ads

Isnin, 15 Ogos 2011

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Beladau Seri: Bersantai <b>di Pulau Redang</b>, Terengganu

Posted: 07 Jul 2011 11:28 AM PDT


Setelah berkunjung ke Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir kali ni kita bersantai pulak ke Pulau Redang, Terengganu. Perjalanan ke Pulau Redang mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Pengkalan Merang. Kalau anda naik ferry dari Taman Shahbandar, Kuala Terengganu ianya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kalau nak cepat ke Pulau Redang lebih baik naik kat sini. Kat pengkalan ni ada banyak bot-bot bersaiz sederhana dan besar di sini. Jadi anda boleh pilih nak naik yang mana satu. Kali ni kami menaiki bot Holiday Resort. Tengok tu..bot sudah ready ...Jom ikut kami..

 Wah...ni merupakan kali pertama Faiq akan pergi ke Pulau Redang bersama To' Ciknya. Bukan main bergaya lagi Tok Cik bersama faiq hendak naik bot ke Pulau Redang ..macam orang muda..
Landing time..kita sudah sampai ke Pulau Redang, Holiday Resort. Tengok tu..nak turun dari bot dah disediakan tangga..terus turun ke tepi pantai.
Best ! Best ! Best ! kata Bihah bila saja sampai dan menjejak kaki ke Pulau Redang
Sungguh indah pemandangan di sini. Airnya jernih dan membiru ciptaan Allah . Sekali tengok ajer rasa tenang dan damai.
Saya dah sampai kat Redang Holiday Resort. Berposing kejap buat kenang- kenangan kat papan tanda resort nie... Jangan marah yer..

Kalau nak tahu di sini lah chalet tempat kami menginap. Ianya terletak di tempat yang agak tinggi serta mengadap laut ( seaview ). Biliknya luas serta lokasinya pun menarik. Petang - petang bolehlah bersantai di luar sambil di tiup angin sepoi-sepoi bahasa.. kata orang bolehlah kalau nak hlangkan tensen....
selain tu , kat sini jugak boleh buat aktiviti bermain pasir.  Hai ..tu nak buat apa tu..nak buat kuih ke
Antara aktiviti yang paling best kat sini adalah mandi di tepi pantai. Waahh..waahh..waah..bukan main suka Bihah main air laut..Landai dan jernihnya air kat laut kat sini.. Kat sini tempatnya Insyaallah selamat kerana pantainya sangat landai ..
Saya pun dah pandai berenang lah..
Haah..inilah Gaya ku yang tesendiri..I wanna to fly ...
Kat sini memang Best ...cuba tengok view kat belakang saya tu..airnya jernih dan biru...
Antara sebahagian ahli keluarga penulis yang turut serta berehat ke Redang Holiday,Pulau Redang.
4 orang kanak - kanak yang sedang bermain air laut .Mungkin suatu hari nanti kita akan datang lagi kat sini..
Tidak ketinggalan , buat kenangan najla bergambar bersama ibunya di Pulau Redang ini. Rasanya dia pun tdk puas lagi bermain dan mandi air laut di sini. Jika ada kelapangan masa, kita akan datang lagi ke sini untuk bersantai.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Marhaban <b>di</b> Astro – <b>Kuala Terengganu</b> - Cubicfoto

Posted: 15 Aug 2011 02:36 PM PDT

Client\'s Testimonial
Cubic Foto impressed me with their work. Not only they have good work etiquette, but they are very efficient in their work too (not to mention the reasonable price range as well). I am happy with the photos of my son's aqiqah. Keep up the good work!

Meen

"Thank you so much for being a part of our special day. Your work is fantastic! We both want to thank both of you for capturing all of the beautiful moments we want. Seriously , we love all the pictures and your creative eye, make so many great memories of our 'special moments' Keep up the god jobs, guys.... Sincerely thank you from the bottom of our hearts. Azlan & Julia

Azlan & Julia

"We were having a blast during our wedding and cubicfoto was there to capture all our great and precious moments... Thank you for all the great job.... very cooperative and committed to the work... dah sampai tetido kat rumah pengantin ye coz kepenatan!! hehehe :)... Btw, we love the album... the photos... just simply LUV IT!! we will definitely recommend cubicfoto to others... TQ and all the best.."

Bibi & Hafizul

Cubic foto was assigned by my sis as her official photographer. This is my 1st time, working together with them and I admit it..they really give 101% comittment.They came for our rehersal and also was there the nite before. So during the actual day, my family accept them as a part of the 'team' and the best part of it, they listen to what their client's want. And they are ON TIME. Ermmmm...bukan nak puji lebih2...tapi mmg they deserve it..sgt "Mesra Pelanggan". :)

Kak Dur
Shajaratul Design

We have looked at all the photos from your DVD. Without a doubt, your work is good! Thank you for helping make my sister's wedding the most magical and important day of her life. You captured the beauty of our culture. We just can't seem to take our eyes off of it. The quality of work you do and the passion you have truly shines through. You didn't miss one photo, there was not one shot that was not great, and we will all be eternally grateful to have these images to look back upon for a lifetime of continued enjoyment. Thank you for lending your outstanding talents, making their wedding memories truly worth remembering.

Premsheila Khindria

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


MohdZulkifli.Com: Kaya atau Sempit, <b>Di</b> Mana Silapnya?

Posted: 14 Aug 2011 06:51 PM PDT

"Saya tak dapat cari sumber lain! Tolonglah saya En. Zul. Saya amat terdesak nak bayar macam-macam. Mohon ada perikemanusiaan. Saya kalau boleh nak elak pinjam along! Tolonglah!"
Kaya atau miskin, mana silapnya? Kami dah ber-anak 5, isteri 'tak kerja', tapi kami selalu ditagih bantuan kewangan, dah lebih 3 tahun. Terdesak duit, pinjam duit kami. Terdesak lagi, pinjam duit kami lagi. Buka kedai, berniaga, tersepit lagi sampai nak makan pun susah, cari kami lagi.

Kaya Adalah Pilihan, Bukan Nasib

Awal tahun hari tu, mereka suami isteri beriya-iya nak tukar kereta baru. Kereta Perodua Rusa tu tak 'class' katanya, nak tukar pakai Azla pulak. Nak tolak Perodua Rusa pada kami atas alasan kami anak ramai dan nak minta jasa baik saya buat loan beli kereta Alza baru atas nama saya sebab mereka suami isteri dah tak layak buat loan! Uh, saya tolak, sebab kami bukan terlalu terdesak untuk pakai kereta besar lagi. Kira-kira yang saya buat, memang rugi tukar kereta baru. Tunggu nanti hasil bisnes kami cukup selesa untuk beli kereta baru tanpa hutang, baru nak beli, insyaAllah.

Dulu, nak buat loan mintak saya bagi testimoni dan jadi penjamin. Uh, tak berani... saya dah rimas 8 tahun jadi penjamin. 3 bulan sekali datang reminder daripada bank. Cukup tak selesa.
Hari ni nak pinjam lagi duit dengan kami RM2,000!
Uh, jiwa saya agak konflik sebab kami tengok mereka sekeluarga selalu makan besar di restoren paling best di tempat kami. Tapi kami cuma masak di rumah, dan sesekali beli di luar. Makan di restoren jarang-jarang sekali, itu pun kalau nak celebrate special day. Bukan sebab rimas dengan anak-anak yang tak duduk diam, tapi bagi kami ia membazir... Bila membazir, maksudnya, ada hak orang lain yang terabai kata Ustaz Faisal. Hak kebajikan ibubapa, kebajikan fakir miskin, dan kebajikan kelancaran dakwah dan perjuangan. Bila ada hak yang terabai, tunggulah balasan dari Tuhan...

Jangan Hidup Ikut Kemampuan


Hati kami suami isteri lagi konflik bila teringatkan dia nak tukar kereta baru sedangkan hutang sedia ada dah penuh keliling pinggang! Hari ni, saya mohon maaf, saya cuma boleh sedekahkan dengan nilai yang tak seberapa jer. Terimalah sedekah dari orang lebih 'miskin' ni. Belajarlah pula dari kesilapan sendiri dalam mengurus duit...
Terus-terang saya kongsikan, ramai yang kesempitan duit bukan sebab tak ada duit. Tapi lemah mengurus duit keluar (perbelanjaan), apatah lagi mengurus duit masuk (pendapatan). Kalau sekali makan tengahari habis RM7 seorang tu tak rasa mahal, kalian sebenarnya kaya!
Saya sekali makan habis RM5 tu pun dah terasa mewah. Nak makan, teringat anak isteri makan apa. Purata kos makan tengahari saya cuma sekitar RM3.50 - RM5.00 jer. Makan sepinggan nasi, sejenis lauk, sayur atau ulam sikit, dan air kosong. Itu jer. Tak berani ambik 2, 3 jenis lauk. Tak berani nak order milo ais, teh ais, holick ais, apatah lagi fresh orange! Kalau saya order air pun, biasanya sebab nak entertain kawan-kawan jer. Ataupun untuk mininum-minum sambil berbincang hal yang penting-penting jer.

Hiduplah Di Bawah Kemampuan

Kami sekeluarga hidup sederhana jer. Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.


Orang pakai handphone mahal, kami pakai handphone murah jer. Paling mahal handhpone yang pernah kami beli ialah RM400. Orang lain pasang Astro, rumah kami tak pernah masuk Astro. Orang lain tukar kereta baru, kami masih pakai kereta 'antik' yang dah berumur 17 tahun! Orang makan di restoran yang best-best, tapi kami makan di rumah jer. Orang lain melancong sana sini, kami melencong balik kampung jer. Orang lain campak duit di gelanggang fustal, bowling, fitness centre, kami cuma jogging pusing Damansara Damai dan taman-taman rekreasi percuma jer. Anak orang lain tak pernah sentuh baju 2nd hand, tapi kami dapatkan juga baju anak-anak sedara yang dah tak nak pakai untuk anak-anak kami!
Dan banyak lagi lifestyle kami yang saya tak pernah kongsikan. Mungkin juga disebabkan lifestyle begini, kami tak ada apa-apa hutang walaupun satu sen, dan ada simpanan yang cukup untuk melayakkan kami ke dalam kategori "kewangan selamat!", bukan kaya...
Ada juga yang fikir kami ni kaya raya. Padahal kami biasa jer. Lagi rendah income dari kebanyakan Executive di KL ni. Saya cuma seorang Executive cabuk jer. Anda pun boleh bajet berepa income saya. Isteri pulak tak kerja. Anak kecil ada 5 orang. Dua orang dah masuk sekolah. Berapa sangat kekayaan kami kalau dibandingkan Executive lain yang suami isteri berkerja. Cuma kami masih boleh hidup selesa sebab ukur baju badan sendiri. Hidup dengan apa yang kami ada jer. Yang penting, tak ada hutang, dan ada cukup simpanan.

Ke Mana Income Bisnes Kami?

Mungkin ada orang fikir, "income bisnes dia dah masyyyuuuk... Patut la dia senang walaupun isteri tak bekerja". Hah hah... Income bisnes alhamdulillah... Tapi untuk makluman sahabat, cuma 10% jer income bisnes yang kami ambik. Selebihnya kami laburkan balik ke dalam bisnes. Hasil yang kami dapat, kami tambahkan modal pusingan, dan laburkan balik untuk kembangkan lagi bisnes kami. Dengan duit bisnes lah kami pergi seminar, workshop, beli buku, beli ebook, beli CD dan macam-macam lagi tools untuk bisnes. Sampaikan isteri saya jeles, "bila nak rasa duit bisnes ni bang?".... InsyaAllah, suatu masa nanti, kami akan rasanya juga, insyaAllah.

Ramai orang tak boleh pergi jauh dalam bisnes sebab bila dapat hasil jer, dia beli itu, beli ini. Bila tak nampak hasil, dia akan rasa down. So, untuk bisnes bertahan lama, simpanlah hasil bisnes secara berdisiplin. InsyaAllah, kita akan bertahan lama bila nampak hasil kita selama ni.

Kita Susah Atau Buat Susah?



Oh, ada satu lagi cerita. Hari tu, saya rasa agak sedih tengok orang yang ayah dia tengah sakit di hospital sampai terpaksa kutip sumbangan daripada kawan-kawan untuk tampung kos perubatan, tapi anaknya releks jer tukar casing handphone RM80! Murah jer katanya.... Aduh... Sakit hati saya. Casingnya saja dah nak dekat harga sebiji handphone isteri saya! Bayangkan berapa harga handphonenya. Padahal, dia kerja clerk jer...

Hm... kaya atau sempit kebanyakkannya bukannya sebab nasib. Tapi sebab PILIHAN. Kalau kita benar-benar nak keluar dari kesempitan, insyaAllah, Tuhan akan lorongkan jalannya. Yang penting, jadikan setiap kesilapan sebagai pelajaran-pelajaran baru dalam hidup. Jangan ulang lagi yang silap tu sebab Nabi cakap, orang mukmin tak akan jatuh ke lubang yang sama. Kalau jatuh ke lubang sama juga, takut-takut kita tak cukup mukmin!

Last sekali, saya tengok kawan saya Master Arsyad yang cacat separuh anggota, hidup atas kerusi roda sepanjang masa, tapi masih boleh hidup gembira dan ceria. Siap boleh buat bisnes online yang jauh lebih maju dari saya! Kalau Master Arsyad boleh, inikan pula kita yang tulang 4 keratnya sempurna belaka!

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Heights
9 Ramadhan 1432

Artikel berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


WWF-Malaysia Anjur Kempen Kesedaran Penyu <b>Di Kemaman</b> Sabtu Ini <b>...</b>

Posted: 21 Jul 2011 04:44 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 21 Julai (Bernama) — Dana Hidupan Liar Sedunia-Malaysia (WWF-Malaysia) akan menganjurkan kempen kesedaran penyu pada Sabtu ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap keperluan untuk melindungi spesies terancam dan pantai tempat amfibia itu bertelur.

Kempen sehari bertemakan 'Lindungi Penyu Kita' itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 10 malam di Mesra Mall, Kemasik, Kemaman.

Sempena kempen itu, WWF-Malaysia menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan futsal, pameran, dan persembahan khas oleh pelajar UiTM Dungun yang bakal memukau pengunjung, menurut kenyataan WWF-Malaysia yang dikeluarkan di sini hari Khamis.

Buat kali pertama di negara ini, kempen Pembekuan ke arah Menamatkan Perdagangan Telur Penyu (FTET) akan dijalankan untuk mengetengahkan nasib penyu di Malaysia.

Sebagai tambahan, majlis menandatangani ikrar akan dijalankan sepanjang kempen itu berlangsung bertujuan menggesa orang ramai menghentikan kegiatan memperdagang dan memakan telur penyu.

Amalan memakan telur penyu masih berleluasa dan ia dijual secara terbuka di pasar.

Pada masa ini, tiada larangan di seluruh negara dibuat terhadap amalan memakan telur penyu, bagaimanapun penjualan telur penyu belimbing hanya dikuatkuasakan di Terengganu manakala telur penyu daripada spesies lain boleh dimakan dan diperdagangkan.

– BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved