ads

Isnin, 26 Mac 2012

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Projek <b>Besut</b> Barrage - KETARA

Posted: 17 Sep 2010 04:03 AM PDT

Latar Belakang Projek

Empangan Jajar Sg.Besut atau dikenali juga 'Besut Barrage' yang sedia ada terletak lebih kurang 26 km ke hulu muara Sg. Besut. Struktur ini dibina pada tahun 1975 dan masih digunakan sehingga hari ini dengan tujuan untuk mengalirkan air dari Sg.Besut ke taliair untuk pengairan tanaman padi di kawasan KETARA ketika itu.

'Besut Barrage' terdiri struktur konkrik bertulang dan dipasang dengan empat(4) pintu berkembar berukuran 12.2m lebar dan 6.1m tinggi dan beroperasi secara mekanikal dengan kawalan dari rumah yang terletak berhampiran dengan 'barrage'. Dataran banjir (floodplain) semulajadi di tebing kiri 'barrage' berfungsi secara alurlimph (auxillary spillway ) ketika musim banjir.

Kajian perunding yang dilaksanakan pada tahun 1988 telah mengesyorkan bagi mengurangkan masalah ini supaya kesannya dapat dikurangkan sehingga kepada sekali dalam 20 tahun ialah dengan membina semula 'Besut Barrage' yang baru.

Sistem mekanikal dan elekrikal termasuk pintu-pintu dan 'system hoist' di Besut Barrage telah beroperasi selama 30 tahun yang lalu dan kebanyakan komponen-komponen pintu air telah mencapai jangka hayat ekonomiknya. Acapkali berlakunya kejadaian kegagalan sebahagian komponen-komponen mekanikal dan elektrikal tidak berfungsi akibatnya banyak memberi masalah bekalan air semenjak beberapa tahun yang lepas.

Objektif Projek

> Pembinaan ini bertujuan untuk memberikan bekalan pengairan yang lebih efisyen serta mencukupi dalam mempertingkatkan pengeluaran padi ke arah 10 Tan untuk setiap musim pengairan bagi keluasan 4,000 ha disamping bertindak sebagai sokongan kepada tebatan banjir yang sempurna bagi seluruh kawasan KETARA.

>Melibatkan pembinaan struktur pintu air yang baru menggantikan Besut Barrage yang sedia ada, rosak, tidak ekonomik untuk diperbaiki.

Manafaat perlaksanaan

Terdapat dua (2) tujuan utama cadangan pembinaan Besut Barrage Baru ini ialah :

1) Bekalan Air – Bagi memenuhi keperluan air pengairan di IADA Besut
2) Mengurangkan risiko banjir

Disamping itu, dianggarkan lebih kurang 175,824 oranag penduduk di Besut dan di Setiu akan mendapat manafaat yang lebih besar dengan pembinaan Besut Barrage.

Impak Projek

Bekalan Air Mengurangkan Risiko Kemarau

KETARA mula melaksanakan projek padi 10mt mulai Musim 1/2002. Kekurangan bekalan air pengairan yang berlaku dimusim biasa menjadi meruncing di musim kemarau telah menjejaskan hasil padi di kawasan-kawasan terlibat. Kerugian daripada keadaan telah menjejaskan sebilangan besar pendapatan petani yang merupakan kumpulan sasaran yang perlu dimajukan.

Setiap kali tiba musim kemarau hanya 41.9% sahaja kuantiti air dapat dibekalkan ke sawah padi sehingga mengakibatkan 1875.5 hektar atau 36.2% daripada keseluruhan kawasan terjejas dan menjadi kering. Ini bermakna KETARA mengalami kerugian sebanyak 36.2% dari segi hasil yang sepatutnya diperolehi jika sawah padi tidak terjejas akibat kekurangan air. Keadaan ini melibatkan petani seramai lebih kurang 1000 orang. Dengan pembinaan Besut Barrage ini dapatlah dikurangkan kerugian terhadap kumpulan sasaran ini.

Mengurangkan Risiko Banjir

Dengan adanya Besut Barrage, lebihan curahan hujan di musim tengkujuh dapat ditakung dan disimpan secara berkesan. Apabaila keadaan ini berlaku, sudah tentu dapat membantu mengurangkan risiko banjir yang boleh membawa kepada kemusnahan kawasan pertanian.

Punca Air Minuman Domestik

Sungai Besut merupakan satu punca minuman bagi penduduk di daerah Besut. Dengan adanya pembinaan Barrage Baru ini, paras air di Sungai Besut dapat diaturkan. Apabila sungai ini mengalami kekeringan di musim kemarau, simpanan air yang terdapat di Besut Barrage Baru boleh dilepaskan secara teratur dan sistematik sehingga membantu menaikkan paras air di Sungai Besut. Ini adalah kerana pintu kawalan Besut Barrage lama tidak lagi dapat berfungsi dengan sempurna disebabkan acapkali berlakunya kejadian kegagalan sebahagian komponen-komponen mekanikal dan elektrikal. Sekiranya pembinaan Besut Barrage Baru dijalankan, penduduk-penduduk tempatan tidak lagi kerunsingan menjelang setiap kali tibanya musim kemarau.

Gambar-Gambar Besut Barrage

40 kali dilihat

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


Empat YB Kawasan Parlimen Besut &#39;Baham Tanah&#39; <b>Di</b> Dendong dan <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 11:00 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita53/tanah%20YB%20Besut3.jpg

(Buletin Online) - KUALA TERENGGANU – Sebagaimana yang dijanjikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, seperti yang dicabar oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, hari ini Sabtu 24 Mac, Haji Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang 'baham tanah'.

Empat dari mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Dato' Seri Idris Jusoh,  ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.

Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.

Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.

Lot-lot PT 6902, PT 6903, PT 6904 dan PT 6964 adalah diberikan keajaan Umno Terengganu setiap satu kepada Idris Jusoh, Pehimi Yusof, Nawi Mohamad dan Abdullah Md Zain.

Yang dapat dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.

Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala terengganu




13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Buat Laporan Jumpa Bayi . Rupanya Bayi Wanita Ini Sendiri <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 05:15 AM PDT

tipu.jpg

KUALA TERENGGANU: "Ambillah budak ini, kalau tak nak jaga buang je, budak ini baik, tak menangis," kata seorang wanita warga emas kepada Wan Shahira Wan Nazri, 23, ketika meninggalkan bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu di pintu depan rumah keluarga angkatnya di Kampung Beladau Kepong, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, selepas berkata demikian, wanita berusia lingkungan 70-an itu meletakkan bayi malang yang dianggarkan seberat tiga kilogram dan masih bertali pusat itu di atas pengalas kaki di depan pintu sebelum bergegas meninggalkan rumah dalam kejadian jam 6 petang.

"Saya kemudian terus mengambil bayi yang lengkap berpakaian dan berstoking itu ke bilik tidur sebelum memberitahu ayah angkat yang pulang ke rumah selepas Maghrib," katanya ketika ditemui di rumah keluarga angkatnya, malam kelmarin.

Wan Shahira berkata, kejadian berlaku ketika dia menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di ruang tamu manakala ibu bapa angkat, Rashid Sulong, 56, dan Rokiah Mohamad, 36, tiada di rumah kerana berniaga di kedai makan yang diusahakan mereka di Kampung Sungai Rengas, tiga kilometer dari rumah.

"Pada mulanya, saya mencadangkan kepada wanita terbabit supaya menyerahkan bayi itu kepada ibu angkat yang berada di kedai makan di Kampung Sungai Rengas selepas dia mendakwa mengenali ibu yang mesra dengan panggilan Mak De.

"Wanita itu juga mendakwa tinggal di Jerangau, Hulu Terengganu, di tempat di mana ibu angkat saya berasal.

"Dia datang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Laser lama berwarna merah dipandu seorang lelaki yang kelihatan berusia hampir sebaya dengan wanita terbabit dan ketika kejadian, lelaki itu hanya menunggu di dalam kereta," katanya.

Sementara itu, Rashid berkata, selepas dimaklumkan Wan Shahira mengenai kejadian terbabit, dia terus ke rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Beladau Kepong untuk memaklumkan perkara itu sebelum menghubungi Balai Polis Chabang Tiga, di sini, jam 9 malam.

"Ketika kejadian, saya dan isteri berada di kedai makan yang kami usahakan, manakala Wan Shahira menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di rumah sementara seorang lagi anak, Fatin Nurshafikah, 9, tidur di bilik dan dua anak lagi keluar bermain.

"Saya tidak pasti siapa warga emas berkenaan walaupun mereka mendakwa berasal dari kampung isteri di Jerangau, Hulu Terengganu," katanya.

Bagi memastikan sejauh mana kebenaran dakwaan itu, Rashid berkata, dia memberitahu kejadian itu kepada isterinya yang kemudian menghubungi saudara-mara di Jerangau, namun dimaklumkan tiada saudara mereka di sana yang bersalin dan menasihati wanita itu membuat laporan polis.

"Saya percaya mereka yang melakukan perbuatan itu mengenali keluarga saya kerana dimaklumkan mereka terus menuju ke rumah ketika menghantar bayi ini," katanya.

Bayi terbabit kemudian dibawa anggota polis ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, dengan ditemani Wan Shahira dan seorang jiran pada jam 11.50 malam sebelum mereka membuat laporan di Pondok Polis HSNZ jam 12.30 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Ishak ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi lelaki terbabit dan berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. -hm 26/2

tipux.jpg

Tanda tanya bayi siapa yang ditinggalkan atas alas kaki di depan pintu sebuah rumah di Kampung Beladau, Kepong dekat sini pada Jumaat lalu terungkai apabila bayi itu sebenarnya anak kepada wanita yang membuat laporan polis mendakwa menemui bayi itu.

GADIS yang direman pada Jumaat lalu menunjukkan alas kaki tempat seorang bayi ditemui di Kampung Beladau, Kepong, Kuala Terengganu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, K. Manoharan berkata, tembelang pekerja sebuah kedai makan berusia 23 tahun itu terbongkar selepas polis menemui beberapa bukti mengaitkan kelahiran bayi berkenaan di salah sebuah bilik di rumah yang didiami wanita terbabit.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu baru melahirkan bayi berkenaan secara bersendirian sebelum suspek membuat laporan polis pada Jumaat lalu mendakwa bayi itu diserahkan oleh seorang warga emas.

"Siasatan mendapati sebaik bersalin, wanita itu terus menyerahkan bayinya kepada seorang kakak angkatnya untuk dijaga beberapa hari.

"Selepas itu, kakak angkat wanita terbabit memulangkan semula bayi itu kepada si ibu," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam. -kosmo

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Pemenang GA Contest Teka Gambar | Kasih Salina

Posted: 24 Mar 2012 06:05 PM PDT

Giveaway Contest Teka Gambar yang berlangsung selama seminggu yang berakhir pada 20 Mac (11.59PM) sudah ada pemenang.
Jawapan untuk contest tersebut ialah Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Malaysia.
Diumumkan pemenangnya ialah: Aine Ainun dengan jawapan diberikan adalah seperti berikut "Masjid kristal,Pulau Wan Man, Terengganu"
Lagi pemenang ialah KhaiRin : anies dengan jawapan yang juga tepat tetapi ada menggunakan singkatan seperti berikut "masjid kristal kat pulau wan man t'ganu".
TAHNIAH kepada anda berdua!
*Pemenang sila tinggalkan nama penuh, alamat surat-menyurat dan no. HP kepada saya melalui emel zamina.8081@gmail.com dengan segera

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


teganuku: Empat Melecur Akibat Belon Besar Meletup <b>di Jerteh</b> Souq

Posted: 05 Jan 2012 10:34 PM PST

Empat lelaki melecur hampir seluruh badan apabila sebiji belon besar pecah dan terbakar di tapak Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Jerteh Souq di Jerteh pada malam kelmarin.

Kesemua yang cedera kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Kontraktor di tapak karnival terbabit, Kenny Soo, berkata tiga mangsa adalah pekerjanya iaitu Mohamad Hanif, 17, Yap Chi Keong, 30 dan seorang lagi dikenali sebagai Kalidasan, 23, serta penduduk tempatan Mohd Nor Jusoh, 55, dari Kampung Lampu, Kuala Besut yang kebetulan berada di tempat kejadian ketika belon itu pecah.

Kejadian berlaku pada jam 9.15 malam ketika Kalidasan dan Mohamad Hanif sedang mengisi gas ke dalam belon itu manakala Yap dan Mohd Nor, melihat kerja mengisi gas hidrogen dilakukan apabila tiba-tiba belon itu meletup.

"Kesemua mangsa melecur teruk hampir seluruh badan dan kepala apabila percikan api menyambar mereka," kata Soo ketika ditemui di Jerteh malam tadi.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dipindahkan ke HUSM. Mereka dipercayai dalam keadaan stabil.

Soo berkata, kejadian berlaku dengan cepat dan beliau tidak dapat memastikan punca belon itu meletup.

Katanya, kesemua pekerjanya itu berasal dari Kuala Lumpur sedang melakukan persiapan akhir di tapak karnival tersebut yang bermula hari ini dan berakhir pada Ahad.

Seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau ternampak api daripada belon itu dan kemudian melihat keempat-empat mangsa yang sedang terbakar berlari sambil menjerit meminta tolong dan dibantu orang ramai yang berada di situ.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Yantie Ahmad: ~<b>Pulau Bidong</b>, Merang, Tganu~

Posted: 25 Mar 2012 04:00 AM PDT

Mula-mula aku start dive dulu, aku ternampak dalam paper ari ahad, lokasi menyelam kat Terengganu..hish cam best jek ni...Pulau Bidong??..hurm cam tak pernah dengar pulak...aku pun amik paper tu, lipat-lipat masuk beg..one day aku nak pegi pulau ni..dive kat sana..impian!!..
paper cutting yang aku simpan sampai skang..date : 18 Mac 2010...

So, bila geng-geng diver dok seminggu ajak g dive..mula-mula ajak g pulau tioman, aku wat tatau jek..malas la pegi tioman...tapi sebab full house, dorang tukar venue, nak ke pulau tenggol lak..aku wat bodo jek...skali pun cancel gak sebab full house, then tetiba si Chip ajak g Pulau Bidong...aku terus BIDONG???...bape cost??..RM275 tuk 3x dive..aku pun terus, OKEH!..AKU JOIN!!..sebenarnya dalam kepala tak pikir pun additional cost yang lain-lain..accomodation la, transport la, sewa gear laa...haha..gelojoh!
Tu la dia lokasi Pulau Bidong..Pulau Bidong ni ada sejarah nya..pulau ni menjadi tempat pelarian vietnam tinggal masa zaman vietnam tengah berperang..jap aku kopipes kat wiki yek..
Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia. Ia terletak 45 kilometer di luar pantai bandar Terengganu dan Merang di Laut China Selatan.
Pada 8 Ogos 1978, pulau Bidong telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang oleh kerajaan Malaysia dan Komisioner Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dengan penempatan 121 pelarian Vietnam pertama. Sejak itu sehingga 1991, pulau ini menjadi tempat perlindungan bagi pelarian Bot yang melarikan diri daripada pemerintahan Komunis dari Vietnam.
Menjelang Januari 1979, terdapat 18,000 pelarian Vietnam di pulau Bidong dan menjelang Jun 1979 pulau ini pernah menempatkan sehingga 40,000 pelarian Vietnam dan yang lain-lain sebagai tapak peralihan semasa Perang Vietnam.
Selain daripada pelarian Vietnam, ia turut menempatkan pelarian Kemboja pada akhir 70-an, yang lari daripada regim Khmer Rouge.
Laluan mereka daripada Vietnam dipenuhi ancaman dan bahaya kerana bot pelarian adalah kecil, sesak, dan sering menjadi sasaran lanun. Mereka menjadi mangsa rompakan, diperkosa, dicacatkan, dan dibunuh. Beribu-ribu pelarin mati di laut sebelum sampai ke pantai Bidong.
Ketika ia ditutup pada 1991, kira-kira 250,000 pelarian berada di kem sebelun diterima kebanyakannya oleh Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Perancis. Selepas kem ditutup, banyak pelarian telah dihantar pulang ke Vietnam.

23 March 2012

Setelah menghapday kan diri dari keja..sampai-sampai bilik hostel jek, terus packing barang-barang..fin, mask, snorkel, pointer, dry bag, baju sikit, duit, tiket bas, sun glass, sun block..kul 2.30 aku dah terpacak kat sri putri tunggu bas ke KL..sib baik la ada yang tolong hantar kan...kendong fin ngan backpack kecik yang dah lusuh tu, pakai selipar jepun jek..

sampai KL, lebih kurang kul 6.30 ptg, Aliya si bayang-bayang collect aku dari TBS..then, melepak ngan aliya and hasina kat giant sementara tunggu siti dari Ipoh sampai..alamak, ketapi dia boleh lak ada prob kat slim river..maka sementara tunggu si Siti, kitaorg sempat la masuk karok dulu sejam..layan kan jek laaaaaa..

Lebih kurang kul 10 kami ke KL central pick up Siti kat sana, then terus shoot ke pantai timur...jalan agak jam nak keluar dari KL, kul 11mlm kami baru masuk highway LPT..sampai karak aku sempat terlelap sampai la kat Kuantan baru tersedar..then terus layan kan driver F1 si hasina tu menyembang...haha..elok la tu, driver memang kaki cilok...yang co-pilot pulak tukang support..pukul 4am kami dah sampai area merang..tapi nk cari kan homestay ni, kami tersilap-silap simpang sikit sampai tersesat..nasib baik la si chip hantar wassap location dia, then terus jek link ngan kami punya BB GPS..haha..canggih rupanya tepon aku tu..:p


Pas masuk rumah jek, terus terlena...zzzz....

24 March 2012

Pagi tu lepas sembahyang subuh, aku terlelap balik..lebih kurang kul 8am, terus bangun siap-siap nak naik bot pulak..sib baik chip dah belikan kitaorang bekpas..make nasi kerabu pagi-pagi,,memang tema pantai timur la!!..

Pas makan, pergi store pilih dive gear..then pack barang terus masuk van..naik van ni dalam 10 minit la nak ke jetty merang...jetty yang sama kalo korang nak ke pulau redang..dari jetty, kami naik bot dalam 20 min la lebih kurang nak ke pulau bidong tu..
 Boatman tolong angkut kan barang..
From left : Dzumie Chip and his wife, diba, Hasina and siti

Dive sites kat Pulau Bidong..
Pemandangan kat jetty Pulau Bidong
hurm, nampak laut tak berapa choppy..so harap-harap current under water pun ok la..lebih kurang pukul 9.50 am..kami dah ke 1st dive spot...HERITAGE!..masa briefing tu our DM cakap akan nampak banyak kazanah-khazanah and artifak-artifak lama, siap ada bas, lori, kapal..memang giler cool!..tak sabo-sabo dah ni!..harap-harap visibility cun..
mula-mula turun jek dah ternampak tengkolok ni...macam yg atas kepala agung kat duit tu..
 Penunggu lori ayam!!.. 
sesat underwater..alamak, signboard dah karat pulak..hissh..cam mana nak pegi paris ni??
Naik dari 1st dive...kami interval kat jetty Pulau Bidong tu selama lebih kurang 45 min..sementara tunggu boatman tukar kan semua tong gas ngan gear kitaorang sempat la makan kat situ..package dive ni termasuk lunch ngan sneak kat pulau ni..

2nd dive spot, kami ke Kerah Island..kat sini banyak coral..unlike kat 1st dive spot tadi, pasir jek yang ada..


safety stop pun sempat posing lagi..;)

3rd dive spot, boatman cadangkan kami dive kat lighthouse, tapi kami tak nak sebab nak dive lagi kat 1st dive spot...haha...tak puas pulak amik gambo tadi...aku leka ngan lorry sampai tak perasan lak ada bas kat sebelah tu...haha..boat man pun setuju, layan kan jek kami ber4 ni..so, kami return ke Heritage LAGI...tapi time ni laut dah surut, so a bit cloudy..
hepp..heepp..cikgu dok ngajar ni..anak murid dalam bas sekolah jangan nak gaduh2..nanti kena babap kang..
 My bubbles...blluuppp!!..blluppp!!...bllluupp!!!...
 Shrimp ni kecik giler...halus jek..hasil tangan cameraman yang skillful ni..
Jumpa pun akhirnya tepak sirih ni..okeh dah ada gambo cam dalam paper...baru pueh ati!..haha

Lepas puas menyelam..amik gambo macam-macam, tapi sebab visibility tak berapa cun, tak syok gak nak mengpose kat pintu gerbang tu..then kami pun naik la ke surface...lepak kejap kat jetty pulau bidong tu..sib baik diba tolong amik kan aku pasir sikit..hehe..dapat la sebotol...:)

Lebih kurang pukal 5 petang kami dah sampai kat homestay semula..lepas tulis log book, aku sempat meround kat pantai depan homestay tu..sangat rekemen la kat kawan-kawan kalau nak datang sini..layanan pun best..

 bye..bye..pulau bidong!!...
 Chip dok beriya menulis luahan perasaan dalam log book nya..
apa ke benda thah yang panjang sgt di tulis tu..:p
keropok lekor tu terbaeekkk!!!..memang sedap giler!!..
 tu la dia homestay nya..feels like home!..

Jejalan kat area homestay tu..
apa-apahal, sila roger lisa..ni kad dia..

lebih kurang pukul 6.30 petang, kami keluar dari homestay tu..aku balik ke JB naik bas malam tu jugak dari Kuala Terengganu, Siti pulak balik ke Ipoh..yang lagi 3 orang tu, balik ke KL ari ahad...dorang nak borong sakan dulu kat area KT..

byeeee...jumpa lagii!!!...

underwater pictures courtesy of Dzumie Chip.

SOMETHING YANG MENARIK <b>DI PULAU BIDONG</b> UMT - blog*spot

Posted: 05 Sep 2011 02:41 AM PDT

khas tuk pelajar first year umt..UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.tentu kowng tertnya-tanya ape kaitan umt ngn pulau bidong kan???well,mai saya explain serba sedikit pasal hal nie.adek2 senior,kowang diwajibkn tuk pergi ke pulau bidong..kira ini untuk markah koko kowang.lau x silap 10 %..byk tue!!!hnye yg sakit dan ade surat xcuse je yang x dapat join..yang laen wajib join...best2 sgat2 berada di  "pulau bidong".kowang akan bermalam di sana.banyak aktiviti yang perlu anda semua lakukan iaitu snorkling,water confident,fishing,canoe n jejak warisan =>SURVIVAL LAUT.

khemah kena pasang sendiri..satu khemah lam 4-5 orang.pandai la kowng pilih ngn sape kowang nk tidow skali..

dah nk balik...

maen jgn x maen...

atas bot umt..seronok bangat sik

kami group ketam...miss crab..wakaka

group laen : jerung,udang,pari

bertuah kan kowang dapat pegi pulau bidong...pelajar universiti laen x dpt join aktiviti macam kte nie...spe kata umt x best...dekat ngn pantai plak tue,bleh release tension n lepak2 kt sana sambil mkn keropok lekor.jgn cuci mata pulak!!!!RINDU NK JOIN SURVIVAL LAUT...


13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Sebongkah Batu <b>Di Kuala Berang</b>: Layakkah dosanya ditanggung <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2011 11:58 PM PST

"Interlok" ditetas;
"Sebongkah" dicantas.
Sasterawan cerdas;
mulailah ditindas.
–A. Samad Said

Lagi sesebuah buku itu diharamkan, lagi melonjaklah popularitinya. Lagi dikeluarkan fatwa tentang buku itu, lagi melonjaklah pula penjualannya.

Siapakah mereka yang mengawal pembacaan masyarakat? Manusia biasa akan ada sifat prejudis mereka sendiri dan akan mengharamkan karya-karya yang mereka tidak suka bukan kerana ada bukti kukuh tetapi atas sebab kepentingan sendiri dan tidak semestinya menguntungkan atau melibatkan masyarakat.

Pengharaman buku perlu dilihat secara berasingan, ianya tidak boleh dihukum secara umum. Alasan yang kerap digunakan oleh pihak tertentu (baca: pro-pengharaman) ialah untuk melindungi masyarakat daripada ditipu atau dipengaruhi oleh aliran yang boleh memesongkan akhlak mahupun akidah.

Sebagai contoh, buku 'Pelik Tapi Benar Dalam Solat' tulisan Ustaz Abdul Rahman Mohamed adalah mengenai feqah, bukan akidah. Akan tetapi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dan menarik balik pengedaran buku tersebut dengan alasan buku ini berlainan mazhab, bimbang akan menggugat akidah pembaca.

Kredit :Google Image

Oleh itu, timbullah persoalan dibenak pembaca berkenaan pegangan mazhab. Adakah hanya kerana kita berpandukan mazhab Syafii' maka menganggap mazhab lain terpesong dari akidah? Adakah mazhab–mazhab lain itu menjadikan kita sesat jika diikuti? Adakah saranan mazhab lain itu salah dan mampu menyimpangkan akidah pembaca? Oleh itu, dari sudut mana penilaian dari KDN itu dibuat?

Kemudian, Negara dikontroversikan dengan isu penarikan balik novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain 'Interlok' untuk tidak lagi menggunakan novel tersebut sebagai buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu pelajar tingkatan lima mulai tahun ini.

Alasan sebelum ini bahawa Interlok mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun ianya telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan. Walaubagaimanapun, usaha untuk mengharamkannya tidak bekubur begitu sahaja apabila ianya dicalit rasis oleh politikus-politikus demi kepentingan peribadi.

Kredit: Google Image

Jika disebabkan intipati novel tersebut hanya wujud kasta yang digambarkan oleh pengkarya, ianya bukan suatu bentuk penghinaan kepada kaum India malah merupakan realiti pada zaman berkenaan.  Adakah ini sudah cukup kuat untuk mendakwa novel tersebut mempunyai elemen-elemen menjatuhkan martabat kaum tersebut? Apa sudah jadi dengan negara? Benarkan saya berkata, mundurnya pemikiran rakyat kita!

Soalan yang kian terbit di saat menulis entri ini..

Kalau tidak diharamkan, apakah impak terbesar yang berkemungkinan berlaku kepada pembaca?

Berulang setiap kali Allah menceritakan kejadian alam dan memberikan ruang berfikir kepada manusia. Allah menyatakan;

"yang demikian itu bukti-bukti (kebesaran Allah) bagi mereka yang berfikir" (ar-Ra'd: 3, ar-Rum: 21, az-Zumar: 42),

juga disebut:

"yang demikian itu bukti-bukti (kebesaran Allah) bagi mereka yang berakal" (ar-Ra'd: 4, an-Nahl: 12, ar-Rum 24),

Membacalah dengan mata hati. Maka minda akan lebih berkembang, lebih banyak menyoal, lebih banyak membaca. Orang putih kata, self-censorship. Bagi yang boleh berfikir dan menilai, mungkin penerangan itu akan mudah diterjemahkan dengan baik kerana setiap orang berhak membaca apa sahaja yang mereka mahukan. Tetapi malangnya, di negara ini ramai yang asyik menerima tanpa mahu menilai secara kritis.

Teori minda kita dijajah adalah sangat tepat. Ia terbukti kerana akal kita tidak berupaya untuk berfikir secara kritikal akibat kesan kecenderungan kepada pendidikan sekular yang tidak berteraskan kepada susur galur penyampaian ilmu sebenar yang dianjurkan oleh Islam sendiri. Secara terperinci, sistem pembelajaran di Malaysia hanya mementingkan pencapaian peperiksaan dan tidak banyak memberi ruangan kreatif untuk berfikir. Atas alasan itu, pelajar menjadi jumud dan bahan bacaan yang ringan menjadi pilihan.

Lalu, terhasillah karya-karya picisan yang santai, lemah gemalai dan liuk lentok dihidang kepada kita tanpa jemu. Nah lihat sahaja di kedai-kedai buku, karya apa yang setia berbaris di ruangan best-seller? Atau pergi sahaja di laman sesawang milik penerbit besar, buku apa yang terlaris mengungguli carta bulanan?

Kembali kepada persoalan tadi. Jika tidak diharamkan, bagaimana untuk mengawal buku-buku yang membawa kepada kerosakan akhlak, akidah? Buku yang menjurus kepada penghinaan kepada agama, bangsa? Persoalan demi persoalan beginilah yang sentiasa memberi ancaman kepada ibu bapa dan masyarakat lantas menyokong segala macam Akta yang disodok berkaitan pengharaman.

Adakah dengan membenarkan pengharaman ke atas buku yang mencentus kontroversi kononnya itu adalah jalan terakhir yang diambil oleh pihak berwajib? Jawapannya, TIDAK!

Kredit :Google Image

Mengekanglah tulisan dengan tulisan. Islam adalah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah. Tindakan yang lebih bijak adalah untuk menulis buku atau artikel bagi menjawab semua karya yang dikatakan mengandungi unsur keraguan kepada pembaca.  Sebagai contoh, baru-baru ini, novel cereka "Sebongkah Batu di Kuala Berang" karya Faisal Tehrani diharamkan edar atas sebab (yang tidak dipastikan) bahawa tulisan penulis dipenuhi penyelewengan dari kebenaran disamping meniupkan unsur 'syiah' di dalam novelnya. Pendapat saya, pihak yang bertanggungjawab di dalam soal pengharaman buku ini wajiblah menyatakan sebab penarikan dengan hujah serta bukti dan terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian. Penulis pula, harus mengambil sikap berlapang dada terhadap kritikan dan menerimanya secara matang dan profesional.

Ianya mengingatkan saya kepada kisah Kassim Ahmad dalam tulisannya 'Mencari Jalan Pulang'. Katanya (lebih kurang), "Dia berfikir begitu kerana ia berdasarkan apa yang dia kaji, dia baca dan dia belajar serta apa yang dia percaya. Dan, sekiranya ada org yang boleh merasionalkan apa yang dia percaya itu salah dan boleh menjawab segala persoalannya, maka dia akan menerima."

Suka saya buka lembaran sejarah sebagai pedoman bersama iaitu pada zaman pertengahan Eropah yang menyaksikan banyak buku diharamkan dan dibakar atas alasan agama. Manakala di zaman penjajahan British pula, karya Pak Sako diharamkan pengedarannya dan begitu juga renteten dari peristiwa yang berlaku di Occupy Wall Street di Amerika, ada perpustakaan yang ditubuh aktivis turut dilayan sedemikian rupa.

Adakah kita ingin negara menuju ke zaman kegelapan gereja yang menghukum apa sahaja ilmu yang tidak serasi dengan kelompok tertentu tanpa alasan? Atau adakah kita terlalu jumud dan paranoid dan bertindak seperti pihak British? Jika trend begini berterusan sudah pasti ianya boleh merosakkan percambahan ilmu.

Dan jika akidahlah yang menjadi kerisauan semua pihak, izinkan saya bertanya. Bukankah untuk mengawal akidah perlulah dimantapkan akidah itu terlebih dahulu? Saya kongsi di sini jawapan Abdullah Munsyi kala dituduh sebagai mengkafir umat Melayu semasa menjadi penterjemah kepada paderi Inggeris:
"Apakah ertinya iman itu? Adapun ertinya iman itu yang kuketahui, percaya; maka jikalau kiranya aku membaca seribu kitab agama lain-lain, jikalau tiada percaya aku akan dia, bolehkah rosak iman? Aku tiada mahu mendengar perkataan bodoh itu."

Mungkin saya boleh simpulkan bahawa kaedah "Bacalah dengan nama Tuhan mu" itu menjawab segala persoalan di atas.

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved