Ahad, 25 November 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


ana jingga: 10 masjid terapung <b>di</b> tanahairku..

Posted: 25 Nov 2012 08:28 AM PST

Seringkali singgah di rakan-rakan blogger lain ana temui beberapa entry tentang masjid-masjid yang indah yang terdapat di Malaysia atau serata dunia.Kali ini ana kumpulkan sepuluh buah masjid yang seolah-olah terapung di atas air yang terdapat di serata tanahair.

Mungkin ada diantaranya yang telah pernah ana atau kalian singgah dan bersolat dan ada juga yang tidak pernah tahu pun sebelum ini.Diselitkan sedikit info tentang masjid-masjid ini menurut dari sumber-sumber yang ana perolehi dari internet...

Semoga rumah-rumah Allah swt ini akan sentiasa dipenuhi jemaah-jemaahnya pada setiap waktu kerana salah satu dari tanda-tanda awal kiamat ialah manusia berbangga-bangga membina masjid.. Waallahua'lam..

1. Masjid Tengku Tengah Zaharah-Terengganu

Cantik sungguh permandangan dari foto ini seolah-olah ianya terapung di atas air.Masjid ini terletak di Kuala Ibai menghadap Sungai Terengganu.Siap dibina pada tahun 1995.
rujukan :http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tengku_Tengah_Zaharah

2.Masjid Al Hussain - Perlis
Masjid ini terletak di Kuala Perlis dan dibuka secara rasmi pada tahun 2011 dengan kos pembinaan bernilai RM 12 juta..rujukan di http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Al_Hussain,_Kuala_Perlis

3.Masjid Selat - Melaka Masjid Selat ini dibina di Pulau Melaka sebuah pulau buatan manusia berhampiran Bandaraya Melaka.Ia menghadap Selat Melaka yang amat terkenal dizaman pemerintahan Kesultanan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam pada zaman dahulu.Kos pembinaan masjid ini ialah RM 11 juta.
rujukan:http://gotomelaka.blogspot.com/2011/04/masjid-selat-melaka.html

4.Masjid Kristal - Kuala Terengganu

Cantikkan permandangan dari foto ini... terletak di Pulau Wan Man ,Kuala Terengganu berdekatan dengan Taman Tamadun Islam.Memang tersergam indah dengan senibina seperti Istana Aladdin dari Hikayat Dongeng Seribu Satu Malam.Menggunakan bahan binaan dari kaca dan keluli dan siap dibina pada tahun 2008.Alhamdulillah ana pernah solat beberapa waktu didalam dewan solat yang berhawa dingin sepenuhnya ini...Sumber rujukan dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kristal

5.Masjid Tangjung Bungah - Pulau Pinang

Merupakan masjid yang pertama dibina di atas laut dengan nilai RM 15 juta.Siap dengan rasminya pada tahun 2007.Masjid ini terletak di jalan menuju ke Batu Feringgi dan sering kali dikunjungi oleh pelancung yang singgah solat di sini.Dilaporkan juga binaan masjid ini amat kukuh ketika peristiwa tsunami melanda Pulau Pinang ia tetap teguh walaupun kawasan perkampungan di sekitar banyak yang musnah. Subhanallah..

6.Masjid Bandaraya - Sabah

Masjid ini dibina di Likas,Sabah yang merupakan masjid yang terbesar disini walaupun ianya bukan masjid negeri bagi negeri Sabah.Dibuka secara rasmi pada tahun 2000 dengan kos bernilai RM 34juta.Maklumat lanjut boleh kunjungi http://www.mbr.sabah.org.my/pengenalan.html

7.Masjid As Salam - Puchong ,Selangor Masjid As Salam ini terletak di Puchong Perdana dan siap dibina pada tahun 2006.Ia menghadap sebuah tasik dan jika kita bersolat di dewan solat muslimah kita akan berasa seperti seolah-olah kita bersolat di atas air berdasarkan pengalaman ana.. bolehlah lawati link ini untuk keterangan lanjut tentang masjid indah ini..
http://masjidas-salam.blogspot.com/2010/02/latar-belakang-masjid-as-salam-puchong.html

8.Masjid Putra - Putrajaya

Masjid Putra ini mengambil sempena nama Tunku Abdul Rahman Putra alHaj.Terletak di hadapan Dataran Putrajaya menghadap Tasik Putrajaya dengan kos pembinaan bernilai RM250 juta.Dirasmikan pada tahun 1999.Bolehlah layari www.masjidputra.gov.my/

9.Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin - Putrajaya

Juga terletak di Putrajaya di Precint 3 dengan nilai kos pembinaan RM200 juta.Siap sepenuhnya pada tahun 2009.Masjid ini menggunakan 70% bahan binaan dari besi dan 30% dari konkrit kerana itu ianya juga dikenali dengan nama Masjid Besi.Keterangan lanjut sila ke https://www.islam.gov.my/bhg/masjid-tuanku-mizan-zainal-abidin/main

10.Masjid Wilayah - Kuala Lumpur

Masjid Wilayah ini terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur.Siap dibina pada tahun 2000 dengan kos bernilai RM255 juta.Ianya dikelilingi kolam-kolam binaan yang menampakkan seolah-olah ianya terapung di atas air.
Laman web rasmi masjid ini ialah di http://masjidwilayah.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=117&Itemid=128

Sumber foto-foto dari Google Image..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads