang tuntutan yang diperolehnya.
"Memandangkan wang tuntutan masih belum dibayar, Suki terpaksa memohon daripada pihak mahkamah untuk memanggil pengarah Galaxy iaitu Chan Tak Wai dan Wong Yoke May untuk menjelaskan kegagalan atau keengganan mereka membayar wang berjumlah RM417,575.17.
"Namun, Chan dan Wong gagal menghadirkan diri ke mahkamah pada 6 Februari lalu dengan alasan terpaksa menghadiri sebuah mesyuarat di Singapura," kata kenyataan itu.
Kegagalan pihak Galaxy menghadirkan diri ke mahkamah membuatkan sebutan kes berkenaan terpaksa ditunda pada Jumaat (semalam) dan buat kali kedua itu, Chan dan Wong masih lagi berdegil tidak hadir ke mahkamah.
Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap kedua-dua individu terbabit.
Menurut fakta kes, Galaxy telah membuat penyataan salah bahawa ia mampu menerbitkan, memasarkan serta mengedar album antarabangsa Cina penyanyi itu untuk pasaran Taiwan, China dan Hong Kong.
Suki juga mendakwa telah membayar RM367,575,17 iaitu sejumlah wang tunai selepas memenangi One In A Million kepada Galaxy sebagai balasan terhadap melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Selain itu Suki mendakwa Galaxy hanya menghasilkan album tempatan yang tidak pernah diedarkan pada peringkat antarabangsa sehingga mendorong Suki menandatangani perjanjian pengurusan artis yang mengandungi terma-terma yang berat sebelah dan tidak saksama kepadanya.
Sehubungan itu mahkamah memutuskan Suki layak menerima wang ganti rugi sebanyak RM417,575.17 selepas syarikat tersebut didapati tidak mengikuti perjanjian dalam mempromosikan album tempatan yang diterbitkan.
Kes akan disebut semula pada 15 Mac 2013.

Artis Sabah Rasa Bimbang Pencerobohan Lahat Datu

Posted: 08 Mar 2013 05:20 PM PST

PETALING JAYA: Biarpun tidak bersama-sama untuk berjuang menentang penceroboh di Lahat Datu, namun sebahagian artis dari Sabah membantah kejadian itu selain memberi sokongan terhadap anggota keselamatan yang berjuang untuk negara.
Penyanyi berasal dari Tambunan, Sabah, Jimmy Palikat, 34, menganggap peristiwa pencerobohan ini membuka mata masyarakat betapa besarnya pengorbanan dan perjuangan perajurit.
"Saya sangat sedih mendengar ramai anggota polis kita yang mati dibunuh tentera Sulu, sebagai rakyat Malaysia, saya sangat menghormati dan menyanjung mereka yang terkorban sebagai wira negara.
"Selama ini kita selalu mempertikaikan tugas-tugas anggota polis dan tentera, sekarang baru kita sedar betapa besarnya tanggungjawab yang mereka pikul untuk pertahankan negara," katanya kepada mStar Online, pada Jumaat.
Tambah Jimmy, dia sering mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa tentang isu pencerobohan tersebut.
"Selama ini kita hidup dalam keadaan aman damai, jadi bila timbul huru-hara seperti ini kita jadi panik dan ingin tahu. Lebih-lebih lagi tempat tinggal saya di Tambunan tidak jauh dari tempat kejadian," ujarnya.
Kata Jimmy, dia dan keluarga sentiasa berhati-hati berikutan berita tentang penyamaran tentera pengikut individu yang mendakwa Sultan Sulu iaitu Sultan Jamalul Kiram III di perkampungan-perkampungan di Sabah.
"Saya dengar penceroboh sudah merebak ke beberapa kawasan dan keluar dari Lahat Datu, oleh itu saya dan keluarga mengambil langkah berhati-hati dan berharap pencerobohan ini dapat diselesaikan dengan segera.
Sementara itu, penyanyi Marsha Milan Londoh, 29, turut bimbang dengan perkembangan berita pencerobohan yang masih belum selesai.
"Ketika menerima berita ini, saya sangat terkejut, selama ini kita hidup aman sejahtera dan tidak menyangka ia boleh jadi begitu serius.
"Saya harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin tanpa sebarang pertumpahan darah lagi.
Tambah Marsha yang berasal dari Tamparuli, dia turut risau degan keselamatan ahli keluarga yang tinggal di bandar berhampiran iaitu Tawau.
Bagi Penyanyi Adam (AF) yang berasal daripada Kota Kinabalu mengakui hanya mampu mendoakan yang terbaik dan keselamatan rakyat-rakyat penduduk Sabah dalam situasi ini.
"Biarpun tempat saya dan Lahat Datu agak jauh namun ramai teman-teman rapat berada di sana dan bandar sekitarnya seperti di Samporna dan Tawau.
"Buat masa ini saya hanya mampu berdoa dalam solat agar semuanya selesai cara baik. Saya juga terfikir untuk adakan solat hajat beramai-ramai supaya semua masalah ini dapat selesai secepat mungkin," katanya.
Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, berkata dia ada bertanya khabar berita daripada rakan-rakannya di sana, dan kebanyakan mereka berada dalam keadaan bimbang, malah ada yang sudah berpindah ke tempat lebih selamat.
"Ada rakan-rakan saya yang pindah buat sementara sehingga isu ini selesai bagi menjaga keselamatan keluarga, ada juga segelintir yang berada dalam keadaan ketakutan di sana," katanya.
Sementara itu, pengarah dan pelakon Afdlin Shauki, 42, memohon untuk mendapatkan saluran bagi memberi bantuan kepada mangsa pencerobohan di Lahat Datu.
Dia yang baru pulang dari melawat wilayah Gaza di Palestin pada Disember lalu, menzahirkan rasa bimbang dengan keselamatan rakyat Sabah kerana isterinya juga rakyat negeri itu.
"Saya secara peribadi merasa amat bimbang dengan apa yang terjadi di Lahad Datu, Sabah. Saya harap ada saluran yang boleh saya beri bantuan dan pertolongan yang patut," katanya.
Menurut Afdlin, isteri keluarganya dan rakan-rakan baik yang berada di Sabah memberitahu bahawa mereka berada dalam ketakutan.
"Isteri saya mempunyai keluarga yang tinggal di sana dan juga kenalan terdekat. Mereka memberitahu bahawa mereka berada dalam ketakutan dan tidak senang duduk kerana bimbang keadaan yang semakin serius," katanya.
Tambahnya, dia turut kesal apabila beberapa pihak mengambil kesempatan ini untuk mempolitikkan perkara ini untuk kepentingan peribadi.
"Saya kecewa apabila ada pihak yang mengaitkan peristiwa yang telah pun mengorbankan beberapa orang anggota polis kita itu dengan politik.
"Tolong lupakan sebentar agenda politik masing-masing dan jangan pedulikan dakwaan-dakwaan tersebut. Yang penting sekarang kita perlu bersatu demi kedaulatan dan keamanan negara kita.
Beberapa artis dari Sabah lain seperti Ayu Damit, Stacy, Adira dan Wawa Zainal yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon untuk memberi komen berkaitan isu itu.

Awie Dapat Izin Isteri Temui Erra Fazira

Posted: 08 Mar 2013 05:18 PM PST

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Ruzana Misbun memberi keizinan kepada suaminya untuk bekerjasama dengan bekas Erra Fazira, menerusi rakaman program bual bicara Tunggu Sekejap di TV3.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, selepas mendapat tahu pihak produksi program yang dikendalikannya itu menjemput Erra sebagai tetamu undangan, dia terus memberitahu perkara tersebut kepada isterinya agar tidak berlaku salah faham.
"Sebenarnya isteri saya tidak mempunyai masalah tentang gandingan ini. Apa yang telah berlaku dahulu sudah menjadi sejarah dan sekarang kami mempunyai kehidupan keluarga masing-masing.
"Dia (isteri) juga sangat sporting. Malah dia merupakan peminat Erra dalam program bual bicara Primadona (Astro)," katanya yang dihubungi mStar Online petang Jumaat.
Awie yang merupakan hos Tunggu Sekejap dan Erra telah digandingkan bagi menjayakan rakaman rancangan itu musim kedua yang berlangsung di studio ntv7, Glenmarie Shah Alam, Khamis lalu.
Penyanyi itu menemu bual Erra selama sejam dan ini merupakan kerjasama pertama mereka selepas berlakon bersama menerusi filem Cuci pada tahun 2008.
Sebelum ini, Awie dan Erra pernah bertunang pada tahun 1997 selepas bercinta selama empat tahun, namun perhubungan itu putus pada tahun 1998.
Tambah Awie, dia sebenarnya tidak senang apabila isu gandingan mereka diperbesarkan kerana kerjasama itu lebih bersifat profesional.
"Perlu diingat apabila bekerja di bawah satu industri yang sama, pergilah ke mana sekalipun kita pasti akan berjumpa.
"Sebenarnya saya tak suka komen tentang hal ini, kami tidak ada masalah apa-apa pun. Cumanya... masalah akan timbul jika ada orang yang tidak senang dengan kami," ujarnya.
Dalam pada itu, Awie berkata, dia turut merancang untuk mengambil Erra sebagai pelakon utama dalam filem yang bakal diterbitkan di bawah syarikat miliknya iaitu Awie Entertainment tidak lama lagi.
Selain itu Awie juga merancang untuk menganjurkan sebuah konsert trio yang menggandingkan dia, Erra dan Ziana Zain, bagi mengingati filem Sembilu lakonan mereka yang pernah menjadi fenomena sebelum ini.
"Jika masa mengizinkan, konsert ini bakal berlangsung pada tahun ini, tetapi semuanya masih lagi dalam perancangan.
"Saya percaya konsert ini pasti memberi kenangan pada zaman filem Sembilu yang pernah menjadi fenomena pada tahun 1994," katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut.

Tiada tangan, leher hampir putus

Posted: 08 Mar 2013 05:14 PM PST


RAWANG - Mayat seorang lelaki dipercayai berusia lewat 20-an ditemui dalam keadaan mengerikan di kawasan semak berhampiran paya di Taman Velox di sini.

Mayat tanpa kedua-dua pergelangan tangan manakala lehernya dikelar sehingga hampir putus itu ditemui seorang pekebun berhampiran dalam keadaan tertiarap sekitar jam 4 petang semalam.

Kedua-dua tangan mangsa bagaimanapun tidak ditemui, dipercayai bagi mengelak identiti mayat itu dikesan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, mangsa dipercayai mati lebih daripada empat hari berdasarkan keadaannya yang berulat dan berbau busuk.

Menurutnya, pisau panjang turut ditemui bersama mangsa yang lengkap berpakaian kemeja kotak berseluar jean itu.

"Dipercayai mangsa dibunuh di kawasan tersebut apabila terdapat kesan pergelutan dan tompokan darah sekitar situ.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, mayat tersebut turut mempunyai tatu di bahagian kanan tangan dan ia dijangka dapat membantu kes tersebut.

Rosly berkata, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Hilang selepas teman lelaki jadi tunangan orang

Posted: 08 Mar 2013 05:12 PM PST


KUANTAN – Seorang bapa dari Taman Mahkota, Batu 12, dekat sini merayu anak perempuannya pulang ke pangkuan keluarga selepas lima hari menghilangkan diri.

Ismail Samad, 51, juga pesara tentera, berkata, Intan Shahira, 21, keluar dari rumah ketika awal pagi selepas mengalami tekanan perasaan apabila mengetahui teman lelakinya sudah menjadi tunangan orang.

"Pada mulanya saya tidak mengesyaki dia melarikan diri daripada rumah memandangkan segala dokumen peribadi, beg duit dan telefon bimbit ada ditinggalkan di dalam biliknya walaupun pada mulanya agak pelik kerana pintu rumah dibiarkan terbuka begitu sahaja.

"Kami menyangka Intan Shahira hanya pergi berjoging pada waktu Subuh seperti mana selalu dilakukannya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, semalam.

Ismail berkata, setelah beberapa jam dia mula mengesyaki sesuatu berlaku kepada anaknya apabila masih tidak pulang walhal waktu sepatutnya dia ke pejabat sudah berlalu.

"Beberapa hari sebelum kejadian, Intan Shahira mengetahui bekas kekasihnya sudah bertunang namun tiada tanda kekecewaan melampau dipamerkan.

"Dia ada menceritakan sedikit sebanyak kepada ahli keluarga namun dia reda memandangkan mungkin tiada jodoh." katanya.

Kata Ismail, tiada tanda pelik yang dilakukan anaknya biarpun raut wajahnya ada sedikit sedih dan tertekan namun Intan Shahira masih dapat mengawal diri sebelum hilang dari rumah antara jam 3.45 dan 5.50 pagi, 4 Mac lepas.
Tidak bawa pengenalan diri

Menurutnya, lebih membimbangkan Intan Shahira yang merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik itu tidak membawa sebarang pengenalan diri, telefon bimbit malah keluar rumah sehelai sepinggang.

"Memandangkan dia begitu sahaja, agar sukar kami menjejakinya malah pakaian apa yang dipakai juga tidak diketahui berikutan dia keluar rumah ketika ahli keluarga sedang tidur.

"Walaupun kami sudah terputus hubungan namun keluarga tetap mencarinya di kawasan berhampiran tidak mengira siang dan malam termasuk di Batu 11, Taman Tas dan Pandan Damai," katanya.

Katanya, dia turut meninjau di kawasan rumah kawan anaknya itu yang dikenali, namun harapan untuk menemui Intan Shahira hampa.

Ismail berkata, perhubungan Intan Shahira dengan bekas teman lelakinya itu direstui keluarga.

"Antara kami anak-beranak memang langsung tidak ada pertelingkahan dan dia juga berkelakuan seperti biasa, cuma ada sedikit rungutan yang rasanya tidak menjejaskan hubungan kami.

"Malah saya juga ada berbincang dengan pihak lelaki tersebut untuk bersetuju menyatukan mereka berdua sekiranya ada jodoh dan mengikut cara yang betul,  tetapi malangnya tidak sangka juga niat suci ini tidak kesampaian," katanya.

Katanya, susulan daripada kejadian tersebut beliau mengesyaki anaknya mungkin tidak pulang ke rumah berikutan tidak boleh menerima kenyataan bahawa lelaki tersebut sudah bertunang dengan orang lain.

"Pemeriksaan pada telefon bimbitnya yang turut ditinggalkan mendapati panggilan terakhir yang diterima adalah daripada bekas teman lelakinya itu.

"Kami sekeluarga amat risau dengan kehilangannya dan telah buat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading pada 5 Mac lepas, kami  harap Intan Shahira dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat," katanya.

Lebih menyedihkan kata Ismail, ibunya, Samsidar Sulaiman, 51, menghidap sakit buah pinggang dan sedang menjalani rawatan hemodialisis mula mengalami tekanan, tidak mahu bercakap kerana risau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya, Intan Shahira agar segera menghubungi Ismail menerusi talian 019-9121812 atau 014-8484264.

Tiga hari tidak pulang

Kebimbangan yang sama turut dirasai sepasang suami isteri dari Felda Lepar Hilir Tiga dekat sini kehilangan anak gadis mereka.

Mereka juga tidak menyangka sikap anak gadisnya yang mengurung diri di dalam bilik terjawab selepas anaknya keluar rumah seminggu selepas itu.

Lebih menyedihkan, anak keempat dari lima beradik itu disyaki keluarganya kini ada bersama seorang lelaki berusia 43 tahun yang pernah memberi khidmat rawatan tradisional kepada gadis itu lima bulan lalu.

Teh Darus, 56 berkata, anaknya, Siti Mazira, 21 memaklumkan ibunya, Siti Jaleha Saad, 57, bahawa dia keluar bersama rakan dikenal sebagai Ayu kira-kira jam 2 petang, Selasa lalu.

Bagaimanapun, katanya, Ayu yang ditemui selepas itu memberitahu Siti Mazira tidak mahu ke rumahnya sebaliknya meminta rakan itu menghantarnya ke Lepar Hilir 1 untuk bertemu rakan lain.

Teh berkata, dia mengesyaki anaknya bertemu lelaki yang bernama Md Adam yang dikenali keluarga sebelum ini.

Berubat di gerai burger

Katanya, Siti Mazira dan Md Adam berkenalan beberapa bulan lalu ketika dia membantu kakaknya menjual burger di Kampung Selendang, Kuala Rompin.

"Siti Mazira ada beritahu saya dia diubati lelaki itu di kedai burger kakaknya. Md Adam kata anak saya sakit dan terus berubat di situ. Selepas itu mereka terus kenal," katanya.

Menurutnya, sebaik pulang dari Kuala Rompin  dia menyedari anaknya mula mengalami kemurungan dan berkurung di dalam bilik pada 24 Februari selama seminggu sebelum keluar bersama Ayu.

"Saya cuba bertanya dan berubat tetapi keadaan tidak mengizinkan ketika itu dan tidak menyangka dia sudah keluar rumah," katanya.

Sebagai bapa, dia berusaha berjumpa dan bertanya khabar semua rakan anaknya namun mereka juga tidak tahu lokasi Siti Mazira berada.

Teh juga mengakui pernah ke rumah Mohd Adam di Kampung Feri, Kuala Pontian sehari selepas Siti Mazira tidak pulang ke rumah dan isterinya memberitahu lelaki itu tiada di rumah.

"Mereka semua tidak pasti di mana Siti Mazira berada tetapi maklumat terakhir yang saya terima, dia berada di Mersing, Johor bersama seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Proton warna merah," katanya.

Bimbang dengan kejadian itu dan demi keselamatan anaknya, Teh membuat laporan polis di Balai Polis Gambang Kuantansehari selepas Siti Mazira tidak pulang.

Menurut Teh, isterinya juga tidak lena tidur dan berharap anaknya pulang ke pangkuan keluarga.

"Ketika keluar rumah pun, dia tiada sebarang masalah dengan keluarga malah tidak pernah bermasam muka. Dia juga memberitahu ibunya untuk keluar rumah.

"Dia hanya memakai jeans hitam, baju belang hijau dan hitam dan bertudung biru," katanya.

Teh minta orang ramai supaya menghubunginya menerusi talian 0139179041 atau terus menghubungi balai polis di Kuantan jika mengenali Siti Mazira atau mendapat  sebarang maklumat.

Telinga kanan tertusuk besi

Posted: 08 Mar 2013 05:11 PM PST


FELDA KERTEH 5 – Seorang pemuda nyaris rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas merempuh sebatang pokok dekat sini.

Dalam nahas kira-kira jam 6.30 petang terbabit, Mohd Abaidillah Zainuddin, 25, turut terpaksa menahan kesakitan kerana tersepit di tempat duduk pemandu dengan bahagian belakang telinga kanan tertusuk besi stereng.

Bagaimanapun, tindakan pantas Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bandar Ketengah Jaya yang segera sampai ke tempat kejadian dan memadamkan kebakaran berjaya menyelamatkan mangsa.

Pengerusi PBS Bandar Ketengah Jaya, Ramli Mat berkata, pihaknya hanya mengambil masa selama tiga minit untuk memadamkan kebakaran di bahagian bonet kereta jenis Proton Saga yang dinaiki mangsa.

"Sejurus menerima laporan mengenai kemalangan itu, enam anggota PBS Bandar Ketengah Jaya segera bergegas ke tempat kejadian dan ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa mengerang kesakitan di tempat duduk pemandu dengan bahagian depan keretanya remuk teruk dan melekat pada pokok.

"Ketika itu bonet kereta turut terbakar dan kebakaran itu segera dipadamkan. Namun keadaan kereta yang remuk menyulitkan kami untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Menurutnya, masa selama 30 minit diambil bagi mengeluarkan mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan patah tangan dan paha selain mengalami kecederaan di kepala ekoran stereng pecah dan besi stereng menusuk kepala mangsa.

71 ada kaitan pengganas ditahan

Posted: 08 Mar 2013 04:59 PM PST

ISMAIL (tengah) bersama Zulkefili dan Hamza (kiri) menunjukkan gambar mayat pengganas yang terbunuh pada sidang akhbar di Lahad Datu semalam.



LAHAD DATU – Sebanyak 71 individu yang disyaki anggota kumpulan pengganas dan tali barut kumpulan penceroboh Sultan Sulu yang mencetuskan pergolakan di Kampung Tanduo sejak Februari lalu ditangkap pasukan keselamatan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemua individu terbabit ditangkap di dua daerah iaitu di Lahad Datu dan Semporna.
Kebanyakan suspek termasuk wanita itu ditangkap di luar kawasan Kampung Tanduo. Difahamkan suspek-suspek yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pengganas itu berketurunan Sulu tetapi menetap di Sabah.
Penangkapan suspek-suspek itu dikatakan dilakukan dalam tempoh Kampung Tanduo dilanda krisis sehingga semalam.
Bagaimanapun, Hamza enggan mengesahkan latar belakang atau butiran lanjut mengenai tangkapan itu.
"Kita memang membuat tangkapan di Lahad Datu dan Semporna. Buat masa ini kita masih menjalankan siasatan berhubung penglibatan orang-orang yang ditangkap dengan pengganas," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Menurut beliau, kesemua tangkapan itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat termasuk daripada penduduk kampung mengenai kehadiran dan gelagat individu-individu tertentu di beberapa lokasi di kedua-dua daerah tersebut.

Bayi perang Tanjung Labian

Posted: 08 Mar 2013 04:57 PM PST


KAKITANGAN kesihatan memberi suntikan kepada bayi Adawiyatul Jannah di Dewan Serbaguna Embara Budi di Felda Sahabat 12, Kampung Tanduo semalam.



LAHAD DATU – Ketika penduduk Kampung Tanjung Labian dekat sini berasa cemas dan bergegas meninggalkan rumah masing-masing ekoran pendaratan puluhan lelaki bersenjata Isnin lalu, lain pula ceritanya bagi sepasang suami isteri.
Tidak pernah tergambar di fikiran Basri Tabit, 26, yang isterinya, Adawiyatul Jannah Sarip Maulah, 25, terpaksa melarikan diri dalam keadaan menanggung kesakitan selepas tiga jam wanita itu melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.2 kilogram.
Bayi yang sihat dan cukup sifat itu kemudian diberi nama Wan Maulina Awani Izatul. Kejadian itu berlaku sehari sebelum pasukan keselamatan menggempur Kampung Tanduo.
Mengimbau semula kejadian itu, Adawiyatul Jannah berkata, sebaik melahirkan bayinya pada pukul 6 petang, mereka mendapat berita mengenai empat buah bot yang mendarat di pantai berhampiran kampung.
Katanya, dia yang bimbang sesuatu yang buruk menimpa mereka sekeluarga kemudian menguatkan semangat dan kudrat untuk bergegas keluar dari kampung bagi menyelamatkan diri.
"Anak bongsu daripada tiga beradik itu dilahirkan di rumah dan dibidankan oleh bidan kampung berikutan tiada pengangkutan.
"Sebaik bidan memotong tali pusat, suami berusaha mencari kenderaan sebelum menemui seorang jiran yang mempunyai sebuah lori untuk mengangkut sawit. Kami tiada pilihan dan terpaksa menaikinya juga," ceritanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Embara Budi di Felda Sahabat 12 di sini.

Sorok arak dalam bonet kereta

Posted: 08 Mar 2013 04:55 PM PST


SYED BASRI (kiri) bersama pegawainya memeriksa minuman keras yang disorok di bahagian enjin sebuah kereta yang ditahan di Padang Besar semalam.



PADANG BESAR – Taktik seorang pengusha restoran menyorok ratusan tin arak disebalik enjin dan bonet kereta Proton Waja miliknya gagal apabila perbuatan tersebut dapat dihidu oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Chuping di sini semalam.
Kegiatan lelaki tersebut yang berusia 40-an dikesan anggota peronda UPP yang memintas kenderaan terbabit hasil maklumat awam di dataran Trinai, Jalan Padang Besar-Kangar di sini kira-kira pukul 11 pagi.
Komander UPP Chuping, Asisten Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan berkenaan, pihaknya menemui sebanyak 143 tin minuman keras dengan nilai rampasan bernilai RM1,144.
"Peniaga tersebut disyaki memperoleh minuman keras tersebut daripada negara jiran namun dia tidak mengisytiharkan barangan itu kepada kastam di pintu masuk sempadan.
"Ia dipercayai untuk dijual di kedai runcit atau restoran di Alor Setar, Kedah," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Hanya 375 kereta McLaren P1 dikeluarkan

Posted: 08 Mar 2013 04:54 PM PST


KERETA McLaren P1 dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva di Geneva pada 5 Mac lalu.



GENEVA, Switzerland - Sebuah kereta sport berkuasa tinggi keluaran McLaren, P1 yang mempunyai lebih daripada 903 kuasa kuda (hp) akhirnya diperkenalkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva di sini baru-baru ini.
Kenderaan tersebut mampu memacu daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) berdasarkan meter laju dalam masa kurang tiga saat dengan kelajuan maksimum mencecah 349km/j.
Kuasa tinggi kereta P1 itu dibekalkan dengan enjin pengecas turbo berkembar V8 berkapasiti 3.8 liter yang menjana 757hp manakala sebuah motor elektrik membekalkan kuasa tambahan sebanyak 176hp
Kuasa tambahan itu dijana dengan menekan butang pada stereng kereta tersebut seperti Sistem Pemulihan Tenaga Kinetik (KERS) yang terdapat pada kereta lumba Formula 1 (F1).
Selain sistem enjin, keserupaan lain yang dikongsi kereta P1 dengan jentera F1 ialah harganya.
Sebuah kereta sport itu berharga sekitar AS$1.15 juta (RM3.57 juta).
Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat memiliki P1 kerana menurut McLaren, cuma 375 buah kereta tersebut dikeluarkan di seluruh dunia.

Bekas pelakon jadi artis jalanan

Posted: 08 Mar 2013 04:52 PM PST


SEORANG wanita bergambar dengan Oviedo di bandar raya Mexico kelmarin.



BANDAR RAYA MEXICO - Seorang bekas pelakon televisyen dan teater, Ruben Oviedo menjadi artis jalanan di sebuah kawasan tumpuan orang ramai di sini.
Oviedo, 40, memakai kostum seperti watak adiwira Thor membuat persembahan di jalanan.
Beberapa orang akan merakamkan gambar dengannya semasa dia membuat persembahan.
Artis-artis jalanan itu pada kebiasaannya akan memperoleh pendapatan secara puratanya sebanyak AS$40 (RM124) sehari dalam tempoh lapan jam.

Ikan paus mati kerana telan plastik

Posted: 08 Mar 2013 04:51 PM PST

BEBERAPA ahli biologi mencari plastik dalam perut ikan paus itu.



MADRID - Seekor ikan paus sperma seberat 4.5 tan yang mati di pantai Granada, selatan Sepanyol pada Mac tahun lalu disebabkan haiwan itu menelan sejumlah besar plastik, kata seorang saintis kelmarin.
Menurut saintis itu, Renaud de Stephanis, terdapat lebih 17 kilogram sampah di dalam perutnya termasuk kanvas plastik.
Stephanis merupakan seorang pakar biologi marin di Stesen Biologi Donana yang dikendalikan Majlis Penyelidikan Kebangsaan Sepanyol.
Menurut Stephanis, lebih 250 haiwan marin termasuk kura-kura, ikan lumba-lumba dan lain-lain hidupan lain boleh menyebabkan tercekik kerana sampah plastik di lautan.
Ikan paus sperma pada kebiasaannya memakan sotong.
Menurut saintis itu, terdapat seketul batu di dalam usus ikan paus tersebut.
Beliau berkata, sebanyak empat ikan paus sperma telah didapati mati kerana menelan sampah plastik.
Menurutnya, penemuan itu membimbangkan kerana ia menunjukkan terdapat laut yang dipenuhi dengan sampah.
Beliau menyatakan, serpihan plastik juga terdapat di dalam ikan lain.

Pameran batu di atas batu di London

Posted: 08 Mar 2013 04:51 PM PST


SEBONGKAH batu yang diletakkan di atas sebuah lagi bongkah batu dipamerkan di Galeri Serpentine, Hyde Park, London semalam.



LONDON - Para pengunjung di Galeri Serpentine di Hyde Park di sini kini boleh melihat sebongkah batu diletakkan di atas sebuah bongkah lagi batu.
Artis seni terkenal dari Switzerland, Peter Fischli dan David Weiss menghasilkan kerja seni unik itu yang mula dipamerkan semalam.

Kongsi ilmu bersama masyarakat

Posted: 08 Mar 2013 04:48 PM PST


MULA meneroka bidang teknologi satelit sejak tahun 1985, pengetahuan yang dimiliki oleh Timbalan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Noordin Ahmad, 50, menjadi ilmu yang sangat berharga untuk dikongsi bersama masyarakat.
Kecintaan beliau terhadap bidang satelit sebenarnya bertitik tolak daripada rasa kagum dan hormatnya kepada ahli astronomi Malaysia, Allahyarham Mohd. Khair Mohd. Taib.
Sewaktu mula memasuki sekolah menengah dan meningkat remaja, Noordin memang tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang dunia astronomi atau elemen dalam sains angkasa.
"Tetapi, ketika itu saya amat teruja dengan bidang tugas Allahyarham Mohd. Khair. Pengiraan falak beliau yang berasaskan astronomi digunakan sebagai rujukan dalam semua kalendar waktu solat serta penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
"Maka dari situlah saya menanam keazaman untuk menimba ilmu dalam bidang berkaitan," jelas Noordin dalam satu pertemuan dengan Kosmo! baru-baru ini.
Halangan dalam penyelidikan
Apabila meningkat dewasa, Noordin memilih untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan ukur tanah yang banyak menggunakan data dari cerapan matahari dan bintang di angkasa bagi tujuan pengiraan arah, masa dan kedudukan.
Berdasarkan sejarah, kaedah itu juga telah digunakan oleh pedagang-pedagang zaman silam untuk merantau ke seluruh dunia. Akhirnya beliau berjaya membawa pulang Ijazah Sarjana Juruukur daripada Universiti Melbourne pada tahun 1984.
"Semasa belajar di Melbourne, saya kemudian tertarik untuk mengkaji teknologi berkaitan satelit ketenteraan memandangkan ia merupakan antara teknologi paling canggih di dunia ketika itu.
"Tambahan pula, penggunaan teknologi satelit amat terbatas di Malaysia. Malah, tiada anak Malaysia yang mempunyai kelulusan dalam bidang tersebut. Meskipun teknologi tersebut agak terhad pada masa itu, namun ia membuat saya lebih berminat untuk mengetahui rahsia di sebaliknya," ujar Noordin sambil memberitahu banyak cabaran yang dihadapi ketika mahu melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang tersebut.
Antaranya termasuklah cabaran dalam mendapatkan maklumat berkaitan teknologi satelit. Berbeza pada zaman sekarang, maklumat kerahsiaan tentang teknologi satelit telah banyak 'dibongkar' kepada masyarakat.

PUSAT Kawalan Satelit sesebuah negara berupaya memantau ruang angkasa daripada sebarang anasir asing.



Kata Noordin, namanya juga pernah ditapis oleh pihak Barat terutama Amerika Syarikat (AS) sebelum diberi kebenaran meneruskan kajian mengenai teknologi mereka.
"Selain menjalani proses penapisan yang kemudian diluluskan, saya juga terpaksa menghubungi beberapa syarikat komersial dari AS untuk mendapatkan sokongan mereka bagi membuat penyelidikan dalam bidang teknologi satelit," ungkapnya.
Berkongsi cerita mengenai pengalaman untuk menyiapkan tugasan sewaktu pengajian di peringkat PhD, Noordin memberitahu sekitar hujung tahun 80-an, satelit yang dikaji hanya melalui United Kingdom (UK) pada waktu awal pagi.
"Ini bermakna saya perlu menunggu antara pukul 1 hingga 3 pagi semata-mata untuk mencerap data-data yang dihantar satelit navigasi tersebut.
"Bayangkan dengan cuaca sejuk dan mata yang mengantuk, ia memang mencabar kekuatan fizikal diri. Namun, demi minatnya, saya tetap hadapinya sebaik mungkin," tutur anak kelahiran Kuala Ketil, Kedah itu tersenyum.
Selepas tamat pengajian, beliau mendapati bidang tersebut mempunyai potensi yang sangat tinggi dalam membantu pembangunan negara.
Justeru, Noordin telah menggabungkan teknologi itu dengan aplikasi-aplikasi yang digunakan untuk kegunaan awam.
Sejak awal tahun 90-an hingga kini, antara sumbangan utama beliau kepada negara ialah mengaplikasi teknologi satelit dalam beberapa bidang pembangunan fizikal seperti pemetaan, perancangan bandar, landskap, kejuruteraan awam dan sebagainya.

NOORDIN mahu lebih ramai anak muda menceburkan diri dalam bidang pembangunan teknologi satelit.



Menurut Noordin, sungguhpun Malaysia masih di peringkat awal dalam bidang pembangunan teknologi satelit, namun negara tidak begitu terkebelakang dalam menggunakannya.
"Malangnya, teknologi ini sering dikaitkan dengan ketenteraan. Kawalan yang ketat oleh negara-negara yang mempunyai teknologi satelit melalui beberapa regim seperti International Traffic in Arms Regulation (ITAR) dan Missile Technology Control Regime (MTCR) membuatkan negara yang ingin melibatkan diri dalam bidang ini terpaksa melalui proses yang berliku.
"Kejayaan Malaysia menghantar beberapa jurutera ke UK untuk mempelajari teknologi membangunkan satelit pada tahun 90-an telah membuka mata negara membangun lain untuk mengikut jejak kita. Malah, ketika ini Malaysia dianggap sebagai negara pendahulu dalam teknologi satelit di Asia Tenggara," terang Noordin.
Minat anak muda
Menjelaskan lebih lanjut, Noordin berkata, teknologi satelit sebenarnya merupakan platform untuk kita merealisasikan pelbagai perkara yang lebih besar.
"Buat masa ini, Angkasa lebih menekankan kepada industri hiliran dan penggunaan teknologi satelit. Pembangunan teknologi ini akan dilaksanakan bersama institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan secara berhemah demi memenuhi mandat rakyat kepada Angkasa," katanya sambil memberitahu, negara masih kekurangan tenaga kerja dalam bidang satelit.
Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menarik minat generasi muda menyertai bidang pembangunan satelit.
"Melalui Angkasa dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kami berusaha untuk melebarkan pembangunan insan bersama IPT dan industri. Ia satu visi yang besar tetapi kami yakin kerjasama sebegini akan mempercepatkan proses pembangunan teknologi ini.
"Jika dahulu sains roket dikira sebagai teknologi yang tidak dapat dijangkau oleh negara seperti Malaysia, kini kita telah mendekati sekolah, universiti dan industri untuk sama-sama melihat kepada kepentingan teknologi ini dalam menjadi negara maju menjelang tahun 2020," terangnya lagi.

Karya kanvas tubuh

Posted: 08 Mar 2013 04:48 PM PST


PELUKIS dan jurusolek bergabung untuk menunjukkan bakat seni masing-masing.



ARTISTIK seni ternyata tidak harus berbatas. Namun, adakalanya ia menyebabkan seni itu dizahirkan sehingga di luar kotak pemikiran.
Itulah yang mungkin dapat disaksikan pada Ekspo Kecantikan Antarabangsa Nevskie Berega di Saint Petersburg, Rusia.
Menjadi antara ekspo kecantikan terbesar di Rusia, Ekspo Kecantikan Antarabangsa Nevskie Berega mengumpulkan lebih 350 syarikat kecantikan terkemuka seluruh dunia.
Antara jenama tersebut termasuklah Wella, Londa, L'Oreal, Matrix, Solinger, Kuene, Schwarzkopf, Kasho dan banyak lagi.

CAT tidak bertoksik dan pelbagai produk solekan digunakan untuk menzahirkan lukisan di atas tubuh.



Dalam ekspo yang berlangsung selama lima hari di Kompleks Sukan dan Konsert Saint Petersburg itu pelbagai acara dianjurkan daripada jualan gerai, pameran, peragaan fesyen, pertandingan rekaan busana sehinggalah pertandingan stail rambut.
Namun, acara yang paling mendapat perhatian ramai terutamanya pencinta seni dan jurufoto ialah lukisan tubuh.
Dalam acara tersebut tubuh manusia dijadikan kanvas oleh para peserta untuk menzahirkan pelbagai jenis lukisan menggunakan produk kosmetik dan cat tidak toksik di atas tubuh para model.
Pelbagai tema dan motif lukisan dapat disaksikan semasa model membuat peragaan di pentas antaranya hidupan dasar laut, daun terup, bentuk mata dan flora.

KREATIVITI solekan yang disatukan dengan rekaan kostum menarik menjadi tumpuan orang ramai.



Bagi peserta dan model yang lebih berani lukisan yang dizahirkan termasuklah di atas payu dara.
Apa yang pasti, ia memerlukan kemahiran yang tinggi para pelukis kerana model harus disolek dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Keberanian pemimpin berdarah Latin

Posted: 08 Mar 2013 04:43 PM PST

CHAVEZ mempunyai pengaruh yang cukup kuat dalam kalangan rakyat Venezuela.



"SAYA akan menjadi presiden sehingga tahun 2050 ketika berumur 95 tahun selagi rakyat masih mengundi saya."
Itu kata-kata yang dilontarkan oleh Presiden Venezuela, Hugo Chavez selepas kekal berkuasa dan akan menjadi presiden seumur hidup dalam satu perubahan perlembagaan negara itu. Perubahan tersebut dibuat melalui referendum pada 2 Disember 2007.
Tindakan itu merupakan usaha Chavez untuk menjadikan Venezuela sebagai sebuah negara sosialis dan pungutan suara yang dilakukan ternyata memihak kepadanya.
Mengulas mengenai ucapan yang dibuat, jelas menunjukkan seolah-olah Chavez begitu yakin usianya panjang dan akan hidup lebih lama untuk mengemudi Venezuela. Ironinya, kepimpinan Chavez sekadar bertahan selama 14 tahun.
Pada tarikh 5 Mac iaitu Selasa lalu, Chavez menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Caracas selepas dua tahun bertarung melawan penyakit kanser yang dihadapi, sekali gus membawa bersama harapan dan impian yang tidak terlaksana.
Pemergian Chavez ditangisi jutaan penyokong setianya yang menganggap beliau sebagai pemimpin sejati yang sentiasa membela kepentingan rakyat.
"Chavez hidup untuk selama-lamanya. Semangatnya akan terus menjadi inspirasi bagi semua yang berjuang menuntut kebebasan. Chavez akan sentiasa bersama kita, menemani kita," kata Presiden Bolivia, Evo Morales.
Sejak dipilih menjadi Presiden Venezuela pada tahun 1998, Chavez begitu dikenali sebagai pemimpin di Amerika Selatan yang paling lantang bersuara menentang dan mengkritik Washington.
Beliau berani mengeluarkan amaran untuk tidak bertoleransi dengan pihak-pihak yang cuba melakukan keganasan dan pernah mengancam untuk memutuskan bekalan minyak ke Amerika Syarikat (AS) jika mereka campur tangan dalam urusan pentadbiran negaranya.
Justeru, tidak hairanlah jika pentadbiran Rumah Putih 'lega' mendengar berita kematian Chavez lantaran hubungan dingin antara mereka sebelum ini.
"Selamat berambus diktator Chavez. Beliau adalah seorang pemimpin kejam yang memaksa rakyat Venezuela hidup dalam ketakutan," selar Ed Roycem selaku Pengerusi Jawatankuasa Rumah Putih untuk Hubungan Luar AS.
Sejak didiagnosis menghidap kanser di bahagian pelvis pada bulan Jun 2011, pemimpin sosialis berusia 58 tahun itu telah menjalani beberapa siri pembedahan di Cuba bagi merawat penyakitnya.
Ekoran kematian Chavez, Naib Presiden, Nicolas Maduro akan terus memerintah Venezuela sebagai pemangku Presiden sehingga pilihan raya yang akan diadakan dalam tempoh 30 hari.
Menteri Luar, Elias Jaua mengesahkan pelantikan tersebut dalam satu temu bual bersama stesen televisyen tempatan, VTV, beberapa jam selepas Maduro mengumumkan pemergian Chavez.

BERSAMA bekas Presiden Cuba, Fidel Castro yang dianggap seperti bapa sendiri oleh Chavez ketika melawat Taman Negara Canaima di timur Venezuela.



Jaminan keamanan
Maduro yang kelihatan sebak ketika mengumumkan kematian Chavez berkata, kerajaan Venezuela ketika ini menempatkan pasukan tentera dan polis bagi mengawal dan melindungi rakyat serta memberi jaminan keamanan di negara ini.
Beliau juga meminta semua rakyat di negara itu mempertahankan keamanan dan bersatu hati untuk menghadapi musibah yang melanda serta meneruskan legasi yang ditinggalkan Chavez.
"Kita perlu bersatu lebih baik daripada sebelum ini," kata Maduro.
Sebaik berita kematian Chavez tersebar, ribuan penyokongnya berkumpul di Caracas. Sebahagian mereka menangis teresak-esak secara terbuka manakala yang lain melambai-lambai bendera sambil memegang gambar mendiang Chavez.
Tiada laporan keganasan besar, tetapi sedikit ketegangan dapat dirasai di jalanan, apabila orang ramai yang mahu pulang ke rumah selepas tamat waktu kerja cuba untuk mengelak daripada lautan penyokong kuat Chavez.
Sementara itu, Jaua memberitahu, kerajaan Venezuela telah mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari. Semua kedutaan Venezuela di seluruh dunia mengibarkan bendera separuh tiang.
Mayat Chavez telah dibawa ke akademi ketenteraan di Caracas Rabu lalu. Ia akan berada di sana selama tiga hari bagi memberi peluang kepada pemimpin dan rakyat memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Pengkebumian negara dijangka berlangsung hari ini.
Pengumuman kematian Chavez dibuat beberapa jam selepas Maduro bertemu dengan barisan pemimpin atasan politik dan ketenteraan bagi berbincang mengenai keadaan kesihatan Chavez yang semakin teruk.
"Kami mengesyaki mungkin seseorang dengan sengaja telah menyebabkan Chavez mendapat kanser tersebut," tegas beliau yang turut menyamakan situasi tersebut dengan kematian pemimpin Palestin, Yasser Arafat, yang didakwa mati diracun rejim Israel.
Beberapa pemimpin kanan Chavez sudah lama mendakwa bahawa AS sebenarnya mendalangi satu cubaan menggulingkan Presiden itu pada tahun 2002. Tambahan pula, Chavez kerap memainkan sentimen anti-AS bagi meraih sokongan rakyat.
Sejurus sebelum berangkat ke Cuba untuk menjalani pembedahan Disember lalu, Chavez memetik Maduro sebagai lelaki yang diingini untuk menggantikan beliau.
"Beliau adalah salah seorang pemimpin muda dengan keupayaan terhebat untuk meneruskan, jika saya tidak boleh," ujar Chavez.
Bagaimanapun, Maduro tidak menyebut tentang hasrat untuk bertanding bagi pilihan raya tersebut, tetapi ramai yang menjangka beliau akan menjadi calon Presiden Venezuela bagi Parti Sosialis Bersatu.
Semasa ketiadaan Chavez di pentas politik sejak tiga bulan lalu, Maduro telah mengambil alih pentadbiran negara. Beliau telah berucap pada perhimpunan politik di seluruh negara dan memberitahu perkembangan terkini tentang Chavez melalui televisyen nasional.

CHAVEZ memeluk dua ahli keluarga ketika meraikan hari lahir anak perempuannya, Maria Gabriela (tiada dalam gambar) di Havana.



Zaman kanak-kanak
Dilahirkan pada 28 Julai 1954 rumah neneknya di perkampungan luar bandar, Sabaneta di wilayah Barinas, Venezuala Chavez merupakan anak kepada pasangan Chavez Hugo de los Reyes dan Elena Frias de Chavez.
Kedua-dua ibu bapanya merupakan guru sekolah rendah kelas pertengahan yang hidup di sebuah perkampungan kecil, Los Rastrojos. Pasangan itu mempunyai tujuh anak.
Keluarga Chavez berasal daripada keturunan Indi-Amerika, Afro-Venezuela dan Sepanyol. Kesempitan hidup yang dilalui menyebabkan Chavez dan adiknya, Adan, dihantar untuk duduk bersama neneknya, Rosa Inez Chavez.
"Walaupun saya hidup dalam kemiskinan ketika zaman kecil, namun saya amat gembira dan bahagia," terang Chavez mengenai zaman kanak-kanaknya.
Memulakan alam persekolahan di Sekolah Rendah Julian Pino, Chavez mempunyai beberapa hobi termasuklah melukis, mewarna, bermain besbol dan meminati subjek sejarah.
Selepas itu, Chavez melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Daniel O'Leary di bandar Barinas sebelum memasuki Akademi Ketenteraan Sains Venezuela pada 1971 hingga 1975.
"Sejak meninggalkan akademi tentera, saya sudah diorientasi ke arah pergerakan revolusi. Saya yang berjaya memasuki akademi elit itu, hanya seorang kanak-kanak berasal dari kawasan perbukitan dengan aspirasi untuk menjadi pemain besbol profesional.
"Empat tahun kemudian, seorang berpangkat leftenan kedua muncul dan mengemudi laluan revolusi.
"Saya yang sebelum ini tidak mempunyai kewajipan kepada sesiapa, tidak tergolong dalam mana-mana gerakan, tidak mendaftar dengan mana-mana pihak, tetapi akhirnya saya tahu ke mana arah yang mahu dituju," ungkap Chavez mengenai perjalanan hidupnya.

Pakej lengkap sedan hibrid premium

Posted: 08 Mar 2013 04:41 PM PST


TAHUN 1997 menyaksikan syarikat automotif Audi AG di Jerman tampil sebagai pengeluar kenderaan pertama di benua Eropah berkecimpung dalam penghasilan kenderaan hibrid. Model yang dimaksudkan ialah Audi A4 Duo III.
Pada ketika itu, pasukan jurutera syarikat itu menggunakan rangkaian kuasa enjin diesel 1.9 liter TDI berserta sebuah motor elektrik. Enjin pada Audi A4 Duo III berupaya menjana kuasa sebanyak 90PS, manakala motor elektriknya membantu menyalurkan kuasa setinggi 29PS.
Namun, produksinya tidak mampu bertahan lama disebabkan faktor harga tinggi. Selain gagal membuahkan kecekapan bahan api jika dibandingkan dengan keupayaan enjin diesel standard 1.9 liter TDI. Hanya kira-kira 100 unit sedan itu berjaya melepasi barisan pengeluaran sehingga awal tahun 2011.
Sebelum ini, Audi AG pernah mengetengahkan idea penciptaan kenderaan hibrid pada dua pameran automotif berkelas dunia. Kali pertama usaha itu ditunjukkan adalah pada tahun 1989 di Pameran Motor Frankfurt, Jerman menerusi model konsep Audi Duo.
Selang setahun selepas itu, model hibrid generasi kedua iaitu Audi 100 Duo II membuat debut sewaktu pameran Geneva Motor Show yang berlangsung di Perancis. Status asalnya iaitu sekadar sebuah jentera konsep terus kekal dalam tempoh yang agak lama.
Usaha Audi untuk membangunkan sebuah model hibrid nyata serius dengan kemunculan kenderaan utiliti sukan Audi Q5 Hybrid pada tahun 2010. Pengeluaran model berkenaan masih diteruskan sehingga kini dan ditawarkan di beberapa pasaran tertentu sahaja.
Pameran Geneva Motor Show 2012 kemudian menyaksikan kemunculan dua model hibrid terbaharu Audi AG iaitu A6 Hybrid dan A8 Hybrid. Produksi model A6 Hybrid bermula pada tahun sama.
Baru-baru ini, pengimport dan pengedar tunggal jenama Audi yang diimport sepenuhnya (CBU) di Malaysia, Euromobil Sdn. Bhd. (Euromobil) melancarkan model A6 Hybrid ke pasaran tempatan. Euromobil adalah subsidiari DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom).

ENJIN petrol empat silinder 2.0 liter TFSI ini berupaya menawarkan prestasi pemanduan seperti sebuah enjin enam silinder.



Pengenalan model itu ke pasaran menjadikannya sebagai hibrid pertama Audi di Malaysia. Kemasukan jentera hijau mewah itu sudah pasti mencetuskan saingan cukup sengit kepada dua pemain Jerman lain di negara ini, apa lagi jika bukannya BMW dan Mercedes-Benz.
Kekuatan produk terbaharu edaran Euromobil berkait rapat dengan harganya. Harga jualan atas jalan tanpa insurans bagi A6 Hybrid cuma RM280,000 seunit. Tag harga itu disifatkan sebagai cukup rendah bagi mereka yang ingin memiliki sebuah kereta Audi.
Manakan tidaknya, perbezaan harga antara A6 Hybrid dan A6 2.0L TFSI adalah lebih daripada RM60,000! Itu perbezaan jika mengambil kira harga atas jalan tanpa insurans. Tidak mustahil faktor ini dapat menarik pemilik kenderaan premium sedia ada untuk menjadi pelanggan Euromobil.
Tawaran harga yang signifikan itu adalah hasil daripada insentif pengecualian duti import serta cukai sepenuhnya untuk kenderaan hibrid dan elektrik yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu pembentangan Bajet 2010.
Insentif selama dua tahun itu kemudiannya dilanjutkan sehingga akhir tahun ini. Langkah itu jelas membantu memacu pertumbuhan segmen kenderaan mesra alam di negara ini.
Audi A6 Hybrid dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Hadir sama ialah Pengerusi Euromobil dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil.
Mohd. Khamil berkata, pengenalan Audi A6 Hybrid di negara ini membuktikan komitmen Kumpulan DRB-Hicom dalam membantu industri automotif Malaysia berada sebaris dengan negara jiran lain serta lebih kompetitif di peringkat global.

DARI kiri: Pengarah Kumpulan Automotif dan Pertahanan DRB-Hicom, Datuk Abdul Harith Abdullah, Mohd. Khamil, Dr.Mahathir dan Tan pada majlis pelancaran Audi A6 Hybrid di ibu negara baru-baru ini.



Audi A6 Hybrid dilengkapi enjin petrol empat silinder 2.0 liter TFSI bersama seunit motor elektrik. Pandanan transmisi tiptronik lapan kelajuan diberikan. Hasilnya, prestasi jentera itu ibarat seperti datangnya daripada enjin enam silinder.
Motor elektrik menerima kuasa daripada pek bateri litium-ion yang disimpan di bahagian belakang kerusi barisan kedua. Pek bateri dicaj apabila membrek dan menerusi sebuah generator sewaktu kenderaan bergerak.
Pek bateri seberat 38 kilogram (kg) itu mengurangkan kapasiti ruang but kepada 375 liter berbanding keluasan 530 liter yang ada pada model A6 petrol standard.
Kuasa maksimum sebanyak 245bhp dengan tork setinggi 480Nm dapat dijana menerusi rangkai kuasa jentera hibrid berkenaan. Kelajuan maksimumnya dihadkan pada paras 240 kilometer sejam (km/j).
Pecutan dari titik pegun ke 100km mengambil masa 7.5 saat. Purata penggunaan bahan api bagi setiap 100km adalah sebanyak 6.2 liter. Sementara kadar pembebasan karbon direkodkan sebanyak 145 gram setiap km.
Mode pemanduan EV (elektrik sepenuhnya) boleh diaktifkan dengan menekan butang pada konsol tengah. Jentera seberat 1,845 kilogram itu boleh bergerak dengan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya sejauh 3km jika anda mengekalkan kelajuan pada paras 60km/j.
Bahagian luaran dan dalaman model itu tidak jauh beza dengan sebuah A6 petrol standard. Perbezaan paling ketara ialah lampu hadapannya yang menggunakan lampu LED.
Ketua Pegawai Eksekutif Euromobil, Stanley Tan mengunjurkan jualan sebanyak 1,000 unit Audi A6 Hybrid bagi tahun ini.
Sasaran konservatif itu tidak sukar untuk dicapai. Memandangkan dalam tempoh sehari sebelum prebiu untuk media diadakan, tempahan yang diterima sudah mencapai 200 unit.
Ada khabar mengatakan tempahan A6 Hybrid sudah mencecah hampir 500 unit. Jika perkara ini benar, tidak mustahil jenama Audi mampu memintas dua pesaing rapatnya di Malaysia.

Keunikan Suzuki Belang

Posted: 08 Mar 2013 04:40 PM PST


MODEL naked ini menawarkan pengendalian yang cukup baik.



KELIBAT Suzuki Belang R150 boleh disifatkan agak jarang kelihatan di atas jalan raya tempatan.
Biarpun begitu, ia tidak bermaksud produk jenama Jepun itu gagal mendapat tempat di negara ini. Belang sebenarnya mempunyai pengikut dan penggemar tersendiri.
Malah ada beberapa pengeluar komponen aftermarket popular sudah menawarkan aksesori dan alat ganti jentera tersebut di kedai-kedai motosikal di seluruh negara.
Harus tahu, tidak ada pengeluar komponen industri sekunder mahu membuang masa mencipta barangan untuk motosikal yang mempunyai volum jualan rendah. Inilah keunikan Suzuki Belang R150.
Baru-baru ini, saya berpeluang meminjam jentera berkenaan daripada Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. (Suzuki Assemblers) untuk sesi tunggang uji.
Saya difahamkan bahawa ia merupakan sebuah unit demo yang digunakan untuk acara promosi Suzuki Assemblers di seluruh negara.
Selesai sahaja urusan dokumen pinjaman, saya tidak sabar untuk menguji jentera berwarna merah hitam itu. Sejurus sahaja duduk di atas pelana, ia menggamit kembali kenangan lama menunggang sebuah Honda Hurricane.

TIGA pilihan warna ditawarkan bersama paparan grafik bagi model naik taraf 2012.



Posisi kedua-dua siku sedikit ke dalam dan berada di hadapan tulang rusuk. Kedudukan badan pula dianjakkan ke hadapan memandangkan tempat duduknya sedikit terjengket di bahagian belakang. Bagi saya, posisi sebegini sedikit sebanyak membantu meningkatkan fokus sewaktu menunggang jentera naked ini.
Klac perlu ditarik apabila menekan butang pemula bagi menghidupkan Belang. Sebagai alternatif, penendang kaki boleh digunakan untuk tujuan sama.
Enjin mudah dihidupkan. Alunan deruman ekzos standard yang hinggap di halwa telinga mula membakar semangat untuk memulas pendikit minyak dengan lebih agresif.
Tuli gear dipijak dan roda mula melayari jalan raya. Adakala kedengaran bunyi letupan daripada corong ekzos.
Pengendalian Belang seberat 108 kilogram bukannya sesuatu yang janggal. Ia mudah dikendalikan dan lincah menyelinap di celah-celah barisan kenderaan beroda empat.
Sewaktu tunggangan, saya mendapati ada satu punat yang ditempatkan pada sebelah kanan meter paparan hablur cecair (LCD).
Jentera diberhentikan di tepi jalan kerana ingin mengetahui fungsinya. Rupa-rupa punat itu mengubah mode tunggangan biasa kepada mode kuasa (PWR) dan ekonomikal (ECO).
Mode PWR terus menjadi pilihan. Tunggangan diteruskan semula dan saya mendapati ada lampu putih pada skrin LCD mula berkelip-kelip dan menyala. Itu menandakan rev enjin mencapai tahap optima untuk ledakan kuasa maksimum.

INSTRUMEN meter model Suzuki ini memaparkan kombinasi meter analog rpm dan satu skrin LCD untuk kelajuan, baki bekalan petrol serta jarak tunggangan.



Pancaran lampu diendahkan. Saya memilih untuk merasa raungan enjin dan penukaran gear apabila dirasakan sesuai.
Sipnosis mudah, jika beri perhatian pada lampu, bagaimana mahu fokus pada situasi keadaan semasa yang ada di hadapan anda?
Belang R150 sememangnya menawarkan pengendalian yang cukup baik. Perkara itu disebabkan penggunaan komponen aluminium pada jentera berkenaan.
Tangki penuh petrol Belang R150 sudah kering dalam tempoh dua hari dengan mode PWR. Jarak tunggangan sekadar 84 kilometer (km).
Kelajuan tunggangan pada ketika itu adalah di antara 100km sejam (km/j) hingga tahap maksimum iaitu 120km/j.
Catatan kelajuan itu sedikit rendah kerana motor sesi tunggang uji tersebut bukannya baru. Odometer menunjukkan perjalanan sudah melepasi 7,000km.
Bagi mode pemanduan biasa, lampu putih tidak akan menyala. Dalam mode ECO pula, ia mengimbangi rev enjin untuk penjimatan bahan api.
Apabila mode ini diaktifkan, saya berjaya mencapai jarak sejauh 74km dan mempunyai baki petrol separuh tangki lagi. Kelajuan tunggangan antara 80 km/j hingga 100km/j.
Berbekalkan dua set brek cakera pada kedua-dua roda, tugas yang dimainkan untuk memperlahankan dan memberhentikan jentera perlu diberi pujian.
Berhubung prestasi sistem teleskopik hadapan dan penyerap hentak tunggal di belakang pula, tiada sebarang masalah.
Suzuki Belang R150 dijual pada harga asas RM7,570 seunit tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran, insurans dan caj-caj lain. Pilihan warna yang disediakan ialah merah hitam, biru putih dan kelabu putih.

Sensasi pemanduan tanpa bumbung!

Posted: 08 Mar 2013 04:39 PM PST


BUMBUNG DS3 Cabrio didatangkan dalam tiga pilihan warna untuk para pengguna.



TIDAK lama dahulu, Citroën mempunyai kehadiran yang kukuh di dalam negara. Antara model popular ialah BX, ZX, Picasso dan C3.
Jenama dari Perancis itu juga terkenal dengan teknologi suspensi boleh laras automatik yang mendahului zaman.
Paling menarik di dalam sejarah Citroën ialah syarikat itu merupakan pengeluar kereta pertama secara besar-besaran di luar Amerika Syarikat. Citroën wujud sudah lama iaitu sejak tahun 1919 lagi.
Kebelakangan ini walaupun dengan pengenalan model-model baharu dengan harga yang lebih rendah daripada pengeluar Eropah lain, Citroën tetap gagal untuk kembali kepada zaman kegemilangannya.
Saya pernah bertanya kepada seorang rakan iaitu editor terkenal majalah automotif, kenapa Citroën yang merupakan subsidiari Peugeot dan mempunyai model yang lebih kurang sama gagal untuk mendapat kepercayaan pembeli walaupun dengan harga yang lebih murah.
Hakikatnya, mungkin kerana penjenamaan yang tidak berkesan atau pembeli kurang yakin dengan khidmat pengedar menyebabkan jenama itu tenggelam tidak naik-naik.
Terkini, Citroën tempatan sudah bertukar pengedar dengan pelancaran semula model-model baharu. Persaingan akhirnya akan menguntungkan pengguna.
Baru-baru ini Citroën UK melancarkan varian terbaharu model popular mereka iaitu DS3 Cabrio. Dilancarkan hampir tiga tahun lepas, DS3 telah terjual sebanyak 200,000 unit di serata dunia.
Secara kumulatif pula, famili DS yang terdiri daripada DS3, DS4 dan DS5 telah mencapai jualan sebanyak 300,000 unit di seluruh dunia dalam tempoh hanya 30 bulan.
DS3 Cabrio mengekalkan ciri-ciri unik yang terdapat pada model DS3 hatchback dengan rekaan yang kompak, perkadaran dinamik, bumbung terapung dua tona dan tiang B 'sirip ikan yu' serta rupa depan yang menonjol dengan lampu LED yang merupakan signaturnya.

REKA bentuk bahagian hadapan tidaklah berbeza dengan model DS3.



Pada bahagian belakang adalah lampu 3D LED yang diinspirasikan daripada rekaan model konsep Citroën Revolte dan Survolt.
Bahagian tengah lampu terdiri daripada 31 lampu LED dengan cermin reflektor separuh yang akan memantulkan cahaya dengan efek 'infiniti'.
Memandangkan DS3 ini adalah versi Cabrio maka ciri paling menarik adalah bumbungnya yang boleh dibuka. Bumbung tersebut diperbuat daripada kanvas berkualiti dan dioperasikan sepenuhnya secara elektrik walaupun pada kelajuan 121 kilometer sejam.
Ciri tersebut agak penting sebenarnya kerana jika hujan turun secara tiba-tiba atau pun panas terik pemandu boleh menutup atau membuka bumbung pada kelajuan tinggi.
Bumbung kanvas itu boleh digunakan dengan tiga kedudukan iaitu sederhana, horizontal dan penuh dengan masa operasi buka dan tutup dalam tempoh 16 saat.
Walaupun bumbung dibuka dengan keadaan horizontal, penumpang belakang tetap dapat menikmati ruang bukaan tanpa halangan.
Tidak hanya didatangkan dengan rekaan biasa, bumbung DS3 Cabrio ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu Hitam, Blue Infinite dan Moondust Grey DS Monogramme.
Dari segi casis, DS3 Cabrio sama seperti model hatchback cuma memandangkan ianya adalah model Cabrio beberapa pengukuhan telah dibuat pada bahagian belakang supaya lebih tegar.
Walaupun model Cabrio ini tiada bumbung besi dengan hanya bumbung kanvas tetapi ia lebih berat daripada model hatchback sebanyak 25 kilogram (kg).
Penambahan berat itu sebenarnya agak ringan memandangkan tipikal model Cabriolet 100kg lebih berat berbanding model hatchback.

PENUMPANG di barisan belakang boleh menikmati hembusan angin dan cahaya matahari sepenuhnya.



Untuk janaan kuasa pula, DS3 Cabrio boleh dibeli dengan tiga pilihan enjin petrol gred Euro V iaitu VTi 82, VTi 120 dan enjin paling 'juara' dan popular iaitu THP 155.
Enjin VTi dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan manakala enjin THP 155 pula dengan transmisi enam kelajuan manual.
Untuk mendapatkan pemanduan dengan penjimatan minyak, pemandu dibekalkan dengan Gear Efficiency Indicator (GEI) yang merupakan ciri standard pada model-model kereta masakini.
Sistem keselematan kereta Eropah seperti biasa didatangkan dengan senarai penuh antaranya ABS dengan EBD, ESC, Emergency Brake Assist (EBA) dan sejumlah beg udara.
Orang kata, cuaca di Malaysia tidak sesuai untuk menggunakan kereta Cabriolet namun sebenarnya kereta jenis itu sudah lama dipasarkan di dalam negara.
Peugeot misalnya tetap setia dalam memasarkan model itu cuma bumbungnya adalah jenis hard-top. Sukar agaknya DS3 Cabrio untuk dipasarkan di sini tetapi model-model Citroën lain tidak kurang hebatnya.
Baru-baru ini Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengumumkan antara strategi penurunan harga kereta ialah dengan membenarkan banyak model di dalam sesebuah segmen.
Citroën kini nampaknya ingin merebut kembali pasaran mereka. Pembeli pula lebih banyak pilihan yang meyakinkan dari pengeluar Eropah. Monopoli sesuatu jenama bukanlah suatu yang positif untuk pengguna.

Talaan baharu CR-Z

Posted: 08 Mar 2013 04:39 PM PST


TANGGAL 3 November 2011 menyaksikan Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) membawa masuk satu lagi kenderaan hibrid bagi pasaran tempatan iaitu CR-Z. Ia merupakan kereta hijau ketiga selepas Insight dan Civic.
Produk keluaran Jepun itu turut membuktikan bahawa bukan semua kenderaan mesra alam dicipta dengan rekaan hadapan yang landai dan agak hambar. Bagi Honda Malaysia, CR-Z adalah sebuah kereta hibrid sport.
CR-Z versi manual dibawa masuk untuk menemui para pelanggan terlebih dahulu, sebelum diikuti oleh varian transmisi automatik (CVT).
Tahun lalu, Honda membuat kejutan apabila menampilkan model naik taraf CR-Z di Indonesia International Motor Show (IIMS) dan disusuli di Paris Motor Show, Perancis.
Honda Malaysia tidak mengambil masa lama untuk membawa masuk model naik taraf itu kepada peminat tempatan. Dua varian ditawarkan iaitu automatik (CVT) dan manual.
Lazimnya model naik taraf yang diperkenalkan oleh pengeluar kenderaan sekadar mengenakan kit badan atau memasang bampar baharu sahaja.
Biarpun itu senario yang lazim berlaku, ada juga model naik taraf melibatkan penukaran beberapa komponen penting.
Contoh mudah ialah CR-Z 2013. Pembaharuannya melibatkan dua perkara iaitu kosmetik dan prestasi.
"CR-Z baharu akan menawarkan keseronokkan pemanduan kepada peminat kenderaan di Malaysia. Ia kereta ideal untuk mereka yang tahu menilai teknologi termaju, mahu menarik perhatian orang dan mementingkan penjagaan alam sekitar," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

DARI kiri: Tomobe dan Ueno pada majlis pelancaran CR-Z naik taraf di Setia Alam, Selangor baru-baru ini.



Individu di sebalik pembangunan CR-Z ialah Norio Tomobe. Selaku Large Project Leader CR-Z, beliau ditugaskan untuk menyerlahkan lagi hibrid sport itu berdasarkan kepada maklum balas yang diterima daripada para pelanggan.
Memetik ucapan Tomobe sewaktu pelancaran model hot-hatch itu di Setia Alam, Selangor, beliau memberitahu, konsep pembangunan model naik taraf adalah untuk memantapkan lagi konsep hibrid sport CR-Z.
Penambahbaikan luaran membabitkan penggunaan bampar hadapan dan gril baharu. Set lampu hadapan jenis HID pula diadun bersama lampu DRL LED.
Lampu belakang membabitkan lampu LED dengan perumah berwarna biru jernih. Tidak lupa juga pengenaan peresap di bahagian belakang.
Butang S+
Ruangan kabin diberikan transformasi minimum dengan jahitan benang merah pada kerusi yang disalut material separa kulit. Tambahan lain sekadar stereng dan tuil gear baharu. Ada satu butang Plus Sport (S+) dipasang pada stereng. Ini perkara baharu.
S+ merupakan sistem penggalak yang membolehkan anda menikmati pemanduan berprestasi. Bagaimanapun, bateri CR-Z perlu memiliki kadar cas melebihi 50 peratus jika mahu menikmati ledakan kuasa itu.

BAMPAR dan gril baharu mengukuhkan imej sport pada jentera hibrid ini.



Jika butang itu ditekan sewaktu kereta berada pada kelajuan 100 kilometer sejam (km/j), CR-Z berupaya mencapai kelajuan sehingga 180km/j dalam tempoh tujuh saat. Ledakan kuasa itu ibarat prestasi sebuah kereta dengan enjin tiga liter V6. Menarik?
Harus tahu, fungsi S+ akan dimatikan secara automatik andainya sistem komputer mengesan tayar beralih dari kiri ke kanan (atau sebaliknya) apabila membelok secara mendadak, contohnya membuat pusingan U. Ini sebagai langkah keselamatan.
Idea untuk mengenakan butang S+ pada CR-Z naik taraf datangnya daripada model BMW (BMW Z4). Tomobe merupakan salah seorang peminat tegar BMW dan mahu menawarkan perasaan berbeza sewaktu memandu sebuah CR-Z.
Li-ion
Ketika ditanya sama ada S+ bakal dipasang pada model-model Honda hibrid yang lain, Tomobe menyatakan pihaknya tidak ada rancangan untuk perkara itu buat masa sekarang.
Pembaharuan kedua membabitkan penggunaan bateri jenis litium-ion (Li-ion). Model sebelumnya mengguna pakai pek bateri jenis logam nikel hidrida (Ni-MH). Bateri itu dibekalkan oleh Blue Energy Co. Ltd. (Blue Energy).
Blue Energy merupakan syarikat usaha sama di antara GS Yuasa Corporation dan Honda. Ia berperanan sebagai pengeluar, jualan, selain penyelidikan dan pembangunan bateri Li-ion bagi kegunaan kenderaan hibrid.

LAMPU meter akan beralih daripada biru ke hijau jika pemanduan kurang efisien dari segi penggunaan bahan api.



Bateri Li-ion sebenarnya lebih banyak menghasilkan haba dan lebih mahal jika dibandingkan dengan bateri Ni-MH.
Perkara itu diakui Tomobe dan sebagai penyelesaian, Honda memasang kipas sebagai sistem penyejukan pada bahagian sisi pek-pek bateri berkenaan.
"Alat pengesan suhu juga dipasang bagi membolehkan suhu bateri dapat dipantau dan dikawal. Buat masa sekarang, suhu yang ditetap adalah 45 darjah celcius.
"Sekiranya suhu melangkaui takat tersebut, keseluruhan sistem bateri (IMA) tidak berfungsi dan hanya akan bertindak menyimpan tenaga serta beroperasi dengan enjin sepenuhnya," jelasnya.
Bateri yang mendiami but CR-Z itu tahan air (water resistance) namun bukannya bermaksud kalis air.
Pek bateri Li-ion pasti rosak jika ditenggelami air. Bak kata Tomobe, ia bukan macam jam G-Shock yang boleh direndam di dalam air.
Standard keselamatan pada CR-Z naik taraf membabitkan dua beg udara kembar SRS hadapan, beg udara langsir tepi dan sisi, sistem pengesanan posisi penumpang, G-CON, VSA, ABS, BA, EBD dan ACE.
Honda Malaysia berhasrat mencapai sasaran jualan sebanyak 300 unit sebulan bagi kedua-dua varian itu. Pilihan warna disediakan ialah ungu, putih, kelabu dan merah.
Harga atas jalan termasuk insurans bagi varian manual ialah RM119,000 seunit, manakala model automatik dijual pada harga RM123,000 sebuah. Jaminan pula selama lima tahun tanpa had perbatuan.

1,001 khazanah tarikan ke UTM

Posted: 08 Mar 2013 04:37 PM PST

BERMESYUARAT atau sekadar bersantai amat sesuai dilakukan di Rumah Tropika.



SEJAK diiktiraf sebagai sebuah universiti pada tahun 1975, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru, Johor bukan sahaja berjaya melahirkan ribuan graduan dalam bidang sains dan teknologi malah kini diiktiraf sebagai sebuah universiti penyelidikan.
Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa UTM yang berkeluasan 1,222 hektar itu mempunyai bangunan-bangunan bercirikan tradisional Melayu.
Malah, persekitaran kampusnya kaya dengan flora dan fauna sekali gus mampu menawarkan percutian berkonsepkan ekopelancongan.
Lebih menarik, ketika para pelancong meneroka kesemua keunikan tersebut mereka dapat menyaksikan kehidupan kampus sebuah universiti berkelas dunia.
"UTM mempunyai pelbagai tarikan yang sesuai untuk ekopelancongan antaranya balai cerapan, hutan rekreasi, taman tropika, litar kawalan jauh, taman rusa dan tasik-tasik yang cantik.
"Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti perkhemahan, menjejak rimba, berjalan malam, bersampan, berkayak, abseiling, memancing ikan, berkuda atau sekadar bersantai di tasik-tasik menikmati kesegaran udara dan kehidupannya," kata Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Profesor Ir. Dr. Wahid Omar.
Tarikan-tarikan tersebut termasuk:
Hutan rekreasi
Mempunyai keluasan 53 hektar, pengunjung pasti teruja menyusuri hutan rekreasi yang kaya dengan kehijauan pokok-pokoknya.
Sebutkan sahaja aktiviti berkaitan hutan, kawasan itu tidak kurang hebatnya. Aktiviti perkhemahan, jalan malam dan program bina semangat boleh sahaja dilakukan di situ.
Anda pasti tidak menjangka, kawasan hutan tersebut juga mempunyai laluan sungai yang berbatu-batu. Memijak batu-batu sambil meredah sungai memberikan cabaran yang tidak kurang menyeronokkan.
Menjalankan semua aktiviti itu membuatkan anda tenggelam dengan suasana hutan yang sunyi sekali gus dapat merehatkan minda dan menyegarkan badan.
Ekoran itu, pihak UTM telah menaik taraf kemudahan yang ada di hutan rekreasi tersebut dengan membina empat buah rumah berkonsepkan tradisonal Melayu.

KANAK-KANAK turut teruja apabila melakukan aktiviti menunggang kuda di Pusat Ekuin.



Taman Tropika
Taman Tropika terkenal dengan tumbuhan heliconia dan halia. Terletak hanya beberapa meter dari pintu masuk utama, taman itu sesuai untuk aktiviti santai.
Dalam kalangan pelajar UTM, taman tersebut merupakan lokasi bagi mereka menyegarkan dan merehatkan diri setelah penat menjalankan pelbagai aktiviti kehidupan kampus.
Selain berjalan-jalan menikmati keindahan tumbuh-tumbuhan, taman berkenaan juga bersebelahan tasik yang sesuai untuk aktiviti air atau sekadar bergambar bersama rakan-rakan atau keluarga.
Taman Rusa
Bagi penggemar rusa atau sekadar untuk membawa anak-anak melihat haiwan itu, Taman Rusa UTM menempatkan 33 ekor rusa bintik atau nama sainstifiknya, axis-axis yang dilepaskan bebas dalam kawasan berpagar.
Duduk di bawah rimbunan buluh dan pokok besar sambil memerhatikan kumpulan rusa bermain sesama mereka atau memakan tumbuh-tumbuhan pasti memberikan pengalaman unik terutama kepada kanak-kanak.
Bagi penduduk yang tinggal berhampiran UTM bolehlah meluangkan masa berjoging di sekeliling Taman Rusa yang berkeluasan 0.8 hektar itu.
Litar kawalan jauh
Bagi peminat kereta kawalan jauh yang ingin mengasah bakat atau meningkatkan kemahiran, UTM turut menawarkan kemudahan trek aktiviti tersebut.
Ia bukan sahaja dibuka kepada para pelajar, malah untuk masyarakat luar terutama bagi mereka yang ingin menganjurkan aktiviti permainan alat kawalan jauh.
Balai cerapan
Bangunan itu terletak di kawasan yang paling tinggi di UTM. Dari atas bukit, pengunjung boleh menyaksikan pemandangan keseluruhan kampus UTM termasuk kawasan perumahan dan pembangunan sekitarnya.
Balai Cerap itu terletak pada paras ketinggian 142 meter dari aras laut. Kawasan bukit itu menjadi tumpuan para pelajar dan kakitangan UTM untuk berjoging atau sekadar berehat-rehat di atas bukit berkenaan.
Pusat Ekuin
Peminat aktiviti berkuda atau yang ingin mencuba menunggang kuda boleh berbuat demikian di Pusat Ekuin UTM.
Dengan kadar bayaran RM5, pengunjung boleh menikmati aktiviti Fun Ride iaitu menunggang kuda padi bagi kanak-kanak atau menunggang kuda biasa untuk dewasa.
Pusat Ekuin itu juga terkenal dengan beberapa aktiviti sukan berkuda bertaraf antarabangsa sekali gus memberi peluang kepada masyarakat mengenali kuda dan aktiviti berkaitannya.
"Ketika ini Pusat Ekuin mempunyai 18 ekor kuda yang dibeli daripada Australia, New Zealand, Argentina dan Uruguay. Harga seekor kuda mencecah sehingga RM300,000 bergantung kepada kemampuan kuda atau aktiviti sukan yang disertai seperti lompatan, endurance, joget atau untuk persembahan," kata Pengarah Pusat Ekuin UTM, Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Mohd. Sam.
Tasik

SIAPA sangka aktiviti meredah sungai dan meniti batu-batu boleh dilakukan dalam kawasan UTM.



Di UTM terdapat beberapa tasik yang sesuai untuk pelbagai aktiviti riadah seperti
Tasik Ilmu dan Tasik Desa Bakti.
Selain bersantai di tepi tasik, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti berkayak, mengambil gambar pemandangan dan hidupan liar atau menyertai pertandingan memancing ikan yang sering diadakan.
Masjid Sultan Ismail
Siap dibina pada tahun 1990, masjid yang terletak di kawasan tinggi di tengah-tengah kampus UTM itu mampu memuatkan lebih 10,000 jemaah sekali gus memudahkan para pengunjung untuk menunaikan solat.
Uniknya, masjid itu menggabungkan pelbagai elemen seni bina Islam yang dapat disaksikan seperti kubah elemen seni bina Isfahan dan pintu gerbang pengaruh Iwan di Iran. Tidak ketinggalan mimbar mengadaptasi masjid dari Kaherah, Mesir, tiang sokongan ala Afrika Utara dan menara dari Masjid Biru Istanbul, Turki.

Digamit laut biru Teluk Andaman

Posted: 08 Mar 2013 04:37 PM PST


PHUKET juga mempunyai kawasan yang sesuai untuk membeli barangan cenderamata bagi dibawa pulang.



STATUS Pulau Phuket selaku destinasi pelancongan utama dunia memang sukar untuk dipertikaikan. Penulis yang melancong ke Phuket, Thailand bersama isteri, Nor Asmanira Sulong, 29, selama empat hari baru-baru ini mendapat banyak pengalaman menarik.
Antara tempat yang kami kunjungi termasuk Central Festival Phuket, Taman Rama-Rama dan Dunia Serangga Phuket, Akuarium Phuket, Masjid Bang Tao, Pantai Bang Tao dan Patong.
Pada hari pertama di sana kami menginap di sebuah hotel berhampiran Pantai Patong. Pada hari itu, kami menghabiskan masa dengan bersiar-siar di sekitar Pekan Patong dan menikmati keindahan waktu petang di tepi pantai.
Pantai terindah
Pantai Patong terkenal di Phuket dengan pantainya yang memutih dan air laut berwarna biru kehijauan. Ia menjadikan Pantai Patong antara pantai terindah di pesisir Laut Andaman sehingga mampu menarik pelancong antarabangsa ke Phuket.
Keesokannya pula, kami menaiki sebuah kenderaan dipanggil songthaew ke Central Festival Phuket sebelum mengambil moto teksi ke Taman Rama-Rama dan Dunia Serangga Phuket.
Songthaew merupakan sebuah trak besar yang diubah suai menjadi pengangkutan awam. Mereka yang ingin menjelajah Phuket dengan bajet yang rendah, menaiki songthaew merupakan pilihan terbaik.
Bagaimanapun, anda perlu menaiki songthaew ke pekan Phuket terlebih dahulu sebelum mengambil songthaew lain ke destinasi yang dituju.
Motor teksi pula ialah motosikal yang digunakan untuk mengangkut penumpang di Phuket. Penunggang memakai jaket merah dan pelanggan dinasihatkan berunding harga sebelum menggunakan perkhidmatan tersebut. Bayaran dikenakan berdasarkan jumlah penumpang dan destinasi yang dituju.
Central Festival Phuket merupakan sebuah kompleks pasar raya yang terkenal di Phuket. Kami sempat membeli cenderamata berupa pelekat magnet peti sejuk untuk dijadikan kenang-kenangan.

PANTAI Patong antara pantai terindah di pesisir Laut Andaman sehingga mampu menarik jutaan pelancong antarabangsa ke Phuket.



Jinak
Kunjungan ke Taman Rama-Rama dan Dunia Serangga Phuket juga tidak mengecewakan kerana kami dapat melihat rama-rama yang bebas berterbangan. Rama-rama yang mempunyai pelbagai saiz serta warna itu cukup jinak dan turut hinggap di badan penulis.
Bagi mengenali lebih mendalam tentang rama-rama dan serangga lain penulis tidak melepaskan peluang memasuki muzium rama-rama dan serangga yang terletak di dalam taman tersebut.
Selepas penat menjelajah sekitar taman rama-rama itu, kami mengambil keputusan untuk keluar dan menahan sebuah moto teksi.
Loghat utara
Pemandu motor teksi itu beragama Islam dikenali sebagai Abdullah yang boleh berbahasa Melayu loghat utara. Saya selesa berbual dengannya tambahan pula ayahnya berasal dari kampung yang berdekatan dengan tempat lahir penulis di Kedah.
Dia telah membawa kami ke sebuah restoran makanan halal di pekan Phuket. Sebelum, kami berpisah penulis sempat mengambil nombor telefonnya.
Selepas makan, kami sempat membeli sedikit barang cenderamata dan bersolat jamak di Masjid Pekan Phuket sebelum pulang ke hotel di Patong.
Hidupan laut
Pada hari ketiga, tumpuan kami pada hari itu adalah untuk melawat Akuarium Phuket dan sebuah perkampungan Islam yang mempunyai masjid terbesar di Phuket iaitu Bang Tao.
Akuarium Phuket kerana terletak di tepi laut iaitu penghujung kawasan Cape Panwa, di timur selatan Phuket. Ia mempunyai keluasan yang sederhana tetapi tetap berbaloi untuk diterokai.
Di akuarium itu, para pelawat boleh melihat pelbagai jenis hidupan laut secara langsung sambil merakam gambar aksi-aksi hidupan itu.
Salah satu tarikan utama di akuarium tersebut ialah sebuah terowong cermin kaca. Para pelawat boleh berjalan di bawah terowong tersebut sambil melihat kehidupan marin. Kami merasakan seolah-oleh berada dalam akuarium yang besar dengan kepelbagaian kehidupan marin lengkap dengan pasir, batu laut, batu karang dan rumpai laut.
Selepas keluar dari akuarium itu, kami menjamu selera di gerai yang diusahakan orang Islam yang terdapat di luar kawasan berkenaan. Selepas itu, kami menghubungi Abdulah untuk membawa kami ke Pantai Bang Tao.

TEROWONG kaca membolehkan pengunjung melihat kehidupan marin di Akuarium Phuket.



Masjid tercantik
Di pertengahan perjalanan, kami singgah solat jamak di Masjid Mukaram di kampong Bang Tao. Masjid Mukaram lebih dikenali dengan panggilan Masjid Bang Tao berusia 46 tahun merupakan masjid terbesar dan tercantik di Phuket.
Selepas mengambil gambar, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Bang Tao. Kami rasa teruja menikmati angin sepoi-sepoi bahasa sambil mendengar deruan ombak memecah pantai.
Pantai Bang Tao cukup indah dan keasliannya masih terpelihara berbanding Pantai Patong yang kelihatan agak moden. Malah Pantai Bang Tao lebih bersih daripada Pantai Patong. Kami menghabiskan masa bermain-main di gigi air sehingga hari hampir senja, barulah kami pulang ke hotel.
Pada malam tersebut, kami hanya merehatkan badan di hotel. Keesokan harinya, kami bersiap-siap untuk pulang ke Malaysia. Percutian di Phuket nyata memberikan kami pengalaman yang indah dan menyeronokkan.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved