Isnin, 13 Ogos 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Hulu Terengganu</b> - Julai 2012

Posted: 16 Jul 2012 12:14 PM PDT

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
2. PENOLONG AKAUNTAN W27
3. PELUKIS PELAN J17
4. TUKANG K3
5. PEMANDU R3
6. PEMBANTU AM PEJABAT N1

IKLAN JAWATAN:
http://mdht.terengganu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=a5f255d6-dd10-4077-b4c0-d5add0b82159&groupId=17465

BORANG PERMOHONAN:
http://mdht.terengganu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=a5f255d6-dd10-4077-b4c0-d5add0b82159&groupId=17465

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke:

Yang Di Pertua
Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu.

TARIKH TUTUP : 19 Ogos 2012

Kerana dendam, buruh mati dipukul <b>di Hulu Terengganu</b> | Berita <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2012 07:34 AM PDT

HULU TERENGGANU: Gara-gara perselisihan faham dan dendam, seorang buruh maut setelah dipukul menggunakan objek keras dalam satu pergaduhan di Kampung Tajin Banggol di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun didatangi tiga lelaki berusia antara 20 dan 23 tahun yang bertindak membelasah mangsa berhampiran sebuah bengkel motosikal.

Timbalan ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata kejadian itu adalah rentetan perselisihan faham antara mangsa dan seorang daripada suspek beberapa jam sebelum insiden.

Kira-kira pukul 9.45 malam Selasa, mangsa dipercayai menampar muka suspek dan kedua-duanya dipercayai mabuk. Berang dengan tindakan itu, suspek kemudian membawa dua rakannya membelasah mangsa, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

"Mangsa juga dipercayai dihentak ke lantai dan dipukul sehingga pengsan, sebelum diseret dengan motosikal sejauh 700 meter dan dicampak di hadapan rumah mangsa," katanya.

Hamzah berkata ibu mangsa hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 6.30 pagi apabila ternampak mangsa terbaring di depan rumah.

Ibunya cuba mengejutkan pemuda itu namun tiada tindak balas menyebabkan dia menghubungi ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan.

Mangsa yang dihantar ke Hospital Hulu Terengganu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia kira-kira 9 pagi.

"Selepas dua jam siasatan dijalankan pihak polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek di rumah masing-masing, dua daripadanya di Kampung Tajin dan seorang di Kampung Gemuruh, di sini.

"Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sementara itu, adik perempuan mangsa yang berusia 22 tahun ketika ditemui, berkata abangnya berkelakuan pelik beberapa hari sebelum kejadian.

Katanya abang sulungnya itu ada menyatakan dia tidak mahu membeli baju raya pada tahun ini kerana raya tahun ini tidak memberi apa-apa makna kepadanya.

"Kami sekeluarga terkejut ketika adik-adik hendak ke sekolah ternampak abang dalam keadaan terlentang di sebelah motor dengan hidung serta kaki dengan kesan diseret.

"Pada mulanya kami ingat dia tertidur bagaimanpun selepas beberapa kali dikejut masih tiada respons dan terus menghubungi pihak hospital," katanya. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/10

Article source: http://www.hmetro.com.my/articles/Keranadendam_buruhmatidipukuldiHuluTerengganu/Article/

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


::SENYUM SEINDAH SURIA::: Dulunya <b>Bukit Besi</b>

Posted: 06 Aug 2012 05:52 AM PDT

Hye Sume (^_^)v Tiba-tiba terdetik rasa macam nak post mengenai SEJARAH BUKIT BESI.. yang dulunyer sgt terkenal dimata dunia... (^_-) dan untuk pengetahuan anda semua,.. perlombongan bijih besi nie masih lg berlaku tetapi agak kureng berbanding dahulu... Ape2pon.. Ayahku bekerja disini.. pencarian rezeki kami disini... Alhamdulillah.. berkat usaha dan doanya.. samapai jugak aku ke Universiti...
Sejarah Bukit Besi
 
Sejarah Bukit Besi bermula semenjak tahun 1930-an dan terkenalnya Bukit Besi di mata dunia adalah kerana tempat perlombongan bijih besi di Bukit Besi dimana sumber bijih-bijih besi asli terdapat di sekitar kawasan-kawasan Bukit Besi. Sejarah bermula apabila syarikat perlombongan bijih besi yang diusahakan oleh warganegara  Jepun telah memulakan aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi semasa Malaya dijajah Jepun.

Hari ini di Bukit Besi, aktiviti perlombongan bijih besi telah bermula semula walaupun tidak sehebat seperti dulu. Kehebatan Jepun menerokai seluruh pelusuk Bukit Besi dengan membina pelbagai kemudahan untuk aktiviti perlombongan masih kekal hingga ke hari ini.

Walaubagaimanapun, kesan-kesan jalan keretapi telah beransur hilang kerana Bukit Besi kini dibangunkan semula untuk penempatan baru serta dilindungi dengan tumbuh-tumbuhan hijau. Kesan-kesan perlombongan serta bangunan-bangunan yang dibina oleh Jepun masih kekal hingga ke hari ini.
Tinggalan Sejarah Bukit Besi yang masih ada
Kronologi Sejarah Bukit Besi
1916 - Ahli Kajibumi Jepun, Mr Kuhara datang ke Dungun membuat Kajian di Chemuak, Hulu Dungun. Hasil kajian menunjukkan wujudnya bijih Besi dalam jumlah yang banyak di kawasan tersebut.
1925 - Syarikat Kuhara Mining Ltd membuka lombong di Machang Setahun
1929 - Kerajaan Terengganu secara rasminya telah mengeluarkan 'Mining Lease' kepada syarikat Kuhara Mining Ltd. Dengan keluasan 1080 ekar.
1930 - Pengurus lombong pertama R . Kunada memulakan tugas dalam bulan April. Jalan kereta api Dungun-Bukit Besi dapat disiapkan di stesen Che Lijah. Beberapa tahun kemudian, berlaku
pemberhentian pekerja kerana kurang permintaan.
1934 - Keadaan pulih semula dan permintaan semakin bertambah. Pekrja yang diberhentikan diambil semula dan pekerja baru ditambah.
1935 - Jumlah penduduk di Bukit Besi meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja).
1936 - sebuah terowong di Bukit Tebuk dapat disiapkan. Tempat memunggah bijih dipindahkan dari Che Lijah ke Nibong.
1938 - Pekerja Cina berhenti kerja beramai-ramai kerana wujudnya sentimen anti-Jepun akibat dari peperangan yang berlaku antara Jepun dan China, mengakibatkan syarikat perlombongan hampir lumpuh. Pekerja baru terpaksa dicari, kebanyakannya diambil terus dari India.
1945 - Berakhirnya perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC pada akhir tahun 1945.
1946-1948 - Tiada aktiviti perlombongan kerana tiada permintaan dan darurat.
1948 - Kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO) pada bulan Ogos.
1950 - Kegiatan perlombongan oleh EMMCO dijalankan secara besar-besaran, kesan daripada peperangan dan bertambahnya permintaan dari Jepun.
1.10.1970 - Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong bijih besi.


(^_^)v Kalo ade sape2 yang berminat untuk melhat tinggalan sejarah nie.. rase2 nyer,.. ada cara untuk melawat.. berhubung la dengn Ketengah BUKIT BESI... sbb kat bukit besi ade galeri sejarah bukit besi... (^_^) xrugi kan kalo kita ambik tahu sejarah.. 

"Sesiapa yang melupakan sejarah pasti mengulanginya" - George Santayana

update! tetiba jumpe plak...
Galeri Sejarah Bukit Besi,
Bandar Bukit Besi, Dungun,
Tel : 09-8337217 / 219 Fax : 09-8337217
Sabtu-Khamis : 9.00pg -4.00ptg
credit to BUKIT BESI BLOG, ALAMI TERENGGANU 

teganuku: <b>Bukit Besi</b> Bakal Kembali Gemilang Sebagai Nadi Ekonomi

Posted: 03 Aug 2012 02:44 PM PDT

Bukit Besi berpotensi untuk mengulangi zaman kegemilangannya sebagai salah satu nadi ekonomi negeri apabila prasarana pengangkutan dan perhubungan terbaru, Laluan Rel Pantai Timur (ECRR) dipanjangkan ke situ.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Besi, Datuk Din Adam berkata, daripada kawasan yang agak terpencil, ia bagaikan sudah mendapat nafas baru dengan laluan Lebuh Raya Pantai Timur yang mula menjana perubahan.

Beliau berharap kesediaan Kerajaan Pusat meluluskan projek yang dicadangkan dari Kuantan ke Kertih disambungkan sehingga ke Bukit Besi itu kelak benar-benar menjadi kenyataan.

"Ia (perubahan) akan menjadi lebih pantas dan mungkin tidak terjangka, apatah lagi, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mula beroperasi pada tahun ini dan aktiviti perusahaan bijih dirancakkan.

"Ia bakal menyediakan kemudahan baru kepada pelabur dan menyediakan lebih banyak penghubung Bukit Besi dengan dunia luar dan masyarakat perlu bersedia untuk memanfaatkan perubahan," ujar Din kepada Utusan Malaysia di Dungun semalam.

Kelmarin Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco memaklumkan bahawa fasa pertama ECRR sejauh 109 kilometer (km) bakal dipanjangkan 35 kilometer lagi sehingga ke Bukit Besi.

Ia bagi membolehkan bekalan bijih besi dari daerah itu dibawa ke kawasan Perindustrian Telok Kalong, juga perkhidmatan kargo dan penumpang dapat diperkenalkan di negeri ini .

Ahmad Said berkata, tambahan laluan rel telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) beberapa hari lalu.

"Sebelum ini kerajaan meluluskan projek ECRR sejauh 109km dari Kuantan ke Kertih tapi saya mohon agar ia disambung hingga ke Bukit Besi, Dungun dan beliau (Perdana Menteri) telah bersetuju," katanya.

Tambah Menteri Besar, dengan pembinaan laluan keretapi itu yang dijangka siap 2016, ia juga bukan sahaja memudahkan bekalan bijih besi diangkut, malah membolehkan ia digunakan untuk membawa penumpang.

Cadangan ECRR melibatkan laluan sepanjang 600km itu dirancang menghubungkan Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan, melalui Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

<b>Bukit Besi</b> bakal kembali gemilang sebagai nadi ekonomi | Darul Iman

Posted: 05 Aug 2012 06:26 AM PDT

DUNGUN 3 Ogos Utusan- Bukit Besi berpotensi untuk mengulangi zaman kegemilangannya sebagai salah satu nadi ekonomi negeri apabila prasarana pengangkutan dan perhubungan terbaru, Laluan Rel Pantai Timur (ECRR) dipanjangkan ke situ.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Besi, Datuk Din Adam berkata, daripada kawasan yang agak terpencil, ia bagaikan sudah mendapat nafas baru dengan laluan Lebuh Raya Pantai Timur yang mula menjana perubahan.

Beliau berharap kesediaan Kerajaan Pusat meluluskan projek yang dicadangkan dari Kuantan ke Kertih disambungkan sehingga ke Bukit Besi itu kelak benar-benar menjadi kenyataan.

"Ia (perubahan) akan menjadi lebih pantas dan mungkin tidak terjangka, apatah lagi, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mula beroperasi pada tahun ini dan aktiviti perusahaan bijih dirancakkan.

"Ia bakal menyediakan kemudahan baru kepada pelabur dan menyediakan lebih banyak penghubung Bukit Besi dengan dunia luar dan masyarakat perlu bersedia untuk memanfaatkan perubahan," ujar Din kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco memaklumkan bahawa fasa pertama ECRR sejauh 109 kilometer (km) bakal dipanjangkan 35 kilometer lagi sehingga ke Bukit Besi.

Ia bagi membolehkan bekalan bijih besi dari daerah itu dibawa ke kawasan Perindustrian Telok Kalong, juga perkhidmatan kargo dan penumpang dapat diperkenalkan di negeri ini .

Ahmad berkata, tambahan laluan rel telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) beberapa hari lalu.

"Sebelum ini kerajaan meluluskan projek ECRR sejauh 109km dari Kuantan ke Kertih tapi saya mohon agar ia disambung hingga ke Bukit Besi, Dungun dan beliau (Perdana Menteri) telah bersetuju," katanya.

Tambah Menteri Besar, dengan pembinaan laluan keretapi itu yang dijangka siap 2016, ia juga bukan sahaja memudahkan bekalan bijih besi diangkut, malah membolehkan ia digunakan untuk membawa penumpang.

Cadangan ECRR melibatkan laluan sepanjang 600km itu dirancang menghubungkan Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan, melalui Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

ads