ads

Rabu, 10 Oktober 2012

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Hari Terakhir <b>di Pulau Redang</b> l Malaysian Tourism Hunt 2012 | Pen <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2012 01:28 AM PDT

Salam..

548625 293160767452301 1456677591 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

Hari terakhir untuk cabaran Malaysia Tourism Hunt ni habis kat Pasar Payang dan terus aku bertolak ke Pulau Redang. Penat toksah cakaplah boleh kembang hidung dengan bau harum dari kiri kanan. Kitaorang semua bertolak dengan feri untuk terus check In di TARASS Hotel. First time aku dengar nama hotel 5 star ni wooo!

598701 293160817452296 1327079567 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

 Setiap kali sampai memana, dorang ni memang havoc sampaikan Kak Ita pun boleh terpengaruh sekali. Hikhik

 527536 293161437452234 1378733898 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

 ^_^

247212 293160880785623 351391011 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

Semua dah ready bertolak ke Pulau Redang. Cer tengok agaknya siapa paling teruja sekali nak snorkelling? Hikhik

644052 293160960785615 2062345307 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

 dengan incik Hisyam dari gaya travel.

548556 293161010785610 1431263975 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

 Pemandangan di Pulau Redang. Cantik kan.

554480 293161044118940 47236453 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

 Picture taken by Sony Nex-5n

546213 293161104118934 233584333 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

Apa yang best kat Pulau Redang selain snorkelling semestinya air yang jernih dan pemandangan yang sangat menarik. Tapi time aku datang dah tengahari sangat so aku tak join aktiviti snorkelling. Bukan taknak menggelapkan kulit cuma malas nak salin baju. Hikhik

480370 293161130785598 364750484 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

Dah habis meronda sambil bersantai, masa untuk lepaskan anak penyu pulak. Datang terengganu kalau tak tengok penyu tu rugilah kan? Aktiviti melepaskan penyu ni antara aktiviti kemestian terutama untuk pelancong yang datang ke Terengganu.

189281 293161167452261 764201048 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

 Seronok nampak anak penyu gigih bergerak ke gigi air.

581617 293161200785591 536601399 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012

Comel pulak nampak anak penyu nihh berenang.

199835 293161340785577 625418178 n Hari Terakhir di Pulau Redang l Malaysian Tourism Hunt 2012Malam tu selepas balik dari Redang, terus kitaorang bersiap untuk dinner bagi pengumuman keputusan Tourism Malaysia Treasure Hunt 2012. Alhamdulillah, team aku dapat 1st Prize Winner. Rezeki dapat team mates yang senang nak bekerjasama tapi rasanya mesti lepas ni susah dah nak dapat group best macam dorang. Sobs. Sobs..

P/s: Thank Tourism Malaysia yang sudi invite aku untuk aktiviti best kali ni. Harap lepas ni dapat lagik. Dengan program Tourism, banyak pengalaman baru terutama pergi tempat yang aku tak pernah tahu dan paling best dapat merasa tidur kat hotel 5 star. Hikhik

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


IBU GEBU: PULUT KUNING <b>DI</b> HARI LAHIRMU 9102012

Posted: 10 Oct 2012 06:42 AM PDT

"ya Allah, jika rezekimu masih diatas langit, turunkanlah, dan jika ada didalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, dengan berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba hambaMu yang soleh...."

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


PaPa MiFz: Hari Pertama <b>di Pulau Perhentian</b>

Posted: 23 Sep 2012 04:30 AM PDT

Alhamdulillah PM dan wife selamat sampai ke Pulau Perhentian..tak banyak aktiviti di buat hari nih sebab PM dan wife banyak habiskan maso di bilik untuk tidur akibat keletihan..selain itu, aktiviti yang di buat hari ini ialah makan dan minum sambil menikmati panaroma yang indah..

Published with Blogger-droid v2.0.6

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Bekas pengerusi tetap umno dan bekas pegawai Felda <b>Jerangau</b> <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 09:46 AM PDT

Tuan Guru President menerima kemasukan ahli seumur hidup Mat Jusoh Che Mod dan isteri, sempena ceramah perasmian markas umno jadi markas Pas di kampung Pinang Baru, Dungun. Beliau merupakan bekas pengerusi tetap umno dan bekas pegawai Felda Jerangau.

Ini jalan kemenangan PAS dan penerimaan PAS secara berterusan dari rakyat dan inilah masa untuk kita berdoa dan munajat kepada Allah swt untuk kemenangan kita pada PRU ke 13 ini.

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


Rumah terbakar: Adun <b>Ajil</b> terkilan 2000 kitab hangus

Posted: 09 Aug 2012 06:37 PM PDT

KUALA BERANG, Hulu Terengganu - "Saya sangat terkilan kerana kehilangan lebih 2,000 kitab dan buku yang saya kumpul sejak 15 tahun lalu, koleksi ini antara barang yang paling saya sayang dan dibeli di luar negara."

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid, ketika ditemui di tapak rumahnya yang hangus ketika umat Islam sedang solat Tarawih, malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku pada jam 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Kata Rosol, ketika kejadian kesemua ahli keluarganya tiada di rumah kerana menunaikan solat Tarawih di Masjid Kampung Gaung manakala beliau berada di Wakaf Tapai, Marang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis dan menunaikan solat Tarawih di Kuala Terengganu.

Kebakaran tersebut disedari isterinya, Toh Puan Halipah Ahmad yang ternampak kepulan asap dari bahagian dapur rumah sewaktu pulang dari menunaikan solat Tarawih lalu menghubunginya memaklumkan kejadian berkenaan.

"Sebelum itu, isteri menghubungi saya memberitahu ingin ke Kampung Menerong menziarahi orang meninggal.

Namun tidak berapa lama kemudian, sekali lagi beliau menelefon memberitahu rumah kami terbakar.

"Setelah buka pintu, dia lihat api marak dari ruang dapur dan asap berkepul-kepul.

"Saya arahkan dia segera meninggalkan rumah dan jangan hiraukan apa-apa kerana khuatir akan keselamatannya. Nasib baik, ketika kejadian tiada sesiapa di rumah kerana empat anak saya berada di rumah mentua di Kampung Gaung, manakala dua lagi di asrama," katanya.

Dikunjungi rakan

"Rumah ini saya beli daripada pemilik asal pada tahun 2001 lalu dengan harga RM160,000. Kini, dianggarkan harganya mungkin mencecah RM300,000. Walaupun diuji dengan ujian begini, namun saya tetap bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat," katanya kepada pemberita, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian ke lokasi kejadian mendapati musibah yang menimpa Adun Ajil ini menarik perhatian penduduk apabila beliau dan keluarga tidak putus-putus menerima kunjungan penduduk termasuk Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Malah, rakan seperjuangan turut kelihatan Adun Bukit Besi, Dungun, Datuk Din Adam; Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail dan Yang Dipertua Dun, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Tidak sangka padam kebakaran rumah abang

Sementara itu, anggota bomba dan penyelamat, Kamaruzaman Wahid, berkata dia tidak menyangka terlibat dalam operasi memadam kebakaran di rumah abangnya sendiri.

"Saya tidak sangka operasi malam ini (malam kelmarin) membabitkan rumah abang, saya sangat terkejut dan tergamam seketika bila sampai di tempat kejadian," katanya.

Namun kata Kamaruzaman, dia terpaksa menahan sebak dan sedaya upaya memadam api yang membakar rumah abang sulungnya itu.

"Saya bersyukur kerana kesemua ahli keluarga Abang Long selamat walaupun rumah musnah dalam kebakaran, saya harap Abang Long tabah hadapi ujian ini," katanya.

Api marak dengan cepat 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian tersebut jam 10.19 malam.

Menurutnya, dengan menaiki sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan kemudiannya dibantu lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai.

"Api marak dengan cepat dan memusnahkan 90 peratus struktur rumah. Kebakaran dapat dikawal jam 11 malam namun punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


~Toink Toink Dot Space~: Saya Graduan Unimap

Posted: 03 Oct 2012 07:52 PM PDT


Alhamdulillah...syukur....
Tarikh : 29 September 2012


Tempat : Dewan 2020, Kangar Perlis


akhirnya selepas bersusah payah
jatuh tersungkur bangkit kembali
dikhianati, dimusuhi, dibuli
disayangi, dikasihi, ditemani
tempoh tiga tahun sudah melepasi
entri selepas far away untuk beberapa hari nak cerita ttg diri sndri yg berjaya mendapat status gelaran sebagai "Engineer of Environmental Engineering" Universiti Malaysia Perlis dgn jayanya alhamdulillah syukur kepada Allah...
Alhamdulillah..tiga tahun sudah berlalu, akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Perlis..alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya aku berjaya juga hadiahkan ijazah ini kepada keluarga yang tersayang.. :)


~Hikayat sekeping ijazah~
Tanpa KEMAS Felda Kerteh 06,
Maka tidaklah seorang NUR AZIELYNIE melangkah kaki menuju ke SK Felda Kerteh 01 Terengganu.
Maka tidaklah seorang NUR AZIELYNIE meredah arus menapak di SMK Ketengah Jaya,Terengganu.
Maka tidaklah seorang NUR AZIELYNIE mengembara membawa diri ke Sekolah Teknik Kemaman,Terengganu.
Maka tidaklah seorang NUR AZIELYNIE melangkah setapak demi setapak ke Politeknik Dungun Terengganu
Maka tidaklah seorang NUR AZIELYNIE menapak melawan arus ke Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
Maka tidaklah seorang NUR AZIELYNIE membelah langit merentasi Laut Cina Selatan menuju Universiti Malaysia Perlis.
Maka tidaklah seorang NUR AZIELYNIE hari ini berbaris menanti giliran di atas pentas Dewan Wawasan mendapatkan Segulung Ijazah!

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Smk <b>Wakaf Tapai</b>: SOLAT HAJAT PERDANA PMR & SPM 2012

Posted: 10 Oct 2012 12:26 AM PDT

Baru-baru ini SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Solat Hajat Perdana PMR & SPM pada 4 Oktober 2012 (Khamis) bertempat di Surau SMK Wakaf Tapai. Majlis ini diadakan sempena musim peperiksaan PMR dan SPM yang bakal menjelang pada bulan Oktober dan November tahun ini. Program dimulakan secara rasmi oleh pengerusi majlis, En. Mohamed Roki bin Abdullah sebelum solat maghrib dengan bacaan doa. Pada jam 7.05 malam para pelajar dan para hadirin menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Tn. Hj. Abdul Wahab bin Ahmad,Imam Masjid Kg Rawai. Beliau juga telah mengimamkan solat sunat hajat yang juga dilakukan secara berjemaah sejurus selepas solat maghrib. Program disambung dengan ucapan Tuan Pengetua SMK Wakaf Tapai, En. Mohd Nasir bin Mohd Yusuf. Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan juga kepada semua ibu bapa/penjaga yang sudi hadir.
Syabas kami ucapkan kepada pihak sekolah  yang telah berjaya menguruskan perjalanan majlis ini dengan sungguh baik sekali. Besarlah harapan kami, agar majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


teganuku: LPT Tidak Akan "Mematikan&#39; <b>Kuala Berang</b> - Zawawi

Posted: 06 Oct 2012 10:20 AM PDT


Kuala Berang tidak akan menjadi bandar 'mati' dan urus niaga di sini tidak akan terjejas walaupun ramai pengguna memilih Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) daripada laluan Bukit Besi-Sungai Tong seperti sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail berkata, Kerajaan Negeri turut melaksanakan pelbagai kemudahan di kawasan itu bagi keselesaan masyarakat di Kuala Berang dan ia dilihat berjaya mengatasi kesesakan dalam Bandar Kuala Berang ketika musim perayaan baru-baru ini.

"Tidak dapat dinafikan, majoriti pengguna jalan raya terutama dari Kelantan akan melalui bandar Kuala Berang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing selain laluan Bukit Besi-Sungai Tong.

"Perkara ini jelas dapat dilihat ketika musim perayaan baru-baru ini dan ia sedikit pun tidak menjejaskan aktiviti jual beli di sini," katanya.

Mohd Zawawi berkata, perniagaan di sini tetap berjalan seperti biasa dan penduduk serta orang luar juga masih mengunjungi Hari Giliran atau pasar pagi untuk mendapatkan barangan keperluan masing-masing.

"Sekiranya ada peniaga yang merasakan aktiviti perniagaan kurang rancak ketika musim perayaan baru-baru ini, ia hanyalah sementara.

 "Tambahan pula, projek kawasan bebas cukai Tasik Kenyir akan beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi dan ia akan menjadi tempias kepada pembangunan Bandar Kuala Berang yang merupakan pusat bandar bagi daerah Hulu Terengganu," katanya.

Mohd Zawawi berkata, bagi menambahkan lagi aktiviti sosio ekonomi di Bandar Kuala Berang, pembinaan institusi pengajian tinggi (IPT) juga dapat membantu kerana ia secara tidak langsung menarik kedatangan orang ramai berkunjung ke Kuala Berang.

Mohd Zawawi berkata, projek penyusunan semula Bandar Kuala Berang dan Pekan Ajil akan memperlihatkan Kuala Berang serta Ajil akan menjadi bandar berkembang pesat selain merancakkan lagi aktiviti ekonomi

Sinar Harian

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Menyelusuri sejarah dan khazanah laut <b>di Pulau Bidong</b>, Terengganu

Posted: 09 Oct 2012 08:09 PM PDT

Alhamdulillah dah masuk bulan baru, dah agak lama takde blog update, was not in the line with internet last few days since pergi bertapa for a few days in Pulau Bidong, Terengganu. So, i will bring u together to know about what is "Bidong Island"..okey??!!
 painted for hypermarket :)
Secara ringkas, Pulau Bidong pernah menjadi kem pelarian vietnam dan digelar Mini Saigon ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Dan pulau yang sememangnya terkenal dengan keindahan alam semulajadi serta keunikan terumbu karang yang masih terpelihara ini sering menjadi tumpuan pelancong terutama bagi mereka yang menggemari aktiviti selaman skuba.
Pulau Bidong ni sebenarnya hanya merupakan sebuah pulau kecil yang terletak 45km di luar pantai Terengganu dan berada di Laut China Selatan.  Pada 8ogos 1978, pulau terbabit telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang dari Vietnam. Dan pada tahun 1991, kesemua pelarian Vietnam telah dipindahkan ke negara-negara Eropah, seperti di Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain.
Dan kini, pulau bidong telah dijadikan pulan warisan negeri dan diwartakan kepada Universiti Malaysia Terengganu UMT bagi dijadikan pusat penyelidikan, khususnya membabitkan hidupan marin.
Status pulau yang tidak berpenghuni ini, menjadikan pulau ini agak terpencil dan tersorok, malah kalau nak datang untuk scuba diving pun, kena minta kebenaran dari pihak UMT, ini kerana Pulau Bidong bukan lah pulau yang dibuka secara "open" kepada pelancong, dan terhad, bagi memastikan kawasan di pulau Bidong ini dijaga, banyak program konservasi dan pemeliharan dijalankan di pulau ini. Salah satunya, dengan tidak membina sebarang resorts di kawasan ini... Banyak juga kesan tinggalan pelarian Vietnam yang masih ada di Pulau Bidong. Ada divers yang saya tanya memberitahu, kalau mereka dive di dasar laut, ada lagi mereka temui pelbagai barangan milik pelarian vietnam.
Walaubagaimanapun, pembinaan Galeri Dasar Laut yang terletak pada kedalaman 16 meter di dasar laut ini lah menjadi tarikan penyelam untuk datang ke pulau bidong, disamping dengan corals nya yang amsih terpelihara. Galeri Dasar Laut ini dibina hasil kerjasama Yayasan Coral Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.
Banyak sebenarnya keunikan yang ada di Pulau Bidong ni, selain nilai sejarahnya, keunikan serta keindahan terumbu karang yang ada di Pulau Bidong, memang tak dapat dinafikan. memang cantik. sebab itu pulau ini menjadi salah satu lokasi wajib bagi penggemar selam skuba. More to explore in Bidong Island.
 bersama rakan-rakan media.
 dengar elok-elok, jangan silap langkah lak! 
 tu dia, semangat saya mendengar taklimat sebelum menyelam :) 
wooww! i am so amazing..do i? eh..eh..dia ni... 
Program Save our Sea, Say No to plastic by yayasan coral Malaysia dengan kerjasama state government KPDNKK dan a few lagi agensi memberi peluang kepada saya untuk mencuba aktiviti selam skuba ni, it was very wonderful.
And bukan senang you all nak dive ni, berkali-kali timbul ke permukaan, gara-gara tak reti nak equalize, seksa sangat at my first try.... tapi bila dah tahu baru lah slowly boleh turun ke bawah.. Anyway it was really fun, and insyaAllah next trip akan join depa lagi. Best!
p/s: will come again to Bidong, insyaAllah :)

13 di kerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


Cenitherebeq: BERSANTAI <b>DI</b> PANTAI <b>KERTEH</b>

Posted: 18 Sep 2012 10:00 PM PDT

Bersantai, bercanda dan berpiknik di Pantai Kerteh berhampiran kg. mokcik pada cuti umum yg lepas sangat mengirangkan hati Mat Japih dan Mat Piq. Apa tak nya bleh golek-golek dlm air laut sampai tak mau balik walaupun hari dah gelap...
Berpiknik kali ini juga dibuat bersekali dengan pembakaran bbq en. kerang, sosej dan daging burger juga muchmellow. Malas nk amek gmbr byk-byk kat pantai neh sbb kami selalu sgt ke sini, hanya gmbar bebudak ini sahaja yg mokcik uplodkan.
 Mat Japih dan Mat Piq, 2 orang kawan yg kadang-kadang elok duk menyembang sampai pukul 1 pagi tetapi kekadang boleh bertumbok sbb berebut mainan. Hak milik mainan tak boleh lebihkan salah sorang nanti berperang.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved