ads

Ahad, 9 Mac 2014

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Suspek Buang Al-Quran <b>Di Besut</b> <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2014 09:42 PM PST

 Suspek yang dipercayai bertindak membuang al-Quran dibawa keluar dari mahkamah dengan diiringi polis, semalam.
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dipercayai suspek yang bertindak membuang al-Quran dan surah Yasin di dua masjid di Besut ditahan petang kelmarin dan sekali gus berjaya menyelesaikan kes yang menggemparkan penduduk sebelum ini.

Lelaki berusia 27 tahun dan masih bujang itu ditahan di pekan Besut hasil maklumat orang awam, kira-kira jam 5 petang.

Hasil siasatan mendapati lelaki yang berasal dari Kampung Keluang, Besut itu menghidap penyakit mental sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, selain itu, polis turut merampas sebuah motosikal dan telefon bimbit serta beberapa barangan lain yang boleh membantu siasatan.

"Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan, merosakkan atau mencemarkan rumah ibadat serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

"Kita yakin kes ini dapat diselesaikan dengan penahanan suspek yang dipercayai melakukan perbuatan tidak beradab itu di dua buah masjid berasingan iaitu Masjid Limbongan dan Masjid Nasharuddin Shah, Kampung Raja, Besut," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri di sini, semalam.

Selain itu, jelas Jamshah, berdasarkan siasatan awal serta pengakuan keluarga terdekat, suspek memang menghidap penyakit mental sejak tiga tahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan serta mengambil ubat bagi penyakit tersebut.


"Diharapkan dengan tertangkapnya suspek ini, segala spekulasi mengaitkan perbuatan khianat ini dilakukan oleh golongan daripada kaum tertentu yang mempunyai niat tertentu dapat dihentikan kerana ia sebenarnya dilakukan oleh individu kurang siuman," tegasnya.
Kata Jamshah, semasa ditahan, suspek memberi kerjasama yang baik dan kakinya yang cedera dipercayai akibat terkena kaca ketika menendang pintu gelongsor di masjid berkenaan terpaksa dikenakan lapan jahitan.
"Bagaimanapun, kita masih menyiasat untuk memastikan sama ada suspek menendang pintu gelongsor berkenaan untuk memasuki masjid atau sebaliknya," katanya.
Sementara itu, Jamshah turut mengingatkan orang awam supaya tidak membuat andaian sendiri dan menyebarkan maklumat tidak benar di laman sosial termasuk blog; Facebook dan Whatsapp yang boleh menggugat ketenteraman awam.
"Sudah banyak contoh kita ada. Selain kes ini, kes kematian seorang Penolong Kanan Pentadbir Tanah Daerah Kuala Terengganu, yang mayatnya ditemui di Sungai Tajin, Hulu Terengganu, bulan lalu turut disensasikan hingga mengganggu ketenteraman awam.
"Apabila kita menyebarkan spekulasi tidak benar, secara tidak langsung kita mengaibkan orang yang terbabit sedangkan tiada bukti.
"Jangan terlalu mengikut budaya tunjuk pandai dan pantas kononnya anda paling cepat mendapat maklumat, sedangkan maklumat itu tidak benar dan sahih," katanya.
Kata Jamshah, sepatutnya orang awam membiarkan polis menyiasat terlebih dahulu kerana polis tidak akan sesekali melindungi penjenayah.
Sementara itu di di Mahkamah Majistret, Kampung Raja, Besut, Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap suspek selama empat hari bermula semalam.
Semalam, Sinar Harian melaporkan penduduk gempar dengan insiden al-Quran dan Yasin di Masjid Limbongan serta Masjid Nasaruddin Shah dekat Kampung Raja, Besut, dicampak ke dalam mangkuk tandas; diselerakkan dan dibuang ke luar masjid.
Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 2.30 pagi itu, al-Quran, kitab dan surah Yasin dicampak di merata tempat termasuk di dalam dan di luar kawasan masjid berkenaan, setelah dikoyak-koyakkan.
Lebih menyedihkan terdapat beberapa naskhah al-Quran dibuang ke dalam mangkuk tandas.SH

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Kemalangan: Empat maut <b>di Hulu Terengganu</b> – Perak Today

Posted: 05 Oct 2013 12:45 PM PDT

gambar hiasan:-

gambar hiasan:-

HULU TERENGGANU – Empat orang termasuk sepasang suami isteri maut dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Kampung Baru Ajil, Bukit Apit, di sini hari ini.

Kejadian 4.49 petang di Km 2 Jalan Pengkalan Berangan-Marang itu menyebabkan Abdullah Mamat, 54, yang memandu Proton Saga dan isterinya Che Mah Awang, 44, serta pemandu Proton Wira, Jusoh Ibrahim, 39, maut di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang juga kakak angkat Che Mah, Mek Kenanga Bakar, 50, meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian di Hospital Hulu Terengganu, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Ismail Muslim ketika dihubungi Bernama.

Katanya nahas berlaku apabila kereta Proton Wira yang menghala ke Kuala Berang itu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Saga terbabit.

Sementara itu, anak Mek Kenanga, Raja Mohamad Tarmizam Raja Muda, 18, berkata kejadian berlaku ketika ibunya dalam perjalanan melawatnya di Kem Program Latihan Khidmat Negara Cador, Marang.

"Saya tunggu mereka sampai pukul 6.30 petang namun ibu dan pakcik tidak juga tiba, sebelum saya dimaklumkan mengenai berita kemalangan itu," katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan.

"Semalam saya telefon mak minta dia datang namun mak cakap tak nak datang tapi saya tetap pujuk suruh dia datang," kata anak ketujuh daripada lapan beradik itu lagi.

Sementara itu isteri Jusoh, Siti Zabedah Muda, 38, berkata suaminya bekerja di Marang dan berulang-alik setiap hari ke Ajil.

"Saya bercadang berhenti kerja hujung bulan ini untuk mengikut arwah di Marang, tapi sudah takdir ini berlaku," katanya.

- Bernama

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: TMT Merdekaraya Dive 2013 <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 26 Aug 2013 09:06 PM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Kerajaan negeri menerusi Sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 akan menganjurkan
program `TMT Merdekaraya Dive 2013' di Pulau Bidong, pada 30 Ogos hingga 1 September ini.

 Program julung kali dengan kerjasama Yayasan Coral Malaysia dilaksanakan sempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke-56 pada 31 Ogos ini dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Sekretariat TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani, berkata peserta program bakal menaik dan mengibarkan Jalur Gemilang serta merakam sambutan hari raya di daratan dan dasar laut Pulau Bidong.


"Program bertujuan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56 dengan menghargai dan memulihara khazanah laut dan darat negara.

"Pada masa yang sama acara itu akan mempromosikan TMT menerusi program konservasi, sekali gus dapat membersih kawasan pantai dan jeti Pulau Bidong yang tidak berpenghuni sejak sekian lama," katanya.

Encik Ahmad Fathil berkata, program ini juga dapat memerkukuh dan mempromosi nilai serta semangat konservasi di kalangan rakyat terutama golongan muda. Menurutnya, kesinambungan dari acara itu pihaknya juga mahu menyediakan forum untuk membincang dan mencambah minda bagi tujuan pembangunan pelancongan di pulau bersejarah itu.

Katanya, peserta dan media dari luar Terengganu dijangka akan bertolak dari Kuala Lumpur sejak 30 Ogos dan sebaik tiba keesokannya, mereka akan berkumpul di Jeti Merang, Setiu sebelum berlepas ke Pulau Bidong, kira-kira jam 11 pagi.

"Kesemua media dan peserta akan mengikuti aktiviti yang disediakan urusetia sebaik sampai di pulau itu seperti dialog, kerja membersih darat dan dasar laut, program mengibar Jalur Gemilang dan bendera TMT serta jamuan merdekaraya.

"Sementera majlis perasmian penutup dijangka akan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Haji Bazlan Abd Rahman yang mewaikili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, sebelum program tamat kira-kira lima jam kemudian dan semua peserta kembali ke jeti Merang," katanya


13 di kerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


Stesen minyak <b>di Kerteh</b> disamun waktu solat jumaat ABN News | BM

Posted: 15 Feb 2014 04:22 AM PST

KEMAMAN — Seorang lelaki menyamun sebuah stesen minyak di Kerteh ketika waktu solat Jumaat semalam dan melarikan wang tunai lebih RM1,000.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.40 tengah hari ketika hanya terdapat dua pekerja wanita di dalam kedai serbaneka di stesen tersebut, sementara pekerja lelaki telah keluar mengerjakan solat.

Juruwang Nor Salwani Marwan berkata lelaki tersebut sempat membeli air minuman sebelum melakukan rompakan.

"Selepas membayar minumn tersebut, lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu  masuk semula ke dalam kedai dan membawa sebotol cecair yang didakwanya megandungi asid dan terus meluru ke arah saya di kaunter juruwang dan memberi kata dua kepada saya sama ada saya serahkan wang atau dia akan simbah asid kepada saya," katanya.

Beliau berkata beliau yang ketakutkan terus menyerahkan wang yang terdapat di dalam tempat menyimpan wang.

Lelaki itu kemudiannya melarikan diri dengan motosikal Yamaha 125Z berwarna putih.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam berkata mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kerteh.

Pihak polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis tersebut, katanya. –Bernama

Pengedar Shaklee <b>Di</b> Kemasik, <b>Kerteh</b>, Paka, Dungun Terengganu

Posted: 26 Feb 2014 06:43 PM PST

Assalamulaikum...Saya pengedar Shaklee di Kemasik, Kerteh, Paka, Dungun dan yg berdekatan. Untuk COD anda boleh la hubungi saya  Azizah (sms/whatsapp  019-9131778 ), pm di facebook Azizah Yusah..Antara produk yang disediakan adalah Set hamil, Set pantang, Set Penyusuan, Set kesihatan optimum, Set Kesihatan optimum, Set alahan / resdung / alergi , Vitamin untuk kanak-kanak dan lain-lain lagi hanya yang terbaik dari Shaklee. "


Alhamdulillah...Makin lama makin bertambah pengedar-pengedar Shaklee dibawah bimbingan saya. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk secara cod di kawasan Kemasik, Kerteh, Paka, Dungun dan yg berdekatan boleh la berhubung dengan Azizah ye..Azizah kini aktif di laman facebook. Jika tidak keberatan boleh add friend dengan nya.
Untuk info lanjut atau pesanan
pm di fb : Ajuya Rashid
Shaklee Independent Distributor (SID 920211)
sms/ whatsapp : 012-6102263
Cod area : Putra heights, Bandar Kinrara, Puchong, Seri Kembangan, Shah Alam 

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved