ads

Isnin, 4 Mac 2013

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


OCEANIC LAVA DIVE AND SURF SHOP: PAKEJ <b>PULAU REDANG</b> <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 12:45 AM PST

Pakej 3 Hari 2 Malam di Pulau Redang,  Kuala Terengganu.
      Pakej termasuk:  
  1.      Bilik Penginapan (Bilik Berdua / Bertiga) 
  2.      2x Sarapan Pagi, 2x Makan Tengahari, 2x Minum Petang, 1x Makan Malam                      dan 1 x   BBQ 
  3.      3 sesi snorkelling 
  4.       Feri pergi dan balik 
  5.       Minuman panas/sejuk sepanjang masa di Kantin 
  6.       Penggunaan fasiliti rekreasi cth: Bola tampar, congkak, dll
  • Perlindungan Insuran
  • Perkhidmatan feri di luar waktu feri yang disediakan
  • Yuran Pemulihan Hidupan Laut Jabatan Laut Malaysia (RM5 / dewasa & RM2 / kanak-kanak)
  •  Sewa peralatan snorkeling
  1.  RM 10 / mask & snorkel
  2.  RM 20 / mask with corrective lenses & snorkel
  3.  RM 10 / life jacket

ITINERARY – 3 Days 2 Nights Package
Day 1                  Arrival at Merang Jetty – self drive or pick up from Bus Terminal / Airport
Board boat to Redang, Check-in, refreshments & briefing
Leisure: Beach Volleyball, Congkak, Mahjong, Board Games etc
Buffet Dinner / BBQ Dinner
Buffet Dinner / BBQ Dinner
Check-out from room and transfer to main land
*** For any additional days, Day 2 programme is repeated.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Bercuti bersama keluarga tersayang <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 02 Mar 2013 07:20 PM PST

Cuti sekolah tahun lepas pada 24hb November 2012, adik sepupu suami,iaitu zarif telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hatinya Sarah. Kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk bercuti bersama anak-anak.Indahnya negeri Terengganu Darul Iman.Orang-orangnya manis, cantik dan lemah lembut dengan bahasa dialeknya yang kadang-kadang ternganga-ngaga mulut kami ini sebab tak begitu faham. Rasa tak puas berada di sana, tak puas shopping sebenarnya he he. Namun bila melihat makanan yang dijual harga yang mahal husss! kalah duk KL cam ni. Tapi alhamdulillah rasa seronok juga dapat berjumpa dengan kenalan lama suami iaitu kak Faridah bersama keluarga. Terlalu teruja dan gembira sangat, kak Faridah melayan karenah kami. Terima kasih sangat, begitu juga pada sahabat suami yang seorang lagi...rumahnya hmmmmm! sungguh besar bagaikan istana kayangan tapi dia tak bagi tangkap gambar...syhhh rahsia. Jzzk kepada kedua sahabat yang melayani kami dengan tulus sangat.

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Kalendar 2013 - | SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP <b>JERANGAU</b>

Posted: 23 Feb 2013 05:45 PM PST

MESYUARAT AGUNG PIBG 2013


Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG Sek. Keb. LKTP Jerangau kali ke-26 telah selamat diadakan minggu lalu pada hari Rabu, 20 Februari 2013 di Dewan Badari SK LKTP Jerangau.

Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Dato' Hj. Din Bin Adam, ADUN Bukit Besi sekaligus merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 di sekolah kami. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato' atas kesudian beliau melapangkan masa untuk bersama kami.




Lagi gambar boleh dikunjungi di sini

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


not soo ezy: Aktiviti Lapangan Perikanan Rekreasi <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 03 Mar 2013 07:23 PM PST


Ok, ni post report mancen pertama blog ezy. Dan mungkin banyak lagi yang akan menyusul.
Kali ni ezy nak kongi pengalaman trip yang telah dilalui oleh DOF'ers sempena Aktiviti Lapangan subjek Perikanan Rekreasi 1 yang di-handle oleh salah seorang sifoo/mahaguru ezy
Hmm, kena baca dulu baru tau!
Sebaik kaki mencecah pasir di Pulau Bidong, cuaca yang baik menyambut kami semua.
Masing-masing mula memasang impian untuk mancen ikan idaman. Nyata manusia hanya mampu merancang apabila malam tu angin kuat melanda Pulau Bidong. Jadi trip pertama untuk malam tu tak berapa berjaya.

Keesokan petang, tibalah saat yang ditunggu apabila tiba giliran ezy n' da geng untuk turun memancing. Bot yang dipandu oleh tekong Kamal memecut laju dan 10 minit je dah sampai kat tuas. Menurut tekong, tuas ini dibina oleh nelayan tempatan dimana pelepah-pelepah kelapa telah ditenggelamkan dan buluh yang terjulur keluar itu selain bertindak sebagai penanda ia juga dijadikan tempat untuk menambat bot.
Bila dapat isyarat dari tekong, semua orang memulakan aksi. Ada yang menurunkan sabiki, bottom tapi bagi ezy inilah peluang terbaik untuk mencuba teknik yang dipelajari dari Mahaguru iaitu light jigging. Hasil dari sabiki dan bottom amat memberangsangkan bila selayang, selar dan selar kuning silih berganti dinaikkan. Sorang member yang mem-bottom  tiba-tiba bersuara yang dia mengantuk dan nak tidur apabila jorannya jarang-jarang diusik. Hm, cover line-lah tu, padahal mata dah nampak bintang-bintang. Hehee..
Jigging punya jigging, masih takdak hasil. Hasil ajaran Mahaguru & tontonan video, akhirnya ikan pertama dalam hidup dengan teknik light jigging dapat dinaikkan bilamana ikan kembong yang boleh tahan saiznya menyambar jig 28gram yang digunakan. Izz yang turut berjigging tidak dapat menahan isi perut dia yang bergelombang. Jigging sambil muntah sampaikan habis segala makanan tengahari dikeluarkan balik. Kuning sekejap warna air disekeliling bot kami. Tetapi semangat yang dia tunjukkan harus dipuji apabila masih berusaha untuk jigging dengan keadaan diri yang masih tidak stabil.
                Tak lama selepas tu, suasana jadi sedikit sepi…
Tak berapa jauh dari tempat bot parking, jelas kelihatan boiling yang dilakukan oleh sekumpulan ikan. Sayangnya, balingan jig tak mampu sampai ke radius boiling ikan. Bot kedua yang turut dihuni oleh Mahaguru mengambil langkah pantas dengan mengolok / trolling. Ternyata pengalaman dan tindakan Mahaguru tepat apabila bot kedua berpesta menaikkan ikan yang tengah mengamuk kat bawah, Ikan Aya!!!
Trip kedua ezy pada malamnya bersama Mahaguru terpaksa dibatalkan kerana ribut.
Keesokannya, ezy dan DOF'ers yang lain mengambil keputusan untuk mencuba nasib di jeti di sebelah selatan pulau. Hasil dari bottom boleh tahan dengan todak mendominasi tangkapan.
         Melihat todak yang berjaya ditipu dengan hirisan sotong itu, ezy cuba memperdayakan todak dengan casting. Nyata usaha itu tidak mendatangkan hasil apabila naluri ingin tahu mereka terhadap Seahawk Island melebihi naluri membunuh mereka.
          Berpindah ke kawasan tepi jeti yang berbatu, gewang minnow Hinomiya yang dibaling berjaya menarik minat seekor ikan kunyit. Kemudian, ezy menukar semula kepada Seahawk Island yang sudah bertahun tidak digunakan. Balingan secara bertalu-talu ditepi batu besar akhirnya berjaya menarik perhatian seekor kerapu bintik biru yang boleh tahan saiznya. Gembira bukan kepalang rasanya. Hari itu bonus bagi ezy apabila seekor bayan dapat dinaikkan menggunakan sesudu Seahawk yang sama. Rasa percaya dan sayang mula lahir terhadap spoon tersebut.
          Semasa dalam perjalanan pulang ke jeti, spoon yang dilontar secara bermalasan tiba-tiba dikejar todak. Risau terhadap spoon yang telah berjasa tu, ezy mengarau laju. Tetapi entah apa yang ada didalam fikiran todak itu apabila ia nekad menyambar dan memutuskan spoon tersebut… hurmm, hilang gewang berjasa  T _ T
'dendam' rasanya dengan todak itu kerana sebelum ke Bidong, ezy telah ditewaskan oleh ikan bergigi tajam yang tidak diketahui spesiesnya semasa casting di benteng.
Tiba di jeti, kawan-kawan teruja dengan hasil yang diperolehi dan masing-masing sibuk nak bergambar.
        Apapun semua pelajar Perikanan Rekreasi 1 merasa seronok dengan pendedahan yang dilakukan  di Pulau Bidong. Semoga segala ilmu yang dipelajari akan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Sebelum balik, semua DOF'ers mengambil peluang bergambar dengan Mahaguru
Siapa beliau? Haa, nilah dia Sifoo memancing Malaysia yang ezy maksudkan…
       Untuk pengetahuan korang, Mahaguru adalah kolumnis tetap Majalah Sirip yang memperjuangkan nasib Pancingan Rekreasi di Malaysia.. Pembaca setia Sirip pasti mengetahui nama kolumnis yang low-profile nih!
ezy juga antara salah seorang peminat artikel beliau yang penuh dengan idea-idea bernas. 
Beliau merupakan seorang jigger yang boleh dikategorikan sebagai hardcore. Sedikit terkilan apabila trip ezy bersama Mahaguru terpaksa dibatalkan akibat faktor cuaca.
Sejarah Pulau Bidong                                                 

         Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia. Ia terletak 45 kilometer di luar pantai  Terengganu dan Merang di Laut China Selatan. Pada 8 Ogos 1978, pulau Bidong telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang oleh kerajaan Malaysia dan Komisioner Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dengan penempatan 121 pelarian Vietnam pertama. Sejak itu sehingga 1991, pulau ini menjadi tempat perlindungan bagi pelarian Bot yang melarikan diri daripada pemerintahan Komunis dari Vietnam.Menjelang Januari 1979, terdapat 18,000 pelarian Vietnam di pulau Bidong dan menjelang Jun 1979 pulau ini pernah menempatkan sehingga 40,000 pelarian Vietnam dan yang lain-lain sebagai tapak peralihan semasa Perang Vietnam. Mungkin ini faktor yang menyebabkan Pulau Bidong dikenali sebagai Mini Saigon. Selain itu, Bidong juga digemparkan dengan penemuan artifak seperti tempayan, takar dan pasu dipercayai berusia lebih 100 tahun di dasar lautnya. Sejarah yang amat bernilai ini seharusnya dipelihara dengan sebaik mungkin agar ia akan dapat dapat dihayati oleh generasi akan datang. Pelajar Universiti Malaysia Terengganu amat bertuah apabila program Survival Laut yang dilaksanakan untuk semua pelajar Tahun 1 didedahkan mengenai sejarah pulau ini selain menerapkan nilai menghargai alam sekitar.
Terima Kasih daun keladi kepada sumer pihak yang telah menjayakan trip ni, terutamanya kepada Mahaguru dan DOF'ers. Semoga teguran Along akan dijadikan iktibar...
"Syukur subjek ni dapat A!"
                                               

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Banjir: 2 maut <b>di Negeri</b> Sembilan, <b>Terengganu</b>

Posted: 27 Dec 2012 03:52 PM PST

KUALA LUMPUR - Dua kamatian akibat banjir dicatatkan setakat pukul 10.30 malam tadi dengan masing-masing satu di Terengganu dan Negeri Sembilan menjadikan mangsa korban meningkat kepada lapan orang.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), seorang maut akibat lemas di Jelebu, Negeri Sembilan dan seorang lagi di Setiu, Terengganu.

Di Terengganu, setakat petang tadi telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.

Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk malam tadi apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri

Pantai Timur itu meningkat kepada 22,609 orang berbanding 21,800 petang tadi.

Menurut portal itu, mangsa banjir di Pahang malam ini meningkat kepada 448 orang berbanding 435 petang tadi.

Mangsa banjir di Johor kini kekal seramai 13 orang.

Sementara itu di KELANTAN, keadaan banjir pada malam tadi tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa banjir berkurangan sedikit kepada 6,809 orang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu merangkumi 2,145 buah keluarga yang telah ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan.

Jumlah yang dipindahkan di Pasir Mas adalah seramai 4,265 orang, Tumpat (2,329), Kota Baharu (197) dan Pasir Puteh (18).
Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya namun ia semakin menyusut termasuk sungai-sungai utama yang lain.

Keadaan cuaca pada malam tadi adalah baik.

Dalam pada itu, di TERENGGANU, mangsa banjir meningkat kepada 15,800 orang berbanding 14,894 petang tadi. - Bernama

Piala FA- <b>Terengganu</b> dan <b>Negeri</b> Sembilan ke Suku Akhir ~ Blues <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 04:24 AM PST


KUALA LUMPUR 26 Feb. - Hajat besar Pulau Pinang untuk mencipta kejutan ke atas jaguh pantai Timur, Terengganu tidak kesampaian apabila anak-anak buah E. Elavarasan ternyata terlalu kuat dengan kemenangan 3-0 di Stadium Bandaraya petang ini.

Pemain kebangsaan, Ashari Samsudin meletakkan skuad pelawat di hadapan dengan jaringan pada minit ke-2 lagi selepas menerima umpanan G. Puaneswaran sebelum menolak mudah di hadapan gawang Pulau Pinang yang ternganga luas.

Walaupun daripada segi corak permainan Pulau Pinang dapat mengimbangi Terengganu, Ashari membuktikan sentuhan penyudahnya semakin berbisa dengan jaringan menarik pada minit ke-59 melalui hantaran lintang Khairul Ramadhan Zauwawi.

Khairul Ramadhan melengkapkan kemenangan 3-0 Terengganu melalui larian secara solo dari sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan kencang ke sebelah kanan yang tidak mampu dijangkau oleh penjaga gol tuan rumah, Mohd. Solehin Mohd Rodzi.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Negeri Sembilan mengesahkan yang mereka bakal menjadi lawan Terengganu di peringkat suku akhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Pos Malaysia melalui jaringan Fauzi Nan pada minit ke-25 dan minit ke-43 oleh Rashid Mahmud.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, T-Team dikecewakan finalis musim lalu, Sime Darby 0-1.

Tambah memeritkan, gol kemenangan pelawat adalah hasil jaringan sendiri pemain pertahanan tuan rumah yang juga bekas kapten skuad Penyu, Mazuki Yusof.

Lapan pasukan lagi bertarung malam ini untuk merebut baki tempat ke suku akhir iaitu Kelantan yang bertemu PKNS di Kota Bharu, Sarawak-PBAPP FC di Kuching, Kedah dan Johor Darul Takzim di Alor Setar serta pertemuan Pahang menentang Angkatan Tentera Malaysia di Kuantan. - UTUSAN

© Utusan Melayu (M) Bhd

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


jawatan kosong chargeman a1 2013 - Iklan <b>di</b> Mudah PERCUMA

Posted: 22 Dec 2012 07:38 PM PST

Skop Tugas:
-Kerja-kerja servis talian atas (VR) dan pemasangan lampu jalan dikawasan
Kemaman dengan TNB.

Kelayakan:
-Sijil Chargeman A1

Berminat sila hubungi pegurus syarikat:

Wan Ibrahim bin Wan Idris
(012-9005855)

Incoming search terms:

  • jawatan kosong chargeman a1 2013 (6)
  • chargeman ao/a1 vacancy at kuala terengganu (4)
  • mudah kerja chargeman melaka (3)
  • chargeman vacancy in bintulu 2013 (3)
  • kerja kosong chargeman a1 2013 (2)
  • kerja kosong chargeman di kelantan (2)
  • jawatan kosong 2013 d chukai kemaman (2)
  • jawatan kosong chargeman di pahang (2)
  • jawatan chargeman 2013 (2)
  • chargeman nak sewa 2013 (2)
  • sewa chargeman a1 (2)
  • chargeman A1 2013 (2)
  • chargeman a1 vacancy (2)
  • rumah sewa di cukai kemaman mudah my (1)
  • jawatan kosong di chukai kemaman (1)
  • kekosongan chargeman di sabah (1)
  • kerja kosong chargeman (1)
  • vacancy chargeman a1 2013 (1)
  • kerja kosong chargeman mayland cheras (1)
  • mudah job kemaman (1)


13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


Air laut ,batu dan pantai timur itu | apa,,,

Posted: 23 Feb 2013 05:14 PM PST

Salam sejahtera,,,semoga sihat ceria selalu
Lalui hidup penuh keinsafan demi Tuhan dunia Akhirat
Hidup tidak selalu indah tetapi mesti usaha cekal selalu
Temui air laut ,batu dan pantai di dunia tidak lupa akhirat

Sedikit catatan dunia photo blogging kali ini di Kijal
antara suasana laut gambar asal dan kesan edit gambar
pada wajah alam di laut Taman Sri Petunjuk Kijal,,
Trengganu,,Malaysia,,,temui ini gambar,,

Sekian,,coretan ringkas kali ini,,apa,pun,,

Terimakasih,,

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved