Sabtu, 18 Jun 2011

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Tulisan MHMD <b>di</b> langit

Posted: 12 Jun 2011 07:55 AM PDT

*Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang*


...Assalamualaikum...


     Pada 4hb Jun 2011, sy bergerak pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu sy. Perjalanan sy biasalah melalui Lebuhraya Pantai Timur dan seterusnya melalui laluan Jerangau-Jabor. Semasa memandu, terdengar laungan azan Asar di radio. Entah kenapa hari tu, rasa nak singgah solat di masjid yang baru siap dibina di laluan Jerangau-Jabor. Tingkatkan kelajuan kenderaan untuk kejar masa supaya tak terlewat sampai di masjid tu. Nama masjid tu, Masjid Padang Kubu, Kemaman, Terengganu. Dah lama niat nak singgah solat di sini tetapi tak kesampaian tapi hari tersebut dapat jugak sy singgah di sini.     Seketika sampai di masjid ini jam menunjukkan pukul 6.15 petang. Berehat seketika sambil memandang langit. Langit agak aneh di petang itu. Sy memerhatikan dari kiri ada warna aneh (tak amik gambar), perhati lagi sekali, aik dah hilang. Berpindah pula warna tu ke sebelah kanan. Sy perhatikan di bawah warna langit tu, awan membentuk satu tulisan. Diamati betul-betul, tulisan tu adalah Mim Haa Mim Daa. Amat jelas. Mula lah sibuk sy mencari henset, nak amik gambar. Awan bergerak terlalu cepat merungkaikan tulisan tu. Gambar di atas adalah yg sempat sy ambil tulisan yg dibentukkan oleh awan tu. Perhatikan dalam kawasan merah tu. Memang cepatlah. Sekelip mata je, pandang sekali lagi dah nak terpisah dah awan tu. Masa sy amik gambar nie, jam menunjukkan pukul 6.25 petang. Gambar di bawah nie, sy buat perbandingan dengan tulisan di cop Rasulullah s.a.w, nama Muhammad / Mim Haa Mim Daa.
Apa jua yg berlaku, adalah ketentuan Allah s.w.t. Allah-lah yang Maha Kuasa sesuatu termasuklah diri kita ini. Ini ada dinyatakan dalam Al Quran :

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

■ A-li'Imran, 189 ■


Allah berkuasa memerintahkan awan untuk membentuk nama Nabi Muhammad s.a.w. Sungguh hebat kekuasaan Allah s.w.t. Allah s.w.t berkuasa atas tiap sesuatu. Sungguh hebat.. Tiada yang lebih hebat selain Allah... Yakinlah kepada Allah. Mohon maaf kerana gambar ini agak tidak jelas....

PERINGATAN

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.

*Nukilan: Kun Musafir Maya*

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads