ads

Rabu, 20 Jun 2012

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


teganuku: Program Perkasakan Ibu Tunggal <b>Di Kuala Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2012 06:15 PM PDT

Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu akan menganjurkan program penerangan khusus untuk ibu tunggal mengenai pelbagai bantuan dan program kerajaan untuk membantu dan memperkasakan golongan itu di Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Pengarah YPK negeri Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata mengikut statistik di Terengganu terdapat seramai 21,873 orang ibu tunggal sama ada akibat perceraian dan kematian suami.


"Ini tidak mengambil kira jumlah wanita yang menghadapi masalah lain seperti tidak menerima nafkah dari suami, ditinggalkan atau digantung tidak bertali," katanya kepada pemberita kelmarin.

Katanya pada program itu, Karisma Selendang Biru Semarak Kasih, yang bertujuan memperkukuhkan kerjasama dan silaturahim antara ibu tunggal dan para pemimpin negeri akan dilancarkan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dijangka hadir.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Travelog Percutian 3 : <b>Di Pulau Kapas</b> Bersama PAPISMA Trg!

Posted: 19 Jun 2012 08:14 PM PDT

Assalamualaikum.

1 Jun 2012 - Buat kali pertamanya, Ummi sekeluarga bercuti di Pulau Kapas! Umur Ummi dah masuk 42 tahun tapi tak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana pulau di Terengganu ini. Bunyinya aja orang Terengganu...hehehe. Abi orang Johorpun sekurang-kurangnya dah sampai ke Pulau Redang walaupun perginya atas tugasan khidmat masyarakat.

Anak-anak excited tak terkira. Sayangnya Along dan Angah tiada bersama. Terasa sedikit kejanggalan bercuti tanpa anak-anak lelaki Ummi. Walaubagaimanapun dek kerana ini adalah program khusus Hari Keluarga anjuran Papisma Terengganu, Ummi memang tak akan melepaskan peluang untuk turut bersama. Kalau tak kerana pergi beramai-ramai ni, rasanya dah susah Ummi nak sampai ke pulau. Bukan apa, ada orang tu seriau bila diajak naik bot...hahaha.



Keesokan Paginya... Selesai bersarapan, akhirnya tibalah masanya untuk kami bertolak ke lokasi snorkeling! Inilah dia saat yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Mak ayahpun apa kurangnya...hehe.
Selamat tinggal Pulau Kapas. InsyaAllah semoga percutian di Pulau Kapas kali ini bukanlah yang pertama dan terakhir buat kami. Dah janji juga dengan Along dan Angah, kalau mereka balik dari Mesir nanti InsyaAllah kita akan ke pulau lagi!

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Gara-Gara Mandi Telanjang , <b>Di</b> Sambar Ipar Yang Sedang <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2012 04:46 PM PDT

"Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami," jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.

Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa.

Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.

Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.

Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh.

Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi.

Dengan itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. -SH

Ulasan GB

Iktibar: Oleh itu wahai kaum Hawa, untuk mengelakkan dari dirogol jangan mandi open-air.

Ku berpesan kepada diriku dan semua: Didiklah diri dan anak-anak (terutama perempuan) supaya tidak mandi dalam keadaan bertelanjang.

Sudah menjadi trend orang sekarang mandi berbogel apatah lagi sekarang sudah ada bilik mandi serba lengkap, menyangkakan tiada yang melihat.

Ingatlah selain malaikat, Allah juga sentiasa Maha Melihat. Hadith Nabi saw:

قَالَ بَهْزٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ
النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الله أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ

Bahaz berkata dan menerima dari ayahnya,
dari neneknya dari Nabi s.a.w. sabdanya : "Allah itu lebih berhak untuk dimalu daripada seluruh manusia" Hadis sahih riwayat Bukhari.

sumber:greenboc

GD Star Rating
loading...

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Day 1st Trip To Terengganu.... | AlamS LegacY

Posted: 19 Jun 2012 09:27 PM PDT

Nak citer serba ringkas retreat aka family day yang my department, PTM, USIM buat di Merang Suria Resort, Setiu, Terengganu. We all gerak malam 14 Jun dari USIM dengan dua buah bas (memang full house lah). Perjalanan ambil masa lebih kurang 8 jam dan sampai ke Kuala Terengganu jam 5.00 pagi. Hentian pertama di Masjid Terapung Kuala Terengganu untuk singgah solat, mandi then rehat sekejap before breakfast.
After breakfast je kitorang trus grak ke Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Memang kena la time nie masih awal pagi dan tak panas. Sesuai utk bawa anak2 jalan-jalan. Oleh kerana grup kitorang agak ramai so dapat pakej yang lebih murah dan berbaloi termasuk voucher makan dan souvenir 2ringgit each plus train, kalau tak lemah lutut nak berjalan.
Antara monumen2 yang terdapat di TTI nie -
Pose ala model oleh pn wifey dan en asben di replika Kubbah As-Sakhrah, Jerussalem
Imani tengah tunggu turn utk naik train.
Agak penat jugak la melayan anak aku sorang nie masa kat TTI nie.....apa pun not bad la jugak tempat nie untuk dilawati sambil mengenal tempat ibadah masyarat Islam dari seluruh dunia.
Lebih kurang kul 12.30 tgh hari sampai la di Merang Suria Resort, Setiu, ready to check-in. lega skit bolehla  rehatkan badan dan bersihkan diri sebelum aktiviti seterusnya pula.
Di sebelah petang ada seminar motivasi yang disampaikan oleh Tn Hj Al Muzmi Abd Hamid, Timbalan Pengarah PTM, UMT. Pengisian agak menarik dan santai.
Fokus-fokus.....antara staf PTM yang 'kusyuk' mendengar ceramah padahal dalam kepala memasing dok terbayang keindahan Pulau Redang yang akan diterokai esok. Ha3.
Sebelah malam tiada aktiviti, so lepas dinner trus lepak bilik jer......and trus terlelap.....
actually everybody so excited for tomorrow. Pulau Redang here i come. See u on the 2nd Day of Trip to Terengganu...

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


ujang kutik: <b>terengganu</b>, <b>negeri</b> 1001 masjid

Posted: 17 Jun 2012 12:25 AM PDT

"Tanah ini,dahulu batin yang punya". Indah.... Aku sembunyikan segala kenangan zaman anak-anak dan awal remaja di lembah ini - Kampung Chengkau Ulu,Rembau,Negeri Sembilan. Namun, sesekali kenangan itu datang juga menjenguk. Lalu,aku larut selarut-larutnya. "Penakik Pisau Seraut,Ambil Galah Batang Lintibung,Selodangnya Jadilah Nyiru,Air Setitik Jadikan Laut, Tanah Sekepal Jadikan Gunung, Alam Terkembang Jadikan Guru." Lembah itu sentiasa di hati ku...

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved