ads

Isnin, 8 Oktober 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search

MyLife Zalia: Jagung Bakar vs Air Nira <b>di Rantau Abang</b>, Terengganu

Posted: 13 Jun 2012 06:27 AM PDT

Mungkin ini senario biasa je kan. Tapi spjg perjalanan kami yg lebih byk berrnti drpd berjalan ari tu, menu setiap petang ialah jagung bakar. Sangat lazat kot. Makan x hengat sampai lupa amek gambo jagungnya. Sib baek ade gambo gerai tepi jalan ni. Walawehhhh... Pegi jln2 musim cuti skolah kat Malaysia ni, jln pun agak sesak. Tambah lagi kami sepakat nak lalu jln pantai. Pe lagi yg boleh kami buat. Berenti la mana yg boleh. Cemuih wehhh drive sengguk2 gitu. Ape yg menarik tentang air nira ni? Jgn tanya ye sbb kami langsung x beli & x minum. Both of us kureng suka manis ye. Tapi bila tgk semua kedai tulis nira, teringat kat our former classmate dedolu yg ujung nama dia Nira. Hehe... Cekidautttt!!!

~published by iPhone~

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search

Klinik Ummi: Travelog Percutian 3 : <b>Di Pulau Kapas</b> Bersama <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 08:14 PM PDT

Assalamualaikum.

1 Jun 2012 - Buat kali pertamanya, Ummi sekeluarga bercuti di Pulau Kapas! Umur Ummi dah masuk 42 tahun tapi tak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana pulau di Terengganu ini. Bunyinya aja orang Terengganu...hehehe. Abi orang Johorpun sekurang-kurangnya dah sampai ke Pulau Redang walaupun perginya atas tugasan khidmat masyarakat.

Anak-anak excited tak terkira. Sayangnya Along dan Angah tiada bersama. Terasa sedikit kejanggalan bercuti tanpa anak-anak lelaki Ummi. Walaubagaimanapun dek kerana ini adalah program khusus Hari Keluarga anjuran Papisma Terengganu, Ummi memang tak akan melepaskan peluang untuk turut bersama. Kalau tak kerana pergi beramai-ramai ni, rasanya dah susah Ummi nak sampai ke pulau. Bukan apa, ada orang tu seriau bila diajak naik bot...hahaha.

Keesokan Paginya... Selesai bersarapan, akhirnya tibalah masanya untuk kami bertolak ke lokasi snorkeling! Inilah dia saat yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Mak ayahpun apa kurangnya...hehe.
Selamat tinggal Pulau Kapas. InsyaAllah semoga percutian di Pulau Kapas kali ini bukanlah yang pertama dan terakhir buat kami. Dah janji juga dengan Along dan Angah, kalau mereka balik dari Mesir nanti InsyaAllah kita akan ke pulau lagi!

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search

Perkaya Bina Sekolah Menengah Tahfiz <b>Di</b> Marang Dan <b>Jerangau</b> <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2012 09:09 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 10 Ogos (Bernama) — Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Terengganu (Perkaya) bakal memiliki dua buah sekolah menengah tahfiz yang dinamakan Institut Tahfiz Perkaya yang dijangka dibina mulai awal tahun depan.

Yang Dipertua Perkaya Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata sekolah tahfiz itu akan dibina di Marang dan Jerangau di Hulu Terengganu dengan setiap sekolah akan menelan kos kira-kira RM2 juta dengan kapasiti 500 pelajar.

Katanya penubuhan sekolah itu diharap dapat membantu anak-anak yang tidak bernasib baik untuk mendapat pendidikan serta diharap dapat menyaingi pelajar lain dengan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

"Konsep sekolah yang kita bina ini sama seperti sekolah yang lain iaitu pelajar akan menumpukan pada akademik dan kokurikulum di samping menumpukan kepada tahfiz," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ini anak-anak yatim yang menghuni asrama Perkaya akan dihantar ke sekolah harian biasa namun selepas sekolah itu siap kelak, Perkaya akan menguruskannya sendiri dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

– BERNAMA

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

PaPa MiFz: Snorkeling <b>Di Pulau Perhentian</b>

Posted: 07 Oct 2012 09:24 PM PDT

As salam semuo...

Hari pertamo PM dan wife di Pulau Perhentian tiado aktiviti yang dibuat...hanya makan...tidur...makan balik...selepas tuh booom tidur...hehe

Pada hari kedua baru lah aktiviti bermulo seawal pukul 9 pagi...aktiviti biaso setiap kali kalau pergi bercuti ke pulau iaitu aktiviti bersnorkeling...

Kitaorang di bawa ke 5 points snorkeling iaitu shark point, fish point, turtle point, light house point dan romantic beach point....layan kan ajer beberapo gambar PM dan wife bersnorkeling yer...:-

Ado beberapo kawan PM tanya yang mano lebih cantik antara Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman...jawapan PM ketiga-tiga nyer cantik...setiap pulau mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri...pado PM ketiga-tiga pulau harus di lawati pado mereka yang gemarkan percutian ke pulau...

Yang best nyer kat Pulau Perhentian nih PM dan wife dapat berjumpa dengan sang penyu...excited jugak la...ala-ala gayat gitu...yer la biaso tengok kat TV atau kat Aquria KLCC jer kan...hehe

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search

Rumah Adun <b>Ajil</b> musnah dalam kebakaran <b>di</b> Hulu Terengganu <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2012 11:03 PM PDT

HULU TERENGGANU: Rumah kediaman anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Rosol berkata ketika kejadian, kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di sini.

"Sebaik dia membuka pintu rumah isteri melihat kepulan asap dan api marak dari bahagian dapur rumah lantas menelefon saya memaklumkan insiden itu," katanya ketika ditemui malam tadi.

"Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan di Kuala Terengganu. Saya minta isteri supaya tenang dan jangan masuk ke dalam rumah, bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau reda dengan kejadian yang berlaku namun terkilan kerana lebih 2,000 buah buku yang dikumpulkan sejak 10 tahun lalu turut hangus dijilat api.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Turut ke lokasi kejadian selepas mendapat berita kebakaran itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Adun Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08

http://www.hmetro.com.my/articles/RumahAdunAjilmusnahdalamkebakarandiHuluTerengganu/Article

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search

teganuku: Perdana Menteri Lawat Bekas ADUN <b>Kemasik</b>

Posted: 06 Oct 2012 11:44 AM PDT

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search

PUTING BELIUNG | 417 rumah <b>di</b> Kemaman rosak - Rakyat Tranung

Posted: 07 Oct 2012 07:26 PM PDT

Sekurang-kurangnya 417 rumah di lebih 20 kampung di daerah ini rosak diserang puting beliung dan hujan air batu, sehingga memaksa 17 keluarga di Taman Bestari, Bukit Kuang, Kijal berpindah ke pusat pemindahan. Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang kelmarin. Daripada jumlah itu, kawasan Dun Chukai paling terjejas dengan 173 rumah mengalami kerosakan atap, diikuti Dun Air Putih (127 rumah) dan Dun Kijal (117 rumah). Pusat pemindahan di Balai Raya Rumah Murah Bukit Kuang 2 terpaksa dibuka pada sebelah malam untuk menempatkan 17 keluarga membabitkan 85 mangsa dari Taman Bestari, sementara sebuah keluarga di Kampung Tempurung terpaksa menumpang rumah saudara berikutan atap di rumah masing-masing diterbangkan puting beliung dan rumah pula dibanjiri air hujan. 4 beranak berpeluk ketakutan  
SURI rumah dari Taman Bestari, Nik Rozita Zahari, 34, berkata, dia meluru keluar dari rumah bersama tiga anak apabila rumahnya banjir dimasuki air hujan. Menurutnya, dia terkejut apabila melihat pusaran angin menerbangkan kepingan atap asbestos kira-kira tujuh meter dari hadapan rumahnya. "Dari pusaran angin itu, jatuh banyak kepingan atap di hadapan rumah kami dan kami juga melihat ketulan air batu turun bersama-sama air hujan. Saya bersama tiga anak waktu itu berpeluk ketakutan. Ketika itu saya fikir mungkin kami empat beranak akan mati," katanya. 
 Menurutnya, dia menyedari atap rumahnya sudah tiada apabila air hujan keluar dari celah siling sehingga siling rumahnya dan kipas hampir runtuh dilimpahi air hujan. Anaknya, Nur Khumaira Ashira Mohd Yusof, 12, berkata, berikutan kejadian itu, rumah mereka dibanjiri air hujan separas buku lali namun dia dan ibunya tidak berani masuk untuk menyelamatkan barang berharga kerana dikhuatiri terkena renjatan elektrik. "Barang-barang elektrik hanya dikeluarkan apabila ayah saya pulang ke rumah. E-book dan buku sekolah saya semua rosak terkena air hujan," kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuang ini sedih. Nampak pusaran angin hitam 
SEMENTARA itu, mangsa dari Kampung Jabor Kubur, Chukai yang juga pemilik butik pengantin, Muniza Ibrahim, 32, berkata, dia turut melihat pusaran angin hitam datang bermula dari arah kawasan kubur sehingga sebuah pokok besar dalam kawasan kubur itu berpusing dan tumbang tidak jauh dari premis perniagaannya.  
"Puting beliung itu datang dari arah kubur dan melewati hadapan butik pengantin saya. Waktu itu, saya berada di hadapan kedai bersama beberapa jiran yang berkumpul di kedai saya sebab rumah mereka sebelum itu terlebih dahulu diserang pusaran angin terbabit. "Kejadian berlaku jam 2 petang. Pada waktu itu hujan renyai-renyai diikuti guruh. Lima minit kemudian angin bertiup kencang. Selepas itulah kami semua nampak pusaran angin hitam dalam jarak kira-kira 10 meter dari kami, pusaran angin itu melewati butik saya sehingga kedai dan kerusi di kedai makan bersebelahan premis perniagaan diterbangkan angin ke tengah jalan di hadapan premis kami. Waktu itu kerana terlalu takut saya berteriak 'ALLAH Hu Akbar'," katanya yang mengakui kejadian itu adalah bencana pertama seumpamanya dilaluinya sepanjang hidup. 
Muniza berkata, hujan ketika itu juga luar biasa kerana atap premis perniagaannya bising ditimpa ketulan air batu bersaiz besar sedikit daripada guli. Gara-gara itu, kira-kira 10 keping atap butiknya tercabut sementara rumahnya yang terletak tidak jauh dari butik juga turut mengalami kerosakan teruk. 
Bunyi seperti tembakan pistol 
DALAM pada itu, seorang lagi mangsa, juga dari Kampung Jabor Kubur, Mohd Shukri Abdullah, 37, berkata, semasa kejadian dia yang sedang menonton televisyen terkejut apabila mendengar seperti tembakan pistol dilepaskan. Menurutnya, ia adalah gara-gara serangan angin kuat membuatkan atap zink rumahnya terkopek sebelum tercabut dan terbang. "Saya dengar bunyi macam tembakan pistol kerana paku zink tercabut satu-satu. Waktu itu angin terlalu dahsyat berserta kilat," katanya. 
DALAM pada itu, bencana itu segera mendapat perhatian Ahli Parlimen Kemaman merangkap Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyalurkan bantuan sebanyak RM500 seorang kepada sejumlah mangsa terlibat di Chukai pada majlis yang diadakan di Tadika Kemas Jabor Kubur, petang semalam. Katanya, pihaknya akan berikhtiar bersama Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman untuk menilai kerosakan yang dialami penduduk dengan pembahagian bantuan segera itu akan diberikan kepada semua mangsa. "Ini adalah bantuan segera agar mangsa dapat membaiki rumah masing-masing untuk berteduh. Sekiranya ada rumah yang keadaannya terlalu teruk, mungkin kita akan tambah lagi bantuan yang diberikan dan ia bergantung pada penilaian kerosakan masing-masing. 
"Menerusi pertolongan ini, rakyat dapat didekati tanpa mengira ideologi politik dan saya harap semua mangsa tabah menghadapi ujian ini," katanya yang turut menyampaikan sumbangan barang dapur dan menziarahi beberapa rumah mangsa yang teruk bersama Ahli Dewan Negara, Senator Rohani Abdullah. Pegawai JKM Kemaman, Ghazali Awang berkata, selain Bukit Kuang dan Jabor Kubur, kampung yang teruk menerima kesan bencana itu ialah Pengkalan Cicar, Bakau Tinggi, Kampung Besut, Gong Pauh, Kampung Jaya, Kubang Kurus, Geliga Baru, Taman Perumahan Gong Pauh, Gong Limau, Mak Chili, Seri Permai dan Bandar Baru Bukit Mentok. - SINAR HARIAN

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search

PUTING BELIUNG | 417 rumah <b>di Kemaman</b> rosak - Rakyat Tranung

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search

Persiapan Sebelum Perasmian Penutup « Portal Rasmi SM IMTIAZ <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2012 06:18 PM PDT

KUALA TERENGGANU,30 September : Pagi ini semua peserta mengadakan raptai bagi perasmian penutup yang akan dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Ramdzan bin Wan Mamat Timbalan Pengarah Pengurusan Dakwah dan Hal Ehwal Agama Islam BPI, KPM.

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search

Jawatan Kosong 2012 <b>di</b> Majlis Bandaraya <b>Kuala Terengganu</b>

Posted: 07 Oct 2012 07:05 PM PDT

jawatan-kosong-2012-majlis-bandaraya-terengganu

Jawatan Kosong 2012: Kuala Terengganu merupakan ibu negeri, pusat pentadbiran dan pusat perniagaan. Majlis Perbandaran Kuala Terengganu diwujudkan pada 18hb Januari 1979 dengan keluasan 18,712 hektar persegi meliputi 21 mukim.Pada 1 Januari 1985, Mukim Bukit Payong dan Alor Limbat telah dikeluarkan daripada Majlis Perbandaran dan dimasukkan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Marang. Dengan perubahan ini, kawasan baru Majlis Perbandaran telah berubah kepada 16,806 hektar persegi.Pada 16 Disember 1996, kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Terengganu telah diwarta perluasan meliputi seluruh daerah Kuala Terengganu sebagai kawasan kawalan dengan keluasan 60,528 hektar persegi termasuk sebuah pulau peranginan terkenal iaitu Pulau Redang dan bilangan mukim bertambah menjadi 23 mukim.Sekarang, majlis dikenali sebagai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman) termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan, iaitu :-

1. Akauntan W41
2. Juruaudit Gred W41
3. Jurutera Gred J41
4. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29
5. Penolong Juruaudit Gred W27
6. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27
7. Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
8. Setiausaha Pejabat Gred N27
9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
10. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
11. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
12. Juruteknik Gred J17
13. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17
14. Juruteknik Landskap Gred J17
15. Pembantu Pertanian Gred G17
16. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
17. Pembantu Penilaian Gred W17
18. Tukang K2 Gred R11
19. Tukang K3 Gred R9

KELAYAKAN DAN CARA MEMOHON

1. Segala maklumat berkaitan kelayakan akademik bagi memohon jawatan-jawatan berkaitan serta borang permohonan boleh didapati melalui laman portal mbkt.terengganu.gov.my. Pemohon perlu melampirkan bersama borang permohonan bagi salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :-
i) Kad pengenalan
ii) Sijil kelahiran
ii) kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu
iii) Sijil kerakyatan Negeri Terengganu jika bapa dan pemohon lahir di luar Negeri Terengganu
iv) Sijil-sijil persekolahan dan kelulusan akademik termasuk transkrip diperakukan
v) dokumen-dokumen lain yang berkaitan, jika ada
2. Bagi pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui ketua jabatan masing-masing dengan mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang terkini serta salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun berturut-turut.
3. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm dan dihantar kepada alamat berikut:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
Tingkat 4 – 8, Menara PMINT
No. 88, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
(u.p. : Jabatan Khidmat Pengurusan)
4. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
5. Tarikh Tutup Permohonan: 21 Oktober 2012

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
Sila klik sini untuk muat turun borang permohonan.

- Jawatan Kosong 2012 -

from your own site.

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search

MAJLIS BERTANDANG, RIDZUAN & SHAMIMI, <b>KIJAL</b>, KEMAMAN <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2012 07:43 AM PDT

.

Lain-lain gambar menarik, sila rujuk galeri
http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets   atau di   http://www.facebook.com/fazrien
.

Awal September Fazrien Pictures menerima tugasan wedding di Kijal, Kemaman. Kali ini adalah majlis bertandang. Pergi bertiga dengan ditemani seorang assistant & seorang pelatih. Kadang-kadang di Terengganu, majlis bertandang agak simple. So bila berdepan macam ni, kami akan shoot lebih pada candid, moments dan suasana majlis, tak lupa juga pose. Semestinya akan lebihkan pada sesi outdoor. Pengantin telah memilih lokasi Jeti di pantai Kijal. Satu tempat baru, tak pernah lagi shoot. Jadi agak bersemangat juga explore apa yang menarik di mata… hehe. Saksikan! :)

.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PICTURES (TR0080056-W)
017 944 1344

Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

Shamsul Fazrien | Promote Your Page Too

13 di kuala besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search

[ZALIM] Kerajaan Umno Roboh Rumah Rakyat <b>Di Kuala Besut</b>

Posted: 05 Oct 2012 09:30 PM PDT

AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search

UMNO Online - Revival Of Iron Ore Mining In <b>Bukit Besi</b> Expected To <b>...</b>

Posted: 17 Sep 2012 08:59 PM PDT

Kategori English Articles

Revival Of Iron Ore Mining In Bukit Besi Expected To Boost Terengganu's Economy

DUNGUN, Sept 18 – Bukit Besi in Terengganu, which used to be the largest producer of iron ore in Southeast Asia, has since become a dead town when mining activities ceased in 1971.

However, the Terengganu state government has plans to revive mining activities in the area, with the cooperation of Perwaja Holding Berhad (Perwaja).

On Sept 10, the media reported that Perwaja had a good chance of being awarded an iron ore mining concession in the area with Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said saying that the state government was prepared to consider the company's request to mine iron ore for use at its new factory in Kemaman.

"We are prepared to work with Perwaja to produce and process iron ore with the condition that Perwaja meet the condition of employing 60 per cent locals.

"Based on studies, there are still about 50 million metric tonnes of high quality iron ore in the area," Ahmad was reported as saying on July 30 last year.

Bukit Besi State Assemblyman Datuk Din Adam when met by Bernama recently, expressed confidence that Bukit Besi can develop into a new growth centre in the state of Terengganu.

"What is needed is proper planning and cooperation from all quarters," he added.

He said with mining activities revived, it would help stimulate economic growth through the availability of jobs, including business opportunities, for the locals.

"It will also attract outsiders to the area and this will lead to provision of better housing for residents," he added.

Iron ore mining will not be the only activity that would wake up this town from its slumber, but also the East Coast Rail project that may be extended to Bukit Besi from its initial plan to connect Kuantan to Kertih.

Din said the rail project would help to overcome transportation problems in the area.

Other projects include Phase 2 of the east Coast Expressway project, which when completed, will link Bukit Besi to Kuala Terengganu, Kuantan and Kuala Lumpur, and the construction of a Universiti Teknologi Mara (UiTM) campus.

"I'm made to understand that the federal government has given its approval for UiTM to build phase two and three of the project, involving an allocation of about RM300 million to build a campus that can accommodate up to 5,000 students.

"There'll be spillover effects from this project which will boost development in the area," he added.

He said the Central Terengganu Development Authority (Ketengah), the regional development authority responsible, should not look at the development potentials of Bukit Besi, but also nearby Simpang Seri Bangun.

Berita Bertarikh Pada 11:59 AM

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved