ads

Khamis, 13 Disember 2012

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Apa Kejadahnya @Anwar Cabar Bertanding <b>Di</b> <b>...</b> - kamunting central

Posted: 20 Nov 2012 07:44 PM PST

Kalau ada pertandingan siapa paling banyak mencabar, ia pasti sudah dimenangi oleh Anwar Ibrahim. Sikap Anwar yang suka mencabar sudah menjadi satu lawak basi bagi rakyat Malaysia.

Asal ada peluang, beliau akan mencabar dan sasarannya pastilah Perdana Menteri kerana percaya itu saja tarafnya. Namun begitu, beliau tidak pula ingin mencabar atau menyahut cabaran Nallakarupan, Umie Hafilda atau Ezam Md Nor yang menjadi kunci segala pertuduhan ke atasnya.

Antara cabaran Anwar terhadap Dato' Seri Najib ialah debat isu PTPTN, debat bajet, debat isu Melayu, dan yang terbaru ialah beliau mencabar agar Dato' Seri Najib bertanding di Marang iaitu kawasan Presiden PAS, Hadi Awang.

Persoalannya, apa ke jadahnya Dato' Seri Najib hendak bertanding di Marang? Sedangkan beliau adalah orang Pekan, dan telah lama berbakti di Pekan.

Lainlah seperti pemimpin pembangkang yang ikut suka hati bertanding di mana saja kerana mereka percaya rakyat memilih pemimpin berdasarkan kekerapan ceramah dan kefasihan berpidato dan bukannya berdasarkan khidmat, bakti serta kebolehan bekerja.

Jika ini tidak benar, tidak mungkin Hadi Awang tiba-tiba membuat kenyataan ingin bertanding di Pekan. Sekali lagi, apa ke jadahnya, Hadi nak bertanding di Pekan? Atas dasar apa beliau ingin bertanding di kawasan orang? Apakah jasa beliau kepada rakyat Pekan, sedangkan di Marang juga beliau tidak ada jasa?

Setelah sekian lama, kita semakin arif tentang taktik dan perangai Anwar iaitu beliau akan mencabar seseorang atas perkara yang tidak masuk akal, remeh atau tidak logik yang mana ia pasti akan ditolak. Taktik ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menunjuk hebat tanpa perlu berbuat apa-apa.

Selain itu, beliau juga akan menggunakan isu cabaran ini apabila sudah benar-benar ketandusan isu dan namanya hampir tenggelam.

Mungkin beliau benar-benar berpegang kepada prinsip selebriti iaitu lebih baik menimbulkan publisiti murah daripada tiada publisiti langsung. Namun, dalam isu mencabar Dato' Seri Najib bertanding di Marang ini, tindakan ini bukan lagi dilihat sebagai satu publisiti murah, tetapi bodoh.

Kelihatan seolah-olah Anwar bercakap hanya kerana ingin mengambil perhatian orang ramai walaupun sebenarnya tiada apa untuk dicakapkan.

Strategi saling menukar tempat bertanding ini juga kononnya untuk memperlihatkan yang Hadi Awang bukan diktator. Walhal, Hadi Awang bukan diktator sudah pun diketahui ramai.

Justeru, jika beliau merasa yang beliau perlu membuktikannya, tentulah pelik sekali. Sedangkan semua orang tahu yang beliau hanyalah pak turut kepada DAP dan juga Anwar Ibrahim, iaitu diktator yang sebenar-benarnya.

Hadi juga pasti tahu yang beliau akan malu jika kalah di Marang, tetapi tidak akan malu jika kalah di Pekan. Mungkinkah ini cara untuk mengelak dari malu atau cara halus pihak tertentu untuk menamatkan terus riwayat politik beliau?

Apapun, Hadi Awang bukanlah watak signifikan di dalam Pakatan Rakyat. Hadi tidak punya karisma dan kaliber sebagai pemimpin. Malah, dalam mesyuarat, Hadi hanya memberi ucapan pembukaan sebelum melepaskan tanggungjawab pengerusi kepada orang lain.

Maka, kita tertanya-tanya, apakah permainan Anwar dalam isu ini? Siapakah sebenarnya sasarannya? Najib atau Hadi? Atau sekadar melepaskan 'gian' untuk bercakap walaupun tiada isu?

Ataupun kerana terdesak ingin mengalih asakan media mengenai fahaman liberalisasinya yang berbangkit akibat keceluparan mulut anaknya, Nurul Izzah yang membenarkan umat Islam murtad?
Cr. Meor Suleiman Fariss

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Video : Jelajah Merdeka Rakyat Anwar <b>Di Besut</b> - tinta hijau dari <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 01:44 AM PST

Jelajah Merdeka Rakyat Anwardi Besut, Terengganu 17/11/2012

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


2 maut, 5 parah kemalangan dua kereta <b>di</b> Dungun | Minda Mandul

Posted: 05 Dec 2012 02:46 AM PST


DUNGUN – Dua wanita maut, tiga parah manakala dua yang lain cedera ringan dalam kemalangan ngeri melibatkan dua kereta berdekatan loji air Kampung Serdang, dekat sini, pagi tadi.


Kejadian jam 8.30 pagi di Kilometer 12.5 Jalan Dungun-Bukit Besi itu dipercayai berlaku apabila sebuah Honda Civic dinaiki tiga sekeluarga dari arah Dungun menghala ke Bukit Besi dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum terbabas lalu berlanggar dengan sebuah Proton Wira dinaiki empat sekeluarga dari arah Bukit Besi menghala ke Dungun.


Ketika kemalangan, keadaan permukaan jalan agak licin akibat hujan renyai sejak awal pagi lagi.


Honda Civic dipandu Mohd Ridzwan Badiuzaman, 21, bersama dua penumpang lain termasuk ibu Ridzwan, Suzlina Ahmad, 40, dan sepupu Ridzwan, Norfathika Shamsudin, 17, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Balai Besar menuju ke Machang, Kelantan.


Empat sekeluarga yang menaiki Proton Wira pula iaitu Zulkifli Mamat, 53, isteri Zulkifli, Zainun Awang, 50, adik ipar Zulkifli, Gayah Awang, 45, serta anak lelaki Gayah, Tarmizi Ismail, 11, dalam perjalanan untuk ke rumah tok mudim di Dungun bagi menyempurnakan majlis berkhatan Tarmizi.


Mangsa yang maut adalah seorang daripada penumpang Honda Civic, Suzlina yang beralamat nombor 1326, Jalan Balai Besar Dungun serta seorang penumpang Proton Wira, Zainun Awang, 50, dari Kampung Pancur, Jerangau.


Semua mangsa dalam Honda Civic dan Proton Wira termasuk pemandu dipercayai tersepit dalam kenderaan yang remuk dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


Mohd Ridzwan, seorang mekanik di bengkel Batu Lima yang memandu Honda Civic patah hidung dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.


Sepupu Ridzwan, Norfathika, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Besar cedera ringan dan dimasukkan ke wad perempuan Hospital Dungun.


Semua mangsa dalam Honda Civic berasal dari Balai Besar, Dungun.


Sementara itu, tiga lagi penumpang Proton Wira dilaporkan parah iaitu pemandunya, Zulkifli yang bekerja sebagai pemandu lori pasir di Jerangau, kakak ipar Zulkifli, Gayah, seorang ibu tunggal yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan parah manakala anaknya, Tarmizi, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang turut cedera.


Mereka juga dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut.


Zulkifli berasal dari Kampung Pancur Jerangau manakala kakak iparnya, Gayah dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu.


Dua mangsa yang maut di tempat kejadian mengalami kecederaan serius di kepala dan anggota badan  dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.


Sebuah jentera bomba bersama tujuh anggota dari Balai Bomba Kuala Dungun, tiga kereta peronda polis serta dua ambulans termasuk kenderaan JPAM turut berada di lokasi bagi melancarkan operasi menyelamat mangsa.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang ditemui di Hospital Dungun ketika mengesahkan kejadian memaklumkan polis masih menyiasat kemalangan maut yang mengorbankan dua mangsa di laluan Dungun ke Bukit Besi itu.

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


Ceritera Aque Gadysmu ƸӜƷ: Sedara accident <b>di Ajil</b>.

Posted: 05 Dec 2012 04:47 AM PST

Hari Selasa lepas, 2 November. Lebih kurang pukul 9 malam, pak cik aku accident.
Masa tu diorang on the way nak pergi KL.
Aku pun tak tahu sangat cerita. Apa yang aku ...
Pak cik aku terlanggar belakang lori.
Dalam kereta tu, ada sedara aku yang paling aku rindu sekali. Masa tu dia duduk belakang.
Kat depan isteri pakcik aku dengan anak dia. Baby lagi weyh.
Bila tengok gambar muka isteri pakcik aku tu kan memang teruk gila la.
Nasib baik baby tak de apa-apa.
Dia masuk wad. Adik aku kata dia shock lepas accident tu.
Pak cik aku pulak kaca masuk mata. Dia pun kena tahan wad. Dahi dia kena jahit.
Pasal sedara yang aku rindu tu, aku tak de gambar dia.
Tapi dia sikit je kena. Bibir dia sumbing sikit.
Ini gambar kereta pakcik aku yang kena accident tu.
Innallilah wainnailahirojiun~
P/S: Harap-harap diorang cepat sembuh. Apa yang terjadi mesti ada hikmah disebaliknya.

jamuan akhir tahun sk. <b>ajil di</b> anjung bistro - sekolah kebangsaan <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2012 10:28 PM PDT

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENAFIAN
Sekolah Kebangsaan Ajil tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan maklumat dan
aplikasi dalam laman ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Ajil
21800, Ajil, Hulu Terengganu
Tel: 09-6861154 Fax: 09-6861159
Email : tba5053@yahoo.com

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


TENIS KETARA- AHLI MASA CUTI SEKOLAH <b>DI JERTEH</b>

Posted: 10 Dec 2012 04:38 AM PST

Susahnya nak main tenis kat Jerteh....biarpun ada court.....playernya tiada..

Mujurlah sahabat-sahabat yang duk luar jerteh...balik masa cuti sekolah...ada juga aktiviti

Court BETA nak tambah 2 lagi..akan jadi 4 semuanya dalam tahun ni juga...so akan bertambahlah gelanggang tenis di Besut...

Tapi agak jauh bagi yang tinggal di Jerteh macam aku nih.....

Tapi kalau dah takdak player..kena gi main sana jugalah nampak gayanya...

Antara aktiviti masa cuti,player dari luar Jerteh ..mengajar di Ampang ,Kuala Lumpur..
si Hamdan dari Kg Apal Jerteh....

 CG Hamdan dr Kuala Lumpur...ore Besut jah....


Bersama sahabat lama kat maktab dulu...jupo masa cuti sekolah jah...
buat rumah di besut dah...mengajar di Perak lagi....payah nak masuk Besut..
Syukur ambo boleh duduk tempat ok dah....

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


GARAMLADA : Mengapa kos lebuhraya <b>Jabor</b> jadi RM5bilion?

Posted: 11 Nov 2011 02:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menjelaskan isu berhubung bagaimana kos pembinaan lebuhraya Jabor di Kemaman menelan kos tinggi sehingga melebihi RM2bilion daripada kos asal. Ketua pembangkang, Dato'Seri Anwar Ibrahim berkata, kos asal pembinaan lebuhraya yang termasuk dalam projek Lebuh raya Pantai Timur (LPT) itu hanya bernilai RM3bilion, tetapi kini menjadi RM5 bilion. Anwar berkata demikian semasa berbahas di Parlimen pada 2 November lalu.

Lebih malang lagi, projek gagal disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu pada tahun lalu walaupun pembinaannya bermula tahun 2007, katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Kegagalan menyiapkan lebuh raya tersebut dibebankan lagi dengan masalah yang bakal dihadapi dengan persoalan siapa yang akan mengutip tol dan syarikat pemegang konsesi. Beliau mahu kerajaan mendedahkan pihak mana yang bertanggungjawab menyebabkan kelewatan dan peningkatan kos tersebut.

Selain itu beliau mendakwa semua masalah membabitkan kos dan kelewatan penyiapan LPT di Jabor adalah kerana kelemahan Jabatan Kerja Raya dan kementerian terbabit.

Selain itu beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek membina jambatan di atas daratan di Kemaman, Trengganu dengan kos RM174 juta yang melebihi RM70 juta dari harga sebenar.

Kata Anwar, ia merupakan satu projek elit Umno/BN yang membina jambatan di daratan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar.

Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikan elaun wakil—wakil rakyat.

Sehingga kini, katanya kemiskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.

Sumber berita: Harakah

Komen aku: Umno memang lebih naga daripada naga! Kalau tak buat begitu Umno tak akan kaya- pasti miskin papa! Serang PAS pun boleh diguna duit zakat, inikan pula duit buat lebuhraya!

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


hotel citra kuala berang: Hotel Baru <b>di Kuala Berang</b>

Posted: 12 Nov 2012 10:52 PM PST

 Lokasi Hotel Citra Kuala Berang

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Errah Najwa: Char Kuey Teow Sedap <b>di</b> Bandar <b>Chukai</b>, Kemaman

Posted: 08 Dec 2012 06:59 PM PST

Assalamualaikum

Kedai ni tak tahu lah dah berapa lama menapak dekat Chukai ni. Aku dah perasan lama dah cuma keinginan aku nak pergi sini tak pernah ada. Aku susah sikit kalau dah suka kedai tu, kedai tu jelah aku makan. Nak tukar tu tunggu aku jumpa kedai yang lagi sedap.

Balik tempoh hari, i dan family pergi pekena Char Kuey Teow. Plan awal nak makan steamboat, pergi-pergi kedai tutup. Lepas tu gerak lagi ke bandar nak pergi kedai nyamuk (Warung Nasi Lemak Mak Ani or Bawah Lembah namanya) yang femes amos di Chukai ni tapi malang sekali kedainya pun tutup jugak. Asal semua kedai aku nak pergi makan ni tutup haaa. Dahlah aku mengidam giler kat Mee Sup dia yang sedap pedas amat tu.
Entah camana jalan lagi depan singgahlah kedai Char Kuey Teow ni, dekat simpang nak masuk Mak Chili sederet dengan Klinik Wan Maihan kalau tak silap.

Sejak sebulan belakangan ni, aku buang tebiat hari-hari mau pekena sirap ais. No more Milo ais, Neslo Ais, Teh Ais dalam kamus hidup aku sejak sebulan ni. Tak tau kenapa maybe sirap dapat hilangkan dahaga kot. Aku ni hari-hari kuat minum air, so salah satu air yang tak muak ialah Sirap Ais. Nikmat yer nak nak time tu tengah haus amat.
Ok, berbalik pada menu utama. Dah nama kedai ni, Restoran Char Kuey Teow ko jangan mimpi lah nak order nasi goreng lauk tomyam ke apa-apa lah. Yang ada only Char Kuey Teow. That's it.! Tuh abang-abang ni nak siapkan order kami.
Char Kuey Teow ni kan buat satu-satu. So, nak siap nya tunggu turn lah yer. Mari kita isi masa senggang dengan berpoyo-poyo depan camera handphone cikaro.
Ini Char Kuey Teow Kerang sahaja-sahaja. Memula sampai ingat yang aku lah ni. Aku nak pegang dah sudu tu, sekali pelayan dia cakap maaf silap. Rupanya meja lain. Diambilnya balik. Tapi sempat jugak aku snap sekeping even blur. 
Sampai jugak akhirnya. Memang sedap. Sampai sekarang aku boleh rasa kesedapannya. Lagi pulak tengok gambar ni, bekeroncong perut aku. Udang dia tok sah cakap lah, banyak ok. Kerang dia plak besar-besar. Tak kedekut bahan-bahan cuma aku tak tahu lah pulak harganya berapa. Lupa nak tanya abah.
Mau lagi...............!!!!!!!!!!Balik kampung nanti pasti terjah lagi.
Abah. Radix dan segala mak nenek 3 in 1 dan seumpama dengannya tak boleh dipisahkan. Padahal dekat rumah dah berlambak pergi kedai pun itu jugak yang dipesan. Najwa pulak pesen tak makan makanan yang pelik. Pelik hape pun aku tak tau. 
Lagi sekali. Bila aku nak makan niha.
Adik bujang gue yang masih di bawah umur. Haha, baru 18 nih. Kerja pun dah good, gaji pun ada good cuma mood bergambar dia ni bila nak good nih. Dia pantang betul aku snap gambar dia time makan.
Budak Najwa yang tahu makan Nasi Ayam je kerjanya. Manala nak makan kuey teow segala ni. Jadi, terpaksalah order burger ayam 2. Lagi satu untuk adik i lagi sorang. Kalau kuat makan itulah orangnya. Cehh, sedap je aku mengata orang, diri sendiri tak sedar.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved