ads

Khamis, 12 April 2012

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Sungai <b>Paka</b> ~ Blog Siakappaka

Posted: 12 Apr 2012 12:20 AM PDT

Sungai Paka terletak di Daerah Dungun Terengganu, kira-kira 100 km di selatan Kuala Terengganu. Tempat berhampiran dengan Sungai Paka ialah Kuala Paka, Pantai Paka Dan Bandar Paka. Sungai Paka mengalir dari Bukit Patang (629m) dan Gunung Ulu Bakar (1391m), Kuala Paka merupakan sebuah mukim yang terletak di Paka, Pantai Paka yang berkelok menghadap Laut China Selatan seperti di gambarajah Map Paka. Terdapat perkampungan nelayan di sepanjang Sungai Paka Dan pantai Paka ini. Bandar Paka pula pesat membangun hasil perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu, berhampiran Kerteh. Petronas
dipertanggungjawabkan untuk membangunkan kawasan Kerteh dan Paka. Loji Penapis Minyak Terengganu yang besar dan panjang terletak di sini. Kawasan Perindustrian Petronas, Taman Industri Paka dan Kawasan Perindustrian Chachar dibangunkan bagi menampung keperluan pekerjaan dan ekonomi penduduk. Terdapat juga Stesen Janakuasa Sultan Ismail, stesen janakuasa gas terbesar di Malaysia, terletak di Paka dan dikendalikan oleh Tenaga Nasional. Dahulu Sungai Paka ini terkenal dijadikan sebagai tempat  limbungan iaitu tempat persinggahan kapal-kapal dagang, Dengan sejarah inilah wujudnya Kampung Limbong yang terletak berhampiran dengan Sungai Paka. Gambarajah menunjukkan keindahan Sungai Paka yang diambil semasa aktiviti memancing group siakappaka minggu lepas.

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


BoLonG punYa ceRiTa...=): LATIHAN LANJUTAN... Terakhir

Posted: 12 Apr 2012 04:59 AM PDT

:: sepanjang Latihan lanjutan kami PALAPES UDARA UUM sesi 11/12 [senior session] ::
Latihan / program yang kami jalankan...
sekitar Terengganu dan Kelantan
6hb April... bergerak ke Kelantan... kg. nering Pasir Putih...
~kat kampung ni, kitaorang pegi baksis
7hb April... still baksis sebelah pagi... petang dalam jam 6 bergerak ke bukit keluang
~kawasan pantai, tgh2 malam dirikan khemah, dan BBQ time
8April... PT pagi kat tepi pantai... sukaneka sebelah pagi sehingga petang
~sebelh tgh hari hujan lebat/ribut... lintang pukang robohkan khemah...
yg penting... dapat juga aku mandi ait laut China Selatan
~sebelah petang, bertolak ke PUGK (pangkalan Udara Gong Kedak)
9April... LAwatan di PUGK
~lawatan ke no.11 Skn, cawang operasi dan bomba, perlawanan persahabatan bola tampar dengan player2 PUGK.. Lelaki dan Perempuan
~malam... dinner kat mess pegawai... sempat nyanyi Ombak Rindu
10April... StiLL lawatan kat Simulator Sukoi...
~dapat juga tengok2 pemanduan sukoi... pening2... kepala pusing...
~bertolak baLik UUM... singgah setiap daerah hantar mereka2 yg pulang kampung
11april... dalam jam 2pagi... sampai UUM
~loading barang2 masuk stor... tido...
best juga.. tahniah kepada pengarh projek yang banyak berusaha ===>siti nadirah...
dapat juga melawat Kelantan walaupun sebelum ni pernah pegi tapi tak singgah
kali ni betul2 dapat pijak tanah kelantan
apa yang pasti... aku 3 hari sakit perut lepas makan nasi ayam kat bukit keluang tu
kaki pown krem sebab mandi laut lama sangat...
apapun... lawatan ke pangkalan udara GOng Kedak memang kenangan paling best...
sebab bukan senang2 nak masuk sana... nak tangkap gamabr dengan SUKOI
juga nak masuk simulator Sukoi...
ALhamduLiLLAh... apa yang penting... sempat jumpa senior yg bertugas sebagai jurutera/mekanik kat No.11 SKN... we are Airforce...
p/s :: lepas2 ni.. tiada sudah peluang maw jalan2 pigi Pangkalan Udara kan... next lawatan... maybe PU LABUAN... insya ALLAH kalau ada rezeki (pigi sendiri la)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry BoLong ! Like Kalau Suka ! ♥

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Apo2 Yolah: Tempat-tempat menarik <b>di Kuala Terengganu</b> Part 3

Posted: 11 Apr 2012 04:50 PM PDT

Assalammualaikum dan peace yo!
Ok bebeh, kito sambung penggembaraan Upin dan Ipin seterusnya. Lopeh yo kami melawat Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu tu, kami terus bergerak ke Muzim Negeri Terengganu. Macam biaso, pose cantek dulu.....tadaaaaaaaaaaaaa

Muzium Negeri Terengganu adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Antara tinggalan sejarah yang terdapek di dalamnya termasuklah Batu Bersurat. Muzium ni berhampiran dongan Perkampungan Keropok Lekor dan Taman Tamadun Islam.Kalau nak teroka keseluruhan muzium ni akan amik maso berjam-jam. Sampai Ecah muntah hijo pun tak tentu abes pusing laie. Antara gelari-galeri yang terdapek dalam muzium tersebut termasuklah
  1. Galeri Tekstil
  2. Galeri diRaja
  3. Galeri Kraf
  4. Galeri Senjata
  5. Galeri Sejarah
  6. Galeri Petroleum
  7. Galeri Islam
  8. Galeri Ilmu Kejadian
  9. Galeri Pelayaran & Perdagangan
  10. Galeri Perikanan & Taman Laut

Tak banyak sangat yang atok dapek share kan kat sini sobab kamera tidak dibenarkan bawak masuk ke dalam. Huntuk maklumat lanjut sila ke link ni http://museum.terengganu.gov.my/

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


5 <b>Pulau</b> Menarik di Terengganu | Dapur Malaysia

Posted: 26 Feb 2011 03:55 AM PST

Menurut website Tourism Terengganu, terdapat 7 buah pulau yang menjadi tarikan pelancong di Terengganu. Antaranya ialah Pulau Redang, Perhentian, Kapas, Gemia, Tenggol, Lang Tengah dan Rhu Hentian.

Pulau Redang

Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Kawasan Pulau Redang telah digazetkan sebagai taman laut dan antara yang terbaik di Malaysia. Pulau ini boleh diakses melalui jeti Merang di daerah Setiu.

Foto: Nasey

Pulau Perhentian

Terdiri daripada dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur. Boleh diakses melalui jeti Kuala Besut.

Foto: CW Ye

Pulau Kapas

Pulau Kapas merupakan tempat menarik untuk berenang, bermain kayak, snokerling, diving dan wind surfing. Untuk ke pulau ini hanya mengambil masa selama 10-30 minit dari jeti Marang.

Foto: Nur Ilahi

Pulau Gemia

Pulau Gemia, sebuah pulau kecil yang bersebelahan dengan Pulau Kapas. Pulau ini baru mendapat tempat dalam industri pelancongan di Malaysia. Setiap tahun, pulau ini akan menjadi tempat persinggahan penyu untuk bertelur.

Foto: Zahir Mansor

Pulau Tenggol

Pulau Tenggol menjadi syurga buat penggemar aktiviti menyelam kerana keindahannya. Terletak kira-kira 45 minit dari jeti Kuala Dungun.

Foto: copycatz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Lagi Umno Rampas Tanah; Generasi Kedua Felda Jadi Mangsa

Posted: 31 Mar 2012 11:06 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita53/tanh%20ktgh.jpg

(Buletin Online) - Inilah pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya slogan membela melayu yang dilaungkan?

Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu tengah. Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan memajukan negeri Terengganu.

Sudah berjuta peruntukan dilaburkan di Ketengah tetapi sehingga kini ianya tidak dapat dibanggakan. Bahkan kerugian, kegagalan mau pun salah urus serta penyelewengan dan pecah amanah diketahui umum oleh rakyat. Ianya menjadi institusi yang diambil kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri.

Ia menjadi tempat bersemayam Datuk Idris Jusoh apabila BN kalah pada tahun 1999 di Terengganu. Pernah Ketengah menjadi masyhur apabila pecahnya penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri luar Bandar sendiri iaitu Anuar Musa dalam agensi Ketengah melibatkan berjuta ringgit.

Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula akhirnya menjadi kambing hitam. Ketengah terus dilaburkan dengan duit rakyat manakala sejauhmana rakyat dikawasan Ketengah ini maju, dibangunkan serta bebas dari kemiskinan amat jauh dari angan-angan dan cita-cita. Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi bahkan Bandar Muktafibillah Shah sendiri masih lagi jauh ketinggalan.

Terbaru kini mereka bersekongkol bersama pimpinan Umno-BN untuk menzalimi rakyat mereka sendiri yang sepatutnya mereka dibantu. Kepercayaan yang diberi dengan undi daripada masyarakat Felda sepatutnya dibalas dengan membantu serta menaikkan taraf hidup mereka tetapi malangnya mereka pula dikhianati. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa mereka ini golongan bodoh yang boleh diambil kesempatan keatas mereka?

Tanah Generasi ke-2 Felda, iaitu tanah yang telah dikeluarkan dari akta GSA untuk dibahagi-bahagikan kepada generesai anak-anak peneroka gugusan Felda Kerteh 1,2,3,4 dalam Daerah Dungun serta Felda 5&6 untuk Daerah Kemaman. Setelah mendapat kelulusan diperingkat Pejabat Tanah daerah dengan sokongan oleh jabatan-jabatan serta mendapat kelulusan PTG negeri dan Exco MMKN Terengganu.

Ia dipecahkan seluah 1,090 lot. Bayangkan ianya akan menjadi perkampungan baru yang boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah. Seramai 560 orang dikalangan anak-anak peneroka ini telah dipilih namanya untuk sessi pertama dan 500 orang lagi bakal menjadi penghuninya untuk sessi ke-2. Memandangkan kekangan kewangan pihak kerajaan ketika itu, atas kesepakatan dikalangan peserta serta Jawatan Kuasa Tanah Gen-2 Felda yang ditubuhkan, mereka sepakat untuk menyegerakan seliaan tanah tersebut dengan mengupah kontraktor membersih dan stacking tanah yang berbukit dan berhutan itu. Mereka mengeluarkan RM1,300.00 seorang dan mereka juga mengupah juru-ukur swasta sehingga ke peringkat selesai menanam tanda batu sempadan. Semua urusan kewangan diurus dan dipegang oleh pihak lawyer Zabidi & Co.

Satu majlis penyerahan dan undi lot juga telah diseliakan oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun dan ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri pada tahun 2003.

Tetapi harapan generasi anak-anak peneroka Felda untuk memiliki tanah mereka sendiri akhirnya terhenti akibat daripada nafsu buas pemimpin Umno-BN sendiri. Keangkuhan dan kesombongan serta dendam kepada kepimpinan terdahulu menyebabkan mereka sanggup mengarahkan kerja-kerja tunjuk lot dan semua pengurusan dibatalkan serta merta.

Inilah pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya slogan membela melayu yang dilaungkan?

Kini tanah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Ketengah yang dikatakan untuk membangun kawasan Bandar dengan pembinaan perumahan. Bahkan sekali lagi ia mengecewakan anak-anak peneroka. Bukannya hendak dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua Felda tetapi akan dikormesialkan dengan membina rumah untuk dijual dengan nilai RM200K sebuah. Secara langsung telah menafikan hak anak-anak peneroka ini. Sedangkan pihak Ketengah memguasai hampir 650,000 hektar tanah yang mereka boleh bangunkan Bandar atau projek dimana sahaja tetapi malangnya kenapa dipilih tanah yang sudah dibersihkan, yang diseliakan untuk rakyat ini?

Inilah sikap dan hati perut sebenar pemimpin Umno-BN. Yang menghairankan kita, tindakan zalim dan rakus sebegitu yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN, masih ada lagi orang yang menyokong dan bersekongkol dengan mereka. Kalau ini berlaku dikalangan masyarakat Cina maupun India atau bangsa lain, nescaya mereka tidak berani melakukan tindakan jahat ini. Mereka tahu bahawa orang cina atau bangsa lain akan menentang kezaliman seperti itu.

Apabila ianya berlaku sesama bangsa mereka maupun seagama mereka, mereka dengan rakusnya meneruskan agenda jahat ini. Sampai bila mereka harus mebiarkan kezaliman ini berlaku?


13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Harrif &#39;mengamuk&#39; <b>di Chukai</b>

Posted: 02 Mar 2012 03:08 PM PST

KEMAMAN – Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Harrif Salleh menceriakan penyokong tempatan apabila muncul tempat kedua peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 dari Pekan ke Chukai, semalam.

Lebih manis hampir 10,000 rakyat negeri Terengganu menanti untuk menyambutnya di garisan penamat dengan mengharapkan pelumba kesayangan mereka itu berjaya muncul juara pada perlumbaan sejauh 100.8 kilometer itu.

Bagaimanapun, mereka tetap gembira apabila melihat pelumba berusia 24 tahun itu berjaya meloloskan diri daripada 119 pelumba untuk meraih tempat kedua di belakang pelumba Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini yang lebih dahulu mencecah garisan penamat.

Dipetik dari Utusan Malaysia

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved