ads

Khamis, 1 November 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Tadika YIT pilihan ibu bapa

Posted: 31 Oct 2012 06:58 PM PDT

Oleh:Noraini Jusoh 

Tadika Yayasan Islam Terengganu (TYIT) merupakan pilihan utama ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan awal pra-sekolah berikutan sistem pengajaran dan pembelajarannya yang ternyata berkesan.

 Pengarah YIT, Haji Md Kamaru Al-Amin Ismail, berkata tadika berkenaan telah ditubuhkan sejak tahun 1976 dan mula beroperasi di daerah Kemaman.

"Sejak penubuhannya kira-kira 36 tahun yang lalu, tadika YIT telah berkembang ke seluruh daerah dan buat masa ini kita ada 18 buah tadika dan tahun depan tiga buah tadika lagi bakal beroperasi di Seberang Takir, Kijal dan Ketengah Jaya," ujarnya ketika dihubungi Teganukita hari ini.

Selari dengan matlamat kerajaan negeri untuk melahirkan anak-anak yang berilmu dan seimbang dari segi rohani dan intelektual, sistem pembelajaran di tadika YIT menggunakan sukatan pelajaran mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi melebihkan pendidikan agama Islam.

"Sistem pembelajaran kita sama dengan pra-sekolah cuma kita lebih fokus kepada bidang agama dan untuk tahun ini kita mempunyai 3,600 kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun belajar di tadika YIT.

"Apa yang membanggakan mereka menunjukkan prestasi cemerlang menerusi program pintar al-Quran yang mula diperkenalkan oleh YIT sejak tahun 2006 dan baru-baru ini ramai yang telah berjaya khatam al-Quran," katanya.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan generasi Ulul Albab yang diinspirasikan oleh kerajaan negeri, tanggungjawab mendidik anak-anak kecil seharusnya tidak hanya di tadika tetapi pendidikan di rumah juga penting. "Kanak-kanak ibarat kain putih dan menjadi tanggungjawab ibu bapa mencorakkannya supaya mereka menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat," tambah beliau.


0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved