ads

Sabtu, 26 Oktober 2013

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


(11 GAMBAR)Hanez Suraya Menyelam <b>Di Pulau Redang</b> |

Posted: 15 May 2013 10:17 PM PDT


Abang Nara ada trauma dengan Pulau Redang. Abang Nara pernah lemas di situ ketika kecil. Namun agak jeles juga apabila melihat Hanez Suraya menyelam menikmati keindahan pemandangan dasar laut Pulau Redang. Mesti best kan?

hanez suraya redang

Yang menariknya, ada pihak yang mempersoalkan pemakaian Hanez Suraya ketika berada di Pulau Redang. Agak kelakar apabila membaca jawapan Hanez di bawah. Funny jugak rupanya dia ini.

Takkan pegi Pulau nak pakai baju kurung? Peliklah yg banyak sgt nak jd baik ni. Judge org Sesuka hati tu dh baik sgt lah tu. Sedihlah #typical. Tak kuasa nk layan nyahhh.. Layan nanti xpasal2 sabotaj hahahhaha

hanez suraya redang

Abang Nara tengok pemakaian Hanez Suraya kira oklah lagi berbanding dengan seorang pelakon wanita tue. Tak adalah seksi sangat. Biasa-biasa je. Yang penting, Hanez enjoy dan dapat habiskan masa berkualiti di sana. Tak gitu? Lagi 9 keping gambar Hanez Suraya di Pulau Redang dengan membaca entri ini sepenuhnya.

hanez suraya redang
hanez suraya redang
hanez suraya redang
hanez suraya redang
hanez suraya redang
hanez suraya redang
hanez suraya redang
hanez suraya redang

hanez suraya redang

Baca Yang Ini Pulak:-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Syarikat tidak berwibawa dapat tanah 200 ekar <b>di Pulau Perhentian</b>

Posted: 19 Jul 2013 01:01 AM PDT

BESUT: PAS mempersoal tindakan Kerajaan Negeri Terengganu yang memberikan tanah seluas 200 ekar di Pulau Perhentian kepada sebuah syarikat yang 'tidak berwibawa'.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, syarikat tersebut pula hanya dikenakan bayaran premium rendah hanya sebanyak RM21,000.

Lebih menyedihkan katanya, syarikat tersebut telah menjual pula tanah-tanah strategik di pesisir pantai itu kepada pihak ketiga.

"Ini lebih kepada buat untung atas angin. Kenapa jual kepada pihak ketiga. Kalau ianya sebuah syarikat yang berwibawa, sepatutnya dia majukanlah.

"Orang kampung duduk bertahun-tahun, permohonan mereka untuk mendapatkan tanah dibekukan, namun syarikat ini dapat mudah-mudah," katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu pada sidang media di Markas Besar PAS PRK Kula Besut di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berhubung pendedahan tersebut.

Pada sidang media sama, Husam yang juga pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Kuala Besut turut mendedahkan bahawa seperti terdapat usaha untuk mengambil tanah dari penduduk di pulau tersebut.

Beliau mendakwa mendapat maklumat berhubung kerja-kerja mengukur 40 lot tanah di kawasan tersebut.

Menurutnya tanah-tanah tersebut dikatakan untuk projek pengindahan Pulau Perhentian dan berkemungkinan penduduk di situ akan dipindahkan ke tempat lain.

Oleh yang demikian katanya, jika PAS menang pada PRK Kuala Besut ini, ianya akan menguatkan suara PAS di dewan undangan negeri dengan kedudukan 16:16 sekaligus boleh membantah tindakan mengambil tanah dari penduduk ini.

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


Gambar Bas Bawa Rombongan Pengantin Lelaki Terbalik <b>Di Jerteh</b> <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2013 06:00 PM PDT


JERTEH: Rombongan 27 orang termasuk pengantin lelaki yang dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Kota Baharu, Kelantan, berdepan detik menakutkan apabila bas sewa khas yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 104, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, semua anggota rombongan dari Johor Bahru, Johor terbabit hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.

Jurucakap polis Besut yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas itu cuba mengelak sebuah kereta yang hilang kawalan dan memasuki laluannya.

Akibat itu bas terbabit terbabas ke bahu kiri jalan dan terbalik, katanya.

Sementara itu saksi kejadian, Badli Wahab, 33, berkata kejadian berlaku kira-kira 15 meter dari rumahnya di Kampung Gerai.


Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjengah keluar saya nampak sebuah bas terbalik dengan sebahagian badannya berada di dalam longkang yang dipenuhi air hujan, katanya kepada pemberita.

Menurutnya dia kemudian bergegas menyelamatkan mangsa. - BERNAMA

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Runtuh lagi <b>di Terengganu</b>!! Lagi Bumbung Masjid Runtuh...

Posted: 28 Sep 2013 09:50 PM PDT


Sebuah masjid dilaporkan runtuh sebahagiannya pada pagi ini di Kampung Tebauk dalam DUN Bukit Tunggal, dekat sini, dan ia merupakan masjid kedua yang roboh pada tahun ini selepas masjid Kampung Binjai Kertas beberapa bulan lalu.

Beberapa rakan media telah mengesahkan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun berkejar untuk meyiasat kejadian tersebut.

Menurut Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Tunggal, Haji Iszeham Ali, masjid tersebut juga merupakan sebuah masjid yang baru dibina dan kira-kira hanya baru setahun setengah digunakan oleh orang ramai.






Sementara itu Harakahdaily melaporkan..


Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu diibaratkan 'termakan sumpah hukum karma' apabila satu demi satu binaan bangunan termasuk masjid runtuh.

Hal ini berlaku, selepas Masjid Bujal yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal di Kemaman dirobohkan oleh kerajaan BN ketika itu diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh pada 26 Mei 2005 lalu.

Selepas itu, pelbagai kejadian bangunan runtuh dan tumbang seperti dewan komputer, dewan sekolah, stesen bas, menara telekomunikasi, masjid serta bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak yang berharga hampir RM300 juta.

Hari ini, sebuah lagi struktur bumbung anjung Masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal, runtuh selepas Masjid Kampung Baru Kertih di Kemaman dan Masjid Binjai Kertas Kuala Berang di Hulu Terengganu pada 20 Mei lalu.

Harakahdaily dimaklumkan, kejadian anjung masjid itu runtuh berlaku kira-kira jam 4.00 pagi tadi serta disedari oleh penduduk di Taman Perumahan Kampung Tebauk setelah terdengar bunyi yang kuat.

Seorang bilal masjid, Jaafar Ismail berkata masjid tersebut baru digunakan hampir dua tahun iaitu pada akhir tahun 2011.

"Saya sedar anjung masjid ini runtuh ketika datang untuk bertugas waktu subuh pagi tadi sekitar jam 5.00 pagi dan melihat lampu yang biasa dipasang di masjid terpadam.

"Saya diberitahu oleh penduduk berhampiran masjid bahawa kejadian runtuh ini berlaku kira-kira jam 4.00 pagi. Ini amat mendukacitakan tetapi bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan jiwa," jelasnya ketika ditemui di masjid tersebut.

Menurutnya, sebelum ini telah berlaku sedikit kebocoran tetapi pihak kontraktor ada melakukan kerja-kerja membaikpulih.

Kata beliau, bayangkan jika kejadian runtuh tersebut berlaku ketika hari Jumaat waktu solat yang melibatkan orang ramai.

Harakahdaily difahamkan, masjid yang bernilai lebih RM2 juta itu baru digunakan hampir dua tahun lalu dan masih belum dirasmikan.

Berikut dilampirkan senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008:

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang Tarikh: 12 April 2008 Harga: RM2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Tarikh: 2 Jun 2008 Harga: RM292 juta Punca: "Semua buat silap" – Ahmad Said

3. Kolam Renang Batu Burok bocor Tarikh: 5 Jun 2008 Harga: RM18 juta

4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal Tarikh: 29 Jun 2008 Harga: (terminal ) RM123 juta

5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman Maklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan. Tarikh: 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut. Maklumat – tumbang. Tarikh: 6 Ogos 2009 Harga: RM15 juta

7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman Tarikh: 3 Oktober 2009 Harga: RM2.1 juta

8. Bumbung kaca Terminal Bas Kuala Berang Tarikh : 21 Disember 2009 Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek) Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu Maklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan. Tarikh: 29 Mac 2010

10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang Tarikh: 9 Januari 2011 Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina.

11. Astaka dalam pembinaan di Besut Tarikh: 21 Jun 2012

12. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang Tarikh: 19 Julai 2012

13.Tangki air Sekolah Menengah Paka Tarikh: 24 Julai 2012

14. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai Tarikh: 30 Disember 2012

15. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih Tarikh: 20 Februari 2013

16. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang Tarikh: 20 Mei, 2013 Harga: RM1.4 juta

Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah:
1. Binjai Souq
2. Bazaar Warisan
2. Masjid Kristal (22 November 2008)
3. Masjid Kampung Lingai (4 November 2009 - harga RM3 juta)
4. Taman Tamadun Islam – stor dewan runtuh pada Julai 2010
5. Masjid An Naim, Dungun
6. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulihnya.
7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta 7. Pasar baru Kedai Buluh
8. Pasar baru Manir
9. Dewan serbaguna dan masjid di Ketengah 10. Taman Panorama Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Modul Bomba <b>di</b> Akademi Bomba <b>Wakaf Tapai</b>, Terengganu

Posted: 28 May 2013 01:16 AM PDT

Baru ada kesempatan nak bercerita pasal modul yang dilalui.
Ini antaranya lah. Banyak lagi gambar, tapi tak mampu nak letak semua. Beribu kut gambar dijana sepanjang tempoh 6 bulan 12 hari tu.
By the way, module ni antara yang banyak meninggalkan kenangan dan kesan.
Sebabnya, kaki aku cedera parah. Tak boleh berjalan tanpa berpaut.
Dan end up nya terpaksa berjalan menggunakan tongkat atau dipapah oleh teman-teman.
Terima kasih kepada aaina kerana meminjamkan tongkat beliau.
Terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan yang sudah bersusah payah sepanjang tempoh aku sakit tu.
Overall, yang boleh aku cakap, module ni kalau lah aku berkesempatan untuk sihat dulu, mungkin antara yang banyak pengalaman baru boleh ditimba.
Tak mengapalah. Allah dah cakap sampai takat itu sahaja yang aku boleh buat, aku redha.
Alhamdulillah, kaki yang cedera itu sudah kembali ke sedia kala. Syukur sangat yang tak terhingga.
Bomba tetap menjadi kenangan yang tak akan mungkin boleh untuk aku ulangi sekali lagi.
Kadang-kadang, peluang datang hanya sekali.
Sekiranya ia datang, cherish the moments to the maximum level.
Jarang peluang datang untuk kali kedua kan?
Amat lah rugi untuk orang yang tak menggunakan peluang yang dah terbentang luas depan mata.

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Pelumba Basikal T&#39;ganu Maut Nahas <b>Di Dungun</b> - MyNewsHub

Posted: 01 Oct 2013 10:21 PM PDT


DUNGUN – Seorang pelumba basikal Terengganu maut dalam nahas jalan raya di Km 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pagi ini.

Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT) Datuk Saidi Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Mohamad Asmu'i Ali @ Awang, 20, berasal dari Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

"Mayat mangsa kini berada di Hospital Dungun dan akan dibawa balik ke Kuala Ibai setelah semua urusan selesai nanti," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa Mohamad Asmu'i hendak mengambil air dari van pengiring dan beliau dikatakan terjatuh dan terlanggar dengan van berkenaan.

Mangsa bersama pelumba yang lain sedang dalam misi kayuhan untuk menyertai kejohanan kreterium di Sepang Ahad ini.

Sehubungan kemalangan itu, Saidi berkata misi kayuhan ke Sepang itu telah dibatalkan. – BERNAMA

Pelumba Basikal T'ganu Maut Nahas Di Dungunhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/20131002basikal.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/20131002basikal-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

DUNGUN - Seorang pelumba basikal Terengganu maut dalam nahas jalan raya di Km 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pagi ini. Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT) Datuk Saidi Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Mohamad Asmu'i Ali @ Awang, 20, berasal dari Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu. 'Mayat mangsa kini...

DUNGUN - Seorang pelumba basikal Terengganu maut dalam nahas jalan raya di Km 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pagi ini. Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT) Datuk Saidi Ismail berkata mangsa dikenali sebagai Mohamad Asmu'i Ali @ Awang, 20, berasal dari Kampung Dusun Kuala Ibai, Kuala Terengganu. "Mayat mangsa kini berada di Hospital Dungun dan akan dibawa balik ke Kuala Ibai setelah semua urusan selesai nanti," katanya kepada Bernama. Beliau berkata kejadian berlaku semasa Mohamad Asmu'i hendak mengambil air dari van pengiring dan beliau dikatakan terjatuh dan terlanggar dengan van berkenaan. Mangsa bersama pelumba yang lain sedang dalam misi kayuhan untuk menyertai kejohanan kreterium di Sepang Ahad ini. Sehubungan kemalangan itu, Saidi berkata misi kayuhan ke Sepang itu telah dibatalkan. - BERNAMA

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved