ads

Ahad, 25 November 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


teganuku: Pusat Rehabilitasi 1Malaysia <b>Seberang Takir</b>

Posted: 21 Nov 2012 08:39 PM PST

Penubuhan Pusat Rehabilitasi 1 Malaysia di Seberang Takir yang membabitkan kos kira-kira RM350,000 dijadualkan beroperasi dalam masa terdekat ini sebaik peralatan di sini lengkap sepenuhnya nanti.

Pusat yang akan memberi fokus terhadap pesakit strok atau angin ahmar ini merupakan lokasi khusus pertama yang diwujudkan di negeri ini selepas mendapati ramai masyarakat di sini menderita penyakit itu.

Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat yang akan menempatkan pakar fisioterapi bertauliah itu akan membantu merawat dan mencegah penyakit tersebut.


"Pusat yang akan beroperasi secara percuma untuk masyarakat di Seberang Takir ini dalam proses persiapan terakhir dan akan mula menerima pesakit sebaik segala kelengkapan sedia sepenuhnya dan kita harap kewujudannya nanti mampu merawat penyakit yang menunjukkan peningkatan sejak belakangan ini.

"Idea mewujudkan pusat rehabilitasi bermula apabila saya dapati hampir sebahagian besar penduduk yang saya lawati mengalami penyakit ini (strok) dan lebih menyedihkan ada antara mereka yang masih baru dan boleh dirawat, namun akibat tidak tahu penjagaan yang betul ia menjadi bertambah parah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Lawat dan Ziarah Penduduk di Kubang Badak dan Tok Jembal, di sini. Ahmad Razif berkata, selain khidmat fisioterapi, pusat berkenaan turut menyediakan khidmat rawatan dan latihan kepada pesakit serta waris mengenai penjagaan yang betul bagi pesakit strok agar mampu pulih kembali.

"Kita harap dengan wujudnya pusat ini nanti mampu memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pesakit dan waris yang menjaga dengan harapan pesakit diberi rawa-tan menyeluruh," katanya.

Sementara itu, dalam program itu, beliau turut melawat seramai 12 penduduk yang menghidap pelbagai jenis penyakit bersama pegawai perubatan bagi membuat pemeriksaan awal sebelum dirujuk kepada hospital atau klinik terdekat.

Pesakit yang ditemui, Jusoh Muda, 76, mengakui terharu dan berterima kasih atas kunjungan yang diberikan kerana ia jelas mencerminkan pemimpin yang berjiwa rakyat.

"Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi melawat saya kerana s mampu mengurangkan bebanan yang saya tanggung," katanya yang telah tiga tahun menderita lelah yang agak kronik.

Berita Harian

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Keajaiban Dunia <b>di Hulu Terengganu</b> : Wanita Sumbang Mahram

Posted: 18 Sep 2012 06:58 PM PDT

"Pagi tadi saya pergi beraya di Balai Polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya … Ustaz tahu tak … SUK (Setiausaha Kerja) Bahagian UMNO Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap. Beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya. Lepas siasat, betul sungguh beranak doh anak tiri tu."

Itu sedutan ceramah Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, Kuala Terengganu pada 9 September lalu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu ketika dihubungi  portal berita pro-PAS, BuletinOnline pada 11 September sekali lagi mengesahkan perkara tersebut dan artikel bertajuk "Setiausaha Kerja UMNO Hulu Terengganu Ditahan Polis" disiarkan pada hari sama, 11 September.

TerengganuToday percaya ketika Ustaz PAS itu menceritakan kisah 'bisikan' tersebut kepada pengikut totok di Banggol Binjai, berkembang hidung dan 'jubur' pemuda PAS itu kerana berjaya menjadi orang pertama dapat menyebarkan berita sensasi itu.

Cerita yang telah tersebar luas di internet itu ada nilainya tersendiri yang seronok untuk dibanggakan lebih-lebih lagi bila melibatkan parti lawan iaitu UMNO.

Sebenarnya, TerengganuToday rasa agak aneh bin ajaib kerana dengan hanya sumber 'bisikan' pun sudah cukup untuk Kamarulzaman Abdullah yang dipanggil Ustaz itu mempercayainya sehingga turut mempengaruhi para blogger atau facebooker cap parti PAS yang sudah sedia bebal dan akal sejengkal termasuklah pengamal media di BuletinOnline.

Tidak hairanlah begitu banyak fitnah dan adu domba bertebaran sejak wujudnya parti PAS di atas muka bumi ini, rupanya sumber 'bisikan' sosek-sosek yang tidak tahu hujung pangkal pun sudah menjadi rujukan utama Ustaz dan penyokong PAS.

Perkara luar tabie sedemikian jika berlaku membabitkan mana-mana pemimpin UMNO, TerengganuToday yakin perbuatan itu tidak disokong oleh ahli serta penyokong parti, yang salah tetap salah dan wajib disiasat serta dihukum jika terbukti bersalah.

Hakikatnya, SUK UMNO Hulu Terengganu bukanlah seorang lelaki sebaliknya jawatan itu sejak lebih lima tahun lalu disandang oleh seorang wanita bernama Kamariah Awang, 37 tahun.
Diulangi, SUK UMNO Hulu Terengganu adalah wanita merangkap seorang perempuan juga dikenali sebagai kaum hawa.

Persoalan, yang menuntut Ustaz PAS, Kamaruzaman Abdullah dan para blogger bebal PAS jawab ialah, bagaimana seorang SUK berjantina perempuan mampu menyebabkan anak tiri perempuannya mengandung dan melahirkan anak?

Cukup unik! Keanehan paling unik di zaman moden ini tidak mungkin berlaku di negeri atau negara lain, hanya ada di Hulu Terengganu gara-gara bengap seorang Ustaz PAS.

Kalau ini bukan fitnah, mungkin penipuan atau pembohongan. Mungkin bagi penyokong PAS, apa saja yang terkeluar dari mulut Ustaz PAS seperti Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu itu merupakan tazkirah agama.

Apa yang misteri, siapa yang berbisik kepada Ustaz PAS itu?

Sumber : www.terenggganutoday.com

(suk)umno <b>hulu terengganu di</b> tahan polis - bujang senang bn

Posted: 12 Sep 2012 05:15 AM PDT

Info terkini:
Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata beliau diberitahu Setiausaha Kerja (SUK) Umno Bahagian Hulu Terengganu telah ditahan oleh pihak polis. Katanya, SUK Umno itu ditahan kerana disyakki melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram dengan anak tirinya. "Pagi tadi saya pergi beraya di balai polis Kuala Berang,  dia berbisik kepada saya…. (katanya)Ustaz tahu tak…. ..SUK Bahagian Umno Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap, "beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya,"ujarnya menceritakan kepada para hadirin. Menurutnya, pihak polis telah menjalankan siasatan ekoran dari aduan yang diterima daripada bapak saudara perempuan terbabit. Kataya, apabila polis menjalankan siasatan, didapati budak perempuan tersebut  mengandung dan telah pun melahirkan anak.
Sumber


13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


ana jingga: 10 masjid terapung <b>di</b> tanahairku..

Posted: 25 Nov 2012 08:28 AM PST

Seringkali singgah di rakan-rakan blogger lain ana temui beberapa entry tentang masjid-masjid yang indah yang terdapat di Malaysia atau serata dunia.Kali ini ana kumpulkan sepuluh buah masjid yang seolah-olah terapung di atas air yang terdapat di serata tanahair.

Mungkin ada diantaranya yang telah pernah ana atau kalian singgah dan bersolat dan ada juga yang tidak pernah tahu pun sebelum ini.Diselitkan sedikit info tentang masjid-masjid ini menurut dari sumber-sumber yang ana perolehi dari internet...

Semoga rumah-rumah Allah swt ini akan sentiasa dipenuhi jemaah-jemaahnya pada setiap waktu kerana salah satu dari tanda-tanda awal kiamat ialah manusia berbangga-bangga membina masjid.. Waallahua'lam..

1. Masjid Tengku Tengah Zaharah-Terengganu

Cantik sungguh permandangan dari foto ini seolah-olah ianya terapung di atas air.Masjid ini terletak di Kuala Ibai menghadap Sungai Terengganu.Siap dibina pada tahun 1995.
rujukan :http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tengku_Tengah_Zaharah

2.Masjid Al Hussain - Perlis
Masjid ini terletak di Kuala Perlis dan dibuka secara rasmi pada tahun 2011 dengan kos pembinaan bernilai RM 12 juta..rujukan di http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Al_Hussain,_Kuala_Perlis

3.Masjid Selat - Melaka Masjid Selat ini dibina di Pulau Melaka sebuah pulau buatan manusia berhampiran Bandaraya Melaka.Ia menghadap Selat Melaka yang amat terkenal dizaman pemerintahan Kesultanan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam pada zaman dahulu.Kos pembinaan masjid ini ialah RM 11 juta.
rujukan:http://gotomelaka.blogspot.com/2011/04/masjid-selat-melaka.html

4.Masjid Kristal - Kuala Terengganu

Cantikkan permandangan dari foto ini... terletak di Pulau Wan Man ,Kuala Terengganu berdekatan dengan Taman Tamadun Islam.Memang tersergam indah dengan senibina seperti Istana Aladdin dari Hikayat Dongeng Seribu Satu Malam.Menggunakan bahan binaan dari kaca dan keluli dan siap dibina pada tahun 2008.Alhamdulillah ana pernah solat beberapa waktu didalam dewan solat yang berhawa dingin sepenuhnya ini...Sumber rujukan dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kristal

5.Masjid Tangjung Bungah - Pulau Pinang

Merupakan masjid yang pertama dibina di atas laut dengan nilai RM 15 juta.Siap dengan rasminya pada tahun 2007.Masjid ini terletak di jalan menuju ke Batu Feringgi dan sering kali dikunjungi oleh pelancung yang singgah solat di sini.Dilaporkan juga binaan masjid ini amat kukuh ketika peristiwa tsunami melanda Pulau Pinang ia tetap teguh walaupun kawasan perkampungan di sekitar banyak yang musnah. Subhanallah..

6.Masjid Bandaraya - Sabah

Masjid ini dibina di Likas,Sabah yang merupakan masjid yang terbesar disini walaupun ianya bukan masjid negeri bagi negeri Sabah.Dibuka secara rasmi pada tahun 2000 dengan kos bernilai RM 34juta.Maklumat lanjut boleh kunjungi http://www.mbr.sabah.org.my/pengenalan.html

7.Masjid As Salam - Puchong ,Selangor Masjid As Salam ini terletak di Puchong Perdana dan siap dibina pada tahun 2006.Ia menghadap sebuah tasik dan jika kita bersolat di dewan solat muslimah kita akan berasa seperti seolah-olah kita bersolat di atas air berdasarkan pengalaman ana.. bolehlah lawati link ini untuk keterangan lanjut tentang masjid indah ini..
http://masjidas-salam.blogspot.com/2010/02/latar-belakang-masjid-as-salam-puchong.html

8.Masjid Putra - Putrajaya

Masjid Putra ini mengambil sempena nama Tunku Abdul Rahman Putra alHaj.Terletak di hadapan Dataran Putrajaya menghadap Tasik Putrajaya dengan kos pembinaan bernilai RM250 juta.Dirasmikan pada tahun 1999.Bolehlah layari www.masjidputra.gov.my/

9.Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin - Putrajaya

Juga terletak di Putrajaya di Precint 3 dengan nilai kos pembinaan RM200 juta.Siap sepenuhnya pada tahun 2009.Masjid ini menggunakan 70% bahan binaan dari besi dan 30% dari konkrit kerana itu ianya juga dikenali dengan nama Masjid Besi.Keterangan lanjut sila ke https://www.islam.gov.my/bhg/masjid-tuanku-mizan-zainal-abidin/main

10.Masjid Wilayah - Kuala Lumpur

Masjid Wilayah ini terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.Siap dibina pada tahun 2000 dengan kos bernilai RM255 juta.Ianya dikelilingi kolam-kolam binaan yang menampakkan seolah-olah ianya terapung di atas air.
Laman web rasmi masjid ini ialah di http://masjidwilayah.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=117&Itemid=128

Sumber foto-foto dari Google Image..

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


.:Ummi Alyahafiz:.: Bermalam <b>di</b> Awana <b>Kijal</b> Resort

Posted: 21 Nov 2012 12:28 AM PST

assalamualaikum...

mood malas hapdet blog ni melampau betul la..ntah nape la cmni,nak kata bz sgt ngn biz alam maya ummi ni x la sgt,tp alhamdulillah...ari2 still ade order..lg la skrg stok acai berry plus da ada..sesiapa nak order blom email or sms ummi ye..0197596510..harga promosi tuk pembelian 2botol keatas..ops!! sempat lg wat promosi ni..hehe..

ok2..blk tajuk asal entry ni..em..bermalam di awana kijal ni semasa ondeway blk jb dr kmpg,cuti raya haji bln2 lps..hehe..cite lama kan..bru nak cite..huhu..
tolak dt kmpg ummi kt jerteh dlm tghari gak la..sbb mmg plan nak brmlm di awana kijal,so..x gerak awal la..jangka spai ke awana lbh kurg 4-5jam prjalanan...tp disbbkan aritu ari ahad,so..jln mmg jem la sbb ramai org da blk umah dr brcuti dikmpg..mmg da agak msti jem giler la..tu yg brmlm di awana kijal resort..
ktorg brmalam free je sbb ktorg menginap bilik abg ipar en hubby ummi..abg mansor namanya..dia keje oil and gas..so,dia nginap la situ brbulan2,kadang tu nginap kt kl plak..x duk umah tp hotel mewah..huh..tumpang mewah gak la..huhu..ktorg brmlm semalaman je..just nak knal tmpt,almaklumla sndri nak kuar duit dtg sni mmg x dpt la..kira resort five star la awana kijal ni..mmg cantik kawasan resort ni..ummi x merayap sgt keesokan pg nye..lps sarapan,ummi sefamily gerak ke kuantan sbb en hubby ummi nak knal bndr kuantan..x penah jejak la katakan..ktorg g teluk cempedak..mmg cantik da skrg..next entry ummi cite psl jln2 sana ye..

Published with Blogger-droid v2.0.9

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Gotong ROyong membersihkan Kubur - sekolah kebangsaan <b>bukit</b> <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 09:22 AM PST

dengan kerjasama pihak sekolah, jkkk kampung Bukit Besi dan pihak ketengah, satu aktiviti membersihkan kubur di Bukit Besi telah diadakan.





































































































































 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved