ads

Selasa, 30 Ogos 2011

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Kemalangan <b>di Paka</b>, Terengganu

Posted: 07 Jun 2011 06:17 PM PDT

Semalam, keluar dari jalan Jerangau-Jabor dari Kuantan masuk simpang menuju ke Paka. Nampaknya jalan dah cantik sangat, seronok bawa laju, kereta pun tak banyak sangat. Saya bawak dalam 130kmj juga situ. Sampai di satu selekoh panjang, tapi macam lurus juga jalan tu, terlihat satu kemalangan. Nampaknya masih baru lagi dan ramai juga orang berhenti.

Suasana hujan renyai-renyai dalam 4.00 petang. Rupanya kereta Toyota Vios berlanggar dengan lori kecil di lorong sebelah kanan. Entah macam mana boleh berlakau, entahlah. Tapi yang saya nampak, lori tu masuk ke lorong sebelah kanan, lorong kereta tu.

Pemandu lori cedera ringan saja manakala pemandu Toyota tu, seorang lelaki berbangsa Cina terperangkap dalam kereta. Orang ramai cuba nak selamat dan  keluarkan pemandu tu sebelum pasukan penyelamat sampai tapi gagal. Sebuah lori lain tolong tarik lori yang rapat dengan kereta tu menggunakan tali dan berjaya.

 Pemandu tu nampak masih selamat dengan hidung dan mulut dia berdarah. Saya nampak, beg udara kiri dan kanan kereta tu berfungsi dengan baik. Stereng rapat ke dada pemandu tu dan kakinya tersepit. Yang menariknya, pemandu tu sempat menggunakan telefon dan menelefon kawannya semasa tersepit tu.

 Tak lama lepas tu, tiba polis, bomba dan ambulan. Kerja-kerja menyelamat dilakukan. Pemandu kereta itu berjaya dikeluarkan dengan selamat dan dibawa ke hospital. Tahniah kepada semua terutama polis, Bomba dan Ambulan juga orang awam yang membantu. Rupanya bukan senang kerja menyelamat macam ni dalam keadaan mencemaskan sebegini.

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


SETIU HARI INI: Sehari <b>di Pulau Redang</b>....

Posted: 20 Jun 2011 12:03 AM PDT

Barisan Skuad Sayang bersama Puan Hajah Nik Aini (tiga dari kanan) dan Hajah Wan Maznah (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama warga emas (tengah).

BATU RAKIT (PULAU REDANG) 16hb Jun 2011- Skuad Sayang (Pergerakan Wanita Umno Dun Batu Rakit) dan Puan Hajah Nik Aini Nik Soh isteri YB Adun Batu Rakit telah mengadakan satu lawatan ke Pulau Redang dalam Program Skuad Sayang Turun Padang. Skuad yang turut disertai oleh seramai 33 orang ini telah bertolak dari jeti Merang jam 9.00 pagi dan sampai pada jam 10.30. Kehadiran rombongan ini telah disambut oleh Ketua Wanita Umno Cawangan Pulau Redang Puan Remelah Omar.

Program Skuad Sayang Turun Padang ini yang diketuai Hajah Wan Maznah Nong selaku Ketua Penyelaras Pergerakan Wanita Umno Dun Batu Rakit merangkap Ketua Umno Bahagian Setiu juga turut disertai oleh APMT Dun Batu Rakit sebagai pengiring.Antara acara yang telah ditetapkan sepanjang lawatan ini ialah sumbangan bantuan makanan untuk warga emas,perlawanan persahabatan bola jaring dan juga majlis bacaan yassin.

Nik Aini (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemain bola jaring.
Seramai 12 orang warga emas dan juga pesakit kronik telah dipilih untuk menerima sumbangan barangan dapur oleh Puan Hajah Nik Aini.Mereka-mereka yang terpilih menerima sumbangan ini amat bersyukur diatas kecaknaan yang telah ditunjukkan oleh Nik Aini dan Skuad Sayang.

Perlawanan persahabatan bola jaring bagi mengisi program lawatan Skuad Sayang ke Pulau Redang.
Majlis bacaan yassin yang diadakan dirumah Ketua Wanita Umno Cawangan Pulau Redang.
Hajah Wan Maznah menyampaikan sumbangan kepada Ketua Wanita Pulau Redang Puan Remelah Omar (dua dari kiri).
Warga Emas (tengah) menerima sumbangan dari Skuad Sayang.
Menghulur bantuan sambil bertanya khabar.
Warga emas tersenyum menerima bantuan makanan dari Nik Aini (kanan).
Nik Aini (kiri) sempat berjenaka bersama warga emas (bertudung hijau).

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SAYONARA <b>PULAU KAPAS</b> - Marang, Malaysia Travel Blog

Posted: 18 May 2011 08:01 PM PDT

Flag of Malaysia  , Terengganu,
Tuesday, May 17, 2011

Pagi di pulau kapas hari kedua dihabiskan dengan anak anak bermain di pantai dan kami bergambar sekitar resort. Dalampukul 12.30 tgh kami bertolak balik ke marang untuk destinasi seterusnya. Kami bercadang ke Pantai batu burok , Kuala Trengganu dan ke Taman Tamadun Islam.

Sungai MarangMenyusuri Sungai Marang kini merupakan salah satu produk pelancongan bagi Daerah Marang. Sungai Marang mengalir sejauh 1,206 meter dari Bukit Kor hingga ke Gunung Gajah Terom.


Bagi mereka yang berminat untuk menyusuri Sungai Marang, perkhidmatan bot boleh disewa di Jeti Marang. Apa yang menarik, di sepanjang Sungai Marang terdapat deretan Pokok Bakau, Nipah dan puluhan sangkar ternakan ikan air tawar yang diusahakan oleh penduduk. 

Anda juga berpeluang melihat sekumpulan monyet yang sedang mencari makan di pesisir sungai tersebut. Selain itu, haiwan-haiwan lain seperti Kera, Memerang, Tuntung serta spesies burung yang jarang-jarang ditemui boleh dilihat di sepanjang sungai itu.


Anda juga boleh singgah di sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Jenang. Kampung Jenang terkenal dengan aktiviti seperti menangkap ikan, menganyam atap dari Daun Nipah dan menghasilkan manisan dari Air Nira.


Untuk ke kampung tersebut, pengunjung hanya perlu menaiki perkhidmatan bot selama satu jam dari Jeti Marang. Namun perjalanan selama sejam tidak terasa bosan apabila pengunjung berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi yang masih belum terusik dengan pembangunan.


Di Kampung Jenang, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai makanan tradisional Terengganu seperti Rojak Betik, Karipap Inti Kelapa, Air Tuak, Ketupat, Keropok Lekor dan buah-buah tempatan yang jarang-jarang ditemui.


Bukan itu sahaja, pengunjung akan dibawa ke rumah penduduk bagi melihat aktiviti harian yang dijalankan seperti menganyam atap Daun Nipah, membuat manisan dari Air Nira serta memproses daun rokok.


Bagi pelancong asing, sudah pasti gelagat Kera yang dilatih untuk memetik Buah Kelapa menjadi kenangan indah memandangkan pemandangan tersebut pasti sukar dilihat di negara mereka. Bagi pelancong tempatan pula pasti seronok melihat aktiviti membuat manisan Gula Melaka dan boleh membelinya untuk dibawa pulang.

Sekiranya anda berpeluang menyusuri Sungai Marang, jangan lupa untuk singgah di Kampung Jenang bagi merasai sendiri pengalaman menarik tersebut. Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan khazanah alam, aktiviti menyusur sungai berpotensi untuk menjadi produk pelancongan yang menarik jika dimajukan secara sistematik.

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


Pusat Simulator Su-30MKM Pertama <b>Di</b> Asia Tenggara

Posted: 24 Apr 2011 08:32 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pembangunan Pusat Simulator ini dilaksanakan dengan kerjasama dari syarikat Hei Tech Padu bermula dari tahun 2007 dan merupakan simulator pertama di asia tenggara. Berita berkaitan: PUGK – Gong Kedak Jalani Pemeriksaan ...

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Panggilan Bom Palsu <b>Di</b> Kompleks Mahkamah <b>Kuala Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 23 Aug 2011 10:39 PM PDT

Panggilan Palsu Bom Di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu

Gara-gara satu panggilan palsu mendakwa ada bom, prosiding di Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu terpaksa ditangguhkan hampir satu jam, pagi tadi. Panggilan dibuat individu tidak dikenali kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Abdul Halim Mohd Ishak, panggilan dibuat ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri mendakwa bom diletakkan di tingkat sembilan bangunan mahkamah.

bom palsu di kompleks mahkamahMaklumat kemudian disalurkan kepada anggota polis yang bertugas di kompleks mahkamah dan operator Mahkamah Tinggi. Sebagai langkah keselamatan selain mengelak kejadian tidak diingini, semua perbicaraan yang sedang berlangsung ditangguhkan.

Kakitangan mahkamah dan orang ramai yang sedang berurusan di mahkamah kemudian dikerah mengosongkan bangunan dan berkumpul di luar bangunan. Unit Pengesan Bom Dan Forensik segera dikejarkan ke lokasi. Turut dipanggil, pasukan bomba dan penyelamat. Selepas pemeriksaan hampir satu jam, tiada objek letupan ditemui.

Polis kemudian mengesahkan bangunan mahkamah selamat dan kembali beroperasi seperti biasa. Siasatan mendapati panggilan dibuat dari satu nombor telefon bimbit yang didaftarkan di negara jiran. – TV3

from your own site.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: <b>Pulau Perhentian</b> antara yang tercantik <b>di</b> Malaysia

Posted: 27 Aug 2011 05:24 PM PDT

Oleh: Suriati Ali

Pulau Perhentian yang terletak kira-kira 25 kilometer (km) dari Pekan Besut, berkemungkinan wujud hasil daripada gabungan Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil yang terdapat di pulau tercantik di Malaysia itu.

Kedua-dua pulau atau dikenali sebagai pulau berkembar itu dilitupi rimbunan hutan simpan, di celah-celahnya pula terdapat beberapa laluan pintas untuk menuju ke beberapa kawasan perairan pantai berdekatan.


Destinasi yang sememangnya tersohor dengan kecantikan terumbu karang; keaslian dan keindahan alam semula jadi di lautan dan daratan itu kerap kali menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara untuk berbulan madu dan bercuti bersama keluarga atau sahabat handai.

Tidak rugi, sekiranya menghabiskan masa di Pulau Perhentian kerana di destinasi itu pasti menjanjikan kedamaian dan kepuasan dengan pelbagai aktiviti seperti snorkeling, menyelam, menjelajah hutan dan bebeku.

Sekiranya pelancong berminat untuk bermalam, terdapat lebih kurang 1,000 bilik penginapan yang ditawarkan 42 pengusaha rumah panjang, chalet dan resort. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu serendah RM10 hingga RM200 semalam.

Sekiranya berkemampuan dan inginkan keselesaan, mereka boleh menginap di resort bertaraf empat bintang yang dilengkapi penghawa dingin.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Haji Rahin Mohd Said, berkata Pulau Perhentian merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia.

Katanya, kejernihan air laut serta kepelbagaian hidupan marin yang masih cantik dan terpelihara, menjadikan ia antara destinasi pelancongan terbaik di antara pulau di Malaysia.

"Seiring dengan keindahan pulau itu sendiri, ia juga turut popular dengan aktiviti-aktiviti seperti bersnorkel, menaiki bot, perkhemahan dan melihat penyu bertelur.
"Selain itu, ia juga turut menjadi tumpuan pelancong yang ingin melakukan aktiviti menyelam skuba melalui sijil bertauliah yang diiktiraf di peringkat dunia sahaja," katanya.

Datuk Mohd Rahin, berkata aktiviti seperti menjelajah hutan dan juga penyelidikan tumbuhan semula jadi juga boleh dilakukan di Pulau Perhentian.

"Kerajaan negeri berusaha memajukan dan memperkenalkan lagi Pulau Perhentian ini sebagai destinasi pelacongan dengan mengawal pembangunan supaya mengekalkan ciri-ciri alam semulajadi.

"Dalam usaha untuk memperkenalkan lagi Pulau Perhentian sebagai destinasi perlancongan yang menarik, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Besut telah mengadakan Pesta Kebudayaan di Pulau pada setiap tahun," katanya.

Pesta ini dikenali sebagai Perhentian Discovery dan dimasukkan dalam ke dalam kalender aktiviti tahunan


13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


BLOG PERIBADI USTAZ MOHD KHALIL (Kadi Kluang): Lebuhraya <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2009 12:00 AM PDT

Kalau dari Kuantan, kena ikut jalan Jerangan-Jabor. Sampai di simpang Dungun Kuala Berang, sila belok ke kanan menuju ke Dungun. Dalam 2 km lepas tu, belok kiri masuk ke lebuhraya menuju ke Ajil Terengganu. Laluan yang boleh lalu dalam lingkungan 40 lebih saja, tapi menjimatkan masa. Tol masih free.
Lebuhraya lengang sebab ramai yang enggak tahu jalan ni udah buka. Kira jimatlah dalam sejam berbanding jalan biasa yang banyak kereta musim raya. Boleh bawak laju, tadi saya bawak 140-150 kmj juga. Tapi hati-hatilah, tadi ada satu kereta Proton Saga terbabas masuk longkang. Entah bilalah siap sepenuhnya lebuhraya ni, setahu saya dah lebih 10 tahun sejak mula dibina, sampai sekarang belum siap. Kalau siap nanti, dari Kuantan ke Kuala Terengganu rasa dalam 2 jam saja.

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Sotong/ Ikan Celup Tepung <b>di</b> Pantai Kelulut, Marang, <b>Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 09:01 AM PDT

Negeri Terengganu mempunyai pesisiran pantai yang panjang dan sangat cantik. Dari daerah Kemaman sehinggalah ke daerah Besut, Terengganu tidak akan mengecewakan pengunjung dengan menjanjikan panorama indah sepanjang perjalanan di negeri Terengganu. Sepanjang Pantai Kelulut terdapat banyak kedai makanan laut (seafood) yang sedap dengan harga berpatutan. Pantai Kelulut  ini terletak di dalam daerah Marang antara laluan Kuala Terengganu – Kuantan. Terdapat banyak pilihan gerai seafood dan semua seafood yang dijual disini segar.

Pantai Kelulut

Pantai Kelulut, Marang terletak berhampiran dengan bandar Marang. Lokasi pantai kelulut ini kira-kira 21 km daripada bandar Kuala Terengganu. Di sini, pengunjung dapat menenangkan fikiran dan menghabiskan masa dengan kenangan indah bersama keluarga tercinta. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkelah, bermain layang-layang serta minum petang.

Pantai Kelulut 2

Banyak gerai meyediakan juadah menarik yang sangat terkenal di negeri Terengganu, iaitu sotong/ ikan dan makanan laut celup tepung. Makanan laut di sini sangat segar kerana pengusaha gerai mengambil hasil laut ini terus dari nelayan dari jeti berdekatan.

Pantai Kelulut 3

Selain itu, terdapat satu gerai keropok lekor yang memang popular di negeri Terengganu dan juga luar Terengganu iaitu Gerai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang, Terengganu. Gerai Keropok Lekor 008 ini popular dengan keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok Lekor 008 mempunyai kandungan ikan yang banyak berbanding sagu. Sehinggakan ramai yang sanggup beratur panjang hanya semata-mata untuk membeli keropok lekor 008. Satu kemestian ole-ole untuk dibawa pulang dari Terengganu ialah keropok lekor.

Gerai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang, Terengganu

Alamilah sendiri keunikan dan keindahan Terengganu. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Negeri Terengganu. Ianya pasti menjanjikan kenangan manis yang tidak boleh dilupakan. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Terengganu, Negeri Cantik Budaya Menarik.

Pantai Kelulut 4

p/s: terima kasih kepada model-model yang tak berbayar di atas. hehe ;)

Related posts:

  1. Sotong/ Ikan Celup Tepung di Teluk Ketapang, Terengganu
  2. RFC Kuala Terengganu | Menu Makanan dan Lokasi
  3. Banjir di Terengganu Semakin Buruk | Mangsa Banjir dipindahkan | Banjir Terburuk 2011
  4. Restoran Radix Fried Chicken (RFC) di buka di Kuala Terengganu mulai 2/12/2010
  5. Bercuti di Pulau Redang Pulau Tercantik di Malaysia
  6. Resepi Ketupat Sotong
  7. Mini Gathering Blogger Terengganu Bersama Ben Ashaari di A&W Batu Buruk | Gathering Kali Ke 2
  8. Gathering Blogger di Terengganu | Apa Pendapat Korang??
  9. Gathering Blogger Terengganu Yang Memang Sempoi dan Best
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved