ads

Ahad, 30 Disember 2012

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Jauh Perjalanan Luas Pengalaman: Foto sekitar PGU 6.0 <b>di Paka</b> <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2012 04:27 PM PST












13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


suppuy: 206. Pakej percutian <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 09 Nov 2012 05:08 AM PST


Untuk tahu tempat2 menarik Kuala Terengganu, klik sini > HERE

Sekarang boleh tarik nafas lega..

1, 2, 3 hembus... fuhhh...
1, 2, 3 hembus... fuhhhhhh...
1, 2, 3 hembus... fuhhhhhhhhh...

Haha  sorry for da stupid intro.
Okeh motif hembus bagai ni bukan apa tau.
Cuma fuhhh lega sebab penat bekerja dua tiga empat hari ni miahahaha.

Aku kerja weh,
kerja sebagai - tour guide T___T

Selasa lepas member aku dari Perak datang.
Member kamceng merangkap partner aku la kalau nak pi kelas ke apa.
Da lama da budak ni nak datang Terengganu,
tapi busy koje je memanjang, so bila stop koje memang haruslah weh datang sini.

Asal plan tiga hari dua malam.
Tapi plan semua tukarrr sebab ada sorang lagi makhluk halus - si Linni nak join jugak datang Ganu next day pastu.
Budak ni orang Kelantan.
Bulan lepas aku dengan Mun pergi jejalan merata Kelantan by si Linni ni.
So kira nak balas jasa, memang main pujuk2 la jugak suruh dia datang negeri kami ni pulak.
Last2 datang jugak... tu pun datang TANPA AKU TAHU PUN CISSSSSSSSS!

Bila ingat balik sumpah kelakar.
Mati2 aku ingat Mun suruh stop kat stesen bas sebab nak ambik kain jahit apa ntah.
Aku pulak percaya je siap bagitahu Fad, kat stesen bas tu ada banyak kedai jahit bla2, Mun nak ambik kain la kot bla2...
Sekali ptuihhh tetiba nampak Linni muncul tengah jalannn.
Pandai nau korang tipu akuuu~
Ikut hati mau je aku hambat korang dari kete aku hohohoho~

So aku and Mun jadi tour guide selama empat hari.
Siang aku drive, malam giliran Mun.
Penat weh jadi tour guide.
Mana nak layan guest2 tu, mana nak pikir tempat menarik nak dibawak.
Aku duk Kuala Terengganu, so sape yang pernah datang sini ko tau lah berapa tempat sangat yang kami boleh bawak.
Btw Alhamdulillah sebab bila pikir balik banyak gak tempat yang menarik di Kuala Terengganu ni weh.
Nanti aku buat entry khas untuk tempat2 menarik di Kuala Terengganu :)

Ok nanti aku menulis balik eh.
Penat tak hilang lagi.
Btw bila tengok balik gambar2 yang da beratus keping dalam camera, aku rasa macam...
OK la berbaloi la weh.
Thanks for coming :)

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


She Is Najihah: WW - Ujian Banjir <b>Di Kemaman</b>

Posted: 27 Dec 2012 07:02 AM PST

Assalammualaikum..

    Ya Allah Yang Maha Mengetahui, berikan mereka kekuatan untuk hadapi ujianMu ini. Permudahkan urusan mereka untuk perkahwinan anak mereka bulan 3 tahun depan. Amin
Kalau nak share silekan..Like juge

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


teganuku: Polis - Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh <b>Di Jabor</b>

Posted: 26 Dec 2012 06:50 AM PST

Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di Kemaman  runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.


"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Tebing jalan runtuh kira-kira 3.30 pagi ini lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.

"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya sebelum ini.

Che Suza berkata  pihaknya menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.

Katanya kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu.

Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Azram Sulong: Banjir <b>di</b>-<b>dungun</b>

Posted: 27 Dec 2012 09:44 AM PST

 Pada tahun 2012 musim tengkujuh lambat terjadi,biasanya musim tengkujuh melanda pantai timur pada bulan oktober hingga bulan febuari,Tapi pada kali ini musim tengkujuh telah berlaku  agak lewat iaitu telah melanda pantai timur semenangjung malaysia pada hari ahad 23hb disember 2012..

Pada kali ini negeri yg teruk terjejas ialah pahang,kelantan dan terengganu iaitu negeri tradisi banjir,Dinegeri terengganu kawasan yg agak teruk dan lama limpahan airnya ialah didaerah dungun terengganu dengan mangsa dipindahkan agak ramai,Dewan2 dan sekolah telah dijadikan tempat permindahan,Dibawah gambar2 disekitar daerah dungun yang kawasan nya terjejas teruk...










13 di kuala besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


Kerajaan akan bina rumah untuk mangsa ombak <b>di Kuala Besut</b>

Posted: 16 Dec 2012 08:46 PM PST


DR A Rahman Mokhtar melawat kawasan penempatan penghuni PPRT  dipulkul ombak besar kelmarin

Oleh: Mohammad Ishak 

Masalah kebimbangan penghuni di penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pengkalan Atap,Kuala Besut,dijangka dapat diselesaikan apabila kerajaan negeri membina rumah kediaman untuk mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri,YB Dr A Rahman Mokhtar berkata, projek perumahan berharga RM10 juta di Kampung Lay Out Tok Saboh dalam DUN Kuala Besut itu kini dalalam proses tawaran harga kepada kontraktor.

Katanya, pembinaan rumah kediaman itu bagi menempatkan 46 keluarga di PPRT terbabit yang hidup dalam ketakutan kerana kawasan itu sering berlaku ombak besar terutama musim tengkujuh.

Dr A Rahman yang juga ADUN Kuala Besut berkata demikian ketika melawat kawasan penempatan PPRT terbabit yang dilanda ombak besar malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu ombak kuat memukul pantai menyebabkan banteng dan jalan di situ pecah dan rosak teruk tetapi penghuninya terselamat.

Berikutan itu, Dr A Rahman mengarahkan jabatan dan agensi terbabit segera mengambil tindakan dan membantu memulihkan keadaan di kawasan penempatan berkenaan.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut terpaksa menggunakan 10 lori untuk memunggah batu konkrik dan dijadikan banteng penghadang ombak bagi mengelak hakisan pantai terus merebak di situ.

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved