13 di seberang takir - Google Blog Search |
- SK Kompleks <b>Seberang Takir</b> terima Bantuan Persekolahan <b>...</b>
- Peluru Ajaib: 2000 Bendera BN <b>Seberang Takir di</b> Bakar Setan.
- teganuku: Jambatan Baru <b>Seberang Takir</b> DiTender Jun
SK Kompleks <b>Seberang Takir</b> terima Bantuan Persekolahan <b>...</b> Posted: 06 Feb 2013 04:57 PM PST Sejak kerajaan memberikan wang tunai RM100 melalui Bantuan Khas Awal Persekolahan yang bermula 15 Januari lalu, ramai murid Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 5 di seluruh negara telah menerima sumbangan tersebut. Seramai 639 murid Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir turut menerima keistimewaan itu dalam satu majlis yang diadakan di sekolah terbabit, hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato' Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, dengan pemberian bantuan tersebut diharap dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. Beliau turut menasihatkan agar ibu bapa melakukan transformasi terhadap kaedah mendidik anak-anak dengan menggunakan cara yang betul dan lebih berkesan. "Cara mendidik anak pada masa dahulu dengan sekarang sangat berbeza. "Dulu tidak ada masalah ibu bapa merotan anak-anak untuk tujuan menjadikannya sebagai tauladan dan ingatan tetapi kini jika tersilap cara boleh dikira sebagai kes dera," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, hari ini. Katanya, ibu bapa perlu peka dengan sikap anak masing-masing dan menggunakan pendekatan yang terbaik dalam mendidik mereka supaya menjadi insan yang berguna. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Seberang Takir juga berharap, orang Melayu dan Islam sentiasa bersatu supaya generasi akan datang terus menikmati pelbagai keistimewaan terutamanya dalam bidang pendidikan dan kebajikan di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional dan Umno. |
Peluru Ajaib: 2000 Bendera BN <b>Seberang Takir di</b> Bakar Setan. Posted: 02 Mar 2013 10:15 AM PST Malam ini ANAK di kejutkan dengan satu berita pada jam 11 mlm tadi 2000 bendera BN di bakar oleh dajal. Mereka ini tidak senang dengan persedian jentera Parti UMNO Seberang Takir dal siap siaga dan bersedia untuk menghadapi PRU13. Inilah sifat yang yidak matang di tunjukkan oleh pihak pembangkang yang bermain politik longkang dan ridak bermaruah. Mereka cuba untuk Sabotaj persedian pemuda UMNO Seberang Takir di dalam gelombang anak muda bersama BN untuk menguasai saluran muda di setiap peti undi. Kerisauan mereka menyebabkan mereka mengambil sikap jahat dan tidak bertamadun dengan membakar bendera BN yang ei simpan untuk di pasang pada bila2 masa. Peristiwa ini menunjukkan sikap terdesak pembangkang dalam menghadapi pru13 nanti. Peristiwa ini akan menaikan semangat kami InsyaAllah dalam perjuangan alif baa dan ta, demi agama, bangsa dan tanah air. |
teganuku: Jambatan Baru <b>Seberang Takir</b> DiTender Jun Posted: 13 Feb 2013 05:03 PM PST Terengganu bakal memiliki sebuah jambatan moden baru bagi menghubungkan Seberang Takir ke pusat bandar tidak lama lagi berikutan projek itu bakal ditender pada Jun ini. Projek yang dibangunkan menerusi pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dijangka akan siap dalam tempoh tiga tahun selepas penyerahan menjalankan kerja kepada pemaju terlibat dikeluarkan pada September nanti. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata jambatan yang unik kerana boleh dibuka dan ditutup sebagai laluan kapal ke muara sungai Terengganu itu menjadi laluan alternatif yang baru kepada orang ramai dari Seberang Takir untuk ke Bandar Raya Kuala Terengganu. "Jambatan itu akan menjadi jalan lingkaran kedua yang melibatkan dari Bulatan Ladang, seterusnya menghala ke muara Sungai Terengganu melalui jambatan berkenaan sampai ke Seberang Takir. Selain itu, terdapat laluan baru empat lorong yang akan dibina daripada Seberang Takir menghala ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. "Daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan menggunakan laluan empat lorong sedia ada menghala ke Semarak, daripada Semarak terus menghala ke Jambatan Sultan Mahmud, daripada Jambatan Sultan Mahmud ke Bukit Besar, seterusnya ke Jalan Pasir Panjang diikuti ke Kediaman Seri Iman," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah. Menteri Besar berkata, pembinaan jambatan itu nanti pastinya memberi keselesaan dan faedah kepada rakyat di negeri ini terutama bagi yang tinggal di utara dan selatan Kuala Terengganu untuk mengelak kesesakan menghala ke bandar Kuala Terengganu, selain mampu menjimatkan kos dan masa. Katanya, jambatan baru itu nanti akan menjadikan Terengganu mempunyai empat jambatan semuanya, selain Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Sekati dan Jambatan Manir. "Projek pembinaan Jambatan Manir sedang menunggu peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk dijadikan empat lorong dan ditinggikan arasnya sebagaimana Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Pulau Sekati bagi membolehkan laluan bot," katanya. Teganukita |
You are subscribed to email updates from di seberang takir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan