ads

Sabtu, 18 Jun 2011

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


Setiausaha JKKK DUN <b>Seberang Takir di</b> siasat polis?

Posted: 13 Jun 2011 07:58 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Seorang Setiuasaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) DUN Seberang Takir dilaporkan sedang disiasat polis kerana disyakki mancabul seorang budak perempuan.

Sumber Buletinonline memberitahu, kejadian tersebut berlaku pada minggu lalu Isnin 6 Jun.

Budak perempuan berumur 9 tahun itu dilaporkan telah 'diperdaya' oleh Setiausaha JKKK terbabit ketika mahu membeli barang di kedainya.

Kes 'cabul' tersebut dilaporkan cuba ditutup dengan campur tangan pemimpin Umno setempat dari diketahui oleh pihak media dan orang ramai.

Isteri kepada Setiausaha JKKK terbabit juga dilaporkan memegang jawatan tinggi dalam Wanita Umno Seberang Takir

Justeru, sumber tersebut memberitahu, keluarga budak perempuan terbabit telah ditawarkan 'sejumlah wang' agar tidak meneruskan tindakan undang-undang.

Namun begitu, berita 'cabul' itu telah tersebar luas dibeberapa buah kampung dalam DUN Seberang Takir.

Pihak polis sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan berkenaan kes tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


PAS MARAS DUN <b>BATU RAKIT</b> PARLIMEN SETIU TERENGGANU: GERHANA BULAN <b>...</b>

Posted: 15 Jun 2011 02:15 PM PDT




16 JUN 2011 - PAS DUN Batu Rakit telah mengadakan solat solat gerhana bulan di Dataran Ulamak DUN Batu Rakit. Alhamdulillah, Allah telah memilih kami antara jutaan manusia di dunia untuk mengadapnya.Solat sunat gerhana telah dipimpin oleh Ustaz Nazari Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu.Kehadiran cukup membanggakan. Kehadiran mereka bermakna kami mempunyai pejuang-pejuang yang benar-benar ingin melihat ISLAM diletakkan pada tempat yang sepatutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: MB hadir mesyuarat Exco <b>di Pulau Perhentian</b>

Posted: 24 May 2011 10:50 PM PDT

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) akan menghadiri mesyuarat Exco di Pulau Perhentian petang ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah dan beberapa pegawai kanan kerajaan.

Dato' Seri Haji Ahmad dan barisan Exco akan menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian pada sebelah malam.


Tinjauan Teganukita mendapati persiapan peringkat akhir sedang rancak dilakukan penduduk pulau ini bagi menyambut kehadiran Menteri Besar dan rombongan pada sebelah malam.

Rombongan media tempatan turut dibawa ke pulau ini bagi membuat liputan program berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


Welcome To TaD169&#39;s MULTIPLY page!! - Enak Cemar <b>Di Ajil</b>

Posted: 16 Sep 2006 09:32 AM PDT

"; } body.innerHTML = prevNextPhotoHTML + '
' + FBPopup + '

' + fbd_html + '

' + Subjects[index] + '

' + Bodies[index] + '

' + (FBH[index] || '') + '

'; if (! FaceboxDisabled) { getEl('photoimg').onclick = start_facebox; } add_class(body, 'singlephotoview'); if (next 0 && hash_index != CurrentIndex) { show_photo(hash_index); } else if (CurrentIndex != 0 && hash_index == -1) { show_album(); } else { return; } } function assign_reply_links(index) { if (index && index > 0) { var areply_btn = getEl('areplybutton'); if (areply_btn) { areply_btn.href = AudioReplyURLS[index]; } var vreply_btn = getEl('vreplybutton'); if (vreply_btn) { vreply_btn.href = VideoReplyURLS[index]; } } } var single_print; function order_photoproducts() { display('nonpromo', 0); prev = TotalPhotos; next = 1; getEl('shoppromonav').innerHTML = nav_table('order'); show_comments('none'); display('itemreplyform', 0); display('itemactions', 0); display('albumreplies', 0); display('shoppromo', 1); CurrentIndex = 'order'; scroll_to_top(); var hash = hash_param('photo') || window.location.hash; hash = hash.replace(/^#/, ''); single_print = hash.match(/^\d+$/) ? hash : ""; set_hash_param('photo', 'order'); track_url('/photo/item (ajax - promo)'); } function order_photoprints(link) { if (single_print) link.href += ':' + single_print; return true; } setInterval(check_uri, 1000); window.onresize = handle_resize;
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Tulisan MHMD <b>di</b> langit

Posted: 12 Jun 2011 07:55 AM PDT

*Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang*


...Assalamualaikum...


     Pada 4hb Jun 2011, sy bergerak pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu sy. Perjalanan sy biasalah melalui Lebuhraya Pantai Timur dan seterusnya melalui laluan Jerangau-Jabor. Semasa memandu, terdengar laungan azan Asar di radio. Entah kenapa hari tu, rasa nak singgah solat di masjid yang baru siap dibina di laluan Jerangau-Jabor. Tingkatkan kelajuan kenderaan untuk kejar masa supaya tak terlewat sampai di masjid tu. Nama masjid tu, Masjid Padang Kubu, Kemaman, Terengganu. Dah lama niat nak singgah solat di sini tetapi tak kesampaian tapi hari tersebut dapat jugak sy singgah di sini.     Seketika sampai di masjid ini jam menunjukkan pukul 6.15 petang. Berehat seketika sambil memandang langit. Langit agak aneh di petang itu. Sy memerhatikan dari kiri ada warna aneh (tak amik gambar), perhati lagi sekali, aik dah hilang. Berpindah pula warna tu ke sebelah kanan. Sy perhatikan di bawah warna langit tu, awan membentuk satu tulisan. Diamati betul-betul, tulisan tu adalah Mim Haa Mim Daa. Amat jelas. Mula lah sibuk sy mencari henset, nak amik gambar. Awan bergerak terlalu cepat merungkaikan tulisan tu. Gambar di atas adalah yg sempat sy ambil tulisan yg dibentukkan oleh awan tu. Perhatikan dalam kawasan merah tu. Memang cepatlah. Sekelip mata je, pandang sekali lagi dah nak terpisah dah awan tu. Masa sy amik gambar nie, jam menunjukkan pukul 6.25 petang. Gambar di bawah nie, sy buat perbandingan dengan tulisan di cop Rasulullah s.a.w, nama Muhammad / Mim Haa Mim Daa.
Apa jua yg berlaku, adalah ketentuan Allah s.w.t. Allah-lah yang Maha Kuasa sesuatu termasuklah diri kita ini. Ini ada dinyatakan dalam Al Quran :

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

■ A-li'Imran, 189 ■


Allah berkuasa memerintahkan awan untuk membentuk nama Nabi Muhammad s.a.w. Sungguh hebat kekuasaan Allah s.w.t. Allah s.w.t berkuasa atas tiap sesuatu. Sungguh hebat.. Tiada yang lebih hebat selain Allah... Yakinlah kepada Allah. Mohon maaf kerana gambar ini agak tidak jelas....

PERINGATAN

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.

*Nukilan: Kun Musafir Maya*

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Suspek kes samun dan bunuh <b>di Kemaman</b> ditahan - Komunitikini

Posted: 09 May 2011 01:30 AM PDT

Polis menahan dua suspek utama kes samun dan bunuh seorang wanita berumur 54 tahun di Kemaman minggu lepas.

Suspek utama yang merupakan anak angkat wanita itu ditahan 4 Mei lepas di Pasir Gudang, Johor manakala suspek kedua ditahan di Taman Desa Darul Iman2, Kemaman, sehari selepas itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K Manoharan berkata hasil siasatan yang dijalankan terhadap seorang daripada suspek yang ditahan itu mendedahkan terdapat seorang lagi rakannya yang masih bebas dan mengakui barangan yang disamun telah dijual di sebuah kedai pajak gadai di Kelantan.

"Hasil siasatan lanjut kami juga menemui sebuah komputer riba yang disamun dari rumah mangsa, satu unit televisyen di rumah teman wanita suspek di Kuala Krai, Kelantan dan sebuah kereta Proton Wira yang digunakan semasa kejadian itu.

"Polis juga merampas barang-barang yang kemas yang disamun itu di sebuah kedai pajak gadai di Kuala Krai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Manoharan berkata polis kini melancarkan gerakan memburu seorang lagi suspek yang hanya dikenali sebagai Mohsin bagi membantu siasatan dan dia kini dipercayai berada di Tanah Merah, Kelantan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Jamil Mohd Sahad di talian 014-8007222 atau Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di talian 09-6354815.

Pada 30 April lepas, seorang wanita ditemui pengsan dengan tangannya diikat dan mulutnya ditampal pita pelekat di Taman Desa Darul Iman, Kemaman. Wanita itu mati kira-kira 15 minit selepas dihantar ke Hospital Kemaman.

Related article

KomunitiKini

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Pemuda Maut Motosikal Rempuh Van <b>di Dungun</b> - Teganuku..

Posted: 06 Jun 2011 09:18 AM PDT

Seorang pemuda, Che Mat Khamizan Che Habu Hanifah, 21, maut selepas motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah van di Kilometer 5, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) pagi kelmarin.

Mangsa dan pembonceng motosikal itu, Mohamad Kusyairie Sutling Mohamad, 22, terbabit dalam nahas kira-kira pukul 6.30 pagi setelah bertembung dengan sebuah van.

Ketika kejadian, mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya selepas selesai minum pagi di sebuah warung di Pekan Paka.

Kejadian dipercayai berlaku apabila van milik sebuah syarikat penerbangan itu dikatakan bergerak melawan arus untuk ke tempat membuat pusingan U sebelum bertembung dengan motosikal mangsa dari arah bertentangan.

Rakan mangsa dan pemandu van terbabit, Wan Rusdi Wan Jusoh, 39, yang mengalami cedera ringan, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Dungun.

Ibu mangsa, Faridah Awang, 48, berkata, anaknya baru tamat menjalani kursus untuk bekerja di kawasan Industri Petrokimia di Kerteh.

Menurut Faridah, anaknya itu sebelum ini tidak pernah keluar rumah pada awal pagi dan terkejut apabila diberitahu dia mendapat kemalangan sebelum bergegas ke Hospital Dungun.

"Luluh hati saya sebaik sahaja tiba di Hospital Dungun dimaklumkan anak saya itu telah meninggal dunia," katanya sedih.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kemalangan itu.

Beliau menasihati pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat dan berhemah memandangkan pada musim cuti persekolahan ini begitu banyak kenderaan di atas jalan raya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: <b>Pulau Bidong</b> lokasi skuba yang menarik

Posted: 18 Jun 2011 01:37 AM PDT

Eksplorasi Pulau Bidong yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, YB Datuk Haji Abdul Rahin Mohd Said di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) Kuala Lumpur telah membuka ruang kepada pecinta alam mendekati pulau itu.

Program anjuran bersama Tourism Malaysia itu disertai 60 wakil media dan penyelam skuba dalam usaha memperkenalkan pulau berkenaan sebagai lokasi skuba yang sangat berpotensi di negeri ini selain pulau lain yang sudah terkenal.


Pada program berkenaan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Tourism Malaysia telah memberi taklimat kepada peserta mengenai halatuju kawasan selam di sekitar Pulau Bidong dan pembangunan pakej hari selam yang diadakan.

Menurut YB Datuk Haji Abdul Rahin, Pulau Bidong merupakan sebuah destinasi warisan sejarah yang dahulunya digelar 'Little Saigon' penuh dengan kesan peninggalan penempatan ribuan pelarian Vietnam yang tinggal di situ.

"Pulau ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin melihat lebih dekat kesan sejarah pelarian Vietnam di samping keindahan yang terdapat di sekitar pulau berkenaan.

Kira-kira 250,000 pelarian berada di kem-kem di pulau berkenaan sebelum ia di tutup pada 1991di mana pelarian ini telah dipindahkan ke negara ketiga seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis dan ada yang balik ke negara asal Vietnam.

Di samping menjalankan kativiti di pulau peserta program turut di bawa melawat beberapa tempat menarik di negeri ini seperti Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man dan Pasar Payang, Kuala Terengganu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


maklumat buat renungan bersama: Sebongkah Batu <b>di Kuala Berang</b>

Posted: 05 Jun 2011 06:00 AM PDT

Assalamu'alaikum =D

Alhamdulillah, berjaya menghabiskan sebuah buku pada hari ini. Buku yang bertajuk SEBONGKAH BATU DI KUALA BERANG karya Faisal Tehrani ini sarat dengan info dan mesej tentang teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan industri hiburan. Terdapat banyak kritikan tentang industri hiburan yang tidak mendidik masyarakat dijadikan elemen penting dalam isi kandungan buku ini. Ia disampaikan melalui watak-watak yang berlatar belakangkan institut Akademi Seni Islam.

"Karyawan filem kita yang terlibat dalam dunia cereka visual amatlah kurang bertindak sebagai pendidik dan humanis berperibadi unggul. Jauh lagi, pembikin filem kita bukan sama sekali ilmuwan yang mahu membangkitkan kesedaran masyarakat yang mungkin leka dan alpa."

Dinyatakan juga bahawa seni patut dijadikan sebagai wadah untuk berdakwah kepada masyarakat atau disebut sebagai tsaqafi memandangkan unsur senilah yang menjadi elimen yang paling dekat dengan masyarakat. Seni yang digarap dalam budaya masyarakat kita sudah terlalu kuat dipengaruhi oleh Hollywood sehingga remaja kita dibentuk melalui acuan barat yang sama sekali bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Islam.

"Ya, kerana anak muda kita sebagai misalan malas ke masjid, tidak rapat dengan madrasah dan sebagainya, dalam keadaan dunia pendidikan kita yang cacamarba kerana kepentingan ahli politik dan pemerintah, remaja kita hanya kenal media seni. Jadi kita kena kuasai media ini. Filem misalnya, sebutkan saya filem yang memuatkan seruan Islam secara berilmu? Kita mungkin ada banyak karya sastera tetapi tunjukkan saya berapa banyak filem yang kita ada untuk saingi propaganda Hollywood?"

Novel ini memuatkan pelbagai pendapat dalam teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Fakta-fakta yang menguatkan lagi hujah yang dibawa oleh watak-watak diperoleh daripada sumber tempatan dan juga barat. Ia seakan mengajak kita supaya menghargai kedatangan Islam melalui budaya dan warisan yang telah dibawa ke Tanah Melayu bersama-sama Islam dan tidak terlalu mengagung-agungkan budaya barat yang tampak gah pada mata masyarakat dunia. Teori tentang budaya juga banyak diselitkan dalam novel ini. Antaranya ialah;

"Saya mahu menitipkan di sini pesan Melville J Herskovits yang menulis The Reality of Culture, di mana beliau menekankan tiga noktah penting dalam budaya. Pertama, dalam pengalaman manusia, budaya itu universal tapi manifestasinya lokal. Kedua, budaya itu stabil tetapi dinamik. Manifestasinya pula berterusan sementara noktah yang paling penting dalam budaya itu mengisi dan menentukan sebahagian besar sisi kehidupan kita tanpa perlu mencampuri fikiran secara sedar. Islam tsaqafi mahu satu pendekatan agama dengan wawasan budaya, atau budaya yang bernafaskan agama ditegakkan kembali sebagai kekuatan rantau kita ini."

Selain itu, sikap masyarakat yang terlalu gemar menghukum dan melabel orang lain tanpa memberi peluang kepada orang itu untuk tahu apa yang tidak diketahuinya turut disentuh. Apa gunanya fungsi dakwah yang diajar oleh baginda Rasulullah s.a.w kepada umatnya sekiranya kita terus menghukum dan bukannya mengajak ke arah kebenaran. Akan bertambah ramai lagilah golongan yang jahil sekiranya sikap ini diteruskan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Zalie Xzone&#39;s Site - Berada <b>di Chukai</b>...hujan macam salji....

Posted: 08 Jan 2007 03:26 PM PST

Hari ini aku berada di Chukai daerah Kemaman.Semalam sampai di Chukai lebih kurang dalam pukul 2 pm.Sepanjang perjalanan ke Chukai ...hujan agak lebat juga..nasib baiklah jalan kat area sini tak banjir.

So pukul 10:00 malam kerja-kerja software upgred pun bermula sehinggalah pukul 3:00 pagi.Sikitlag lebih kurang jam 9:30 pagi brieffing NVMS akan bermula..dan insyallah pertang ini aku akan run macro command untuk semua pelanggan di Chukai ini...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


kampong ibok yang bertuah: <b>Di</b> Nobat Sebagai JKK Terbaik Dun <b>Kijal</b> <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2011 03:47 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Di Nobat Sebagai JKK Terbaik Dun Kijal peringkat Daaerah 2011.. sijil lantikan jkkk sessi 2011 hingga 2012 serta tropy kemenangan JKK Terbaik/Cemerlang bagi tahun 2011.. naik kepentas didewan berlian MPK kemaman menerima ...
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved