Khamis, 1 November 2012

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Daerah <b>Besut</b> Oktober 2012

Posted: 03 Oct 2012 09:05 AM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia Rakyat Negeri Terengganu yang
berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

1. Pembantu Penguatkuasa
2. Pembantu Tadbir
3. Penghantar Notis
4. Pemandu Kenderaan

Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDB –PS-JKP-04-R1 dengan harga RM1.00
yang boleh didapati di Kaunter Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Besut atau menghantar sampul surat berukuran 22 x 35 cm yang bersetem, beralamat sendiri dan wang pos bernilai RM1.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Besut ataupun boleh juga melayari laman sesawang Majlis Daerah Besut di http://www.mdbesut.gov.my.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-

Yang Dipertua
Majlis Daerah Besut
Kampung Raja , 22200 Besut
Terengganu
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh Tutup: 15 Oktober 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini

israel mengganas <b>di besut</b> - FreeZoneTerengganu

Posted: 06 Oct 2012 07:03 AM PDT

kerajaan pimpinan mat said dengan rakus meroboh rumah penduduk di besut. mat said meneruskan agenda kerja kerja jahatnya diakhir zaman pemerintahannya. samada menang atau kalah mat said bukan lagi mb terengganu.

mat said memang terkenal dengan gedebe dan mampu  menjadi samseng lebih dari along mengutip hutang. mat said dalam usaha mngekalkan kuasanya di terengganu mula mengikut telunjuk deris natang untuk merobohkan rumah penduduk yang memperolehi tanah dizaman pemerintahan PAS.

kerja kerja deris natang semasa menjadi mb adalah menghapuskan jejak jejak kebaikan pemerintahan pas untuk diingat oleh rakyat negeri terengganu. dan akhirnya mat said meneruskan kerja kerja jahat deris natang selepas merasa selesa dengan kedudukan nya sebagai mb terengganu.

rumah rumah rakyat terengganu dibesut dirobohkan semasa ketiadaan penghuni rumah. habis barangan rumah rakyat miskin. sepatutnya kerajaan yang baik memberi sedikit pampasan atau bertindak mengikut kemanusiaan bukannya mengikut perangai yahudi.

sepatutnya mat said lebih berperi kemanusiaan bukannya mengarah pejabat tanah merobohkan rumah penduduk miskin. penduduk yang menyimpan sedikit demi sedikit untuk menyelesakan hidup mereka akhirnya tumbang menyembah bumi kerana kejahatan umno haramjadah.

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


TAJUK 328: SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN: BHG 4

Posted: 30 Oct 2012 08:37 AM PDT

  SISTEM PEROLEHAN KERAJAAN  
  BAHAGIAN 4  

Kembali berceloteh tentang pengalaman aku mengendalikan perolehan Kerajaan.  Kebanyakan kaedah perolehan yang dipohon oleh KEMENTAH semasa aku bertugas di MOF adalah prolehan secara Rundingan Terus (Direct Negotiation). 

Sejarah Perolehan Kerajaan selepas negara mencapai kemerdekaan adalah diwarisi dari sistem perolehan Kerajaan Britain.  Semua perolehan dari luar negara hanya menggunakan khidmat Crown Agents.  Sehinggalah negara telah mampu menguruskan sendiri sistem perolehan dari kontrak dengan syarikat luar negara.

Semasa aku melapor diri di MOF, terdapat satu Kontrak Perolehan dari MINDEF yang masih berjalan.  Iaitu perolehan 6 buah pesawat Super Lynx dengan Syarikat Westland Helicopters, UK.  Perolehan helikopter ini dilakn]sanakan secara Rundingan Terus. Malah aku berpeluang mengikuti satu mesyuarat Project Management Review (PMR) di Yeovil, UK.  Rombongan diketuai Timbalan KSU MINDEF, Datuk Hj Ahmad Pharmy.



Selepas itu beberapa perolehan besar (semuanya secara Direct Negotiation) yang mana aku terlibat secara langsung dalam pemprosesan kertas cadangan ialah perolehan Sea Skua Missiles untuk TLDM, perolehan 9 buah PC7 Mk II untuk TUDM, Program Pemanjangan (Stretched) dan Avionic Upgrade pesawat C-130H, perolehan 2 buah pesawat A109 untuk JBPM, perolehan 11 buah LOH untuk PUTD, perolehan 6 buah helikopter Fennec AS555 untuk TLDM, perolehan 10 buah Mi-17 untuk TUDM (dibatalkan di saat akhir kerana kekurangan peruntukan), perolehan radar Alenia untuk SOC 1 TUDM, perolehan tambahan 2 buah CN235 VVIP version, perolehan penggantian sebuah pesawat Global Express TUDM dan perolehan sebuah pesawat BBJ-747-700 dari MAS.

Kontrak rundingan terus bukan sahaja melibatkan perolehan pembekalan aset-aset utama dan unik bahkan turut melibatkan kontrak-kontrak dukungan seperti kontrak penyelenggaraan pesawat, kontrak pembekalan alat ganti dengan syarikat OEM, kontrak dengan MRO luar negara dan sebagainya.




JANGAN KELIRU.  Pembelian secara Rundingan Terus adalah berbeza dengan Pembelian Terus.  Pembelian terus hanya melibatkan pembelian barangan produk tempatan, boleh dibeli di mana-mana kedai di dalam kawasan pembelian, tiada kontrak pusat, tidak perlu perbandingan harga (asalka harga yang ditawarkan bersesuaian dengan kualiti dan kawasan geografi dan harga dihadkan kepada RM200,000 setahun untuk satu jenis barangan.

Perolehan Rundingan Terus tiada had nilai ditetapkan, boleh dibeli sama ada dari syarikat dalam atau luar negara dan yang paling penting mendapat kelulusan khas dari Perbendaharaan.

DASAR PEROLEHAN SECARA RUNDINGAN TERUS
  • Rundingan Terus bukan satu kaedah perolehan biasa. Ia dikategorikan sebagai perolehan secara luar biasa seperti mana Pembelian Darurat.
  • Perolehan cara ini dibuat secara langsung dengan mana-mana kontraktor/pembekal setelah mendapat kelulusan khas Perbendaharaan. (Dilaksanakan tanpa tender / sebutharga).
  • Perolehan barangan yang unik yang hanya satu pembekal sahaja yang boleh membekalkan barangan/perkhidmatan tersebut.
  • Kriteria perolehan secara rundingan terus;
    • Satu pembekal atau pemegang francais sahaja yang boleh membekalkan barangan.
    • Projek/keadaan terdesak yang memerlukan segera.
    • Bagi maksud penyeragaman – kesesuaian dengan barang sedia ada
    • Faktor keselamatan negara - bagi perolehan aset-aset strategik.
    • Khusus untuk syarikat Bumiputera yang bertaraf pembuat.

Kebiasaannya (berdasarkan apa yang diamalkan di KEMENTAH- khususnya TUDM) perolehan yang melibatkan proses rundingan terus dilaksanakan melibatkan syarikat-syarikat seperti berikut:
  • Syarikat pembuat atau 'Original Equipment Manufacturer (OEM)';
  • Syarikat senggaraan yang diiktiraf atau 'Maintenance, Repair and Overhaul (MRO)'
  • 'Government Link Company (GLC)' melalui program penswastaan.
  • Syarikat usaha sama antara Kerajaan dan OEM melalui 'Memorandum of Agreement'
Antara kategori kontrak yang diwujudkan secara rundingan terus adalah:
  • Foreign Military Sales (FMS) dengan 'Department of Defence of the USA' bagi mendukung pesawat F18D dan F5
  • Direct Procurement Agreement (DPA) dengan syarikat OEM, contoh;
    • British Aerospace System Ltd - mendukung pesawat Hawk
    • Indonesian Aerospace (PT Dirgantara Indonesia) bagi mendukung pesawat CN235.
    • Alenia Aermacchi SpA untuk mendukung pesawat MB339CM.
    • Sukhoi Aviation holding Co untuk mendukung pesawat SU30.
    • Thales Optronic System untuk mendukung peralatan avionik dalam pesawat SU30.
    • Syarikat Pilatus Aircraft Ltd untuk mendukung pesawat PC7.
  • Direct Procurement Agreement (DPA) dengan 'authorised repair station' atau 'MRO'. Contohnya:
    • DERCO Repair Service Inc bagi senggaraan komponen pesawat C130H.
    • Pacific Propellers Inc, Hamilton Sunstrand Ltd dan Vector Aerospace Ltd bagi senggaraan kipas pesawat C130H.
    • Piaggio Aerospace SpA bagi senggaraan enjin Viper pesawat MB339CM
    • Rolls-Royce Ltd bagi dukungan enjin Ardour pesawat Hawk.
    • PT Nusantara Turbin dan Propulsi bagi dukungan enjin GE CT7 pesawat CN235.
    • Helicopter Services inc dan Agusta SpA bagi dukungan helikopter Nuri (S61A) dan S61N1.
    • AIROD Techno Power Sdn Bhd bagi senggaraan enjin T56 pesawat C130.
  • Penswastaan (privatization).  Antara kontrak MINDEF yang diwujudkan menggunakan konsep penswastaan, antaranya ialah:
    • AIROD Sdn Bhd- pada asalnya adalah Depot Baikpulih Kapalterbang (DEBKAT) TUDM di Subang yang dibuka pada tahun 1976 dan kemudiannya diswastakan pada tahun 1985 dan dikenali sebagai Aircraft Inspection and Overhaul Depot (AIROD) Sdn Bhd atau ASB.  ASB yang pada mulanya adalah syarikat joint-venture antara Aerospace Industries Malaysia (AIM) dengan Lockheed Aerospace System International Inc (LASI), USA kini adalah milik penuh National Aerospace and Defence Industries Bhd  (NADI).
    • PSCND Sdn Bhd- pada asalnya adalah Limbungan TLDM atau RMN Naval Dockyard di Pangkalan TLDM Lumut yang ditubuhkan pada tahun 1984 dan diswastakan pada tahun 1995 dan dikenali sebagai Penang Shipbuilding and Construction - Naval Dockyard Sdn Bhd (PSC-NDSB). Pada tahun 2005 PSCND telah dikuasai oleh Bousted Holding Bhd dan dutukar menjadi Bousted Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
  • Kontraktorisasi (contractorization program). Program Kontraktorisasi hanya wujud dalam TUDM. Ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1997.  Sehingga kini terdapat 4 syarikat yang terlibat dalam Program Kontraktorisasi ini.
    • AIROD Sdn Bhd (ASB) bagi senggaraan pesawat PC7, PC7 Mk 2, Alouette. Blackhawk, Falcon 900, Global Express dan BBJ-747.
    • ZETRO Services Sdn Bhd (ZSSB) bagi senggaraan peralatan avionik dan sistem elektronik darat.
    • Satang Jaya Sdn Bhd (SJSB) bagi senggaraan peralatan safety and survival. Pada tahun 2010 SJSB telah distruktur semula dan dikenali sebagai Destini Prima Sdn Bhd (DPSB).
    • Sapura Technologies Sdn Bhd (STSB) bagi senggaraan peralatan simulator, CBT dan secondary trainer. Kini dikenali sebagai Sapura Defence Sdn Bhd (SDSB).
  • 'Memorandum of Agreement (MOA)'.  Aerospace Technology Systems Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1995 di atas dasar MOA antara MOF Incorp (70%), MAPO MIG (25%) dan FSUE Rosboroozhenie (5%).  Kesemua ekuiti MOF Inc telah dibeli oleh NADI. Peranan utama kontrak dengan ATSC adalah untuk memberikan dukungan menyeluruh kepada pesawat MiG 29 TUDM.
  • 'Private Financing Initiative (PFI)'. Pada tahun 2010 Kerajaan telah melantik syarikat HeiTech Padu Sdn Bhd (HPSB) untuk membangun dan menyelenggara Sistem Simulator pesawat SU30MKM di PU Gong Kedak dengan kos RM258 juta melalui kaedah PFI untuk tempoh 10 tahun.  Ini adalah projek PFI yang pertama dalam KEMENTAH.
Selain dari yang disenaraikan di atas beberapa syarikat tempatan telah memeterai kontrak secara rundingan terus dengan kerajaan Malaysia (KEMENTAH) bagi melaksanakan fungsi kepakaran masing-masing.  Antaranya ialah:
  • Inisiatif Hati Sdn Bhd - latihan simulator juruterbang pejuang TUDM.
  • Ikramatik System Sdn Bhd - membangun dan menyelenggara peralatan Flight Training Device (FTD) pesawat PC7.
  • Caidmark Engineering Sdn Bhd - perkhidmatan analisis 'Engine Condition Monitoring System (ECMS)' pesawat TUDM.
Foreign Military Sales (FMS)


The US Dept of Defense's FMS program facilitates sales of U.S. arms, defense equipment, defense services, and military training to foreign governments. The purchaser does not deal directly with the defense contractor; instead, the Defense Security Cooperation Agency serves as an intermediary, usually handling procurement, logistics and delivery and often providing product support, training, and infrastructure construction (such as hangars, runways, utilities, etc.). The Defense Contract Management Agency often accepts FMS equipment on behalf of the US government.
FMS is based on countries being authorized to participate, cases as the mechanism to procure services, and a deposit in a US Trust Fund or appropriate credit and approval to fund services.
USAF FMS programs are assigned two-word  code names beginning with the word PEACE, indicating oversight by USAF Headquarters.  The second word in these code names is often chosen to reflect some facet of the customer, such as MARBLE for Israel or ONYX for Turkey. Code names appear in all capital letters.
Also, not all countries use this program, a notable one being Canada and most other Western nations who negotiate directly with the manufacturer.
Current US Air Force FMS cases include military sales to Pakistan, Iraq and Egypt. FMS cases that are in pre-award status (as of 2nd Quarter FY 2011) are India & Saudi Arabia.
No partner nation has yet succeeded in applying strict schedule clauses to a FMS program.
(Source: wikipedia.com)

mungkin akan ada cerita dan penulisan lagi berkaitan 'direct negotiation' ini.....

Projek Limbungan TLDM Gagal
LUMUT (2005): Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyifatkan projek penswastaan limbungan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd (PSC-ND), gagal dan mahu kerajaan mengambil alih pengurusannya.

Pengerusinya, Datuk Shahrir Samad, berkata PAC mendapati pengurusan dan kepemimpinan PSC-ND amat lemah hingga menyebabkan projek pembinaan kapal peronda (PV) generasi baru TLDM bermasalah kerana beban hutang kepada kontraktor, pembekal dan vendor tempatan yang jumlahnya mencecah RM80 juta.

Beliau berkata, kesimpulan itu dibuat selepas ahli PAC mendengar taklimat Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengenai penswastaan Naval Dockyard Sdn Bhd (NDSB) pada harga RM300 juta sebelum dinamakan sebagai PSC-ND serta taklimat TLDM mengenai kesan selepas penswastaan itu dan pihak Kesatuan Sekerja PSC-ND

"TLDM tidak berpuas hati dengan khidmat diberikan limbungan selepas penswastaan manakala kesatuan sekerja mengakui penswastaan tidak mencapai matlamat.

"Hasil taklimat ketiga-tiga pihak, PAC membuat kesimpulan penswastaan limbungan ini gagal. Kita meminta kepada Kementerian Kewangan, EPU dan Kementerian Pertahanan melihat kepada pilihan yang ada pada kerajaan untuk menamatkan penswastaan ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengetuai sekumpulan ahli PAC mendengar taklimat dan melawat limbungan itu, semalam. Ahli PAC lain yang bersamanya termasuk Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw, Datuk Liow Tiong Lai dan M Kulasegaran.

PSC-ND diberi kontrak bagi membina 27 PV dengan pesanan pertama enam kapal bernilai RM5.4 bilion. Bagaimanapun, PVI dan PV2 yang sepatutnya diserahkan tahun lalu, belum dapat digunakan TLDM kerana masalah teknikal.

Shahrir berkata, pilihan yang PAC mahu kerajaan lihat adalah: 

  • Mengkaji berapakah kos diperlukan kerajaan untuk mengambil alih limbungan itu berdasarkan formula perjanjian penswastaan.
  • Menetapkan satu badan bebas bagi menyiasat dan membuat penilaian keadaan limbungan sepanjang diswastakan.
  • Penyelesaian kepada syarikat PSC-ND, melalui pemegang saham mereka dan kerajaan mempunyai saham dan boleh menstabilkan keadaan dan menguruskannya dengan cara baik.
  • PAC juga mahu kerajaan menyiasat kes itu dan mendakwa jika berlaku penyelewengan. 
"Kita sudah arahkan kerajaan jika ada kes jenayah seperti pecah amanah dan penyelewengan, kami mahu pihak kerajaan tidak bertolak ansur," katanya. 

Ditanya punca kegagalan penswastaan limbungan itu, Shahrir berkata: "Sikap tamak, kelemahan pengurusan dan kepimpinan atasan syarikat." 

Beliau berkata, projek itu berdaya maju jika pengurusan baik dan berhemah kerana mereka diberi jaminan projek antara RM100 dan RM110 juta setiap tahun. 

"Saya rasa kegagalannya kerana sifat tamak. Bila dia (syarikat baru) dah bayar RM300 juta, dia sudah dijanjikan kontrak RM5 bilion jangka pendek dan RM25 bilion bagi jangka panjang. 

"Dia tengok, saya akan jadi orang kaya, dia `makan cepat-cepat', dia tidak fikir ini tanggungjawab yang berat yang patut dilaksanakan sebaik mungkin," katanya. 

Shahrir berkata, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan perlu mencari jalan mendapatkan peruntukan tambahan bagi 'menyelamatkan' PV1 dan PV2 yang mencapai tahap 95 peratus penyiapannya bagi membolehkannya diserahkan kepada TLDM

TUDM Gong Kedak Guna Khidmat Pusat Simulasi Pertama di Rantau Asia
BESUT (2010): Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini memiliki sebuah pusat simulasi bagi kegunaan latihan operasi jet pejuang Su-30MKM (Sukhoi) berpusat di Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak yang juga satu-satunya simulasi latihan seumpamanya di rantau Asia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pusat simulasi itu menempatkan dua set sistem yang berupaya menjalankan misi latihan secara online seperti mana dalam persekitaran penerbangan sebenar. Katanya, sistem yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, HeiTech Padu Berhad (HeiTech), dengan kos perbelanjaan RM258 juta itu mula digunakan sejak awal November lalu.

"Kelebihan sistem ini ialah ia mampu melatih juruterbang dan pegawai sensor persenjataan termasuk krew teknikal dengan menggunakan tahap keupayaan tinggi dalam mensimulasi model penerbangan pesawat, khususnya Sukhoi," katanya pada sidang media selepas merasmikan pusat itu dekat sini hari ini.


Dr Ahmad Zahid berkata, sistem itu dapat menjimatkan kos perbelanjaan apabila kerajaan tidak perlu lagi menghantar juruterbang berlatih di luar negara seperti yang diamalkan sebelum ini. Katanya, TUDM mendahului negara lain yang mempunyai pesawat Sukhoi di rantau ini dalam melatih juruterbang kerana negara berkenaan sehingga kini masih terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menghantar juruterbang mereka berlatih di Russia.

Beliau berkata, pusat simulasi itu juga dapat melonjak kemahiran juruterbang dan pegawai TUDM sesuai dengan kehendak negara untuk melahirkan pasukan yang berkemahiran tinggi dan mempunyai tahap profesionalisme yang tulen serta sentiasa ingin maju. Katanya, pusat simulasi itu dibangunkan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dengan HeiTech Padu Berhad dipertanggungjawab mengurus operasi serta penyelengaraan bagi tempoh 10 tahun sehingga 2020.


Beliau berkata, Malaysia juga mampu melakukan pemindahan teknologi ke negara yang memerlukan dan sistem simulasi itu bukan hanya khusus untuk pesawat tempur tetapi boleh digunakan untuk simulasi pesawat komersial.


"Sejak dibangunkan pusat simulasi itu sudah melatih 28 juruterbang dan pegawai TUDM.

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Rawatan Bekam Alternatif: Peminat Bekam <b>Di Batu Rakit</b> Bertambah

Posted: 25 Jun 2012 10:21 AM PDT

Salam Semua...
Buat sebulan-dua ini, saya banyak menerima pertanyaan berhubung rawatan bekam terutamanya daripada rakan sepejabat. Ramai juga yang dah booking slot mengikut tarikh terbaik yang dianjurkan berbekam mengikut kalender Islam. Alhamdulillah, sejak seorang rakan saya yang berpenyakit gout selamat dibekam dan merasai perbezaannya, nama saya mulai meniti di bibir rakan sepejabat sebagai doktor bekam. 
Buat masa ini, saya masih belum menumpukan khidmat bekam secara tetap. hanya sekadar berusaha sambil membantu rakan-rakan yang ditimpa masalah kesihatan. Namun, cita-cita masih belum pudar untuk menghidupkan amalan berbekam ini di sekitar kawasan Batu rakit hingga ke Gong Badak...doakan saya Ameen.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


KEMALANGAN NGERI <b>DI</b> KM 129.5 JALAN <b>KUALA TERENGGANU</b> <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 07:36 PM PDT

Kemalangan ngeri di KM 129.5 jalan Kuala Terengganu-Kuantan (6 maut)

Enam termasuk empat beranak terbunuh dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dan sebuah bas ekspres di Kilometer 129.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan Sekolah Kebangsaan Meraga, Beris

kereta viva remuk kemalangan kemalangan ngeri di km 129.5 jalan kuala terengganu kuantan

REMUK-keadaan kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan hingga meragut enam nyawa

Tragedi pada pukul 4.30 pagi itu berlaku apabila kereta dinaiki lapan mangsa yang dalam perjalanan dari arah Kemaman menuju ke Kuala Terengganu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas terbabit

Difahamkan pemandu bas, Mohd. Khalid Mamat, 47, yang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Kuantan, Pahang membawa 23 penumpang cuba memberhentikan kenderaannya apabila melihat kereta tersebut memasuki laluannya

Bagaimanapun, bas tersebut tidak sempat berbuat demikian menyebabkan kedua-dua buah kenderaan tersebut bertembung

Enam yang terbunuh ialah Noran Ali, 39, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nursyazleen, 12, rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43, serta Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta

FACEBOOK : Komen @ Kongsi Informasi Berkaitan

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


PaPa MiFz: Malam Terakhir <b>di Pulau Perhentian</b>

Posted: 24 Sep 2012 06:01 AM PDT

Malam nih malam terakhir PM dan wife berada di Pulau Perhentian..esok tengah hari dah nak balik..sekejap jer maso berlalu..huhu..tapi kali nih merupokan percutian ke pulau yang tak kan PM lupo kan sebab pertamo kali bertemu live dengan penyu di kehidupan liar nyer..terbaik..

Semasa entry nih di tulis PM dan wife baru jer lepas dinner BBQ..yummy..

Published with Blogger-droid v2.0.6

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


FRIENDLY MATCH : SERI BERANG (1) , FELDA <b>JERANGAU</b>

Posted: 10 Sep 2012 06:39 PM PDT

DUNGUN (10 September 2012) : Pasukan Tunas Kluster Bola Sepak SK Seri Berang mencatat kemenangan 2-1 ke atas SK Felda Jerangau, di sini semalam dalam siri Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Sekolah Rendah. Manakala Pasukan Pelapis tewas 1-5 kepada pasukan tuan rumah.Kedua-dua perlawanan dilangsungkan di Padang Bola Sepak SK Felda Jerangau.

Mengulas keputusan perlawanan berkenaan, Cg. Shahidan Kasim yang bertindak sebagai pengurus pasukan berkata, benteng pertahanan Pasukan Tunas SK Seri Berang  dilihat tidak berfungsi dengan sebaik mungkin  ketika di separuh masa yang pertama. Namun mereka bangkit pada separuh masa kedua dengan meledakkan dua gol selain menggandakan pertahanan daripada diasak oleh jentera lawan. Di perlawanan yang membabitkan Pasukan Pelapis pula, Shahidan tidak menolak faktor kekuatan pasukan tuan rumah khususnya para pemain pertahanan mereka yang dilihat berjaya mematahkan serangan dan percubaan menarik Pasukan Pelapis Bola Sepak SK Seri Berang. 
Pada minggu lepas, kedua-dua pasukan bola sepak Tunas dan Pelapis SK Seri Berang mencatatkan kemenangan bergaya ke atas SK Felda Jerangau Barat dengan keputusan 6-1 (Tunas) dan 3-0 (Pelapis).
Pasukan Bola Sepak Kluster SK Seri Berang sedang melengkapkan takwim program kluster bola sepak sekolah rendah dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan terpilih dalam dan luar daerah ini.
Semoga pasukan SK Seri Berang meningkat dalam pencapaian dari masa ke semasa.

Tertekan Diganggu Hantu Kak Limah!!

Posted: 25 Dec 2011 10:10 PM PST

MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.

Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

"Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

"Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong," katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.

Diganggu selepas bawa balik papan

"Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan," katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

"Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini," katanya.
Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.

Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.

Sinar

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Tadika YIT pilihan ibu bapa

Posted: 31 Oct 2012 06:58 PM PDT

Oleh:Noraini Jusoh 

Tadika Yayasan Islam Terengganu (TYIT) merupakan pilihan utama ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan awal pra-sekolah berikutan sistem pengajaran dan pembelajarannya yang ternyata berkesan.

 Pengarah YIT, Haji Md Kamaru Al-Amin Ismail, berkata tadika berkenaan telah ditubuhkan sejak tahun 1976 dan mula beroperasi di daerah Kemaman.

"Sejak penubuhannya kira-kira 36 tahun yang lalu, tadika YIT telah berkembang ke seluruh daerah dan buat masa ini kita ada 18 buah tadika dan tahun depan tiga buah tadika lagi bakal beroperasi di Seberang Takir, Kijal dan Ketengah Jaya," ujarnya ketika dihubungi Teganukita hari ini.

Selari dengan matlamat kerajaan negeri untuk melahirkan anak-anak yang berilmu dan seimbang dari segi rohani dan intelektual, sistem pembelajaran di tadika YIT menggunakan sukatan pelajaran mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi melebihkan pendidikan agama Islam.

"Sistem pembelajaran kita sama dengan pra-sekolah cuma kita lebih fokus kepada bidang agama dan untuk tahun ini kita mempunyai 3,600 kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun belajar di tadika YIT.

"Apa yang membanggakan mereka menunjukkan prestasi cemerlang menerusi program pintar al-Quran yang mula diperkenalkan oleh YIT sejak tahun 2006 dan baru-baru ini ramai yang telah berjaya khatam al-Quran," katanya.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan generasi Ulul Albab yang diinspirasikan oleh kerajaan negeri, tanggungjawab mendidik anak-anak kecil seharusnya tidak hanya di tadika tetapi pendidikan di rumah juga penting. "Kanak-kanak ibarat kain putih dan menjadi tanggungjawab ibu bapa mencorakkannya supaya mereka menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat," tambah beliau.


13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Rumah Adun <b>Ajil</b> musnah dalam kebakaran <b>di</b> Hulu Terengganu <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2012 11:03 PM PDT

HULU TERENGGANU: Rumah kediaman anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Rosol berkata ketika kejadian, kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di sini.

 
"Sebaik dia membuka pintu rumah isteri melihat kepulan asap dan api marak dari bahagian dapur rumah lantas menelefon saya memaklumkan insiden itu," katanya ketika ditemui malam tadi.

"Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan di Kuala Terengganu. Saya minta isteri supaya tenang dan jangan masuk ke dalam rumah, bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau reda dengan kejadian yang berlaku namun terkilan kerana lebih 2,000 buah buku yang dikumpulkan sejak 10 tahun lalu turut hangus dijilat api.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Turut ke lokasi kejadian selepas mendapat berita kebakaran itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Adun Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08

http://www.hmetro.com.my/articles/RumahAdunAjilmusnahdalamkebakarandiHuluTerengganu/Article

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Bagai mati hidup semula | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 17 Oct 2012 07:40 PM PDT

KEMAMAN, 18 Okt. – "Saya rasa bagai mati hidup semula," kata pemandu lori simen, R Kandasamy, 39, yang terselamat walaupun kenderaan berat yang dipandunya terjunam ke dalam cerun dalam nahas di Kilometer 135 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Ladang Sawit Reezan, pagi semalam.

Keadaan lori yang dipandu Kandasamy yang terjunam ke dalam cerun selepas bergesel dengan Proton Wira di Jalan Jerangau-Jabor semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, lori simen yang dipandunya bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Wira, dipandu seorang guru berusia 27 tahun mengakibatkan lorinya yang gagal dikawal terjunam ke dalam cerun sebelah kiri jalan sementara kereta berkenaan terjunam ke dalam cerun di sebelah kanan.

Bagaimanapun, Kandasamy tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi pemandu kereta yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Sekolah Kebangsaan (SK) Cerul itu mengalami patah paha dan dikejarkan ke Hospital Kemaman sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Kandasamy berkata, dia hanya terbayang akan menemui ajal ketika lorinya 'terbang' ke dalam cerun selepas melanggar tiang elektrik di tepi jalan sebaik sahaja bergesel dengan kereta berkenaan.

Katanya, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Bandar Seri Bandi untuk menghantar muatan simen sebelum membunyikan hon beberapa kali kerana kereta dalam jarak kira-kira 20 meter di depannya beberapa kali masuk ke laluannya.

"Bila saya hon, kereta itu kembali masuk ke laluannya tetapi apabila kenderaan kami saling menghampiri kereta itu kembali masuk ke laluan saya menyebabkan kenderaan kami bergesel," katanya yang kelihatan masih terkejut dengan tragedi yang nyaris meragut nyawanya itu.

Sejurus itu, kereta berkenaan merempuh sebatang tiang elektrik konkrit di tepi jalan menyebabkan tiang tersebut tumbang dan bahagian belakang kereta membentuk lekukan bulat serta remuk teruk sebelum jatuh ke dalam cerun.

Menurut Kandasamy yang juga bapa kepada tiga anak dan menetap di Kuantan, kemalangan itu adalah nahas pertama kali dialaminya sepanjang enam tahun bekerja sebagai pemandu lori.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Kediaman ibu tunggal musnah dijilat api <b>di Dungun</b> | Sikit.info

Posted: 29 Oct 2012 02:25 PM PDT

DUNGUN: Seorang ibu tunggal bersama empat anaknya tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Jalan Yahaya Ahmad, di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

We also give some image about kediaman ibu tunggal musnah dijilat api di dungun hope you like this, we got this images from arround the web using this related keywords kediaman ibu tunggal musnah dijilat api di dungun .

berita harian kediaman ibu tunggal musnah dijilat api di dungun 320x318

berita harian image by www.bharian.com.my

libya biduanda kediaman ibu tunggal musnah dijilat api di dungun 500x342

libya biduanda image by mzrbiduanda.wordpress.com

mic bhg seremban mic seremban kediaman ibu tunggal musnah dijilat api di dungun 240x160

mic bhg seremban mic seremban image by micbhgseremban.org

tiada tempat berteduh perak sinar harian kediaman ibu tunggal musnah dijilat api di dungun 400x300

tiada tempat berteduh perak sinar harian image by www.sinarharian.com.my

Pasangan Maksiat Dipaksa Bogel Dalam Kereta <b>di Dungun</b> <b>...</b>

Posted: 28 Oct 2012 07:55 AM PDT

DUNGUN 28/10/12 – Seorang remaja yang dipercayai menyamar sebagai penguat kuasa agama yang memukul dan mengarahkan sepasang kekasih berb ogel untuk dirakamkan aksi mereka ketika mangsa memadu asmara di Pantai Sura Hujung, di sini, berjaya ditahan.

Manakala dua lagi rakan suspek masih diburu. Selain bertindak memukul dan merakam gambar bogel mangsa, suspek berumur 18
hingga 20-an itu turut mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar sebanyak RM2,000 sekiranya tidak mahu gambar bo gel mereka disebarkan dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu.Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, pasangan kekasih berumur 20-an yang berada di dalam kereta didatangi tiga lelaki berkenaan.

Pasangan terbabit yang cemas kemudiannya membiarkan ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki keretanya dan suspek dikatakan turut memukul serta memaksa pasangan itu menanggalkan pakaian.

Kedua-dua mangsa juga turut mengikut arahan suspek yang merakam gambar bogel mereka dengan telefon bimbitnya. Selepas merakamkan aksi bogel terbabit, suspek kemudiannya meminta wang tunai sebanyak RM2,000 dimasukkan ke dalam akaunnya bagi mengelak gambar mereka disebar kepada umum.

Mangsa bagaimanapun mendakwa tidak mempunyai wang memandangkan waktu itu bank telah tutup dan selepas berbincang, suspek bersetuju dengan cadangan mangsa yang meminta diberi sedikit masa untuk menjelaskan wang itu pada keesokan harinya.

Suspek kemudiannya melepaskan pasangan terbabit sebelum kedua-dua mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk membuat laporan.

Keesokan harinya mangsa menghubungi suspek untuk bertemu di lokasi di mana mereka ditahan dan ketika tiba di tempat kejadian, kira-kira pukul 9 malam, suspek diserbu polis dan berlaku pergelutan dalam usaha suspek meloloskan diri.

Suspek yang berusia 18 tahun itu berjaya ditahan sebelum dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut manakala dua rakannya itu berjaya melarikan diri.

Turut dirampas sebilah parang panjang daripada suspek dan gerakan memburu dua lagi suspek sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supt Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan segelintir mereka yang cuba mengambil kesempatan termasuk menyamar sebagai penjawat awam. – Bernama

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Makan malam <b>di Kerteh</b> - Sop Nama Saya | SOP.NAME.MY

Posted: 13 Sep 2012 08:09 AM PDT

Selamat malam semua. Sudah makan?

Sop masih dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dan sekarang singgah di Kerteh untuk makan malam. Sebenarnya hujan lebat, tadi singgah di stesyen minyak. Kemudian nampak kedai makan di depanya, terus ke kedai tersebut.

Sementara menanti hujan berhenti, baik makan dahulu bukan?

Tadi telah nampak langit gelap gulita dari Kemaman lagi. Masa tu berharap sangat jangan hujan lagi sehingga Sop sampai ke Kuala Terengganu. Namun tidak jauh, di Kerteh hujan turun dengan lebatnya. Jika dilihat kepada keadaan, mesti lama hujan ini. Kalau begini keadaannya, jam berapa boleh sampai? Hehehe

Mencabar sungguh perjalanan ini kerana telah berapa kali ditimpa hujan. Belum lagi baju kering, hujan lagi. Ada juga yang kena tidur di Kerteh nih! Hehehe

Hendak blogwalking, network hanya gprs. Ok juga sekarang ini talian U Mobile kerana telah ada gprs di semua tempat. Ini bermakna Sop sentiasa dihubungkan dengan internet. Berbeza sebelum ini, U Mobile hanya ada 3g sahaja. Jika tiada 3g di kawasan tersebut, bermakna tiada internet. Naik taraf yang baik oleh U Mobile. Tidak kesah walaupun perlahan kerana sekurang-kurangnya ada juga internet. Lebih baik dari tiada bukan?

Semoga hujan cepat berhenti dan Sop boleh meneruskan perjalanan :)

Description: Makan malam di Kerteh, Rating: 5, Reviewer: Sop Nama Saya, ItemReviewed: Makan malam di Kerteh

ads