ads

Sabtu, 20 Ogos 2011

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Sotong/ Ikan Celup Tepung <b>di</b> Pantai Kelulut, <b>Marang</b>, Terengganu <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 09:01 AM PDT

Negeri Terengganu mempunyai pesisiran pantai yang panjang dan sangat cantik. Dari daerah Kemaman sehinggalah ke daerah Besut, Terengganu tidak akan mengecewakan pengunjung dengan menjanjikan panorama indah sepanjang perjalanan di negeri Terengganu. Sepanjang Pantai Kelulut terdapat banyak kedai makanan laut (seafood) yang sedap dengan harga berpatutan. Pantai Kelulut  ini terletak di dalam daerah Marang antara laluan Kuala Terengganu – Kuantan. Terdapat banyak pilihan gerai seafood dan semua seafood yang dijual disini segar.

Pantai Kelulut

Pantai Kelulut, Marang terletak berhampiran dengan bandar Marang. Lokasi pantai kelulut ini kira-kira 21 km daripada bandar Kuala Terengganu. Di sini, pengunjung dapat menenangkan fikiran dan menghabiskan masa dengan kenangan indah bersama keluarga tercinta. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkelah, bermain layang-layang serta minum petang.

Pantai Kelulut 2

Banyak gerai meyediakan juadah menarik yang sangat terkenal di negeri Terengganu, iaitu sotong/ ikan dan makanan laut celup tepung. Makanan laut di sini sangat segar kerana pengusaha gerai mengambil hasil laut ini terus dari nelayan dari jeti berdekatan.

Pantai Kelulut 3

Selain itu, terdapat satu gerai keropok lekor yang memang popular di negeri Terengganu dan juga luar Terengganu iaitu Gerai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang, Terengganu. Gerai Keropok Lekor 008 ini popular dengan keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok Lekor 008 mempunyai kandungan ikan yang banyak berbanding sagu. Sehinggakan ramai yang sanggup beratur panjang hanya semata-mata untuk membeli keropok lekor 008. Satu kemestian ole-ole untuk dibawa pulang dari Terengganu ialah keropok lekor.

Gerai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang, Terengganu

Alamilah sendiri keunikan dan keindahan Terengganu. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Negeri Terengganu. Ianya pasti menjanjikan kenangan manis yang tidak boleh dilupakan. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Terengganu, Negeri Cantik Budaya Menarik.

Pantai Kelulut 4

p/s: terima kasih kepada model-model yang tak berbayar di atas. hehe ;)

Related posts:

  1. Sotong/ Ikan Celup Tepung di Teluk Ketapang, Terengganu
  2. RFC Kuala Terengganu | Menu Makanan dan Lokasi
  3. Banjir di Terengganu Semakin Buruk | Mangsa Banjir dipindahkan | Banjir Terburuk 2011
  4. Restoran Radix Fried Chicken (RFC) di buka di Kuala Terengganu mulai 2/12/2010
  5. Bercuti di Pulau Redang Pulau Tercantik di Malaysia
  6. Resepi Ketupat Sotong
  7. Mini Gathering Blogger Terengganu Bersama Ben Ashaari di A&W Batu Buruk | Gathering Kali Ke 2
  8. Gathering Blogger di Terengganu | Apa Pendapat Korang??
  9. Gathering Blogger Terengganu Yang Memang Sempoi dan Best
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

raihazi ~: hari kedua kami <b>di marang</b> & kuala terengganu

Posted: 01 Jun 2011 09:49 AM PDT

assalamualaikum..

sampai kuantan 11 lebih tadi.. 11 malam yea bukan 11 pagi :) memandangkan n3 banyak gambar maka sikit aje la yang boleh di taipkan. kena la seimbangkan n3 kan? kalau dah banyak celoteh kena kurangkan gambar, kalau dah berderet gambar xpayah la nak cerita panjang2.. x gitu :p

*read as mama keletihan memangku sofia yang tido sepanjang dalam kereta. asal masuk keta je dia lena.. jadi alasan utk seimbangkan n3 tu bukan alasan utama :D

sofia bergaya dengan tudung baru ayah beli kat pasar payang.. mms kat opah n ummi :)
elok sampai rumah, sofia pun jaga. saya dah susah hati takut dia lewat tido. mama dah ngantuk tahap gaban ni sayang oii.
ha, sebelum terlupa gambar dalam n3 ni memang sengaja disusun macam ni. cerita mengikut gambar adalah dari malam sebaik sampai di kuantan reverse sepetang di masjid terapung dan makan pagi di marang.. sori la kalau menyusahkan readers utk faham cerita :) peacee!

en gie singgah solat asar di masjid terapung ~ cantik pemandangan kat sini. ramai orang datang bersolat dan berehat. kawasan berhampiran ada tempat jual2 baju dan cenderamata.
oleh sebab mama xdibenarkan masuk kawasan masjid atas alasan yang xboleh disangkal sesiapa pun maka kami dua beranak terus mencari toilet. misi nya nak salin cd sofia. sofia berpeluh sakan masa ni. cuaca pun boleh tahan terik walaupun dah lebih 5pm
 
 
 tengah hari sebaik check out kami ke pasar payang di kuala terengganu. mulanya ingat xnak beli apa2 sebab bajet mesti harga mahal time cuti sekolah.. last bila dah jalan2 mula la tangan belek itu ini sambil angkat2 kening kat en gie hehehehehehe
mama dapat tudung saji *jauh2 kau pegi beli tudung saji hahahahahaha* yang cantik sebab ada anyaman, brooch tudung,
sofia dapat tshirt elmo dan tudung bling2
ayah borong makanan :D buah salak, dodol, keropok keping, lagi apa ntah ..
otw balik sempat singgah kelulut beli keropok leko yang sedap. makan panas2 best! terbaikkkk
 
 ni pulak cerita pagi tadi, kami bersarapan dekat je dengan guest house. saya makan nasi lemak berkongsi dengan cik sofia. en gie makan nasi dagang.
lepas makan, en gie dan en roy pegi site siapkan keje. kaum ibu dan anak balik bilik rehat2 tengok tv. hahahahaha best2 nikmat weii perut kenyang lepak diam2 dalam bilik ada air cond. mata layu jer, tapi sibuk belek hadiah sedar2 dah pukul 12 lebih. sofia tido lagi so cepat2 la kemas kain baju. kutip segala apa yang patut. buang sampah. elok je mama nya siap bertudung sofia pun terjaga hihihiihi bagus2!
mandikan sofia yang sibuk tanya ayah.. ayah belum balik la. entah kat site lagi ke xpun dah otw balik. saje malas nak mesej. yang penting siapkan barang2 dulu kalau xnanti lambat check out leceh la plak
sebaik check out kami ke pasar payang. 'memberi' wang kepada peniaga2 yang cantik dan peramah disana huuuhuuhuhu cantik la songket tenun kat situ.. harga pun boleh tahan mahal. padan la dengan hasil tenun yang superb tu
 
 
 
 
sinopsis : sarapan pagi di marang : en gie pegi site di rusila : check out 1+pm : shopping di pasar payang : bertolak balik : solat asar masjid terapung : singgah pantai kelulut beli keropok lekor : makan malam di balok : selamat tiba di kuantan
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Rakaman ceramah Mat Sabu <b>Di Kemaman</b> « BlogCkChew – Stand Up, Be <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2011 05:51 AM PDT

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Saiazuan Blog: > Masjid Yang Diperbuat dari kaca dan keluli <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2011 09:00 PM PDT

HOlla Peeps,

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Tempoh pembinaan kira-kira 2 tahun, 2006-2008 dan ia dibuka secara rasmi pada 2 Feb 2008, berkeluasan 2,146.12 m² dan boleh menampung kapasiti jemaah 700.. Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia kerana mempunyai perkhidmatan wi-fi didalamnya bagi membolehkan pengguna mengaccess internet dan menggunakan al-Quran elektronik. (wiki)


"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

p.s : tak pernah pergi pun lagi.. korang dah? 
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


JPJ Terengganu Tingkat Rondaan, Penyamaran Sepanjang Musim <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2011 01:22 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 18 Ogos (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan meningkatkan rondaan di kawasan berisiko kemalangan maut dan operasi penyamaran di seluruh negeri sepanjang musim perayaan Aidilfitri nanti.

Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie berkata sebanyak 25 pasukan rondaan akan bertugas di laluan utama di negeri ini dan seramai 138 anggota akan dikerah bertugas dengan mengadakan penguatkuasaan 24 jam bermula 14 Ogos hingga 14 Sept.

Penguatkuasaan juga akan ditingkatkan di kawasan kemalangan maut iaitu Km58, Jalan Jerangau-Jabor, Km61, Jalan Marang-Dungun dan Km54, Jalan Sungai Tong-Permaisuri, katanya.

"Kesemua jalan tersebut mencatat jumlah kemalangan maut yang tinggi saban tahun, berikutan itu, pengguna jalan raya diharap memandu dengan berhemah, banyak bersabar dan berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Musim Perayaan Aidilfitri 2011 di sini, Khamis.

Selain itu, katanya JPJ juga menempatkan anggota penguatkuasa di terminal bas utama di Terengganu untuk pemeriksaan rutin bersama-sama pihak polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Penguatkuasaan secara penyamaran sebagai penumpang bas juga akan diteruskan, selain mengambil tindakan ke atas ulat tiket di terminal bas dan juga lapangan terbang," katanya.

Bilik Kawalan JPJ Terengganu yang boleh dihubungi menerusi talian 09-6222023 akan beroperasi 24 jam kecuali pada Hari Raya pertama dan kedua.

– BERNAMA

Advertisement
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


@Dungun 河口の町: Pembangunan Pantai <b>Di Dungun</b>

Posted: 06 Jul 2011 01:17 AM PDT

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pelbagai Homestay, Hotel, Resort tumbuh bagai cendawan di sepanjang pantai dari bermula jalan Muzium Dungun hinggalah ke Sura Hujung. Perniagaan berteraskan perhotelan ini semakin bertambah dan panorama di sini hampir-hampir mirip di sepanjang pantai Port Dickson (walau tidak segah PD). Ini mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Cumanya aku rasa kurangnya promosi tentang hotel-hotel di sini. Mungkin baru merangkak dan pantai-pantai di Dungun ini masih lagi memerlukan sedikit sentuhan pembangunan tanpa perlu mengacau keaslian keindahannya.

Cakap-cakap kampung mengatakan tanah-tanah pantai ini akan dibangunkan, mungkin untuk tujuan pelancongan. Bagi aku ia bagus tapi seperti yang aku katakan tadi, diharapkan sentuhan pembangunan tidak menjadi pengacau kepada keindahan yang asal di sini. Jangan rosakkan landskap pantai di sini. Mungkin pantai PD boleh dijadikan penanda aras, tetapi terlalu banyak hotel yang meninggi langit, pelbagai deretan bangunan telah menjadikan pemandangan di sana tidak sesyahdu pemandangan pantai-pantai di Dungun. Pendek kata-sesak. Mungkin boleh dibuat kuota jumlah hotel dan resort yang boleh dibina di sepanjang pantai di Dungun bagi memudahkan pihak PBT mengawasi pembangunan di sini di samping dapat mengekalkan keaslian keindahan pantai.

Satu lagi ialah promosi. Peningkatan promosi mungkin menjana ekonomi di Dungun. Aku rasa sekalian blogger-blogger atau jurnalis jati Dungun atau berpangkalan di Dungun boleh membantu dengan mempromosi secara percuma di blog dan laman sesawang anda. Apa salahnya membantu anak setempat kita sendiri? Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti pelancongan di Dungun mungkin boleh dipertingkatkan, dan aku rasa anak setempat kita di dalam PBT atau dalam kerajaan mempunyai perancangan yang baik bagi meningkatkan pelancongan di sini.

Sedikit cadangan aku :

  • Jadikan Pasar Besar Dungun segah Pasar Kedai Payang atau Pasar Siti Khadijah di Kelantan. Jadikan pasar ini bukan semata-mata menjual barang masakan, dapur dan hasil darat dan laut, tetapi juga intergrasikan juga dengan hasil seni tempatan seperti batik canting-dengan membina kawasan mengusahakan batik canting (Rumah Batik Canting), kawasan pembuatan keropok lekor/keping (Rumah Keropok Lekor), kawasan mengusahakan makanan tradisional seperti akok, nasi dagang, rojak kateh dan sebagainya-namakan ia sebagai Rumah Juadah Terengganu. Popularkannya walau mungkin mengambil masa.
  • Jadikan Melaka sebagai penanda aras dalam menjaga kebersihan dan menjadikan pelancongan sebagai sumber ekonominya.
  • Temakan daerah Dungun dengan satu nama yang memudahkan pelancong untuk mengenalinya- umpamanya sebelum ini Dungun pernah digelar Dungun Bandar Tenggiri. Aku pula lebih suka dikenali sebagai Bandar Muara Sungai.
  • Slogan JOM PAKAT GI DUNGUN, begitu menarik, cuma perlukan seseorang yang pakar untuk membuat logo bagi menusuk ingatan para pelancong. Aku pula gemar menggunakan Tiang OPAL sebagai tanda pengenalan Dungun. Mungkin anda mempunyai pendapat yang berbeza?
Itu sahaja? Mungkin.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di kerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


nizzafazlis: Seminar FISH <b>di KERteh</b> & K TRG

Posted: 09 Jul 2011 07:08 PM PDT






Alhamdulilah syukur ke hadratNYa Seminar yang dirancangkan telah berjaya diadakan di kedua2 tempat. Walaupun kehadiran peserta yang kurang itu tidak mematahkan semangat untuk saya terus berjaya di masa hadapan. Terima Kasih kepada para peserta seminar yang telah hadir dan tahniah kerana telah meluangkan masa untuk lebih maju ke hadapan di saat orang lain meluangkan masa berhibur bersama keluarga.

Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada mentor saya Prof. Madya Dr Ahmad Rahman Songip kerana sudi juga hadir menjayakan seminar tersebut. Insyaallah pada masa hadapan kehadiran yang lebih ramai lagi.

Kepada orang yang sangat memahami dan orang yang banyak memberikan sokongan ialah Husband saya kerana banyak membantu dalam menjayakan program ini. Insyaallah perjalanan kita dalam proses menjadi bebas kewangan atau financial freedom akan tercapai dalam masa 10 tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved