ads

Selasa, 26 Mac 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


SK Kompleks <b>Seberang Takir</b> terima Bantuan Persekolahan <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 04:57 PM PST

Sejak kerajaan memberikan wang tunai RM100 melalui Bantuan Khas Awal Persekolahan yang bermula 15 Januari lalu, ramai murid Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara telah menerima sumbangan tersebut.

Seramai 639 murid Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir turut menerima keistimewaan itu dalam satu majlis yang diadakan di sekolah terbabit, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato' Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, dengan pemberian bantuan tersebut diharap dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Beliau turut menasihatkan agar ibu bapa melakukan transformasi terhadap kaedah mendidik anak-anak dengan menggunakan cara yang betul dan lebih berkesan.

"Cara mendidik anak pada masa dahulu dengan sekarang sangat berbeza.

"Dulu tidak ada masalah ibu bapa merotan anak-anak untuk tujuan menjadikannya sebagai tauladan dan ingatan tetapi kini jika tersilap cara boleh dikira sebagai kes dera," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, hari ini.

Katanya, ibu bapa perlu peka dengan sikap anak masing-masing dan menggunakan pendekatan yang terbaik dalam mendidik mereka supaya menjadi insan yang berguna.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Seberang Takir juga berharap, orang Melayu dan Islam sentiasa bersatu supaya generasi akan datang terus menikmati pelbagai keistimewaan terutamanya dalam bidang pendidikan dan kebajikan di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional dan Umno.

Peluru Ajaib: 2000 Bendera BN <b>Seberang Takir di</b> Bakar Setan.

Posted: 02 Mar 2013 10:15 AM PST

Malam ini ANAK di kejutkan dengan satu berita pada jam 11 mlm tadi  2000 bendera BN di bakar oleh dajal. Mereka ini tidak senang dengan persedian jentera Parti UMNO Seberang Takir dal siap siaga dan bersedia untuk menghadapi PRU13.

Inilah sifat yang yidak matang di tunjukkan oleh pihak pembangkang yang bermain politik longkang dan ridak bermaruah. Mereka cuba untuk Sabotaj persedian pemuda UMNO Seberang Takir di dalam gelombang anak muda bersama BN untuk menguasai saluran muda di setiap peti undi.

Kerisauan mereka menyebabkan mereka mengambil sikap jahat dan tidak bertamadun dengan membakar bendera BN yang ei simpan untuk di pasang pada bila2 masa.

Peristiwa ini menunjukkan sikap terdesak pembangkang dalam menghadapi pru13 nanti.

Peristiwa ini akan menaikan semangat kami InsyaAllah dalam perjuangan alif baa dan ta, demi agama, bangsa dan tanah air.

teganuku: Jambatan Baru <b>Seberang Takir</b> DiTender Jun

Posted: 13 Feb 2013 05:03 PM PST


Terengganu bakal memiliki sebuah jambatan moden baru bagi menghubungkan Seberang Takir ke pusat bandar tidak lama lagi berikutan projek itu bakal ditender pada Jun ini.

Projek yang dibangunkan menerusi pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dijangka akan siap dalam tempoh tiga tahun selepas penyerahan menjalankan kerja kepada pemaju terlibat dikeluarkan pada September nanti.


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata jambatan yang unik kerana boleh dibuka dan ditutup sebagai laluan kapal ke muara sungai Terengganu itu menjadi laluan alternatif yang baru kepada orang ramai dari Seberang Takir untuk ke Bandar Raya Kuala Terengganu.

"Jambatan itu akan menjadi jalan lingkaran kedua yang melibatkan dari Bulatan Ladang, seterusnya menghala ke muara Sungai Terengganu melalui jambatan berkenaan sampai ke Seberang Takir.

Selain itu, terdapat laluan baru empat lorong yang akan dibina daripada Seberang Takir menghala ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

"Daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan menggunakan laluan empat lorong sedia ada menghala ke Semarak, daripada Semarak terus menghala ke Jambatan Sultan Mahmud, daripada Jambatan Sultan Mahmud ke Bukit Besar, seterusnya ke Jalan Pasir Panjang diikuti ke Kediaman Seri Iman," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Menteri Besar berkata, pembinaan jambatan itu nanti pastinya memberi keselesaan dan faedah kepada rakyat di negeri ini terutama bagi yang tinggal di utara dan selatan Kuala Terengganu untuk mengelak kesesakan menghala ke bandar Kuala Terengganu, selain mampu menjimatkan kos dan masa.

Katanya, jambatan baru itu nanti akan menjadikan Terengganu mempunyai empat jambatan semuanya, selain Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Sekati dan Jambatan Manir.

"Projek pembinaan Jambatan Manir sedang menunggu peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk dijadikan empat lorong dan ditinggikan arasnya sebagaimana Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Pulau Sekati bagi membolehkan laluan bot," katanya.

Teganukita

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Sekitar Majlis Tun Mahathir <b>Di Marang</b> 9 Mac 2013 | dinturtle <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 12:08 AM PST

Pagi tadi saya berkesempatan bersama Tun Mahathir yang hadir memberikan amanatnya kepada rakyat di Marang Terengganu. Sambutan amat menggalakkan, antara 4-5 ribu hadir.

Yang ini KHAS kepada Tian Chua - TAK MAHU SAMAN KA ?

Ada saya perhatikan seorang pemuda yang resah sepanjang majlis, kesana kesini sambil bertanyakan orang .... rupanya dia peminat setia Tun Mahathir dan berhajat sangat hendak dapatkan autograf Tun untuk diabadikan pada jersey bolanya.

Dengan kerjasama mereka yang duk mengekor Tun, dapatlah brader ni bertemu dengan pemimpin idolanya dan diberi bonus autograf dari Tun Siti Hasmah juga !

Suka sangat Brader Shukri 24 dari Manir Terengganu dengan hadiah Istimewa dari Tun Mahathir dan Siti Hasmah ....

PS - Saya menantikan video ucapan Tun Mahathir keluar di Youtube, i tell you ...... memang Tun hentam habis Hadi, Nik Aziz, Pas dan Anwar tadi ! Kaw-kaw Tun bagi ....tak hengat dah dia bercakap dilubuk Pas.... tak sampai 5 minit dari Kampung Rusila !

Pas Pemecah Perpaduan Melayu ! adalah tajuk yang sesuai buat ucapan Tun Mahathir tadi.

Imej Toyol Muncul <b>Di Marang</b>,Terengganu?

Posted: 03 Mar 2013 03:15 PM PST

Gambar 'toyol' yang didakwa berjaya dirakam seorang pembaca Sinar Harian di Kampung Kedai Buluh.

MARANG – Orang ramai di negeri ini diminta jangan terpedaya dengan pelbagai imej 'hantu' yang disebarkan selepas ia dipercayai dirakam menerusi telefon pintar.

Ia berikutan imej berkenaan dengan mudah dihasilkan menerusi aplikasi Camera 360 Ultimate.

Sudah pasti bagi yang kali pertama melihat gambar mistik dikatakan imej 'hantu' bergambar bersama keluarga mereka, objek atau pemandangan akan terkejut melihatnya namun ia adalah imej palsu dan boleh disunting menggunakan aplikasi berkenaan.

Pengalaman itu turut dilalui seorang pembaca Sinar Harian dari Kampung Kedai Buluh, Bukit Payung malam kelmarin apabila dia terkejut setelah melihat imej menyerupai 'toyol' didakwa berjaya dirakam seseorang lalu terus menghubungi Sinar Harian.

Namun gambar 'toyol' dalam gambar itu sangat jelas dan berkemungkinan telah disunting 'seseorang' sebelum dihantar kepada orang lain, malah seorang wanita di Kampung Darat Pak Chan juga mendakwa berjaya merakam imej sama bulan lalu.

Imej 'hantu' atau 'toyol' itu sebenarnya boleh dibuat dengan senang menggunakan aplikasi Camera 360 Ultimate pada telefon pintar dan selain 'toyol', 'hantu' perempuan berambut panjang tanpa badan juga boleh dihasilkan menggunakan aplikasi sama.

Pada 25 Oktober tahun lalu, rakyat Malaysia juga dikejutkan apabila seorang jururawat di Melaka mendakwa telah berjaya merakam imej 'hantu' perempuan di hadapan lif sebuah hospital swasta di negeri itu dan disiarkan sebuah akhbar kompak bukan Sinar Harian.

Bagaimanapun, penipuan itu akhirnya terbongkar apabila beberapa pihak terpanggil untuk mendedahkan perkara sebenar menerusi blog, Facebook dan pelbagai media alternatif lain.

sumber
p/s: Sekali tengok pon dah tahu gambar edit.. hehe
Imej Toyol Muncul Di Marang,Terengganu? 10 out of 10 based on 10 ratings. 10 user reviews.

AKAK DIBALIK PINTU: Imej Toyol Muncul <b>Di Marang</b>,Terengganu?

Posted: 02 Mar 2013 08:22 PM PST

                                    
Gambar 'toyol' yang didakwa berjaya dirakam seorang pembaca Sinar Harian di Kampung Kedai Buluh.

MARANG – Orang ramai di negeri ini diminta jangan terpedaya dengan pelbagai imej 'hantu' yang disebarkan selepas ia dipercayai dirakam menerusi telefon pintar.

Ia berikutan imej berkenaan dengan mudah dihasilkan menerusi aplikasi Camera 360 Ultimate.

Sudah pasti bagi yang kali pertama melihat gambar mistik dikatakan imej 'hantu' bergambar bersama keluarga mereka, objek atau pemandangan akan terkejut melihatnya namun ia adalah imej palsu dan boleh disunting menggunakan aplikasi berkenaan.

Pengalaman itu turut dilalui seorang pembaca Sinar Harian dari Kampung Kedai Buluh, Bukit Payung malam kelmarin apabila dia terkejut setelah melihat imej menyerupai 'toyol' didakwa berjaya dirakam seseorang lalu terus menghubungi Sinar Harian.

Namun gambar 'toyol' dalam gambar itu sangat jelas dan berkemungkinan telah disunting 'seseorang' sebelum dihantar kepada orang lain, malah seorang wanita di Kampung Darat Pak Chan juga mendakwa berjaya merakam imej sama bulan lalu.

Imej 'hantu' atau 'toyol' itu sebenarnya boleh dibuat dengan senang menggunakan aplikasi Camera 360 Ultimate pada telefon pintar dan selain 'toyol', 'hantu' perempuan berambut panjang tanpa badan juga boleh dihasilkan menggunakan aplikasi sama.

Pada 25 Oktober tahun lalu, rakyat Malaysia juga dikejutkan apabila seorang jururawat di Melaka mendakwa telah berjaya merakam imej 'hantu' perempuan di hadapan lif sebuah hospital swasta di negeri itu dan disiarkan sebuah akhbar kompak bukan Sinar Harian.

Bagaimanapun, penipuan itu akhirnya terbongkar apabila beberapa pihak terpanggil untuk mendedahkan perkara sebenar menerusi blog, Facebook dan pelbagai media alternatif lain

P/s..hihi skali tgk mmg dah tahu gambo edit...

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2012 11:19 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kristal Yang Indah <b>di Pulau Wan Man</b> - terengganu yang kukenali

Posted: 29 Sep 2010 06:53 AM PDT

Keunikan 76 – Kenali Masjid Kristal Terengganu (sambungan TTI)
Masjid yang terkenal di negeri Terengganu ini terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.  Mercu tanda yang menjadi ikon bagi Taman Tamadun Islam (TTI) ini diperbuat daripada kristal kaca dan keluli menjadikannya unit dan istimewa.
Ia dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.
Bandar Kuala Terengganu yang diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Januari sebelum itu diserikan lagi dengan perasmian Masjid ini.  Keindahannya telah menarik perhatian pelancong tempatan dan luar negara untuk datang ke negeri Terengganu, Malaysia ini.
Masjid yang mempunyai keluasan 2,146 meter persegi boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa ini merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.  Ia dilengkapi dengan kemudahan untuk mengakses internet dengan liputan WIFI bagi membolehkan pembacaan al Quran elektronik.
Masjid yang cantik di bahagian luar dan dalam ini mempunyai kombinasi warna yang harmoni iaitu putih dengan warna kristal keemasan disulami permaidani merah lembut menutupi bahagian lantainya.
Tidak dapat hendak digambarkan dengan jelas hanya dengan kata-kata dan tulisan, melainkan anda datang ke sini dan melihat sendiri apa yang penulis ingin gambarkan. 
Foto-foto yang sempat dirakamkan ini mungkin boleh menterjemahkan sedikit sebanyak apa yang penulis ingin katakan.  Mari kita lihat……………..
Pelajar SMAASZA (anak didik) bergambar di hadapan Masjid Kristal
Info Penting
Cara untuk datang ke sini
- Bas Cas Ligas (Bas Bandar) yang berlepas dari Taman Shahbandar
Kuala Terengganu setiap hari
seawal jam 6 pagi hingga 10 malam.
- Teksi bagi yang datang dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau
Stesyen Teksi di Kuala Terengganu
- Bot Penambang yang bertolak dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
 Untuk Pertanyaan boleh hubungi
TTI Management Sdn. Bhd
Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang, 21000 Kuala Terengganu, Malaysia
Tel : 609 6278888    Fax : 609 6309020
Web : www.tti.com.my

CUTI-CUTI KE PULAU WAN MAN
BAWA KELUARGA MELIHAT KEINDAHAN SENIBINA
MASJID KRISTAL 

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di wakaf tapai</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jan 2013 09:29 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tinta Asyraf: TERKINI: 2 Peragut Mati Disembelih <b>Di</b> Kg Jerong <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 04:05 AM PDT


MARANG- 18/10/12. Begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung Jerong Surau, Wakaf Tapai, menurut saksi, Haji Zull 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu. Tetapi sempat dihalang oleh jirannya. Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang yang berharga yang didapati pada peragut itu.

Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung di situ pula yang berang pada peragut itu telah memerintahkan anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut itu, kaki-kaki peragut itu diikat. Kedengaran takbir bergema. Dia telah menyembelih peragut tanpa rasa belas kasihan. Darah menyembur keluar, orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan seekor lembu yang meragut rumput untuk disembelih  di hari raya korban.
Salam Aidiladha kepada Muslimin dan Muslimat...Jangan Marah ha...

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


.: <b>Di Terengganu</b> Runtuh, <b>Di</b> Sabah Tenggelam

Posted: 18 Mar 2013 09:59 PM PDT

ANTARA KITA                                                                                                                 

Cerita projek tembangkalai, tanah runtuh, rumah atau bangunan roboh bukan saja berlaku di Semenanjung khasnya di negeri Terengganu, tetapi ia juga turut berjangkit hingga ke Sabah dan Sarawak. Bangunan seperti stadium, hospital atau pun setesen bas runtuh yang dilaporkan berlaku di Terengganu sudah tidak asing dan pelek lagi. Runtuh adalah senonim dengan Terengganu seperti sinonimasnya penyu dengan negeri berkenaan.

Malahan serangkaian lagi keruntuhan dan kehancuran berlaku cuma tidak dilaporkan. Pembelian iklan di televisyen dan media PB menyebabkan segala macam penyelewengan dan kebusukan itu tertutup, manakala akhbar alternatif tidak terjangkau menghidu segala kedurjanaan tersebut.

Isu bumbung stadium yang baru dibina di Terengganu runtuh masih tidak terjawab sampai ke hari ini. MB Ahmad Said jadi hilang suara dan kata dengan tetiba. Tiada tindakan kepada sesiapa atas kejadian itu. Apakah ia satu kejadian semula jadi seperti kata Samy Vellu bekas menteri JKR, di mana bila berlaku tanah runtuh dia akan meletakkan 'kesalahan' itu kepada itu kerja Tuhan? Untuk kali kedua stadium di Terengganu itu bumbungnya runtuh lagi. Sekali lagi tidak ada mana-mana pihak didakwa atau pun tidak ada juga 'kambing hitam' diletakkan bagi menghalal keruntuhan itu. Ianya runtuh bersama undang-undang. Biasanya bila berlaku musibah seumpama itu maka adalah kambing hitam atau 'ayam putih' dijadikan 'hidang-hidangan' untuk jembalang atau pun syaitan bagi mengelirukan rakyat kononnya kerajaan tidak terlibat.

Di sini apa yang hendak saya sebutkan perihal runtuh dan hancur ini juga berlaku di Sabah. Sebenarnya apa terjadi ini lebih dahsyat kerana ia bukan saja setakat runtuh tetapi tenggelam dan ghaib. Kalau di Semenanjung (Terengganu) runtuh, di Sandakan Sabah tenggelam terus.

Kejadian ini berlaku ke atas perumahan, rumah atas air di Sandakan Sabah yang dibina oleh pihak berkuasa kerajaan. Kalau anda menaiki bot untuk ke pulau Timbangan atau pulau Trongnet, akan nampak jejaran rumah air yang berlatar belakangkan sebuah pulau. Pemandangannya indah sekali. Keindahan itu lebih harmonis kalau ia tidak dicemari dengan cacakan tiang bendera yang mengibarkan dacing di perumahan itu.

Khabarnya perumahan atas air itu sebagai mengganti rumah atas air tradisional yang tidak selesa dan kotor. Sekali pandang projek rumah itu; rumah-rumahnya seperti resort atau rumah kecil untuk penginapan para pelacong. Ia mendamai dan amat sesuai untuk acara berbulan madu. Bukan saja sesuai untuk pasangan baru tetapi orang yang tua bercucu seperti saya juga layak.

Sekali lagi projek perumahan itu mengkagumkan. Ia sesuatu yang harus dipuji. Sepatutnya rumah seperti itu telah lama diwujudkan sebagai mengganti ribuan rumah atas air yang melatar di pesisiran lautan Sulu itu sejak beratus tahun lalu. Rumah-rumah air tradisional itulah yang Mahathir Mohamad cadang dirobohkan.

Sesuai dengan Sabah sudah merdeka selama 50 tahun bersama Malaysia masalah kepedudukan dan penginapan sepatutnya tidak timbul lagi. Kesesakan dan hidup seperti macam didalam kandang lembu tidak sepatutnya berlaku lagi. Tidak wujud lagi rumah yang tandasnya berada di jemburan hadapan. Di situlah tempat mereka mandi, membasuh dan membuang. Kelemahan ini adalah kelemahan kerajaan UBN di Sabah.

Dalam saya memuji-muji perumahan atas air itu tiba-tiba saya disintak oleh satu pemberitahuan oleh rakan yang menanami saya belayar petang itu. Katanya sebahagian dari rumah itu sudah runtuh dan tenggelam setelah siap tidak sampai tiga bulan. Saya teperagah sungguh mendengar ceirta itu dan seakan tidak percaya. Menurut kawan itu semua harta benda dalam rumah yang tenggelam itu tidak dapat diselamatkan. Nasib baik juga tidak ada kejadian kehilangan nyawa berlaku. Beberapa orang Unit Amal PAS juga datang untuk membantu dan menyelamatkan mana-mana barang penduduk rumah berkenaan.

Di hadapan kawasan perumahan itu ada satu jeti yang menghubungi dengan kawasan perumahan lain, dan juga jeti (pengkalan) bot untuk ke Sandakan dan ke pulau-pulau lain. Jeti itu juga turut roboh dan hanyut dipukul ombak. Yang tinggal kini hanya tunggul-tunggul bergerigis.

Saya tidak bertanya kenapa kejadian itu berlaku. Satu pertanyaan nyang tidak berfaedah. Kalau ianya projek kerajaan jawabannya sudah ada. Dengan mengambil iktibar terhadap apa-apa yang berlaku kepada projek kerajaan saya sudah dapat menebak akan sebab musababnya. Misalnya semasa kejadian beberapa makmal sekolah runtuh tidak lama dulu kerana mutu pembinaan rendah, termasuk simen tidak cukup tua atau besi tidak ikut saiz, menyebabkan saya faham kenapa rumah atas air di Sandakan itu tenggelam.

Iya berbalut dengan masalah sama. Rasuah dan penipuan atau penipuan kerana rasuah. Kejadian itu memalukan kerana rumah atas air tradisi yang tiangnya dibina dengan batang bakau, lantainya papan dan dindingnya kulit kayu tetapi dapat bertahan ratusan ratusan tahun. Rumah atas air dibina kerajaan itu diperbuat dengan batu, besi dan keluli lain boleh ranap dan tenggelam dalam tempoh tidak sampai setengah tahun. Jelas bahawa orang kampung lebih bijak dan tulus berbanding dengan orang bandar yang bijak menipu.

Apakah bahan binaan moden untuk rumah itu tidak sesuai, dan rumah atas air mesra dengan peralatan asalnya? Walahu'alam. Selain Tuhan mungkin Mat Maslan saja yang mampu menjawabnya.  [wn.kl.12:24 t/hari 19/03/13]

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved